Monday, March 22, 2010

Tekak ini terasa sungguh mat sallehnya..

Hari tu, cakap kat my hubby, kalo buleh keluar hospital [tak abes lagi isu hospital ni], aku cakap aku nak makan pizza lepas gaji. Tapi memandangkan poket masih tebal, hujung minggu hari tu, aku belanja semua orang makan pizza!

Lokasi kejadian : Pizza Hut JJ AU2

 Menu :Regular Beef Chunky loaded pizza [pizza baru tu, boleh tahan rasanya], Large Super Supreme, Large Hut Platter, Chicken Meatballs, Tuna Rolls, Asam Boi Fizz, Milo, Ice Lemon Tea, Chocolate ice cream

Harga : RM100++

Layan mata pagi-pagi :) Jangan marah naa..



Punyalah banyak empat orang makan.Last sekali tak abes, tapau buat bfast esoknya plak.hehehe.Tak ker mat salleh tekak ni, siang malam makan pizza :P hehehe.

Lepas makan pizza, kononya nak gi karaoke kat Song Box kat JJ tuh.Sekali cuma buleh masuk 3 orang jer satu bilik untuk Rm11/Jam.Takkan aku ngan anak aku duk luar kan.Nak asing-asing bilik karaoke tak syok pulak.Nanti tak tahu la plak suara saper paling sumbang menyanyi.Bilik untuk 4 orang plak, charge nya RM20 sekepala/Jam.Kepala hotak ko! Baik karaoke di rumah.Last-last masuk kedai VCD, beli Adnan Sempit.Layan dengan set home theater Long yang baru! hehehe.


Lawak jugak cerita ni.Aku buleh kasi 8/10.

Hari ni patutnya ada follow up check up pasal denggi hari tu, tapi hari ni kena attend kursus, aku nak tunda esok.Harap-harap esok dapat MC sebab aku nak bermalas-malasan kat rumah ngan my nuha.hehehe


1st Makhluk Tuhan Paling Sexy Komen Semalam:



Friday, March 19, 2010

Aku mengidam nak makan pulut ikan kering

Sejak keluar hospital ni, anak tekak ni macam lain macam jer.Malam tadi, teringin nak makan kuey teow kung fu tapi sedih sebab tak kena langsung dengan anak tekak ni dia punya rasa even makan kat my favourite makan spot! Restoren Shid Seafood lah kan.[Alasan malas memasak ke?]

Malam tadi, cakap kat my hubby, esok pagi rasa nak makan pulut kelapa with ikan kering.Dulu macam ternampak-nampak kat Restoren Molek, Seksyen 7 tuh.Since hari ni, my hubby tak keja sebab kena follow up check up kes dengginya hari tu, me pun bermanja-manja lah dengannya dan pujuk bfast dengan me today! hehehe.

My hubby setuju! Yeay for me! Lepas punch card, kami pergi makan kat Molek , Seksyen 7.Lucky me, sebab memang ada pulut ikan kering kat situ.Walaupun tak sama macam mak me yang buat tapi atleast merasa jugak lah.Kurang gula laa itu kelapa parut.


 Pulut kelapa with ikan kering.

Dan semalam jugak, me terasa nak makan sagu kelapa atau kat terengganu dipanggil Bronok.Hari ni, dapat makan jugak!Yeay for me lagi. Tak payah me belek-belek tenung resepi sagu kelapa tu lagi, lagipun me nak makan satu keping jer, tak kan nak buat seloyang kan? My hubby rasanya tak berapa suka kuih nih :)


Sagu kelapa for me dan sardin roll for my hubby

Hari ni tetiba rasa nak makan pasta carbonara mushroom yang prego tin biru nih.Padahal tak pernah buat sendirik lagi guna tin biru ni.Rasa melekat-lekat btol kat mulut nih.huhuhuhu.My hubby lak tak makan pasta or spagetti ni..So ada sesiapa nak makan, aku masak!!

pic adalah google semata2.


Menggiurkan bukan?pic adalah google semata2.

Jangan buat spekulasi yer, mengidam tak semestinya my nuha nak dapat adik lagi.hihihihi.Walaupun lately, dia suka laa geget ibu jari kaki! hishhhh!

