Wednesday, June 30, 2010

Deco Bersama Eric, Eh, Eliss !

Korang pernah tampal sticker kat dinding rumah korang tak? Last 2 weeks tak silap aku, aku ada beli sticker dari Munirah.So, malam tadi baru berkesempatan nak tampal kat dinding antara dua bilik tidur rumah aku. Aktiviti harus dimulakan selepas my Nuha tido.Kalo tak,maunya dia koyak wall sticker aku nih.hehehe.

Cara-cara Untuk Menampal sticker dinding/ wall sticker : boleh baca kat belakang sticker tu.Hahaha.Keji kan?

1) Mula-mula lap dulu dinding tu supaya dinding korang flat tanpa sebarang kotoran.

2) Tanggalkan lah sticker tu dan sedia untuk menampal.Kat situ ada nombor bahagian-bahagian, so ikut lah nombor dalam gambar tu , jangan main hentam macam aku.hehehe

3) Bila dah lekat tu, gosok-gosok sticker korang agar tak der gelembung udara yang tertinggal.


Selamat Mencuba !

Boleh dapatkan disini jika masih ada : http://tepektepek.blogspot.com/

Hasilnya, Tadaa....



Cantik kan? Tapi tangan aku ni bukan berseni mana pun dan ntah macam mana tersilap letak dahan-dahan tu.Nak tarik balik takut gam dia tak kuat plak.hahaha.Poyo jer kan?

Kalo tengok gambar asal lagi cantik.hehehe.
Rama-rama tu aku saja main hentam keromo sebab ruang sempit, so kena letak ikut suka aku jer la :)

 Kita tunggu orang yang dapat sticker ni , deko rumah dia, sambil menjeling pada Niza :P

 Setelah selesai menampal wall sticker dengan jayanya, marilah kita meraikan kejayaan buat diri sendiri.Pukul 12.00 a.m buka peti sejuk keluarkan ais krim dan kon ! Dah lama beli tapi belum sempat makan! hehehehe.





Hasilnyaa...tadaaa...

p/s:



Sayang, i need ice-cream scoop!


p/s:

Niza, tq bagi jug KFC :) Muka ko macam kena censor plak kat gambar tu..hehehehe :P

AkulahBathroomBlogger | My Nuha | My Hubby | Watermark For Free
 
1st Makhluk Tuhan Paling Sexy Komen Semalam:

Tuesday, June 29, 2010

Kerana Crocs Gift Voucher

Hari tu baca belog Kak Ros, dia cerita pasal lecehnya nak redeem hadiah guna voucher yang dia menang contest Sloggi hari tu. Boleh baca kat [SINI]. Akhirnya, kelecehan itu telah terjadi pada diri aku pulak.
Ingat tak aku dapat voucher Crocs hari tu ? Excited gila sebab nak belikan kasut Crocs untuk my Nuha. Hari sabtu, last 2 week, akhirnya aku ke Cro*cs di Su*bang Pa*rade.Sekali tengok store concept dia, pilihannya tak banyak sangat dan Crocs yang aku nak dalam entry [INI] memang tak der lah.Yang ada cuma yang macam Crocs tak original yang bersepah kat pasar malam tu.Baik aku beli pasar malam! 

Tiara kata kat mid*valley ada Crocs. So, last week, akhirnya kami pergi la kesana.Alhamdulillah, design yang aku nak tu ada kat situ tapi , ada lagi TAPI nya tuh, size Crocs untuk kaki mungil my Nuha pulak dah tak der. Tapi, still ada kaler lain yang sama pattern ngan aku nak tu. Bila nak pergi bayar, hulur duit dan voucher dengan confidentnya.Sekali, amik ko ! Cashier tu cakap, tak boleh kak beli kat sini guna voucher tu. Dalam hati aku dah pu*ki*mak ko dah ! Terus aku bawak keluar anak aku yang menangis tak nak tanggal Crocs yang dia try tu.huhuhu. Bila dah order pizza untuk dinner, my hubby cakap nak kuar beli Crocs tu jugak tanpa guna voucher tu.

Akhirnya, Crocs tu menjadi milik my Nuha jugak...

