Wednesday, December 23, 2009

flymas.mobi – as Easy as 1, 2, 3

Masih ingat cerita si jakun yang first time naik kapal terbang? Kalo tak ingat, refresh balik dan bleh baca kat SINI.
Masa tu, semua tiket miket ni adalah urusan UiTM sepenuhnya.Aku cuma bawa boarding pass yang diorang sediakan ke airport sahaja.So, memang aku tak berpeluang lah nak order tiket online yang pada firasat aku mesti leceh dan membebankan. Tu pemikiran bagi yang IT savvy, kalo yang non IT savvy aku tak tahu la kan.






ElissMieNuha


Hari ni aku nak tunjuk perkhidmatan MAS yang terbaru yang yang mana mudah untuk booking tiket kapal terbang online atau nak periksa maklumat terperinci yang diperlukan semudah 1, 2, 3 [pastu pack baju pegi airport] hanya menggunakan mobile phone!!!

Perkhidmatan ni, dinamakan flymas.mobi

1) Mula-mula taip URL ni kat browser pada mobile phone korang --->  http://flymas.mobi

2)  Pastu akan terdapat menu yang memang direka khas untuk mobile phone.Ada 2 pilihan bahasa.



Menu Pilihan Bahasa Melayu



Menu Pilihan Bahasa Inggeris



* Tidak perlu menggunakan borang untuk menggunakan perkhidmatan yang ditawarkan. source: here

3) Klik pada menu Tempah Penerbangan - Klik Cari Tawaran



4) Result akan terpapar seperti berikut






5) Klik pada masa yang dikehendaki atau tambang paling murah yang ada dan boleh terus buat pembayaran guna kredit kad!Ni kalo phone canggih macam blackberry




6) Cuma satu klik anda boleh daftar masuk(check in) hanya menggunakan SMS.

7) Tanpa komputer! Tanpa printer! Tanpa kertas! Tanpa Wayar! Cuma guna boarding pass yang ada dalam mobile phone anda.Jangan terdelete sudah la yer :)

8) Periksa betul-betul tarikh dan jadual penerbangan pada Menu Status Penerbangan , kang ada yang tertinggal plak.Dah la bayar mahal kan.Untuk mengetahui status terkini masa berlepas atau sampai,boleh  periksa kat Menu Jadual  Penerbangan .

Ada lagi? Nak FREE iPhone 3G tak?Apa tunggu lagi? Jom sekarang, tempah tiket dengan  flymas.mobi






ElissMieNuha


The promotion period is from 08 Dec – 31 Dec 2009 • Travel period from 08 Dec – 31 Mar 2010 • Valid for return ticket on First and Business class only • Travel must be from Kuala Lumpur to London, Amsterdam, Paris, Frankfurt, Rome, Sydney, Melbourne, Brisbane, Adelaide & Auckland • To qualify for the free iPhone 3G (8GB), you must transact on flymas.mobi using mobile phone •

Tunggu apa lagi, sekarang pegi tempah tiket kat flymas.mobi !!!

Bagi nuffnangers, klik sini kalo nak join jugak!

Hadiah yang ditawarkan:-





ElissMieNuha


p/s: harap-harap menanglah salah satu hadiah sebagai hutang bulan madu yang tertunda, tertunda , tertunda tu.asyik tertunda jer!

Tuesday, December 22, 2009

Alice In Wonderland In The House

Masa kecik-kecik, selalu orang usik aku bila tanya nama aku.

Nama ko sape? Eliss.






ElissMieNuha


Alice In Wonderland erk?


Tak pun. Alice Woon erk? Korang kenal Alice Woon?Alah, dalam cerita "Siapa Bunuh Alice?" tu.Yang sampai kesudah tak tahu sape yang bunuh Alice tu.hampeh btol cerita macam tu :P Tu belom ikan bilis lagik.





ElissMieNuha


Seb baik bukan Alice In Chains kan..hiks

Oh, aper yang aku merepek ni.Actually, aku nak cerita pasal Alice Wonder Dot Com la korang.Alah.Korang tau dak?

AliceWonders.com is a Malaysia home-grown registered company under the name YOUTHOPIA (001752252-U).

what alicewonders.com believes in...
1. Providing women with ENDLESS choice (we have no hundreds of employees, but we have our hundreds of bags).
2. Shopping is a treat and therapy, not a war zone with parallel parkings, stampeding shoppers and changing-room queues.
3. Fashion should be accessible, at only a click (and a few dollar bills) away.
4. Fashion like life is FUN and should be approached with a dash of humour.
5. Creative capitalism and giving back. So while you are shopping in alicewonders.com, use your online time to volunteer in other realms like onlinevolunteering.org.


