Showing posts with label info. Show all posts
Showing posts with label info. Show all posts

Wednesday, January 05, 2011

Cili Merah tu nama restoren ker?

Hari tu my hubby baca paper dan ada flyer pasal Cili Merah. Kalo nak tahu, Cili Merah ni adalah sebuah restoren yang terletak kat Seksyen 9 Shah Alam. Dan kalo sesiapa yang teringin nak makan nasi beralaskan daun pisang, boleh lah kesini.hehehe :p Lokasinya belakang Hotel Concorde.Kedai paling depan sekali.

pic credit to : here

Malam tadi aku makan kuey teow kungfu dan my hubby makan nasi minyak Utara katanya.Boleh tahan jugak rasanya nasi minyak tu, tu pun aku cilok nuha punya :p Deko dia simple ajer dan ada bahagian yang beraicond dan satu ruang terbuka.Boleh la pilih nak duk mana kan tapi sebab my hubby ni kan smoker, memang memanjang ajer duduk kat ruang terbuka :p Sekarang ni, dinner & lunch ada set promosi RM 9.50.


Sempat amik gambar air jer, lepas tu terus terkam makanan :p 
Maklumlah lapar, baru balik dari UiTM Segamat semalam :p


 Tengok lukisan kat restoren ni, cili merah seketul ajer..simple n nice :) Abaikan budak tengah buat muka hantu kat tepi tu :p


Waktu Operasi : 11 pagi -3 petang
6 petang- 11 Malam

Map to Chili Merah :-

 Klik untuk pembesaran berganda 23 ! Panggg!


Korang dah pernah makan kat sini?? Kalo tengah hari katanya banyak lauk pauk tradisional melayu.Teringin jugak nak makan kat situ tapi ada sesiapa sudi nak belanja lunch hari ni???? hahahaha :p



Thursday, December 23, 2010

Ulam-ulaman, sape suka makan angkat tangan???

Eliza yer semalam tak suka blog pasal makanan kan? Tapi topik pasal makanan adalah favourite aku jugak.hehehehehehe.Sorry yer eliza :)

Korang suka makan ulam-ulaman? Banyak betul khasiat dia kan..Kalo belah terengganu / kelantan, ulam-ulaman tak boleh dipisahkan dengan budu. Perggh..Kalo budu, letak cili padi sket dan perah sket limau kerat lintang.Aduhai.Terangkat. Nak-nak ada ikan singgang pulak..Merecikkkk beb !!

Bau limau kerat lintang  ni harum dan bergerutu sket struktur buah dia dan cantik sket dari limau purut :p



Ulam-ulaman yang ada :-

1) Daun gajus - daun 'tereh' (slang terengganu). Aku memang suka makan ni. Weekend hari tu, ada jual kat pasar, seikat 60 ¢ , terus beli dua :p Malam tadi makan dah seikat :p


2) Petai - Kalo beli kat Shah Alam ni, seikat 2 keping tu RM3.Tapi kerana petai hamba turutkan :p My hubby plak suka makan petai yang direbus, aku suka makan mentah ajer.

3)Jering - Yang ni aku tak makan, sebab bau dia harum sangat dan rasa pelik kat lidah bila makan :p Mak aku suka gila ni.


4) Kerdas- Ni pun adik beradik jering jugak..Aku pun tak makan, sebab rasa sama macam jering.

5) Pegaga - Kalo kat umah kampung aku ni, kutip ajer kat depan rumah.Tumbuh meliar ajer.Skang dah tak pandang pun tapi kat kedai makan ajer :p

6) Daun Ceylon (Selom) - Ni kat belakang umah kampung dulu ada, segar gila tapi bila ba*bi pecah masuk kawasan kebun tu, bapak aku tebas semua :p
7) Ulam Raja - sedap jugak ulam ni dan ada bunga yang cantik :) Makan dengan ikan bakar kat seksyen 2 tuh kan....Sapa nak belanja aku makan tengah hari?? Sila angkat tangan :p


Korang pulak suka makan ulam apa??


pic credit to : here and here  and here

Wednesday, December 22, 2010

Tak ada idea nak tulis blog, korang tulis apa?

