Tuesday, June 22, 2010

Berbuka dengan pizza, agak-agak kenyang tak ?

Kalo aku lah berbuka dengan pizza, memang tak kenyang.Maklumlah, melayu sejati wa cakap lu. Bukan jawa yer! hehehe.Lahir-lahir ajer terus makan nasi, ginilah jadiknya. Kalo masa lahir, jam jam tu, mak aku bagi makan spagetti mesti buleh makan pizza untuk berbuka.hehehe.

Ini kira entry basi jugak.Jumaat lepas, boz kami dengan berbesar hatinya telah belanja kitorang makan satu unit.Katanya nak meeting sekali! Seb baik semua anak buah perempuan ! hehehehe.


 psst : 
Yang sempat snap cuma Island Supreme..Yang super supreme dah selamat masuk mulut semua orang!
oh lupa nak buat tali temali cheese macam blog mamasue :P  
Siapa yang tak breakfast lagi tu, mohon ribuan maaf yer..Dan yang tengah ganti puasa tu...[aku lah tuh]





Menu :1 Large Pan Pizza - Island Supreme
1 Regular Pan Pizza - Super Supreme
  7 Soup-of-the-day
8 pcs Garlic Breadstix
Iced Milo,Iced Passion Tea,Assam Boi Fizz
Fruit Salad
Salad - Pun tak sempat nak snap..hehehe

Venue: Pizza Hut , Seksyen 7, Shah Alam
Price : RM100 ++
 





                                               p/s: tuan punya belog tumpang enterframe :P




psst:

makan sambil meeting ! sedut boz jangan tak sedut! hehehehe.
Kak ray tayang Asam Boi Fizznya :)
Ad makan tak pandang orang dah! heheehe


psst:

Terima kasih daun keladi boz! Boz korang tak belanja korang ker? lalalala.larikss

psst :
Entry ini ditulis oleh orang yang berpuasa, yang terpaksa menahan diri dari terliur dengan pizza.huhuhuh Sabarlah duhai Eliss! hahahahaha


*Entry ini ditulis tanpa nafsu makan.





psst :

ShoppingLifestyle.com Magazine Readers' Contest: Win A Prada Wallet


AkulahBathroomBlogger | My Nuha | My Hubby | Watermark For Free
 
1st Makhluk Tuhan Paling Sexy Komen Semalam:

Monday, June 21, 2010

Beg Sejuta Manik, korang ada?

Aku ada.Tapi, aku tak kira lah manik dia sejuta ke berapa juta.hehehe.Tajuk ajer kasi gempak.Terima Kasih Cik Nor, sebab ada saje ole-ole untuk kami .Ni ole-ole dari Bali.Melancong saja kerjanya.Syok!

psst : 
Aku salute lah sama yang buat purse coin ni.Mesti juling mata-mata nak menjahitnya kan..dah laa belakang dan depan pulak tu..warna warni pulak lagi..

pstt: 

Ni mantan boz bagi kat aku..hehehehe.Kalo dah hantu coklat tu kan, hantu jugak.Yer, aku hantu coklat.So, nak ceriakan aku pagi-pagi bagilah aku coklat ok!


psst : 

Aku puasa hari ni .Tinggal 3 hari lagi lah belum ganti.Korang dah ganti puasa?
 
pstt:
Sayang, selamat Hari Abah! I Love You darling !
Abah, selamat Hari Abah!
Ayah, Selamat Hari Ayah lah!

Buat semua yang bergelar Ayah, Abah, Daddy, Dad, Papa, Selamat Hari Bapa lah buat kalian semua! woha!
 
psst:
Nak berbuka apa yer hari ni?? 



1st Makhluk Tuhan Paling Sexy Komen Semalam:

Friday, June 18, 2010

Orang sibuk nak bakar kasut Crocs?Aku baru nak beli?