Original tau : Siap ada tag :p

Malam tadi, my hubby nak beli barang dia kat Sub*ang Pa*rade, lagi sekali singgah kat Crocs tu untuk beli Jibbitz since kasut Crocs dah beli kan.Lagi sekali, terjadi, bila dah pilih Jibbitz yang berkenan dihati, total amount 33.70 , so lagi sekali dengan confidentnya hulur duit dan voucher ! 
 
Sekali dia cakap, kak, voucher ni kena beli kasut ajer.Hampeh tak ? Bila baca balik kat situ - One person is entitled to redeem one voucher with purchase of shoes in a single receipt. My hubby suh aku beli kasut Crocs lagi satu untuk aku tapi satu pun tak berkenan kat hati aku ni.Dia pun sama.Last-last, aku hulur voucher tu kat mamat cashier tu, 
 
Dik, kalo sesiapa nak beli Crocs, bagi lah voucher ni kat diorang ! So, kalo korang nak beli Crocs, pegi concept store kat Suba*ng Pa*rade, kot- kot tak der orang beli lagi Crocs tu !
Kami terus blah dari situ tanpa beli Jibbitz tu padahal cashier dah siap kira tu! Baik beli pasar malam, RM 2 ajer sebijik! Bukan RM 8.90 ! hahahahaha.

p/s:
 
Kalo ikutkan my hubby, dia nak koyak voucher tu kat muka cashier crocs tu..hahahaha.larikssss..

So, sesiapa yang nak buat contest tu, aku nasihatkan, tak payahlah bagi voucher Crocs Gift Voucher sebab :-

1) Pilihan Terhad dan design kat concept store macam kat pasar malam ajer

2) Kena beli kasut ajer tak boleh beli Jibbitz ! hahahaha.

Peringatan untuk diri sendiri : Silalah baca T & C Voucher sebelum beli apa-apa yer duhai Eliss..huhuhuhu

Terms & Conditions Crocs Gift Voucher

1. Photocopies of this voucher are not acceptable
2. One person is entitled to redeem one voucher with purchase of shoes in a single receipt
3. This voucher is not redeemable for cash and cannot be used concurrently with any other promotion or discount
4. Shoes redeemed from this voucher cannot be exchanged at a later date for another pair of shoes
5. No redemption can be made after the stiputed validity period
6. CROCS reserve the right to change any of the above without prior notice
7. CROCS reserve the right of final decision on the use of offer
8) Redeemable at crocs concept stores :

Crocs 1-utama
Crocs Bukit Tinggi
Crocs Subang Parade
Crocs Tropicana City Mall
Crocs Bangsar Village
Crocs ioi mall
Crocs Queensbay mall
Crocs Gurney Plaza
Crocs Jusco Kinta City
Crocs Bukit Indah

Korang ada masalah ker nak redeem hadiah dengan voucher? Sila lah kongsi disini :)

 
AkulahBathroomBlogger | My Nuha | My Hubby | Watermark For Free
 
1st Makhluk Tuhan Paling Sexy Komen Semalam:

Monday, June 28, 2010

Hadiah Sempena Minyak Wangi Habis?

Weekend hari tu, my hubby bagi hadiah kat aku.Aik, hadiah apa ni?Hadiah sempena minyak wangi habis katanya. Ok, ni entry menunjuk-nunjuk jugaklah.Mestilah nak kena tunjuk, hadiah dari my hubby katakan :)



 Mesti lah hadiahnya adalah minyak wangi..Escada lagik!
Katanya RM10 ajer..RM10 * 20 kot! Tak kisah lah, Janji Escada!

Terima Kasih Sayang, I Love You ! 

p/s :

Dia request minyak wangi Dunhill dan DSLR..huhuhuhu


Ni gambar sekitar sambutan hari lahir buat rakan sekerja aku, Niza, en rahim dan en saju*din entry yang lepas tu [SINI ]
*Awas ! Ada gambar yang diraikan dan gambar makanan ajer..hehehehe

 Yang diraikan..'Selamat Hari Tua'


Potluck! Btol-btol luck lah!



Weekend hari tu, selepas misi membeli Crocs untuk my Nuha di midvalley.Meraung my Nuha bila aku terpaksa tanggalkan kasut tu! huhu.Dah la kaler yang aku nak tak der.Tapi cantik jugak lah.(voucher tu tak laku kat sini sebab kena beli kat store concept ajer) .Lepas tu kami makan pizza! Kak Long aku belanja, mungkin sempena minyak wangi habis jugak kot ! hehehehehehe.

