Monday, April 12, 2010

10 Barang Dapur Yang Dapur Jamie Oliver Ada Tapi Aku Tak

Minggu ni, aku tak nak tulis pasal makanan dah.Tapi nak tulis pasal gadget untuk menjadikan sesuatu makanan.Hah!Memang tak lari dari makan aku ni.Ni antara gadget yang aku suka yang ada dalam dapur Jamie Oliver tapi dapur aku tadak :)

1) Food Processor - Dah usha hari tu.Cakap kat my hubby - hadiah bday tahun ni la.hahahaha.Aku tengok RM50 ajer kat Tesco hari tu.hehehehe


2) Pemarut - Terliur btol tengok dia parut kulit limau guna menda alah ni.Hari tu pegi Tesco nak beli, sekali bila nak bayar, tadak harga plak kat pemarut tu.Second time pergi tak jumpa plak kat mana.Sampai sudah tak beli-beli.


3) Oven - Mak aihh..besarnya..Best woo, kambing pun buleh masak ni.hehehehe


4) Grill Pan - Leh laa buat lamb chop kat rumah, yer dak?


5) Deep Fryer - Kurang sket minyak kan bila guna menda ni.Lepas ni, makan french fries hari2 la :P


6)Baking set- buleh aku buat kek sendiri kan?Pandai ker..hehehehe


7)Waffle maker - Lepas ni tak yah beli waffle, buat sendirik ajer kan.


8)Bekas black pepper - terliur owh, pusing-pusing black pepper masuk dalam masakan guna menda ni.Padahal buleh jer tumbuk-tumbuk.Sajer gdiks..hahaha




9) Pokok Herba - Bersusun pokok herba kat dapur Jamie.Senang kan?Main petik ajer campak masuk dalam masakan :)



Last sekali...Mesti kat rumah korang takkan ada punya..

-


-



-

-


-


-


-



-

-


-


Jamie Oliver laa..hahaha.Kalo ada mamat ni kat dapur rumah aku, confirm hari-hari tekak aku ni jadik omputeh :)Bang, spagetti sepinggan! ahaks.

Amacam?Korang ada barang dapur yang aku tak dak ni?Sila tinggalkan barang dapur yang korang ada tapi rasa-rasa aku tak dak.Untuk rujukan aku masa akan datang :P 

p/s: senang aku fikir nak hadiah apa birthday aku kang..hahahaha


1st Makhluk Tuhan Paling Sexy Komen Semalam:



Friday, April 09, 2010

Akhirnya, FB telah aku register, lepas tu apa aku harus buat?



Sila lah add aku yer dak ? elissmie [ at] gmail [dot] com.
Tapi kalo aku tak kenal, aku Reject!

p/s:
Lepas ni jangan bising-bising kat telinga aku suh buat FBi.Mana yang tanya tu, sila add ajer lah.

p/s:

Terima kasih to my hubby sebab balik lewat dan bagi peluang untuk aku register FBi.

Yang nak tergelak, ex-sekolah menengah aku punya page pun ada.Ingatkan tadak laa orang buat facebook untuk ex-sekolah aku.Maklumlah,anak felda :) So, jangan main-main tau, banyak tau anak felda yang jadi orang berjaya walaupun kami cuma anak felda .Tumpang bangga sekali walaupun aku kerja programmer cabuk ajer.Kira berjaya jugak la dari tanam anggur terhormat yer dak? No offense pulak yer...



Masih ingat entri INI yang pasal Sama Nama tuh. Akhirnya, aku terjumpa jugak kawan aku yang sama nama tu dalam FB.Jauh dia sekarang.Kat Bintulu nuh :)

Semalam, blogwalking[nampak sangat tadak kerja - padahal banyak kerja] ,aku ternampak entri Ni -Semerah Cinta Ellis Suriyani . Aik macam nama aku jer tajuk post ni.Sekali tu nama pemilik belog dia la.Tak sangka, akhirnya terjumpa jugak orang yang hampir sama bunyi dengan nama aku walaupun nama dia tadak Nor dan ejaan dia lain sket dari nama aku :) hahahaha.Atlast kan.


Petang semalam kul 7.30p.m baru keluar ofiz sebab my hubby menempuh jam yang teruk dan abes meeting lewat.Rushing ke rumah pengasuh Nuha dan ke di DE*MC untuk check darah Nuha as follow up kes denggi dia hari tu.Alhamdulillah, platlet dia dah normal.346 dah semalam.

