Semalam kat berita , umum kumpulan sokongan(B,C,D) dapat bonus RM500 tapi bayar 2 kali....Alhamdulillah, bleh laa menampung apa yang tak tertampung lagi..eh, hari ni gaji plak tu..esok, bleh laa shopping untuk yang tertinggal lagik tuh..yeeehaa..sonoknyaaa..
Aku aim hari tu nak tunjuk gambar juadah berbuka selama sebulan kan tapi tak sempat la plak..makin hari makin lapar dan kelam kabut so tak sempat nak snap pic..ni pun aku suh my hubby amikkan while i'm busy kat dapur..busy laaa sangat :P padahal buat air teh jer dan goreng telur mata :P Semalam, aku masak nasi goreng coz my hubby request..kul 645 baru aku start masak sebab my hubby lmbat balik while nuha is cranky:(
Thursday, September 10, 2009
Bonus RM500 Bayar 2 Kali?Mcm Ansuran Mudah Plak :P
Wednesday, September 09, 2009
Dari Plaza Masalam-PKNS-SACC-PAS
Hari cuti Nuzul Quran yang lalu kan,kitorang duk rumah jer layan mata sebab hari Ahad kitorang telah menshopping raya you all..hahahaha...
Dari pukul 11 lebih pagi sampai pukul 6 petang...walaweh...tak rasa penat walau sepicing pun...hahahaha..gila shopaholic ni..ni kira shopping balas dendam kan sebab last year aku tak dapat nak shopping kan..hahahaha...
Aku cakap kat my hubby, x penat. dier kater huh perempuan kalo shopping :P oh, masih perempuan sejati rupanya aku ni..
meh kiter tengok hasil rembatannya..tapi ada tak settle lagi ni....sandal dan selendang blom beli lagikk :P esok gaji, jom laa kiter mencari apa yang belom dibeli lagi...
mcm dayah buat, so aku nak buat checklist jugak..
kasut nuha - done
baju kurung nuha - done
skirt + shirt -done
baju kurung aku - done
sandal- not done
selendang - not done
beg raya - done
t-shirt my hubby -done
baju melayu -done
seluar panjang - done
p/s: hari ini ada training lagi...training yang best :P
Tuesday, September 08, 2009
Terima Kasih Semua!!
Send a Dozen Roses at WiddlyTinks.com
btw i pun nk songlap doa u tu ek!!!
kalau nak hadiah mai datang umah aku.. lallalallala a
miszhatie said...
hepi burfday kak ellis =)
good luck in ur future ahead ",
Nurhayati said...
Happy Birthday to you
Happy Birthday to you
Happy Birthday to Elis
Happy Birthday to you!!!
semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki.
uish muda lagimu ni.. bagus2x.. =)
haslina said...
wish u luck on your birthday sister...
:)
Disturbia said...
Happy Birthday Eliss
May all your dreams and wishes came true
Dania's mummy said...
Happy Birthday!
Jiey^Mien said...
Happy befday ummi nuha!!
ZzamzZ said...
Happy birthday elis..semoga dimurahkan rezki n happy alwaz
lin said...
elis, happy birthday ;)
Misbehave said...
hepi bufday!
semoga panjang umo, murah rezeki n hepi selalu.Amin :)
ctlinda said...
selamat menyambut hari lahir ke 27 tahun..harap apa yg diimpikan menjadi kenyataan...
p/s:kita sama umur la cuma eliss lahir lu 2/3 bulan kmudian kita pula kuar utk kenal dunia huhu2
azzamoro said...
babe..happy birthday. semoga panjang umur & dimurahkan rezeki..
miezaniera said...
epi besday eliss..moga pnjg umur dn murah rezeki dan ramai anak muahaha ;D
sujaihah said...
eppy baday...
kkak best la doa tu..saya copy ek(emm aku nak pease kat ner ek?)
hehhe
also SMS from Niza, Ad, Toyanz dan Kak Ngah Yati:)
Surprise Bday Present :)
Hari Ahad yang lepas kan bday aku kan :) , malam sebelumnya, my hubby usung Long aku pi mana2 ntah tanpa memberitahu aku (ada sedikit curiga disitu)..tak sangka plak my hubby nak beli hadiah bday secara rahsia untuk aku :) terharu nyer..hikss..tapi kalo aku pilih sendirik mesti lagik terharu kan..hahahaha...ngades2 jer..dah bagi tu terima jer laa kan, kan kena penampo sedas :P
scroll down...
