Wednesday, April 28, 2010

Asmaradana VS Adamaya

Hari ni nak review drama yang aku tengok kat TV3.Asmaradana  Vs Adamaya.Korang perasan tak?Aku nampak ada persamaan antara dua-dua drama ni.Mula-mula, kapel ngan orang lain, pastu kahwin dengan orang lain.Pastu ada dendam plak bekas pakwenya tuh.Dua-dua drama,ada kes kematian yang menyayat hati.Yang pasti, dua-dua heroin aku suka.Dan lagi satu, kalo nak buat drama yang btol2 gempak , biarlah hero sama-sama hensem..hehehe.Baru rasa serba salah dan belah bahagi..


 VS


Hari ni, adalah tidak bekerja, sebab Nuha tiada orang nak jaga  tapi datang ofiz sebab ada acara makan-makan kelab kopi unit aku dan birthday ahlinya yang jatuh bulan ini.Sajer datang mencekik meramaikan majlis. Konsep potluck.Penuh satu meja.Aku masak bihun goreng sajer...Jom intai makanan yang ada.



Menu yang ada : Nasi himpit + rendang + puding triffle + murtabak+ mee goreng +kek +kfc bucket + kuih muih


Majlis tak mula lagi ni.Lapar jugak perut ku ini.Bau semerbak dah ni tapi ada lagi dif-dif kehormat tak sampai.hahaha.Poyo.S


p/s:

My nuha datang memkelamkabutkan ofiz memeriahkan suasana.

p/s:
Asura selaku pengasuh tidak berbayar.hehehe :P


1st Makhluk Tuhan Paling Sexy Komen Semalam:

Tuesday, April 27, 2010

Tak perlu cakap bahasa Arab Untuk Makan Nasi Arab


**KEDAI INI SUDAH TIDAK BEROPERASI

Semalam, cerita pasal Ayam Penyet @Wong Solo.Hari ni, aku cerita pasal food review lagi.Kali ni, nasi Arab plak.Sebenarnya, ni menu yang berjaya disantap untuk tengah hari Ahad yang lepas.Kononnya, my hubby ni nak makan nasi Gulai Kawah.Tawaf punya tawaf satu seksyen 7 tapi tak jumpa plak.Kat Seksyen e*nam plak tutup hari tu.Hampagas.Ada sesiapa nak rekomen kedai yang ada jual Gulai Kawah di area Shah Alam???

Venue : Abu Cafe [aku perasan, nama kedai ni ada dlm drama Adamaya :P], Seksyen 7, Belakang Kedai Perabot Mutiara Jati .



 Klik untuk pembesaran sempurna [ni nama dia map kitar semula]

Menu : Nasi Arab + Babrican
Price : Rm12 (Daging) Rm10(Ayam)


p/s: 
Tak sangka mak buleh abes..My hubby cakap, sebab Babrican tu...Entahlah..Wallahualam.Tapi memang sedap la.


p/s:


Hari ni adalah masih bz.Makin pening dan juling plak tengok sistem ni lama-lama..Sistem tak siap lagi, tapi header sistem dah siap, macam mana?


1st Makhluk Tuhan Paling Sexy Komen Semalam:

Monday, April 26, 2010

Ayam Penyet Sudah Sampai Ke Shah Alam

Hari ini memang super bz ma...Tapi aku nak jugak tulis sesuatu.Gian ok nak menulis walaupun masa adalah terhad.Kita cerita pasal hari ni dulu la.Cerita weekend ,esok-esoklah sebab masa adalah suntuk untuk menunjuk-nunjuk.hahaha.Keji bukan?

Untuk mencelikkan mata di petang-petang yang sepi pi pi ini..mempersembahkan...

Ni menu yang 'orang' belanja tengah hari tadi.Selamat menjamu mata...larikss...