Aku akhiri, entri kali ni dengan menjamu mata korang dengan hidangan dinner aku malam tadi.Sebab adalah malas memasak :) Dah boleh agak kan kat mana? Restoren Shid di hati la.Menu pun korang buleh agak la.



Menu : Ikan Siakap Stim , Telur Dadar, Kailan Ikan Masin, Teh Ais Limau, Sirap Limau



Sampai menjilat pinggan. Lariksssssssssssssssss...


1st Makhluk Tuhan Paling Sexy Komen Semalam:




Thursday, April 08, 2010

Pramugari Terlampau

Hari ni, saja nak berkongsi email yang diforward oleh Puan Niza kita yang berjaya buat aku gelak tergolek-golek kat depan monitor PC cabuk ni.Yang lawak tu, tulisan bawah gambar-gambar tu.Tu bukan ayat aku k.Kang ada pramugari terjah belog aku dan saman malu.Huhuhuhu

Tajuk Email : RANKING PRAMUGARI ANTARABANGSA

Pramugari, jawatan yang penting dalam perjalanan kapal terbang. Sebab pramugari yang memegang jawatan untuk mecegas minda anda supaya tidak boring sangat tempoh penerbangan yang jauh. (Setuju? Keh keh keh!)

Pramugari dari negara Thailand. Siapa sudi tidur jika pramugari seperti ni yang jalan sana sini dalam kabin kapal terbang? Dopopat jam gua celik biji mata

 Pramugari dari negara Amerika. Jika pramugari Malaysia berpakaian sebegini, siapa nak naik bas balik kampung lagi? Sani ekspress bakal gulung karpet!



Pramugari dari negara Russia. Boleh ke si pendek memohon jawatan pramugari di Russia? Mintak ampun la. Jaguh lompat jauh jer boleh apply!



Pramugari dari negara UAE. Manis betul...mintak kopi takde gula pun stedi-stedi boleh minum sambil tengok kemanisan dorang!

 Pramugari dari negara Jepun. Mekap nampak nipis je...tapi cukup lawa sudah...


Pramugari dari negara Saudi Arabia. Pakaian seragam dia mesti paling mahal jika berbanding dengan airline yang lain. (Sebab kain banyak sikit...)


Selepas gambar-gambar pramugari dari luar negara, marilah kita fokus balik kepada pramugari Malaysia... 

Mang aii...boleh tahan juga...Nape tak pernah gua nampak pramugari seperti ni walaupun dah banyak kali gua travel? Banyak sangat tengok pilem pramugari terlampau gua nih!!


Pramugari dari Fireflies Malaysia. Kira okay juga lah...malahan ni budget airline...Standard memang tak boleh banding dengan airline dari luar negara. Lu jangan cari-cari Dania. Sampai ke subuh tak jumpa jepp…ntah awan mana dia terbang!


 ni problem mekap atau problem pramugari ni? (Yang seolah-olah pelakon opera cina tu...)


 Yang ni kira cun? co-pilot pun sonn aiii…
Macam mana dengan yang ini??
Mesti ramai yang tengah marah-marah dan komplain tentang standard pramugari negara kita depan skreen komputer anda sekarang. Tapi anda patut rasa gembira, sebab sekurang-kurangnya paras muka pramugari kita ni dah kira menonjol...jika banding dengan yang seterusnya.........


-


-



-



-




-



-


-




-





-







-



-


-





-





-



-


-





-




-



-


-





-


-



-


-





-







Pramugari dari negara Afrika.
Gua akan pastikan gua makan ubat tidur supaya tak diganggu sepanjang masa penerbangan.


p/s:

Jangan marah naa cik-cik pramugari Malaysia.Yang baik jadikan teladan...Tapi apapun MAS kan menang World's Best Cabin Staff 2009 .source

p/s:

Kurangkan make up pada muka, TAPI tambahkan senyuman pada muka :)PEACE!!!


p/s:

Apa pandangan korang???


1st Makhluk Tuhan Paling Sexy Komen Semalam:











Wednesday, April 07, 2010

Ada bau dari London kat sini, apekah?

Bukan-bukan.Tadak mat salleh atau minah salleh dari London kat sini sekarang.Dan bukan, aku masih di Malaysia.Sebenarnya, dah lama dapat poskad ni.Poskad dari London you all! Dari Haffiz, rakan blogger yang sedang berfoya-foya study di Kota London tuh.Opss! Hahaha. Sebabkan entri NI, aku berpeluang menyedut bau dari London.Kelas gitu kan?