* Apa kaitan ntah antara geget ibu jari kaki dengan nak dapat adik, sampai skang aku masih terfikir-fikir ketidaklogikannya :p



1st Makhluk Tuhan Paling Sexy Komen Semalam:





Thursday, March 18, 2010

Selamat Tinggal

Hari ni, rasa macam tadak mood lagi nak mula kerja.Bayangkan, duk hospital seminggu dan balik rumah dapat lak MC 2 hari.Heaven btol rupanya tak keja nih kan?Tiba-tiba rasa nak tukar azam.Azam tahun ni, adalah ingin menjadi suri rumah sepenuh masa, boleh ker Sayang?hahahaha.My hubby paling gembira kot sebab mesti dapat balik Terengganu bila aku menjadi suri rumah sepenuh masa.Lepas tu, keluar cerita Desperate Housewives :P Tak kosser mak!Aku masih sayang-chenta-kasih sama ini kelija maa...A Full Time Programmer :)

 Apapun, aku sedang membiasakan diri untuk menjadi pekerja cemerlang kembali.Hahaha.Konon!

Sedang membiasakan diri untuk mengalihkan tangan kiri tanpa rasa tersekat.Seminggu ko wayar air tu menjadi separuh dari diri aku.Nak berak, nak kencing, nak solat, nak makan, wayar air tu aku angkut ke hulur ke hilir.


Sedang membiasakan diri untuk makan hasil masakan sendirik.Seminggu ko makan orang hantar sampai ke tilam.Main order2 jer menu yang ada tanpa berfikir panjang nak masak apa hari ni.



Sedang membiasakan diri untuk tidak malas-malas dan merenung coding-coding setelah seminggu bermalas-malasan di atas katil tanpa sekatan mahupun halangan.Tanpa punch card dan traffic jam jugak! Seb baik minggu ni cuti sekolah!


Sedang membiasakan diri untuk menjemput dan menghantar anak ke rumah pengasuh setelah seminggu tanggungjawab diabaikan seratus peratus! Duhai anak, hari-hari Ummi merinduimu tanpa terlupa sesaat pun walaupun Ummi sedang bermalas-malasan diatas katil dengan Abahmu..hikss..



Sedang membiasakan diri dengan keadaan diri yang kurus..hahahahaha.Keji!!! Baru turun 2 kilo nak kecoh!

Selamat Tinggal Aedes!Aku benci ko!Ko jangan gatal-gatal nak geget dan keluarga aku lagi!!

Terima kasih kepada semua yang tak putus2 berdoa dan berharap aku dan my hubby cepat sembuh!!

Terima kasih semua!!


 Kesan tusukan jarum pada tangan masih belum hilang lagi!

Platlet hari terakhir: 154
Teruja btol dapat balik , terus kemas beg!Terima kasih kepada kakitangan DE*MC yang bertugas sepanjang aku dan my hubby kat wad tu! :)



1st Makhluk Tuhan Paling Sexy Komen Semalam:





Thursday, March 11, 2010

Nyamuk Aedes Kata Kami Insan Terpilih?

Mesti ramai yang tercari-cari dimana aku kan?Hahahaha.Poyo!Sebenarnya aku pergi honeymoon ngan my hubby.My Nuha terpaksa la kami tinggalkan dirumah pengasuh.Kejam bukan?bukan. hahahaha

Tapi heran, tempat honeymoon ni ada benteng la!!! Katil plak asing-asing walau bilik yang sama.Aircond dah ada tapi sejuk menggigil sorang-sorang jugak atas katil!!!Bayar mahal plak tu!


Hahaha.Poyo!Kami kena masuk wad di DE*MC sebab demam denggi!Aduhai..berkampung la laki bini disini :P Semoga ianya mampu menghapus dosa-dosa kecil kami.Insya Allah.Penyakit penghapus dosa kan?Terima Kasihlah nyamuk aedes.Tau yer aku banyak dosa!!

Rutin harian, kena amik darah sampai kadang-kadang 2-3 kali.Tu tak termasuk yang tak jumpa line....Selain tu, 6 botol air sehari terpaksa dimasukkan!Hazab!Nak berak pun bayar wayar air!


Walaupun menggiurkan, tu jer mampu ditelan...Ni menu malam pertama..


Ni menu tengah hari kedua..selepas makan..sayur jer aku leh telan.mabuk mengalahkan orang morning sickness.

Sup ketam! Rm19 sekilo konon dapat menyembuhkan demam denggi..makan jangan tak makan!

Terima kasih kepada yang sudi melawat yer, Niza, Cik Nor, Kak Ros, Sharina,Kak Ema, Anz, Hafidz, Abang Rizal dan ofizmate my hubby..


Bacaan platlet aku hari ini:30
Normal 150 keatas.

Doakan platlet aku cepat naik dan boleh la aku balik umah!Ok la.Need to go!Jap lagi doc nak datang periksa aku!!


DOAKAN KAMI CEPAT SEMBUH!

Friday, March 05, 2010

TheHoneybunch 2010 Giveaway #1 : Best Birthday Ever!

Sebagai pembuka tirai 2010, Hanz &  family dengan sukacitanya merasmikan satu lagi giveaway dari TheHoneybunch.Sempena nak menyambut ulangtahun ke-6, anak sulung nya, hubby Hanz, nak buat giveaway bergambar lak kali ni.


