Terlepas Entry Terkini ? Klik Sini

makhluk tuhan paling gojes atas muka bumi sedang gigih tulis komen. Terima kasih :)

Monday, December 31, 2007

Selamat Tahun Baru 2008

hahaha..
aku masih di ofiz..kul 8.30 malam..again...hari jumaat hari tu balik kul 9...sungguh cilakas..nasib baik OT leh duit..kalo dok, mampos laa...memang aku tak siapkan laa sistem ni..

ok ar...selamat tahun baru 2008...tanamkan azam baru?
azam aku?? tunggu......................aku baru nak fikir balik nanti...hehehe

Dah baca jangan segan-segan Like entry ini yer :) Tq

Friday, December 28, 2007

sungguh tak tipu..

sungguh..tak tipu..aku bz yang hamat amigos...

p/s: saper2 yang dah bayar kutu bulan ini sila ckp kat aku...

Dah baca jangan segan-segan Like entry ini yer :) Tq

Thursday, December 27, 2007

Apple Cicah Garam..

Apple Cicah garam..apple fiji lagikk tu...Tu jer makanan yang masuk ke mulut aku malam tadi..punyalah banyak aku beli yong tau fu sekali bila jer kuey teow tu masuk dlm tekak aku, terus uwek uwek..adakah kuey teow berasal dari beras?? musykil aku...
aku sunguh² laa lapar..uhuk uhuk...

Ungu Violet aku dah kering..tak sempat nak tunjuk gambar dizaman kegemilangannya..uhukk uhuk jugak..pas ni kena carik pokok yang tanam dalam air jer..hari tu ungu violet mati sebab pasu nyer tak cukup besar...sian dier...pokok aku kat ofiz makin segar bugar..penuh akar dier..

Dah baca jangan segan-segan Like entry ini yer :) Tq

Wednesday, December 26, 2007

Selamat Hari Raya AidilAdha..


Rasanya masih tidak terlewat untuk mengucapkan Selamat Hari Raya AidilAdha kepada semua umat islam...tahun ni aku beraya di terengganu..sehari sebelum raya aku n my hubby balik dengan menaiki 'Cinta Bersulam Rindu' Kitorang...
memang sungguh kelakar pada malam kejadian..bertolak dari Shah Alam lebih kurang pukul 7 malam..sampai terengganu pukul 3lebih pagi??WTF kan??sebabnya..my hubby ngantuk sangat² sebab dier dah laa balik dari kerja then terus berkejar berlari² anak -tipu naik kereta bertolak balik terengganu..memang penat yang amat laa tu..bereti tido kat hentian gambang pun dah 2 jam kot, peh tu boleh dier buat lawak(masa ni aku dah tido laa,start dari kijal dlm kol doblas-sorry laa yang,ngantuk yang amat), dier boleh berenti kat petronas penapisan kerteh tuh(kira² 10 menet jer nak sampai umah mertua aku),kul 1 pagi sampai kul 3 pagi..arrrghhhh..tension yang amat aku..kalolah tido atas katil masa tu kan syok....dan akibatnya, kami semayang raya diatas katil..muahahahahaha....sungguh letih yang amat..dan kul 10 baru mangun..nasib baik mak mertua aku x ckp apa..hehehe...makan nasi dagang mak mertua aku buat..peh sodap...thumsb up!petang baru balik umah aku plak..mak aku buat laksa yang aku request seblom balik hari tu..sodap jugak..thumbs up!

Dah baca jangan segan-segan Like entry ini yer :) Tq

Roti Pisang@Hakim

beberapa hari ni memang aku tak leh nak telan nasi..tengok nasi pun boleh buat aku muntah..telan 2-3 suap pun dah nak muntah...sian my dear hubby kena makan nasi sensorang..semua nasi pandang aku dengan perasaan yang 'pelik'..eliss tak makan nasi?hehehe..sungguh lawak sekali..mungkin nasi bergolek2 ketawa dan gumbira didalam hati..sungguh cilakes...dan sungguh mohd hizaami tekak aku ni..selalu aku yang selalu memang 'pelik' kat my hubby sebab dulu dier memang jarannggggg sangat nak makan nasi..roti adalah makanan ruji..kalo laa begini dari dulu, mungkin sekarang aku dah jadik supermodel..(hahaha..patutlah tuhan tak bagi aku kurus,sebab aku nak jadik supermodel)tak per² aku mensyukuri dengan Anugerah yang diberi bukan tak bersyukur..buatnya kurus kering, entah2 my hubby tak nak kot..muehehehehe..
dan malam itewhh,senin malam yang lepas...tepat jam 12 malam,aku makan roti pisang satu mamak , teh tarik kurang manis ok setelah seharian x makan apa2....

