Wednesday, March 01, 2017

Teknik Capan Ubi Kentang Dunia Seni Visual Tahun 3

Hari ni sebenarnya nak cerita kasihnya seorang bapa untuk buat kerja seni anak. haha. Siapa lagi kalau bukan suami mak. Dari last week lagi my Nuha balik cakap kena beli kentang untuk subjek Dunia Seni Visual ( kita dulu pendidikan senilah) minggu ni. So weekend lepas, kitorang pergi la beli kentang. Beli yang besar, senang nak buat cop. Beli 2 biji dalam RM 2 lebih. So malam tadi, my hubby prepare lah cop kat kentang tu sebab cikgu dia suruh bawa yang dah siap ukir . Tak tahu lah apa jadi hari ni. Nanti dah siap hasil seni dia kita update lah kat sini yer. Nasib la my hubby tangan berseni. Kalau suruh mak, nanges bucu meja. Dah la cookies cutter tak ada. Kalau tak boleh main silap mata ajer. hahaha.


 My hubby memang ukir siap-siap kat kentang tu kecuali yang gambar bintang tu . Yang bintang tu dia lukis atas kertas, dan tekap kat atas kentang. 


Bahan-bahan yang diperlukan :-

Kentang ( boleh potong 3 jika besar ) 
Pisau
Cookies Cutter kalau ada

Cara-cara:-

Tekapkan cookies cutter pada kentang dan potong kentang sehingga bentuk cookies cutter tu


Ni kalau guna cookies cutter  [Credit :  Boleh rujuk tutorial ini 


Ni yang my hubby buat. Baru sudah empat cop . Daun, bintang, simbol marah anime (cross-popping veins) - suka suka hati bagi nama, lantak , hahaha dan  love. 


 simbol marah anime (cross-popping veins), sama kan macam cop tu? hahaha



Yang ni dah siap. Tambahan bunga dan nama . Yang nama tu saja jer my hubby buat. 
Tapi kalau cop terbalik namanya. 


6 ketul cop dari 2 biji kentang . Kalau awal buat my hubby cakap boleh buat belakang depan tapi sebab mula lewat, my hubby buat 6 cop ajer. 


Siap sudah. 

Korang ada pernah buat teknik capan ni untuk anak- anak ?

Dari Abu Sa'id Al Khudri r.a., katanya: "Rasulullah S.A.W pernah memperhatikan para sahabatnya yang suka berada di saf belakang. Lalu beliau bersabda kepada mereka, "Majulah ke depan dan ikutilah aku supaya orang yang dibelakang mu dapat pula mengikut mu. Memang ada saja orang-orang yang suka di belakang-belakang, sehingga Allah S.W.T. membelakangkan mereka benar-benar."Hadis Sahih Muslim Jilid 1. Hadis Nombor 0391.

3 Comments:

  1. baru nak kagum part nama tuh. hahaha. ye la kan.. kalo cop jadik terbalik2 lah kan. hahahaha. ape pon tetap kagum dengan hasil tangan suami u. memang berseni jugak. kalo i jadik Nuha konfem i kagum dan bangga nak main cop2 kat sekolah esok. hahahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak yah nak kagum sangat. hahaha. dia kata siap kawan pinjam cop dia..guna jer satu cop satu jer..

      Delete

Terima kasih yer korang tinggalkan komen. Jika ada kelapangan me reply ok !

xoxo,

Eliss

 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)