Weblog Popular 1Malaysia
Denaihati ingin mencari Weblog Popular 1Malaysia untuk membantu menambah ilmu menguruskan blog dengan lebih baik daripada weblog yang hebat yang mungkin belum terjumpa dalam jutaan weblog di Malaysia. Hadiah yang menarik disediakan kepada teman-teman yang membantu Denaihati mencari Weblog Popular 1Malaysia.
HADIAH
- RM1,000.00 : 1 Weblog yang mendapat pencalonan terbanyak dari teman-teman blogger akan dinobatkan sebagai Weblog Popular 1Malaysia.
- RM1,500.00 : Weblog yang paling banyak menjadi reference atau rujukan peserta contest Weblog Popular 1Malaysia.
- RM1,000.00 : Weblog kedua paling banyak menjadi reference atau rujukan peserta contest Weblog Popular 1Malaysia.
- RM500.00 : Weblog ketiga paling banyak menjadi reference atau rujukan peserta contest Weblog Popular 1Malaysia.
- 4 x RM250.00 : Hadiah khas – Ranking no 1- 4 di google.com.my dengan keywords “Weblog Popular 1Malaysia” pada jam 12.00 am 30/9/2009.
SAUDACARE dan ANISHA ONLINE MALL
Saya tahu contest Weblog Popular 1Malaysia dari blog http://mombloggersplanet.com.
Saya mencalonkan MomBloggersPlanet (http://mombloggersplanet.com) sebagai Weblog Popular 1Malaysia.
MomBloggersPlanet layak mendapat Weblog Popular 1Malaysia kerana merupakan network ibu-ibu dan bakal ibu kerana disediakan Blog directory yang percuma untuk semua tak kira bangsa dan agama :) 1 Malaysia gituh.
MomBloggersPlanet juga memberikan pelbagai tips berguna dan berinformasi untuk kita membuat duit semasa berblogging.Ianya jugak adalah medium untuk para ibu dan bakal ibu untuk menjual barangan mereka secara alam maya yang terdapat pada ruangan MarketPlace.Dan yang paling best lagik, blog ini banyak berkongsi tentang alam keibubapaan , alam kanak-kanak, alam hamil, menyusu dan sebagainya dan menjadi panduan berguna untuk semua!
Apa lagi, tampal banner di sidebar plak - Done
Nak tahu apa syaratnya??Baca sendirik laa :)
Syarat-syarat
- Hanya terbuka kepada Rakyat Malaysia dan Weblog Malaysia sahaja samada berbahasa Melayu atau English.
- Buat satu posting di weblog ANDA dengan memilih satu blog yang paling ANDA sukai dan tuliskan apa bestnya weblog tersebut.
- Dalam posting Anda wajib ada perkataan Weblog Popular 1Malaysia dan saya tahu contest Weblog Popular 1Malaysia dari blog contoh saya tahu contest Weblog Popular 1Malaysia dari blog http://elissmie.blogspot.com
- Dalam posting Anda wajib ada nama-nama sponsor dan tolong update bila ada sponsor baru.
- Dalam posting wajib ada backlink kepada Denaihati.
- Tinggalkan komen dan link posting anda di posting contest Weblog Popular 1Malaysia di blog Yang Terbuku Di Hati.
- Peserta wajib subscribe blog ini melalui email dan diaktifkan.
- Setiap peserta yang mencalonkan wajib letakkan banner Weblog Popular 1Malaysia dimana-mana yang boleh kelihatan di weblog anda.
- Contest ini bermula pada 1/7/2009 dan tamat jam 12.00 am pada 30/9/2009.
- Minimum pencalonan untuk Weblog Popular 1Malaysia adalah 100 pencalonan.
- Minimum reference atau rujukan untuk hadiah 2,3 dan 4 adalah sekurang-kurangnya 50 peserta lain.
- 1 blog hanya layak mencalonkan 1 Weblog Popular 1Malaysia sahaja.
- Untuk hadiah ke 5 hanya weblog sahaja dikira, website forum dan website umum tidak dikira, seandainya bukan weblog maka peserta seterusnya akan dikira sebagai pemenang. Hanya 4 weblog teratas dikira sebagai pemenang.
- Penganjur berhak mengubah atau update syarat-syarat mengikut kesesuaian pada bila-bila masa.