Venue : Wong Solo
(Belakang Bangunan Jakel Yang Terbesar Di Malaysia bernama Shah Alam[bukan nama sebenar]), *Updated : SEKSYEN 7, Shah Alam yer kawan-kawan :) Bersebelahan dengan Petronas yang ada A&W tuh.Senang cerita, bangunan baru betol-betol belakang pintu masuk belakang UiTM.


p/s: Siap bagi map lagi.Kalo sesat, aku tak tahu lah...[klik untuk pembesaran sempurna]

Price : RM 10.90 (Set Ayam Penyet) + Sup Ekor (Lupa nak check harga) tapi Rm50++ 4 orang dewasa yang berperut sederhana makan.[Licin ko!]

Rate : Aku bagi : 9.9/10 ..hahahaha. 0.1 kena tolak sebab lambat kena tunggu makanan.So sila datang dengan perut separa lapar yer.Tidak sesuai bagi yang kebuluq.


Ini yang aku santap tadi..Errkkk.Alhamdulillah


p/s:

Boleh makan atas lantai atau atas kerusi.hehehe


p/s:

Ok , tu jer aksi tunjuk menunjuk hari ni..hehehehe



1st Makhluk Tuhan Paling Sexy Komen Semalam:

Friday, April 23, 2010

Dapat Duit Hasil Advetorial Job Yang Pertama Dari Nuffnang

Tajuk kasi gempak.Alhamdulillah, akhirnya dapat jugak RM20 untuk minggu ke 7 dengan ENTRY INI.hahaha


See, memang dia tulis Advetorials kat earning kat Nuffnang ok!
Bukan aku saja-saja tulis kasi gempak kan??

WAIT ! WAIT ! WAIT!


Kalau nak tengok orang bergambar dalam toilet boleh tengok kat SINI. 
Kalo nak resepi masakan dan info semasa boleh tengok kat SINI
Kalo nak jadi menantu aku, tengok kat SINI.
p/s:


Hari ini adalah busy sket.Tak sempat nak update panjang-panjang.Hahaha

Sebagai tanda perhargaan kepada Nuffnang dan penaja ,aku copy paste [nampak sangat banyak keja ni] untuk tatapan korang..hehehe . I love You Nuffnang!! Muahahaha.





Semua IT gadget sekarang menghadkan penggunaan wayar.Contohnya wireless mouse ni.Antara contoh lain seperti wireless router, wireless speaker dan macam -macam lagilah wireless.Maklumlah zaman serba moden ni kan semua nak wireless.Tapi kalo wireless menjadikan kerja menjadi amat mudah kan?Tak perlu wayar dan tak payah cucuk mana-mana.Mudah jugak kena curi ni..hehehe,So berhati-hati lah yer.Prevention is better than cure :)

So, dengan inisiatif tanpa wayar ni, PI mengeluarkan modem terbaru betul-betul tanpa wayar punya! Portable Modem Wiggy :) Just plug and play sahaja seperti kebanyakan modem yang berada dipasaran dan maklumat adalah dihujung jari anda...Selain dari tu, dengan Portable Modem Wiggy ini, anda boleh browse internet di mana sahaja.Tak perlu duduk jer dalam bilik kan.Sebagai blogger tegar, mestilah nak selalu update belog, atau twitter dan facebook kan?



Macam ni baru betul-betul potong kan?



Terdapat pelbagai pakej menarik yang ditawarkan di P1.


Ini antara yang ditawarkan menggunakan WIGGY !


Kalau ada sebarang masalah, tak faham ker dan nak mendapatkan maklumat tambahan, boleh jer chat terus dengan pihak PI Sales Chat yang sedia membantu anda.Mesti layanan yang terbaik punya dari P1.


Tapi, kalo nak tahu kawasan anda support atau tidak PI ni, korang boleh rujuk SINI.
Ataupun cuma check melalui SMS sahaja.Mudah bukan??


Langkah 1:
Taip P1House NoStreet NameCityPostcode
Contoh.: P1 10, Jalan 2/23D,Setapak,53000

  Langkah 2: Hantar SMS kepada 36660.

Langkah 3: Anda akan menerima SMS yang menyatakan kawasan anda mempunyai liputan P1 W1MAX atau tidak.


p/s: Kang tak pepasal network takdak tapi dah terbeli pula.

