Thursday, November 17, 2011

Pengalaman Menyamak Rumah, leceh ker tak?

Penyewa rumah kitorang sebelum ni ada bela anjing. So untuk mengelakkan sebarang was was, rasanya lebih baik kami samak rumah tu. Bukannya leceh sangat sebab rumah baru kami ni tak luas mana pun. Dengan bantuan Long dan Kak Long, Alhamdulillah. Berjaya jugak kami menyamak rumah tu pada malam Piala Malaysia Selangor lawan Negeri Sembilan dan siap ngeteh pastu kat Syed Seksyen 3 jam 12 lebih dengan penyokong bola dari stadium yang kecewa dan gembira :p 


Masa duk google tadi, terjumpa entry blog Eyriqazz, yang jugak berpengalaman menyamak rumah.[boleh baca kat sini]. Baru me tahu rupanya ada Serbuk Tanah Liat yang dijual oleh HPA. Tidak pulak me tahu sebelum ni. Kalo korang malas nak samak sendiri, rupanya ada perkhidmatan menyamak : rujuk sini

Cara menyediakan air tanah: Ambil tanah (kering atau basah) dan campurkannya dengan air mutlak. Banyak tanah dan air bergantung kepada keperluan. [source]


Credit to Eyriqazz

Harga Pengguna
Semenanjung Malaysia: RM 8
Sabah & Sarawak: RM 10


credit to : here

4 Ketul Sabun Taharah pada harga RM23.60


Mula-mula ingat nak beli Sabun Taharah, tapi tak sempat pulak nak pergi beli. End up, guna ajer tanah yang ada sekitar rumah sewa me tu. Seb baik area rumah sewa ni ada banyak kawasan bertanah, so amik ajer kat sini.Tq my hubby :)

Jom la layan gambar-gambar semasa proses penyamakan sedang dijalankan.Penat jugak tapi berbaloi dan puas hati sebab yakin akan kebersihannya. Boleh gunakan tanpa was was :)


 My helper with my little helper :p


My little helper - sibuk jugak nak bersih rumah cantik katanya :p 
Rumah sewa skang dia panggil rumah hitam :p


With her Ayah Long

Orang kuat dalam proses penyamakan  ;p
Ingin khidmat kami ? hahahahaha lariksss...


Tq my dear hubby

Korang pernah samak rumah sendiri?



20 Comments:

  1. bagusnya nyamak rumah camni kan...barulah tanpa was2 gitu..setakat ni tak pernah dengar dan tak pernah buat la eliss

    ReplyDelete
  2. x pernah lg sbb so far semua rumah yg kami sewa adalah penyewa melayu..

    ReplyDelete
  3. hubby n adik lelaki aku yg buat..aku tak join :)

    Walaupun dh tukar semua tile tetap nk samak jugak utk elak was-was kan.

    ReplyDelete
  4. ko samak sampai ke dinding2 ke atau lantai saje?? best gak ade experience gini

    ReplyDelete
  5. ambo x pernoh sbb x dop umoh sendiri lagi hehe

    ReplyDelete
  6. rumah aku duduk nipon dulu rumah non muslim yang bela anjing..aku pon buat macam ko juga, amik tanah sekitar rumah & basuh rumah macam tu..kat bahagian atas disebabkan lantai parkir, aku mop pakai air tanah & pastu mop balik ngan air biasa pula

    buat ngan adik ipar aku je sebab masa tu laki aku outstation tp punyalah semangat nak masuk rumah, sanggup tu..hahaha

    ReplyDelete
  7. bagus la info nie...boleh jadi reference in future ....so takde pengalaman sebab penyewa sblm ni pun melayu....

    ReplyDelete
  8. wah wah pindah umah, pasti pasni umah cantik.. jgn lupa share tau :)

    ReplyDelete
  9. aku xpernah menyamak apa2 pun...
    eh ada jual ek tanah camtu..sng la

    ReplyDelete
  10. dulu masa kecil pernah ada sibuk sibuk ikut mak menyamak rumah sebab anjing boleh masuk dalam umah, huhu, guna tanah biasa je macam elis buat tu...

    ReplyDelete
  11. 1st time dni tengok penyamak ni... selama ni ingatkan guna tanah bebetul tu.. kalau cenggini mudah la.. le oe cari juga nanti kalau2 nak menyewa rmh orang bukan Islam nanti ^__^ tq for sharing. hehe

    ReplyDelete
  12. ooo.. ada tanah iat tu yea.. bagus. good info!

    ReplyDelete
  13. Nice articles. I'm just blogwalking and very happy to stop here. And also give you some comment here.

    Dont forget to give us some your comment into my blog too.

    Thanks for share,
    * Rio Prasetyo *

    ReplyDelete
  14. @amirah tak pernah dengar erk? kita selalu jakim ajer duk buat kat premis makanan :)

    ReplyDelete
  15. @mrsharis rugi la tak join :) tapi me buat sket2 ajer, hubby ngan abang yang banyak buat.hehehehe

    ReplyDelete
  16. tak pernah lagi menyamak (or kata nama terbaru adalah sertu), dan harap2 tak akan di masa depan, kalau perlu, me panggil eliss, boleh? kekek..

    ReplyDelete
  17. Tggu rumah habis renovate, baru bley samak. ;)

    ReplyDelete
  18. mmg xperlu sampai ke dinding ke?mn tau dinding pon ade najis..cmne ek?

    ReplyDelete

Terima kasih yer korang tinggalkan komen. Jika ada kelapangan me reply ok !

xoxo,

Eliss

 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)