Showing posts with label nostalgia. Show all posts
Showing posts with label nostalgia. Show all posts

Tuesday, December 17, 2013

Pengalaman sekolah berasrama penuh, best ker ?

Ini entry nostalgia. Kembali ke tahun 1997-1999. Sekolah berasrama penuh. Sekolah saya dalam nostalgia.Dulunya dikenali sebagai MRYT-MARA Dungun. Lepas tu tak silap tukar nama jadi MRSM-YT Dungun. Tapi dah pupus sekolah saya tuh dan diganti dengan sekolah tahfiz Dungun tak silap.


Best ke bersekolah di asrama penuh ? Saya ni homesick sebenarnya. Masa tingkatan 1 tu rasa tak suka sangat sebab terpaksa berpisah dengan my ma dan abah kan. Hari-hari melekap kat public phone telefon my ma. Mengadu makan tak sedap. Ada satu menu tu nasi,  telur masak  kurma dan ikan masin tak silap. Siap meleleh air mata cerita kat my ma. Public phone menjadi saksi.Weekend jer my ma dan my abah datang bawak macam-macam. Dah la bukan boleh balik tiap-tiap minggu macam sekolah biasa kan. 

Tapi alah bisa tegal biasa kan. Bila dah lama-lama tu, kawan-kawan makin mesra .So tak balik pun tak der hal dah lepas tu. Boleh pergi outing kat bandar koboi Dungun.Skang dah banyak beza bandar Dungun. Masa tu masuk A&W dah kira hebat.Yang ada pasaraya Salwa dan Ju Jaya .KFC rasa macam tak ada lagi time tu. Pizza Hut apatah lagi.Banyak aktiviti yang best-best yang ada kat sekolah . Macam-macam minggu ada. Minggu Sains lah, minggu Bahasa lah, dikir barat, nasyid dan macam-macam lagi lah. Saya selalu join sayembara puisi. Rindu jugak nak berpuisi macam dulu-dulu. Kami ni first batch sekolah kami. Bila junior masuk, lagi meriah sekolah dan siap ada ragging junior lagi.Opss. Biasalah kot yang mana tak respect the seniors memang cari penyakit lah kan.Paling tak suka time prep. Suka tidur dari belajar ginilah. hahaha. Terima kasih cikgu-cikgu yang mengajar saya dari form 1 hingga form 3 disekolah ini. Kepada kawan-kawan, bila nak buat reunion balik dengan anak-anak .?


Jom layan gambar-gambar lama yang saya amik dari group whatsApp kelas saya. Terima kasih Nani dan Syail untuk perkongsian memori daun pisang ini :)

 Sebelah saya tu Maria dan tudung hitam tu Norini , entry sebelumnya disini. 
Masa ni form 3 tak silap dengan Teacher Linda. Saya jumpa balik dengan dia jadi lecturer TATI (skang TATIUC)
 WhatsApp dan fb menemukan kami kembali. Thanks to technology :)
 Hubby tegur saya kalau saya mesti amik gambar kepala terteleng. Trademark dari dulu rupanya. Yang best diasrama, solat mesti berjemaah. Sempat lagi nak pergi solat berposing ;p
Tembamnya pipi saya :p

Korang ada pengalaman bersekolah di sekolah berasrama penuh?



Tuesday, December 10, 2013

Koleksi tupperware terbaru, tao mei dan Poskad Dari Taiwan

Pembelian tupperware bulan ni tak tunjuk lagi kan. Hahaha.Mak dah terpengaruh. Tupperware bulan depan ( gaji minggu depan ) pun dah book. Mati kalau my hubby baca.hahaha.Akhirnya , bekas bawang jenama tupperware idaman hari tu sudah ada dalam tangan dan harga memang baik punya. Terima kasih wan.Hari tu masa balik kampung sekejap sempat cerita dengan my Ma pasal tupperware. Sekali dia pun berkenan jugak bekas bawang tu. So satu saya bagi my Ma lah. Satu saya guna untuk diri sendiri. 3 jenis bawang ( bawang merah, bawang holland dan bawang putih)  dengan 1 kilogram setiap satu muat dalam bekas tu. Memang berbaloi-baloi sangat.