Jarang aku tak der idea nak tulis blog tapi kalo tak sempat sangat nak tulis tu, maknanya aku tengah bersiaran dari luar ofiz, atau banyak kerja nak kena buat.So tak sempat fikir nak tulis apa.Nampak sangat aku tulis blog time ofiz hour.Dah kerja mengadap pc , nak buat macam mana.Tak kan nak tengok coding doplohpatjam kan boz? :p Tetiba kaitkan dengan boz kan, sebab boz ai kan suka baca belog ai :p

Nanti boz tolong belikan ai lesung yer boz tapi ai nak pegi cari kat hardware dulu hari ni :p Kat kampung boz ai ada tau lesung dan batu dijual berasingan :p

Back to the story, ni nak perturunkan ilmu yang tak seberapa nak bagi idea apa korang nak tulis dalam blog, kalo dah tak tau nak update apa dah kan??

1) Tulis pasal orang sekeliling, bertepatan dengan tema blog aku ni kan, kisah kehidupanku, my hubby , my nuha dan my everythings. Tapi kalo blog korang bukan berbau peribadi atau ilmiah, tak der point lah kalo korang nak guna idea ni kan :p Aku memang paling suka tulis pasal anak sebab tu aku wujudkan satu lagi blog, harap tak muak :p http://elissmiejunior.blogspot.com



2)Tulis pasal apa yang korang dengar kat radio. Biasa sebelum sampai ofiz tu, kalo bawak keta mesti korang dengar radio kan? Mesti ada satu topik pagi. Cilok idea tu pun ok jugak kan. Dah tadak idea sangat tapi untuk elak semua orang tulis topik tu pada hari yang sama, korang tulis la minggu depan kan :p


3) Pasal makanan. Yang ni memang ramai nau orang suka kalo datang belog aku ni. Nak lebih menarik, korang citer jer la harga makanan dan lokasi kejadian. Kalo bab makanan, semua orang suka kan. Ker ada orang yang tak suka???


4) Pasal melancong, cuti-cuti malaysia atau oversea. Yang ni pun best jugak, sharing tempat yang korang pegi melawat tu dan selitkan info yang berguna contohnya harga bilik ker, permandangan ker, tempat makan best kat area situ ker , shopping apa ker. Nanti bila aku pergi sana sama(amin) , tadak laa tergagau sangat kan sebab batak tak tahu :p Tapi janganlah pulak korang tulis sampai 40 hari 40 malam macam lah orang lain jakun sangat , sampai aku sendiri yang menulis pun naik menyampah :p Aku buat entry pulau pangkor  3 hari jaa..Korang bosan tak? Bosan tak?? Maklumlah ai first time pegi melancong dengan family tauuuu..
Biasa orang jawab "Tapi ikut pandai ai laa belog ai kan, ada orang kesyah :p"



5) Pasal event, seminar yang korang join. Menarik ker tak menarik ker, lantak korang lah kan.Kalo jumpa blogger ker..memang syok kan? Atau event ofiz.Kongsikan segala keriangan korang dekat blog :) Untung-untung, kalo orang mintak tarikh event tertentu , nak2 yang kerja kerajaan, boleh jadikan blog sebagai rujukan SKT atau Borang Penilaian Prestasi tu. hahahaha. Selalu terjadi kat aku :p




6) Tutorial. Memang syok gak kalo tulis tutorial ni tapi kalo ada orang request, memang aku buat jugak.So, kalo korang nak suh aku buat tutorial apa-apa, bagitau aku yer :p Kalo aku free, boleh aku buat..Cepat atau lambat ajer laa...

7) Pengalaman Kali Pertama. Yang ni syok jugak, sebab ada jer benda baru yang berlaku pada kita setiap hari kan.Pengalaman hidup ni pun sebagai learning process tau, kata bijak pandai..Sini tadak pengalaman malam pertama yer :p lalalala.Lariksss...

