Tuesday, March 04, 2014

Daftar Anak Tahun Satu untuk Tahun 2016 dan Semakan Tahun Satu 2015

Permohonan Kemasukan Murid Tahun Satu di Negeri Selangor (eSPPSel) boleh dibuat melalui Aplikasi Atas Talian sahaja. Ibu bapa / penjaga boleh melakukannya sendiri melalui mana-mana komputer yang ada capaian internet atau mendapatkan pertolongan dari pihak sekolah. Permohonan ini akan dibuka kepada orang ramai pada 01 Mac 2014 hingga 30 April 2014 melalui laman sesawang Jabatan Pelajaran Selangor http://apps.moe.gov.my/esppsel Selepas tarikh tersebut permohonan akan ditandakan sebagai permohonan lewat dan tertakluk kepada akibat daripadanya. Selepas pendaftaran online, jangan lupa membuat perakuan di sekolah yang dimohon dengan dokumen yang lengkap yer dalam masa 14 hari yer :)

Untuk My Nuha, saya dah daftarkan tahun lepas seperti dalam entry ini http://www.elissmie.com/2013/03/pendaftaran-tahun-1-2014-2015-sudah.html . Melalui semakan online http://apps.moe.gov.my/esppsel/keputusanPPT1/index.cfm , keputusan permohonan masih belum keluar. 


Tarikh Keputusan Sekolah Ditempatkan selepas 16 Julai 2014. 
Pengesahan pula 1-30 Ogos 2014. 
Jika sekolah yang dimohon tak dapat, perlu buat rayuan permohonan dari 1-30 September 2014 dan keputusan akan diketahui selepas 15 November 2014. 
Tarikh Melapor Diri Sesi 2015 tidak lagi dimaklumlan.

Korang ada anak masuk tahun satu 2015-2016??
Negeri lain pendaftaran dibuat atas talian tak ? 


5 Comments:

  1. kak.. ini utk anak darjah 1 tahun 2016 kan kan.. pls reply kat juelizajamani@gmail.com thanks kak

    ReplyDelete
  2. dah nak sekolah Nuha yer , pantas masa berlalu...=)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tuh...sekejap ajer dah nak darjah 1 :)

      Delete

Terima kasih yer korang tinggalkan komen. Jika ada kelapangan me reply ok !

xoxo,

Eliss

 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)