Tuesday, July 27, 2010

Pernah ke korang makan atas atap?

Semalam, my hubby balik awal.Jarang benar my hubby balik awal walaupun ofiz hour dia abes kul 4.15 petang setiap hari Isnin- Jumaat. Rupanya dia nak mengajak aku keluar dinner kat luar. Kisahnya.Patutlah aku SMS tanya nak makan apa dia senyap, kalo tak aku nak masak simple-simple ajer.

Malam tadi, my hubby ajak aku makan kat tempat yang we all nampak weekend hari tu. De Attap Seafood yang terletak kat sebelah Unisel Shah Alam ni, bangunan belakang Hakim lama Seksyen 7 lama.Kalau orang Shah Alam, mesti tau punya.Tengok map kalo tak tahu :) Yang best, tempat makan dia memang kat atap ko!!So sila gigih naik tangga yer..agak tinggi...


Klik untuk pembesaran sempurna


Dekorasi, not bad lah.Boleh makan atas lantai tapi satu ruang ajer , plak tu tengah-tengah.Tapi betul-betul mengadap skrin besar.Aku pilih makan sebelah tu :P Ai tak nak publisiti.Muahahaha.


Part yang ditunggu-tunggu, makanan lah kan.Muahahaha.Keji tak ai? keji tak?Sila tahan nafsu makan.Tarik nafas, hembus.Hiks.Overall food dia boleh lah. Tapi ikan siakap stim halia dia aku bagi 6/ 10 ajer.





Harga  : RM40++  termasuk Air Sirap,Sirap Limau dan Nescafe Ais.


p/s: Aku rasa harga dia memang ok :)
Service pun kira terbaek jugak sebab cepat boleh makan !



Pernah ke korang makan atas atap? Ada tempat makan lain ker korang pernah try makan diatas atap? Rekomen plzz :)




AkulahBathroomBlogger | My Nuha | My Hubby | Watermark For Free

Monday, July 26, 2010

Aku mengandung?

Sudahkah aku bersedia untuk mengandung lagi ? Umur berapa sebenarnya jarak yang sesuai untuk mengandung kembali setelah c-section anak yang terdahulu ? Semua tu berlegar-legar kat kepala ni. Tapi jawapannya memang aku dah tahu.Doktor Zamri cakap kat aku dulu, tunggu my Nuha 18 bulan keatas adalah masa yang sesuai untuk mengandung semula.Sedar tak sedar my Nuha dah nak menginjak 2 tahun bulan 8 ni.To be exact, 2.8.2010 ni.huhuhu.Maybe small celebration for her.Sorry guys!

Last week, aku rasa badan aku lemah sangat.Tekak ni rasa macam nak makan meggi ajer dan masam-masam.Lepas tu,siap meloya lagi tekak ni bila terbau masakan kat kafeteria ofiz aku ni. Mula lah aku terfikir bukan-bukan.Dah la period aku lewat plak tu bulan ni...

 So semalam, gigih lah aku ajak my hubby pergi beli pregnancy test kit. Dan hasilnya...tadaaaa.....Don't congratz me first !

Nampak tak? Satu line ajer disitu.So, I'm Pregnant not yet ! :p


Bila tengok my Nuha pakai baju kelawar, terasa macam dia dah sesuai untuk ada adik? Apakah?

plz lah sayang, she's no longer a baby.Tak perlu nak dodoikan dia..muahahahahaha.

Aku sebenarnya masih anggap my nuha a baby :) Insya Allah, kaedah plastik ni masih selamat bagi aku dan my hubby untuk tidak memberikan my Nuha adik lagi buat masa terdekat.Atleast buat masa sekarang.Tunggulah dia 4 tahun nanti ! Insya Allah.

Korang dah bersedia ker nak mengandung semula especially yang ada anak sama baya ngan My Nuha?

contohnya : Elyn dan Tiara..muahahahahaha.lariksss...


p/s: Thanks to BabyIbu, hadiah sempena contest warkah untuk baby ibu, sudah sampai last week..Suka sungguh! Nampaknya lambat lah aku nak ganti purse aku yang dah rosak tu :P

Friday, July 23, 2010

Macam mana kita nak convert fail dalam bentuk PDF ke Word?

