Wednesday, January 20, 2016

Pakaian renang dan peralatan renang @ Inzurina Enterprise, Pusat Akuatik Seksyen 13, Shah Alam

Minggu lepas, hari Sabtu kitorang pergi beli baju renang baru untuk my Nuha. Maklumlah, masa kelas renang pertama, baju dia asyik tertarik ajer sebab dah tak berapa nak muat. hahaha. Tapi berbaloi sungguh beli baju renang tu sebab beli masa dia umur 4 tahun kot baju tu jenama Ogival.


Inilah kedainya. Kami datang beli kat sini sebab masa datang belajar berenang minggu pertama hari tu dapat tahu dapat diskaun 10% kalau beli pakaian renang dan peralatan renang kalau belajar berenang under mana-mana kelab renang kat Pusat Akuatik Seksyen 13, Shah Alam tu. 


Yang penting tarikh kelas renang masih valid lagi la. Bukan yang belajar sahaja dapat diskaun, semua ahli keluarga pun dapat merasa diskaun tu. 


Terdapat pelbagai pilihan baju renang untuk dewasa dan kanak-kanak dari pelbagai jenama termasuk Ogival , Speedo, Madwave dan  Nelson. 

Baju renang muslimah pun turut dijual 

Goggle dari umur 3 tahun hingga dewasa dan optical goggle from power range of -1.00 to -8.00
dan kickboard pun ada dijual. Untuk goggle rupanya bukan boleh beli main hentam jer. Kalau tak sesuai nanti masuk air dalam mata. Diorang bantu kita untuk pilih yang sesuai. My Nuha boleh muat pulak goggle untuk dewasa. Terkejut diorang. huhuhu

Swimming cap kanak-kanak dan  dewasa (dari silicone, comfortable wear dan racing ) dan pelampung pun ada 

Dah habis pilih boleh la buat pembayaran yer

Total Burst : RM 145.55 . Beli goggle dan baju renang . 

Melaram dengan baju renang baru. Tak ada warna pink. Biru pun boleh la yer.Jenama Ogival menjadi pilihan hati kami sekali lagi. 

Kelas renang dengan Cikgu Akram dengan baju renang baru 

Yang si kecik ni sampai sekarang tak berjaya masuk kolam lagi. Ni tiba-tiba dia request nak main kolam, elok-elok tukar baju renang dia cakap tak nak pulak masuk kolam. Sabar jer lah nak. Fobia tertelan air laut kat pulau kat Sabah hari tu masih ada lagi. 

 Inzurina Enterprise
Pusat Akuatik Darul Ehsan (Next to Tesco Shah Alam and Carlton Hotel) 

Waktu perniagaan: 
Isnin TUTUP
Selas- Jumaat: 9:00  pagi - 9:00 malam
Sabtu & Ahad : 8:30 pagi - 8:30 malam
Facebook: https://www.facebook.com/Inzurina-Enterprise-001364884-M-269819886370791

Phone: 013-2072276 / 03-55232528


Biasa korang beli kat mana pakaian renang dan peralatan renang ? 


Daripada Abu Juhaifah Wahab bin Abdullah RA katanya sabda Rasulullah SAW, “Aku tidak makan sambil bersandar.”
 (Hadith Riwayat al-Bukhari)

4 Comments:

  1. Seronok tgk anak2 belajar berenang...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu. mak dah tak boleh nak belajar dah, tenggelam terus. hahaha

      Delete
  2. assalamualaikum .
    sya nak beli beberapa barang seperti pelampung ,kikboard,shower cap
    boleh tak sy dapat kan quatation..

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya tak jual tapi pergi beli kat situ. Boleh berhubung dengan mereka yer, 013-2072276 / 03-55232528. Terima kasih

      Delete

Terima kasih yer korang tinggalkan komen. Jika ada kelapangan me reply ok !

xoxo,

Eliss

 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)