Monday, February 20, 2012

Sengkuang calit, makanan nostalgia kanak-kanak korang ker?

Last week, masa kitorang pergi Uptown Danau Kota ternampak gerai orang Sengkuang Calit.Teringat pulak entry CikLilyPutih pasal makanan ni. Sebenarnya, hari tu dah nampak kat Uptown Shah Alam tapi tak terasa nak mencubanya sebab masih kenyang lagi. My Long yang sebenarnya belikan. Lepas tu me cubalah merasanya.Memang sedap jugak dan pedas-pedas sket kuah kacangnya tu. Siap beli lagi satu lepas tuh.
Sengkuang dikatakan baik untuk mengatasi demam panas, meredakan demam mampu mengubati selesema dan batuk. Ia juga melawaskan buang air kecil, penawar demam kuning dan juga gout. Elok juga untuk berdiet dan kulit jadi halus.

Model Sengkuang Calit ;p


Old Time Sengkuang

Sedang dipotong

Sedia untuk dimakan


RM 1.50 biasa, RM 2.00 special


p/s:


Sengkuang calit bukan makanan nostalgia kanak-kanak me lah.Tak pernah jumpa pun. Makanan nostalgia zaman kanak-kanak me dulu yang me suka adalah aiskrim Malaysia, sagun, dan satay ikan. [Siap mengidam lagi dulu nak makan masa pregnantkan Nuha ;p] 



Friday, February 17, 2012

Kerabu Kaki Ayam Terbaik Punya @ Rosdet Tomyam Kampung Baru

Ok.Hari ni kita JJCM bersama elissmie ok. Yang ni jauh jugak sket menapak iaitu sampai ke Kuala Lumpur.Saja up entry ni hari jumaat sebabnya nanti weekend bagi yang tak tahu mana nak makan boleh la try makan kat sini. 


Rosdet Tomyam Kampung Baru ni memang menyajikan masakan ala Thai lah senang cerita tapi sepanjang me makan di restoren ala Thai ni, tak pernah lagi jumpa kerabu kaki ayam yang terbaik macam dia punya lah.Jom la jamu mata semua yer. Harap-harap korang semua dah breakfast yer :)




 Kerabu kaki ayam.Dulu portion dia lagi banyak.
Apsal kaki ayam dia putih sangat erk? Rendam klorox ker? :p



 Siakap Stim Asam Boi
 Siakap sinohong gelama ikan duri, bercakap bohong lama-lama mencuri


 Lala masak pedas, dan memang pedas berdesit (bhs trg - pedas sangat ) ;p




Udang celup tepung.. 


Sayur campur

Telur Dadar yang wajib ada :p

Sambal belacan ni for my hubby :p

Slim kan gelas dia ;p


Konsep restoren yang simple ajer tapi selesa.


Berada di jalan chow kit road...chow kit road... 
Berhampiran dengan ofiz arwah Datuk Susilawati, Novelle Visages.






  Camwhoring harus ada :p Abaikan mata kero my hubby :p

 My Nuha yang tak berenggang dengan Mak Long

 
Ni model buku menu :p



 Jemput makan semua !


Mengagumkan betul servis kat sini. Semua lauk pauk yang kitorang order, 10 minit ajer dah sampai kecuali Siakap Stim Asam Boi dan satu lagi sotong celup tepung (tiada dalam gambar) sebabnya tertinggal kot tapi sampai jugak la akhirnya.Rasanya ni dah kali ke empat kitorang makan kat sini . Kerabu kaki ayam tu yang buat kitorang terindu-rindu dibuatnya :p

Total = RM 96 


p/s: 

 My Long belanja sempena birthdaynya yang ke 37 (tua dah ko erk long :p )
.Happy Belated Birthday &  Terima Kasih Long :) 



 