Hari ni hari jumaat.Hari rehat yang panjang.[bagi yang keja gomen la :P] Hari ni, aim aku adalah siapkan sistem e-sukan terbengkalai lepas demo hari tu.Banyak pulak diorang nak tambah.Doakan aku tidak mengular secara serius hari ni.Muahahahaha. Aku nak berkongsi sesuatu dengan korang hari ni!Yang telah mudahkan kerja aku dan harap dapat membantu mudahkan kerja korang jugak la. 

Macam mana kita nak convert fail dalam bentuk PDF ke Word? 

Persoalan ni ditanya oleh my hubby.Dan aku dengan gigih meng'google' software yang berkaitan.Last-last terjumpa satu website yang motonya adalah "The Most Accurate PDF-to-Word Converter." So apa lagi, sebab dia tak perlu register bagai dan just masukkan dokumen kita dalam bentuk PDF secara online dengan 3 langkah mudah ajer.Boleh ke website ni  [URL]




Langkah Pertama : Kena browse dulu fail yang kita kehendaki untuk diconvertkan tu.
Langkah Kedua : Pilih .Doc untuk ditukar kepada Word.
Langkah Ketiga : Masukkan alamat email kita untuk tujuan penghantaran fail yang sudah siap diconvert tu.




 Bila keluar window , Your File is converting...boleh lah check email kita tadi ...



Aku rasa tak sampai 5 minit dia hantar ke email kita ! Mudah kan?


Boleh lah tweet kepada rakan-rakan yang lain.

Sharing is caring !!


Thursday, July 22, 2010

My hubby Lari Dari Rumah Sebab Dipaksa Kawen?

Btol-btol! Dalam mimpi ajer lah aku akan paksa my hubby kawen lagi :P Tapi bab kata Ustazah yang bagi ceramah kat ofiz aku pagi tadi ni, cuma DAJAL ajer yang menentang POLIGAMI . Kalo tak setuju, sama lah dengan tak setuju dengan ALLAH. Tak ker DAJAL namanya tu .Ada hikmah lah yang ALLAH bagi peluang untuk kaum Adam untuk POLIGAMI tu .

Berbalik kepada mimpi my hubby tu. Dia kata aku paksa dia kahwin lain tu pasal dia lari dari rumah.Tapi dengan siapa dia tak ingatlah.Harapnya bukan Nur Amina atau Rozita Che Wan lah. Dia cakap , dia siap nak sewa kuaters kau dekat dengan ofiz dia.Punya lah dia tak nak aku dimadukan.Muahahaha.Harap-harapnya realiti pun macam tu lah kan yer sayang.Amin.

pic credit to : here

Dah la semalam , aku dengar kat radio, Rozita Che Wan tengah tunggu lamaran.hampeh btol ! Apa kaitan?? [ boleh baca entry NI]

korang sanggup dimadukan? Kalo tak sanggup pun,kita tak boleh mengutuk pulak POLIGAMI tu tau.Nanti sama macam dajal lah pulak...Wallahualam....


psst : Eh, blogger ada official sharing buttons sendiri tau! aku punya dah ada! bleh tweet, email, blog, google buzz korang punya post ! Tak perlu nak coding-coding dah.Boleh rujuk entry yang aku bagi link ni untuk tutorial : SINI :)

Ini aku punya tau! lalalalala!


Wednesday, July 21, 2010

Nikmat Malam Pertama?

 Semalam, aku nampak flyer yang ditampal kat bangunan ofiz aku ni.Tajuk program tu Nikmat Malam Pertama .Agak-agaknya Nikmat Malam Pertama mana yer yang akan dibincangkan? Tapi porgram ini adalah program kerohanian anjuran Jawatankuasa Perwakilan Kolej Perindu 2010 ok [ kolej lelaki ko! ]



 Tarikh : 22 Julai 2010
Tempat : Kolej Perindu, UiTM Shah Alam


psst : Tapi aku tak sure plak samaada jemputan ini untuk dalaman atau luaran. Sorry tak ada keterangan lanjut pulak kat flyer tu :)

 Tapi bila sebut Malam Pertama, mesti kita terbayang malam selepas diakadkan kan?? Betul tak? Tapi kawan aku cakap, malam pertama dia tak nikmat, sakit adalah.Muahahahaha.Opss!! 