Korang pernah ke dapat hadiah sempena minyak wangi habis?

AkulahBathroomBlogger | My Nuha | My Hubby | Watermark For Free
 
1st Makhluk Tuhan Paling Sexy Komen Semalam:

Friday, June 25, 2010

I LOVE YOU CONTEST by Little Kids Photography & Little Mama’s LOVE Baby Boutique




Name one of the photography package by Little Kids Photography

CURIOUS ANGEL – RM297 each

There are 4 exclusive kids photography packages under CURIOUS ANGEL which is priced at RM297 for each photo session.

Little Artist



Capture and treasure the magic moments of your curious angel becoming a little artist. Brush or finger painting. Either Little Mama Studio come to your home or you come to Little Mama Studio. Free pre-session consultancy, photography props and light snacks.

Little Explorer



Capture and treasure the magic moments of your curious angel exploring everything and anything around him. Gardening, cycling, building, racing, playing outdoor or any favorite thing. Either Little Mama Studio come to your home or you come to Little Mama Studio. Free pre-session consultancy, photography props and light snacks.

Little Chef



Capture and treasure the magic moments of your curious angel becoming a little chef. Baking and decorating cookies/cupcakes. Either Little Mama Studio come to your home or you come to Little Mama Studio. Free pre-session consultancy, photography props and light snacks.

Little Model


Capture and treasure the magic moments of your curious angel becoming little professional like a nurse, doctor, musician, dancer, librarian, soldier, fireman or even a fairy. Little Mama Studio come to your home. Free pre-session consultancy and photography props.

p/s:

Senarai pakej lain, boleh rujuk di SINI .

p/s:

Kalo nak check bila Kak Ros available boleh rujuk calendar kat SINI.

p/s:

Portfolio boleh tengok SINI .

p/s:

Jika berminat boleh hubungi Kak Ros di SINI.

Name one of the item on sale at Little Mama’s LOVE Baby Boutique

Product Information : KIDS APRON
Price: RM37.00 RM35.00

Little Mama's LOVE brand. Sewn with love by yours truly .
  • REVERSIBLE - can wear on any side!
  • Combination of cute lovely prints
  • Comes with two pockets, one on each side for keeping small activity tools
  • Adjustable neck straps with antique metal slide
  •  
Kids Apron
  • Perfect for protecting your kid's cloth during kids fun activities such as baking, gardening or painting
  • One size for toddlers and kids from 1 to 10 years old (both boys and girls)
  • Made of designer fabrics by Sirpa Cowell and Eva Lundgreen from Sweden
  • 100% cotton material (washable)
  • FREE tiny double layer hankie (cloth wipe) made of cotton and soft fleece (while stock last)
Available pattern.


Kids Apron
Kids Apron

WHOLESALE OFFER

Buying in bulk for your kindergarten or playgroup sessions? Get 20% discount off the normal price if you buy more than 10 Little Kids Apron!

Interested in buying at least 10 Little Kids Aprons? PRE-ORDER by using the Contact Form or email her at admin[at]littlemamalove.com.

What’s interesting about Little Kids Photography and Little Mama’s LOVE?

1) Apa yang menarik di Little Kids Photography? 







Little  - Mesti teringat sama Little Mama a.k.a Kak Ros Punya ! ! Anyway, Cute Dolly you have :)
Kids - Mesti kita tak nak terlepas seluruh kenangan anak-anak kita dari lahir sampai dah boleh berjalan dan melakukan aktiviti yang disukai mereka .Dan event-event yang menarik.So, untuk hasil yang terbaik, Litte Kids Photography lah pilihan yang terbaek , termenarik dan hasil yang amat debommm gitu !  Photography - Yang bestnya, ada Newbie Guide untuk fotografi - So yang mana berjinak-jinak dalam bidang fotografi boleh rujuk kat SINI. Harga pakej fotograpi yang ditawarkan pulak  berpatutan , mana nak carik ?


I


Little Kids Photography


2) Apa yang menarik di Little Mama’s LOVE?


