Friday, June 10, 2011

Hari sanding pun kena tol ? Orang Johor punya style ker?

Hari sanding adik aku agak malang sket sebab perancangan masa tak betul. Janji nak sanding pukul 2 tapi pukul 3 baru pengantin lelaki muncul.Entah kat mana tak betulnya.Hangen jugak aku.Tapi majlis tetap berjalan lancar. Awal-awal lagi belah perempuan cakap akan ada tol pada hari sanding tu..sebab nak tiru style johor sebab family dia asal johor.



Pengantin lelaki sedia untuk diarak.. 

Kat pintu masuk dewan lagi abang long dah kena tahan dek tol :p
Abang Long kaa, Ayahanda kaa..semua kena tol :p Opss!

Lepas kena tol, pencak silat la pulak...

 Pengantin dengan set persalinan songket merah...
 


13 hantaran dari pihak kami .

Hitam itu menawan- antara hantaran yang my hubby amik.Patutnya 13 jugak.


Mari menepung tawar..Kiranya first time aku mencemar duli menepung tawar orang sanding ni..


Pengantin cilik :)



Makan beradap...


Pengantin tengah duk makan, marilah kita merasa naik pelamin sekali lagi :p
  Belah malam kang boleh lah malam pertama sekali lagi, eh...



Mengintai dari celah kerusi namanya ni :p


 Sebelum pulang, marilah kita bergambar dulu !



Eh , sam bunkface pun datang tau hari tu :p Ok , tipu...Ni Sham , sepupu aku :)
Single maybe :p


Thursday, June 09, 2011

Majlis Nikah adikku ditunda sehari awal, salah siapa?

Setelah hampir seminggu tidak bersiaran..Akhirnya aku kembali memulakan tugas hari ini, Hari Khamis last week, kitorang balik secara berkonvoi , 2 buah kereta ajer pun dengan Long aku. Letih gila perjalanan. Dah la dengan my hubby yang tak cukup tidur pasal kes krisis air selangor tu kan pasal duk kat ofiz 3 hari 2 malam.Jalan pulak berliku-liku nak balik Kelantan. Plan asal nak balik Terengganu dulu tapi tiba-tiba majlis nikah pulak ditunda ke Jumaat pagi. Macam mana lah warga Kelantan balik raya yer..Memang perjalanan yang paling mengerikan aku rasa dengan banyaknya lori balak atas jalan raya.



Dalam pukul 10 malam macam tu kitorang sampai kat Machang Kelantan setelah menempuh perjalanan lebih kurang 9 jam.Check in chalet ni lah. Dah la malam tu aircond problem sebab remote rosak. Panas gila tidur tapi badan letih, tidur ajer sampai pagi. Aku amik bilik 1 katil queen size dan 1 single bed RM 70 semalam. Kalo bilik 1 katil queen size ajer RM60.

Desa Permai Rest House & Restaurant
Batu 24 1/2 , Lorong Yamud
18500 Machang, Kelantan
Tel : 09-9751152

Pagi tu, disinilah adik aku dinikahkan..Dah sah bergelar suami adik aku sorang ni..Selamat melayari alam berumahtangga yer dik...Since diorang tak der photographer berbayar, kami lah menjadi photographer that day :p Ada tempahan ?? Tetiba terasa nak beli DSLR. Hadiah hari lahir mungkin :p

Layan gambar lah yer :) Awas ada banyak gambar  !

 Debaran bakal pengantin...

 Posing dulu sebelum akad nikah...

 Sedia untuk dinikahkan...


Anak murid tok guru yang nikahkan dia...


3 kali lafaz tu, baru sah bergelar suami orang... Pecah rekod keluarga namanya ni..hehehehe


Dah halal boleh laa nak cium :p


Dari mata turun ke hati...


Cantik  kan amik dari sudut ni?


Sama putih , sama padan...

Ni acara menayang cincin...

Mesti nak masuk frame jugak :p

Nak kasi bunga kat i ker?

 Macam pernah aku lihat gaya ini :p


jeling menjeling ku memandang....



Tu jer la nak cerita hari ni..Badan terasa letih lagi...Seronok memang seronok sebab berkumpul adik beradik...Tunggu episod seterusnya... Majlis bersanding....

Thursday, June 02, 2011

Sudah jatuh cinta pada Seth Tan | Nora Elena ?

Lama jugak tak menggila tengok drama bersiri kat tv3 ni sejak Nur Kasih dulu kan. Lepas tu siap pergi tengok Nur Kasih The Movie pulak. Memang gila sungguh.

Skang kegilaan baru aku adalah Nora Elena. Paling tertarik watak Seth Tan lah kan. Episod 14  (Selasa) tu aku rasa semua lah makin menggila  tengok ke 'sweet' an Seth Tan melayan Nora Elena sama macam my hubby layan me. Jangan jelez , jangan jelez dengan dengan statement ai yang tak boleh belah ni yer :) Mana boleh Seth Tan lagi lebih dari hubby sendiri kan..derhaka derhaka :p  Tapi ad (bukan nama sebenar) kata aaron macam keras tak reti berlakon ajer...hahahahaha



Masa bawa my Nuha pergi DE*MC selasa lepas, termiss lah episod 14 tu kan, malam tu jugak aku buka http://tonton.com.my/ dan tengok Nora Elena macam siput :p Tension pun ada mak noks..Tapi ku gagahkan jua menengoknya...Layan feeling sorang-sorang pulak tu sebab hubby tak balik malam tu kan..


sweet sungguh mereka kan ?