Venue :Rosdet Tomyam Restaurant
No 160, Jalan Abdul Rahman Idris 5, 50300 Kampung Baru, Kuala Lumpur
Foursquare : https://foursquare.com/v/rosdet-tomyam-restaurant/4be181992b27ef3bf0e6746a



p/s:
Saham Akhirat - Derma untuk pembinaan Surau Presint Inang, Bukit Raja
Bank Muamalat Jawatankuasa Pembinaan Surau Presint Inang - 12040002833710

Jam Dinding untuk wall deco ini boleh didapati di sini [ klik laju-laju]
Basuh kereta di Tip Top Spa Auto Service, Seksyen 7, Shah Alam. [ klik laju-laju]
Baju kurung cotton, polka dot pun ada, klik sini. [ klik laju-laju]


Thursday, February 16, 2012

Idea Dekorasi dengan frame gambar

Bertemu lagi dalam segmen deko bersama elissmie. Deko kali ni me rasa yang paling biasa kita nampak lah dan bukannya satu idea baru. Frame gambar atau bingkai gambar .Korang boleh olah idea nih agar nampak moden tapi menggunakan bahan-bahan yang murah, frame gambar tu la kan.

Kalau tak kena gaya memang nampak serabut lah. Jom kita tengok idea dekorasi dengan frame gambar ni. Me rasa bukan setakat pemilihan gambar yang sempurna memainkan peranan tapi design bingkai frame gambar pun menaikkan lagi seri dalam mendekorasi ruang rumah dengan frame gambar ni.

Contoh idea menarik menggunakan frame :

1) Bentuk Jam




Menarik jugak idea frame gambar yang berbentuk jam ni dan sesuai kalau diletakkan diruang tamu
 credit  : here



2) Frame T-Shirt

Bukan setakat gambar peribadi, t-shirt pun boleh diframe kan dan menjadi dekorasi ruang. 
 credit here

3) Frame Pensil
Pensil diframekan pun nampak menarik ! 
credit  here

4) Frame daun


Kalau kreatif, daun yang diframekan ni pun nampak menarik kan.


Jom tengok frame untuk dekorasi di sesuatu ruang pulak :-



Kalau ada rumah teres dua tingkat, idea ni mungkin boleh dipertimbangkan. Walaupun hanya menyusun frame tu kat dinding. So tak der la kosong ajer ruang nak naik ke atas tu kan.Sambil lalu sambil cuci mata gitu.
 credit here



Susun bingkai gambar macam ni pun nampak menarik dah kan.Sesuai kat ruang tamu gitu.
  credit  here



Ruang nampak ringkas tapi sarat dengan frame gambar. Menarik jugak kan ?

credit to : here





Ruang yang ni memang nampak minimalis habis tapi berseni gitu...frame letak macam tu tak yah nak drill bagai  ( sayang dinding kekdahnya ;p)


credit : here 


Memang tidak mengecewakan sentuhan frame gambar ni kalau kena susun aturnya kan ?



Kat bilik tidur pun boleh dideko dengan frame gambar jugak dan nampak menarik kan.



Korang suka tak idea dekorasi dengan frame gambar ni ?


 My Nuha | Aku Bukan Chef

Wednesday, February 15, 2012

Kalendar dari Emila Yusof , cek Nuffnang ke 8 dan Tupperware Percuma

Barang percuma ? Siapa tak seronok kalau dapat kan sebab tak perlu keluar duit pun untuk mendapatkannya cuma sedikit usaha :) Hari ni kira edisi tayang menayang yer :) Bukan menunjuk-nunjuk tapi tanda terima kasih yang tidak berbelah bahagi kepada penyumbang hadiah lah :)



Ni kalendar dari kak Emila Yusof , dapat sebab jadi voter untuk Social Media Awards, keputusan disini  :) Teruja habis...Sayangnya nak guna..Habis tahun pun me simpan lagi ni :) Rasa nak framekan pun ada :) Kalau korang nak jugak kalendar yang sama, tapi kena beli la, boleh dapatkan disini :)



Cek Nuffnang ke 8 sudah tiba semalam. Alhamdulillah. Terima kasih Nuffnang. I Love You More ;p 
Siapa yang belum register, rugi la :p 



Ni tupperware yang me dapat sebab jadi top refferer hari tu :) Terima kasih Tupperware Kiosk Online ! Yeay ! Alhamdulillah..



