Wednesday, July 05, 2017

Review Pressure Cooker Russell Taylors

Bagi sesiapa yang dah beli Pressure Cooker Russell Taylors , jemput join group fb ini untuk bertukar-tukar resepi, bertanyakan masalah dan cadangan yer  : Russell Taylors Official (Malaysia)Hari ni saya nak review pasal Pressure Cooker (PC) jenama Russell Taylors yang saya baru beli kat Lazada ni. Tak mampu mak nak beli noxxa. Sila jangan kecam sis yer. hahaha. Tapi yang saya punya ni , sekali tengok macam Philips Pressure Cooker pun ada. Mati mak kena kecam. Saya beli sebab periuk nasi saya sudah almarhum. Tiba-tiba je tak menyala lampu dia. Hari sebelum tu lagi dah tunjuk tanda nak almarhum. Hampir 10 tahun je mampu berkhidmat. Merasa la mak beli pressure cooker nak. 

Kenapa pressure cooker? Alang-alang nak beli kan, baik beli yang elok terus. 10 tahun tak pernah beli periuk nasi kan. Yang sebelum ni pun hadiah kahwin kot. hahaha. Nasib my hubby ada budget nak beli helmet yang tak beli beli lagi tu. Apapun terima kasih my hubby sebab katanya ni hadiah hari lahir untuk tahun ni :) Nanti birthday sayang , eliss belanja helmet yer. hahaha. Sebenarnya terliur yang Raa punya jenama ewant tapi warna merah mahal sket dari yang Russell Taylors ni. Jimatkan la duit laki RM25. hahaha


Russell Taylors 6L Electric Pressure Cooker PC-60, stainless steel pot. Saya beli sebelum raya. Sempat la merasa guna sebelum balik beraya hari tu . Yang ni termasuk pos RM205. 


Jenama ewant yang Raa punya tapi dia beli masa tu RM 168.00 Dengan Voucher. Tu pasal saya tak jadi beli. Yang ni jadi RM 230.88


Jenama Philips, jangan kecam sis. hahaha


Hari pertama guna semestinya untuk masak nasi. Nasi lembek. Kah kah kah
Rupanya PC ni memang tak boleh letak air banyak. Letak air 1 ruas jari jer. Maklumlah mak ajar letak air 2 ruas jari kan. Siapa masih masak nasi sukat air guna jari tu kita geng .  hahaha. Tekan rice, P12 by default.


Sukatan air yang diperlukan



Merasa lah jugak masak nasi secara konvensional beberapa hari. Nasib mak ni bekas pandu puteri dan puteri islam. Skill memasak nasi tanpa periuk nasi elektrik masih ada. Nasib tak hangit oooiii..


 Panel PC Russell Taylors . Comel kan dari noxxa? hahaha. mati mak kena kecam


Cara release pressure, tolak valve ke exhaust . Untuk mulakan masak tolak ke seal yer. Kalau tak dia bunyi hissing. hahaha. Masa mula-mula guna hairan juga kenapa bunyi bising PC ni. Rupanya lupa nak halakan valve ke seal.



Nasi himpit dalam Russell Taylors PC in the house
Nasi Himpit yang 2 ketul besar ni 50 minit. Saya rasa saya silap setting.

Resepi Nasi Himpit Segera @ Pressure Cooker Russell Taylors

1. Masukkan nasi himpit dan air sampai tenggelam nasi himpit
2. Tutup penutup PC dan halakan valve ke Seal/Close/ X
3. Tekan Beans/Tendon dan tekan pressure select (+) jadikan P50
3.Halakan valve ke exhaust/Open/Awan bila keluar bb

 ( Updated : Resepi Nasi Himpit Segera mini disini )


 Resepi Sup Kaki Ayam @ Pressure Cooker Russell Taylors 

1. Tekan pada fungsi bake ( yang ni kalau noxxa dia panggil stir fry) tumiskan bawang dan rempah 4 sekawan. Dah garing, masukkan air , sup bunjut dan kaki ayam. Masa tumis ni tak tutup periuk lagi.
2. Lepas dah masukkan kaki ayam dan air tu baru tutup periuk.Halakan valve ke seal/Close/ X
3. Tekan Keep Warm/OFF dan tekan pada Soup P35
4.Halakan valve ke exhaust/Open/Awan bila keluar bb
5. Buka penutup.
6. Tekan Bake 10 minit dan masukkan garam dan daun sup. Bila keluar bb dah masak la tu.