Ni gambar yang aku pertaruhkan .


Birthday my Nuha sebenarnya disambut dua kali tahun lepas. Sekali disambut di kampung halaman aku dan hubby iaitu dirumah mak mertua aku pada 30 September 2009.Tapi hari ni nak cerita pasal sambutan yang disambut di Shah Alam [bukan nama tempat sebenar].

Nama : Nur Nuha Humayra
 Tarikh Sambutan:9 Ogos 2009 (AHAD)
Tarikh Lahir : 2 Ogos 2008

Yang tak dapat dilupakan masa sesi potong kek tu, nuha boleh nak sentuh api lilin pada kek.Semua orang menjerit serentak masa tuh.Sungguh tak dapat dilupakan.Seb baik tak kena api tangan yang comel tu.Lagi unik, kitorang siap buat giant bday card, idea Ayah Long Nuha utk tatapan Nuha 4-5 years lagik .Wishes dari tetamu yang hadir .Untuk jimatkan kos[kedekut punya pasal] , aku masak pada sambutan birthday my Nuha tu. Terima kasih kepada my hubby sebab buatkan wording kat wall of fame masa birthday my Nuha tu:) [ni kedekut jugak ker?:P] dan gantung semua belon..Belon tu  aku yang pam kan :) [nak jugak credit tuh]

Menu yang aku masak hari tu :-

Nasi Putih
Ayam Sambal a.k.a Ayam Masak Merah
Sambal Belacan Mangga Muda
Acar Timun Carrot
Air Sirap Selasih
Pisang
Anggur
Puding (door gift)
Chupa Chups (door gift)
Kek aku beli jer since tak pandai kan :) from secret recipe.

Tips : Utk party kecil2an, kalo rajin buat sendirik jer makanan dan hiasan dinding tu...jimat laa sket di musim2 gawat ni[ker dah tak gawat erk?]..hikss..tapi kalo tak pandai masak, baik jangan laa kan, kang ada yang sakit perut..harap2 tadak laa yang sakit perut makan masakan aku dulu tu..hahaha :P

Nak Join? KLIK SINI . Due Date : 15 Mac 2010! Apa tunggu lagi kawan-kawan???
Proudly sponsored by:



1st Makhluk Tuhan Paling Sexy Komen Semalam:



Thursday, March 04, 2010

Kelate tu gapo?

Kelate tu adalah sebuah negeri di pantai timur.Nama betul Kelantan.Dalam loghat kelantan disebut Kelate.Faham? Tak faham sudah! montot terbelah![ayat Tiara-copy sket yer tuan tanah.hahahaha. larikss]Ini adalah sambungan atau kesinambungan entry INI. [Sila baca dulu entry ni ]

Sebagai seorang bathroom blogger yang tegar, harus ada bergambar dalam jamban KLIA dan Pengkalan Chepa nyer airport.Harus! hahaha.Sampai-sampai airport asyik nak kencing jer Niza nih.hahahaha.Keji !


Lepas tu, driver uitm KB bawak kami ke Restoren Yati Ayam Percik 2.Tengok kat dinding, tahap kebersihan A ko.Kata driver tu, hotel sekitar tu pun amik Ayam Percik kat kedai ni tau! Kalo dia bohong, aku bohong korang sekali la.lalalala.Ironinya, awek yang duk meja sebelah tu sama flight ngan kami tadi.Memang famous la kat sini kan? :P

Sila tahan nafsu sekarang!!!!![Ini adalah berbentuk amaran kepada ibu-ibu mengandung dan mempunyai kalori tinggi dalam badan.hahahaha.Opss!]


Mempersembahkan, Ayam Percik.RM4.50 seketul.Sedap dan puas hati!!


Enak dimakan bersama nasi kerabu.RM1.80 tak silap.Sedap dan lazat hingga menjilat daun pisang ko!

Jus Naga a.k.a Dragon fruit, bukan Naga minum tapi aku yang minum!hahaha.RM3 tak silap.

 Lepas tu, kami dihantar ke hotel untuk melayan mata setelah perut kenyang.Hahahaha.Hotel yang sama masa kali pertama aku datang dulu. Ridel Hotel.Ok la biliknya.Twin bed macam ni baru seratus lebih semalam.Ok laa free , tak yah bayar kan :) Toilet pun siap ada heater, apa lagi korang nak?TV pun pasang asteruk.

