Friday, May 18, 2012

Nasi Kerabu Buah Tanjung, sedap ker?

* This is sticky note entry for one day. Sila skroll kebawah untuk entry yang lebih meletop dan sexy :) Advertise here? 

 

Entry ni tidak ada kena mengena dengan Nasi Kerabu di Restoren Yati Ayam Percik, Kelantan yer :) Ini adalah review tentang blog Nasi Kerabu Buah Tanjung.  Pemilik blog merupakan seorang guru.Tak lewat rasanya nak mengucapkan Selamat Hari Guru  :) Semoga terus sukses dalam mendidik anak-anak bangsa yer cikgu !Blog Nasi Kerabu Buah Tanjung ni adalah sebuah blog peribadi pemiliknya dan kehidupan disekitarnya, lebih kurang blog saya jugak pengisiannya :)


Jom kita layan soalan-soalan  ala- ala propaganza gitu buat pemilik blog Nasi Kerabu Buah Tanjung :)

1) Bilakah anda start blogging ?
2008. letak iklan Nuff 2010.

 2) Perkenalkan diri dan blog anda.
 Ada 3 blog tp yg aktif adalah nasikerabu tuh. blog psl aper2 ajer. events, anak2, life, minat n pendapat serta apa2 yg terlintas di minda.

 3) Biasanya, apa yang anda blog kan?
 Blog kedua adalah psl tempat mkn yg telah dikunjungi n blog ketiga adalah biznes.

4) Antara entry yang paling bermakna buat anda.
  tatau nk pilih yg mana. semernyer bermakna..hehehe

 5) Siapa yang memberi inspirasi untuk anda berblogging? 
hubby n anak2 serta bloggers hebat mcm redmummy, yanmie, mommy lydzar n kancilbiru.

 6) Pendapat anda tentang blog elissmie.com 

1. besh psl ramai org komen 2. glamms sgt. 3. ramai visitor 4. macam2 ado so x yah g byk2 blog. bw kat elissmie dh cukup...hihihhi 5. kos pengiklanan yg murah..berbaloi2 - alahai, terlebih pujian pulak yang diterima.. Malu pulak nak letak kat sini . Apapun terima kasih yer , tapi no 5 tu betul sangat lah :)

Berikut adalah 3 entry event yang pernah diikuti oleh Ayu, pemilik blog Nasi Kerabu Buah Tanjung yang menarik untuk dikongsikan bersama :-







Thursday, May 17, 2012

Baru ku tahu bahayanya beguk untuk kaum lelaki...Sila Baca

Korang pernah kena beguk ? Selalu masa kecik-kecik kan. Saya pulak baru baik dari beguk. Dapat MC sehari sebab doktor takut berjangkit kat orang lain pulak. Kat kampung saya orang panggil Bengkak Keng (keng = rahang :p ) Niza kata kat kampung dia panggil Bengkak Cantik :p Tapi bahasa inggerisnya adalah Mumps.Doktor cakap ianya disebabkan virus melalui air liur. Mungkin kena kat klinik gigi hari tu kot.sabar jer la.Tapi amat bahaya jika terjadi kepada kaum lelaki sebab boleh membunuh telur dan paling teruk akan menjadi mandul. Nauzubillahiminzalik !Tak sangka sampai seserius itu.


Masa kecik-kecik dulu, petua mak saya adalah sapu nila + perahan asam limau atau kapur makan + perahan asam limau pada bahagian yang bengkak tu . Dari beli nila, baik saya beli kapur. Untung-untung boleh buat onde onde nanti.


Kapur makan ni cuma RM 1


Kapur makan + perahan asam limau .Macam nak main masak-masak pulak !
Sehari MC dah surut, Alhamdulillah.


 Korang pernah ke kena beguk / Mumps / Bengkak keng / Bengkak Cantik ni ? Ada petua nak dikongsikan?



Tuesday, May 15, 2012

Tampal Gigi RM10, tiba-tiba sakit pipi :p

Dari semalam lagi pipi saya sakit. Tak tahu la sebab apa. Mungkin terlebih buka mulut masa doktor tampal gigi tu.Diorang cakap mungkin nak tumbuh gigi bongsu.Dah tua-tua baru nak tumbuh gigi bongsu kata my hubby :p Actually, saya pergi tampal gigi semalam susulan saya pergi pemeriksaan gigi dan scaling hari tu. Doktor cakap boleh datang tampal bila-bila , so semalam baru pergi. Hampir 7 bulan tu :p Patutnya 6 bulan sekali kan ;p


 Klinik Kesihatan Pergigian . Dekat-dekat sejam baru dapat jumpa doktor !


