Wednesday, February 10, 2010

Petua Untuk Kelihatan Menarik?

Sehari tak kenakan orang tak sah btol kan aku ni?Padan la muka macam joker kata my hubby.Hari
ni nak kasi petua plak.Petua untuk kelihatan menarik?Niza buat petua nak hilangkan jerawat, aku sibuk nak buat petua jugak.Hahaha.Tapi kedaung!

 Korang cuba tarik pintu macam ni, sure korang akan kelihatan menarik kan??Betul tak?Lariksssssssssss...


Kalo pintu macam ni, memang tak leh nak tarik la kan! Sure korang takkan kelihatan menarik walaupun pintu tulis tarik :P

Hari ini aku ada training lagi.So tak boleh nak lawat belog kawan-kawan.Kalo ada pun sure aku mengular masa belajar!!Haih..Ampunkan saya cikgu!


Dalam kelas kami, ada orang belanja karipap!tq Kak Ema.Gambar ni our trainer yang amikkan dan upload terus ke dalam fecebook dia.hahahaha. Abes woo glemer gambar kami.hahaha


1st Makhluk Tuhan Paling Sexy Komen Semalam:


Tuesday, February 09, 2010

Rumah aku sudah pasang parabola

Opss! Tak leh sebut parabola, kang tak pasal-pasal KPDN*HEP datang angkut aku punya parabola tu.Hahaha.Tadak encik, saya pasang astro asteruk jer.Tak mo laa angkut-angkut.Dah la pakej 37.95 jer encik bulanan.
Satu hari layan Asian Food Channel (AFC) jer encik. [tengok ajer tak guna yer dak, kurang-kurang pasni leh masak makanan omputeh ] hehehehe.Macam-macam aku layan hari tu kat #AFC.Antaranya Spain... on the Road Again , Chef at Home ,Licence To Grill, Nigella Bites dan terjatuh chenta pulak sama Anna Olson dalam Fresh with Anna Olson ! hahaha.Dulu gila kat Jamie Oliver.[cinta beralih arah laa you!hahaha]
*Siap follow twitter AFC lagi nih --> asianfoodch

Terkecur air liur disitu masa AFC duk tayang promo Best-Wan yang akan ditayangkan pada  14 Feb nanti.Yang kat atas ni salah satunya, boleh dapatkan resepi DISINI.Dan yang menarik tu Chili Crab tu.Menyengat nampaknya.Termiss laa plak nanti sebab balik terengganu.huhuhu.Tapi mesti ada ulangan kan.hehehe.Nama lagi asteruk.eh, Astro!

Semalam tengok nuffnang punya keywords yang datang ke blog masak-masak me yang tak berupdate sangat tu kat SINI.Haihh! Siapa yang carik resepi babi panggang rempah 05 spices ni? Tersalah belog maa! Semua resepi yang me bagi ada cop halal.hehehehe.Opss!

Meh kita tengok plak keywords yang datang ke belog me yang hina dina INI pulak!


Astro pun ada orang carik ka?hehehe.Baru seminggu pasang astro asteruk dah sangkut kat sini.muahahaha.elissmie facebook??Mesti kecewa kan?Sebab tak jumpa.Apa bender facebook pun aku tak tahu.hahahaha.Tipu! Tapi seriyes, aku memang tak ada facebook.Tolong laa percaya dan jangan add aku dah!Cukuplah dengan belog dan twitter-->elissmie
Sila laa follow kedua-duanya sekali, paksa atau rela.hahahaahahahahaha.Tak kosser mak!Alahai.Takkan minat sangat kot sampai cari aku kat facebook! Sebenarnya aku tak pernah bukak facebook ,lagipun kat ofiz ni kena belock.So tak kuasa lah mak nak bukak akaun facebook tu.Sorry yer Mark*Zuckerberg!Saper tu??Founder facebook laa!Saper lagi.Tu pun tak kenal ker?Kata layan facebook.Hahaha.Larikss..Keywords yang lain tak boleh direvealkan sebab sensored! muahahaha.Tipu!!!