Yang pasti Seth Tan adalah suami dan bapa orang . hahahaha..larikss..


 Siapa ada buku ni angkat tangan ? Aku nak pinjam. Aku rasa macam pernah baca bila tengok cover buku ni..hahaha
Nak check ngan Kak Long aku :p

p/s:

Hari ni balik terengganu dan esoknya ke Kelantan. Semoga semua yang dirancang berjalan lancar..Amin...
Doakan perjalanan kami lancar dan selamat tiba ke destinasi yer..

Wednesday, June 01, 2011

Nyaris kena admit dan coklat itu gemuk ker?

Semalam bawa my Nuha ke DEMC. Eczema dia makin teruk. Aduhai anak. Ada saja tragedi kalo nak balik kampung. Tak boleh balik kampung ker hah ? Meraung la tok nenek kalo cucu ni tak boleh balik kampung.

Semalam jugak doc refer terus pada paed dan pakar kulit dia. Kalo ikutkan kena tahan 5 hari untuk mulakan antibiotik tapi aku minta pelepasan sebab nak balik kampung. Terpaksa lah aku jadi nurse sendiri.Seb baik my Nuha jenis yang suka makan ubat dan time aku buat dressing, dia ok ajer :) Alhamdulillah, pagi ni nampak eczema dia makin ok.

Dan nasib baik dapat guna GL ofiz my hubby, kalo tak melayang 4 rat :p Consultation kat ruang legar tu pun kena RM180. Mak aihhh....Malam tadi pulak my hubby tak balik sebab nak prepare untuk shutdown loji dia pagi ni :(



 Ni masa last week bawa dia gi DE*MC dah masa baru kena eczema tu ,
konon tengah khusyuk baca buku :p Harap sampai besar lah nak suka baca buku erk :)



Coklat itu gemuk ker? Aku tak kisah, sebab free :)Tq puan zima :)

p/s: 

Teaser...Katanya mengikut tema, kuning gold. Kuning gold ker ni? Lantakkk...dah beli :p

My Nuha | My Hubby | Watermark For Free | Header For Free

Tuesday, May 31, 2011

Berjalan untuk jantung, siapa mahu join ? Dapat free tshirt weh...

Sebenarnya dah tak boleh join :p Sajer jer bagi korang jelez. Hahaha. Aku, my hubby dan my nuha join Walkathon Walk For Your Heart pada sabtu lepas kat HQ my hubby. Best jugak aktiviti riadah bersama keluarga ni. My Nuha rasanya berjalan about 15 minutes then sepanjang perjalanan adalah her super hero cum my chenta hati lah yang kena dukung.hahahahaa. Gelak durjana nampak kat suami sendiri.Tak boleh derhaka, tak boleh.derhaka :p  Jom la layan gambar...



Kaunter pendaftaran, dapat air dan roti untuk tenaga nak berjalan :p

Close up sket event ni.."Walkathon walk for your heart "

Ni pintu mula ...


Jom berjalan !! Seramai 2000 orang yang menyertainya :) - ada kuar paper Ahad lepas :p


Mula-mula kemain lagi nak berjalan, lepas tu Abah dukung, siap tanya Abah letih tak ? 
Dia cakap Nuha tak letih :p yer laa,  tak letih sebab Abah dukung :p


Aku dukung jugak my Nuha selama 15 minutes jugak kot lepas tu surrender beb !! Tak larat den, 14 kilogram tuh..My Nuha kelakar btol,bila dia nampak taman kat KFC, dia ajak singgah taman .. Anak, kita sedang memecah rekod melupuskan lemak ni secara berjemaah :p



Akhirnya setelah sejam lebih (4.5 KM ok ), kami tiga beranak sampai digarisan penamat..Rugi pulak tak jalan lagi slow, sebab ada hadiah untuk pejalan paling slow motion :p


 Ni lah baju kitorang dapat :)


Ada orang siap beli kasut, semata-mata nak berjalan ni :p 


Disamping itu boleh jugak menyumbang untuk Pesakit Kanser di HKL...

 Korang pernah join aktiviti berjalan ???

Monday, May 30, 2011

Kerana RM2, tak pasal-pasal kena saman RM 150...

RM2 tu parking yang kena bayar per entrance depan Plaza Alam Sentral. Tapi my hubby pergi parking kat depan Plaza Alam Sentral(line kuning tu :p) Hari tu dah bernasib baik, sebab aku nampak kereta polis, so my hubby alih pergi cari parking kat lain. Tapi kali ni, dah kena saman. Tu lah pergi tak bawa isteri :p Sebab salah dia kan, so kita diamkan ajer. RM 150 boleh belikan handbag aku yang dah lusuh tu tau..Ruginyaaaaa :( Yang menjadi bertambah hangen tu, parking depan RM2  tu dah laa penuh, lepas tu yang free pulak tutup. Bengong btol !

Inilah surat samannya :p
Kalau tak bayar segera, amaun dia akan naik menjadi RM200..



Skang nak bayar saman di Shah Alam, sudah ada tempat baru .IPD Shah Alam.


Ini kaunter bayaran..



Mangsa kejadian dan anak sedang menunggu untuk membuat pembayaran :p



Ini mangsa kejadian bersama surat saman yang sudah dibayar.


p/s:

Selalu cakap kat orang kena saman, sebab sayang nak bayar parking kan. 
Ni kereta sendiri pulak kena.Huhuhu



Moral of the story : Jangan parking di line kuning yer, kalau tak mahu terbang RM150 !!



 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)