Kalo dah ada liputan tu, apa tunggu lagi.Sign up jer lah kan?


Project Alpha Season 2 is presented by Adidas Action 3 and supported by P1 and MAS.

p/s :

Ai pakai celcom berukband..i chenta dia lagi :P

1st Makhluk Tuhan Paling Sexy Komen Semalam:

Thursday, April 22, 2010

Tips Untuk Suami Yang Selalu Ditinggalkan Isteri Bagi Yang Ada Anak Kecik

Tajuk hari ni, kira atas permintaan ramai la lepas Entry Tips Untuk Isteri Yang Selalu Ditinggalkan Suami Bagi Yang Ada Anak Kecik. Kejadian sebaliknya ini memang pernah lah berlaku pada my hubby sebab sekali sekala kerja aku ni memerlukan user requirement dari cawangan lain dan untuk buat nampak kita buat kerja , biasa boz [selain boleh berpoya-poya dan shopping atau naik kapal terbang] akan suruh kita ke cawangan lah


Ini antara tips nya berdasarkan permasalahan yang aku buleh fikir lah :-

1. Saya tidak tahu masak . Ini paling mudah la aku rasa, beli sahaja di kedai.Pastikan ada tanda 'A' tahap kebersihan pada kedailah kalo nak makanan yang dibeli itu sama kualiti dengan rumah kan.

2. Selalunya isteri saya yang siapkan anak saya. Bagi memudahkan kerja suami, anda hendaklah menyusun barang-barang keperluan anak seperti :-
 a) Baju - asingkan siap-siap, mana baju pakai siang dan malam.Kalo dak, mesti ikut suka pandai suami korang la pakaikan baju anak korang.
b)Botol susu - siap basuh semua botol yang ada, takut suami ada penyakit M dalam diri kan.
c) Susu - ajar macam mana nak sukat, mungkin sebelum ni tak pernah bancuh susu untuk anak kan.

d)Lampin Pakai Buang.Bagi yang menggunakan CD (cloth diaper)- agak-agak suami korang sanggup ker nak membasuhnya? kalo tak sanggup, pastikan ada stok lampin pakai buang sepanjang ketiadaan anda.

3. Saya memang tak reti langsung jaga anak saya. Kalo situasi macam ni, suami kena lah hantar anak anda ker rumah pengasuh.Amik anak anda, beberapa jam sebelum isteri pulang dari outstation lah macam my hubby selalu buat.hahaha.Ops.

4. Saya memang lemah nak menidurkan anak saya. Korang bagi dia main sampai lebam.Confirm lepas tu , dia mengantuk dan tido tak bangun sepanjang malam.Tak pun korang sama-sama berjaga lah dengan anak sampai pagi.hahaha.

5. Saya mandi lama. Korang kena had masa untuk mandi tu, takkan nak sama dengan isteri ada.Alamak, melalak la anak korang kat luar tu.Tak pun, mandi ajer lepas anak tidur.Dan yang paling sukses, mandi sekali dengan anak macam my hubby duk buat.hahahaha.mudah kan?

6.Anak saya menangis tak berhenti. Cuba check kot-kot kembung ke demam ker atau lapar.Tawarkan permainan atau pun bawa jalan-jalan.Kalo kembung, sapukan minyak telon pada perut, tapak kaki dan betis.

Tu jer la tips yang aku mampu fikir berdasarkan permasalahan yang menimpa suami bila kena tinggal kat isteri.Ada tambahan? Wahai suami yang membaca entry ini, macam mana korang handle toddler kalo ditinggalkan isteri sebelum ini?? Kalau ada tambahan, korang boleh laa tambah yer diruangan komen.Mungkin boleh membantu para suami yang lain kan.


WAIT ! WAIT ! WAIT!


Kalau nak tengok orang bergambar dalam toilet boleh tengok kat SINI. 
Kalo nak resepi masakan dan info semasa boleh tengok kat SINI
Kalo nak jadi menantu aku, tengok kat SINI.