Terima kasih yer doktor dibilik D2 :)

 
RM10 sahaja untuk 2 batang gigi yang ditampal, menangis tak ? hehehehe :) 
Tak dapat kat tempat lain punya :p


 Produk penjagaan gigi dan sila makan banyak buah-buahan untuk kesihatan gigi anda :p

Ni masalah gigi yang ada katanya..kemain banyak yer..

Struktur gigi kita la..apa lagi :p

Mak aihhh..banyak nyer kandungan gula dalam setiap hidangan. 

Nurse kaunter informasi yang mesra pelanggan. Tapi masa ni dah lunch,  dia dah tak der :p
Kat sini dah ada sistem nombor. Canggih ok ! :p


Tempat bayar bil tapi pukul 1 -2 dia tutup pulak. Terpaksa tunggu sampai pukul 2 baru boleh bayar .


Snap sana snap sini baru terperasan ada larangan ;p

Larangan mengambil gambar la :p Sorry laa, dah snap baru terperasan..hahahaha



Kita sudahi entry ini dengan Lunch dari KFC selepas membuat tampalan gigi, elok sangat :p


Korang pernah ke tampal gigi ? Berapa kos yang pernah korang bayar?




Monday, May 14, 2012

Menu Baru Pizza Hut,Italian Herb Chicken Chop, Jangan Makan Ketika Tengah Lapar ;p

Ni cerita 2 minggu sudah tak silap. Masa menu baru tu dilancarkan. Minggu tu jugak saya pergi Pizza Hut. Tak silap kebetulan baru dapat gaji :p Masa tu pulak Niza dan Ad cuti. So aktiviti kali ni jalan jalan di elissmie pergi dengan 2 watak baru :p Iaitu Ida dan Kak Su, dua-dua mantan boz saya :)


 

Saya order Italian Herb Chicken Chop. Gravy dia macam dalam mashed potato KFC tu tapi lebih cair sket. Jujur saya cakap, kalau saya pergi tengah lapar memang portion ini tidak mencukupi. Tapi cukup la bagi saya yang tengah berdiet.

Memang berbeza sangat presentation dalam menu :p (memang laa menu tu untuk tujuan ilustrasi sahaja tapi jangan laa bagi harapan palsu :p )


Diorang order Lime Pepper Chicken Chop
Yang ni gravy dia sahaja berbeza dengan saya tapi portion dia tetap sama jugak. 

Kedua -dua menu, RM 14.90 (tidak termasuk tax)


Ice Lemon Tea ( RM3.50)


Section 7 Shah Alam
No.1, Lot PT1147 Jalan Plumbum 2 7/2,
Seksyen 7, 40100 Shah Alam.


Korang dah pernah cuba ke menu baru Pizza Hut ? Makan apa? Komen sket :)


 p/s:

 Menu baru pizza hut yang lain boleh rujuk sini



Friday, May 11, 2012

Tips mudah basuh tudung awning

Chewah, sejak dah pakai tudung berawning ni siap boleh buat tips lagi untuk basuh. Saya ni memang dasar pemalas betul nak basuh tudung awning ni sebab leceh kan. Saya pernah rendam 5 helai tudung sekaligus, sekali turun warna (padan muka ;p) 



Sebenarnya cara paling mudah adalah dengan basuh guna mesin. Siapa setuju angkat tangan ? Tapi awas, nak basuh mesin pun ada caranya jugak dan bukan main semborono ajer. Kena ada teknik dah strategi gitu.


Bagi yang ada mesin basuh automatik, boleh ikut arahan ini. Water level pilih paling rendah dan bahagian function tu korang just pilih Wash dan Rinse. Tapi ada sesetengah mesin basuh (macam aku punya - Samsung ) , bila dah abes rinse, dia pergi nak spin pulak. Korang cepat-cepatlah angkat tutup tu agar dia tak terspin. hahahaha. Kena pantau selalu lah depan mesin kan :p




** Kalau ada mesin basuh yang tak automatik lagi mudah sebab ruang basuh dengan spin dia lain-lain kan. Sebenarnya korang perlu guna yang bahagian basuh ajer. Keringkan sendiri pakai tangan :) Ramas-ramas manja ajer tudung tu. Lepas tu jemur jer la sampai kering.