Semalam, dapat voucher Crocs RM30 dari Acu, sebab menang contest .[rujuk entry INI ]. Kalo aku tadak idea, biasa aku join contest lah! Punya banyak contest sekarang. Aku join contest tu sebab aku teringin betul nak potretkan gambar kami sekeluarga dan nak tampal kat dinding rumah.Tak per lah tak der rezeki nak menang tempat pertama  hingga ketiga.Tempat kelima pun jadiklah.Lagipun, aku tengah order wall sticker untuk hias dinding rumahku.Itu entry lain sebab belom sampai lagi.hiks.

Aku telah racun my hubby untuk belikan my nuha kasut crocs since kasut crocs murahan RM10 yang beli kat pasar malam tu tak padan sebab hari tu beli tak bawak dia. Dah selamat pun kasut tu bagi kat anak buah my hubby.Boy wearing pink! mesti chomel.hiks.

psst: my hubby cakap beli besar sket biar tahan sampai raya..hehehehe

Last week, dapat newsletter dari enfamama club,untuk mengelakkan tersalah beli kasut,buat template untuk kasut anak-anak anda dan letak dalam beg tangan. Idea yang bernas kan?Sebab saiz lain-lain mengikut jenis dan jenama kasut.






RM 139  so kena tambah RM109.00 , 

psst :standby duit lah yer sayang..hehehehehe .Aku dah terberkenan kat kasut ni lah pulak,sedondon dengan aku punya selipar, purple hitam.hehehehe.
 pic credit to : here


 Ini gambar ulang tayang...hikss







Jibbitz yang warna-warni..ni yang tak sabar nak pergi beli ni.hehehehe

Mungkin aku pergi beli kat sini :-

Central - Selangor - Subang Parade
Address:
Lot LG25, Lower Ground Floor, Subang Parade, No. 5 Jalan SS 16/1, 47600 Subang Jaya, Selangor.
Tel: 03-5636 6620

Maklumat store lain : klik SINI

psst :

Cuba baca artikel INI. Pasal issues crocs tu..


pstt:

Hari ni bozz nak belanja pizza! yeeehaaa! Tak sabarnya...

AkulahBathroomBlogger | My Nuha | My Hubby | Watermark For Free
 
1st Makhluk Tuhan Paling Sexy Komen Semalam:

Thursday, June 17, 2010

Tiket Bas Shah Alam - Dungun RM 43 Sehala ?

Malam tadi, aku hantar dua orang anak buah my hubby ke bus stand Shah Alam[bukan nama tempat sebenar]. Seb baik minggu lepas lagi dah beli siap-siap.Kang ada yang terpaksa bersekolah kat Shah Alam.Malam tadi, aku dengar banyak tiket dah habis.Diorang ni baru first time naik bas ekspres!
Dan ni kiranya first time lah my Nuha hantar orang naik bas.Dan malam tadi, aku berjaya bawak dia naik bas.Lepas turun ajer dari bas, dia meraung tak henggat donea lah.Kesian pulak aku rasa.Maybe nak mengikut sepupu dia dua orang tu! Then my Nuha ajak kami balik.Dah ngantuk sangat lah tu.Masa tu dah pukul 11 baru gerak padahal patutnya pukul 10 malam jadual perjalanannya.Hangen jugak satu badan!

Aku masa belajar masa degree dulu, memang tu ajer lah kenderaan yang aku naik untuk balik terengganu bertemu ma dan abah  [read : kekasih hati ] hahahaha.Sampaikan abah aku cakap apa, "Mu balik ni bukan nak jumpa siapa, nak jumpa mie lah " hehehehehehehehe. Sporting tak sporting bapak aku ? Siap hantar tu kat stesen bas anak nak pergi dating ! huhuhu. Alhamdulillah, kawen jugak anak aku! hehehehe.

Tapi punyalah terkejut beruk kami malam tu , tiket Shah Alam -Dungun RM43.Dulu masa aku belajar tak silap RM30++ ajer.Yer lah, dah berapa tahun aku tak naik bas kan.hehehe.