Terus pindahkan tempat bawang jauh dari dapur gas. Kedudukan asal bekas bawang tepi dapur gas.


Ni bekas bawang yang telah berkhidmat sepanjang 6 tahun dengan tulus dan ikhlas. Bekas hantaran saya sebenarnya ni tau untuk pihak lelaki. Tapi dah cakap siap-siap, bekas hantaran nak balik. Ada satu bagi my ma, kak long dan yang selebihnya saya simpan. Nak buat apa pun tak tahulah. #Nostalgianya. 


Alang-alang cerita pasal dapur kan. Cerita sekali pasal sayur yang baru 2 kali saya makan ni. Selalu pandang ajer dekat Checker tu tapi hari tu terpengaruh dengan blog mana ntah dia kata sedap sayur ni. Tau mei dia tulis kat situ. Ala-ala tauge jugak rasanya tapi yang ni tak hazab sebab tak perlu buang kepala tauge. 

 Saya masak pun masak macam tauge masak kicap taruk telur.terbaik la.

Wanted to get a BRAVIA TV for the longest time? Get one for cheaper at the #Sony #SALEbration until 31/12!


Ini poskad dari blogger yang saya jumpa masa blogwalking. Saya aim Fridge Magnet taiwan sebenarnya :p Dapat poskad hand painted pun ok lah jugak. Terima kasih :) Saya lupa pulak link blog tu. Nanti saya update balik yer.

Bersama karya my Nuha sebelah sisi peti sejuk. Lepas ni nak take over kawasan ni buat tampal FM mak pulak bila ruang depan dah penuh..hehehehe 


My miracle baby sudah menginjak ke usia 11 bulan 2 hari. Achievement terbaru suka makan durian dan sudah pandai guna touch screen . Hairan sebab tak pernah ajar.Mula-mula ingat kebetulan tapi beberapa kali bagi smartphone saya jari dia automatik tunjuk dengan jari telunjuk tu....sabar jerr laa...


Thursday, December 05, 2013

Main layang-layang di Pantai Batu Burok ,Terengganu & Pemenang FM Terengganu

Selepas habis waktu melawat di hospital hari tu, kitorang berjalan kaki ke Pantai Batu Burok kat belakang Hospital Sultanah Nur Zahirah tu. Kat situ memang ada orang jual layang-layang. Kebetulan langit cerah hari tu. So boleh la bagi my Nuha main layang-layang. Dah lama sangat dah dia nak main layang-layang. Pernah beli kat dia dulu tapi masa tu tak ada angin kat kampung saya, so tak naik sangat layang-layang dia. hehehe

Nostalgianya tengok Pantai Batu Burok ni. Dulu masa balik kampung kat rumah arwah Tokki dan Wo kat Ladang mesti pergi pantai ni.Pernah selipar saya hilang masa main pantai kat sini. Hamik kau kaki ayam la balik rumah :p



Minum air kelapa dulu


Beriya btol dia minum. Maklumlah dulu dekat-dekat bersalin boleh kata hari-hari minum air kelapa dalam perut kan dik  :p


Syok lepak tepi pantai, angin sepoi-sepoi bahasa gitu.

 Hospital seberang jalan tu jer


Layang-layang kat sini dijual RM5 - RM7 siap akak tu pasangkan tali tasi lagi dan test run :p

RM4 for KFC AND drinks too?! Awesome lah! #SoGood 


My Nuha dan Kak Aisyah, kalau jumpa tak boleh berenggang. Ni anak bongsu kakak ipar saya yang sakit tu. Darjah 5


Banyak kan layang-layang kat sini. Kat hujung pun ada lagi


Yang besar sket ni RM7. My Nuha nak yang gambar princess. Melayang RM7

 Sementara menanti akak tu pasang tali pada layang-layang my Nuha


Dah terbang tapi my Nuha ni tak pandai sangat nak main, dia bagi kak Aisyah dia pegang

 Sedap tengok langit cerah tapi skang selalu hujan 


Main sekejap ajer diorang sebab dah nak balik rumah dah


Ni abang-abang Aisyah tadi. Aisyah sorang jer perempuan.

Ok lah.Hari yang dinanti-nanti untuk pencarian pemenang  FM dari Terengganu.Yang komen semua boleh peluang la even tak cukup syarat...tettttt :p lalalarikss....Jeng-jeng...