Rasanya ni last ole-ole from langkawi.Tq yer Encik Husain!

p/s:
Cinta Bersulam Rinduku masih tidak sembuh dari demamnya!Rasanya khamis baru keluar bengkel.So hari ni, kami merempit lah lagi!My nuha makin seronok plak naik motor !Tapi hari ni macam nak terlelap aku nengok dia ditiup angin pagi!hahaha

cute huh?helmet adalah pinjam dari pengasuh dia:)Tq Kak Ita!

1st Makhluk Tuhan Paling Sexy Komen Semalam:




Mari Kelih Store 2010 Contest

Zaila, ada invite me join contest belog sales dia :) Mari Kelih Store bersempena dengan penyertaan Mari Kelih Store di I Love Bazaar the RedRush by RylDesigns bagi memeriahkan lagi penyertaan Mari Kelih Store di bazaar tersebut .Katanya first timer.So kita support laa ok!!


I Love Bazaar the RedRush by RylDesigns,akan diadakan seperti berikut:-


Jangan ketinggalan ok!
Tanda dalam kalendar gituh! 
Sebab 
Mari Kelih Store pun ada tau disana!!!


Jangan lupa singgah booth ni 24! Pelbagai tudung yang menarik tertarik ko memang debom ada tau!!Kalo nak tengok apa lagi yang ada kat situ, datanglah kesana.Mana tahu zaila boleh bagi diskaun ke?Tak gitu Zaila.

p/s:
Mungkin aku boleh menjengah jugak ni!Sebab every Ahad kan aku ke Subang Parade:) Harap2 dapat jumpa you disana yer Zaila!


Syarat2 penyertaan mudah sahaja;-
1. Anda perlulah copy & paste gambar di atas & diletakkan di entri anda / side banner anda.-Done
2. Anda perlulah meletakkan tajuk sebagai "Mari Kelih Store Contest 2010" sebagai tajuk entri anda-Done
3. Anda perlulah menjadi seorang follower kepada blog ini & Mari Kelih Store (kalau nak jadi fan of Mari Kelih Store di facebook lagi bagus)-Done
4. Anda perlulah link kan entri anda ke entri ini (dengan meninggalkan komen & link entri)-Done
5. Anda seterusnya harus menceritakan serba sedikit tentang Mari Kelih Store yang menyertai I Love Bazaar pada 27 & 28hb Februari 2010 di Subang Parade. Anda wajib menggunakan gambar2 di bawah sebagai bahan di entri anda. Panjang karangan terpulang, janji ada 2 gambar di bawah sudah memadai;)-Done

Tarikh Tutup penyertaan:
- 1 Mac 2010 

Hadiah-hadiah terdiri:
- 1 x RM70 baucer membeli belah di Mari Kelih Store
- 2 x RM50 baucer membeli belah di Mari Kelih Store
- 1 x RM30 baucer membeli belah di Mari Kelih Store

Menarik bukan??

Oleh itu, apa tunggu lagi..mulakan karangan anda & hantar kepada Zaila dengan segera;)

Monday, February 08, 2010

Hadiah Hari Lahir Siti Nurhaliza Tahun Depan?

Maaflah, memang tiada hadiah hari lahir Siti Nurhaliza dalam belog ini untuk tahun depan.Sila cuba lagi tahun depan, kot-kot ada kan.hehehehe.

Hari tu, my hubby tanya aku, nak Black Berry ker nak microwave oven?Tapi aku gatal cakap nak microwave.Tapi my hubby tetap belikan BleckBerry tapi bukan untuk me tapi untuk my Nuha la, sila baca DISINI.Larikss..

Akhirnya microwave oven ini adalah hak milik aku.TQ my dear hubby.Muashhhh 108 kali! Nape ada lebih 8 kali.CNY kan selalu dikaitkan dengan 8 :) amik ong!hahahaha.


Tips untuk memilih Microwave


1. Ketahui bajet anda suami anda!
2. Ketahui kat mana nak letak microwave tu. Ukur dulu tempat yang nak letak tu, kang terbeli microwave yang besar gabak, tak der ruang plak nak letak .hahaha

3. Kalo nak jimat, beli la time sales dan yang paling syok, kalo tiada member kad kedai elektrik seperti Seng Heng tu(Sen Q) , sila la pinjam dengan kawan-kawan yang ada.TQ kak Ema yer :) jimat RM10 malam tu.hehehe


Dah beli microvawe tu patutnya tiap2 malam makan ikan masak stim la kan?hahahahaha.Tadak maknanya!! Weekend hari tu just panaskan akok [from terengganu ko!] dan petang semalam aku masak mee segera guna menatang tuh. Hahahaha.Anak pegang pun dah risau sebab aku letak microwave tu atas meja kat dapur tapi meja tu rendah plak.Senang plak anak dara tu buat main macam laci kabinet dapur aku tu!!Calar kang nak!!hahaha.