Korang tahu tak Nikmat Malam Pertama yang paling Nikmat?Malam Pertama itu ialah MALAM PERTAMA DI ALAM KUBUR!


Pernahkah kita melihat kubur?
Pernahkah kita melihat betapa gelapnya kubur?
Pernahkah kita melihat sempit dan dalamnya liang lahat?
Pernahkah kita membayangkan kengerian dan kedahsyatan alam kubur?
Sedarkah kita bahawa kubur itu dipersiapkan untuk kita ?
Bukankah telah silih berganti kita melihat teman-teman, orang-orang tercinta dan keluarga terdekat diusung dari dunia fana ini ke kubur?

Apakah Malam Pertama Kita di Alam Kubur Nanti Asyik dan Nikmat atau Penuh Derita dan Sengsara?

Renung-renungkan dan selamat beramal..


AkulahBathroomBlogger | My Nuha | My Hubby | Watermark For Free

Tuesday, July 20, 2010

Tanda-tanda Awal Ramadhan ?

Semua alert tak bila kita nak start berpuasa?Tapi aku rasa, tarikh hari raya mesti korang alert punya kan?Tapi kalo tak alert tu, memang tak tahulah kan.Tarikh dijangka kita start berpuasa adalah pada 11 Ogos 2010.Dan dijangka raya pada 10 September 2010. Ini hanya tarikh tidak rasmi. Untuk tarikh rasmi kena la dengar pengumuman di tv nanti :)

p/s:

Birthday aku 6 September 2010.[sempat lagi tuh, apa kaitan?]

Tapi korang tahu tak tanda-tanda awal ramadhan?Meh aku tunjukkan...muahahaha.

1) Semua Gigih Ganti Puasa - Ni biasanya perempuan lah kan.Rata-rata aku tengok kat belog, duk gigih ganti puasa.Macam aku last year, 25 hari kau kena ganti puasa. Silap budget haribulan buat anak :) hehehehe.Korang dah ganti ker puasa?

 2) Jualan Pra -Ramadhan - Ni aku tengok kain rentang masa otw balik kerja hari tu sebesar-besar alam kat depan kedai kain tersohor di shah Alam [psst : jakel ]


3) Sampel kuih raya mula diedarkan - Last week, ada dapat sampel kuih muih untuk ditempah sempena raya.Kalo diorang edarkan masa bulan puasa, tak boleh lah nak try kan? So, kalo nak jual kuih kat aku, bak sampel kuih raya sebelum 11 Ogos yer...muahahahaha





4) Lagu-lagu raya standby untuk didownloadkan - Biasanya kat ofiz aku ni, masuk ajer bulan puasa, mulalah lagu-lagu raya dikeudarakan oleh DJ-DJ tak bertauliah :) Semangat nak raya tu lebih sket bila dengar lagu raya.Mulalah malas-malas nak buat kerja sebab asyik fikir nak balik kampung ajer.Bak orang kata - "Badan ajer bekerja tapi hati dah sampai rumah nak raya ". Paling terkesan dihati lagu -Pulanglah dari Aishah :P Teringat masa zaman-zaman berchenta ngan my hubby dulu :P


Sayang
Di hari yang mulia ini
Ku pohon keampunan
Hanya satu yang ku pinta
Pulanglah...

5) Training dalam bidang IT sempena Ramadhan - Ni aku dapat invitation kat email semalam. Semua nak ambil kesempatan bulan yang penuh berkat ni kan? hehehe.Tapi tak best pergi training dalam bulan Ramadhan sebab tak dapat makan.muahahaha.Tapi kalo siap dengan majlis buka puasa, aku join.Sungguh keji kan?