Last week, finally, purse hook yang aku my nuha menang dalam contest MBP hari tu, selamat jua sampai ketangan aku setelah penghantaran yang sebelumnya hilang ntah kemana-mana.Seb baik Alice hantar balik untuk aku.Merasa lah jugak purse hook dari Alice Wonders ni seperti kat SINI.

 Apa bendanya purse hook dari Alice Wonders ni?

- Hangs bag on flat surfaces
- Available in 10 lovely bag designs
- Made from strong, high quality and durable brass
- Cushioned slip-resistant pad keeps bag in place
- Holds up to 5kg
- Comes with Velour pouch for storage

Kalo nak tahu lebih lagi pasal purse hook ni, bleh baca selanjutnya DI SINI ok!


 Lawa dak purse hook aku?
Sungguh 'pinang dibelah dua' bila digandingkan dengan beg aku kan?hikss



Closed up sket!



 Siap dapat kupon diskaun neh.Seb baik dah beli bag.Kalo dak, mau aku sambar ni.
p/s: Kak Long, nak beli dak beg kat sini, kalo nak, weekend ni eliss bagi coupun 10% diskaun ok!






Thanks To Alice Wonder for wonderful purse hook!

eh, kalo nak diskaun jugak, korang bleh klik kat SINI :) Enjoice!!

Baru jer aku nak publish blog ni, ko tau dak Niza, cermin ofiz yang sebelah toilet kita tu, pecah terabur.Prappp berderai gitu.[sound efek masukkan disini] Nauzubillahiminzalik.Seb baik tadak orang lalu ok!Kalo dak, macam dak Sarah Nur Kasih jadiknya.



fresh-fresh dari tempat kejadian.Teringat plak berita malam tadi pasal cermin pejalan kaki pecah tu.Ngerinya...

1st Makhluk Tuhan Paling Sexy Komen Semalam:
 


Monday, December 21, 2009

Main Hujan Bulan Disember

Semalam, menghadiri  majlis persandingan anak sepupu my hubby, Mohd Al Hafiz Rmeli dan Nor Hidayu Yuswan.Lebih kurang 2 jam perjalanan dari Shah Alam.Tersesat barat sekejap.hikss..perkara biasa kalo mem besar tak tengok signboard betul-betul :P


Semoga bahagia dunia akhirat yer nak[tetiba dapat anak ekspres gitu]...Jaga isteri elok-elok.
"Sayangkan Isteri Tangan-tangankan, Sayangkan anak tinggal-tinggalkan" - oh pepatah, sampai skang aku tak faham maksudnya nyahhhh..
p/s: Kha*lid Jam*lus ker pengapit tu?macam bang*la jer aku nampak! ops!



Bila lihat my Nuha main hujan.Aku biarkan saja.Biar dia rasa puas main hujan.Teringat kenangan masa kecik-kecik dulu.Masa kecik-kecik dulu, ma aku memang tak bagi la aku ngan adik aku main hujan.Bila ma aku tiada kat rumah [sibuk dengan direct selling nya :P dan gossiping with neighbours-ampun mak ampun..hahaha] aku dan adik aku mengambil kesempatan main hujan.Bukan di luar rumah ok! tapi kat dalam toilet sebab masa tu toilet rumah aku memang tak berbumbung lagi.hehehe.Syok gila.Kunci pintu takut ma aku nampak.

Tapi frust sungguh kalo hujan berhenti cepat.Kalo hujan, memang lekas-lekas kena berlari ke toilet.hahaha.Memang sedih sebab tak puas main hujan macam anak orang lain[anak jiran aku laa kan].So, aku harap my Nuha puas hati sebab kecik-kecik lagi Umminya yang tolol ini bagi dier main hujan.lalalalala

Dik, aku rindu kenangan masa tu...

[gambar aku ngan adik aku bergambar disebelah telefon rumah sambil adik aku eksyen buat2 cakap di telefon] - cuma ingatan jer la sebab gambar lama -lama memang semua kat kampung.hihihihi

p/s: kira glemer laa masa tu kalo snap gambar sebelah telefon rumah.

Dik, aku rindu kamu!

Harap kamu baik-baik sahaja..


Alhamdulillah, walaupun hisap susu DUMEX jer, dan susu cap gantung paling yummeh dari Umminya, my Nuha elok tak demam :)

oh, kenapa hari ini sungguh aku malas hendak berblogging.Mungkin kerna sistem yang aku develop bersama vendor tu masih tak running nose dan aku tau pasti ada error sana sinin sinun.oh!