Walaupun, cuma sekeping poskad, tapi Terima Kasih yer dik. Merasa jugak, akak ko ni bau dari London.Nak pergi haram ntah bila :p Siap kutuk alamat aku panjang lagi dalam poskad ni.Sempat ko yer!

Siap tampal kat CPU kat ofiz lagik.hahaha

Aku akhiri, tulisan di belog hari ini dengan menu dinner aku malam tadi.[Lariksss ]


Semua ai masak sendirik you all! Chili crab tu kan, aku tengok rancangan jalan-jalan cari makan tapi versi cina, bukan ho-chak .Kat #AFC.Yummy hingga menjilat pinggan ko!My hubby lak request nak makan daging masak halia.Layankan ajer..Budu tak tinggal!

Untuk resepi masakan, aku taruk kat SINI nanti.Check it Out!


1st Makhluk Tuhan Paling Sexy Komen Semalam:



Tuesday, April 06, 2010

Memang kerja aku ni asyik mentekedarah jer ker?

Hari ni dah beberapa hari tak update belog.Alhamdulillah, my Nuha dah keluar dari DE*MC semalam.Dia dimasukkan wad bila disahkan positif denggi.Memula, doc ingat dia demam virus sebab simptom lebih kurang sama jer.Sian my Nuha, hari-hari kena amik darah.Seb baik amik kat jari jer cucuknya tapi meraung lah jugak.


p/s: Aduhai, banyak dosa btol mak bapak dia nih, so cover ngan si anak pulak.huhuhu.
Korang pernah tengok ke toilet DE*MC?Kalo tak pernah, klik SINI

Semalam, kul 6 lebih baru keluar wad.My hubby plak, terpaksa berpuasa sebab kena buat ultrasound (macam mengandung pulak :P) sebab hati dia masih tak OK.Mari layankan nafsu orang nak berbuka puasa yer.Memang tadak niat nak memasak, tapi risau jugak kes kencing tikus tu.Tapi terpaksa jugak tapau dan makan kat rumah.Tapau kat Shid Seafood Padang Jawa.Kedai ni nampaknya dah ada competitor, nama kedai yang baru depan sket dari kedai tu, Putera Ayu.Lain kali nak try makan kat situ plak.
Ada ker telur dadar pun my hubby nak tapau sekali.Punyalah sayang kat isteri kan.Sayang ada makna ke tuh? :P


Menu :Ikan Siakap Sweet Sour, Kailan Ikan Masin dan Sambal .

Ini namanya telur dadar yang dibuat dengan kasih sayang :P

Hari ni, datang ofiz, baru tau ada Pameran Sempena Pelancaran Innovation DNA For UiTM & Local Communities oleh Menteri Pengajian Tinggi anjuran RMI di Dewan Sri Budiman. So,sajer menyibuk jaga booth sekali ngan Niza.

Ni la booth kami :)

Ni namanya menteri yer :) and our NC UiTM.Siap datang melawat booth kami you..glemer gitus.Hahahaha.Gelenya!

Ok, tu jer la.Nak blogwalking ni.



1st Makhluk Tuhan Paling Sexy Komen Semalam:



Thursday, April 01, 2010

Asal update belog jer cerita pasal makan

Salam semua.Hari ni adalah hari ke-4 aku berpoya-poya dirumah bersama anak dan suami.Ops.Suami pergi kerja.hahahaha.My Nuha dijangkiti demam virus.Doktor cakap 3-5 hari baru baik.Doktor jugak cakap, antibiotik tak leh lawan penyakit demam virus ni.Tapi doktor suspek my Nuha kena denggi plak.Aduhai.Platlet dia dah mula turun.Kalo turun lagi hari ni, kena admit kat DE*MC lah nampaknya :( tak sukanya!Doakan my Nuha cepat sembuh yer kawan-kawan.Semalam jumpa Aishah kat DE*MC.Macam dah kenal lama plak yer :)

Duk rumah, memang melayan karenah si kecik ni jer la.Asyik dan nenen jer all day long :p Sakit pinggang dibuatnya.Tak boleh lari sket, mesti merengek.Layankan ajer la.Aku demam hari tu pun manja semacam jugak :P Kemana tak tumpahnya kuah kalo tak ke atas Mee Tomyam  Seafood kan?hahaha.Sebut pasal Mee Tomyam Seafood, aku ada recommendation yang baik punya untuk warga Shah Alam.Pedas melekat gitu!Cukup rasa!Dihidang dalam periuk tanah pulak tu.Tapi aku memang tak leh makan la sebab pedas sangat.Hahaha.Ni kitorang dinner hari Ahad yang lepas.