Korang ada tips lain ke nak basuh tudung awning ni ? 


p/s:
Saham Akhirat - Derma untuk pembinaan Surau Presint Inang, Bukit Raja
Bank Muamalat Jawatankuasa Pembinaan Surau Presint Inang - 12040002833710

Jam Dinding untuk wall deco ini boleh didapati di sini [ klik laju-laju]
Basuh kereta di Tip Top Spa Auto Service, Seksyen 7, Shah Alam. [ klik laju-laju]
Baju kurung cotton, polka dot pun ada, klik sini. [ klik laju-laju]


Thursday, May 10, 2012

Cek Nuffnang Kesembilan, 9 tahun kenal dan Pertama Kali Beli Sengkuang

Hari ni adalah pertama kali saya jumpa my hubby di kafe cyber milik seorang sahabat. 9 tahun lepas gitu jam tak berapa nak ingat tapi tak silap dalam pukul 2 lebih gitu.Baru balik dari exam MUET. Masa tu saya di tahun akhir diploma.Cinta pandang pertama mungkin :p Lepas cuti semester tu saya praktikal di Jabatan Pelajaran Negeri Pahang dan melalui kawan my hubby saya dapat rumah sewa dan disana jugak cintaku bersemi. Pantai Teluk Cempedak menjadi saksi.hahaha.Nostalgia gitu...

Kad jemputan perkahwinan yang unik yang diterima semalam, 
Selamat Pengantin Baru in advance Ida :) Terkenang semasa dulu :p


Semalam, dah terima cek Nuffnang yang kesembilan. Yang ditunggu adalah cek Churchurp kali kedua tapi masih tak kunjung tiba. Apapun rezeki walau tak ribu ribuan tapi  Alhamdulillah :)

Dan pertama kali beli sengkuang seumur hidup. Main amik ajer. Ada petua ke nak pilih sengkuang ? Tidak saya ketahui...

 
Padanannya adalah Sos Sengkuang Calit yang saya terima dari pemilik Old Time Sengkuang yang baik hati :)


Bila pertama kali korang jumpa cinta hati  korang ? Cer citerrr :)


pssst : 

Cili me dah bercambah dah semalam...hehehe :) Tapi satu batang jaaa :p


Wednesday, May 09, 2012

Bila semangat berkebun sudah tiba....

Lama dah me tak update pasal kebun mini me kat rumah tu. Untuk pengetahuan semua, pokok cili kampung yang me beli hari tu dah selamat mengeluarkan hasil. Ok tipu. Dah mati. Baru jer berbunga tetiba dia menghembuskan nafasnya yang terakhir. Tak sempat nak alih ke tanah gitu kekdahnya.


So saya pun dah frust , tak beli dah pokok tapi guna biji cili yang saya beli masa pergi Temerloh hari tu. Cili ni biasa kat terengganu orang guna buat lada solok.Tapi dah 3 hari ni tak muncul-muncul pun pokoknya. Ker berapa lama erk masa yang diambil untuk pokok cili menampakkan bayang? Saya tak berapa arif lah pulak tanam cili. Selalu makan cili jer.hahaha


Ni ha biji cili tu dah dikeringkan sebelum saya tanam hari tu..

Kitorang beli box tanaman ni dekat Carefour. Tak sampai RM10 tak silap.
 Terlupa ingatan pulak.


Amoi tu kata beli 4 pack baru cukup untuk box tu . Tertipu sudah ! 2 pack pun dah cukup !

My hubby tengah bertungkus lumus memasukkan tanah organik istimewa yang katanya tak perlu baja dah sebab dah campur dah dalam tanah tu siap-siap.

Hah sayang, apa lagi. Kata my hubby. Maka mula laa saya menanam biji benih tersebut. Kena korek dalam-dalam ke bang ? Entah katanya.. Saya pun gali sket dengan jari dan masukkan biji tu kesemua sekali..hahahaha. Entahlah hidup ke tak ni. Kalau tak hidup saya nak pergi Giant beli anak biji benih lain ;p


Ni kebun jiran saya. Banyak betul serai yang dia tanam tepi rumah kan.hahahaha. Ok tu bukan serai tapi lalang. Sanggup betul dia duduk dalam rumah semak macam tu :p Siap bangla datang nak potong rumput dia tak nak..heran mak !!! Kalau dapat tanah ni kat saya, mahu saya kerjakan tanam macam-macam :p

Korang agak-agak hidup tak sebenarnya cili saya tu ?

 p/s;

Kita tunggu dan lihat :p

UPDATE : CILI ME DAH BERCAMBAH !!! HAHAHAHA

My Nuha | Aku Bukan Chef

Tuesday, May 08, 2012

Lepas ni boleh la selalu makan makanan bergrill :)

Akhirnya, lepas ini saya semakin gigih didapur dengan masakan bergrill.Hari Ahad lepas, hubby setuju untuk saya beli grill pan idaman hati. Saya tak kisah pun jenama apa janji grill pan. Sebelum tu dah  tengok dah grill pan kat Jusco. Memang teringin dah nak beli.Tapi hubby tanya, perlu ke tak ? Memikirkan hubby yang dan belanja hampir RM200 untuk beli 3 helai spek mata wanita, masa tu , saya kuburkan sahaja niat tu :p 