Kata my hubby, ini adalah hadiah bday aku in advance!! Huhuhu. Nasib baik ada lagi hari-hari lain yang perlu disambut , iaitu Hari tanggal pusat , Hari pertama jalan, Hari pertama tumbuh gigi dan Hari Pertama Malam Pertama .Opss!!

p/s:

Tidak dapat menjengah belog kawan-kawan pada minggu lepas adalah sangat tidak heaven walaupun my bosses semua tiada di ofiz [heaven] .Ini adalah disebabkan kesengalan network di ofiz yang menggunakan TM Net .Masa tu perasaan aku, Oh, how I miss my berokband!!! Yer, saya update belog di ofiz pada waktu senggang :) atau sebelum memulakan kerja! Sebab rasanya kalo tak menulis sesuatu , rasa macam tak lengkap hari-hari aku.Poyo!! [dan secara tidak langsung tiada duit nuffnang utk aku :P]


p/s:

Sesiapa yang tinggalkan aku terkontang konting sorang2 kat ofiz selama 2 hari hari tu dengan ucapan "Pergi Langkawi tu jangan lupa coklat nya yer nyahhh .Hari ni harap-harap ada yer..!!"

p/s:

Hari Jumaat aku bangun lewat dan lebih malang kereta buat hal di tengah-tengah jalan dan menjadikan aku tidak pergi kerja terus.
Hari ni kereta masih tak siap-siap.Timing belt putus ko!
4 hari laa bersadai kat bengkel.Harap-harap esok boleh keluar la Cinta Bersulam Rinduku tuh..
Hari ni,terpaksa turun ke ofiz pukul 630 dengan merempit bersama my Nuha dengan perempit terhandal,my hubby la.hihhihi.Ini laa dikatakan, "Susah senang diharungi bersama ".


p/s:

Tahniah kepada Yati & Bami (my kazen) atas kelahiran puteri mujahidah comel di bumi Jepun tu:)



Photo Albums at WiddlyTinks.com
Scrapbooking Ideas Photo Tinks by WiddlyTinks.com


p/s: Akhirnya, dapat jugak ole-ole dari Langkawi...


Tq Ad.





Tq Sharina a.k.a my boz :)


1st Makhluk Tuhan Paling Sexy Komen Semalam:




Wednesday, February 03, 2010

Berdua Itu Lebih Indah Kan?

Ini entry yang sepatutnya aku post semalam tapi sebab TM Net tengah sengal sekarang ni.Aku tak terpost plak semalam tapi siapa yang baca semalam tu kiranya bertuah la.hehehe.

Apa yang best berdua ni hah?Kawen ker?Notti korang ni ok!Tapi sekarang kami dah bertiga lah .Tapi yang berdua yang ini, kami suka la.First sekali nak tunjuk berdua yang my hubby suka.


Ni hah, double prosperity burger.[Sila jangan betulkan pc/laptop anda sebab  burger ni memang terbalik.hahaha]

Kejam sungguh nampak gambar makanan pagi-pagi.Hari ni tiada yang puasa kan?kan?kan?Nak up sket lagi ni.Izinkan Yang Dipertua.hahahaha.Macam dewan Negara la pulak!


Ni hah berdua jugak.Big Mac.First time makan.hahaha.Lapar punya pasal kan..

 
Milo Ais yang penuh krim dan lazat pun berdua jugak :)

 

 Fries edisi berdua jugak, curly fries vs french fries



Ayam berdua ketul jugak.Dua box lagik.
Seriyes, ayam original McD adalah kurang menyengat!huhuhu.Opss!!

Indah kan Berdua yang aku paparkan hari INI???

