Monday, November 23, 2009

Ray-Ban Vs Mop

Suatu petang yang hening..Suami dan Isteri berdiskusi tentang hadiah anniversary yang masih belom sempat dibeli kepada pasangan masing-masing..Lantas tercetus perang dingin disebabkan sikap isteri yang kedekut sebab tak nak belikan suami dier Ray-Ban...maka merajuklah sang suami :P

Suami : Tak per laa tak beli hadiah pun..Abang boleh beli sendiri apa yang abang nak tapi Abang nak hadiah jugak dari sayang..kurang dari 30 hengget..

Isteri : Apa dier?

Suami : Mop...

Isteri : hahahaha..tadi tak nak hadiah, tapi nak pulak :P




Vs





p/s: Mop idaman hati si suami...

Patutkah isteri membeli Ray-Ban tu? katanya...dier dah beli hadiah untuk Si Isteri..dan ada kat ofiz..kita tunggu petang ni...

live update :
kata suami :
hadiah dah ready...hehehe tapi takleh buka kat umah tau...kena buka kat opis esok...hehehe

suspender btol laa ..suami saper laa ni??

Apakah idaman hati Isteri? Suami agak-agaknya tahu tak?Mari kita terjah..

1) Sejambak Ros segar, kalo boleh beli fresh dari Cameron Highlands..hahahaha..pasal aper? sebab aku tak pernah dapat bunga selain masa konvo..iaitu hanya 2 kali jer dalam hidup...adakah aku perlu amik master plak untuk dapatkan bunga ni?hahaha..Adakah aku akan bertindak Seperti Kera Mendapat Bunga?
Seperti Kera Mendapat Bunga maksudnya mendapat sesuatu yang tidak dapat mempergunakannya.


pic credit to : here

yang ni sah2 bukan sebab kena balut kan..

2) Frame yang mempunyai lukisan abstrak.pasal aper? sebab ada satu ruang kosong kat dinding rumah kitorang..kalo ada lukisan, aku rasa tak nampak kosong sangat kan..hiks..




3) Loket laa ganti aku punya yang patah hati tu..hehehe..tak dapat yang hari TU , dapat yang silver macam ni pun tak per...



p/s: B for what? belon...no ! no ! letak huruf E yer :)


macam ni..baru ok kan?hahaha..Elyn, nak share? larikss..


4)Make Up..dah lama ok tak beli barang make up..hiks..



5)Bra and panties...tak boleh nak google sebab ramai nau mata melilau kiri kanan...tension ok kalo tadak partition kat belakang...huhuhu

6)  Sexy black nightgown ..hahaha..macam malam pertama plak kan?


p/s: sajer aku cari baju kat mannequin sebab kalo letak model btol, silap2 my hubby pi beli model tu, nah madu awak..hahahahaha...

7) Perfumes..sebab perfume aku dah abes..dapat satu set macam ni ok gak kan..hahahaha tapi tak nak one drop perfumes..hahahaha..lariksss...opss :P




Korang agak-agak aper?fikir-fikirkan dan renung-renungkan...hahahaha


Contest Update :

Tinggal 7 hari lagi nak tamat kan...aku tak dapat nak terjah blog korang dari Rabu(26hb) hingga Isnin(30hb)...So, pemenang akan diumumkan paling cepat hari Khamis atau Jumaat (3/4 hb Dis) .


 Tips Hari Ini :


Macam mana nak suh ada gambar lepas TAJUK ENTRY macam aku ni??




 Korang boleh lihat kat SINI :) terserah laa kat korang nak letak gambar aper kan yang tak menyemakkan mata korang dan orang lain..hiks..nak letak bawah ker atas ker tepi..semua ada! enjoice :)

Friday, November 20, 2009

Hari ini makan domino

Bukan Domino Lotus Notes ok? Ni, domino yang INI. lalalala...Terima kasih yer Ad...Biasa lah perjanjian 3 bersaudara :P





ni tangan orang yang belanja domino..hehehe...ni kek di sponsor oleh kedai kek kakemalawehbagitakkannakbocorrahsiaplakkan (tak bocor kan?)







Kat sini tadi aku buat demo sistem pagi ..


Trimas la Ad..Ni jempat snap gambar domino yang Ad belanja..balance yang tak abes..lalala..muffin tu sumbangan Niza :) dirumah barunya..hikss
p/s: tadi kita makan dengan rakuz yer rupanya?saper laa yang buruk lantak tu...lariksss

Tips hari Ini : 

Macam mana yer nak buat coding macam blog ko yang gelemer ini?hahahaha.. larikkkkkkkkkkkkkkkksss...
Memula kan, korang upload dulu dalam blogger ker mana-mana la contoh Photobucker ker boxstr ker, mana2 lah...lepas upload tu, korang amik direct link gambar yang korang upload tu...

Ni paling simple, upload jer kat blogger ni..pastu pegi kat tab Edit Html ...dier punya direct URL seperti yang aku highlight kaler merah tu kat bawah ni...