-





-





-





-



-




Ini pemenang FM Terengganu yang bertuah. Tq Mr Random :) 

5. Nad MamaZN
4.Ms Haslina
6.Ibu Amani

Sila emailkan nama, alamat dan no telefon kepada elissmie [ at] gmail [dot ] com untuk tujuan penghantaran fridge magnet yang dimenangi :)

Thursday, November 14, 2013

Nasi Lemak Ayam @ Labana Tomyam, Tanjung Lumpur, Kuantan

Ini episod JJCM @ elissmie.com cum nostalgianya@elissmie.com jugak lah. Kalau di blog ni, tempat makan ni versi ulang tayang la sebab dulu pernah cover pasal ni kat entry ini. Ni pulak yang kami pergi bulan lepas.Ini port makan kali pertama my hubby bawak keluar masa saya di Kuantan.Masa tu kitorang tak couple lagi.Keluar pun dengan kawan- kawan dia lepas tengok spring test.Saya ni follow ajer, tak suka sangat tengok lumba-lumba motor ni kan. hahaha. Masa tu saya praktikal kat Jabatan Pendidikan Negeri Pahang, Kuantan. Tapi malam tu dah rasa 'berbunga kat hati' masing-masing tapi dua-dua pun tak berani nak luahkan perasaan lagi sehingga 2 Ogos 2003(Tersama pulak dengan birthday my Nuha) . Abes kisah nostalgia. Tak leh panjang-panjang nanti muntah pulak.


Malam tu menu kami nasi lemak ayam yang simple tapi sedap. Sedap part sambal dia tu. Mula-mula nak makan nasi minyak tapi dah habis pulak.

 Mula-mula my Nayla ok lagi.

 
Makan nasi lemak lagi.Lepas dah kenyang mengantuk nak tidur pulak. Tak sempat sotong celup tepung sampai. 
So tapau sotong tu makan kat hotel.hehehe

 My Nuha memang hantu nasi lemak.

 Memang meriah orang malam tu. Tapi servisnya cepat jugak lagipun kami order yang dah ada kan kecuali sotong tu lambat sket . 

Ulang tayang kat sini Sotong Celup Tepungnya :p 

Labana Tomyam, Jalan Tanjung Lumpur, Kuantan
Lokasi : Foursquare

Untuk tempahan boleh hubungi mereka : 
012 945 7171
012 960 9729

Korang yang pernah sampai Tanjung Lumpur,Kuantan restoren apa yang korang selalu pergi ?
 
p/s:
 
Kalau orang KL mesti Ana Ikan Bakar Petai kan :p 
 
 Hari ni berpuasa ganti sekali harung sekali dengan puasa sunat asyura kan. Tetiba rasa nak makan bubur lambuk pulak..haishhh...Mana nak cari pucuk midin kat sini atau orang KL sebut pucuk paku merah. Dulu-dulu pernah tengok di Pasar Seksyen 6 , Shah Alam tapi jarang sangat lah ada. 

Ini bubur lambuk ulang tayang yang my ma buat masa balik raya aidil adha hari tu. 


Kalau ada sotong besar kat kedai hari ni, rasa nak buat ketupat sotong lagi.



Tuesday, October 22, 2013

Pantai Teluk Cempedak dan koleksi fridge magnet dari pahang dan Jepun

Hari ni entry mengimbau nostalgia. Masa praktikal sem akhir diploma di Jabatan Pendidikan Negeri Pahang, boleh kata setiap hari jumaat kitorang lepak kat Pantai Teluk Cempedak . Dekat jer pun masa tu dari ofiz tapi sekarang ofiz tu dah pindah Bandar Indera Mahkota. Kitorang datang pantai ni lepas check in kat Hotel Seri Malaysia untuk lunch.



Ni saya 10 tahun lepas di Pantai Teluk Cempedak.Nostalgianya :)


Pantai yang tenang.Masih tidak berubah.


Lepas lunch, makan aiskrim kat situ :p


 Gambar saya amik tadi kat belakang tuh la..
Tak berani nak amik gambar kat situ sebab hutan dan my Nayla kan kecik lagi :p

 My Nuha seronok dapat main buai dengan angin pantai sepoi-sepoi bahasa tu..