Nak gambar makanan lagi ker? hahahaha.cukup-cukup lah ok! Sampai sini dulu ok!Esok-esok plak sambung pasal makanan.hehehe

Alhamdulillah,dah selesai User Aceptance Test untuk sistem yang aku develop bersama vendor hari tu.UAT untuk sistem kami berjalan dengan lancar.Lancar lah sangat.Menimbun ni test script nak kena teliti satu-satu ni.Aduhai.Bertambah la stress mak hari ni.Huhuhuhu.Hari ni boleh lah aku menjenguk belog kawan-kawan yang tak sempat nak jenguk selama 2 hari.huhuhu.Tensen 2 hari duk mengadap pelbagai ragam manusia neh.Satu-satu nak diteleknya.Harap-harap penambahbaikan tak banyak sangat la.Aku ingin rehat !!Konon!!Bluwweekk.Macam la banyak sangat keja ko Eliss!hahaha


1st Makhluk Tuhan Paling Sexy Komen Semalam:




Monday, February 01, 2010

Dapatkan BleckBerry Serendah RM4 disini

Murah bukan? Teruja? Cepat!! Terhad kepada 10 pembeli pertama sahaja! Tapi malangnya, aku adalah orang yang ke 10 okies!! Korang pergi tak Karnival Handphone kat Shah Alam yang berlangsung last week kat PKNS.Kalo korang tak pergi maknanya korang terlepas la peluang keemasan ini.hahaha


Hebat bukan features kat atas?TAPI Features kat atas semua bukan BleckBerry yang kami dapat.Pelik bukan?



Sebab ni hah.BleckBerry yang kitorang beli !! RM 4 sahaja OK!
Cuma ada 4 bunyi!Ulang yang tu jer la sampai muak.
Menggunakan bateri AA 2 biji!
Skrin adalah statik.
Keypad plak sebelah jer boleh tekan.Sebelah lagi dummy jer.
View plak memang tu jer la sampai sudah.
GPS apatah lagik.Memang tak ada lah.

[close up sket]

BleckBerry

Ni pemilik BleckBerry tu.BleckBerry OK bukan BlackBerry!!Hahahaha

Maaflah buat korang tertipu.Cuba sebut ramai-ramai TIPAH TERTIPU BANG!!!larikkssss.. 

p/s: Hari ni adalah pre UAT untuk sistem yang aku bangunkan dengan vendor.Pengguna sistem aku semua adalah banyak ragam(sorry to say- too fussy) !aduhai.mula aku nak pening ni,nak muntah, nak terberak, nak terkencing..nak pengsan.nak berhenti jadi programmer jam jam ini jugak! oh tuhan....selamatkanlah aku dari malapetaka kerana sedang menyumpah seranah di dalam hati...Ampuni aku!Ampuni aku!Ampuni aku!Ampuni aku!Ampuni aku!Ampuni aku!Ampuni aku!Ampuni aku!

Pengubat kedukaan...Dah selamat sampai hadiah dari Tupperware worth RM40!!Tq Tupperware!

1st Makhluk Tuhan Paling Sexy Komen Semalam:




Friday, January 29, 2010

Lelaki sejati sahaja suka kereta?

Lelaki sejati sahaja suka kereta? Itu auta sahaja.Jangan marah ok!Tajuk jer gempak.Tapi sebenarnya aku nak jawab tag yang ada kena mengena jugak sikit dengan kereta.hehehe

 [gambar Fah*rin disini]

Lelaki sejati macam ni ker?Mulalah aku nak nyanyi lagu superman!hahahaha.
Aku bukanlah superman
Aku juga bisa nangis
Jika kekasih hatiku
Pergi meninggalkan aku
p/s: [gambar Fah*rin disini] -tengok entry INI.hahahaha sekali lagi.

Ni nak jawab tag dari BULLET.Kang dia mai tembak aku plak.Dah macam Ah Long pulak ko ni yer nak tembak-tembak orang!hehehe..lariks


1) Where is your cell phone?

- atas meja ni hah, apsal ? ko nak tukar hp ko ngan akak ker?akak nak i-phone sebijik tau!

2) Relationship?
- In relationship :) ibu gemok kepada seorang anak dan suami yang hensem yang gemok jugak.

3) Your hair?

- ada , boleh gadai ker?

4) work?
- keje aku adalah merenung coding sampai menjadi satu sistem, hebat bukan? bukan :p

5) Your sisters?
- kakak ipar jer ada 2 orang.Adik ipar, Insya Allah, coming soon!

