Friday, July 11, 2014

Koleksi Tupperware Ungu dan Pink

Awas : Entry makcik-makcik sahaja :p Sejak dah jadi peminat Tupperware Brand Malaysia ni, mula la nak menayang koleksi terkini. Rasanya dah lama tak update. Dah menimbun tupperware dalam almari tu..kekeke.My hubby cakap guna jangan simpan. Ok, saya guna lah ni.


Ok, hari ni saya nak tayang koleksi tupperware saya yang bewarna ungu dan pink. Sebagai peminat tegar dua warna ni, haruslah kalau ada keluar warna tu saya cepat-cepat beli kalau berkenan dan harga mampu milik sahaja. Sebenarnya biasa saya beli satu set, dan dalam set tu ada terselit warna kegemaran saya. So, bukan warna ungu atau pink saja saya beli :p

Tumpang lalu tupperware nak posing..

Eh tertinggal lagi 2 ketul..

Ini yang ada dalam peti ais . Syok jer bersusun kat freezer tu. Lauk tengah penuh, bulan puasa kan.


Yang ni fridge water bottle.Yang ni ada dalam peti.

Yang ni ada seketul warna purple, lupa nak snap 


Yang ni pun ada 2 ketul..lupa nak snap 


Yang ni tak der lagi. Nak aim yang ni kalau ada akan datang..hehehe

Sekian, entry tunjuk2..

Korang suka koleksi tupperware warna apa?

Tupperware tupperware jugak, Jangan lupa derma untuk tabung Aman Palestin..
Mudah saja, Taip jer kat SMS tu

Palestin 3/5/10

Send to

39111


Jom beli tupperware  : [ klik sini]
Basuh kereta hari minggu disini : [klik sini]

Wednesday, July 09, 2014

Tukar duit raya dan Sampul Raya UiTM 2014

Korang dah tukar ker duit raya ? Saya belum lagi. Tadi singgah Affin Bank, ternampak notis pertukaran duit raya. So, boleh la standby duit dalam akaun affin bank untuk tukar duit raya nampaknya :) Jiran saya kebetulan kerja Affin Bank ni, kang nak suruh dia tukarkan . Tapi selalu Kak Long saya yang juga orang bank tukarkan. Korang pulak bagaimana tukar duit raya? Tak sanggup dah alami pengalaman tukar duit raya sampai 2 jam .


Jangan lupa 16/7/2014 @ Affin Bank Berhad 
9.15 pagi hingga 2.30 petang sahaja.



Sampul raya UiTM 2014. Design makin lama makin tak menarik..Opsss :p


Korang dah dapat ke sampul raya  ?? Siapa pengumpul sampul raya ? Nak reserve siap-siap kalau ada orang mintak tapi sampul jer la bukan duit :)



Tuesday, July 08, 2014

Pengat Nangka Untuk Juadah berbuka

Saja nak share resepi ni. Resepi syok sendiri jer pun. First time saya buat Pengat Nangka ni. Saya pun dah lupa pernah makan ker tidak. My hubby selalu makan sebab mak mentua saya selalu buat katanya. Petang tu hubby bawak balik nangka dan suruh saya pengatkan. Dia tak tahu isteri dia ni main hentam keromo ajer resepinya. Tapi rasanya sama macam buat pengat pisang jer saya rasa. Cuma tukar jadi nangka.