Dah baca jangan segan-segan Like entry ini yer :) Tq

Tuesday, December 18, 2007

*updated-my new sandal..


p/s:sungguh sandal sundal kan??

Dah baca jangan segan-segan Like entry ini yer :) Tq

Status Permohonan Cuti Rehat

Assalamualaikum


Salam Sejahtera.

Permohonan cuti anda yang bermula dari 19/12/2007 hingga 25/12/2007
kerana menguruskan hal-hal peribadi telah pun saya luluskan.

Anda boleh menyemak cuti anda.
Selamat Bercuti.

Sekian, terima kasih

Yang benar
Nama Boz aku disini...(p.s:terpaksa dirahsiakan)

p/s: jgn carik aku.....aku balik kampung..yehaaa..yabeda..yabedu..yabedi..harap2 leh lalu jalan nak balik trg...amin..hah..awak yang pakai baju kurung tu, sila amin sekali...awak laa..toleh lagikk..awakk..yer..yer..awak..

Dah baca jangan segan-segan Like entry ini yer :) Tq

Pizza AnyOne @Pizza Hut ??!!


Hohoho..sajer nak bagi semua orang jelez..malam tadi my hubby teringin laa plak nak makan pizza mengidam lagikk laa ni, so lebih2 laa my hubby ni..since last week lagi dier beriya² ajak aku makan pizza tapi masa tu aku tak gaji lagi so aku buat² laa bodo jer dulu sampai laa malam tadi(p/s:nape la aku gatal mulut janji ngan dier nak banjer dier makan pizza)..sebelum terlupa, my hubby belikan sandal utk aku..maklumlah lepas kawen ni, dier x penah lagi bagi present kat aku sebab tadak hari² spesial yang berlaku dari start aku kawen sampai hari ni...lawa belit² tali dier..tenkiu my dear sweetheart :* :* :*:* sampai bulan bintang..laki aku tak suka sangat makan kat pizza hut tu so kitorang tapau jer buat balik...aku tak sangka leh makan pizza 4 slices..fuyyohh..kitorang makan pizza large super supreme+soup-of-the-day+Extra Large Criss Cut Fries +Garlic bread+1 can pepsi for dear hubby=rm43.02..sandal aku rm 36..ok laa..aku just kuarkan duit aku 7.02 jer...hahahahahaha..sungguh beruntung mempunyai suami(silalah kawen cepat kepada yang masih single..hah..awak laa!jangan toleh²belakang..ye ye..awakk..awak yang merenung skrin monitor tu...)...hehehehe..
hari ni memulakan pagi dengan malas sket sebab pegi bunuh kafir malam tadi..mueheheheehe..dan sejak dua menjak ni, tekak aku tingin jer nak makan nasi dagang..sungguh mohd hizaami rasa tekak aku ni..musti our baby♥ ni pun seghuper ngan abah dier laa ni...ish ish..
p/s:gambar sandal ku akan diambil kemudian..skang line x clear sgt..huhuhu

Dah baca jangan segan-segan Like entry ini yer :) Tq

Monday, December 17, 2007

Jangan Makan Kobis Bulat???


WALLAHU 'ALAM...

BERKONGSI CERITA DARI SEORANG TEMAN.............
Jangan makan kobis bulat

Kubis bulat memang digemari ramai di Malaysia ini. Jikalau hendak melihat buktinya, tunggu sahaja di pintu keluar pasar, perhatikan bakul membeli belah dan perhatikanlah sayur kubis yang dibeli. Kubis murah harganya dan tahan lama. Satu lagi cara untuk melihat betapa orang Malaysia amat gemar dengan sayur kubis ini ialah dengan melihat sayur yang dihidangkan direstoran atau gerai makan, pastinya kubis menjadi
salah satu hidangan disitu. Kubis juga menjadi komponen utama dalam "coleslaw" di KFC dan juga kandungan utama burger dan kebab. Siapa yang suka makan lontong, kalau tidak ada kubis dalam sayurnya,maka itu bukan lontonglah. Pendek kata kubis digunakan dipelbagai masakan.