 Little  - Mesti teringat sama Little Mama a.k.a Kak Ros Punya !Banner pun cantek jugak :)
Mama's -  Mak-mak mesti nak beli punya untuk anak-anak sebab semua hasil jahitan adalah untuk anak-anak.Siapa yang teruja nak shopping untuk anak-anak kalo bukan mama-mama? hehehehe
Love - Semua hasil jahitan oleh Kak Ros di Little Mama’s LOVE dibuat dengan penuh kasih sayang  tau! So, semua hasil adalah terbaik punya, tak menyesal kalo beli.Dan yang paling best ada Returns Policy.Mana nak dapat??

RETURNS POLICY

We will do our best to make all of our customers happy. If you wish to return the items,it must be in original packet, not used, not washed, not soiled, or damaged. And must be return within 7 days after day of purchase with pos laju or courier service.The return will be made in a form of STORE CREDIT for you next purchase base on the price paid. Shipping fee is not returnable.
 Harga pulak berpatutan ! Apa lagi, jom membeli belah ! KLIK SINI !

Semua gambar credit kepada :


How to Enter – Must Do?

There are 5 MUST-DO things to qualify for entry.

1. MUST – Put contest banner in your entry and your blog’s sidebar with link back to this contest page-Done
2. MUST – Put link in your entry to Little Kids Photography and Little Mama’s LOVE -Done
3. MUST - Answer these two simple questions in your entry-Done

* Name one of the photography package by Little Kids Photography
* Name one of the item on sale at Little Mama’s LOVE Baby Boutique

4. MUST – Write short opinion “What’s interesting about Little Kids Photography and Little Mama’s LOVE?”-Done

5. MUST – Leave a link to your entry at the comment box.-Done

Optionals

1. OPTIONAL – Follow Little Mama’s LOVE Baby Boutique with Google Friends Connect -Done
2. OPTIONAL – Create an account/register with Little Mama’s LOVE-Done
3. OPTIONAL – Join Little Mama’s LOVE Mailing List (simple, enter email only – see Mailing List box on left sidebar)-Done

4. OPTIONAL – Follow Little Kids Photography with Google Friends Connect-Done
5. OPTIONAL – Like Little Kids Photography on Facebook-Done

6. OPTIONAL – Follow Malaysia Online Shopping Guide with Google Friends Connect-Done
7. OPTIONAL – Like Malaysia Online Shopping Guide on Facebook-Done

8. OPTIONAL – Follow Little Mama’s Diary with Google Friends Connect-Done
9. OPTIONAL – Follow Mom Bloggers Planet with Google Friends Connect-Done


* Please mention WHICH optional items that you did in the entry - ALL
* Please mention your GOOGLE FRIEND ID and FACEBOOK ID in the entry or email admin[at]mombloggersplanet.com
* Please mention your FIRST NAME or EMAIL in the entry or email us if you register with Little Mama’s LOVE

FACEBOOK ID: elissmie
google id : e.l.i.s.s.m.i.e
email  : elissmie [at] gmail [dot] com

Untuk maklumat lanjut : KLIK SINI  
DUE DATE : 15th July 2010

Hari-hari makan salad, boleh kurus tak?

Hari ni ada makan-makan kat ofiz aku sempena birthday Niza, en rahim dan en sa*judin.Happy belated birthday yer semua :) Semalam, gigih la aku pi pasaraya carik salad bagai untuk buat salah sayur-sayuran.

  pic credit to here

Ok,gambar salad aku tak semenggah tapi lazat tu malas aku nak taruk kat sini.hahaha.siapa lagi nak puji kalo bukan diri sendiri kan? Semalam aku tanya my hubby, kalo makan salad hari-hari boleh kurus tak ? Ada pulak dicakapnya macam kambing kalo makan salad hari-hari. Omputeh pun tak makan salad semata-mata katanya.

Korang rasa macam mana, boleh kurus tak ?

Ok lah, nak kena pegi Sec*ret Re*cepi, nak belikan kek untuk birthday man! Katanya nak kek banana chocolate.Aku dah naik muak ok, makan kek jenis ni.Dulu , suka sangat :p


gambar ulang tayang :P


AkulahBathroomBlogger | My Nuha | My Hubby | Watermark For Free
 
1st Makhluk Tuhan Paling Sexy Komen Semalam:

Thursday, June 24, 2010

Ibu Mengandung Tak boleh Tengok Cerita Seram?

