Monday, January 18, 2010

I'M Not V-Kool

Biasa kat kereta tampal I'm V-Kool kan.Bleh tak aku tampal I'M Not V-Kool? Hahaha.
Apa ke benda V-Kool ni? Ni jenama tinted film yang mahal la kan.Macam-macam ada.Air Cool La, Ais Cool la.Macam2 Cool la.Semalam, my hubby pegi tukar tinted film Cinta Bersulam Rindu :) Ho yeah! cerah masa depan! pandangan dari sisi dan belakang yang selama ni agak berbalam-balam sebab tinted dah rosak teruk!



Ini antara pilihan yang ada untuk kami pilih.

Dan my hubby pilih kaler Gold/Shine tu. Upah untuk buang tinted lama sahaja pun dah RM 80 kalo tak silap.Tinted satu kereta, kecuali cermin hadapan harganya RM 400++ .Mak aih.Mahalnya.



Sesungguhnya ini bukan Cinta Bersulam Rindu . Harap kaler kereta jer sama.hahaha.Yang ni konpem kena saman!

Perhatian!!

Kaedah 5 (1) dan Kaedah 5 (3),Kaedah-Kaedah Kenderaan Motor (Larangan Mengenai Jenis-Jenis Kaca Tertentu) Pindaan 2000, menetapkan cermin cermin depan hendaklah telus cahaya tidak kurang 70%, manakala cermin belakang dan tepi hendaklah telus cahaya tidak kurang dari 50%.

Pemilik atau pemandu kenderaan yang tidak mematuhi kaedah ini akan dikenakan denda :-
  1. Tidak melebihi RM 500.00 atau penjara tidak melebihi 2 minggu untuk kesalahan pertama;dan
  2. Tidak melebihi RM 1000.00 atau penjara tidak melebihi satu bulan atau kedua-duanya sekali bagi kesalahan berikutnya.


source : SINI

Elok jer semalam lepas tinted , kitorang pegi cuci kereta, sekali ada sekatan JPJ.Maka berbondon-bondon kereta yang kena tahan sebab cermin kereta gelap! so berwaspadalah kawan-kawan yang ada cermin kereta gelap tu yer, diorang tengah buat operasi skang ni!! kalo dak melayang RM500 :) dari bagi polis, baik bagi aku, yer dak??




1st Makhluk Tuhan Paling Sexy Komen Semalam:

 

Friday, January 15, 2010

Glemer gitu muka keluar paper NST

Semalam, lepas baca artikel DI SINI, dan DI SINI, cepat-cepat aku suh my hubby beli paper NST.Gila jakun, sebab ala-ala first time gitu muka keluar paper.hahaha.My Nuha kiranya second time la sebab dah pernah keluar Majalah Pa & Ma hari tu.Tajuk artikel tu 'A chip off the old blog'.



Aisey, nape tak cakap nak keluar muka aku kat paper, kalo dak mesti aku pandang kamera!
p/s: Aku yang baju hijau tudung hijau ok! Yang baju hitam tu, SIL aku.

Dah beberapa hari tak letak gambar makanan.Jom layan gambar makanan yang kitorang masak

Tips untuk membuat BBQ

1. Pastikan bilangan korban lebih banyak dari jumlah yang ingin mengorbankan korban tersebut

p/s: Jumlah tetamu dan makanan yang ingin disediakan adalah main agak-agak jer, so makanan tak berapa nak cukup malam tu.huhuhu

2.Pastikan arang, penyepit, bekas pembakar cukup lengkap!

p/s:kerana arang basah, abes rentung ayam aku pada mulanya!

3.Pastikan bahan perap yang betul disediakan

p/s: aku perap ayam tu macam nak buat sate :) tapi terlebih bahan. Mak aku cakap jangan buh bawang merah untuk elak ayam tu hangus :p tapi aku main belasah jer lepas tu baru call mak aku.hahaha

Ingin menu perap ayam BBQ ala rempah sate ? Klik SINI.


Antara yang terkorban


Yang ni selamat sket


Nasi goreng minang oleh Shikin


Sesi tayang anak-anak
Eza & Irfan , Aku & my Nuha, Shikin & Ashraf.