Pemenang akan diumumkan 2 minggu selepas tarikh tamat contest.
Sunday, September 06, 2009
Selamat Hari Lahir Diriku...
Kau ampunilah dosa ku yg telah ku perbuat
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yg tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental dan fizikal
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan
Ya Allah
Sekiranya suami ku ini adalah pilihan Mu diArash
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekiranya suami ku ini adalah suami yg akan membimbing tanganku dititianMu
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya
Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di Jannah Mu
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala
perintahnya
Sekiranya suami ku ini adalah yang terbaik untukku di DuniaMu
Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya
Sekiranya suami ku ini jodoh yang dirahmati olehMu
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya
Tetapi Ya Allah
Sekiranya suami ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang
Kau tunjukkanlan aku jalan yg terbaik untuk aku harungi segala dugaanMu
Sekiranya suami ku tergoda dengan keindahan dunia Mu
Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya
Sekiranya suami ku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan
Kurniakanlah aku kekuatanMu untuk aku memperbetulkan keadaanya
Sekiranya suami ku menyintai kesesatan
Kau pandulah aku untuk menarik dirinya keluar dari terus terlena
Ya Allah
Kau yang Maha Megetahui apa yang terbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan ketelanjuranku
Sekiranya aku tersilap berbuat keputusan
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri
Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhiratMu
Sekiranya aku engkar dan derhaka
Berikanlah aku petunjuk kearah rahmatMu
Ya Allah sesungguhnya
Aku lemah tanpa petunjukMu
Aku buta tanpa bimbinganMu
Aku cacat tanpa hidayahMu
Aku hina tanpa RahmatMu
Ya Allah
Kuatkan hati dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu
Bimbinglah aku menjadi isteri Solehah
Hanya padaMu Ya Allah ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaanMu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yg kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan duniamu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaranMu
Kerana pendek akal ku mengharungi ujianMu
Ya Allah Ya Tuhanku...
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati
Isteri yang dikasihi
Isteri yang solehah
Isteri yang sentiasa dihati
Amin, amin Ya Rabbal Allamin..
p/s: Ini adalah auto publish..tadak maknanya aku rajin update tengah2 malam yang sepi pi pi..pak mat jual topi...
Friday, September 04, 2009
Contest Pasangan Seiras..
muka long aku ada iras ngan my hubby jugak kan??so aku letak dua2..bleh ker pihak juri??hahahaha..
1. Terbuka kepada semua blogger malaysia dan antarabangsa
yang memiliki wajah seiras dengan suami/isteri, adik beradik atau kawan2.
2. Upload gambar seiras anda (nyatakan nama anda dan pasangan)
dan tinggalkan link nya di entri ini.
3. Juga letakkan link contest ini di entry korang ye. Tkde link tk Qualified ok.
copy je ni--> http://miezaniera.blogspot.com/2009/08/contest-pasangan-seirasopened.html
syarat2 sunat.
4. Banner tu sapa yg rajin, letak la kt sidebar blog korang, kalo yg malas tu,
tak yah la letak.
5. Pastu letakkan link http://miezaniera.blogspot.com/ di blog list anda.
6. Lastly, be my follower ;D
7. Pemenang akan dipilih oleh juri profesional.
Tagged by Zue
Zue mengetag aku lak dah :)
1)Saya suka???
my hubby..my baby..coklat
2) Pada masa ini saya sedang berfikir tentang
nak masak aper laa berbuka ni...
3) Bila rasa tension saya akan...
menjerit dan tido
4) 3 perkara yang akan buat saya tersenyum...
my baby pandai buat sesuatu :)
my hubby nyer lawak
dapat hadiah :) hint2 utk dapat hadiah bday nampaknya...
5) 3 perkara yang buat saya menangis..
a. bila anak/hubby saya sakit
b.bila tengok citer sedih..
c. bila tengok penderitaan orang sebab tu aku tak suka tengok bersamamu :P
6) Kalau saya ada rm100k?
Nak settle PTPTN, belikan hubby motor yang diidam2 dan bawak family tunai haji..alamak, x cukup laa...
7) Sila beri 3 nama untuk di tag...
cikgu nani
raa
haslina
Memperkenalkan.........Wan Nauffal Firzan
Photo Tinks by WiddlyTinks.com
Ni anak sepupu aku yang selamat dilahirkan last week,sabtu (29 Ogos) , kat KPJ Seremban pada pukul 4.30 pagi...Tahniah kepada Fahmi & Hani..