1st Makhluk Tuhan Paling Sexy Komen Semalam:
 

Thursday, December 17, 2009

HIDUP BERANI UNTUK GAGAL

Agaknya mungkin ini contest terakhir yang aku akan join untuk penutup tahun 2009. Apa pun keputusannya, aku mesti HIDUP BERANI UNTUK GAGAL dan memberanikan diri jugak untuk join contest anjuran encik Denaihati ni.
Aku tahu tentang contest "HIDUP BERANI UNTUK GAGAL"  adalah dari blog dier sendiri, Yang Terbuku Di Hati sebab aku memang subscribe blog ini melalui email sebab perkara pertama aku buat sebelum buat kerja adalah check email dan kemudian berblogging :) itu wajib la kan, melainkan bz tahap dewa-dewa 19.

Kita mesti HIDUP BERANI UNTUK GAGAL dalam hidup ini.Kegagalan bukanlah kekurangan yang perlu kita kesali buat seumur hidup.Hasil kegagalan itulah membuatkan aku bangkit dan terus berjuang.Aku tertarik dengan pepatah dari PM Izzy(yang femes amous dengan tagline renung-renungkan dan selamat beramal tu).Masa tu aku sekolah MRSM.Pepatah dier macam ni la, dan buat aku selalu tersedar dan tidak alpa bila mendapat sesuatu kejayaan :-

Jangan berasa selesa dengan kejayaan masa lalu !

Ini kisah HIDUP BERANI UNTUK GAGAL aku yang harap dapat dijadikan pedoman buat semua.Aku ni bukan budak yang pandai sangat pun tapi kira pandai la jugak.hahahaha.Lepas UPSR (dapat 4A) , aku ditawarkan masuk MRSM kat Dungun (yang skang dah pupus).Masa tu aku ni pioneer laa sekolah tu yang seramai 138 orang ajer.Siapa sangka,panas bukan sampai ke petang.Dengan result PMR(5A 3B) yang ntah apa-apa ntah, aku kena tendang dan terpaksa membuat rayuan untuk ke tingkatan empat di MRSM.

Tapi pada masa tu, hati aku betul-betul tertutup untuk masuk MRSM dah [merajuk laa konon], sebab tahu aku akan dihantar bersekolah di MRSM yang baru buka lagi (MRSM Kota Putra).Lepas tu aku nekad nak masuk sekolah teknik tapi keluarga menghalang sebab aku pilih Kejuruteraan Elektrik yang katanya tak praktikal untuk bebudak perempuan padahal aku masa tu semangat HIDUP BERANI UNTUK GAGAL membara gila.Sebagai anak yang taat,akhirnya,aku bersekolah biasa jer kat rumah dan Alhamdulillah, dengan result SPM yang tak seberapa hasil HIDUP BERANI UNTUK GAGAL, tu pun setelah direject matrix pengambilan awal(kami adalah tikus eskperimen matrix 1999), aku masuk belajar di Terengganu Advanced Technical Institute. 

Pastu tetiba dapat lak tawaran UiTM yang menjadi impian aku.Ntah nape aku nak masuk UiTM ni aku pun tak tahu.Mungkin sebab Elly Iskandar, Azwan Ali atau Dato' Farid or Farid Kamil(tipu laa kan sebab aku lagi tua dari dier..hahaha) psstt : dulu masa degree, pernah aku jumpa Farid Kamil kat lab kat ofiz aku kerja skang ni.Siap duk sebelah tu dalam lab,pastu dia tanya macam mana nak save data dalam disket.hahahaha.poyo jer mamat ni.Lab tu dah pupus dah skang ni yer awak.Ops..




Alhamdulillah, akhirnya berkat HIDUP BERANI UNTUK GAGAL, aku berjaya menghabiskan diploma dengan cemerlang [cemerlang laaaaa sangat] dan sambung ijazah dan juga berjaya menghabiskan ijazah jugak dengan cemerlang [cemerlang laaaaa sangat].