1st Makhluk Tuhan Paling Sexy Komen Semalam:

 

Thursday, January 14, 2010

Ini pengalaman pertama kemalangan aku

Al-Fatihah buat abang ipar , Umar yang meninggal hari Selasa yang lepas kerana serangan jantung dan strok.Al-Fatihah. 1957-2010.

Ini lah punca 2 hari aku tak sempat membelog.

Korang pernah kemalangan? Aku pernah.Ini pengalaman pertama aku kemalangan.Tarikh kejadian adalah hari Isnin yang lepas.Masa tu aku otw balik dari ofiz nak pegi amik my Nuha dirumah mak pengasuh dia.

'Apabila memberi signal ke kanan, saya perhatikan tiada kenderaan dibelakang dan dihadapan, dan bersedia untuk membelok ke kanan di hadapan Unit Kenderaan, semasa saya membelok, tiba-tiba ada sebuah motor melanggar sisi kereta saya.Saya ingin menyelesaikan masalah ini secara bersama  ' - itu laporan yang aku buat di Unit Keselamatan UiTM. Ala-ala macam report polis gitu.


Ni budak yang langgar kereta aku.Doc cakap cuma sakit terhentak jer, tak patah pun.


Tips Menghadapi Kemalangan

1. Jangan panik.

(p/s: aku amatlah panik sebab yang jatuh dari motosikal tu anak orang.kalo anak tekak ker, lain lah kan.huhuhu)

2.Alihkan kenderaan ke bahu jalan.Jangan menghalang lalulintas.Orang yang lalu lalang, kalo dah ada orang memberi pertolongan , korang boleh la beredar.Jangan kusutkan keadaan!

(p/s: aku menggigil, aku suh budak mana ntah bawak kereta aku ketepi)

3. Minta bantuan ambulans.Kalau parah, jangan mandai2 nak angkat,my hubby cakap, kalo tersilap angkat mungkin boleh menggadaikan nyawa orang yang kita nak tolong tu.Mesti kena ada basic keselamatan la kan.

(p/s: tapi kes aku ni tak parah mana kan, so diorang papah masuk dalam kereta saper ntah antar pi klinik uitm)

4. Berbincang tentang gantirugi.Jangan lupa mintak no telefon !

(p/s: my hubby cakap, biar jer la kita bayar sendiri, dia bayar dia punya(my hubby ckp motor dia 20 hengget jer).Setakat bawah rm500 , biasa polis buat dek jer dan insuran pun tak leh claim kan, so settle lah secara baik!)Kalo teruk, boleh la report polis dan claim insuran!

5.Tanya la khabar orang yang cedera tu! Tapi sampai hari ni budak tu tak reply SMS aku.Agaknya takut aku mintak duit ganti rugi untuk kereta aku! hihihi.Aku halalkan dik!Opss! My hubby halalkan :P My hubby redha lah agaknya.huhuhuhu


Sekian!!

Masih ingat IID 2009? Kami Menang Gold.Tahun ni , IID 2010 yang berlangsung pada 12-14 Januari 2010 dengan mempertaruhkan sistem E-Mesyuarat yang di develop by Ad, (aku tumpang nama sekali..hehehe) .Kami menang Silver pulak kali ni!Alhamdulillah!




Ni medal dan certificate of award yang kami dapat!


Gina, aku nampak Daddy Jack, dia menang aper yer? Siap curik2 amik gambar lagi tuh.hahahaha




 Aku  salah seorang pemenang untuk pledge kat Tupperware's eco by Tupperware's website untuk minggu ini.Kalo korang buat pledge jugak, nak check nama korang , sila rujuk SINI.

1st Makhluk Tuhan Paling Sexy Komen Semalam:

 

Monday, January 11, 2010

Pergi

Weekend, kitorang buat BBQ party konon2 untuk meraikan kawan yang nak pindah rumah , sekali yang diraikan tak dapat hadir la pulak,pelik kan? gambar update later :) lagipun, gambar makanan jer, kang korang terliur plak.hihihi

Ahad, macam biasa kami ke Su*bang Para*de untuk menyelesaikan masalah negara.Luckily , terjumpa plak dengan Liyana. Hish, aku ni suka buat orang terkejut macam kena pukau agaknya.Semalam, muka Liyana, memang obvious sangat terkejut.hihihi.Serik aku nak tepuk bahu orang.Hari tu kat pasar, aku tepuk bahu seorang kawan jugak, cepat-cepat dia nak pergi sampai tertinggal ikan yang dibelinya.huhuhu.Berbisakah kuasa tepuk aku ni?Macam kena pukau erk?