Resepi Sup Kaki Ayam @ Pressure Cooker Russell Taylors  

1. Tumis dulu guna fungsi Bake sampai brown,masukkan air dan kaki ayam. Tutupkan penutup.Halakan valve ke seal/Close/ X.
2. Tekan Keep Warm/OFF dan tekan then tekan Soup. Tekan pressure select (+) jadikan P35
3.Halakan valve ke exhaust/Open/Awan bila keluar bb.  Buka penutup dan tekan bake P5 dan tambah bahan perasa.

Resepi Ayam Percik @ Pressure Cooker Russell Taylors

1. Tekan pada fungsi bake 10 minit dan masukkan minyak dan masukkan ayam yang telah diperap dengan garam dan kunyit. Dah garing masukkan air secawan.
2. Tutupkan penutup PC.Halakan valve ke seal/Close/ X. Tekan Keep Warm/OFF then tekan Chicken. By default P15
3. Halakan valve ke exhaust/Open/Awan bila keluar bb

Selebihnya saya panggang pulak atas tefal pan untuk siram kuah percik. Saya nak masak nasi pulak lepas tu kelam kabut. Boleh cuba resepi ayam percik bonda

Yang belah kanan sebelum disiram kuah percik keluar dari PC. Yang tepi dia selepas disiram.
Memang lembut ayamnya. 

Yang ni kredit kepada Nora Norudin yang share review pada website lazada untuk produk Russell Taylors ni. Saya belum cuba lagi . Ingat nak merendang jugak ni. Tapi nak cari ayam kampung atau ayam pencen dulu . hehehe. So dibawah saya olah dari resepi kat atas.

Sup Tulang  @ Pressure Cooker Russell Taylors

1. Tumis dulu guna fungsi bake P10 sampai brown,masukkan air dan tulang.Tutupkan penutup.Halakan valve ke seal/Close/ X.
2. Tekan Keep Warm/OFF then tekan Beans Tendon. Tekan butang tambah jadi 40 minit
3. Halakan valve ke exhaust/Open/Awan bila keluar bb. Buka penutup dan tekan bake P5 dan tambah bahan perasa.


Rendang  @ Pressure Cooker Russell Taylors

1. Tumis dulu guna fungsi bake P10  sampai brown.Tutupkan penutup PC.Halakan valve ke seal/Close/ X.
2. Tekan Keep Warm/OFF kemudian tekan Beans Tendon. Tekan pressure select (+) jadikan P35
3. Halakan valve ke exhaust/Open/Awan bila keluar bb.
Kalau kuah masih cair, tekan bake balik dan sampai kuah tinggal sedikit.

Update : Rendang Ayam Kampung by Eliss


Bubur Pulut Hitam  @ Pressure Cooker Russell Taylors

1. Tutupkan penutup PC.Halakan valve ke seal/Close/ X.Tekan pada fungsi rice
2. Halakan valve ke exhaust/Open/Awan bila keluar bb. Buka penutup PC.
3. Tekan bake dan masukkan santan.

Apapun, saya bagi 5 bintang untuk Pressure Cooker Russell Taylors  ni. 

Korang dah ada pressure cooker ? Jom masak ! Memasak itu mudah dan menyeronokkan bukan, tambah-tambah ada pressure cooker . hahaha. larikss..#jommasakelissmie







Monday, July 03, 2017

Team Raya Terengganu 2017

Assalamualaikum. Masih mood hari raya kan? So kita update kisah hari raya tahun ni 2017. Macam biasa lah kan, mesti la raya terengganu. Sepanjang hampir 10 tahun kahwin ni rasanya tak pernah lagi tak pulang beraya. Tahun ni giliran beraya di rumah saya. Tak ada beza mana pun sebab lepas tu beraya di rumah mentua jugak. Tapi apapun giliran wajib ada.Bertolak ke terengganu hari khamis . Alhamdulillah tak jam, 4 jam sahaja sebab tak berhenti dan balik ke sini hari Sabtu pun tak jam sangat. Pukul 12 bertolak dan sampai pukul 5 lebih. 1 jam berhenti makan kat Lanchang. 