Siapa tak suka barang FREE ? Kalau tak suka , sila pos kepada me lah ?

Dah register Milkadeal? Promosi barangan sehingga potongan 90% Klik sini untuk Register PERCUMA !!!


Tuesday, February 14, 2012

Baucer Buku 1 Malaysia, boleh beli apa yer?

Korang dapat ker Baucer Buku 1 Malaysia ? Semestinya yang muda belia bergelar pelajar tu dapat lah kan. Yang tua bangka pun dapat dengan syarat sedang sedang melanjutkan pengajian di pusat matrikulasi/ tingkatan 6/ Politeknik/ institusi pengajian tinggi dalam bidang diploma, diploma lanjutan, ijazah, sarjana dan doktor falsafah pada Januari 2012. Baucar ini sah diguna pakai selama 3 bulan sahaja iaitu 1 Januari
sehingga 31 Mac 2012.

Baucer ini adalah untuk pembelian buku - buku akademik, jurnal, majalah ilmiah dan peralatan pembelajaran berdasarkan keperluan IPT masing-masing. sumber : sini




Bagi pelajar UiTM, boleh dapatkan baucer buku korang kat sini.

Terima kasih kepada Puan KancilBiru sebab memberi tempias merasa penggunaan Baucer Buku 1 Malaysia.Kitorang bukannya pergi Popular atau MPH tapi koperasi buku UiTM ajer. Kat situ boleh beli apa sahaja korang nak kecuali top up. Apa yang me beli ?



Majalah jelita kau. Kalau tak jelita lepas ni tak tahulah ;p Motif utama beli sebab nak dapat FREE Lux body wash tu. Kelakar btol. Agaknya Puan KancilBiru dah selamat bawak pergi Port Dickson semalam ;p Dia AJK konferensi, seminggu kat sana. Syok btol !


Dalam jelita ni ada 2 segmen untuk blogger rupanya. Baru me tahu. Me tak layan majalah ni sebab me rasa, majalah Jelita untuk kaum ibu, my Ma rajin baca dulu. Patutlah my Ma Jelita ajer sampai skang. Ini rahsianya ;p




Segmen Blogger Fesyen. Isu kali ni semangat vintaj dan retro. Boleh la jengil2 biji mata nak tengok blog korang ada ker tak yer.



Yang ni Cef Blogger , Isu kali ni pasal cef blogger di perantauan . Me pun baca blog SWEET V@NiLL@ tu tapi as a silent reader  :p


Korang kena tak tempias baucer buku 1 Malaysia tu ? Kalau tak nak guna, bak sini me perabiskan ;p



Monday, February 13, 2012

Rumah ada kolam renang, siapa suka?

Seronokkan kalau kita ada kolam renang sendiri kat rumah ? Bersantai di kolam renang bersama keluarga dihujung minggu. Wah macam bercuti kat Grand Lexis Port Dickson (dulu nama dia The Legend International Water Homes) lah pulak kan ada kolam persendirian gitu.



Akhirnya tercapai jugak cita-cita me, nak ada kolam renang kat rumah. Biasa kolam renang ni dikaitkan dengan perumahan elit sahaja kan ? Tapi golongan bawahan pun mampu memiliki kolam renang di rumah jugak tau. Kolam renang rumah me cuma 4 kaki sahaja. Kosnya cuma RM 9.99. 






Dah register Milkadeal? Promosi barangan sehingga potongan 90% Klik sini untuk Register PERCUMA !!! 



Inilah kolam yang dimaksudkan :) Gigihkan my hubby tengah buat preparation untuk buat kolam renang kat rumah tu sambil diperhatikan oleh my Nuha yang dah tak sabar nak terjun kolam siap swimsuit bagai :) Foot pum tu cuma RM 4.99.
Dan kos untuk memiliki kolam renang kat rumah me tu cuma  
Total =  RM 14.98. Berbaloi-baloi kan ?