Beberapa hari lepas, my hubby baca pasal satu artikel kat paper pasal tonton siri seram lahir anak kuat menangis.

Wanita mengandung yang sering menonton siri seram di televisyen di sebelah malam didapati melahirkan anak yang kuat menangis, demikian menurut satu kajian.Baca selanjutnya di SINI.


Korang masa mengandung dulu ada menonton siri seram ker? Aku rasa aku banyak jugak tengok cerita seram masa mengandung dulu.Biasalah, masa tu tadak astro lagi.Layan TV3 ajerlah.Pulak tu, ada slot Seram plak setiap malam Khamis.


24 Julai 2008 – 30 Oktober 2008

Cerita yang tak miss aku tengok dulu, Kekasihku Seru. So kalo anak dia lahir tahun 2007 keatas dan tonton slot seram kat TV3, memang kuat menangis lah macam anak aku.Kebetulan sungguh! huhuhu.Anak aku skang ni, tak boleh salah sket, mesti nak nanges.Kena turut semua benda yang dia nak, kalo tak, meraung satu dunia boleh dengar !!
Antara cerita lain yang aku layan.
  • Susuk (19 April 2007 – 18 Oktober 2007)
  • Anak Pontianak (25 Oktober 2007 – 17 Januari 2008)
  • Saka (24 Januari 2008 – 17 Julai 2008)
  • Puaka Niyang Rapik (6 November 2008 – 29 Januari 2009)
  • Keliwon (5 Februari 2009 – 30 Julai 2009)
  • Tower 13 (6 Ogos 2009 – 12 November 2009)
  • Jangan Tegur Lagi (19 November 2009 – 8 Februari 2010) 
  • Penunggu Gunung Raya (15 Februari 2010 – 13 Mei 2010) - Yang ni tak layan langsung! hehehehe
  • Slot Seram terbaru TV3 , Roh Kembali..Yang ni pun tak layan jugak.hehehe

Sumber : SINI


Baby yang lahir-lahir ajer menangis tapi slow..sekarang..hasilnyaa...

Saya budak kuat menangis!!!!!!! Tak Percaya?? Percayalah!!!!

Korang ada layan cerita seram tak masa mengandung?? Cerita apa??

AkulahBathroomBlogger | My Nuha | My Hubby | Watermark For Free
 
1st Makhluk Tuhan Paling Sexy Komen Semalam:

Wednesday, June 23, 2010

Ibu Vs Ibu Mertuaku

Mana ada aku berperang.Tak de derr..Aku sayang bangat sama Ibu dan Ibu Mertuaku.Sayang seikhlas hati.Sayang Ibu Mertuaku macam aku sayang mak aku sendirik jugak lah.Tadak bias-bias. [Ada la sket-sket.Logik la kan? hehehe :P]

Semalam, entah jin shamsudin shopping mana ntah telah masuk kedalam tubuhku.Dan secara hutang [ belum gaji maaa], aku telah membelikan ibu dan ibu mertuaku tudung. Kasi adil, kena la beli sorang sehelai. Tapi aku memang tak minat pakai tudung ni.Korang kalo berminat boleh hubungi Puan Suraya yer :)



Info produk : Harga RM35 sehelai. 
Beli 3 RM100 ![jangan lupa sebut nama aku 3 kali..hehehehe]

Malam tadi, aku sajer jer pakai depan my hubby, langsung tak cukup piawaian katanya sebab tak cukup tutup dada.Lagipun, aku memang tak terbuka lagi hati nak pakai tudung macam ni.Tapi yang best tudung ni, jimat masa lah nak pakai dan tak perlu gosok bagai...Yang cukup piawaian ada, RM 60 Sehelai kat Jakel, ada berani ker sayang? hehehehe.


Model tudung tak berbayar :P Kak Long dan Kak Ngah ku..

Korang suka makan portugese egg tart ? Kat mana nak carik yang sedap? Kalo ada habaq mai kat me no..Nak kasi leleh sket...Walaupun menjejes air liur aku masa taip entry ini..huhuhu



Info : 
Tempat Beli :King Confectionary, Tesco Shah Alam
Harga :RM1.20 satu
Bintang : *****

psst : Tarima Kasih kak Fadz sebab bagi tat ni..dah teringat2..hari tu pergi tesco, tengok2 tinggal 3 ajer,aku rembat semuanya..hari ni teringin nak makan, siapa nak tolong belikan??