Dah-dah, cukup seminggu dah korang boleh tulis blog sebelum aku merapu lebih lama :p


Tadak idea sangat?? Korang tutup ajer lah blog :P Hahahaha.Tak puas hati, sila baca Disclaimer..hehehehehe :p Ini cuma pandangan peribadi ok :p




ads


Dah vote untuk my Nuha ??? [Klik sini] dan tinggalkan komen [disini ] bila dah vote yer..Satu pemenang akan dipilih dikalangan voters...Jasamu ku hargai...Kalo tertinggal nama sila bagitahu yerr :)



Tuesday, December 21, 2010

Pernah tak korang dapat email dari konon-konon bank???

Sekarang ni, banyak ajer orang nak menipu kan?? Macam-macam cara. Tinggal mudah terpengaruh atau tidak terpengaruh ajer. Hari tu ada sorang ofiz mate aku akhirnya terpedaya jugak dengan spammer yang konon-konon bank ni.Siap dia dah nak masukkan nombor pin dari hp dah.Seb baik dia kecoh-kecoh dan tak sempat nak reply ajer.

Minggu ni, aku dapat 2 email dari konon-konon bank ni. Satu dari Public Bank dan satu lagi dari Maybank. Maybank paling tak logik sebab aku tak pernah ada pun akaun Maybank .
Memang spammer konon-konon bank ni guna ayat yang standard bank tapi link ajer berbeza.

Macam mana kita nak detect email dari konon-konon bank ni ???

1) Buka dulu email yang kita dapat tu.

2) Halakan mouse kepada link yang diberikan. Jangan klik !!!

3) Lepas tu kita tengok status bar, link apa yang terpapar.Memang sah-sah menipu lah kalo link yang ditulis tak sama dengan link yang kita nampak kat status bar tu.



Status bar tersorok???

Kalo guna mozilla, Klik kat View, Pilih Status Bar..




Apakah tindakan kita seterusnya ???

1) Kalo ada gmail tu, senang ajer citer dia,klik ajer butang segitiga kebawah sebelah reply tuh..Lepas tu pilih Report phising.






2) Lepas tu klik pada butang Report Phising message.Done. 




Salah satu lagi contoh spammer dari konon-konon bank ....Moga korang tak kena tipu yer..Berhati-hati....




ads


Dah vote untuk my Nuha ??? [Klik sini] dan tinggalkan komen [disini ] bila dah vote yer..Satu pemenang akan dipilih dikalangan voters...Jasamu ku hargai...Kalo tertinggal nama sila bagitahu yerr :)


Friday, December 03, 2010

Pisang Kaki, bukan sebarang pisang...

Korang dah makan pisang kaki? Pisang tapi bukan bentuk pisang. Sebab aku terliur sama Puan Azura, aku telah membelikan untuk diri sendiri 5 bijik pisang kaki kat Tesco.Sekarang ada promosi 70 ¢ sebiji tak silap aku lah.Ker dah abes promosi erk? :p Korang pergi la check sendiri yer :)


Ni hah Pisang kaki yer Puan Azniza :p


Kulit perlu dikopek, jangan ditelan.Ala-ala makan buah ciku aku rasa tapi lagi crunchy dan lebih manis berbanding ciku.Biji pun ala-ala buah ciku jugak.Tapi ada jugak yang tadak bijik :)


Apa khasiat buah pisang kaki ni ? Mari kita google yer adik kakak abang sekalian.


Pisang Kaki Turunkan Tekanan Darah Tinggi

Pisang kaki sejenis buah yang berkhasiat yang mengandungi vitamin C, glukos, sukros, fruktos dan iodin, bernilai tinggi dari segi perubatan. Ia amat berkhasiat dalam menurunkan tekanan darah tinggi, meningkat pengaliran darah dalam pembuluh darah koronori, mengatasi masalah sembelit dan meredakan sedu.