 Ini nama dia kaunter tiket yer, make sure korang tanya no plate bas, kang salah bas, naya!Malam tadi, nyaris naik bas ke Hat Yai ! hahahaha

 anak-anak buah yang sudah bosan tahap gaban tunggu bas sejam lebih !


 my nuha yang tak reti duk diam, aku suh my hubby dukung takut dia berlari kearah bas.


mengabadikan kenangan di Shah Alam..

psst:

Alhamdulillah, pukul 5 pagi tadi diorang dah selamat sampai ke paka. Seb baik tak terbabas tidur kalo tak sampai ke Kuala Terengganu lah jawabnya!

psst:

Korang pernah ke naik bas??

psst:

aku pernah tersalah bas ke Johor masa nak ke Shah Alam! akan ku kenang sampai mati...hehehe[rujuk entry INI]


AkulahBathroomBlogger | My Nuha | My Hubby | Watermark For Free
 
1st Makhluk Tuhan Paling Sexy Komen Semalam:

Wednesday, June 16, 2010

Beli Peti Sejuk Dapat Carrybag Toy Story 3 ?

Ok, ini entry berbaur menunjuk-nunjuk.Iaitu nak menunjuk peti sejuk.Silalah jangan jelez sebab ni first time sejak kawen, kami membeli peti sejuk.Tu pun sebab peti sejuk yang ada [milik owner rumah ni] dah pun rosak semasa my hubby gigih defrost ais dalam peti sejuk yang tebal macam ais kat kutub selatan dah!


Ni nama dia peti sejuk yer kawan-kawan.hahaha.larikss.

Brand : Hitachi
Harga : RM 1599 (Save RM200) sebab ahli kelab 0ne Plus
Tempat Beli : Sen Q (my hubby cakap sengkek, sebab lepas keluar dari situ terus sengkek...hehehe)
Kapasiti : 382 L

Yang best pasal peti ni, sebab besar gabak, sampai sempit aku punya dapur.Dan tak tahu nak sumbat apa dah dalam peti sejuk ni.Ada ice maker, senang nak keluarkan ice dan boleh tarik ke ke kanan dan ke kiri.Dan yang penting takder frost!Save energy jugak!!

Service : Memang terbaik! Janji ditepati.Siap angkat sampai ke dalam rumah dan siap buang sampah lagi.

Inilah kad kelab One Plus, cuma bayar RM12 sahaja setahun.



Ni lah bag yang kami dapat.Korang nak jugak ke bag ni ?
Kena beli barangan di Sen Q minimum 1K kalo tak silap lah dalam satu resit !
 
psst :
Lepas ni, korang boleh la hadiahkan aku fridge magnet untuk hadiah birthday yer...hahahaha..

psst :
 Ingat lagi entry semalam,LOVE BITE SEMPENA HARI AYAH, ni lah hasil gegetannya...


 Punyalah besar mulut budak tu.2-3 hari ni memang aku tak nampak budak tu, kalo dak mungkin kena luku sebijik kat aku! huhuhuhu





close up



Anak korang pernah ke kena geget?



AkulahBathroomBlogger | My Nuha | My Hubby | Watermark For Free
 
1st Makhluk Tuhan Paling Sexy Komen Semalam:

Tuesday, June 15, 2010

Love Bite Sempena Hari Ayah?

Laju ajer korang klik bila tajuk Love Bites kan?hahaha.Bila Hari Ayah?20 Jun kan? Aku tak sambut pun sebab setiap hari, aku sayang Abah aku tanpa hari-hari tertentu [ok, aku anak Abah].Dan sayang pada Abah kepada anak aku setiap hari,setiap saat dan di setiap hembusan nafas ini tanpa ragu! [jiwang karatzz plak :P] Same goes with my Nuha[ok, dia pun anak Abah].Even garu perut pun tak nak orang lain garukan, nak Abah yang garu.hikss [selamat aku!]Kalo nenen ada pada Abah, alamak Ummi memang dilupakan sajalah.

Petang semalam, balik ajer dari rumah pengasuh,dia buat balik love bite untuk Abah dia sempena Hari Ayah.hehehe.Ada kesan lebam pada pipi mungil anak daraku.Aku tanya dia.