Hasil HIDUP BERANI UNTUK GAGAL, akhirnya aku dapat kerja di UiTM berkat tidak memilih kerja pada awal pembabitannya.[poyo-macam artis plak] Aku pernah kerja gaji RM300 ko, jadi kerani insuran cum basuh berak anak boz cum maid cum cleaner. Lepas tu keja secretary plak dengan gaji RM1000++ di tengah2 bandar KL yang durjana.Tapi berkat HIDUP BERANI UNTUK GAGAL, akhirnya aku dapat surat interview keja skang ni.Interview dengan ramai pesaing untuk position skang ni, Alhamdulillah, rezeki berpihak ditangan aku,setelah setahun jugak menjadi calon simpanan[skang sedang menunggu surat sah jawatan- boz, up la sket SKT tahun ni yer-sempat lagi buat rayuan di blog..hahahaha]

Semoga aku  HIDUP BERANI UNTUK GAGAL untuk tahun seterusnya dan melangkah setapak lagi kehadapan.Tiada aral, master mungkin dalam genggaman ku, Insya Allah..Doa2 kan lah aku yer wahai kawan-kawan.Senak dah kepala ni main coding.Ops!


Terima kasih buat sponsor yang bermurah hati
dan Saudacare.

Untuk join sekali, dan jadikan aku refferal , sila klik S.I.N.I



1st Makhluk Tuhan Paling Sexy Komen Semalam:
 


Wednesday, December 16, 2009

Hidup Ini Perlu Saling Lengkap Melengkapi

Betulkan? Hidup Ini Perlu Saling Lengkap Melengkapi.Bukan Sahaja Hidup Berani Untuk Gagal. En Denaihati,aku nak join tapi masih tak berani.Nanti bila dah berani, aku join erk.Tunggu aku submit entry dulu yer baru end kan contest tu :P hahahaha

Berbalik kepada teori Hidup Ini Perlu Saling Lengkap Melengkapi.Bukan sahaja dalam hubungan suami isteri kan tapi jugak makanan.hahahaha.kalo anda tak tahan dengan bau masakan, [agak-agak keluar bau ker] , sila la berundur segera dari blog ini.Amaran, entri ini berunsur makanan.Bukan caption sahaja untuk hari ini.Tapi gambar.Ini seriyes :P




Siapalah balang keropok ini...




Tanpa Keropok Ikan Tamban didalamnya kan..Siapalah Keropok Ini..




Tanpa Sos Pencicah Ini.
p/s: Terengganu mari gitu :P sini memang tak jumpa la..


Lagi lengkap keropok dan pencicah tadi dengan sepinggan nasi goreng sotong (kolestrol lagik).
Siapalah nasi goreng ini




Tanpa cili potong Ini.Siapalah cili potong Ini



Tanpa perempuan berbaju kelawar Ini.Siapalah perempuan berbaju kelawar batman  ini Tanpa, encik suami .

Eh, tak balik -balik lagi encik suami perempuan berbaju kelawar Ini.Terpaksa la perempuan berbaju kelawar menyantap seorang diri tepat jam 12.30 pagi.Habis terlupa teori Hidup Ini Perlu Saling Lengkap Melengkapi bila perut dah mula menyanyi lagu keroncong.hahahaha
Mula-mula , my hubby [ eh, aku ker perempuan berbaju kelawar tadi?:P] dah sampai pukul 12 a.m sebab ada problem kat Loji dier so terpaksa OT.Lepas tuh tapi dier keluar balik pi DE*MC amik MC sebab belakang dier sakit.Keja tak hengat donea macam ni la.Syoknya kalo aku MC jugak hari ni..lalalala 

Oh, Masih ingat dengan entry I.N.I ? sejak dah beli balang keropok yang besar tu, tetiba aura vitamin M aku dah bertukar kepada R sebab sekali aku goreng satu plastik gitu, so aku tarik balik laa pengakuan berani mati tu :P Aku adalah suka goreng keropok yeay!!

Oh, cili potong tu aku buat jer, memang tak makan.Tu my hubby punya peberet la.Abes licin ko dier sebat malam tadi.Heran aku.Korang ingat tak iklan downie, sambal kak shaz tu? guna sebiji cili jer?mesti gelak sakan orang negeri sembilan atau melaka.Ada ker sebiji cili bleh buat telinga berasap :P menipu pun agak-agak lah yer .Oh tetiba rasa perut aku lapar, x bfast lagi rupanya :P

1st Makhluk Tuhan Paling Sexy Komen Semalam:
 


Tuesday, December 15, 2009

Siapa Yang Paling Sexy Abad Ini?

Maaf.Tiada gambar perempuan/lelaki sexy pada entry hari ini.Jika anda keciwa, sila tekan [x] pada window browser anda..hahahaha..larikss...Semalam aku OT.Balik rumah , nenenkan serve my Nuha, pastu start masak..dum dam dum dam kat dapur.Siap.Tadaa...Menu malam tadi yang simple dan gorjes gitu.