Resepi Pengat Nangka ala elissmie 

500 ml santan ( 2 kotak santan)
1 1/2 cawan air 
Nangka ( lagi bagus nangka madu yang berwarna kuning sebab lebih keras) 
2 ketul gula melaka ( kecil)
1/2 cawan gula 
Secubit garam
* optional - Sagu ( Dibasuh dan direbus hingga jernih dan dituang ke dalam pengat) 






Didihkan santan bersama air dan gula melaka. Masukkan secubit garam. Bila semua dah larut, masukkan nangka dan panaskan sebentar. Kemudian masukkan sagu. Dah boleh makan :) Saya suka simpan dalam peti dan makan sejuk-sejuk :)


Jom Masak ! Memasak itu mudah dan menyeronokkan bukan ? :) 


Friday, July 04, 2014

Tips Shopping Untuk Ibu Mengandung di Bulan Ramadhan

Amboi kemain tips yer . Tips shopping pulak tu. Ibu yang sedang mengandung mesti laju-laju klik entry ini. Apa lagi tips kalau bukan online shopping!! Mudah bukan? Tak perlu bawa perut yang sedang sarat dan berdepan dengan panas membahang dan lautan manusia. Duduk relaks-relaks di bawah hembusan aircond pasti menyamankan ( kebanyakan orang shopping online adalah masa bekerja , maafkan saya dengan izin :p Setuju ? ) hahaha . Sebab hari minggu dah boleh offline shopping .Straight tu the point, kali ni nak share satu website yang bukan sahaja untuk ibu mengandung tapi ibu yang telah mengandung dan sesiapa sahaja yang ingin shopping barangan ibu dan anak iaitu Qbaby shoppe


Rugi terlepas shopping online kat sini sebab sekarang tengah ada Sale di Qbaby Shoppe . Jom kita preview sket-sket barangan yang ada dijual di Qbaby Shoppe ni. Lepas tu korang berminat terus pergi terjah website tu laju-laju ok !

Dreamgenii 2-in-1 Pregnancy Support & Feeding Pillow
RM150 RM 339 

Medela Freestyle Breastpump with Free Gift 
RM1399 RM 2219 (6mon warranty)
RM1449 RM 2219 (1 year warranty)



Fisher Price Newborn To Toddler Portable Rocker
RM200 RM 349 


Autumnz Double Zip Lock Breastmilk Storage Bag 7oz
RM10.60 RM 12.90 


 Anbebe Baby Seat *Free Play Tray*
RM169.90 RM 199.90 
Arielyx Non-Contact Infrared Forehead Thermometer
RM119.90 RM 149.00 

Macam mana ? Teruja tak ? Tak puas tengok barangan ibu dan anak lagi? Jom la cuci mata di QbabyShoppe yer dan kalau lebih sangat teruja tu teruskanlah membuat pembelian di  Qbaby shoppe dengan segera yer :) Jangan lupa LIKE Facebook https://www.facebook.com/qbabyshope agar tidak terlepas update barangan-barangan yang terkini  :)


Sebarang pertanyaan boleh la berhubung terus dengan pemilik QBABYSHOPPE seperti kat bawah ni :-

Address:
QBaby Shoppe
No 7, Jalan Platinum 7/45A,
Seksyen 7,
40000, Shah Alam,
Selangor

Telephone:

+60123826141



* This is sticky note entry. Sila skroll kebawah untuk entry yang terbaru  :) Advertise here?   

p/s:

Ada tak sesiapa berminat nak mengiklankan blog peribadi  atau blog bisnes serendah  
RM 3/Sebulan disidebar ? Terendah dipasaran. Tak dapat kat belog lain punya . 
Kalau beriklan  6 bulan dan keatas, korang akan dapat satu review yang bernilai RM50 secara PERCUMA.
Tiada Banner? Boleh saya designkan  sekali siap animation seperti contoh kat sini atau sidebar.

Thursday, July 03, 2014

Terlepas sahur , FM dari Mekah dan Supper @ Concorde Inn

Pagi tadi terlepas sahur. Yang paling kesian my Nuha sebab dia beriya-riya nak sahur dengan balance tom yam ayam malam tadi. Malam tadi makan siap bertambah-tambah sebab tom yam ayam tu antara lauk kegemaran dia dan ummi dia juga :p Tapi dia nak puasa jugak. Bila di selidik, rupanya dia takut tak dapat hadiah dari kami kalau tak puasa hari ni. Rupanya tu kekuatan dia selama beberapa hari berpuasa ni. Tadi dia pulangkan paku buah keras, bukannya mati pun kalau puasa !! hahaha . Sekejap lepas tu, Ummi, kakak lapar..hahaha.Kalau dia mampu bertahan, tak tahu lah. Tadi dah pesan kat cikgu kalau dia lapar bagi dia berbuka.