Tapi Ahad lepas, jembalang apa saya tak tahu la yang telah merasuk hubby saya dan mencadangkan saya beli grill pan tu. Katanya, beli jer la tak payah nak fikir-fikir dah . Masa tu ada offer pulak dengan jenama tidak melekat itu, Tefal lah apa lagi :)



Selalu RM 130 ++ tapi yang saya beli cuma RM79.
Update : Beli kat Carrefour Klang
 Sama harga dengan jenama Jusco hari tu. Seb baik tak beli hari tu :p


Lepas ni boleh laa saya memanggang dengan garisan grill pan macam dalam gambar tu :p


Welcome to mommy my new baby !  hahahaha



Dan dan google cari resepi chicken grill :p


Last-last, malam tadi me buat ayam percik. Sungguh menjilat jari kau ![Resepi disini]


First time my grill pan beraksi :) Basuh pun mudah sebab tidak melekat !


 Korang dah ada ker grill pan ?? hahahaha ..lariksss




Monday, May 07, 2012

5 Ilham Bilik Tidur dari Hotel 5 Bintang

Sebenarnya saya teringin sangat nak deko bilik tidur ala hotel 5 bintang gitu tapi disebabkan kekangan ruang dan tersalah memilih perabot untuk bilik tidur utama , saya redha ajer dengan apa yang ada :p Hari ni saya nak tayang deko yang memang betul-betul saya ambil dari website hotel bertaraf 5 bintang di seluruh dunia untuk dijadikan inspirasi korang bagi deko bilik tidur korang nanti.





''






Premier Guest Room @ Melbourne Marriott Hotel



Deluxe Room @ Hilton Arc de Triomphe Paris


p/s:

Kalau perasan, kebanyakan katil hotel 5 bintang jenis divan :)
Ada iras dah saya punya master bedroom ;p  

p/s:



Hari ni ingat nak poskan FM seperti yang dijanjikan hari tu tapi Sorry FM UiTM sudah kehabisan stok. Jika dah ada nanti, saya buat giveaway yer. Yang mana saya dah janji nak bagi, Insya Allah saya bagi yer.


Friday, May 04, 2012

Siapa lagi nak bagi FM dipersilakan :)

Siapa yang masih tidak tahu, saya memang pengumpul FM dan tisu .Minat mengumpul FM tercetus bila my hubby belikan peti ais lah :) Terus jatuh cinta dengan FM. Tisu pulak sebab terpengaruh dengan ofiz mate saya masa kerja PJ dulu Kak Mimiey. Koleksi dia memang saya tak mampu lawan lah. Siapa ada tisu bertulisan atau beralamat kedai makan / hotel / catering dipersilakan bagi kat saya yer :)  Kalau ada orang jugak nak bagi FM dialu-alukan especially yang ada tulisan nama tempat :) Email me elissmie[at]gmail[dot]com untuk dapatkan alamat :p




Last week, kawan saya pergi London ok ! Hari ni, dibaginya FM London. Gembira tak terkira hati saya :) Terima kasih dear friend :) Setakat ni, FM international yang dah ada , Dubai, Bandung, Bali , Abu Dhabi, London dan  Singapura . ( saja nak dengki kat pengumpul FM tegar jugak ni NafiRaa, hahahaaha )

Yang ni gambar lama :p


 Kawan my hubby balik dari Pulau Redang hari tu pun bagi FM dari Pulau Redang tapi lupa pulak nak snap gambarnya. Yang tu dah selamat lekat di peti ais.Terima kasih sabrina !


Dan sekarang sedang menunggu FM dari Sarawak pulak dari Yati. Terima kasih yer Yati in advance.



Siapa suka FM angkat tangan tinggi-tinggi ? 



p/s: 
Sila tinggalkan komen kat sini dan email ..Nanti kubagi FM UiTM, nak tak? Siapa cepat dia dapat :) Mungkin Mr random tolong pilihkan untuk saya ok :)

Dah kehabisan stok pulak FM UiTM. Tapi tak per, korang tinggalkan ajer komen ok ! Kalau dah ada, me suh mr random org yang pilih ok !

 
p/ s:


Al- Fatihah untuk Bob Kuman...

Siapa berminat dapatkan voucher RM100 sahaja ! Harga asal RM250 [klik sini untuk info]  
Emailkan ke elissmie[at]gmail[dot]com.
Tupperware dengan harga menarik , [klik sini]

Baju kurung dan kain pasang dan ada giveaway menunggu nanti , [klik sini]




 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)