[gambar udang masak sambal disini]

[gambar ikan goreng disini]

[gambar ulam-ulaman disini]

[gambar budu , cili api dan durian disini]

Jangan betulkan skrin pc/laptop/nettop anda.hahahaha..lantak tak hengat donea sebab lapar punya pasal , so memang tadak laa gambar yer..bukan gambar tak keluar kat blog korang..muahahaha..larikss..
 Hari ni aku nak buat tutorial yang aku rasa rata-rata tak berapa nak ambil tahu.Idea ni tercetus bila ada komen kat blog aku semalam.

eyriqazz said...
disablekanlah comment moderation..senang nak komen n u still can approve or not...

Baru aku terfikir, mesti seksa gila dan malas nak tinggal komen kat blog yang memerlukan word moderation kan?Nak nak kena taip word yang kadang-kadang susah btol nak baca..Kalo hurufnya boleh baca ok lah jugak, ni 2-3 kali tak lepas-lepas, aku sendirik pun give up dan blah macam tu tanpa tinggal komen.

Ni tutorial untuk orang boleh letak komen kat blog kita dan kita still bleh approve atau tidak.Mana lah tau ada spammer ker lalat ker kan yang nak jugak komen tak membina kat blog ilmiah macam blog aku ni kan..hahahahaha..[sila muntah darah sekarang]

1. Mula2 login dulu laa kat blogger kan. [ tu pun nak kena ajar memang nak kena luku laa ]
2.Pegi kat Tab Settings--> Comments
3.Pilih Comment Moderation ->Always
4.Show word verification for comments? No


Hasilnya, tadaaa





Oh, nak tambah tulisan merepek macam aku kat Leave your comment tu, pegi kat Comment form message tu, pastu tulis la apa yang korang nak merepek la ko kat situ.


So, aku dah tukar ni, rajin-rajinkanlah tinggal komen kat blog aku yer..mana tahu, kot2 ada duit terlebih ker pasni, leh aku beli sesuatu untuk pengomen aku yang paling sexy mexy .doa2kan lah yer :) Amin..Nuffnang aku ni pun ada skit2, rasanya tahun depan la aku cash out..Gila sayang nak klik cash out tu..lalalala..


mungkin, anda salah seorang yang bertuah?


1st Makhluk Tuhan Paling Sexy Komen Semalam:
 


Monday, December 14, 2009

Mati itu P.A.S.T.I

Takziah buat keluarga my hubby atas kehilangan ibu saudaranya terchenta petang Ahad yang lepas.
Takziah buat keluarga Teh Afifah Shahirah, yang kehilangan suami terchenta beberapa hari yang lalu.
Mati Itu P.A.S.T.I..Jodoh dan ajal itu ketentuan Allah...Al-Fatihah...Semoga roh mereka dicucuri rahmat Ilahi...


Weekend memang tak pegi kemana..duk jer rumah..lagipun hari sabtu my hubby kerja.macam tak cuti jugak kekdahnya.Hari Jumaat tu, kami ke Subang Parade.My hubby ada urusan sket..nampaknya tetiap minggu laa kami berchenta di situ :P

Sementara my hubby settle keja dier, aku bawak my Nuha ke MPH.Punyalah seronok dier nampak buku.Lepas amik buku tu, jumpa buku tu, dier amik plak buku tu, tinggal yang tu..Sampai aku terpaksa panggil orang MPH suh amik buku dari tangan dier sebab nak keluar pun dier still nak pegang buku tu..Last-last, beli buku yang terakhir yang dipegang..Cashier tu nak amik scan bar code pun dier bleh meraung...huhuhu..malu den :P



suka btol dier nampak buku dalam tu...


siap terkangkang tu..anak dara sapa laa ni.larikkss


Lepas my hubby settle urusan dier, dier ajak minum petang dulu..nak carik goreng pisang dalam tu macam tadak jer kan..so kita carik jer laa apa2 yang bleh dimakan, upah menunggu gitu :P



Menu: Grilled chicken with salad, french fries, ice lemon tea
Venue: Nando's



wajah tokey belog harus ada..disamping budak yang tak duk diam dan suka buat bising ..huhuhu


wajah organizer harus ada..hahahaha

Lepas tu, hari Ahad , duk umah pagi tu, sambil masak nasi ayam yang marbeles [puji diri sendirik nampak], petang baru kuar pi beli BIDADARI .Bukan utk aku, tp untuk kawan aku, hazami. Perempuan hokey...hikss..hey perempuan, ko nak amik bila ni BIDADARI ko neh...[kot2 dier baca belog aku kan]hahaha.Itu jer laa cerita cuti dan weekend aku, bosan bukan? korang mcm mana? dirumah adalah tidak membelog..adalah malas.