Direct Link URL gambar korang = copy selepas tanda antara tanda " hingga " ok..

Pastu, add gadget HTML/Javascript  tu, then tulis macam ni...



 width tu korang besar laa ikut suka korang...lepas tu...Inilah hasilnya...




so bleh laa korang suh orang lain copy aku punya kat sebelah ni dan tampal guna HTML/Javascript jugak...tak perlu suh orang dowload2 gambar bagai dulu kan...tapi, kalo korang tak faham jugak, email jer aku elissmie@gmail.com, then aku codingkan dan bagi korang for FREE...sekian..

Contest Update :

Majalah Pa& ma untuk Disember dah keluar..yeayyy..Kalo korang nak for FREE, meh join contest NI, mana tahu menang kan?? hikss..


Hari ini adalah kena demo sistem

Hari ni aku ada demo sistem kat INTEK*MA...Lepas jumaat karang laa baru leh update..Tips hari ni adalah aku tunjuk karang jugak....tak sempat nak buat..dah janji ngan unlisted_one :) coding blog badge tu...tunggu naaaa...

Contest Update :

Sila la join kat SINI yer...Nanti aku terjah yer bila korang dah buat...

Thursday, November 19, 2009

Ada apa dengan 2012?




Sinopsis : Never before has a date in history been so significant to so many cultures, so many religions, scientists, and governments. '2012' is an epic adventure about a global cataclysm that brings an end to the world and tells of the heroic struggle of the survivors.

Korang dah tengok ker? Aku dah tengok, tapi tengok poster jer laa..hahaha.Kalo btol-btol 2012 laa berlaku megatsunami tu (nauzubillahiminzalik) yang konon2nya kiamat laa kan, cukupkah Earnings (mcm nuffnang plak) kita nak bawak untuk bekalan akhirat ...aduhai..lemah lutut kalo dok fikir-fikir kan...

Korang tahu dak perempuan paling ramai dalam neraka tu? Hari ni aku nak tulis pasal adab berpakaian (bagi yang tak bertudung jangan plak terasa dengan entry aku ni yer) meh laa kita saling ingat mengingati....tak salah kan? Insya Allah, dengan artikel yang aku google ni, memberi sedikit panduan untuk semua dan peringatan buat aku jugak..Yang baik tu semuanya datang dari Allah, yang tak baik dan serba kekurangan ini datang dari diri aku jua...Walaupun pakai tudung tapi pakai baju macam telanjang pun masuk neraka jugak..Sedih kan?

Di dalam Islam ada garis panduan tersendiri mengenai adab berpakaian (untuk lelaki dan wanita) iaitu:

1. Menutup aurat
AURAT lelaki menurut ahli hukum ialah daripada pusat hingga ke lutut. Aurat wanita pula ialah seluruh anggota badannya, kecuali wajah, tapak tangan dan tapak kakinya. Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Paha itu adalah aurat.” (Bukhari)

2. Tidak menampakkan tubuh

PAKAIAN yang jarang sehingga menampakkan aurat tidak memenuhi syarat menutup aurat. Pakaian jarang bukan saja menampak warna kulit, malah boleh merangsang nafsu orang yang melihatnya.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Dua golongan ahli neraka yang belum pernah aku lihat ialah, satu golongan memegang cemeti seperti ekor lembu yang digunakan bagi memukul manusia dan satu golongan lagi wanita yang memakai pakaian tetapi telanjang dan meliuk-liukkan badan juga kepalanya seperti bonggol unta yang tunduk.

Mereka tidak masuk syurga dan tidak dapat mencium baunya walaupun bau syurga itu dapat dicium daripada jarak yang jauh.” (Muslim)

3. Pakaian tidak ketat

TUJUANNYA adalah supaya tidak kelihatan bentuk tubuh badan

4. Tidak menimbulkan riak

RASULULLAH SAW bersabda bermaksud: “Sesiapa yang melabuhkan pakaiannya kerana perasaan sombong, Allah SWT tidak akan memandangnya pada hari kiamat.” Dalam hadis lain, Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Sesiapa yang memakai pakaian yang berlebih-lebihan, maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan pada hari akhirat nanti.” (Ahmad, Abu Daud, an-Nasa’iy dan Ibnu Majah)

5. Lelaki, wanita berbeza

MAKSUDNYA pakaian yang khusus untuk lelaki tidak boleh dipakai oleh wanita, begitu juga sebaliknya. Rasulullah SAW mengingatkan hal ini dengan tegas menerusi sabdanya yang bermaksud: “Allah mengutuk wanita yang meniru pakaian dan sikap lelaki, dan lelaki yang meniru pakaian dan sikap perempuan.” (Bukhari dan Muslim)

Baginda juga bersabda bermaksud: “Allah melaknat lelaki berpakaian wanita dan wanita berpakaian lelaki.” – (Abu Daud dan Al-Hakim).