Aku : Ni pipi kenapa?Abang Syahmi ke geget?
My Nuha : Ahmi geget.
Aku: Nangis tak kena geget?
My Nuha : Nangis.[masukkan efek menangis disini] Bunyi macam mana dia menangis pun dia cakap.

Terus text kak pengasuh tu tanya nape pipi anak aku lebam.Katanya, anak buah dia geget masa dia dalam bilik air.Aduhai ! Kesian.Sampai lebam biru gitu pipi mungil anak daraku.

Kalo Ummi yang jaga awak, mesti semua ni tak terjadi tapi Ummi redha ajer lah.Ikut hati, Ummi geget balik budak tu sampai sama lebam! hahahaha.


 kalo dapat love bite macam dato' ct dulu tak aper lah jugak kan?hehehe.


 p/s: hp tertinggal kat rumah so tadak laa gambar pipi yang kena geget tu!


Hari ni aku nak buat tutorial sebab rasa dah lama tak buat tutorial.Tutorial ni adalah kesinambungan tutorial yang macam mana nak letak blog badge kat sidebar.[Rujuk Entry INI]

Macam mana nak letak Text Area dalam posting. 

*Text area ni boleh digunakan apabila kita nak orang copy coding blog badge untuk tujuan contest dan bertukar banner dan sebagainyalah.

Kalo korang tak faham, ni contoh aku bagi.

Aku ada gambar macam kat bawah ni.







ElissMieNuha



Coding untuk gambar atas ni :

<center><a href="http://elissmie.com" target="_blank"><img border="0" alt="ElissMieNuha" width="150" src="http://4.bp.blogspot.com/_pW55UUmoyxI/Ss7o_MMPorI/AAAA
AAAAECY/UUmTjs7SXnc/s200/my+dolly.png" /></a></center>

*nak tukar gambar sendiri : tukar lepas src="link gambar anda"



Untuk wujudkan text area dalam posting macam bawah ni :




Coding yang digunakan :

<textarea cols="20" rows="4" name="textarea"><center><a href="http://elissmie.com" target="_blank"><img border="0" alt="ElissMieNuha" width="150" src="http://4.bp.blogspot.com/_pW55UUmoyxI/Ss7o_MMPorI/
AAAAAAAAECY/UUmTjs7SXnc/s200/my+dolly.png"/></a></center></textarea>


Macam mana nak buat button highlight macam sidebar aku ?

Coding yang digunakan :

<center><div><form name="copy"><div align="center"><input value="Highlight" onclick="javascript:this.form.txt.focus();this.form.txt.select();" type="button">
<textarea rows="1" cols="22" name="txt" >Korang paste balik coding atas tu </textarea></div></form></div></center>

Hasilnya:








Tak faham tanya, jangan diam ! Nak suh aku codingkan, email ajer aku kat elissmie [a] gmail [dot] com !!


1st Makhluk Tuhan Paling Sexy Komen Semalam:
Sue

Monday, June 14, 2010

Wajib Datang KLCC bila datang KL?

Semalam,bawa anak-anak buah my hubby ke KLCC since sorang anak buah aku tu, tak pernah jejak kaki lagi ke KLCC.Mula-mula my hubby nak bawa pi Sunway jer.Since my Nuha tak pernah lagi bergambar dengan mercu tanda tersohor Malaysia tu, aku insist dengan my hubby pergi KLCC.

Hentian Padang Jawa.
 
my Nuha dah bosan gila.Tak duk diam!

"Komuter tu 'menatang' apa??" kata anak buah ku..alahai.Kesian.So, semalam pergi KLCC menaiki komuter lah.Bagi yang nak pergi KLCC naik komuter, dari stesen Shah Alam, kena turun kat stesen KL Sentral.Dari KL Sentral nak ke KLCC kena naik Putra LRT pulak.So semalam, 2 public transport lah my Nuha dan anak-anak buah dapat try. Dah la komuter delayed satu trip.Hampir sejam lebih baru sampai kat KLCC.Menungga sahaja dah 1/2 jam.Tension btol!!