Ni FM dari Mekah yang saya dapat dari kazen my hubby yang pergi menunaikan umrah hari tu.Diorang pergi umrah dengan kereta sebab sekarang bekerja di Qatar. Untungnya.Terima kasih Mie dan Jue :)


Banyak FM saya yang dah terkorban :((


Baru-baru ni , diorang pulang Malaysia 3 minggu bercuti. So kitorang jumpa diorang dulu sebelum berangkat balik ke Qatar.Macam tahun lepas jugak, kami jumpa di Concorde Inn dan supper di Melting Pot . Diorang ni jumpa setahun sekali tapi cepat mesra. Mungkin ada hubungan darah kat situ kan :) Dah la muka iras-iras ajer :)

Di Melting pot, orderkan anak-anak banana boat ! RM7.90 untuk 3 skop aiskrim dan pisam..hurmmm...

Damia dan Nayla 



Kemain posing masing-masing tak nak kalah

Humairah, Nuha dan Damia


Kaum bapa pun nak posing :p Dua-dua kurus masa pertama kali ku kenali , sekarang dua-dua dah bam bam..lalalalarikssss :p


Selain FM, dapat perfume sekali :)

Baju ni untuk my Nuha. 


Ok..Sampai sini dulu ! Selamat berbuka yer :) Harap-harap jalam tak jem tapi hari ni hubby cakap beli jer lauk tak yah masak tapi ruginya pahala memasak untuk orang puasa !


Wednesday, July 02, 2014

Jubah dan Dress Sedondon Ibu Dan Anak Raya 2014

Dah mula dah cerita pasal baju hari raya. Hello ni baru puasa hari keempat. Eleh cakap orang, entah-entah korang dah sebulan baju raya dah siap dalam almari kan ? hahaha. Tema warna yang dicadangkan oleh my hubby adalah maroon.Terlebih excited my hubby tahun ni siap cadangkan warna gitu. Rupa-rupanya sebab dia nak ulang pakai baju melayu yang warna maroon tu. Semalam siap pakai dah baju melayu maroon tu pergi sembahyang terawikh dah. hahaha


Tahun ni saya cadangkan pada hubby, saya dan anak-anak nak beraya pakai jubah atau dress. My hubby ikut jer sebab comel jer anak-anak pakai jubah atau dress kan. Tapi yang tak best tu takut tak der saiz untuk my Nayla. Dah la masih boleh pakai baju untuk 9 bulan tu padahal dah masuk setahun setengah 6 hari lagi ! Aduyai.. Jom la kita google design mana yang berkenan. Kalau tak jumpa offline, kita beli online sudah kan...Tapi kebanyakan saiz yang ada bermula dari 2 tahun.huhuhu. 





Material : Lycra Korea
Mak : RM99 (tak masuk pos)
Anak : RM79 (tak masuk pos)



RM205 adalah harga set ibu + anak + postage



Harga Jubah Dewasa RM 95
Harga Jubah Kanak-kanak RM 65
FREE POSTAGE









Jubah/dress ibu dan anak yang mana satu yang korang paling suka ? 

p/s;
kalau korang ada jual dress atau jubah sedondon saiz plus untuk ibu dan anak untuk 1 tahun dan 6 tahun, boleh drop komen kat sini yer :) #sayatidakjual #tolongpromoteajer


*Entry ini bukan advertorial . Link-link yang dipautkan atas inisiatif sendiri.Harga yang dipamerkan mungkin berbeza dengan harga semasa. Semoga bermanfaat !

