Monday, October 31, 2011

Selepas dah dapat kunci rumah, nak buat apa?

 

Last friday, my lawyer dah hantar kunci kat me kat SACC. Akhirnya, penantian selama 4 bulan berakhir sudah. Lega, gembira, nak menangis semua bercampur baur.(ok, ayat novel ahadiat akashah kat situ :p) So, bermulalah aktiviti kat rumah baru kami. Malam sabtu ketika Stadium Shah Alam sedang gegak gempita untuk menyaksikan perlawanan bola antara Negeri 9 menentang Terengganu (mujur me tak tengok ) , kitorang buat operasi penyamakan dan pembersihan rumah baru kami. Terima kasih Kak Long and Long yang banyak membantu kami.

Bagaimanakah cara menyamak rumah yang sebelum ini dimiliki dan didiami oleh seseorang berbangsa cina? Bahagian manakah yang perlu disamak sama ada lantai sahaja atau keseluruhan rumah tersebut?

Menyamak rumah yang disyaki terkena najis berat hendaklah menyamak iaitu membasuh dengan satu kali air bercampur tanah liat dan 6 kali air bersih di tempat-tempat yang disyaki terkena najis seperti di lantai dan di dinding bahagian bawah sahaja. sumber : sini

Lepas sudah basuh, semalam tu terus kitorang call kontraktor kabinet dapur untuk ukur dapur. Mula-mula ingat nak separete dapur basah dan dapur kering tapi end up, buat sekali ajer sebab nak save budget :p Hari ni katanya akan dapat lukisan 3D dari kontraktor tu untuk finalize.Tak sabar sungguh.40% deposit kena bayar dulu baru diorang buat.


Semalam jugak dah pergi beli cat.Kitorang baru pilih warna untuk bilik tidur ajer sebab lepas raya haji ni nak masukkan set bilik tidur utama yang dah tempah hari tu. (Braintree Road 4202T) . Harap-harap malam ni dapat settlekan yang tu dulu. Kalo nak tahu jumlah cat yang korang perlu, boleh try guna kalkulator nippon paint ni http://www.nipponpaint.com.my/homeowners/paintingtips/estimator.php




Langsir pulak lepas raya haji diorang datang pasang. Langsir semua tempah kat Jakel Seksyen 7 tu.Nak suh diorang datang ukur pun percuma tapi sebab kitorang malas nak tunggu, my hubby ukur sendiri ajer.Yang ni kena bayar deposit RM200 dulu baru diorang jahit. Nanti diorang datang pasang sekali.



 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)