6. Larangan pakai sutera

ISLAM mengharamkan kaum lelaki memakai sutera. Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Janganlah kamu memakai sutera, sesungguhnya orang yang memakainya di dunia tidak dapat memakainya di akhirat.” (Muttafaq ‘alaih)

7. Melabuhkan pakaian

CONTOHNYA seperti tudung yang seharusnya dipakai sesuai kehendak syarak iaitu bagi menutupi kepala dan rambut, tengkuk atau leher dan juga dada. Allah berfirman bermaksud: “Wahai Nabi, katakanlah (suruhlah) isteri-isteri dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan beriman, supaya mereka melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun dan Maha Penyayang.” – (al-Ahzab:59)

8. Memilih warna sesuai

CONTOHNYA warna-warna lembut termasuk putih kerana ia nampak bersih dan warna ini sangat disenangi dan sering menjadi pilihan Rasulullah SAW. Baginda bersabda bermaksud: “Pakailah pakaian putih kerana ia lebih baik, dan kafankan mayat kamu dengannya (kain putih).” (an-Nasa’ie dan al-Hakim)

9. Larangan memakai emas

TERMASUK dalam etika berpakaian di dalam Islam ialah barang-barang perhiasan emas seperti rantai, cincin dan sebagainya.

Bentuk perhiasan seperti ini umumnya dikaitkan dengan wanita namun pada hari ini ramai antara para lelaki cenderung untuk berhias seperti wanita sehingga ada yang sanggup bersubang dan berantai.

Semua ini amat bertentangan dengan hukum Islam. Rasulullah s.a.w. bersabda bermaksud: “Haram kaum lelaki memakai sutera dan emas, dan dihalalkan (memakainya) kepada wanita.”

10. Mulakan sebelah kanan

APABILA memakai baju, seluar atau seumpamanya, mulakan sebelah kanan. Imam Muslim meriwayatkan daripada Saidatina Aisyah bermaksud: “Rasulullah suka sebelah kanan dalam segala keadaan, seperti memakai kasut, berjalan kaki dan bersuci.”

Apabila memakai kasut atau seumpamanya, mulakan dengan sebelah kanan dan apabila menanggalkannya, mulakan dengan sebelah kiri.

Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Apabila seseorang memakai kasut, mulakan dengan sebelah kanan, dan apabila menanggalkannya, mulakan dengan sebelah kiri supaya yang kanan menjadi yang pertama memakai kasut dan yang terakhir menanggalkannya.” (Riwayat Muslim).

11. Selepas beli pakaian

APABILA memakai pakaian baru dibeli, ucapkanlah seperti yang diriwayatkan oleh Abu Daud dan At-Tarmizi yang bermaksud:

“Ya Allah, segala puji bagi-Mu, Engkau yang memakainya kepadaku, aku memohon kebaikannya dan kebaikan apa-apa yang dibuat baginya, aku mohon perlindungan kepada-Mu daripada kejahatannya dan kejahatan apa-apa yang diperbuat untuknya. Demikian itu telah datang daripada Rasulullah”.

12. Berdoa

KETIKA menanggalkan pakaian, lafaz- kanlah: “Pujian kepada Allah yang mengurniakan pakaian ini untuk menutupi auratku dan dapat mengindahkan diri dalam kehidupanku, dengan nama Allah yang tiada Tuhan melainkan Dia.”

Sebagai seorang Islam, sewajarnya seseorang itu memakai pakaian yang sesuai menurut tuntutan agamanya kerana sesungguhnya pakaian yang sopan dan menutup aurat adalah cermin seorang Muslim yang sebenar.
credit to : source 

Dulu masa aku kerja kat KLCC, aku pernah dapat phamplet ni(kena bayar RM2 tak silap)...meh aku share kat korang secara FREE :)





Cara menutup aurat yang betul [klik untuk besarkan]





Cara menutup aurat yang salah [klik untuk besarkan] 


 Aku pernah dengar seorang ustaz pernah cakap kat tv, macam ni lah ayatnya..Ingat2 lupa jugak aku..

mula-mula berubahlah dulu demi orang yang disayangi (contohnya bagi yang dah kahwin, suami la kan-mesti korang sayang suami dan tak nak dier masuk api neraka kan?), pastu lama-lama, bila dah redha dengan perubahan tu, Insya Allah,niat kita secara automatik adalah berubah kerana Allah...

Ada satu kisah suami isteri yang dalam perjalanan pergi kerja.Nampak sepasang suami-isteri naik motor..Isteri dier siap pakai stokin lagik even pakai selipar.

Isteri: Bagusnya lah isteri dier ni..siap pakai stokin lagi...
Suami : Tu lah namanya sayangkan suami..takut suami dier masuk neraka...

Aku plak terkena(eh, citer pasal aku ker tadi) Opss.....Insya Allah, saat tu pasti tiba sayang..sooner or later....