1st Makhluk Tuhan Paling Sexy Komen Semalam:
 


Thursday, December 10, 2009

La Hollywood rupanya...


Bukan Hollywood ni laa...Yang citer semalam tu kat SINI, pasal perfume tu.Bila aku tengok kotak pagi tadi, aku baca Hollywood nama dier..opss..tersilap info disitu.Memang tak leh jadik promoter btol la aku ni.
Tu pasal aku awal-awal lagik larik bila aku kena tipu masa interview kat pejabat area Jalan Yap Kwang Seng .Ada ker suh aku jadi pegawai pemasaran padahal tawaran kerja lain..chizz bedebah..Esok you jangan datang pakai kasut tinggi tau esok, kita nak pegi jalan-jalan..Aper ke jadah kan?



Eh, Terengganu tiru hollywood kan??hahahaha..larikss..Ampun MB :P

Semalam my hubby balik-balik umah ajak pegi makan kat luar...sebab dia malas nak fikir apa nak suh aku masak agaknya..hehehe.Perut dah kenyang kan semua? Takkan tak bfast lagik masa ni kan? Jom layan the lazatness of my dinner last nite (speaking Hollywood disitu :P) my Nuha yang order [ yer, tipu :P ]



Venue: Restoran Shid Seafood Kampung Jawa :) (Dekat dengan jambatan menghala ke Stesen Komuter Padang Jawa)
Menu: Ikan Kerapu Masak 3 Rasa, Kerabu Perut, Telur Dadar Timun dan Sambal Belacan
Harga: RM 40

Siap makan nasi bertambah gitu..nyesal tak masak nasi siap-siap bawak pegi kedai..hehehe..ampun..larikss.. Aku rasa naik harga sket makanan kat situ.Sebab selalu rasa macam 30++ jer lauk macam ni makan.Entahlah..hiks..mebi ikan tu besar sket kot..tapi memang sedap dan puas hati la.Servis pun cepat.

Bukan berchenta macam aku makan kat Hentian Rehat Chendor,Pahang tu [kedai belakang] masa otw balik Terengganu hari tu.Dah la lapar.Rupa-rupanya, diorang termiss order kitorang, terus laki aku ajak aku belah jer tanpa tunggu2 dah.Hampeh.Berniaga buat laa cara nak berniaga kan.Dah la roti marjerin yang sah-sah ada tanda harga 60 sen ko jual RM 1.50.Masa tu aku tak perasan lagi hubby aku bayar RM1.50 sebab aku tengah bagi Nuha makan roti tu.Bila Nuha nak lagi, aku dengar mak cik tu cakap RM 1.50 plak kat laki aku.aikkk..Aku tunjuk tanda harga kat my hubby, terus my hubby hangen, amik 3 biji lagi macam tu jer tak cakap kat makcik tu dah.rasakan...menipu pun berpada-pada laa wahai makcik.dah laa lembab amik order, lepas tu tak buat plak.Aku order Teh Laici, ko bagi air Laici..Apa ker jadahnya...
eh, emo lak tetiba apsal? kalo tak dapat tak per, malam ni kan malam jumaat..opss..larikss..

Yeay esok cuti...Happy birthday sul*tan selan*gor... you selebrate tanak ajak ai ker datang umah you..ai tak kisah kalo duk makan kat car porch jer pun..muahahahaha..sewel ke ko hari ni eliss?


1st Makhluk Tuhan Paling Sexy Komen Semalam:
 





Wednesday, December 09, 2009

Inilah Playboy

Pagi tadi aku dengar kat Hot FM pasal Aku Skandal.Setakat ni aku rasa, skandal aku blog jer laa..hahahaha..selagi masih bernyawa, Insya Allah, kasih sayang dan cinta ini hanya untuk my hubby seorang jer..[sila muntah hijau sekarang].
Hari ni tajuk entry aku Inilah Playboy plak.Saper plak playboy ni?Agak-agak korang boleh teka ker saper playboy yang aku maksudkan ni?



Ini ker?



Ker Ini?



Oh, bukan Yang Ini ker?




Eh, yang ni ker?

Hehehe..tidak -tidak.Tu cuma spekulasi aku jer..Bukan playboy yang ini yang aku maksudkan tapi




Ini hah..playboy yang ini.Playboy Miami.