X sempat arwah pak long aku tengok cucu dari anak bongsu dier...meninggal masa hani, isteri sepupu aku ni mengandung sebulan...
p/s: lepas aku dapat SMS pada pukul 5 last week, aku bangun sahur dan tengok citer Nur Kasih..hehehe..
Ada apa dengan Voucher RM50?
Semalam,adalah sangat hangen sebab aku terpaksa menyediakan juadah berbuka pada pukul 6.30 sebab my Nuha tersangat laa ngades2..tunggu my hubby balik baru mula bersilat didapur..semalam masak, ayam masak lemak cili padi, goreng daging kunyit dan sayur buncis bersotong.. adalah tidak sempat nak amik gambar untuk buat korang terliur kerana, my ayam masak lemak cili padi adalah masak masa azan tengah berkumandang...siap berasap2 lagik aku hidang atas meja..huhuhu..ni bleh mengundang marah..my hubby tak gemar laa makan makanan panas2.
Info:
Dalam Zaadul Ma’ad 4/223 Imam Ibnul Qoyyim mengatakan, “Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam tidak pernah menyantap makanan dalam keadaan masih panas.” Yang dimaksud berkah dalam hadits dari Asma’ di atas adalah gizi yang didapatkan sesudah menyantapnya, makanan tersebut tidak menyebabkan gangguan dalam tubuh, membantu untuk melakukan ketaatan dan lain-lain. demikian yang dinyatakan oleh Imam Nawawi dalam Syarah Shahih Muslim, 13/172)
source:sini
Ok..hari ni aku tanak tunjuk gambar masakan aku..hahahaha..nak tunjuk gambar masakan orang lain plak..hahahahaha..ingat dah tak tunjuk makanan kan??harap maklum, blog ini akan memaparkan gambar masakan hingga abes bulan puasa..hahahahaha..dah mcm cooking blog plak yer :)
Sempena keputerian keputeraan aku pada 6.9.2009 yang menginjak ke usia 27 tahun..muda lagi haku ni..blom masuk 30-an macam my hubby..muahahahaha..aku ingat nak selebrek secara kecil2an di sebuah fast food yang bernama Pondok Pizza..(Pizza Hut) Untuk jimat, meh kiter gunakan voucher RM50.00 yang aku dapat masa training ni kan..
source:sini
recommended for 4 persons • 2 Regular Pan Pizza (Supremes/Family Favourites) • 4 pieces of Breadstix (Parmesan) • 2 Coleslaw • 1 bottle of Pepsi (1.5lit) |
RM45.20 (save up to RM10.40) |
total :69.47 so hanya tambah 20 hengget jerlaa lebih kurang..
recommended for 6 persons • 1 Large Pan Pizza (Supremes/Family Favourites) • 1 Regular Pan Pizza (Supremes/Family Favourites) • 8 pieces of Breadstix (Parmesan) • 3 Coleslaw • 1 bottle of Pepsi (1.5lit) |
RM57.20 (save up to RM11.90) |
p/s: Long, ko mai laa umah aku, aku belanja makan pizza sempena bday aku..hikss..
kalo bawak hadiah lagi bagus..hehehehe..nak jugak hadiah tu..hehehehe
hubby cakap dier nak bagi hadiah sebab dier dapat BONUS RAYA...kami, tak dapat BONUS ker? kata SATU MALAYSIA. RAKYAT DIDAHULUKAN. PENCAPAIAN DIUTAMAKAN ...
cakap bergegar-gegar saja tak guna....opss :P
Thursday, September 03, 2009
Memperkenalkan.........(drum rolls sound)
Photo Tinks by WiddlyTinks.com
Semalam hubby bagi MC memasak :)
Semalam masa nak siap2 nak balik, hubby texting aku cakap, tak payah masak, masak nasi jer OK:) huhuhu...bestnya tak perlu memasak sambil berdukung :p
Semalam berbuka dengan Ikan Patin Tempoyak, Talapia Bakar dan Kerabu Perut.