6) Your favorite thing?
- my cash money.hahahahaha mata duitan seh!

7) Your dream last night?
- tak sempat nak mimpi, badan letih.selepas melakukan aktiviti senaman.hahaha.larikss.

8) Your favorite drink?
- air teh ais, milo ais

9) Your dreamcar?
All time peberet- mestilah lotus elise yer dak!!

10) Your shoes?
-tak suka pakai kasut.Ada sepasang kasut sport dan kasut utk hantaran kawen jer.

11) Your fears?
- Sama macam ko jugak la , Allah S.W.T yang paling utama...takut yang biase2 ni, takut hantu kot tapi tak pernah jumpa dan tak mau jumpa dan kehilangan orang yang tersayang.

12) What do you want to be in 10 years?
- kat mana yer kita erk Sayang? hahahaha.Siap tanya suami plak.sila jawab ya bagi pihak isteri.

13) Who did you hang out with last weekend?
- Geng Mombloggersplanet yang rock the world la!!

14) What are you not good at?
- parking kereta :P

15) One of your wish list items?
-Nak rumah sebijik

16) Where you grew up?
- Dibesarkan di Terengganu

17) Last thing you did?
-Baru lepas ngadap User Acceptance Test Script yang akan di fotostat 50 copies!

18) What are you wearing?
- tak pakai apa-apa.hahahaha.larikss..baju kurung la , hari ni kang jumaat.

19) What aren’t you wearing?
- singlet.hahahaha

20) Your pet?
- NA

21) Your computer?
- pc ofiz, Hp!

22) Your life?
-Alhamdulillah , bahagia.

23) Missing?
- my late grandmother

24) What are you thinking about right now?
- tengah tunggu seseorang yang tak sampai lagi, dah terberanak ker dia?

25) Your car?
tadak kereta tapi duk lunyaikan kereta my hubby jer la hari -hari :)
me with my Cinta Bersulam Rindu
p/s: masa ni kat pantai kemasik dating.hahahaha.ni sebelum kawen :p

26) Your kitchen?


- ni dapur rumah sewa tapi saya sangat suka.

27) Your favorite color?
- merah, pink, purple

28) Last time you laughed?
-gelak dan aku tak boleh dipisahkan , macam mana?

29) Last time you cried?
- bila erk? sudah lupa!

31) Love?
- my darling hubby and my sweet daughter & families

P/S:
Nak tag sesiapa yang tinggal komen semalam kat ENTRY ni, hahahaha.lariksss

P/S:
Lemau badan aku rasanya sebab tak dapat nak blogwalking dan tinggal jejak.1/2 dan 2/2 ni ada testing utk user try guna sistem yang aku joint venture bangunkan dengan vendor, rasa macam nak beranak sulung nervousnya ok!!Next week Insya Allah akan bersiaran seperti biasa dan tinggal komen dan reply komen pada belog!

Teruskan meninggalkan komen! Mungkin anda seorang yang bertuah!


1st Makhluk Tuhan Paling Sexy Komen Semalam:





Thursday, January 28, 2010

Memasak pun dapat CUTI?

Memasak adalah hobi aku!Ini seriyes. Tapi sekali sekala makan kat luar contohnya bila dapat gaji atau pada hari -hari istimewa adalah perkara yang membahagiakan bagi isteri yer suami-suami sekalian.hehehe
Dan malam tadi, my hubby bagi CUTI memasak.Jangan jelez :)
Bukan dia yang kena memasak, tapi kami makan kat kedai ler.hiks


Orang yang bertanggungjawab bagi cuti memasak :), my hubby la.


all time tukang sepah meja :), my Nuha





Menu:Nasi Putih+ Ikan siakap 3 rasa+ telur bungkus+ kailan ikan masin+Kerabu Udang+Teh Ais+Sambal belacan
Tempat: Restoren Shid Seafood, Padang Jawa (all time peberet)
Harga: RM40++

Alhamdulillah, kenyang dan bertambah nasi.huhuhu.macam mana diet kita ni bang? Ni malam last OK makan nasi waktu malam :P

Selain memasak, hobi aku adalah membaca.Selain membaca belog, aku suka gak baca buku.