Belah malam, layan AJL 2009.My Nuha pun sekali layan.Dia paling suka lagu Yuna lah sebab dulu hari2 aku mainkan lagu tu dalam handphone bagi dia main. My hubby ingat Faizal Tahir yang menang! Kalo tak pakai tongkat mesti dah menang kot!Ala-ala MJ gitu.kelas! hiks.



Agak-agak, kalo Aizat masih shape macam ni, ramai dak peminat dia?


Nak kena belajar dengan Aizat nih, macam mana dia boleh jadik kurus sampai macam ni sekali!99HTN kah?

Lemak-lemak jahat , pergi lah jauh-jauh..
pergi...pergi...

1st Place AJL- Aizat, Pergi & Persembahan Terbaik dari ladang
2nd Place- Yuna
3rd Place - Faizal Tahir
Black- Vokal Terbaik jugak dari ladang


1st Makhluk Tuhan Paling Sexy Komen Semalam:

 

Friday, January 08, 2010

Cutest Baby of the Planet 2009



Nama: Nur Nuha Humayra
DOB : 2 Ogos 2008
  pic credit to:here


MBP masih mencari 6 lagi pencalonan untuk menghangatkan contest Cutest Baby of the Planet 2009!
Lihat SINI untuk membaca selanjutnya yer tentang terma dan syarat pertandingan  :)

Apa tunggu lagi cepat Nominate your baby NOW!!
Nomination starts from 22nd December 2009 to 10th January 2010

Cutest Baby of the Planet 2009 Prizes

1 x Grand Prize – Total Prizes worth RM2,180

  • The Photolicious Outdoor Photography Package (Klang Valley)
  • Lil Kai Store Hamper
1 x 1st Prize – Total Prizes worth RM680
  • LittleStori Outdoor Photography Package (Klang Valley)
  • Gymboree Outfit from Cupcake Chic Children’s Boutique
1 x 2nd Prize – Total Prizes worth RM580
  • LittleBigShots Family Photography Session (Klang Valley/Putrajaya)
  • Gymboree Outfit from Cupcake Chic Children’s Boutique
1 x 3rd Prize – Total Prizes worth RM355
  • LensaMama Outdoor Photography Session (KL/Putrajaya)
  • Book hamper from Little Red Reading Nook
1 x 4th Prize – Total Prizes worth RM239
  • LensaMama Photography Session Voucher worth RM100
  • Jet Crystal and Pearl Pendant Jewelry Set from Sabah Accessories
  • One Drop Perfume Celebrity Women from Adrini’s
1 x 5th Prize – Total Prizes worth RM200
  • LensaMama Photography Session Voucher worth RM100
  • Nursing Dress from Adrini’s
1 x 6th Prize – Total Prizes worth RM180
  • LensaMama Photography Session Voucher worth RM100
  • Book hamper from Little Red Reading Nook
1 x 7th Prize – Total Prizes worth RM130
  • LensaMama Photography Session Voucher worth RM50
  • V-Pattern Jet and Light Sapphire Crystal from Sabah Accessories
  • Shopping Voucher from Adrini’s worth RM50
1 x 8th Prize – Total Prizes worth RM130
  • LensaMama Photography Session Voucher worth RM50
  • Shopping Voucher from EverythingForYouFromMe worth RM50
  • Shopping Voucher from Adrini’s worth RM30
1 x 9th Prize – Total Prizes worth RM80
  • LensaMama Photography Session Voucher RM50
  • Shopping Voucher for Avent ISIS Manual Breastpumps from Nabila House worth RM20
  • Shopping Vouchers for Perfume Essence Perfume For All from Nabila House worth RM10
1 x 10th Prize – Total Prizes worth RM70
  • LensaMama Photography Session Voucher worth RM50
  • Shopping Voucher for Avent ISIS Manual Breastpumps from Nabila House worth RM20
9 x Consolation
  • Shopping Vouchers for Perfume Essence Perfume For All from Nabila House worth RM10 each
Hadiah semua syok-syok! Tak salah untuk mencuba, kita mesti BERANI UNTUK GAGAL mencuba ok!!