1st Makhluk Tuhan Paling Sexy Komen Semalam:



Wednesday, April 21, 2010

Tips Penjagaan Diri Versi Aku

Ini adalah entry copy paste. Versi contest buleh tengok kat SINI.

Biasalah bila kerja mula melanda diri.Buat-buat sibuk nampak!! Skang tengah duk buat sistem untuk unit sukan.Baru siap muka depan..hahahaha.Lawak dak?

Tips Penjagaan Diri Versi Aku

  * Pakai Perfume.Memang aku tak keluar rumah kalo tak der secalit perfume pada tubuh.Nak mudah senang ajer, pakai ajer one drop perfume.[promo plak] .Tapi jangan sampai pengsan plak orang disekeliling dengan bau kita.Tak semua boleh terima bau perfume yang kuat kan?


 p/s : Sayang, perfume eliss dah nak habes la..hehehe

 
    
*Kuku Jari dan Tangan Hendaklah dipotong pendek dan bersih: Aku ni memang pantang sikit kalau berkuku panjang.Nak-nak kalo dirumah , mesti menyediakan makanan untuk keluarga.Sesetengah orang suka memakai pewarna kuku kan, so pandai-pandai  lah bersih cuci-cuci selepas digunakan.Tapi kalau pakai inai, mesti tiada masalah kan?

    
* Rambut mestilah kemas: Since aku  bertudung, rambut bukanlah masalah yang besar bagi aku.So , sebelum pakai tudung, rambut hendaklah dilap sekering yang mungkin untuk mengelakkan sebarang masalah di kemudian hari seperti kegatalan kulit kepala, kelemumur dan rambut mudah putus atau rosak. 


p/s: Boleh dapatkan produk Halle Nano dari Ena , Alhamdulillah, lepas hampir 2 minggu guna, kelemumur dah hilang. TQ Ena kerna memperkenalkan produk ini.[promo lagik].Pic cilok kat belog Ena :)

    
* Penggunaan make up yang ringkas: Aku kalo keluar memang pakai make up yang simple dan ringkas sahaja contohnya secalit bedak dan lipstik pada bibir.Rasa tak lengkap tak pakai kedua-duanya tu.Tapi untuk ke majlis, sekali sekala menata rias jugak mata dengan secalit eye shadow dengan pilihan warna yang hampir sama dengan baju. hehehe


p/s: Lihat mataku, hijau kan??hehehehe .Sajer tempek gambar nikah.Motif?
Skang kurang bermekap nyahh..larikss

    
* Perhiasan Wanita yang tidak sarat : Biasanya aku pakai gelang, cincin dan jam sahaja dan kalo tudung mestilah brooch yang mempunyai warna senada dengan baju ajer.Dan mengelakkan perhiasan yang besar-besar yang mencuri tumpuan orang.Kan tak pepasal kena samun plak kan?hehehe



* Deodoran - Ini pun memang A MUST bagi aku.Rasa macam tak lengkap jugak kalo tak pakai menda ni.Busuk-busuk masyam aja kan?hehehe.Aku pakai nivea.Tapi entry contest kena laa letak deodorant penaja.Kang tak dapat duit plak.hehehe.




WAIT ! WAIT ! WAIT!


Kalau nak tengok orang bergambar dalam toilet boleh tengok kat SINI. 
Kalo nak resepi masakan dan info semasa boleh tengok kat SINI
Kalo nak jadi menantu aku, tengok kat SINI.


1st Makhluk Tuhan Paling Sexy Komen Semalam:




Tuesday, April 20, 2010

The return of dating dengan bekas kekasih

Hari ni, bekas kekasih aku tu (my hubby la)-[kang ada plak komen2 tak membina aku dapat nih kalo tak cakap awal-awal], ada urusan kat HQ dia.So,buleh la aku pergi dating dengan dia.Tapi, my Nuha kena laa angkut sekali.Sebab skang dia dah besar, so senang nak handle sket kalo bawak pergi makan.


Venue : Kamal's Corner
Menu : Teh Tarik + Roti Canai + Roti Sardin.