Selalu tunjuk main course jer kan, hari ni aku tunjuk laa gambar dessert untuk berbuka puasa plak :P
Wednesday, September 02, 2009
Training @ Day 2
Yer la..Yer la..Training adalah tidak bosan dan amat menggembirakan sebab aku dapat voucher makan KFC/Pizza/Ayamas bernilai RM50.00 hahahaha...giler berlagak...malam tadi tanya my hubby, dier cakap dier pilih pizza :P so my birthday will celebrate kat Pizza dalam masa 4 hari lagi :) yeehaa...no birthday present for me from my hubby :( terpaksa di postponed katanya sebab tight budget dis mth...i need new baju raya, handbag raya n selipar raya ... nuha pun nak..dan tema adalah PURPLE :) wowieyy...patutlah tadak hadiah, permintaan raya yang tinggi...hikss :)
Malam tadi berbuka adalah pukul 9 lebih sebab my hubby lambat balik , motor dier masuk bengkel dan lambat siap...lepas masak sambil berdukung, berbuka puasa dengan puding roti + air coklat, aku solat dan tidurkan Nuha....pukul 8 lebih baru dier tido..dan aku kemas2 dapur yang aku tinggal sepah2 lepas masak...then mandi, pastu solat isyak sementara tunggu my hubby balik..dier balik, dier mandi dulu dan solat isyak baru laa makan...
Tuesday, September 01, 2009
Hari ni saya adalah training
Bosan..ada training sampai 3 hari..x sempat laa nak carik resepi macam ni....hahaha...
short entry for today :) adios...
Friday, August 28, 2009
Semalam saya adalah memasak....
Wowiey..akhirnya...penantian ku sudah berakhir..aku akhirnya bersilat jua di dapur pada hari ke er er 6 puasa erkk semalam..alamak, lupa oredi :) lepas amik Nuha, sampi2 umah, bagi dier mainan, terus masuk dapur gituh....
alamak berbau masakan lagik..kalah blog my hubby mcm ni..menu aku upload kat sana..mcm dah blog aku dah blog my hubby tu...
Thursday, August 27, 2009
Tragedi 330 pagi..
Malam tadi, pegi Tesco beli barang2 dapur, dengan jumlah penjimatan voucher sebanyak RM21.50 (paling banyak setakat ni), hehehe, dan jumlah perbelanjaan sebanyak hampir 3 ratus..mak ai..barang aku nampak tadak laa banyak mana...btol la skang ni, duit mengalir macam air..
malam tadi, sedang2 enak dibuai mimpi(lupa mimpi apa) , aku terdengar bunyi gedebuk macam nangka busuk jatuh gituh..automatik aku menjerit kat my hubby "Nuha Jatuhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh"...alahai..kesian my baby...my hubby cepat2 angkat dier yang jatuh tertiarap..bagi minum air dan nenenkan dier..serta baca doa syifa'. agaknya dier golek2...sebab dier suka golek2 naik atas katil sing;e yang aku letak tepi tilam tu...tersalah perhitungan laa kot..
Wednesday, August 26, 2009
Sampai Awal Pakai Selipar Jepun...
Hari ni aku sampai ofiz kul 652..tu time aku punch laa..sebab my hubby ada urusan di loji lain..so dier tak masuk ofiz dan terpaksa menggunakan kuda peliharaan kami :) hikss..sejak bila lak aku bawak kuda ni..terjebak dengan kak Pb..dier bawak unta..hikss..yang lawaknya, biasa kalo aku bawak Cinta Bersulam Rindu, pakaian rasmi aku adalah selipar jepun..rasa cengkam jer bila nak brek tu kan...hahahaha..tp hari ni kan, aku tidak memandu kerana sudah ada drebar :) my hubby laa kan..pastu kan, aku sudah lupa nak tukar selipar jepun ku menjadi selipar tidak berapa nak jepun selepas my hubby drop aku kat ofiz pagi tadi...aku lambai2 ala2 Lady D tapi my hubby memecut dengan kelajuan kuda..huhuhuhu.. harap2 aku tadak laa kena pi meeting ad hoc mana2..kalo dak jatuh imej aku sebagai penjawat awam atau kuli kerajaan ni (government servant)
Hiks..semalam..aku kan..konon2 nak masak la tapi my hubby ckp beli ajer..rupanya dier dah aim nasi beriani daging kambing...huhuhu..aku bengang btol laa kat penjual tu, ada ker patut tak tanya aku nak lauk apa..sekali dier buh ayam merah(dah laa part yang aku tak gemar) 2 ketul..walhal, my hubby nak beriani kambing...aku ckp la kat dier, eh, ni ayam berapa ketul? dua ketul laa..dier kater sebab aku tak ckp awal2..beruk btol..dah ko tak nyempat isi lauk tak tanya orang dulu apa hal? kalo laki aku beli , aku rasa mau makan penumbuk sedas..ni saper nak makan sampai 2 ketul ni? seb baik leh makan untuk sahur...kalo dak, aku makan nasi ngan telur jer laa utk sahur, so pagi tadi aku sahur nasi putih ayam merah la :P
Hari ni, semangat nak memasak meluap2..bukak2 pc terus cari resepi ikan pari asam pedas sebab semalam aku beli ikan pari, daun kesum, bunga kantan dan bendi...hikss :)
aku nak try resepi kak hanieliza ni laa :) tq kak..hikss
Kalo masak asam pedas sesuwai dimakan dengan apa yer?? ada cadangan tambahan??