Dalam Hati Berbunga Merah Jambu

Semalam, terpaksa cuti mengejut (EL) sebab my Nuha demam.Actually, aku dah bersiap-siap nak antar my Nuha ke rumah pengasuh dia.On the way pegi antar tu, tiba-tiba hati aku ni rasa sayu plak [menangis plak dah mak budak neh ] terus aku patah balik kat trafik lite . Sampai kat rumah, hubby aku pelik plak tengok isteri dia patah balik .Bila aku cakap aku tak sanggup nak pi antar my Nuha, hubby cakap cuti jer la.Ho yeeahhh cuti!! My hubby tak pergi kerja lagi masa tu sebab meeting kat HQ dia jam 10.Aku ni nampak jer brutal Lin,tapi dalam hati berbunga merah jambu ko.hehehe.


So,semalam aku adalah bercuti la menjaga anak yang demam ker tak demam ni nak, aktif semacam jer aku nampak! Huru-hara jugak lah rumah dikerjakan.Tak per nak, malam kang Abah ko kemas! hahahaha
Dah la liat nak makan ubat.Seksa betul memikirkan cara terbaik suruh dia telan ubat tuh.Last2, aku bagi buh ubat tu dalam susu.Alhamdulillah, mission completed!! hoorayy!

Alhamdulillah, hari ni, my Nuha dah tak demam.Tenang lah hati aku nak hantar dia pergi rumah pengasuh tu.Pagi-pagi ni, syoknya kalo dapat breakfast hidangan yang lazat-lazat umpama hidangan istana masa silam 

Kurang-kurang, mamak roti canai kosong satu !!




Tak pun, mamak roti kosong dan capati satu!!



Kari kambing yer mamak!!

Nak lagi sedap, teh tarik satu mamak kurang manis!! perghh..merecik!




Tapi kalo ada orang nak belanja makan domino pizza pun ok jugak jumaat2 neh..hehehe




1st Makhluk Tuhan Paling Sexy Komen Semalam:

 

Wednesday, January 06, 2010

Dating secara rahsia dengan bekas kekasih

Liya, ingat ko sorang je boleh pergi dating dengan ex-boyfren ko? Aku pun boleh la.Siap naik motor bagai lagi.Shyyy, jangan cakap kat sesiapa yer[pandai baca pandai la simpan] .Tapi sebenarnya, aku yang gatal ajak dia pergi dating ! Sebab utama, kerana aku terperangkap dalam kesesakan lalulintas dan alang-alang dah lewat kan, baik kita lewat terus.hihihihi

Kami pergi dating kat Seksyen 7 .Hari ni bekas kekasih aku yang belanja :) Terima kasih yer , lain kali belanja lagi.Ada ker lain kali ni?


merempit aku hari ni dengan bekas kekasih aku ni.hihihi



Venue :Restoran Molek [kelantanese owner dier nih- tengok nama restoran pun dah tau simply kelatelicious!)
Menu: Nasi Lemak + Teh Ais + Pulut Dakap [tapau plak : Cek Mek Molek+ Pulut Dakap] -for her  Mee goreng +Nasi goreng + Milo Ais-for him
Harga : RM 11
Taste- not bad :) bleh makan lagi lepas ni.


Ni aku yang makan sampai licin.Lenkali jangan goreng bilis neh garing sangat yer :p



Minum milo anda jadi sihat dan kuat!



Kalo tak tahu nak order apa, aku mesti minum Teh Ais.hihihi


Ni menu satu Malaysia katanya :)




Ni pulut dakap (*dakap tu berpeluk la )nama dia
My hubby cakap dia panggil kuih mayat [scary huh?]

p/s: Bekas kekasih aku dalam entry ini adalah my hubby lah yer.Dah jadi suami,mesti la bekas kekasih kan.
Ai tak pernah tau curang murang neh.hihihihi
Ok, Ini plak edisi tunjuk barang menunjuk-nunjuk pula.Semalam dah terima ikat rambut kait dari Oli.Terima Kasih Daun Keladi yer Oli, kalo kait lagi, hantar la lagi.hihihi


Ni my Nuha sibuk nak pakai tapi asyik lari kesana kemari time aku nak snap pic dia.