Syok bau dier...Bau saper lagik kan kalo bukan my hubby..Skang tengah promotion.Ni my hubby beli kat Guardian tapi kat Tesco mahal sket rega dier..hikss..larikss..Duta Tesco dah kondem tesco plak dah..hahahaha.Playboy ni ada 4 perisa.Macam makanan plak bila aku sebut perisa kan..hikss tapi yang paling aku suka adalah yang Miami ini lah..


MIAMI, MALIBU, VEGAS & HOLLYWOOD

Produk Info : Harga-RM 36.90 (50ml EDT), RM 59.90 (100ml EDT) and RM16.90 (150ml Deo Spray).


Agak-agak laa kan nak buat sales pun kan? dah memang rega dier 59.90..huhuhu..pandai jer ko tes*co!opss!


1st Makhluk Tuhan Paling Sexy Komen Semalam:
 



 

Tuesday, December 08, 2009

Pengakuan Berani : Inilah Kekasih Gelap My Hubby

Hari sabtu, lepas my hubby balik kerja kami ke Tesco.Seb baik bukan KB Mall. runtuh
Nak beli barang-barang untuk my Nuha.Yang terbeli tu memang la ada kan..lumrah kehidupan la tuh :)

Hari tu, terserempak plak dengan kekasih gelap my hubby.Terus diangkutnya balik.Lepas tu siap bergambar bagai lagik..hangen jer aku.ngan my Nuha sekali tu diajaknya bergambar.hish..perempuan mana laa yang sanggup kan? dah laa aku yang tukang amik gambar.berbulu jer nengok..huhuhu


Tadaa...
















 Inilah kekasih gelap my hubby, mop ..hahahahaha..larikss..





Ni model mop ker haper ni??layan jer laa..



my Nuha pun tumpang sekaki nak bergambar..huhuhu inspection mop ker tu Nuha?

Info produk : Harga-RM 29.90 

Lepas ni , kembali ceria dan berbunga la hati sang suami sebab dapat mengemop rumah dengan efisiennya..hiks..Aku memang dasar femalas..Bab mop2 ni memang di luar skop bidang kerja rumah aku..hahaha..larikss... eh, ni hadiah birthday Sayang in advance yer..larikss lagikk..

Apa perasan korang kalo your dearest hubby ada kekasih gelap betul-betul? maunya kena pelangkung ngan sudip periuk belanga segala kan..nauzubillahiminzalik.Moga my hubby milik ku seorang sampai akhir hayatku.Amin.

Abang nak kawen sampai e.m.p.a.t pun eliss tak kisah, janji lepas eliss meninggal sok!

Ni aku terjumpa artikel Tips Menawan Hati Suami di sini. Renung-renungkan..Selamat beramal yer! :)

1. Selalu berdoa agar suami sentiasa menyayangi kita. Bila suami balik dari kerja, tegur dan sentuh suami sebelum kita membuat kerja-kerja lain.

2. Tunjukkan keprihatinan dengan bertanya secara khusus mengenai kegiatan suami sepanjang hari. ( jika suami dalam mood yang sesuai) Belajar dan berlatihlah untuk mendengar dengan baik dan bertanya dengan tepat. Jangan tergesa-gesa untuk menyelesai masalah suami. Apa yang lebih penting ialah memberi perhatian dan simpati.

3. Luangkan masa yang betul-betul “berkualiti” sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari kepada suami.

4. Tanya ibu mertua, abang atau kakak ipar mengenai hadiah yang disukai oleh suami dan belikan hadiah tersebut sebagai cenderahati atau untuk memujuk.

5. Masak resepi ibu mertua ( kegemaran suami )sekali-sekala. Beri pujian terhadap penampilan suami.(rambut, wajah, pakaian kacak, kesederhanaan dan seumpamanya).

6. Cepat-cepat pujuk bila suami marah atau berkecil hati. Minta bantuan suami hanya jika sesuai. sesuai pada masa, tempat dan jenis profesyennya.

7. Elakkan suami dari menunggu terlalu lama terutama bila bersiap. Bila suami memberitahu yang dia akan pulang lewat, ucapkan terima kasih kerana memberitahu. (Lebih baik beritahu dari tidak beritahu langsung )

8. Bila suami meminta bantuan, buatlah dengan serta merta dengan ikhlas dan gembira dengan tidak mengungkit atau banyak komen. ( sesungguhnya Allah sangat gembira perbuatan yang demikian).