Monday, June 30, 2014

Pengalaman pertama kali anak berpuasa

Hari ni nak kongsikan pengalaman pertama anak saya iaitu my nuha berpuasa. Alhamdulillah, semalam mampu berpuasa penuh sampai waktu berbuka setelah bermacam-macam drama yang keluar termasuk drama air mata. hahaha . Mungkin entry Cara Melatih Anak Berpuasa yang saya kongsikan dulu boleh dipraktiskan. 

Waktu sahur, saya panaskan mee goreng baki malam tu dan gorengkan telur goreng. Siap-siapkan buat air milo ais dan kejut dia bangun. Mudah sekali dia bangun sebab sebelum tidur dah tanya dia nak puasa tak esok. Dia kata nak. Kalau nak kena bangun sahur saya kata. Dia pun dah faham sebab selalu duk ulang-ulang tengok Upin dan Ipin episod Ramadhan tu kan. 


Berselera sekali makannya waktu sahur tu. Sepinggan mee habis dimakannya. 

Semalam, awal pulak bangunnya pagi tu. Saya pulak, lepas Subuh penat sangat tertidur balik.Sebab malam tu dekat pukul 1 pagi baru sampai rumah dari KL hantar anak buah hubby ke rumah sewa dia. Dah awal tu dia tengok TV. Pukul 10 lebih dia kejut saya, Ummi saya lapar sangat dah tak tahan. Terus saya bangun duduk dengan dia dan pujuk-pujuk sambil cerita pasal orang yang kat Afrika ada yang tak makan sampai kurus kering bukan setakat sampai pukul 7 ajer. Saya kata, kakak mesti boleh punya tahan sebab masih boleh bercakap lagi. Nanti kalau kakak lapar sangat sampai tak boleh bercakap, baru Ummi bagi makan. 

Petang tu, Abah dia janji akan belikan hadiah kalau dia puasa penuh sebulan ni. Muka dia dah excited sangat tu sebab akhir-akhir ni memang jarang belikan dia mainan sebab lebih belikan dia buku atau stationery. Lepas tu pujuk-pujuk dan tanya dia nak makan apa untuk berbuka. Dia request Nasi Lemak Ayam Goreng. Petang semalam, kami ke bazar Ramadhan di Seksyen 7 Shah Alam memenuhi kehendak orang yang pertama kali puasa ni. Alhamdulillah, ada rezeki dia Nasi Lemak Ayam Goreng Berempah . Tercari-cari gerai Mak Uda Selera Pantai Timur tapi tahun ni macam tak der jer.Sobs. Tapi nasib baik ada gerai lain yang jual Nasi Minyak dan Nasi Dagang juga dan boleh tahan masakannya. Gerai tu paling hujung tepi jalan kalau nak cuba yer :) Ada banner Nasi Dagang Penyu Menangis tak silap . Lupa nak amik gambar gerai. 


Alhamdulillah, berjaya my Nuha mengharungi puasa di hari pertama dengan jayanya. Makan pun banyak ...hihihi


Dr Mohd Fadhilah Kamsah kata, nak ajar anak puasa, ajar anak solat dulu . 
#telekungselfie #telekunglycrarm35 

Hari ni bekalkan dia 2 ketul roti ni sambil pesan ' Kalau kakak lapar sampai tak boleh bercakap baru makan roti ni tau ' ....hahaha . Harap-harap cikgu pun memberi sokongan moral untuk anak mak hari ni :p

Updated : Hari kedua gagal puasa sebab cikgu ajak dia pergi makan. Aduyai.. Dia cakap dia malu sebab puasa! Apakah ? Apakah ? Harap-harap hari ni dia mampu berpuasa lagi...Tadi tanya cikgu, cikgu kata ingat dia tak puasa..Padahal dah cakap masa hantar semalam.