 6) Browsing kuih-kuih raya kat internet - bagi yang tak berkesempatan nak beli secara terus, online adalah jalan yang paling mudah lah untuk tempahan kuih raya.kelas gitu!Ada orang nak promote belog-belog kuih raya korang tak? Bak mai kat aku, rm 3/mth ajer untuk iklan dalam belog aku.murah kan? Mana nak carik..muahahaha

7) Tempahan Baju Raya dah dibuka - Ni paling laju ni.  Silap-silap kalo korang pi hantar skang, tailor dah tak boleh terima.Ni tak tahu lagi sempat ker tak abes puasa ni.Biasa kaum kita lah kan.Muahahaha.
psst : baju raya aku dah ada 2 pasang..tengok! tengok! muahahahahahahahahahahahaha.
psst : aku dapat kain pasang satu lagi dari sepupu aku :) 3 pasang lah kiranya ko! muahahaha.


Apa lagi tanda-tanda awal ramadhan yang korang rasa???

Monday, July 19, 2010

Ada Apa Dengan Bukit Gambang Resort City?

Akhirnya, sepanjang 3 hari meninggalkan daerah cinta.Aku kembali ke Shah Alam [bukan nama tempat sebenar].Maaf, entry ini sarat dengan gambar..Ada Apa Dengan Bukit Gambang Resort City?

 Mula-mula kenalah check in dulu...tak kenal maka tak cinta kan??

katil empuk yang mendamaikan...

Price rate : RM65/Sebilik per nite seorang! (gomen ajer)


suasana bilik yang menyamankan... eh, silap, aircond diorang tak kuat dohhhhh...

Inilah tempat kami berkonferensi.
Topik sepanjang bengkel : Menyediakan Rangka Laluan Kerjaya Berasaskan Kompetensi.
Bosan? ya jugak..hehehehehe




Orang Lidi dan badan gula-gula menjadi saksi..muahahaha


Merakam kenangan dengan si kancil biru depan Caribbean Ballroom...



Tapi yang pasti makanan enak-enak cuma tak banyak pilihan, mungkin bajet menjadi penghalang....
Melepaskan kerinduan pada nasi minyak dan pulut panggang...

Air yang pelbagai warna menyejukkan mata dan tekak jugak...


Sudah makan tu, pandai-pandai lah timbang berat badan!Tapi aku gerun...
ATM machine pun ada, tunggu cucuk ajer..

Gift shop pun ada...
ole-ole buat boz memang ada !

rasa nak mandi kolam, terjun lah , apa lagi !
Tapi aku malu nak mandi!


Tak main , amik gambar pun jadiklah..kalo ada my Nuha mahu tak mau turun naik mainan!


Untuk keterangan lanjut :



 http://html.bgrc.com.my/


Jalan Bukit Gambang Utama
Bukit Gambang Resort City
26300 Kuantan
Pahang Darul Makmur
Tel: +609-548 8000
Fax: +609-548 6888


AkulahBathroomBlogger | My Nuha | My Hubby | Watermark For Free
 

Wednesday, July 14, 2010

Entry Belog Aku Dihentam Dalam Diam

Wah...Fuhhhhh...Panas tajuk entry aku hari ni..Gara-gara komen dek Anon yang menyinggah kat kotak komen aku untuk entry Kesalahan Biasa Dalam Menulis Belog? 

Anonymous said... [Reply to comment]

entry ni sangat panas... sila tgk link ni, komen dari famous blogger pasal entry awak ni [LINK DISINI]

p/s: Tapi aku dah delete komen tu.sebab malas aku nak carik gaduh..

 p/s 
 Entry belog picisan aku, yang tidak pernah dapat income RM10K sebulan ni,  telah dihentam, diskodeng dan ditinjau dan diintai oleh blogger-blogger terhebat abad ni ko...belog ko ada?? tak ader kan...hahaha.Masuk belog aku siap copy entry bagai lagi.Tak nampak ker kat sebelah kanan sidebar tak leh copy, dan nak terang lagi boleh baca disclaimer yang aku taruk kat belog aku ni boleh baca di [SINI ]
aku copy sket taruk sini :-
Dengan mengakses belog elissmie.com ini anda dengan ini bersetuju pada syarat dan keadaan di dalam disclaimer ini. Belog elissmie.com mengandungi maklumat yang ditulis secara peribadi oleh elissmie.com untuk tujuan maklumat umum sahaja dan tidak merupakan nasihat profesional dalam isu tertentu.  
Anda hanya boleh mencetak atau mendownload isi belog ini untuk kegunaan peribadi sahaja dan bukan untuk komersial. Anda tidak dibenarkan untuk menyalin, menyiarkan, mendownload, menyimpan (dalam media apapun), menghantar, menyesuaikan atau menukar dengan cara apa sekalipun isi belog ini tanpa kebenaran bertulis daripada elissmie.com. Tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998  
p/s:
rumah aku sebelah dengan balai polis ajer...
p/s: 
  