Tips hari ini :


Untuk Nuffnangers sahaja :) Kalo tadak, meh register kat SINI :) Kenapa korang tak nampak muka aku kat Community yang bahagian Analytics tu , tapi aku selalu jer terjah blog korang dan tinggal komen gitu...Pelik tapi benar bukan? Alaa..sebabnya kat profile aku, Under Privacy Setting tu, yang bahagian - Allow users to see that you have visited their blog aku pilih [No]. So korang tak nampak laa muka aku yang comel (matilah perasan) itu kat community korang..seriyes, aku klik nuffnang yang ada kalo aku singgah :) Kalo nak gedik2 tukar jugak (supaya orang lain tak tau korang sedang terjah blog dier) , klik pada change profile yang aku siap2 anak panah merah itu dan Tukar ler bahagian Privacy itu dengan menekan butang Edit yerr ..sekian....




Contest update :



pic credit to :here

Korang tau dak, korang akan dapat gelang ni kalo korang menang contest INI ? Kalo nak beli gelang-gelang yang lain,rantai ker anting-anting ker,  bleh lawat kat SINI :) Happy viewing n shopping :)

Wednesday, November 18, 2009

Aku menang loteri !!! yeaayyy!! (kepola hotak hang)

Semalam, aku dapat 2 email yang aku rasa rata-rata orang ignore jer bila dapat kan? atau memang asal kejadian email ni akan duduk dalam folder SPAM kederang. Ni contoh-contoh email yang aku terima tu...

EURO MILLIONS LOTTERY HEADQUARTERS
23, Canbridge street
Tudor Square , London WC1N 2BY
United Kingdom.
Customer Service/Claims Department
Tel:+44 702 402 7860(Call now to confirm this)


Your reference number: Euro/Millions/43250-2009
Your Batch number: 2009/430/EML.


Your email ID has been Awarded 850,000,00 EUROS in our draw for the month of
November:Please provide your
1.Full Name:
2.Full Address:
3.Marital Status:
4.Occupation:
5.Age:
6.Sex:
7.Nationality:
8.Country Of Residence:
9.Telephone Number:


Congratulations.
Sir Jason Franklin (Knight of St John)
Co-ordinator(Online Promo Programme).
Tel:+44 702 402 7860(Call now to confirm this)

 Siap congrate tu yang tak tahan tu...Kalo dapat email macam ni, macam nak percaya jugak kan menang loteri? lengkap dier mintak tuh...tapi mai kita tengok contoh kedua pulak...


from
Irish Lottery News Center <irs.notificacion@bellsouth.net>
reply-to
irs.irln@hotmail.com

to

date
Tue, Nov 17, 2009 at 4:40 PM
subject
Final Notification
signed-by
bellsouth.net




You won  £750,000.Send:Name,Age,Country

Email yang ni lagikk tak konfiden...kalo aku menang btol-btol pun, aku agak2 jer nak antar email ker dak ni..hahaha ringkas sangat emailnya...dah laa menang banyak..Alamat tadak mintak..mintak negara jer..nape? ko nak email jer ker duit tu? lain laa kalo mintak akaun bank ker kan?logik laa sket kan...

Macam mana nak buat ni? Klik email ni pastu tekan butang SPAM....Dah masuk SPAM folder, empty kan ajer...senang bukan? hehehehe

Kalo aku ada duit juta juta (yang halal ok) , aper aku nak buat yer? First sekali, aku bawak family  aku naik haji...settlekan dulu Rukun Islam yang ada kan, pastu beli rumah( macam rumah yang korang terkena tu ker :P) , beli motor tuk my hubby...semua yang dier suka biar tak tahu nak naik motor mana dah..hahaha..




saya menang motor!!!! :P


Tips Hari Ini :

Macam mana nak buat quote jadik cantik macam ini..

alamak..mati laa perasan :P

sila rujuk tutorial disini. 

Contest Update :

Dah ramai nampaknya yang sudi men join kan diri...Tengok sidebar kat sebelah yer :) Semua hebat2 belaka :)
Klik SINI kalo nak join jugak! Good luck!

Tuesday, November 17, 2009

Tak ada kerja salah ada kerja pun salah

Hari ni tak puasa plak sebab tadi tak terjaga sahur...kalo aku tak sahur kang angin sepanjang hari baik aku tak puasa terus..Hari ni aku dapat kerja..yeay! akhirnya..

 tadak kerja rupanya ko eliss...nah kerja..setimbun...hahahaha

setelah bersenang lenang goyang kaki dengan sistem terdahulu sebab aku just alter yang vendor buat jer bukan idea aku seratus percent, kali ni aku buat sistem dan manual ...hurm..dah hampir siap.. ekspres rakyat tul aku ni..berdedikasi sekali kan...oh sila muntah hijau sekarang...


Ok laa..nak sambung buat kerja pulak.macam banyak sangat kan..

Contest Update :

 kalo korang perasan dah ada countdown untuk contest aku kat sidebar tu..so sesaper nak join klik kat SINI.

