Wednesday, September 12, 2012

Mee Kari Ketam , KL @ Shah Alam, sedap ker ?

Dah sebulan rasanya tak up episod jalan-jalan cari makan di elissmie. Maklumlah, bulan puasa makrukh hukumnya tayang gambar sedap-sedap kan. So better avoid, baru dapat pahala ( chewah macam ustajah pilihan ) . Akhirnya sampai jugak kami kesini. Mee Kari Ketam , Kuala Lumpur.


Padahal selalu sangat dah makan kat area sini tapi selalu saya datang mesti ramai orang . Last week, hari Ahad lepas, setelah seharian berpenat lelah mengemas rumah sebab buat rumah terbuka hari sebelumnya, hubby ajak keluar minum petang. Kalau tak memang saya rasa saya nak tidur ajer sebab awal pagi dah bangun kemas apa yang patut sebab malam tu memang tak larat nak kemas :) Lokasi Mee Kari Ketam , KL adalah berdekatan dengan UNISEL dan lebih tepat lagi food court Seksyen 7, belakang bangunan Hakim lama.Bawah kedai ni ada D'Arab Cafe bagi sesiapa yang berminat nak makan nasi arab.

Sabar menunggu makanan. Masa kami sampai, just ada dua pelanggan ajer. So cepatlah dapat makan :) Servis kiranya baik lah.Hari tu lepas hujan, tu pasal tak ramai orang agaknya.

Decoration , simple and nice :) Meja kayu dan bangku kayu.

Eh, sampai tertidur pulak :p


Menu air ada kat dinding :p


Mungkin ini kedai kegemaran Eyriqazz sekeluarga (atau ada share? ) sebab selalu sangat datang pekena Mee Kari Ketam KL ni.

Kaunter pembayaran dan tempat menyediakan makanan sekali.

Ni mangkuk my hubby. 
Yang kami pilih ni adalah Menu Mee Kari Ketam + Ketam Biasa ( RM 8 )

Ni saya punya . Menu sama ajer kami pilih :) Saya mintak limau untuk diperah dalam kari ni untuk lebih umpphh. Hahaha. Suka-suka hati ajer alter makanan orang. Ampunkan saya chef Mee Kari Ketam ! Nanti korang datang , mintak la limau yer, baru terangkat :p

Ni saiz ketam bila diletakkan dalam pinggan. Overall memang sedap lah, kecuali tekak saya ni memang suka masam-masam dalam kuah karinya. Harga pun berpatutan dengan ketam yang dia bagi tu dan rasa kari tu memang meresap ke dalam ketam tu.Aduhai, tulis pun bikin meleleh air liur :p


Korang dah pernah makan ke  Mee Kari Ketam , KL @ Shah Alam ni ?


Restoran Mee Ketam No. 11, Kompleks Anjung 7, Jalan Zirkon B 7/B Seksyen 7, Shah Alam,Selangor. Buka 12:30tgh - 10:00mlm (Isnin CUTI) 
Hubungi :Encik Ubai: 019-2496054 / 0192346388 / 0175653556 

18 Comments:

  1. nampak sedap...
    tapi jauhlah pulak...
    nanti nak cuba nasib ajak ci poji pergi harap2 dia naklah...

    ReplyDelete
  2. walopon sy puasa tp sy leh tahan lg..( sambil slurrp air liur)..hehe

    cedapppp wehhh, geram tgk ketam tu..!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. suka makan ketam jugak eh ? hehehe.sabar yer.

      Delete
  3. sedapnyaaa...suka ketam tp tak selalu makan sebab malas nak kopek kulitnya, tp kalau ada org tolong kopekkan..saya suka saya suka

    ReplyDelete
    Replies
    1. eliss pun nak makan sendiri rajin laa kopek tapi nuha pun hantu ketam, geram ajer dia makan isi kita kopek.hehehehe

      Delete
  4. Aduhai..nmpk sgtnyaaaaaa. Terliur dah nih!

    ReplyDelete
  5. pernah makan kt sini sebab nak makan nasik arab, tp dh tutup.

    tp tak makan mee kari la..makan nasik je

    ReplyDelete
  6. walaupon raa bukan lah peminat ketam.. tapi bila baca n3 nih.. rasa nak meleleh air liur.. sedapnye~

    ingatkan kak eliss gi makan kat KL.. rupernye nama kedai dia.. muahahha

    ReplyDelete
    Replies
    1. kat shah alam jer. boleh try udang galah laa kalau tak suka ketam :)

      Delete
  7. dah cuba.. dah cuba .. sedap sebab berbaloi ngan harga..
    sesuailer rasanya tapi bukan kategori amat sedap..
    camner nak cakap yerk... tapi tak rugi kalau gi makan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. bukan super sedap tapi sedap :) boleh makan :)ada satu super sedap di area dungun tapi kitorang balik asyik laa tutup :p

      Delete
  8. saya yg baca ni pun dah meleleh air liur..hehehe..
    saya dah lama tak ke hakim lama tu..selalu lepak hakim yg baru kat sek7 baru tu

    ReplyDelete
  9. Saya dah pernah cuba hari tu. Ok la jugak rasa dia..

    ReplyDelete

Terima kasih yer korang tinggalkan komen. Jika ada kelapangan me reply ok !

xoxo,

Eliss

 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)