Sungguhpun buah ini disebut pisang dan berwarna kuning tetapi bentuk serta isinya tidak menyerupai pisang-pisang biasa yang lain. Buah yang berbentuk bulat, berisi ranggup dan berbiji ini berasal dari keluarga Ebenacea. . Serbuk putih yang terdapat pada permukaan buah pisang kaki yang kering juga manis rasanya dan mengandungi manitol, glukos dan vitamin C amat baik untuk paru-paru dan jantung.

credit to : source

 Korang suka tak makan pisang kaki ? Dah pernah cuba ke belum?

p/s:



*Komen terbaik untuk entry INI akan menerima iklan di sidebar elissmie.com selama 1 bulan !!Cepat komen sebelum pukul 3.00 petang ini yer :)  


My Nuha | My Hubby | Watermark For Free

Thursday, December 02, 2010

Gigihnya aku nak menang IPhone , korang doakanlah yer :p

Last week, masa aku baca Harian Metro, terperasan dengan satu peraduan ni. Peraduan Kotex Padan & Menang.Lagipun aku memang pengguna Kotex yang tegar sejak sekolah lagi.Dan sekarang sedang try pad jenama yuna-adibah tu :p Libresse tu :p


 Hadiah yang bakal dimenangi.Kalo tak dapat IPhone, dapat Netbook atau Ipod Nano pun orait dah..hehehehe

 Apa yang penting, kena ada lah satu polibeg Kotex dari mana-mana jenis yang ada yer.


Ini penyertaan pertama..Ada 3 lagi belum submit..hehehe.Tu jer lah polibeg yang ada lagi pun..Kalo ada orang nak bagi aku polibeg tu, aku terima nikahnya :p especially bebudak ofiz aku yang tengah baca belog aku ni hah..hehehe


Kalo korang nak join sama boleh tengok syarat-syarat dekat sini http://www.kotex.com.my/promotions/Padan-Menang/terms.aspx

Maklumat lanjut layari : http://www.kotex.com.my/promotions/Padan-Menang/Default.aspx

Borang peraduan pulak boleh dowload ajer dekat sini selain boleh dapatkan dari Harian Metro :-

Borang Peraduan Kotex Padan & Menang Versi Bahasa Melayu
Borang Peraduan Kotex Padan & Menang Versi Inggeris
Borang Peraduan Kotex Padan & Menang Versi Bahasa Mandarin

Kalo korang tak nak hantar, doakanlah aku menang salah satu hadiah yer :) Amin..Tadah doa sekarang !!
Keji tak , keji tak??

Monday, November 29, 2010

Beli Softlan, 10 sen....?

Semalam, adalah hari membeli barang dapur dan kami ke Tesco as usual lah. Kiranya kami ni pengguna Tesco yang tegar walaupun kadang-kadang barangan yang nak dibeli tu mahal-melampau-lampau-seperti -susu-anak-dan-diaper-yang-ikut-suka-hati-dia-jer-nak-naik-dan-turun :p

Dan kami telah membeli Softlan setelah dipromote oleh seorang promoter. Katanya untuk kempen ini, harganya murah dari biasa iaitu tak silap RM 10.Biasa kami beli refill pack ajer pun.Tak sure harga produk ini sebenarnya berapa.



10 ¢ akan didermakan kepada Badan Amal Kanser Payudara.


Dan dapat door hanger "Panduan Pemeriksaan Payudara Sendiri "


Untuk pemeriksaan payudara sendiri yang lebih jelas : http://www.radiologymalaysia.org/breasthealth/bm/PSP/psp.htm
Korang dah beli Softlan amal ni ? Sekarang ada di Tesco Shah Alam...Bagi yang berdekatan boleh laa terjah untuk dapatkan satu Softlah tersebut yer :) Bagi yang tahu ada lagi tempat lain yang turut sama dengan kempen ini, inform la di comment box yer..Thanks :)

Teka Duit Tabung aku akan diumumkan petang ini. Sesiapa yang masih lagi tidak membuat sebarang tekaan, sila la teka sekarang disini yer :)Mungkin anda peneka yang bertuah !! Skang tiada yang dapat meneka dengan tepat tapi sipi-sipi dah ada...hehehehe :)



Monday, November 08, 2010

Permata Hijrah di Shah Alam, korang dah cuba?

Weekend hari tu, aku dah pergi Permata Hijrah untuk buat rawatan resdung.Aku ni memang dari zaman sekolah lagi ada resdung.Selalu tengok duk promo dalam tv ajer, so bila dah ada cawangan baru kat Shah Alam ni, terasa nak cuba jugak.