p/s: aku tak tahan kalo tak buat entri tak berbau masakan..maafkan aku :)
Tuesday, August 25, 2009
Nyaris tak sahur...
Malam tadi, penat sangat sebab bunuh kapir banyak sangat makan :) my hubby beli lauk untuk berbuka..penuh satu meja :P jauh nuh beli, kat Langat...huhuhuhu...ada ayam masak merah, ada ikan percik, kerabu perut dan pajeri nenas (all time peberet my hubby :P) nampaknya nak kena belajar buat pajeri nenas laa pasni..hikss..
Pagi tadi, x kunci jam kat hp..seb baik body sign kejutkan aku tepat kul 5.30..sempat makan nasi dan minum air..huhuhu..laju gila makan..macam nak tercekik dah aku rasa..seb baik Nuha tido nyenyak..siap tido kat katil sebelah lagik..lawak btol..
lepas usai makan segala, Nuha bangun mintak nenen..huhuhu..milk supply pagi2 hari meriah..Nuha plak nenen sampai kul 6.20, waktu aku mandi..huhuhuhu..terpaksa buat susu botol plak sebab takut lewat plak..huhuhu
Kan dah ngantuk....sepanjang perjalanan ke rumah pengasuh, Nuha layan mata..kalo aku layan sekali, lingkup kereta..huhuhuhu..aku pun ngantuk pasal rasa macam tak cukup tido..huhuhu..
Hari ni aku nak siapkan sistem untuk training web..dah hampir siap..berkat bulan puasa sebab tadak break pi bfast dan amik air kat pantry :) banyak betol rupanya waktu dihabeskan selama ni..baru aku perasan atau buat2 baru perasan..hikss..
Bulan2 puasa ni , aku rindu ikan percik abah dan bubur lambuk ma....huhuhu ..nak balik kg :(
p/s: Last year memang heaven, sebab sebulan berpuasa di rumah kat kampung..huhuhuhu..even tak leh pose sebab tengah pantangkan nuha..5 hr jer sempat pose :) tahun ni, puasa kat sini first time sejak kawen bersama my hubby dan my nuha..double happiness :) sedih woo saat tu,teringat kat my hubby terpaksa bukak pose sorang2...skang, walaupun aku masak nasi jer (baru semalam) tapi tengok dier makan depan mata aku, hilang sedih tu :)
p/s: hari ni entry berbau makanan..maaf laa kalo aku buat kalian terliur..air liur aku pun menjejeh jugak :P
Monday, August 24, 2009
1st Day puasa...
Ucapkanlah Selamat berpuasa pada aku! Sebab hari ni adalah hari pertama aku puasa..my hubby senyum gembira ada makna :) sebab dapat berbuka bersama2. korang pk aper?..bukan dah 2 hari ker aku berbuka bersama2 dengan dier?hahahaha...x kan tengok sajer kan? aku makan thari dengan Nuha ala kadar ajer..hari sebelum tu, makan nasi putih , ikan masak sambal dan telur dadar jer..pastu semalam, bihun rebus jer pun :P
Hari pertama puasa pegi pasar ramadhan Padang Jawa, beli nasi kerabu + kueh + air tembikai..my hubby pun makan nasi kerabu + pengat pisang + air tebu :)
Hari kedua puasa, pegi pasar ramadhan Sek 18, aku beli nasi ayam ayam panggang + laksam utk my Nuha(last2 aku makan sebab dier x nak , geleng2 kepala) + kuih akok..(eh sayang, memang mcm tu laa rupa akok kelate :P) bleh sayang baca di entry ini :P tapi yang beli semalam kurang sket kekedutannya..i miss akok kedut kat pasar pasir puteh tu :P tapi my hubby x puas hati, terjah plak pasar ramadhan sek 7 tu nak beli lauk utk dier makan sahur lewat malamnya :) pagi tadi aku sahur, nasi putih + telur dadar + kicap..hikss..aku memang x reti tak sahur, my hubby lak x leh sahur sebab nanti dier muntah..pelik kan?so kena sahur sorang2 jer :(
Hari ni nak berbuka aper plak? azam nak turunkan berat badan sket bulan2 pose ni..Insya Allah...