Dalam komuter, my Nuha tak reti duk diam dan menangis ajak turun.Setiap stop, dia ajak turun.Mencabar tak mencabar?Malu satu hal.Mungkin ini pertama dan terakhir nak ko naik 'menatang' bernama komuter.hehehe.Tips Membawa Toddler Kali Pertama Menaiki Komuter Ada tak?? Sila share yer kawan-kawan.Sharing is caring!

Akhirnya, sampai jua kami di KLCC.So apa lagi? Amik gambar dan cepat-cepat balik.Boleh? Hahaha.Memang pergi amik gambar semata-mata.Seriyes! Lagipun kami keluar selepas lunch dan solat zohor di rumah.Jimat kos!


Cinta Hati aku : my hubby dan my Nuha.
My Nuha yang punyalah mengamuk tak nak amik gambar.

 Tak reti duk diam, Taman KLCC
 Amik gambar sampai lebam sebelum pulang!!

Solat Asar di hentian KL Sentral sambil minum petang di restoren makanan segera berasal dari Kelantan, Mek Di :p  (psst : kata ganti nama untuk perempuan di kelantan, di panggil Mek apa..hehehe)

Lepas tu, balik lah.Mujur, perjalanan pulang lebih smooth sebab kami naik express Komuter yang berenti di stesen terpilih sahaja.Nyesal tak bawak nursing cover, sebab my Nuha melalak bagai nak rak, menjerit nak nenen dalam komuter.Nasib baik dia cakap nak 'Bek' iaitu bahasa rahsia yang aku ngan dia ajer yang faham.Hahahaha.

Dalam komuter pun suh Abah garu perut dia :p

Korang rasa KLCC tempat wajib lawat ke bila datang KL untuk kali pertama???
Atau tempat lain? Apa yer?Sila la berkongsi pendapat pendapatan :)

pssst  : umah aku dah ada peti ais baru!! hahaha.

1st Makhluk Tuhan Paling Sexy Komen Semalam:

Friday, June 11, 2010

Masuk I-City Sudah Dikenakan Bayaran?

 Ya Btol! Memang sudah dikenakan bayaran.RM1 sekali masuk untuk parking.So kalau tak nak dikenakan bayaran parking, jalan kaki ajer lah.Hehehe.Hari tu, masa balik ke Terengganu, anak buah my hubby ikut kami balik sini . So, kami bawa lah diorang ronda-ronda di sekitar Shah Alam. Kota lampu kan kegilaan warga Shah Alam sekarang ni? Layan gambar ajer lah.Lepas ni, kita layan makanan pulak yer? Hahaha.


Akhirnya, boleh jugak amik gambar bertiga di I-City :)


Anak-anak buah my hubby, Nina dan Luqman


My Nuha yang bosan kena paksa bergambar..hehehehe

psst : Untuk map ke I-City, boleh lihat entry INI.

Ok, dah habis cerita pasal I-City.Sekarang nak cerita pasal makanan yang sempat disantap sepanjang kepulangan aku ke Terengganu baru-baru ni.Kalo yang belom breakfast, sila lah tekan [x] pada browser anda sekarang.hehehe.larikss...


Menu : Rojak Ayam tapi aku biasa panggil Rojak Keling.Ala-ala pasembor di Penang.Ada Tauhu, Mee Kuning, Ayam, Sengkuang, Timun dan dicurahkan dengan kuah kacang.
Tempat Beli : Restoren Nasi Kukus, Paka
Harga : RM 4 (tak silap lah)

Menu :Sate Ikan a.k.a Lokcing
Tempat Beli :Pasar Malam Ketengah Jaya
Harga :RM 1( 5 cucuk)

Menu :Jely Kelapa
Tempat Beli : Kuala Kemaman
Harga : RM 1


psst: Aku letak butang Exchange Link Here kat bawah header baru aku tu, so sesiapa yang nak bertukar link, boleh la tinggalkan blog's link korang kat kotak komen aku yer :)

AkulahBathroomBlogger | My Nuha | My Hubby | Watermark For Free

1st Makhluk Tuhan Paling Sexy Komen Semalam:

 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)