Korang start melatih anak-anak puasa dari umur berapa ? Ada tips yang ingin korang kongsi tak ? #seconddayfasting


Thursday, June 26, 2014

Pengalaman pertama menghadiri grading Koryo Taekwondo

Hari sabtu lepas, my nuha ada grading taekwando dia yang pertama. Majlis berlangsung di SK Setia Alam. Saya pulak yang terlebih nervous mengalahkan anak yang steady ajer. Dah la baju taekwando dia , hari grading tu lah baru nak dapat. Cikgu dia terlepas pandang yang my nuha dah bayar baju taekwando tapi still tak dapat baju. Mak pulak sengal sebab ingatkan anak mak sorang jer belum dapat baju..huhuhu



Katanya start pukul 1.30 petang tapi 2.30 petang baru mula. Panggil nama ajer dah sejam sebab ada banyak ragam anak-anak ni. Ada yang dari tadika, sekolah rendah dan menengah sekitar situ la kiranya ni sekali harung.


Tengah menunggu untuk beraksi

Cuaca yang panas. Sempat berkongsi air dengan kawan baik,Aimi. 

Yang belakang dia tu la cikgu dia , Sir Rizman. 

 Serius sangat anak mak :p

Dah lepas grading ni..


I'm proud of you dear. Tak sangka anak mak ikut arahan :p

My two lovely princess :)

Haruslah muka mak pun nak enterfame :p

Jom la layan video semasa sesi grading dia tapi tak habis videonya..





Terjumpa Kak Ros, http://littlemamadiary.com/ tapi lupa pulak nak amik gambar.4 tahun tak jumpa. Tayang gambar lama lah yer :p ( entry lama : http://www.elissmie.com/2010/01/mbp-rock-world.html ) Izzah pun dah besar gitu.Sama jugak grading untuk tukar tali pinggang kuning. Ingat zaman sekolah dulu, lain sistem taekwando dia.First grading dapat calit kuning tapi yang ni tali pinggang kuning.Mungkin lain-lain badan taekwando lain sistem nya.



credit http://koryotaekwondo.com.au/

Lepas dah habis grading, boleh terus balik. tak sampai 10 minit rasanya tapi nak menunggu panggil nama tu sejam. So lepas ni, tak perlu rushing-rushing sangat untuk majlis grading taekwando ni. Nasib baik my Nayla tak banyak ragam. Seronok jer tengok  kawan-kawan ramai.

Korang pernah attend grading taekwando? Pernah belajar taekwando tak ? 
 

Wednesday, June 25, 2014

Pernah mengira guna batang aiskrim ?

Hari ni entry nostalgia @ elissmie. Korang pernah mengira dengan batang aiskrim tak ? Ingat masa sekolah rendah, siap kumpul batang aiskirm gitu untuk mengira dalam kelas. Ada jugak yang bawak lidi kan. Nostalgia sungguh kan. Even tak berapa minat matematik, tapi rasa seronok jugak dapat mengira guna batang aiskrim .



Ni pulak batang aiskrim yang saya jumpa kat Tesco Shah Alam. Dah tak perlu kumpul batang aiskrim sendiri sebab siap-siap ada jual. Menarik kan ? Ada 2 jenis. Satu kayu dan satu jenis foam. 

Harga RM8.90 untuk jenis foam tapi yang kayu tu tak tertengok pula harganya.


Hari tu, my hubby nak carikan my Nuha sempoa tapi jenis yang manik warna-warni sebab nak ajar dia mengira. My Nuha ni nampak suka jugak matematik. Harap tak tiru gen kami berdua yang tak suka matematik.hahaha.Puas my hubby cari kat kedai stationery tapi tak ada .Last-last jumpa kat kedai runcit kat area Dengkil.
Klasik sangat kan ? RM5.90 jer 


Kalau nak beli jugak, Ni hah kedai dia, my hubby cakap kat kedai india muslim tepi masjid Dengkil.

Semoga my nuha semangat nak buat kira-kira :p


Korang mengira guna apa masa kecik-kecik dulu?
#nostalgia@elissmie


 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)