Friday, August 21, 2009
2 kali setahun kuar tv :)
Thursday, August 20, 2009
Pose jangan tak pose :)
Salam semua...
Aku ingin mengucapkan selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak Majid kepada sahabat taulan tak kira dimana berada..semoga dapat mengharungi cabaran berpuasa kali ni dan dapat menyempurnakan ibadah ini dengan jayanya..Insya Allah..
pose jangan tak pose tau..
solat terawikh jangan dilupakan..
moreh tak per kalo nak lupa..hahahaha
Baik masak jer dari pegi beli kat Pasar Ramadhan..takut rambang mata..
Bukak puasa tu berpada-pada laa..jangan penuh satu meja....
p/s: kesian my hubby sebab kena berbuka sendirian pada hari pertama puasa..aci tak kalo aku temankan?hihihihi..aku masih lagi blom buleh puasa...sedihnya rasa..
To AG, semoga hang cepat sembuh naa...sian ko, siap jangkit lak dari aku demamnya...huhuhu
p/s: ni gambar aper hah? seingat aku, aku tak penah snap pic ni..tapi tetiba ada dalam hp aku..magis kan? atau ini ilham utk aku buat utk juadah berbuka yang pertama nanti??huhuhuhu
Wednesday, August 19, 2009
MC 2 hari
Aku batuk , demam dan selsema..pegi DE*MC, doc bagi MC 2 hari..nak melompat
seb baik my Nuha tak terjangkit dek aku....Alhamdulillah....Ingat nak pi antar dier umah pengasuh tapi sian plak, so aku jaga dier laa selagi termampu...buat laa sepah nak, semahunya...Ummi tak sihat ni...aku baring..tengok2 abes kad-kad ATM bersepah, cover kad tesco hilang, duit bersepah2 kat lantai..mainan dier tok sah citer laa..ngan paper lama...mak ai, macam kapal karam umah aku..huhuhu
doc, tambah laa MC saya jadi 4 hari lagik..huhuhu..kalo laa buleh kan..
hari ni aku duk batuk kung kang kung kang lagik kat ofiz..nak makan ubat batuk, kang ada yang high kat ofiz..hikss..my hubby drop aku 640 kat ofiz sebab dier nak guna kereta...huhuhu....ngantuknya kena mangun awal..ok laa..nak sambung buat keja yang tertonggak
Friday, August 14, 2009
Kereta nape ko x idop :(
Hari ni nyaris lagi aku bercuti..keta tak mao idop..seb baik Nuha aku dah hantar umah pengasuh..keta aku tak idop tepi umah pengasuh..seb baik Niza amik aku..terima kasih Niza..Terima kasih Ad sebab antar aku ke pomen dan belanja makan ABC+ nasi putih + ikan keli bakar +sayur lemak pucuk paku..wah marbeles..tapi biasalah dasar pelahap..mana nak sempat amik2 gambar kan..hikss
p/s: terima kasih juga kepada kepada yang tolong tolak keta aku-kalo dier baca la...
hari ni aku adalah mood beku...sakit tekak sebab aku abeskan duku yang Raa bagi hari tu..aduhai..nyesal tapi dah kenyang pun...semalam Nuha la buat perangai tak mo tido..huhuhu..
sakit kepala2 aku ni..lagi penat yer jadik suri rumah sepenuh masa ..i tabik spring laa bagi ibu2 hebat kat luar sana tu...
Happy weekend semua!! Minggu ni ada kawan2 ku nak datang...aku buat nasi ayam jer..cheeh..siap ckp awal2..aku buat mee semua muncung..yer laa..semua perut nasi...hikss...