Venue:Restoren Shuhaida Seksyen 13.
Menu : Mee Tomyam Seafood (RM 7) + Kuey Teow Ladna (RM 7)
Rating : Yummy :) 9/10

Oklah.Setakat ni jer dulu untuk hari ni.Nak melayan anakanda tersayang pulak.Hari ni,my hubby masuk dam, so tak bawak la berukband terchenta, tu psal hari ni baru dapat update belog.

Friday, March 26, 2010

Apa kes cerita pasal Appam hari jumat ni?

Hari ini aku nak cerita pasal Appam.Bukan apam yang malam tadi ok.Ops.Korang pernah makan Appam? Aku hari ni kira kali kedua makan Appam.Hari ni, aku pergi dating breakfast ngan my hubby kat Syed Seksyen Ti*ga.Aku order Appam.Kak Long aku yang ajar hari tu :) Appam ni dicicah dengan santan.Syok jugak.Siapa berminat boleh cuba yer,rasa dia macam lempeng kelapa cuma tadak kelapa ajer.


Harga : RM 1.30 tak silap :P
Inilah Appam.menggiurkan bukan?Biasa kedai mamak memang ada.


Ini event semalam.Topik talk tadak la boring sangat sebab ada kena mengena dengan apa yang aku buat kat ofiz ni.Tapi yang tak syoknya, lucky draw satu pun tak dapat kat aku neh.Goodies bag pun tak berapa nak best la tahun ni.Tapi yang bestnya, aku menang hadiah saguhati reka tagline produk terbaru Lotus. Lotus Knows.

Tagline aku : Lotus Knows Your Needs In Single Click!


Dapat la t-shirt dan pen drive 4GB :) I'm so lucky!Kan?


Biasalah bathroomblogger kan :) Aku dah buat belog untuk kerja tak berfaedah ini.Hahahaha.Do visit Here :)

p.s: 
Ngeri btol pagi tadi.Tengok kemalangan di depan mata.Student UiTM dirempuh sebuah kereta Honda yang melanggar lampu isyarat!Betul-betul pintu belakang UiTM tuh.Ngeri.Tak sanggup nak tengok budak yang kena langgar.My hubby cakap budak tu selamat.Aku ingat pecah kepala ker haper..Memang kuat btol!



p.s :

Jangan lupa esok Earth Hour! 8.30-9.30 p.m.

Tweet : EHM2010


p.s:

Dapat Award dari temp.houswife


2. Pass this award to 15 other bloggers you've recently discovered and think are fantastic:

Semua fantastic macam mana?Aku bagi kat Top 15 commentors belog aku bulan ini laa yer :)

  1. Elyn 
  2. || NaFiRaa || 
  3. Kancilbiru 
  4. Sharinginfoz 
  5. Liza 
  6. yatie chomeyl 
  7. zh-ena 
  8. mummy_adam 
  9. sujaihah 
  10. LiAnA 
  11. Eyriqazz 
  12. haslina 
  13. Farah 
  14. lin muhamad 
3. Contact them and tell them that they've won the award.
Sila amik yer award nyer :)
4. State 7 things about yourself:

7? 700 pun aku boleh state neh.hahahaha.

1.Aku adalah isteri orang.2.Aku adalah emak orang.3.Aku adalah suka memasak.4.Aku adalah suka membelog.5.Aku adalah seorang programmer cabuk.6.Aku adalah perempuan tunggal didalam keluarga.7.Birthday aku adalah pada 6.9.Sila bagi hadiah :)


1st Makhluk Tuhan Paling Sexy Komen Semalam:



Thursday, March 25, 2010

Live from One World Hotel


Haih! Dah kurang popular belog aku ni sejak aku kena denggi.My Nuha dah amik kepopularitiannya.Buffered Earnings untuk belog aku langsung tadak minggu nih.Heran!huhuhuhu. Hari ni aku sedang bersiaran dari One World Hotel [OK, tipu! Ini adalah entry auto publish ]

Bayangkan aku  sedang menikmati makanan yang lazat-lazat instead of dengar talk yang tak best OK!

Bayangkan aku dapat banyak goodies OK !