 Penganjur pun boleh join kalo nak sebab bukan aku yang jadi juri.....

Ini voucher yang dijanjikan..sila laa jadi follower secara paksa atau terpaksa..hahahaha


 

Tips hari ini :

Kalo nak blog anda ada list entry korang yang terhangat dipasaran, terhangat means banyak komen untuk entry tu la..bleh cuba add widget INI  erkk, ker aku jer baru nak terhegeh2 letak..lalalala..


ni laa widget Popular Post blog aku tu

Monday, November 16, 2009

Rozita Vs Tiz Ziqyah

Hari ni aku adalah puasa...Elok la puasa sebab gaji pun minggu depan baru masuk..23 hb.Tinggal nyawa2 ikan dah ni..huhuhu..selain dapat menguruskan badan, bleh jugak menjimatkan duit suami..sebab duit aku memang dah tinggal beberapa ribu jer lagik ni..hahahaha..larikss..

Skang Nur Kasih dah tayang kat TV setiap Isnin hingga Jumaat kul 7.30 petang..so bagi yang terlepas tengok tu boleh laa tengok Sarah yang gediks tu :P Oh watak tu paling menjadi bagi aku sebab gediks sampai buat aku benci..hahaha

Kisahnya...masa episod yang Adam dipaksa kahwin dengan Nur Amina..tetiba ada suara suami mencelah..suami saper lah tu..

Suami : Abang dulu pun kena paksa gak bertunang..tapi abang tak nak..

Isteri : Hah yer ker? dengan siapa?

Suami : Rozita Che Wan

Isteri: chezz burger %&##*%*(&^*%&%$$ [wtf]


pic credit to : here

Beberapa hari selepas tu, Isteri bermimpi ngeri...

Isteri : Sayang, eliss (*memang nama sebenar) mimpi ngeri..

Suami : Mimpi aper?

Isteri : Mimpi sayang kawen lagi..

Suami: Dengan saper? Rozita Che Wan?

Isteri : Cheeze cake (dalam hati) Dengan Nur Amina....

Suami : hahahahaha


pic credit tu : here

gelak besar lagik tu..hampeh..seronok laa tuh...wey, aku mimpi my hubby siap tido sebelah Nur Amina ok..Nur Amina siap nak peluk dier lagik..seb baik tido pakai tudung..aku macam redha jer my hubby nikah dengan Nur Amina ni..my hubby cakap sebab dier penah cium Nur Amina so dier kena bertanggungjawab...baik nyer my hubby :P

Warning buat suamiku : Kalo nak kawen lain, tunggu eliss mati dulu..hahahahaha..Dan satu lagi, pakaian eliss dalam almari tu, bagi jer laa bini muda pakai..jangan macam citer Tunjang Sa'adah yang tunang tak jadi awak berlakon tu, ada ker kain batik pun berkira...bukan luak pun..buruk jer laa kalo pakai..huhuhu comel btol orang gaji tuh...x sesuwai kan? kalo amik aku, rasanya berkira2 jugak norman tu nak buat bini ker buat maid sepanjang hayat..hahahahahaha

Friday, November 13, 2009

Spek mata wanita (Hanya untuk tatapan kaum wanita)

Korang doakan laa, rumah semalam btol-btol rumah aku..hahahaha..mana tau kot2 menang cabutan bertuah ker kan?kan? kan? hahaha..tambah-tambah hari jumaat yang mulia ni kan....Amin...


Warning : Hari ni nak citer pasal hal-hal dalam poket kaum perempuan...Kalo korang rasa korang perempuan, korang baca seterusnya...tapi kalo korang degil jugak, korang baca jer laa...  aku tak bertanggungjawab ok...atau menyebabkan muka bertukar menjadi merah :P



Thursday, November 12, 2009

Inilah rumah baru kami..syukur Alhamdulillah



  pic : credit to here
Inilah rumah baru kami..syukur Alhamdulillah..
ni rumah kat sebelah giant tu kan? gila kaya ko eliss..menang loteri ker?hahahahaha..

ops...terkena lagik...I'm sorry :P

sebenarnya nak cakap umah yang ini :) hehehehe...my blog laa ..umah sendirik masih blom ada lagikk :(




Setelah beberapa hari memeningkan kepala mengadap coding (selain coding tugas hakiki)..konon nak besar sana nak kecik sini laa aku punya blog tu, last2 carik template yang dah ada..penat jer aku godek2 tak jadik...

ni kerja ko eliss.buat kerja malas.hahahaha

My new look.suci bersih putih.TQ pada kak ros yang memberi ilham ni .nak buat lama dulu dah tapi asyik tertangguh tanggo tanggo ajer :P



Mari kita test dengan gadjet semalam tu :P seperti disini .Wowiey.. lagik lajuk dari previous template..bravo, bravo..minimalis dah nampaknya gaya blog aku ni :)

Tips hari ini :

Divider blog aku adalah ihsan dari SINI  TQ :) banyak tau template utk header, about dan sidebar bar yang diberi percuma gituh :) so hiasilah diri blog anda dengan free stuff ini :) Dan bleh tengok tutorial INI kalo nak tukar ..chiowww!!