Jom la layan aktiviti my Nuha dihujung minggu :) Anak seronok kita bahagia bukan  :) 








Aksi Model Baju Renang Ogival yang lain boleh lihat sini :http://elissmiejunior.blogspot.com/2012/02/nuha-bilamodel-baju-renang.html


Rumah korang ada kolam renang ker?


Friday, February 10, 2012

Korang dah ada ker duit syiling baru ?

Saja nak menjakun kan diri. Rasanya semua pun dah ada duit syiling baru kan. Masa me pergi speedmart hari tu, me tengok banyak betul syiling baru kat dalam peti cashier tu tapi bila dia pulang baki tak dibaginya yang baru tu . Yang lucunya, ada pelanggan sebelum me tu siap mintak lagi baki duit baru dari cashier tu.

Sekarang me baru ada 2 keping, memang sayang nak guna tu. Hati-hati ajer keluarkan syiling takut terbagi syiling baru. Mau me kata tak der syiling bila syiling lama dah habis dalam purse ni.Ada Syiling 50 & 20 dalam simpanan me.

 
 Pandangan Hadapan




 Pandangan Belakang



Memang berbeza betul saiz mereka berdua dari yang lama yer :p


p/s:

Design bunga raya masih dikekalkan di bahagian depan tapi , bahagian belakang dah berbeza. Sudah tiada lagi wau dan tepak sireh kebanggan orang melayu . 


Korang dah ada ker duit syiling baru ? Bila lah pulak nak dapat wang kertas baru yer ?
p/s:

Teringin wang kertas RM20 sebab ada lambang penyu. Penyu= Terengganu ;p

p/s:
Saham Akhirat - Derma untuk pembinaan Surau Presint Inang, Bukit Raja
Bank Muamalat Jawatankuasa Pembinaan Surau Presint Inang - 12040002833710

Jam Dinding untuk wall deco ini boleh didapati di sini [ klik laju-laju]
Basuh kereta di Tip Top Spa Auto Service, Seksyen 7, Shah Alam. [ klik laju-laju]
Baju kurung cotton, polka dot pun ada, klik sini. [ klik laju-laju]


Thursday, February 09, 2012

Pentingnya melabel kotak untuk simpanan di stor

Kali ini bertemu kembali dalam episod deko di elissmie. Hari ni tak ajar mendeko tapi nak bagitahu kat korang betapa pentingnya melabel kotak untuk simpanan di stor. Biasanya tak kesemua kotak barang dari rumah lama kita bukak kan? Ada sesetengah tu memang kotak baju-baju lama,barang-barang anak yang lama atau masa bayi dulu dan segala macam la. Dan mungkin barang-barang tu akan diperlukan lagi kemudian hari.


Sebenarnya memang me melabel semua kotak semasa berpindah tempoh hari. Tapi setelah dah kemas barang-barang yang nak digunakan, me simpan balik barang-barang yang tak diperlukan ke dalam kotak yang boleh muat bawah katil tapi ada sesetengah kotak me lupa nak label kembali. Memang sengaja beli katil di bilik tetamu jenis yang ada ruang kat bawah  sebab rumah tak der stor lah katakan .

Yang menjadi kelam kabutnya, last week cikgu taska my Nuha suh bawak 2 batang bunga telur dan pakaikan dia baju kurung untuk hari ini sempena Majlis Maulidur Rasul. Dah la baju kurung tu memang me simpan dah dalam kotak dan bunga telur lebihan kenduri adik me dulu pun me simpan dalam kotak yang lupa untuk dilabelkan. Jenuhlah mencari dua benda tu. Tapi akhirnya, jumpa jugak :) Alhamdulillah.





 p/s:

My Nuha pagi tadi dengan berbaju kurung dan 2 batang bunga telur :)


 

 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)