Thursday, March 24, 2011

Jangan tersalah pilih program untuk elak permohonan ke IPT ditolak..

Result SPM dah keluar kan semalam. Tahniah buat dua anak buah yang menduduki SPM. Tak kisah dapat berapa dan jangan ingat kalo result tu teruk adalah pengakhiran sebuah kehidupan.Jauh lagi perjalanan yang kena tempuh tu.

Aku bukan pelajar cemerlang sekolah jugak masa SPM tu tapi still dapat pangkat 1 lah dan layak ke IPTA walaupun UiTM jer..Tapi UiTM jer pun, dapat jugak masuk universiti kan..

Korang tahu tak program apa yang korang nak pilih masa buat pilihan program atau kos ke IPTA/kolej/IPTS dulu? Atau korang main taram ajer nak kos apa, last-last tak dapat pun kos yang korang nak tu...

Ada jugak, dah pilih-pilih program dan dapat masuk IPTA/kolej/IPTS tiba-tiba kos/program yang dipilih tu tak sesuai dengan jiwa.Belajar separuh kena tendang, atau pun diberhentikan.Susah kan??






Sekarang ni macam-macam medium ada, contoh kat UiTM sendiri ada Ekspo Selangkah ke UiTM.Korang boleh tanya prospek kerja dan sebagainya kepada orang yang jaga booth tu. Kalo dulu, aku dah la kat kampung sana tu, nak pergi event2 macam tu tak tahulah ada ker tak. Nasib baik aku ada idola, so tahu lah nak pilih kos apa. Aku memang minat mengadap komputer masa tingkatan 1 lagi sebab admire dengan Cikgu Zainab yang ngajar aku subjek komputer masa tu. Terima Kasih cikgu, dirimu sumber inspirasi ku :)

So, bila isi borang, program pilihan pertama aku adalah DIPLOMA SAINS KOMPUTER :) dan grad dengan bintang * kat tepi nama buku konvo :) Lepas tu sambung ijazah, IJAZAH SARJANA MUDA KEJURUTERAAN SISTEM. Tak jadi jurutera tak per lah, janji kos aku ada iras-iras jurutera gitu..hikss :p

Sekarang ni, siap ada sistem untuk cek kelayakan program apa yang korang layak pilih berdasarkan keputusan SPM/STPM/Matrikulasi  korang untuk ke IPTA...

Untuk semakan, Program apa yang anda layak untuk ke IPTA boleh klik sini laju-laju...
Cara-cara nak guna sistem, boleh rujuk sini laju-laju...

Ni kos yang aku layak pilih jika SPM dengan 10A+ dulu :p
Nyesal pulak tak belajar sungguh-sungguh :p

Mudah sungguh kan ...Terima kasih kepada developer sistem ni !!


p/s:

Terkenang-kenang SPM 99...


 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)