Kalo nak tunggu income aku dalam blogging RM10K sebulan, mati hidup kembali lah aku tak dapat nak bagi tips apa-apa..hehehe..Anyway,semalam, cek baru tiba dari Nuffnang! Yahooo..Nak pergi cash out jap :)  
p/s:     Patutlah buffered earning aku tiba-tiba banyak secara tiba-tiba.hehehe.Anyway, thanks for the silent hits :)
p/s: plz....plz..sila JANGAN ym ,  twitter, formspring, facebook aku untuk tanya belog siapa yang hentam aku ok! Aku redha..Serahkan pada yang diatas SANA....what comes around goes around. Tiba2 ada banyak plak lalat dalam belog aku ni.         
  air mata tumpah dipagi hari mengenangkan muslimah kecil dan muslim besar yang bakal ditinggalkan :(     p/s:    Hari ni aku bertolak jam 12.30 ke Gambang Resort.Doakan aku selamat2 yer :)

AkulahBathroomBlogger | My Nuha | My Hubby | Watermark For Free

 
1st Makhluk Tuhan Paling Sexy Komen Semalam:
 

Tuesday, July 13, 2010

Persidangan Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Se-Malaysia Kali Pertama


Esok, lusa dan tulat menjadi saksi kita,
Kutinggalkan daerah cinta, meninggalkan my hubby dan my Nuha, 
Kerna Persidangan Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Se-Malaysia Kali Pertama, 
Bukit Gambang Resort City- Kuantan lokasinya,
Buat hati tak keruan seketika,
Bukan kesana untuk berfoya-foya...
Tapi demi tugas, kuturutkan jua


Duhai My Nuha, 
Jagalah dirimu sentiasa,
Jangan buat Ummimu gundah gulana...
Ummi tinggalkanmu sekejap cuma..
Hari Jumaat tiba, kita pasti bersua  ...

Duhai my hubby yang dikasihi sentiasa, 
Makan pakai sendirilah macam tak biasa,
Doakan isterimu baik-baik disana,
Malam Jumaat pastikan tiba jua, bersedia lah kanda :p
Buat rakan blogger yang kunjung tiba, 
Tiuplah sawang belog jika ada, 
Minggu depan kita pasti bersua,
Dialam maya tanpa suara....

p/s: Jangan rindu aku ya !


AkulahBathroomBlogger | My Nuha | My Hubby | Watermark For Free


 
1st Makhluk Tuhan Paling Sexy Komen Semalam:

Monday, July 12, 2010

7 Barang Ibu Mengandung Tak Perlu Beli

Hari Jumaat lepas,sebelum makan Ayam Penyet-Ap, aku ngan Ad pergi tebus voucher yang Ad dapat kat Anakku.Voucher? Tapi, voucher Anakku memang terbaek.Sebab barang yang tengah diskaun pun boleh tebus!Best kan? So, sesiapa nak bagi hadiah voucher, silalah bagi voucher Anakku :)


So,dari duk meneman Ad tu, aku usha-usha lah barang keperluan baby.Macam lah aku expecting a baby kan? Tapi sajer ajer, mana tahu, tahun depan ker tahun-tahun depan ker kan.hehehe.
Biasa orang listkan barangan keperluan, tapi hari ni aku nak senaraikan barang tidak perlu beli untuk ibu yang mengandung tu especially bagi boz aku, Suraya dan Ad yang tengah expecting a baby  :)
Tahniah buat mereka !

1) Buku Pregnancy For Dummies - Info boleh dapatkan di internet sahaja tak perlu buku CD bagai. Maklumat apa yang korang nak, A-Z tau ada.Proses mengandung sampai proses kelahiran ada dihujung jari.Guna ajer enjin carian dan nak lagi best boleh join komuniti atau forum ibu-ibu yang berlambak-lambak sekarang ni.