Alhamdulillah, masih merasa nasi dagang mak mentua tahun ni. Alamak, lupa nak belajar nak buat nasi dagang lagi tapi sempat la menjeling kuah nasi dagang my mentua tu. Saya tukang rasa kuah nasi dagang dan kuah sate je kat rumah mentua. hahaha. Petang jumaat sebelum raya,sempat la menapai dulu seperti biasa kat rumah my ma. Kali ni raya pertama, ada saya sekeluarga dengan Long jer . Adik saya esoknya baru bertolak balik dari johor. Lepas tu hari raya ketiga, Ngah saya balik beraya kat sini pulak.Tahun ni diorang beraya kelantan dulu.  

Gambar di pagi raya. Terima kasih puan photographer, my Kak Long

Nak efek kurus konon, pandang sisi pulak #teamrayaterengganu #teampurplepeach

Gambar trademark kat tangga katanya

Berdiri pulak . Bukannya ada kodak macam zaman dulu kan..

Style che ta pulak. Tak pandang kamera. hahaha

Satu lagi yer. hahahaha #silajangankecamsaya

Gambar berdua wajib ada #romantiksangat

Tak kan sekeping jer kan. haha

My Nayla posing sementara tunggu kakak dan Abahnya balik dari solat aidilfitri

Ni team raya terengganu jugak #teampinkbelacan kot. hahaha

My Ma dan My Abah 

Kami dengan my ma dan my Abah

Ni pulak #teamrayakelantan #teambiru

Ni #teamrayajohor 

2 tahun sekali memang boleh amik gambar sekeluarga. Ni hari terakhir dah diorang ni kat rumah my Ma dan Abah iaitu hari Khamis. Lepas tu semua dah balik ke rumah masing-masing. Saya giliran kat rumah mentua dah time ni. Gambar kat bawah ni anak jiran depan rumah tolong amikkan gambar . hehehe

 #teamrayaterengganu

 Cari perbezaan . hahaha #teamrayaterengganu
Wefie dari Long #teamrayaterengganu 

 Wefie dari Ngah pulak #teamrayaterengganu

Yang ni guna timer #teamrayaterengganu 

Macam biasa, harus lepak pantai kalau balik kampung. Layankan gambar kat pantai pulak. 

Nuha, Nayla, Umi dan Abah selamanya katanya..

Adik pun tumpang posing
  
Macam biasa mula-mula takut ombak lepas tu habis pasir satu kepala. Siap masuk dalam mulut lagi pasirnya. 
 
Posing dengan teknik nampak kurus. Kaki ke depan sket dan mengiring. Kurus kan? hahahaha #siscuba #jangankecamsis

Dengan cinta hati dunia akhirat #relationshipsgoal #tilljannah 
Nasib tak ada drama air mata macam tahun lepas. hahaha 


Kemain seronok korang kat kampung yer. Dah balik kesini masing-masing moyok jer siap cakap kenapa balik awal sangat. hahaha. Sabar jer la. Nanti raya aidiladha kita balik lagi yer. In sya Allah


Jangan lupa untuk berpuasa enam pulak yer :) Selamat menjalani ibadah puasa bagi yang berpuasa enam yer. 


Thursday, June 22, 2017

Salam Aidilfitri 2017

Assalamualaikum. Pejam celik dah nak sampai di penghujung Ramadhan yer. Hari ni mesti dah sunyi ofiz ni kan? Nak buat bising pasang lagu raya jer lah kat You Tube macam kami semalam. Korang dah start bercuti ke ? Saya mungkin dalam perjalanan pulang ke Terengganu . Doakan kami selamat sampai dan kembali semula kesini yer :) Saya pun doakan sama untuk korang.

Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Aidilfitri dan maafkan segala salah silap saya sepanjang berblogging ini kalau ada tulisan saya yang mengguris hati dan perasaan semua. Yang buruk itu semuanya dari kekhilafan diri saya yang serba kurang ini dan yang baik sesungguhnya datang dengan izin dari Dia. 


Jangan lupa isi borang balik kampung menggunakan Aplikasi VSP (Volunteer Smartphone Patrol) yer. Boleh download kat play store dan app store  .



Wednesday, June 21, 2017

Ramadhan Buffet @ Intekma Resort & Convention Centre

Ini kali kedua makan kat luar sepanjang berpuasa tahun ni. Alhamdulillah. Shopping raya pun sebelum puasa dah habis. Baju raya pun tempah dengan mak saudara my hubby. Cuma kes tak cukup kain tu terpaksa juga lari ke Kamdar kat Klang Parade . Nasib baik la Kamdar pun ada kat sini jual kain sama. Dah habis stok kain yang saya beli kat Kamdar Dungun. Terima kasih Ana tolong tengokkan kain tu. 