Ni baju kurung mak aku kirim melalui kazen aku.3 helai semuanya.Yang lain dah selamat pakai dan tak basuh lagi.hihihi



Brooch dari Sabah pun ada, bagus la mak ai ni :)


Ni hadiah dari Mak Teh aku yang balik dari Haji hari tu.



Kek ni Kak Long aku bagi, eh separuh tu bukan aku yang makan ok [sambil menyuap kemulut]
Nak?Boleh beli kat Tescok



Basikal untuk cucu kesayangan pun ada.


Last sekali, lubang-lubang ini milik saya.Tq boz sebab belikan masa pegi IKEA hari tu.I loike!
Updated: Ni tempat letak plastik yer kawan-kawan.Stylo kan! hahaha.Boz ai tau laa i suka pink, tengok gambar tu , sekeliling ada gambar barang pink!
Info Produk:Harga : RM9.00


1st Makhluk Tuhan Paling Sexy Komen Semalam:

 

Tuesday, January 05, 2010

Kalau tak tahan nafsu, tak perlu tengok entry ini

Ini aku nak cerita pasal nafsu makan.Kalo nafsu lain harap maaf, carian tiada dalam entry ini.Kejadian berlaku kira-kira jam 10 malam, untuk meraikan birthday my hubby.Turut meraikan, Long dan Kak Long aku.Sebab lewat adalah kerana my Nuha tido awal, dan konon2 berharap dia bangun balik dari lenanya.Haram,sebab main sehari suntuk, sampai pukul 10 pun tak bangun-bangun lagi nih dari jam 8.Masing-masing dah lapar, terpaksalah  puteri kecil dikejutkan dari mimpi lena.

Dan sebab kedua kami lewat pergi makan, adalah kerana Boys Over Flower. hihihi. Ni drama bersiri yang Kak Long aku follow.So kita bagi chance kat dia.Dah lama tak tengok cerita korea cakap cina ni.So layan la dulu sementara my Nuha tido tu kan.



pic credit to :here

Jan Di is an average girl whose family owns a dry cleaning store located near the luxurious and well known Shin Hwa College. Jan Di meets the four richest and most spoiled boys known as the F4. After saving a boy from jumping off the roof of Shinhwa High School, she is admitted into the school on a swimming scholarship. Jan Di tries to avoid confrontation with the F4 at all cost because she knows what happens to those that stand against them. However, when Jan Di’s friend, Oh Min Ji, accidentally gets ice cream on the leader of the F4’s shoes, she’s forced to declare war on the leader of the F4, Goo Joon Pyo. credit to:here


Ok.Ok.Back to the main topic.Ni nak tunjuk para pelakon pembantu yang telah selamat masuk ke dalam mulut kami.hehehe

Macam biasa harus ada nama tempat, menu yang disantap dan harga.

Venue:Restoran Shid Seafood Padang Jawa

Menu :Ikan Siakap Masak Stim + Kerabu Perut + Sup Tulang + Kailan Ikan Masin+Telur Bistik Mistik (mengikut turutan yer) - overall sedap hingga menjilat pinggan jari.

Harga : RM70++ (4 orang besar makan siap tambah nasi + sorang budak kecik yang tak reti duk diam- makan ikan jer nasi tak mau dan kuah sup)


 





Kami masih tercari-cari, dimanakah letaknya dua restoran mualaf di Shah Alam yang dipaparkan di Al-Hidayah hari tu.Sesiapa yang tahu, sila la berkongsi alamat dan aroma masakan(sedap ker tidak) .Kami nak terjah ni.Sesekali terasa jugak nak makan dim sum halal.hiks :)

Ok la, bye-bye for now.Macam banyak kerja hari ni.



Warm welcome to Dato' Prof Ir Dr Sahol Hamid Abu Bakar, VC UiTM yang baru :) Sila update semua sistem yer kawan-kawan! Oh termasuk sistem aku yang tengah duk develop ni.Bila nak nak buat UAT (User Acceptance Test ) ni? berpinar dah mata tengok coding.erkkk..



Sayonara !

1st Makhluk Tuhan Paling Sexy Komen Semalam:

 

 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)