2) Bottle Sterilizer Warmer - Korang pernah ker guna menda ni? Aku satu pun tak der.Rebus ajer dengan air panas, Insya Allah matilah kuman semua  :)


3) Serbuk Pencuci - Aku tak pernah guna sabun pencuci asing-asing untuk anak aku.So far tak der lah alergik ker apa..Aku ni pemalas sket, so baju aku ngan anak aku basuh sekali harung.huhuhu.


4)Moses baskets  - Tak tahu lah kalo korang guna,  tapi aku tak guna.Anak aku dulu tidur atas tilam ajer..hehehehe



5) Maternity Pad - Aku guna ajer pad yang biasa.Sebab aku rasa macam tak best ajer guna pad ni.Lagipun sekejap ajer lencunnya tak macam period.Tapi tak tahu lah kalo bersalin normal, aku dulu c-sect.



6)Baby Cot  - Ni pun tak perlu jugak sebab aku ngan anak aku memang tak tido asing.So, bagi yang breastfeed memang tak perlu lah nak bangun-bangun macam aku, malas katakan.So, tak perlu lah baby cot ni.



7)Breast pump - Sebab aku bukan fully breastfeed pun, kalo tahu teknik, guna tangan ajer boleh keluarkan susu tau dan tak perlu beli pump mahal-mahal.



Apa lagi barang yang korang rasa tak perlu dibeli oleh Ibu Mengandung???
 Silalah kongsi yer ...
 
AkulahBathroomBlogger | My Nuha | My Hubby | Watermark For Free


 
1st Makhluk Tuhan Paling Sexy Komen Semalam:

 

Friday, July 09, 2010

Ayam Penyet Ap Pulak, korang dah try?


 Venue : Ayam Penyet - Ap
Seksyen 9, Shah Alam (selang dua buah tak silap dengan Anakku )
Menu : Nasi Putih + Ayam Penyet + Lychee Shake
Harga : RM 13++


Pendapat aku, kurang best ayam penyet dia berbanding Ayam Penyet Wong Solo.Sambal dia pun tak sebest Ayam penyet Wong Solo.

Korang pernah makan ker Ayam Penyet - AP???

Atau Ada Ayam Penyet lain yang korang nak recommend kat aku??


Selamat Berhujung Minggu!!!!

AkulahBathroomBlogger | My Nuha | My Hubby | Watermark For Free

 
1st Makhluk Tuhan Paling Sexy Komen Semalam:

Thursday, July 08, 2010

Kesalahan Biasa Dalam Menulis Belog ?

Hari ni, aku sibuk dengan persiapan untuk bengkel sistem baru nak guna.Tu pasal lambat update belog.Hari ni aku nak kongsikan kesalahan biasa dalam menulis belog.Bukan interface.Tu citer lain kali. Ni aku kutip dari sumber -sumber yang boleh dipercayai dan diguna pakai lah.Tak salah kita saling tegur menegur yer dak?

credit to http://blogs.worldbank.org/governance/blogs/alfredo

1) Entry yang panjang meleret - leret

Ini selalu aku buat , last- last tak der orang komen apa pun pada post tu. Orang bosan nak baca atau cara penyampaian yang tak sampai? Aku akan kurangkan entry yang panjang meleret-leret tu dan dihiasi dengan gambar makanan..hahahahahaha.

2) Short form yang susah orang nak faham

Ini memang aku avoidkan.Dan kalo nak tulis , aku rasa guna lah bahasa yang betul.Bahasa cerminan bangsa kan..hehehe. Contohnya, ak = aku . Aduhai! Better taip aku dari ak.beza satu huruf ajer lagipun blogger kan FREE bukan bayar untuk tulis panjang-panjang kan? No heart feeling erk!

3) Tulisan yang SeKeJaP BeSaR SeKeJaP KeciL.

Ini pun menjadi kepantangan mata aku. Mana yang aku dah friendly tu, aku sound direct ajer..Tapi lepas aku sound tu, ko buat dek ajer, lantak ko lah kan. Lepas tu mula fikir, apasal lah orang tak komen kat belog aku dah? Lu fikir lah sendiri yer...