Nak tayang menu yang aku santap Jumaat lepas bersama-sama Niza, Ad, Sharina dan Suraya.Lama dah tak makan kat Anggerik Deli yang terletak di parking bertingkat UiTM Shah Alam.Biasanya dibuka setiap hari dan student hotel yang in charge.So kalo diorang cuti semester, cafe ni tutup lah.2


Menu :Ribena + Spageti Meatballs
Venue : Anggerik Deli
Harga : RM 9.60

p/s:
Bukti Banyak Kerja !

Hari ni, banyak kerja[btol-btol banyak kerja bukan tipu-tipu punya ].Nak kena print out semua dokumen untuk keperluan pembayaran sistem yang dibangunkan vendor.[Kena bagi upah kat aku sama ni sebab tolong memudahkan urusan pembayaran depa ni] Vendor yang baca belog ni, sila take note yer..Ops! Larikss..


1st Makhluk Tuhan Paling Sexy Komen Semalam:



Monday, April 19, 2010

Donut yang tiada lubang ditengahnya

Entry ini adalah inspirasi dari entry Kenapa Donut Ada Lubang Di Tengahnya. Semalam pertama kali makan donut dari jenama terkenal dan peliknya, memang tiada lubang ditengahnya.Sila menjamu mata yer..Larikss

RM 10.10 for 20 pcs.Take it or leave it!

Weekend, jalan-jalan di carrefour Ker*amat kerana urusan mencari basikal senaman yang berbudget below RM400. Bila dah sampai, wowiey ada banyak pilihan.Dari serendah RM180 dah buleh dapat basic basikal senaman.Tapi yang berkenan dihati RM380 tu, dah out of stock.So masih belom buleh berbasikal di dalam rumah.huhuhu.Pencarian disambung weekend ni pulak.Terjumpa cikgu yang mengajar English masa sekolah dulu, Puan Siti Hajar.Sempat mintak facebook account lagi tapi nyesal lupa nak bergambar.Moga ada lagi lain kali yer teacher! hiks.Hampir 13 tahun ok tak jumpa!But dia tak berubah langsung rupanya, seriyes.She's 53 now!

OTW balik,pekena cendol durian yang masuk JJCM .
p/s:
Sherina Redzuwan buat aku teringin!


 Ole - ole dari langkawi dari Kak Long aku dan buku hells angel buat my hubby dari Long aku yang dibeli untuk my hubby.Thank You!

p/s:

hari ni badan rasa lemau sebab hari ni hari isnin boleh?


1st Makhluk Tuhan Paling Sexy Komen Semalam:





Friday, April 16, 2010

Malam Pertama? Kena Gesel Badan Kat LRT?



Siapa yang kena gesel badan kat LRT ni?Pelik-pelik ajer keywords Nuffnang yang sampai ke belog aku ni.Mulalah aku nak bagi tips yang pelik-pelik dan merapu jugak ni.hahaha.

 Tips Untuk Mengelakkan Badan Kesa Gesel Di LRT

1. Letak bag ker buku kat bahagian depan badan.Ala-ala macam perisai gitu.


p/s: 
Melampau lah pulak kalo bawak perisai bebetul kan..hahaha

2.Duduk rapat dengan dinding LRT.


p/s:
kalo rapat macam ni, menggoda laa pulak.Makin tinggi pulak peluang kena gesel.huhuhu

3. Bila ada penumpang baru nak naik, jerit kuat-kuat "Air Panas!Air Panas!". Confirm , orang tak datang dekat dan tak der lah peluang korang nak kena gesel.
 p/s:
Ala-ala waitress gitu.

4. Janganlah pakai baju yang mengundang kejolokan mata orang. [Read: Menjolok Mata]


p/s:
Agak-agak kalo pakai macam ni, kena gesel ker dak?