Contest update:



Oh, kalo perasan , aku letak link senarai yang dah join contest..free iklan gitu tau ..leh tambah hits ke blog korang kan kan kalo join awal-awal...masa nya pun panjangggggg lagik :) skang dah ada 3 orang..hahaha...ada berani? cubalah  klik kat SINI untuk turut sama menyertai contest ini...

eh murni, sorry, tadak hadiah untuk peserta terawal...hahahaha

p/s: Takziah kepada husna kerana kehilangan tunang tersayang pada 1 Nov yang lepas..Al-Fatihah..Semoga rohnya dicucuri rahmat Ilahi..Mati Itu Pasti..

Wednesday, November 11, 2009

Ini bukan segitiga bermuda

Sorry pasal entry semalam..ramai gak terkena yer..Malam tadi Long aku volunteer nak jaga Nuha setelah berapa kali di hint2 di blog..hahahaha...Terima Kasih Long..lepas gaji, kami pegi nonton wayang...hahaha...

Ok, kali ni, aku betul2 laa nak cakap.....




Ini bukan segitiga bermuda...Ini adalah loket rantai aku...percayalah...

Sedih okies...patah...ntah mana pergi serpihan loket aku tu..kena laa kumpul duit nak beli baru..mesti ma aku x nak sponsor dah..hahahaha..cilakos punya anak..aku teringin nak beli platinum punya loket...hehehe..hint hint..hadiah bday next year ker kan :P tapi x nak jenis bleh letak gambar mcam ni..tapi macam ni laa..ni $10,500 jer..hahahaha...siapa nak beli kat aku angkat tangan?


source pic : here

Tips hari ini : 

Kalo nak check blog kita lambat ker cepat ker nak load bleh guna web site speed test di sini



aku terbaca mana ntah semalam, katanya load time kurang 8 saat still boleh dimaafkan lagi :)
Walaupun blog aku byk gadget tapi 0.14 saat jaa utk load :P

Contest Update :

Dah ada peserta baru contest blog aku , Dyahaha

cepat sertainya, kerana persaingan semakin sengit 1-1 :)

klik disini utk join

Tuesday, November 10, 2009

Seriyes, aku dah tengok pisau cukur




Pisau cukur yang ni hah...lalalala...pagi-pagi dah terkena..memang cibeng :P mencik ok..ntah bila plak aku nak pegi tengok wayang..sejak hari tu tak pegi2 dah nengok wayang..nak kena tunggu transformer namblas plak kot laa..Long, hang x nak tolong jaga anak aku? mie mesti x nak nengok citer jiwang karat gini kan,lepas cinta kolestrol dulu :P  so, leh laa aku pegi ngan Kak Long..biar kaum lelaki jaga anak..lalalalalaland :)

Jom tengok Pisau Cukur Kak Long! :) tapi lepas gaji ada lagik tak tayangan dier??hahahaha...

Selain photoscape dan scrapblog, aku nak share 2 photo editing yang best untuk korang cuba dan cun juga ...










Selamat melawakan gambar korang yer :)

Monday, November 09, 2009

Kenapa lelaki sukar melafazkan maaf?



 source pic : here

Mungkin ego kan? rendah ker maruah tu kalo sebut perkataan maaf atau i'm sorry..aku rasa kan, bila kiter sebut minta maaf, kita akan rasa lega..cuba korang buat...bila dah lakukan kesalahan mesti amalkan minta maaf..tapi janganlah korang nak lakukan kesalahan plak..biasanya aku marah cuma seketika, pastu aku mesti nak minta maaf walaupun kadang-kadang, bukan aku pun yang buat salah..tapi kalo buat salah menda yang sama berulang kali, tensen jugak yer pastu minta maaf..hahaha..tu pun aku biasa duk buat...

DAN jangan langgar peraturan jalan raya, pastu gi cakap  i'm sorry kat JPJ/Polis trafik ..mau kena pelangkung ngan diorang..hahahaha tak pun, surat saman :P

contest update : Semalam,  dah ada orang submit entry utk contest seperti DISINI...
Entry pertama datangnya dari :-
EMS's Family :)


Apa tunggu lagi???



 ni adalah voucher kfc/pizza hut/ayamas jika menang contest ni :)

nak menambahkan semangat korang nak join contest tu :P

p/s: ker lelaki yang berada disekeliling aku saja yang sukar melafazkan maaf ?redha jer la..
tips: kalo kita sentiasa memaafkan orang sekeliling setiap kali kita nak tido...bila bangun pagi, hati mesti ceria :) percayalah, cuba lah :)

Friday, November 06, 2009

aku dah tengok Papadom

Aku dah tengok Papadom..horayyy...Long, ko jangan jelez ar....aku pi tengok sorang-sorang jer kat ofiz ni haa...