 Tak sangka datang sini balik dengan anak-anak dan boyfriend yang kini dah selamat menjadi suami ..


 Ironinya, saya pakai baju kurung hari tu dan 10 tahun lepas jugak masa bergambar di sini :p

With my Nayla

 Sempat bergambar dengan jeep classic ni :)

Korang pernah sampai Pantai Teluk Cempedak ? 

p/s:
my nuha cakap macam nama makanan kan tempat ni :p

Tujuan asal kesini sebenarnya nak beli fridge magnet sebab tak banyak pilihan di Cherating sebelum tu. Jom tengok koleksi FM yang saya beli untuk koleksi peribadi.
 
Koleksi terkini setakat 22/ 10/ 2013 :)


Ni FM yang paling saya suka sebab sekali dengan bottle opener tu. FM Kuantan.


 Yang ni beli di Kuala Kemaman. Batu Bersurat Terengganu. 


Teluk Chempedak dan Pulau Tioman ni beli di Pantai Teluk Chempedak. 


 Ni pulak FM dari Jepun dari mantan boz dulu, Faidah . Terima kasih ida :)



Monday, October 07, 2013

Korang ada bakat melukis ?

Saya memang dianugerahkan tuhan tidak punya bakat melukis .Dulu pendidikan seni adalah salah satu subjek yang boleh dikatakan boring. Teringat masa kecik-kecik dulu, pernah kena buat collage kan. My ma yang buatkan untuk saya kerja-kerja menampal tu termasuk lukisan yang kena buat tikar tu kan. Nostalgianya . Tapi saya sebenarnya dikelilingi oleh dua abang yang memang suka melukis . Teringat dulu masa sekolah rendah, abang saya Ngah(masa tu dia darjah 6)  tu disuruh oleh cikgu Salina lukis gambar-gambar binatang dan esoknya lukisan itu adalah bahan pembelajaran untuk saya yang masa tu berada di darjah 1. Bangga siot masa tu sebab abang saya ok lukis.Tapi saya memang suka lukisan. Cuma tak tahu lukis ajer.  Saya pernah follow Long saya pergi pameran lukisan , apa ntah nama galeri tu. Teringat lak pusing-pusing dalam taman perumahan kat situ. Rupanya rumah yang telah diubahsuai jadi galeri lukisan.


Lepas tu tak sangka pulak dikurniakan hubby pun suka jugak melukis. Kemana tumpahnya kuah kalau bukan ke nasi kan. Same goes with my Nuha. Memang suka melukis. Masih ingat lukisan orang pertama dia?? (Tengok sini ) . Dari hari ke hari memang nampak perubahan dalam melukis my Nuha ni. Atleast ada minat kan. Ummi dia langsung tadak minat melukis .Boleh tengok hasil lukisan dia yang lain kat sini.

Lukisan keluarga saya :) Gambar nak pergi beraya katanya..

Close up sket..Kurus melidi Umminya tu :p Gembiraaanya kalau ini kenyataan ...hehehe


Ini pulak semalam. Lukis gambar dia 'Princess Nuha' katanya...
Panjang benar lehernya macam princess dari Afrika dah ;p


Ni pulak adiknya 'Princess Nayla' 



Bawah ni pulak cerita bulan lepas. Gambar-gambar sekitar Program Visual 13 : Seminar Kebangsaan dan PameranPendidikan Seni Visual 2013 yang bertempat kat bawah ofiz saya ni jer . Seronok tengok orang yang tekun dalam menyiapkan lukisan dan karikatur bawah ni...


Menarik walaupun menggunakan hanya satu dua warna dalam lukisan ni.

Agaknya kalau saya kena lukis orang, jadi orang lidi pun kira bersyukurlah...

Pernah ada karikatur macam ni , gambar saya dan hubby yang dilukis oleh orang cacat pendengaran yang melukis di PKNS , Shah Alam. Mana ntah saya letak lukisan tu. Banyak lagi kotak yang tak buka bawah katil .Dah nak masuk 2 tahun pindah :p

Are eyebags etc troubling you? Sign up for a free #NYSkinSolutions skin treatment session + products!

p/s:

Mencari mood dalam berblogging setelah hilang momentum hampir seminggu...

 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)