5. Buat-buat gila..Atau cakap sorang-sorang.Memang diorang tak datang dekat punya.Hahaha..Tips terakhir ni aku belum cuba lagi.Korang cuba yer.Pastu result cakap kat aku.hahahaha

Siapa lagi nak kongsi tips, sila-silakan lah nak-nak pengguna LRT yang tegar.Aku sekarang dah tak tegar dah.Dah masuk 2 tahun kot tak naik LRT.huhuhu.

Aku nak jawab hutang tag yang makin lama makin ramai pulak yang tag aku ni.

Tajuk Tag: Malam Pertama. eh , silap.Barang Pertama.
Tukang Tag : Jiji , Azlin, Elyn 


1. Barang kahwin pertama yg dipakai



Mestilah gelang dan cincin sebab masa akad nikah my hubby sarungkan :) [Malu-malu kucing plak bila teringat..hehehe]


2. Barang elektrik pertama yg beli bersama pasangan slps sah bernikah dan dok sebumbung
Beli sekali harung, TV dan Mesin Basuh.


3. Barang pertama milik peribadi yang dibeli guna duit hantaran


Rasa macam tak der jer barang peribadi, semua beli barang rumah kot dan simpan.


4. Barang peribadi pertama yg dibeli slps bergelar isteri

Aku pun tak sure la..Pad kot?hahahaha .Sebab seminggu lepas kawen, period.huhuhuhu




5. Barang mahal pertama yg dibeli sbg suami isteri (beli dgn capai keputusan bersama)

Tadak mahal mana aku rasa.300 hengget beli sofa .Laptop hubby belikan.hehehe

Then aku nak tag : SEMUA BLOGGER FROM  PSMB.Tak kira silent reader ker reader secara tak sengaja atau kebetulan.

Wanie
Syura
Dayana
p/s:

Ramai jugak bebudak ofiz aku yang blogging yer :)


1st Makhluk Tuhan Paling Sexy Komen Semalam:




Thursday, April 15, 2010

Tips Untuk Isteri Yang Selalu Ditinggalkan Suami Esp Bagi Yang Ada Anak Kecik

Bukan tinggal untuk selama-lamanya yer[Nauzubillahiminzalik].Tapi suami yang pergi outstation atau suami kena kerja lebih masa atau kena stayback kat ofiz. Semalam, my hubby kena stayback sampai pagi ni kat ofiz.Hari ini, aku nak kongsi tips aku secara peribadi lah especially yang ada toddler macam aku ni.


1. Masak sesimple yang mungkin  - makan adalah hobi aku.Kalo tak makan maka laparlah perut aku.Untuk menu mudah dah ringkas aku cadangkan ...taddaaa..


=)


Mee Segera.Cepat Dimasak Mudah Dimakan.[Sesuai sekali motto nya]
Menggiurkan bukan?Mee Maggie My Way.Mesti kena ada sayuran :P cendawan shitake ni kategori sayuran ke?

p/s:
Tapi kalo nak lagi mudah, tapau ajer lah kat kedai.hiks

2. Mandi secepat yang mungkin - ini adalah kelemahan yang paling besar bagi aku kalo my hubby tiada.My Nuha ni mesti melalak kalo aku tinggal dia pergi mandi.Dia takut kot duk ruang tamu sorang-sorang.Kalo belah malam, lepas dia tido baru aku mandi.Bayangkan mandi pukul 11 malam? Kalo pagi-pagi, bangun senyap-senyap tanpa anak terjaga ok.

3.Berpura-pura tido - kalo belah malam, memang banyak kerja rumah yang nak kena aku settle .Tapi selagi anak aku celik, memang tak jadi kerjanya.Kadang-kadang berpura-pura tido buat my Nuha terpedaya dan tido sama.Tapi kalo dia nak main,aku tido pun dier buat bo layan ajer.


Tu jer la tips yang aku mampu fikir berdasarkan pengalaman aku.Ada tambahan? Korang , macam mana nak handle toddler kalo ditinggalkan suami ?? Kalau ada tambahan, korang boleh laa tambah yer diruangan komen.Mungkin boleh membantu aku dan para mommies yang lain.