eh, buka papadom yang ni...





ni hah, papadom yang ini...hahahahaha..ni lunch semalam okies..
[maaflah nampak gambar makanan pagi2 :P]
p/s: hari ni aku bawak bekal nasi goreng ngan ayam goreng..lalalalalalalala


Si manis tujuh belas
jalannya genit
mulutnya macam murai
tuit tuit tuit tuit tuit

oh...hati rindu
ingin ku selalu di samping mu

si manis tujuh belas
matanya bulat
mulutnya sangat manis
hati terpikat

apa nama
mana rumah
esok saja kita berjumpa

source : sini


Setelah melihat Vp ber twitter, aku pun nak join gak laa...hikss..Tutorial Vp dah siap kan dah..so sila rujuk SINI :)

bangga tu, aku yang request..hahahaha...

ada tambah sket, kalo nak chat ngan orang lain, type @[username tweeter depa] [merepek laa ko kat sini syaitonn..]

hahahaha...

siap alter lagi sifoo punya tutorial suh lengkap :P ampun sifoo :P


 selamat dah masuk blog. aku nyer twitter untuk menambahkan darjah kesemakan blog aku :P




 ni aku nyer background sudah tukar..aku tukar disini...hehehe


Ni etika aku jumpa bila nak ber twit-twit...hahahaha..siap ada etika gituh...
  • When you first sign up and before you start regularly tweeting, don’t follow hundreds of people. If you follow someone, he checks out your profile to see whether he might want to follow you back; if he sees that you’ve tweeted once or twice and you’re following hundreds of people, he may think you’re just a spam account.
    Start out slowly, following people you know and who know you. Then, as you start tweeting regularly, follow more people based on your interests.



  • Avoid using punctuation in your username. Typing punctuation on mobile devices is difficult.

  • Don't share information that you might regret making public.

  • Don’t send an update when a direct message is more appropriate — for example, when the update is meaningless to anyone except one person. If the person doesn’t follow you, you can send an update that contains her name, asking her to contact you over another medium.

  • Don’t feel the need to thank everyone publicly for following you. It’s a nice thing to do, but not always necessary.

  • Don’t think Twitter success has anything to do with your Followers count. - Ingat tu? :P


     source : sini






Thursday, November 05, 2009

Aper Kafetaria Disita???




wowiey...tq Jji sebab dah siapkan header untuk me kat blog my hubby tu...hari ni , me take over laa sebab founder dier bz manjang

eh , bukan ko ker yang update selalu tu :P

tapi tu tak rasmi kan..ni dengan rasminya...kat blog tu bukan info pasal makanan semata-mata, apa jua jenis info Insya Allah aku akan letak..sesaper nak berkongsi info jugak, sila laa jerit kat Shoutbox aku neh..senang kan..nak info pasal contest ker apa ker dialu2kan laa..sharing is caring :) aku tak kedekut link :P nak jadi follower pun silakanlah, dan Insya Allah, akan masuk list aku follow jugak...kalo update aku baca..tinggal jejak jika aku ada nak merepek :P

Mulai minggu ni hingga minggu depan kan, kafetaria kat menara kami yang old skool ni kan, disita ko...kualiti makanannya dah laa tidak memuaskan , naik harga lagi gara-gara pekeliling tak leh jual menggunakan bekas polisterin [kononnya nak menyahut seruan hijaukan bumi la] dan kami dikenakan caj 30 sen utk bekas plastik yang diorang provide [wtf] untuk kos itu..nape lak kami kena bayar kan..shealll jer... so x perlu lagi tapau kat situ untuk elak caj 30 sen [wtf] itu..

Seb baik minggu ni ada training, tapi yang mengajar adalah Puan Ad , tapi kami sebagai rakan makan-makan seperjuangan kena tempias sekali..hip hip horaay...syok kan Niza..hehehehehe..orang lain sila jelez yer..
minggu ni, pihak admin kitorang mengambil inisiatif dengan meng'order' makanan dari luar untuk dorang makan..Kak Shima, minggu depan laa kami turut serta..tu pun kalo aku malas nak buat makanan...
Aku ingat nak bawak nasi goreng ker, mee goreng ker..saper nak join potluck angkat tangan???? tapi kalo nak makan sekali ngan aku , kena buat tempahan laa..satu kepala aku buat RM3 gituh...boleh? [ada unsur-unsur perniagaan disitu]

dak dak..aku bukan nak challenge mangkut tingkat..kalo aku buat pun,aku bagi plastik yang macam kafetaria tu..rm 3 satu pack..ada berani??? aku ler ada berani kan, nak kena bangun awal-awal nak memasak tu kan..hahahahaha..dah laa gawat skang ni..modal pun tadak..so saper2 nak , sila laa bayar deposit dulu..hahahaha..




eh aku seriyes ni...seriyes seriyes :P ni contoh bekas makanan yang dicaj rm 0.30 tu..hikss..tapi abaikan bekas makanan yang berisi batang buruk ni..ni untuk aku melantak di kala lapar ..lalalalalaalala..kak ema punya :P