Lokasi dia, depan ajer dengan Restoren Shuhaida Seafood Seksyen 13 tu.Lepas makan-makan kat situ malam tu, kami terus kesana. Operasi dia buka sampai puku 10.00 malam.


 Map to Pemata Hijrah

LAMAN SERI BUSINESS PARK, SEKSYEN 13, SHAH ALAM, SELANGOR

 Kami sampai hampir pukul 10 dah.Mula-mula hubby dulu yang buat pemeriksaan resdung, tapi tak terus buat rawatan. Lepas aku buat pemeriksaan, terus aku suh dia buat rawatan resdung tu. Lega gila hidung ni lepas rawatan. Dia suh aku pantang seafood dan jangan minum air batu.Rawatan yang dikenakan RM50 selama setengah jam ! ** Ibu mengandung dan menyusu tidak dibenarkan membuat rawatan resdung .Aku cuba jugak buat terapi mata tu , lepas tu terasa segar plak mata ni.Gegar-gerak bijik mata :p


Belakang Nuha tu adalah tempat rawatan dia :) Abaikan model tidak berbayar yer :p

close up sket
Antara ubat yang aku rembat...
Ruang menunggu yang selesa , siap ada tv bagai.

Antara produk yang terdapat di permata hijrah.
Korang dah pernah cuba rawatan mata dan resdung di Permata Hijrah ?


Friday, October 15, 2010

RM 500 Untuk Penjawat Awam ? RM500 Lagi ?



pic credit to :here

Hurm. Boleh lah dari tiada yer :) Katanya untuk membantu meringankan beban perbelanjaan sekolah anak-anak. RM500 apa boleh beli yer ?

Antara barang yang nak kena beli :-

Baju Sekolah dua pasang  X berapa orang anak

Kasut Sekolah dua pasang X berapa orang anak

Beg Sekolah X berapa orang anak

Buku sekolah X berapa orang anak

Yuran Sekolah  X berapa orang anak

Tu tak termasuk yuran yang merepek-repek lagi. Sekolah agama lagi, balik kena pergi rumah pengasuh plak, kena bayar lagi.

Haih , seb baik anak aku masih tak sekolah. RM500, padan buat bayar rumah pengasuh 2 bulan jer Datuk Seri :p

Korang rasa-rasa cukup tak ?




Friday, September 24, 2010

JM Beriani? Ada Berani?

Korang dah pernah makan kat JM Beriani? JM Beriani baru jer ada kat Shah Alam.Semalam baru berkesempatan nak makan kat sana since my hubby balik lambat dan aku terpaksa melangut mengular  buat kerja kat ofiz sampai 6 lebih. Lagipun semalam kan gaji.Alasan yang kukuh untuk mendapat cuti memasak malam tadi :p

Servis memang terbaik. Kitorang memang tapau jer since dah maghrib.Tak sampai sepuluh minit dah dapat pun makanannya.Terbaik kan? Kan? Deko dia simple dan menarik jugak la.Yang penting air-cond lah.Kalo makan beriani kan badan rasa macam panas-panas :p


Deko yang simple dan cantik.


Ruang dapur yang terbuka.

Ok, cerita pasal makanan pulak!


Ni my hubby punya.Kambing dengan dia memang tak boleh berpisah :p

Harga : RM 14.00



Ni aku punya.Kat tepi tu hiasan ajer semata.Aku tak makan mana acar buah :p

Harga : RM 12.00 (lupa.. tak silap lah)


Overall, aku rasa so-so ajer..Nasi dia pun sket berbanding tempat lain. Aku bagi rate 6/10 ajer.Mungkin aku dapat bahagian ayam yang aku tak berapa gemar.Kalo dapat peha mungkin rate naik kot..hahahaha :p
 
 
 
 Map Ke JM Beriani. Situ pun ada Ayamas & Ayam Penyet Ap.


Nuha yang gigih nak buat peace dalam JM Beriani ! Siap pegang tangan tu :p

 Korang try dah ?Apa pandangan korang pulak?