1st Makhluk Tuhan Paling Sexy Komen Semalam:




Wednesday, April 14, 2010

Duit Mudah.Search Sahaja Nama Aku 5 kali Sehari 20 hari.

Mesti semua orang dah tahu kan?Pasal My Look.Enjin carian terbaru.Ala-ala google gitu.Tapi yang syok habes tu, dapat duit.Kalo sebut duit, mesti semua orang berebut-rebut nak join kan.


Macam mana nak dapat share guna MyLook.com ni?

1. Kena register dulu . Klik SINI.

2.Anda akan dapat 1 share untuk setiap carian.Boleh jer nak cari banyak mana pun TAPI yang share yang anda dapat sehari maksimumnya hanyalah 5 ajer.

Bayangkan, 1 share =USD $0.22

10 share (2 hari)=USD $2.20

 100 share (20 hari) -USD $220.00 

Apa tunggu lagi.REGISTER LAH MY LOOK SEKARANG.KLIK SINI.

Dah ada duit, mesti sibuk nak cash out kan, maca mana caranya?

Yang boleh cash out cuma dividen nya sahaja.Share tak boleh buat keluar .Tunggu diorang bayar dividens dulu la.Tapi entah betul atau tidak.Wallahualam la kan.Tawakal aja la dari tak  buat apa-apa kan.Kalo ada tu kira , rezeki lah :)

 Apa tunggu lagi.REGISTER LAH MY LOOK SEKARANG.KLIK SINI.

p/s: 

Nak tahu lebih lanjut boleh tengok kat MOMBLOGGERPLANETS.



Tadi masa lunch, aku nampak seorang student U*iTM pakai tudung yang aku rasa pelik dan unik jugak .


Mana nak carik tudung macam ni hah?siap ada t-shirt tuh.

p/s:

gambar adalah candid :P Maafkan akak yer dik.


1st Makhluk Tuhan Paling Sexy Komen Semalam:







Tuesday, April 13, 2010

Inilah tekak melayu, pagi-pagi buta mintak nasi

Masa my nuha masuk wad hari tu, pagi -pagi kat wad, aku order cornflakes dengan susu as breakfast.Ada 2 lagi menu pilihan lain iaitu roti dan bubur nasi yang mana my nuha tak suka .Sekali, my nuha reject ko cornflakes dengan susu tu ! 



 Katanya : "Nak Nacik " (Read : Nak Nasi)

 Duk kelantan/terengganu, senang nak cari nasi pagi-pagi buta kan..Even nasi minyak leh makan hari-hari bukan tunggu time kenduri.

Dah namanya tekak melayu.Padahal masa mengandung kat dia dulu, aku tak boleh nak makan nasi langsung sampai 4 bulan.Asyik nak makan makanan omputeh ajer(Read:Spagetti dan pizza) .hehehe.Tapi, yang paling kelakar, masa kenduri kawen Aween, boleh pulak aku melantak nasi minyak tak hengat donea.So sampai skang ni, my Nuha suka sangatlah makan nasi yang ada rasa especially nasi beriani, nasi ayam dan nasi minyak .

Betul jugak yer kalo mengandung guna alasan baby nak makan kan? Bagi yang dah ada anak tu, korang dulu ada tak makanan yang korang suka makan time pregnant dan sekarang anak korang suka makan?Ataupun ada tak makanan yang korang tak pernah makan tapi masa pregnant teringin nak makan?

Korang nak tau makanan yang aku geli geleman nak makan sebelum pregnant tapi masa pregnant aku adalah sangat-sangat teringin nak makan.So sampai sekarang aku masih tak mampu fikir, macam mana aku boleh tergamak makan menda ni. 

Tadaaaa.....


-



-


-






-


-



-
Inilah vontot ayam...


p/s:

Kat pasar malam seksyen 6, rm 1, 5 ketul ko.hehehe

  p/s:

Anak aku adalah suka dan banyak bercakap, agaknya sebab suka makan bontot ayam kot.
Fakta ke auta ni?




1st Makhluk Tuhan Paling Sexy Komen Semalam:




 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)