4) Publish entry sekali sahaja dalam sehari bukan setiap jam publish entry

Jangan kejar kuantiti tapi kualiti dalam menulis belog .Ni ada sesetengah blog tu update sekali, seratus entry sehari tapi isi haprak, semata-mata nak mengejar hits untuk orang ke belog kita.Kesian lah kami sebagai pembaca,klik-klik nak tengok entry terbaru tapi tiada apa yang boleh dibaca atau entry syok sendiri semata-mata..huhuhu

5) Tulisan penuh warna -warni mengalahkan PELANGI

Ni pun ada jugak.Konon-konon nak stylo tapi pedihkan mata orang nak baca lagi ada.Kalo boleh elak, elakkan.Guna warna hitam ajer.Atau pun warna yang senang orang nak baca.Diorang bukan nak baca warna, tapi isi yang boleh mendatangkan manafaat dan hiburan di kala kebosanan.hehehehe.

6)Sumber ke pautan asal bila cilok entry orang tiada

Tak salah rasanya bagi kredit kat empunya belog jika kita copy entry dia.Ada jugak hits ke belog empunya badan tu.Tapi nak lebih afdal, ckp kat empunya belog tu nak copy entry dia.


Korang selalu ke buat kesalahan yang aku tulis ni ? Ke ada nak tambah apa-apa?? No heart feeling ok. Ini pendapat umum sahaja dan tidak berniat menghentam mana-mana blog ! Jangan terasa yer..Kalo terasa, aku hulurkan sepuluh jari mohon maaf :) Aku cumalah blogger picisan....Peace ! No War ! 


AkulahBathroomBlogger | My Nuha | My Hubby | Watermark For Free

 
1st Makhluk Tuhan Paling Sexy Komen Semalam:

Wednesday, July 07, 2010

Tips Menentukan Tahap Kesegaran Encik Crab

Encik Crab? Sebab aku tengok spongebob versi melayu atau nama asalnya Mr. Crab yang buat Crabby Patty Apakah?Muahahaha.Tapi aku sebenarnya tak reti jugak nak tahu tahap kesegaran Encik Crab ketam lah. Korang tahu ker macam mana? Kalo tahu sila kongsikan yer...


Kalo jumpa ketam yang pakai baju kemeja siap seluar macam ni kat pasar, mau tak jadi nak beli ketam sebab comel :) Seriyes :p .Hari tu kat pasar, penjual ketam kat pasar tu yang tolong pilihkan ketam untuk aku. Kalo aku pilih, sure aku pilih ketam yang besar dan anggota badan tidak tercedera walau sedikitpun.Padahal kosong!!!! Muahahaha. Aku tengok dia ketuk-ketuk kulit ketam dulu untuk memastikan kesegarannya.Aku rasa itu adalah teknik terbaik untuk menentukan tahap kesegaran seekor binatang bernama ketam.

Tapi, jangan kecewa! Aku tahu Tips Untuk Menentukan Kesedapan Ketam. Korang tahu ??? Meh aku kongsikan..hahahaha (macam ada unsur-unsur tidak boleh percaya disitu..hahaha) Mesti kena ada contoh makanan kan?Saja kasi dengki sebab dah dekat lunch hour :p


Ini menu aku masak malam tadi  : Ketam Masak Lemak Cili Padi 
yang direquest oleh Mr Crab, eh silap, my hubby :P

Teruja nak tahu tahap kesedapan ketam???? Teruskan pembacaaan...
Caranya mudah sahaja...

Tadaaa...



Bila habis kaki, badan ketam dimakan dengan jayanya....
Maka, sedaplah ketam tu..hehehehehehehehehe

Tiada apa-apa rahsia pun sebenarnya...hehehehe.

Ke korang tahu teknik atau tips macam mana nak menentukan kesedapan seekor binatang bernama ketam ?



AkulahBathroomBlogger | My Nuha | My Hubby | Watermark For Free
 
1st Makhluk Tuhan Paling Sexy Komen Semalam:

 

 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)