Thursday, September 23, 2010

Macam mana nak tukar tulisan dalam blog?

Korang perasan tak tulisan di belog aku nampak lain macam jer kan? Mana aku tukar tulisan tu? Tapi tak der lah warna warni macam Kevin amanda punya cara tu [klik sini] tapi cantik lah tulisan tu dari default yang disediakan di dalam blogger tu kan. Tapi boleh tukar warna mengikut kesesuaian belog anda .Berapa banyak tapi lahhh :p

 Langkah 1 : Pilih tulisan di Google Font API?

What is  The Google Font API? It helps you add web fonts to any web page. It means you dont need to install font family on your desktop computer to see custom font on any web.


Antara tulisan yang korang boleh pilih.

Langkah 2 :

Paste coding kat bawah ni selepas kod <head>











Langkah 3 : Korang boleh masukkan dimana-mana yang korang suka tapi kena tahu lah basic css sket-sket..try n error ajer kan.

 Boleh masukkan di sidebar macam aku

.sidebar h2 { font-family: 'Font+Name', arial, serif;


atau di title post tu...


.post h3 { font-family: 'Font+Name', arial, serif;

atau pada  date kat post korang


.h2.date-header {
font-family: 'Yanone Kaffeesatz', arial, serif;



 Kalo tak faham tanya, jangan buat-buat faham ! Boleh lah korang try pulak !



Korang rasa apa abang Ngah  aku buat duduk dalam kawah ni???
Berendam kah?


-



-





-



-


-




Ok, tipu...ada kerusi ...hahahaha.


p/s:

Hari ni menang lagi sebagai pengomen terbaik gitu di belog Cikgu Onizuka Nuffnang  di entry kemenangan disini :P

Elissmie - paling suka yang pegang bendera trg lah ! kita kan orang terengganu :P lawak ar adik ko tu, kemain lagi pakai spek hitam dengan sampin baju melayu segala, tengok part selipar, selipar jamang jepung jah...hehehe.jgn mare yer adik awok, nanti kena jual..
translate : jamang jepung = zaman jepun :p

Wednesday, September 22, 2010

Macam mana nak tukar kerusi lama nampak baru?

Ni kira segmen Deco bersama Eric lah, Eh Eliss ! Deco sebelumnya disini.
Macam mana nak tukar kerusi lama nampak baru ? Mula-mula kenalah ada kerusi lama. Kalo tadak kerusi lama, beli ajer kerusi baru :p

Kejadian berlaku sehari sebelum Hari Raya, dirumah mertuaku. Mula-mula bapak mertua aku yang buat, lepas tu anak yang dah tak teruna dia pulak nak membantu walaupun diserang chicken pox. Tangan hubby ku ni memang berseni sket kan.Mesti lah dia berminat dengan kerja-kerja begini.



Kerusi lama yang bersiap sedia untuk di 'make over'

Menggunakan spray Gold Effeckt ( Effect kot kan? Siapa lah yang buat cover spray ni :P ) 
RM10 satu botol tak silap. Tapi nak save, hubby ckp kena cat coat dulu! Ni kes nak cepat.


Abaikan my hubby yang sexy sket dan muka bertampal bedak sejuk...
dan macam orang dalam pantang aku nengok :p


Tadaaa...Hasilnya....

Korang ada buat deko raya? Silalah berkongsi idea .....

p/s: 

Aku menang berganda nampaknya, satu dapat hadiah saguhati kat blog Hanz dalam I Love You Contest hari tu.

Eight Prize (total worth RM 34)
Nabila House PFA 'Perfume & Voucher' worth RM25
Zara Shoppe Shawl worth RM9

Eliss

Dan satu lagi, hadiah UTAMA gitu kat blog Sumijelly dalam Sampaikan Jer 2010 :)

Jadi di sini ku umumkan 3 pemenang UTAMA RM20.00 yang berjaya mencuri hati juri! Dan pemenang nya ialah :
  1. Sampaikan Jer 2010 – Elissme
Yeeehaaaa! Terima Kasih Semua atas sokongan !! muahahaha :p

 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)