Showing posts with label personal events. Show all posts
Showing posts with label personal events. Show all posts

Monday, May 20, 2024

Selamat Hari Guru & Sheriff : Narko Integriti


Assalamualaikum. Rasa tak terlambat lagi nak mengucapkan Selamat Hari Guru dan Al Fatihah buat semua guru yang pernah mendidik diriku samada yang masih hidup dan yang telah pergi terlebih dahulu meninggalkan kita. Semoga mendapat pengakhiran yang baik ( Husnul Khotimah) . Terima kasih kepada guru pertamaku, arwah Abah dan my Ma. Terima kasih jugak buat semua guru anak-anakku. 




Small token appreciations untuk hari guru dari anak-anak. 


Untuk guru tadika my Nawfa. Hadiah Nawfa pilih sendiri. 



Untuk guru My Nuha. 



Setelah ditutup kotaknya. Satu kotak lain sebab mak dia terkoyakkan kotak. haha


Untuk guru my Nayla sebelum dideko. 


Sedang deko


Hasilnya. Hasil keras tangan. hahaha




Weekend hari tu, Sabtu my hubby ajak tengok wayang sebab anak-anak nak tengok wayang. Layankan ajer. Maknya baru nak marathon tengok Queen of Tears. hahaha. Terpaksa tangguh la sekejap bawa anak tengok wayang. 


Beli je tiket online. Datang pickup popcorn & masuk tunjuk QR je. 


Lepas abes wayang. Muka ada happy la semua. Mak stress sebab 5 kali ulang pergi toilet. My Nawfa lahkan siapa lagi. Kacau line btol. Overall, saya bagi 5 bintang. Tak sempat nak bosan tapi dah abes. Tapi ending tu macam tak ada sequel. Mungkin prolog lah kot. 


Wefie , 5 of us. Lepas ni cerita apa pulak?


Balik tengok wayang sempat masak nasi ayam lagi untuk lunch. Alhamdulillah. 





Tuesday, May 14, 2024

Lunch Date @ Shell Out , Vista Alam , Shah Alam

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. 

First of all, Happiest birthday Faidah. Semoga diberkati dan dirahmati Allah sentiasa. Didoakan agar diberikan keampunan bagi umur yang telah berlalu, keberkatan pada usia yang mendatang, dilapangkan & dilimpahkan rezeki, diberikan kesihatan berpanjangan, diberikan kemudahan dalam semua urusan yg baik, sentiasa istiqomah dijalan yg benar serta  dianugerahkan kebahagiaan di dunia & akhirat.
Amin Ya Rabb...


Tahun lepas Ida belanja kami kat sini : 


Kali ni Ida pilih dekat area Seksyen 14 pulak. Mula-mula nak makan kedai Ustaz Don tapi Hari Jumaat pulak sebelum Jumaat dah tutup kedainya. So cadang nak makan kat Nippon Sushi tapi sebab walk in, ramai pulak orangnya. So kami pusing-pusing cari kedai lain. So terjumpa lah Shell Out . Deko dalam dia pun instagrammable so kita terjah je lah kan. Tq Ida belanja kami lagi. 



Kami amik set Lunch ni. Tak silap ada promosi RM19.90 masa tu. 


Sebelum makan amik gambar dulu. hahaha. Tapi mana gambarnya ntah. 


Kita wefie dulu la


Kali ni duk sebelah Ad. Selalu asyik sebelah Ida je. hahaha



Satu lagi 


Eh satu lagi. Love pulak. Tak payah bayar kodak kan.

 
Ida dan Kak Ema


Posing di meja makan dulu 


Love


ILU . haha


Tq Kak Ema untuk ole-olenya dari Bandung



Sebelum balik posing lagi 


Overall Shell Out , makanan semua ok ( 4/5 bintang ) . Ruang makan pun luas dan selesa. (5/5 bintang)



Shell Out® Vista Alam

B - LG -6, Vista Walk @ Vista Alam Jalan Ikhtisas 14, 1,
 Seksyen 14, 40000 Shah Alam, Selangor

Mon – Sun
11:30 AM – 10:00 PM






Tuesday, April 16, 2024

Raya 2024 #teamrayaterengganu #teambluemintbrown


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera. Hari ni dah ramai masuk ofiz ke? Kita mulakan dengan throwback hari raya . Sebelum tu masih belum terlambat kan nak ucap Selamat Hari Raya Aidil Fitri Maaf Zahir dan Batin kepada semua pembaca belog elissmie.com yang masih sudi menjengah belog ni. Korang dah mula ke puasa 6 atau puasa ganti? Kita baru hari kedua. Ahad lah kot baru raya 6. hehe

Kita buh balik entry Raya throwback dari 2007- 2024





Tahun ni turn pagi raya kat rumah mak mentua. Kitorang gerak dari KL pukul 9 pagi , dalam pukul 2 lebih dah sampai kampung. Jem sikit tapi lepas Bentong tu dah clear sangat dah. Sempat lah singgah bazar Ramadhan Paka cari makanan sebab turn tidur rumah mak mentua dulu. Gilir-gilir macam tuh la dengan cuti yang terhad. Pagi raya tu mak mentua nak bangun pukul 4.30 pagi untuk siapkan nasi dagang 2 kilo untuk makan anak beranak je. Merasa makan nasi dagang mak tahun ni. Saya tukang hiris bawang merah dengan halia je. hahaha. Lepas tu tolong mak angkat kukusan dan gaul balikkan nasi dagang tu. Sejam jugak kat dapur baru siap. Nampak mudah. Resepi pun dh ada, nanti lah kita try buat. hahaha. 

Pagi raya dimulakan dengan Solat Sunat Aidil Fitri kat Masjid Jamek , Paka. Lepas tu ingat nak balik rumah my ma dan lawat kubur Abah tapi my ma dan keluarga Ngah datang rumah mak mentua saya. So kitorang ikut family my hubby pergi raya belah my hubby dengan Kak Ngah my hubby. 2 rumah je sempat sebab my Nawfa melalak nak tukar baju. Sabar je lah. 


Berdua dengan mu


Bergambar berdua dulu bikin romantis 


Bersemut tak


Bergambar dengan keluarga kecil saya


Bersemut lagik. My hubby tak jumpa baju raya dia berkenan. So dia recycle baju raya 2020. Tak apalah. Biasa pun tak berapa nak sedondon sangat pun. hahaha. Janji mak dengan anak-anak baju baru .



Bergambar dengan syurga kami, ayah mentuaku. Masa ni mak dah tergolek sebab demam



Bergambar dengan syurga kami, my ma




Anak-anak dengan Kak Nina


Gambar Long & Kak Long #teamrayakedah


Gambar keluarga Ngah


Gambar keluarga Eg #teamrayajohor


Same genetic detected 



With sepupu kembar my hubby dan anak-anak dia


Ni kat rumah mak sedara my hubby, Mak Cik Lah



Family my hubby, spot the family influencer, hasifchoy  😅




Petang raya macam biasa, haruslah ke Pantai Paka buat outdoor photoshoot macam biasa berbekalkan batu as tripod. haha. Jom lah layan gambar. 












With anak-anak dara 



Bawak my ma ziarah kubur Abah. Raya ketiga baru berkesempatan. 





Hari sebelum balik ke rumah mentua, missing Danish, Long, Kak Long n Ummi, dah kerja. 

Kita gerak balik KL hari Sabtu, gerak pukul 11 pagi . 9 malam baru sampai. Ok la. Boleh lah rehat sehari. Semoga berjumpa lagi Ramadhan tahun depan Ya Allah. 



 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)