Showing posts with label pixajoy. Show all posts
Showing posts with label pixajoy. Show all posts

Thursday, September 29, 2016

Name Card 100 Keping Percuma Dari Pixajoy Malaysia

Orang lain dah lama dapat name card percuma , kita baru terhegeh-hegeh nak redeem. Sebenarnya hari tu ada tertengok FB Mamatisya cakap dia dapat name card percuma dan katanya semua orang pun boleh redeem. So terus la cepat-cepat grab kan. Sekali ada tempoh dua minggu sahaja. Bila nak redeem dah tak boleh. Terpaksa buat email lain pulak sebab nak redeem percuma sekali lagi. Kalau tidak dah dapat 2 kotak dah name card. hahaha. Tak apa, bulan depan cuba lagi. Sebab boleh redeem akaun yang sama sebulan sekali sahaja. So apa tunggu lagi ? 




Boleh guna online editor untuk  mudah dan ada pelbagai template yang boleh dipilih. 


Kalau keluar macam ni maknanya korang dah redeem atau dah lebih 14 hari dari tarikh redeem :p Bertabahlah tunggu bulan depan atau buat akaun lain pulak. 

Shipping fees to West Malaysia are RM8.48; East Malaysia are RM12.72; Singapore are RM25.44 (inclusive of 6% GST).

Postage tetap kena bayar ok ! 


Ini saya punya. Design sendiri dengan penuh kasih sayang :p Saya punya untuk kegunaan pejabat.
Memang cepat servisnya dan terbaik lah. Hari Jumaat submit order, Isnin dah sampai. 

Selain business card korang boleh buat : 

Musim orang kawen kan, sesuai jugak ni letak kat gift .

Untuk event atau birthday pun boleh jugak . 

Parent Card - Boleh letak nombor telefon kita atau suami untuk beg sekolah anak atau anak nak pergi trip ke letak dalam dompet . Nak buat lah bulan depan :p


Korang dah dapat Name Card 100 Keping Percuma Dari Pixajoy Malaysia? 


Maha Berkat (serta Maha Tinggilah kelebihan) Tuhan yang menguasai pemerintahan (dunia dan akhirat); dan memanglah Ia Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu  ( Al Mulk : Ayat 1 ) 


 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)