 Baru perasan konsep hotel Ridel ni ala-ala tema ikan gitu..hahahaha

Disambut dengan welcome drink.Air apa ntah, pahit semacam jer :p

Sesudah bermanja-manja di bilik hotel dengan Niza, hahahaha.Bakal adik ipar aku datang jemput untuk menjadi pemandu pelancong yang tak bergaji untuk kami.Dia bawak kami ke Cerana Villa Resort dan Medan Ikan Bakar.Yang specialnya, atas air ko kami makan.Sungai kelantan beb!! Terbuai-buai kami makan.Perghhh mana nak cari kat KL?


Menu : Kuey Teow Kung fu yang aku ngan Niza makan, Sotong Celup Tepung , Mihun Tomyam(my SIL) , popia goreng dan Teh o ais laici.Not bad la food dia tp mahal sket aku rasa! RM40++ untuk 3 orang makan.


Lepas makan, ke wakaf Yeh Yeh...eh silap, wakaf Che Yeh yang ala-ala uptown laa kat Shah Alam nih.Semua barang made in golok/rantau panjang tak silap aku :P Aku pun rembat la yang mana berkenan di hati kan.key chain Arsenal tu mestilah untuk my laling :P

Setelah abes mengajar guna sistem  kepada staf UiTM KB, kami gi Pasar Siti Khadijah beli buah tangan , sambung lagi ko!ada lagi yang tak terbeli malam tadi kat wakaf che yeh tu.
Korang perasan tak? Aktiviti utama cuma sekejap jer, tapi yang sampingan tu banyak!hahaha.Tu lah kelebihannya kalo keja gomen.Lariksssssss!!!

Ok la, aku sudahi Melawat Kelantan 2010 ni dengan satu set hidangan KFC yang terbaru dipasaran iaitu Shrimp Hearties Combo B RM 11.50! Ke aku yang lama tak makan KFC?Ni makan sebelum naik flight malam bertolak balik ke KLIA.


Ad, tiket warna warni boleh dapat di airport KB sebab dia tak de self check in machine.Hihihihi.Korang perasan ada karpet kuning tepi flight tu? Aku curik amik gambar ni dari KFC.Masa tu MB Kelantan dan exco kerajaan negeri tengah tunggu ketibaan Sultan Kelantan tak silap aku lah.

Pastu dapat hadiah dari UiTM KB.Terima Kasih semua!!!! Dulu bagi kain, sekarang kain lagi.Sutera lagi. :) Jimat budget raya.Yang tahun lepas pun baru pegi jahit hari tu :)


1st Makhluk Tuhan Paling Sexy Komen Semalam:



Wednesday, March 03, 2010

IBM Technology Conference & Expo 2010

Tiap-tiap tahun aku rasa, memang tak miss mengikuti IBM punya event.Semalam adalah tidak update belog sebab menghadiri event IBM Technology Conference & Expo 2010 yang diadakan kat Sime Darby Convention Center, KL.Seronok jugak sekali sekala menghadiri event macam ni sebabnya adalah :-

1) Goodies bag- semalam dapat baju, mug IBM, pen, bag, calculator, payung, buku nota IBM, air tin pun ada :p



2) Lucky draw - Bertuah jugak semalam sebab dapat laptop bagpack.Ingatkan dapat lah LCD tv 32 inci tuh.3 bijik ko !!! Satu pun tak dapat kat aku.hahahaha.Ad dapat pen drive :) Yang lain macam mesin urut kaki Ogawa, VCD player dan microvawe oven .Tu pun tak dapat kat aku.

3) Makan - 3 kali makan.Punyalah heaven.Pagi, tengah hari dan petang.Agak-agak berapa kalori naik ni??


Dan sampingannya[jahat gila] adalah fasilitator yang handsome dan seksi [bonus] semasa menyampaikan produk mereka dengan berapi-rapi sampai tak nak stop!Sampai abes lewat kami semalam.Aduhai.Punyalah semangat nak cari pelanggan depa neh.Siap kondem-kondem produk company lain tuh.Opss!!


Semalam kul 830 baru sampai rumah.Seb baik my hubby tapaukan nasi goreng.So boleh laa rehat dan membuat latihan stamina.hahahaha.

 Korang pernah dengar pasal bathroom blogger?? Ia adalah simpton-simpton blogger tegar sampai dalam bilik air atau dalam bahasa kasarnya dalam jamban pun nak bergambar.huhuhu.


Ini adalah toilet Sime Darby Convention Center.hiks.

 Sesuai sekali kalo pakai tshirt nih kan?RM25 sehelai, boleh beli kat Plaza Alam Sentral tingkat 3.

Cerita pasal trip ke KB esok lah[lagipun banyak gambar makanan. hahahaha].Hari ni, tak sempat nak update banyak-banyak.Petang ni, ada lagi User Acceptance Test untuk user aku, sambungan yang hari tu.Aduhai.Nasib badan.

1st Makhluk Tuhan Paling Sexy Komen Semalam:



 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)