Ni buku yang aku selalu duk baca bulan-bulan.Start baca masa mengandungkan My Nuha sampai sekarang.



Ni buku yang first time beli, sebab Kak Diana kata ada muka dia :) Mahal seh dapur dia, keseluruhan 40K kalo tak silap.Kalo salah, tolong betulkan yer Kak Di.hehehe

 Pagi tadi, aku belek-belek[tak sempat baca lagi], terjumpa barangan IKEA, ni hah.Pengupas bawang putih.p.s: Semua nak mudah zaman skang ni kang.Meh bayar aku RM25 aku kupaskan bawang putih korang seumur hidup.hahahaha



Pengupas bawang putih.
Info Produk: Harga :RM25



Ni buku yang my hubby beli tapi sampai saat ini aku tak sempat lagi baca.Beli sebelum my Nuha keluar lagi.Agaknya, Nuha dulu sempat baca sebelum aku habis baca.hahaha

Korang ada hobi membaca tak?Ni hah, ada Karnival Karangkraf 2010 seperti yang tertera kat bawah ni :)



Tarikh: 29 Januari 2010 - 1 Februari 2010
Masa: 9.00 pagi hingga 7.00 malam
Tempat: Perkarangan Kompleks, Kumpulan Karangkraf S/B,
Lot 2, Jalan Sepana 15/3, 40200 Shah Alam Selangor
Diskaun hebat Alaf 21: 30%

Amalkan budaya suka membaca ok!!


1st Makhluk Tuhan Paling Sexy Komen Semalam:





Wednesday, January 27, 2010

Kehadapan Cik Jiranku Yang Sengal

Kehadapan Cik Jiranku Yang Sengal,

Apsal ko selalu tumbuk sambal malam-malam buta dan pagi-pagi buta?
Aku harap ko tak buasir sebab selalu sangat makan sambal.
Berdengung ok telinga ni setiap kali ko tumbuk sambal.
Kalo sekali sekala tak per la.
Ni hari-hari ko tumbuk sambal.
Ko nak aku tumbuk ko ker? hahaha.[gurau-gurau manja jer]
Nape lah tak alas dengan kain!
Ingat lah , jiran ko yang kat bawah ni sama, semasa ko sedang menumbuk sambal tu.
Aku report polis kang! [sket-sket saman, sket-sket report polis]

Yang ikhlas tapi jauh,

Jiran yang tak tahan bunyi tumbuk sambal tanpa alas




Ini sambal belacan tanpa belacan yang aku tumbuk malam tadi.
Seriyes.Sebab stok belacan sudah habis kat rumah aku.hehehe




Kalo jiran macho macam ni tumbuk sambal tak per, akak tak berani nak saman! hahahaha
Ni mesti kalo tumbuk sambal pun sure meleleh air mata kan!
opss..[gurau-gurau manja jer] jangan saman akak erk..hehehehe

 Pengukus buatan sendiri

Ni aku nak berkongsi tips memasak lagi sekali, tak kisah laa bukan chef pun.Zaman dulu-dulu kan, sebelum aku beli pengukus, korang tau dak, apa yang aku buat bila nak kukus makanan? Biasanya dengan pengukus ni, aku kukus pau yang frozen tu la dan panaskan kuih-kuih semalam atau lauk contoh ayam goreng kfc .hehehe[sebab tadak microwave :P]

Alatan yang perlu :-

1) Bekas pengukus yang berlubang-lubang yang datang sekali bila kita membeli rice cooker.Dalam periuk nasi pun boleh kukus jugak tapi lambat sket aku rasa.hehehe

2) Periuk dan tudung periuk yang bersaiz sama dengan bekas pengukus yang berlubang-lubang tu.



Dari pandangan sisi



Dari pandangan atas

Senang bukan? Bukan alasan lagi untuk tidak mengukus! hehehe.Selamat mencuba yer kawan-kawan!
Mengukus makanan menyihatkan ok! sebab tanpa perlu minyak.



Bayangkan seekor ikan stim limau atau asam boi diatasnya.hehehehe

p/s: Sesiapa yang nak tengok video budak makan sambil tido, boleh lihat SINI :)



1st Makhluk Tuhan Paling Sexy Komen Semalam:





 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)