Kali ni jemputan berbuka puasa di Intekma Resort & Convention Centre. 

My Nuha paling beriya la makan. Memang tak rugi bawa dia pergi buffet ramadhan. Berselera ajer. 

Yang sorang lagi, My Nayla ni memang rugi bawa . Nasib baik tahun ni pergi mana tak kena caj lagi. hehehe

Sipi pun boleh la..hahaha. Janji ada gambar berdua.. 


Mak dan anak-anak dah bersiap sedia tunggu azan. Yang sebelah tu dah tak boleh tunggu. hahaha


Yang ni paling di cari . Kambing golek. Haruslah peminat kambing katakan. Tak ramai yang beratur. Mujur. Yang station sebelah ramai yang beratur iaitu murtabak . Katanya signature dish Intekma. Tak sempat merasa dah habis dulu. Harus tahun depan kena repeat lagi. Kalau ada orang belanja lagi la.hahaha

Antara Menu yang disediakan : 

Kari Kepala Ikan
Ayam Masak Ros
Daging Gulai Kawah
Nasi Briyani
Pindang Ikan 
Sotong Masak Hitam
Sambal Paru
Sagu Gula Melaka
Bubur Pulut Hitam
Bubur Cha Cha
Agar-Agar Pandan
Mee Goreng
Kuey Teow Goreng
Kambing Panggang 
Murtabak
Tat


Promosi ramadhan masih ada lagi . Call diorang sebelum terlambat sehingga 24 Jun 2017 yer.

 +603 5522 5000 / 5001 / 5009 / 5104 / 5106.

Harga Biasa  :

Adult : RM55 nett
Children : RM27 nett (6 -12 years old)
Family Package : RM149 nett (2 Adult + 2 Child)
OKU & Senior Citizen : RM49 nett
Web: www.intekmaresort.com.my
Hotline: +603 5522 5000
Instagram: @intekmaresort
Twitter: @intekmarcc
Facebook: INTEKMA Resort & Convention Centre



Tuesday, June 20, 2017

Tips Menampal Batu @ Hotfix pada Tudung Raya

Korang masih ingat kos tudung dua muka saya ? Tak ingat, boleh baca sini. Hari ni saya bukan nak tunjuk cara nak buat tudung, masih lagi upah orang jahitkan tudung saya.Kali ni untuk hari raya pun saya beli kain sendiri dan minta tolong Rai jahitkan. Terima kasih Rai. Saya pun sekarang memang beli sendiri jer kain lagi berbaloi beli kain sendiri dari beli tudung yang dah siap tu. Nampak tak ayat penjimatan kat situ. hahaha. Ok la, berbalik pada kisah sebenar, hari ni saya nak up sket iaitu tambah blink blink sket kat tudung korang tu. 

Yang korang perlu cumalah seterika dan hotfix atau batu yang hanya perlu gosok atas tudung tu. Nak cari yang dah siap design pun boleh dan yang kena tampal sendiri pun boleh. Ikut suka korang, tudung korang kan. Saya punya, saya beli yang bunga untuk saya dan hello kitty untuk my Nuha.

Yang ni RM 3 satu keping.. Lupa nak amik yang my Nuha punya sebelum kena gunting, 
RM 5 untuk 2 hello kitty

Mula-mula korang buka kertas putih kat belakang tu, tapi yang bunga tu tak ada pun kertas putih. So tinggal yang lutsinar macam plastik tu dan batu kat bawah. Tampal kat tudung



Close up sket


Amik sehelai kain lain, lapik dan gosok batu tadi. Slow jer buka seterika tu jangan panas sangat. 


Dah siap gosok, korang tarik plastik tu..


Tadda...Cantik kan?


Model yang menggayakan.. Haruslah tuan punya tudung my nuha


Menarik kan?

Mak pun tak nak kalah..hahaha. Padahal tak siap lagi jahit tudung tu. Biasa la buat 2 muka untuk tudung sendiri.


Kos 2 helai tudung RM 22.81 +  RM 3 + RM 2.50 : RM 28.31 . 

Jom blink blink hari raya !!





 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)