Wednesday, November 04, 2009

Hazabnya tak leh tulis blog

Skang baru aku buleh menulis blog..entah nape laa aku punya blogger sengal semacam jer dari start aku on pc pagi tadi [ni hah baru bleh log in dan menulis blog]..niza hokay jer..ish geram mak ok..seb baik earnings kat nuffnang ada pertambahan ..kalo dak, mau aku muncung sampai ke malam..hahahaha



Dan satu lagi, Nuha menang consolation prize kat MBP...yeeehaa..leh tengok SINI ..gembira macam menang no 1 kan..hahahaha..over ok mak budak sekoq ni..:P akhirnya setelah berapa kali aku join contest MBP..kalo nak join contest seterusnya pasal nature klik kat SINI....terjah....lalalalaa...

ok laa kan dapat purse hook :P

Cerita pasal contest aku , contest aku tuh ramai yang duk perah otak..aduhai..kesian plak aku rasa...korang carik jer laa tagline yang dah ada tu, cumanya jangan tiru, adjust tu kira bukan meniru kan...so kreatif laa sket :)

Contoh : Ada X  Ada Segalanya korang leh ubah Ada Y , Z ker B ker Ada Segalanya.. see siap aku bleh tolong2 lagik fikirkan untuk korang sekali..baiknya penganjur contest ni..hahahaha[sila muntah hijau sekarang]

Kalo tagline Bidadari lagik syok, Ibarat Malam Pertama, korang cakap jer laa, Ibarat Malam Keempat ker, kelima ker..hahahaha..sebab bukan semua orang syok pada pada Malam Pertama kan..hahahahahahahahahahahahahahahahahaha..gelak syaiton plak hari ni...harap ada laa idea untuk korang untuk memeriahkan contest aku tu...sayang laa kalo ada hadiah tanpa pemenang kan...kalo satu jer penyertaan, sah2 aku bagi FREE jer hadiah tu kat dier..hehehehe...

Kalo korang nak beli gelang tangan/cincin/rantai(barang kemas laa senang cerita kan) handmade punya bleh laa terjah SINI...




ni header blog Sheery ni...kalo nak tahu lebih lanjut sila laa terjah ni, kalo nak for FREE join laa contest aku kat SINI...

Hari ni aku nak ajar tutorial yang aku pandai buat semalam..kan sharing is caring gitewh...Kalo tengok Entry aku kat contest tu, ada Baca Seterusnya>> tu kan...
Cara nak buat senang ajer..
Masa tulis entry tu kan, korang ada nampak ikon yang last sekali tu kan, nama dier Jump Breaks..




Kalo korang nak tukar perkataan "Read more" kepada apa-apa yang korang suka, tadak masalah punya...Klik kat layout then klik Edit kat blog post tu...tukar kat ruangan Post page link text tu kepada apa2 jer yang korang suka ok..lepas tu save..dan preview...




tetiba korang nampak tak jadi kan...kalo guna template yang korang dowload for free kat mana2, kena tambah coding sket kat Layout | Edit HTML punya tab. Make sure korang backup dulu yer..klik pada Download Full Template...
kang tak pepasal hilang ker error ker layout korang, me tak tanggung..hahahaha..

Memula Expand Widget Templates tu korang tick..then cari

<data:post.body/>

pastu lepas tu korang tambah coding ni pulak...

<b:if cond='data:post.hasJumpLink'>
<div class='jump-link'>
<a expr:href='data:post.url + "#more"'><data:post.jumpText/></a>
</div>
</b:if >



credit to source : sini dan sini

lepas tu SIAP...yeehhaaa....lepas ni show off la kat aku dan kaum kerabat warga blog yang lain yer :)

Photoscape?? masih ingat lagi tak? Yang software free leh edit2 gambar tu pada ENTRY INI .Bleh dowload kat SINI..
Niza telah berbesar hati buat tutorial nyer seperti DISINI..Terjah...lalalalala...

Tuesday, November 03, 2009

Get Connected




Tadaaa...Inilah rumah baru kita..syukur Alhamdulillah...hehehe...opss..Inilah tempat baru aku kat ofiz aku ni..Sila jelez yer kawan-kawan yang berpindah ke tempat aku yang tidak baru tu...lalalalalala

Setelah bertungkus lumus mengangkut barang tanpa menunggu mover hari khamis ni [nampak nau tak sabarnya] , aku dengan rasminya telah memulakan tugas di tempat baru...dan network telah pun dipasang oleh abang azhar...syabas dan tahniah buat mereka sebab tanpa mereka siapalah network di UiTM ini..hahahaha...dan syabas jugak sebab berjaya buat aku seorang blogger yang tak berapa nak tegar ni tak keruan tanpa network..




contest update : ni purse syiling yang aku nak bagi tu.. leh join di sini yer..


 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)