Kerna Aku sedang menghadiri event Lotusphere Comes To You 2010.Tahun lepas kena tinggal kat ofiz sebab tadak orang nak standby kat ofiz.Tahun ni , semua orang dapat pergi.Hehehe

        Dear Cik [Nama Haku Disini],

p/s: Cik??? Saya Puan OK!
       
        Your registration to “Lotusphere Comes To You 2010” has been received.
        
        Details of participant:-
        
Full Name        : [Nama Haku Disini]
Company Name        : Universiti yadda yadda yadda
        
        Please be reminded of the following event details
        
Date        : 25th March 2010, Thursday
        
Venue        : Ruby Ballroom, Lobby Level, One World Hotel
         First Avenue, Bandar Utama City Centre
        47800 Petaling Jaya
       
Time        : 9.30 a.m. – 5: 15 p.m.
           (Registration starts at 8.30 a.m.)
       
        *Kindly bring along Two (2) of your business cards for registration purposes.
        *For event agenda, please login to :
        http://www-01.ibm.com/software/my/lotus/lcty/agenda.html



p/s: Business cards buat sendirik jer.Gigih!Tapi hasilnya adalah terbaik dari ladang punya.Biasa kalo nak dapat free gift, kena bagi business card.Hampeh!
Sesiapa nak order business card ngan aku, email aku untuk quotation .Hahahaha. [OK, ini tipu :P]


 Kepada Raa, sorry, tak sempat nak pos hadiah ko hari ni sebab ada event.So esok aku pos ok.Harap hadiah tidak hilang lagi! Kalau hilang jugak lepas ni, kiranya tak dapat hadiah dah la.Hahahaha.Jahat tak?

p/s : Yang gelang kecik tu untuk my Anis ok! Jangan amik dua-dua.Yang lain tu, untuk mak nyer lah.Hope suka!


1st Makhluk Tuhan Paling Sexy Komen Semalam:



Wednesday, March 24, 2010

Main campak2 ala-ala Jamie Oliver

Semalam adalah MC sebab buat follow up check up dengan doc pakar pasal denggi aku nih la.Doc cakap semua dah OK.Tapi yang lenguh-lenguh badan dan pening-pening lalat yang duk ada tu, lambat sket baiknya.Untuk cepat baik, doc suh bersenam.[aku ngan doc sama-sama gelak lepas doc cakap suh bersenam.Doc ni memang tau2 jer aku kurang bersenam] Benci tau! Weh, berat badan aku back to normal.WTF!



My hubby suggest, kitorang beli basikal untuk exercise dalam rumah.Since kitorang ni kan rajin orangnya.Pagi-pagi Ahad tu lebih selesa membuta :p Tapi hari ni, masa keluar simpang lepas antar my Nuha, aku terlanggar kereta orang di bahagian sisi, dan plate kereta aku patah sket tapi masih ada skru dan calar kat depan.My hubby suh aku tanggung segala pembaik pulih.Hari tu cakap redha.Skang dah tak redha ke haper ni?hahaha What The Gdiks , nape ko lembab sangat bawak kereta di pagi2 yang sibuk ni.Tak pasal2 calar kereta ko! Ampun!!!Ampun!!! So, basikal untuk exercise ni saper nak belikan untuk aku?hahahaha

Hari tu, nak makan masam-masam ajer.Ibu mengandung jer suka masam-masam tapi orang yang baik dari denggi pun macam tu jugak tau!!Dua hari berturut-turut, aku buat kerabu epal udang dan sotong!



Pastu semalam, dah dapat MC, duk rumah tak tahu nak masak apa, aku buat spageti campak-campak tapi guna mee lidi!Melekat ke dinding.My nuha pun suka! hahaha


Pagi ni, masa aku bersiap-siap nak pergi keja, pakai tudung merelip sket, tetiba ada suara kecik menyapa,

Mimi Cantik!!!!!!

p/s: Mimi = Ummi lah yer :) sesuka hati dia jer nak panggil Mimi ke, mama ke, meimei  ke, mak ke :P


Hahahahaha.Gelak besar aku! Dah besar anak aku neh.Dah pandai puji orang. Sebenarnya sebelum tu aku puji dia , Nuha Cantik dan muka dia bersinar-sinar kena puji.Aku cakap dia cantik bila aku ikatkan dia rambut, tu dia nak puji balik aku lah.So sweet !

Makan pun tak nak orang suap dah skang ni!


1st Makhluk Tuhan Paling Sexy Komen Semalam:



 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)