9. Ucapkan kata-kata sayang yang romantik pada suami sekurang-kurangnya 2 kali sehari. Jika kita marah, tunggu hingga sejuk. Bila sudah sejuk beritahu suami apa yang mengganggu fikiran secara sopan. Jangan sesekali salahkan suami.

10. Bila suami bercakap, beri perhatian sepenuhnya, hentikan apa jua pekerjaan yang sedang dilakukan. ( jika boleh )

11. Bila ingin memesan barang untuk dibeli oleh suami, senaraikannya di atas kertas.

12. Jangan buat suami terpaksa pergi ke kedai 2 atau 3 kali.

13. Tanya suami bila dia ingin berehat atau tidur. Peluk suami dengan penuh kasih sayang sebanyak 7 kali sehari. Telefon suami di tempat kerja hanya apabila ada perkara penting atau kecemasan sahaja. Telefonlah dengan lebih kerap apabila suami menggalakkannya.

14. Jika suami perlu menjauhkan diri sekali-sekala, tanya bila dia akan pulang. Fahamilah, dia perlu bersendirian utk berfikir. Jangan ganggu suami ketika dia sedang asyik melakukan sesuatu yg memerlukan penelitian.

15. Jika suami marah, jangan sekali-kali menjawab, hanya tunduk dan diam (walau pun kita tak bersalah ). Terangkan keadaan yang sebenar selepas dia sejuk.

16. Bila meminta bantuan suami : terangkan pada suami dengan jelas mengenai kerja kerja rumah yang perlu bantuan. Beri pilihan kerja yang disukainya. Jangan menyuruh-nyuruh dan gunakan perkataan yg sesuai dan lemah lembut.

17. Pesan kepada suami untuk menelefon rumah apabila out-station. Jangan marahi dia jika dia tidak berbuat demikian cuma terangkan akan kerisauan kita apabila tidak mendapat berita.

18. Sentiasalah kemas, anggun dan wangi sebelum tidur bersama. Sokong pendapat suami kalau pendapatnya berbeza dgn org lain.

19. Peluk dan belai suami sekali-sekala tanpa implikasi seksual. Bila keluar berkereta: Jangan ganggu suami yang sedang memandu ( walau pun ada jalan yg lebih dekat atau kita sendiri boleh memandu dgn baik.).

20. Jangan menunjuk-nunjuk yang kita tahu jalan selagi tidak dipinta berbuat demikian. Jangan berleter bila suami tersalah jalan semasa memandu. Bersangka baik apabila tersesat jalan.

21. Sabar dan tenang bila mendengar cerita atau masalah suami. Jangan tukar-tukar saluran televisyen bila menonton bersama suami. Jaga maruah suami terutama di khalayak ramai dan ikut kehendak suami diketika itu.Segala bantahan boleh dilakukan semasa berdua-duaan. Bila berpegangan tangan, peganglah sebagaimana yg disukai suami. Buatlah air minuman untuk suami tanpa diminta dan tanpa bertanya “Abang nak minum air apa?” atau ” Abang nak minum ke?” Bila makan diluar, berilah peluang pada suami untuk memilih tempat / meja mana yang disukai.

22. Tanyakan pada suami bagaimana kita perlu berkelakuan dikhalayak ramai ketika disisinya.

23. Sentiasa bersegera apabila bersiap dan jangan tiba-tiba ingin menukar baju yang dipakai.

24. Sentiasa lebihkan suami daripada anak-anak. (jika sesuai) Belikan hadiah-hadiah praktikal dari semasa-kesemasa: – tali pinggang, kasut,cermin mata hitam dan seumpamanya.

25. Beri layanan istimewa pada suami di hari-hari istimewa. Pergi ” dating” atau ” berbulan madu” sekali sekala. Jika suami melakukan kesalahan / kesilapan, jangan sesekali menempelak atau “pulangkan paku buah keras “.

26. Hantar kad ucap selamat pada hari-hari istimewa. Urut mengurut suami dari semasa ke semasa

27. Layanlah suami sepertimana kita melayannya semasa baru-baru kenal.


Semalam adalah sangat bz sedikit [sikit jer la tak banyak pun], dan tak sempat nak tinggal jejak kat blog korang..dan ada yang tak sempat nak baca.Hari ni la aku khatam, kalo ada masa lapang.Hari ni nak siapkan manual sistem plak.Time banyak kerja, banyak plak.Time tak der, siap bleh goyang kaki tengok movie lagik.

1st Makhluk Tuhan Paling Sexy Komen Semalam:
 




 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)