Wednesday, July 25, 2012

Menu pembuka selera untuk ibu hamil

Hari ni nak berkongsi resepi lah. Dah lama tak ada segmen Jom Masak di elissmie kan ! Kata nak boikot pasar ramadhan kan ? Harus lah kena masak sendiri. Biasanya saya buat jugak lauk 1 jenis untuk berbuka. 1 jenis beli. Macam semalam,hubby siap-siap beli Ikan Talapia Bakar.Sebab dia punya pencicah tidak mengikut piawaian tekak, saya buat air asam pencicah ikan bakar sendiri lah. Tapi sejak dua menjak ni, saya memang suka makan masam-masam dan semalam teringin betul nak makan kerabu pegaga. [Resepi kerabu pegaga untuk ibu berpantang kat sini

Semalam singgah kedai cari pegaga tapi tak der pulak.Nasib baik ada tauge, daun kunyit dan kacang panjang. Yang ni pun sedap buat kerabu kalau tak der pilihan :) Resepi dia saya siap-siap telefon mak saya kat Terengganu. Jarang-jarang buat kadang-kadang terlupa ingatan.



Kerabu Tauge 
 Bahan-bahannya :

 Tauge 30¢
 Kacang panjang [ dihiris halus]
 Daun kunyit sehelai  [ dihiris halus]
 Kelapa parut
 2 ekor Ikan Sardin/Selayang
 1/3 Kotak Santan + air
 Lada Hitam
 Bawang merah 3 biji
Gula dan garam secukup rasa
Perahan limau nipis


Cara-caranya :

1) Kelapa parut digoreng sehingga kekuningan dan tumbuk sedikit bersama garam dan gula2 ) Ikan sardin/selayang direbus dan diambil isi sahaja untuk ditumbuk bersama bawang merah dan lada hitam [ bahan tumbuk]
3) Masukkan  bahan tumbuk kedalam periuk dan santan serta sedikit air. Biar sampai menggelegak sekejap, terus padam api.
4) Didalam mangkuk , gaulkan kelapa parut bersama tauge, kacang panjang dan daun kunyit tadi dan yang dalam periuk tadi. Tambahkan sedikit perahan limau. Sedia dihidangkan bersama nasi panas-panas serta ikan bakar [ kalau ada, sure terangkat ;p]


Menu sahur hari ni - tapi semua pun keluar jugak :( dah lima hari sahur sia-sia .


Kat sini mana nak cari otak - otak terengganu yer ? Siapa tahu , sila roger..


Korang ada menu pembuka selera untuk ibu hamil tak ? 
Sila kongsi yer :)


26 Comments:

  1. siannyo muntoh lagi, bertabahla ye eliss

    ReplyDelete
  2. Otak2x terengganu tue memang rare la kalau sebelah pantai barat nie...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la , kalau ada memang nak beli sgt :)

      Delete
  3. tabahkn hati ye eliss sbb memang pun apa pun keluar balik..simple gak resepi ni kan..sedpnya kerabu2 ni..memang bukak selera sungguh

    ReplyDelete
    Replies
    1. simple betul. saya smpai dh dekat kul 7.sempat siap :)

      Delete
  4. suka mkn kerabu tauge ltk kerang..yum22

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau ada kerang, memang letak.sedapnya.

      Delete
  5. Ala xde rezeki.. Kesian Eliss. Moga diberi kekuatan. Dugaan tuh. Sabar ye. Jgn lupa minu mair byk2.. Time buka & sahur nti la.. bukan sekrg hihihi...
    alamak tak berapa minat kerabu la... ulam suka :Dv

    ReplyDelete
    Replies
    1. ni kira macam ulam2 jugak.hehehe

      air pun xleh nak minum banyak2, cepat sengkak.

      Delete
  6. dni hari ni nak buat kerabu sarey.. yang pemes kat kelate tganu tu hehe :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. eliss pun suka makan sarey. menu wajib kalau kenduri kat rumah , maklumlah pengaruh kelate kuat dlm diri. abah ore kelate.

      Delete
  7. otak2 ganu? nnt aku tanya en.suami kot2 ade jual kat sini..

    ReplyDelete
    Replies
    1. nia, jasamu kuhargai :) nanti inform yer :)

      Delete
  8. dugaan betul ye skrg. Kena cuba minuman yg mengenyangkan kot mcm Protein Shake atau campurkan Glukosa dlm air teh utk memberi tenaga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu laa psal. minum horliks cereal tu pun keluar semua. kadang2 pk malas dah nk sahur tp gagah jugak bangun, asal dpt pahala jer la.dh tahu semua akan keluar.

      Delete
  9. kesian plak huhu, larat ke puasa eliss?

    ReplyDelete
  10. dulu wife PM masa mulo2 mengandung pun mkn apa pun semuo keluar balik...tapi bila dah masuk 3-4 bulan dah ok dah...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kita pulak nak masuk 3 bulan br start. haishh. dulu nuha smpai 5 bln.

      Delete
  11. Sedih jugak bila dah bangun sahur tapi semua keluar balik. Dah gitu keadaannya, susah jugak na. Itu kira pengorbanan seorang ibu jugak tu, kan. Akak doakan semoga keadaan akan bertambah baik untuk Eliss lepas ni, amin!

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih kak. hari ni sahur dengan kurma jer. muntah jugak tapi muntah air, kurma selamat dlm perut. lepas ni mkn kurma jer la hari2.

      Delete
  12. Alahaii.. Siannyer.. Masa peknen nuha dulu muntah2 jugak? Kena lebih kentalla.. Bestla kalo dpt puasa penuh tahun ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. muntah tapi belah petang dan tak leh makan nasi langsung. kira ni morning sickness pulak. hrp dpt bertahan sampai sebulan ni.

      Delete

Terima kasih yer korang tinggalkan komen. Jika ada kelapangan me reply ok !

xoxo,

Eliss

 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)