Info : 
Tempat Beli :Kafe Menara,UiTM Shah Alam
Harga :RM1.80 satu
Bintang : *


psst:

Aku buat blog badge baru.Ada sesiapa nak bertukar blog badge?Sesiapa yang nak bertukar bagitahu ler, badge anda akan dipaparkan di Badge Exchange kat sidebar.




1st Makhluk Tuhan Paling Sexy Komen Semalam:

Tuesday, June 22, 2010

Berbuka dengan pizza, agak-agak kenyang tak ?

Kalo aku lah berbuka dengan pizza, memang tak kenyang.Maklumlah, melayu sejati wa cakap lu. Bukan jawa yer! hehehe.Lahir-lahir ajer terus makan nasi, ginilah jadiknya. Kalo masa lahir, jam jam tu, mak aku bagi makan spagetti mesti buleh makan pizza untuk berbuka.hehehe.

Ini kira entry basi jugak.Jumaat lepas, boz kami dengan berbesar hatinya telah belanja kitorang makan satu unit.Katanya nak meeting sekali! Seb baik semua anak buah perempuan ! hehehehe.


 psst : 
Yang sempat snap cuma Island Supreme..Yang super supreme dah selamat masuk mulut semua orang!
oh lupa nak buat tali temali cheese macam blog mamasue :P  
Siapa yang tak breakfast lagi tu, mohon ribuan maaf yer..Dan yang tengah ganti puasa tu...[aku lah tuh]





Menu :1 Large Pan Pizza - Island Supreme
1 Regular Pan Pizza - Super Supreme
  7 Soup-of-the-day
8 pcs Garlic Breadstix
Iced Milo,Iced Passion Tea,Assam Boi Fizz
Fruit Salad
Salad - Pun tak sempat nak snap..hehehe

Venue: Pizza Hut , Seksyen 7, Shah Alam
Price : RM100 ++
 





                                               p/s: tuan punya belog tumpang enterframe :P




psst:

makan sambil meeting ! sedut boz jangan tak sedut! hehehehe.
Kak ray tayang Asam Boi Fizznya :)
Ad makan tak pandang orang dah! heheehe


psst:

Terima kasih daun keladi boz! Boz korang tak belanja korang ker? lalalala.larikss

psst :
Entry ini ditulis oleh orang yang berpuasa, yang terpaksa menahan diri dari terliur dengan pizza.huhuhuh Sabarlah duhai Eliss! hahahahaha


*Entry ini ditulis tanpa nafsu makan.





psst :

ShoppingLifestyle.com Magazine Readers' Contest: Win A Prada Wallet


AkulahBathroomBlogger | My Nuha | My Hubby | Watermark For Free
 
1st Makhluk Tuhan Paling Sexy Komen Semalam:

Monday, June 21, 2010

Beg Sejuta Manik, korang ada?

Aku ada.Tapi, aku tak kira lah manik dia sejuta ke berapa juta.hehehe.Tajuk ajer kasi gempak.Terima Kasih Cik Nor, sebab ada saje ole-ole untuk kami .Ni ole-ole dari Bali.Melancong saja kerjanya.Syok!

psst : 
Aku salute lah sama yang buat purse coin ni.Mesti juling mata-mata nak menjahitnya kan..dah laa belakang dan depan pulak tu..warna warni pulak lagi..

pstt: 

Ni mantan boz bagi kat aku..hehehehe.Kalo dah hantu coklat tu kan, hantu jugak.Yer, aku hantu coklat.So, nak ceriakan aku pagi-pagi bagilah aku coklat ok!


psst : 

Aku puasa hari ni .Tinggal 3 hari lagi lah belum ganti.Korang dah ganti puasa?
 
pstt:
Sayang, selamat Hari Abah! I Love You darling !
Abah, selamat Hari Abah!
Ayah, Selamat Hari Ayah lah!

Buat semua yang bergelar Ayah, Abah, Daddy, Dad, Papa, Selamat Hari Bapa lah buat kalian semua! woha!
 
psst:
Nak berbuka apa yer hari ni?? 



1st Makhluk Tuhan Paling Sexy Komen Semalam:

 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)