Satu ketika sewaktu makan di sebuah restoran yang kerap saya kunjungi, saya memerhatikan seorang perempuan pelayan restoran tersebut sedang enak makan tengahari dengan berulamkan kubis rebus bercecahkan sambal belacan. Sungguh berselera perempuan ini menghabiskan makanannya. Perempuan ini sudah berkahwin. Saya memandangnya dengan penuh sayu dan sedih kerana memikirkan akibat dari memakan sayur kubis tersebut. Kemudian saya terpandang seorang pelayan lelaki berasal dari Indonesia yang saya kenal.

Saya bertanya kepada pelayan lelaki ini "Mat engkau makan kubis tak?".

Mat menjawab "Saya tak makan".

Saya bertanya lagi "Kenapa tak makan kubis, bukankah kawan engkau tu sedang enak makan sayur kubis?"

"Bapa saya tak bagi makan kubis" jawab Mat ringkas.

"Kenapa bapa engkau tak bagi makan kubis?" saya menyambung soalan.

"Entah, saya pun tak tahu tapi saya ikut saja cakap bapa saya" Mat menyambung perbualan.

Dari perbualan ringkas saya dengan Mat iaitu seorang pelayan di restoran yang berasal dari Indonesia, dapat saya rumuskan bahawa masih ada segelintir manusia di Malaysia ini yang masih mengamalkan petua orang tua agar tidak makan kubis. Namun apa yang saya sedih ialah Mat ini tidak tahu apa kesan kalau makan kubisini. Dari penyelidikan ke atas para pelajar saya, memang sah tidak sampai 2% dari mereka ini yang tidak
makan kubis. Majoriti memang suka makan kubis dan setengahnya sangat suka kubis dan ada pula yang setiap hari hanya makan sayur kubis, subhanallah.

Apakah sebenarnya kesan apabila manusia memakan kubis?
Jawapannya adalah SEKIRANYA SESEORANG MAKAN KUBIS, IA AKAN MENYEBABKAN KEPUTIHAN KELUAR DARI KEMALUANNYA.
Apabila disebut sahaja keputihan ramai orang perempuan memang tahu apa bendanya kerana kini ia menjadi masalah yang lumrah pada kebanyakan perempuan samaada anak dara atau yang sudah berkahwin. Fakta ini diakui oleh seorang doktor wanita pakar sakit puan yang dipanggil untuk membincangkan masalah sakit puan di TV3 satu masa dahulu. Doktor perempuan pakar sakit puan ini berkata "Penyakit keputihan adalah penyakit normal yang dihidapi oleh orang perempuan. Ia hanya akan mendatangkan masalah apabila kuantiti keputihan yang dikeluarkan ini terlalu banyak hingga menyebabkan secondary infection". Dari kenyataan doktor perempuan ini, apa yang dapat disimpulkan di sini ialah bahawa doktor perempuan ini juga mengalami masalah keputihan.

Keputihan yang keluar dari kemaluan perempuan ini sememangnya mendatangkan pelbagai masalah. Keputihan ini menyebabkan bau yang amat tidak menyenangkan kepada wanita itu sendiri mahupun kepada sang suami.
Sekiranya kuantiti keputihan yang dikeluarkan adalah banyak, ia bakal mengundang jangkitan penyakit lain seperti gatal yang amat sangat. Ini adalah disebabkan keputihan ini sebenarnya adalah protin yang dikeluarkan dari dinding kemaluan perempuan akibat dari memakan kubis ini. Protin keputihan ini adalah satu medium yang amat digemari oleh mikro organisma seperti kulat dan bakteria. Kedudukan keputihan yang dikeluarkan melalui kemaluan ini begitu tersorok dan sangat lembap dan faktor-faktor ini semua mengundang kulat dan bakteria untuk tumbuh di atasnya yang seterusnya menyebabkan kegatalan yang serius.

Kebanyakan para doktor termasuk doktor perempuan pakar sakit puan yang di panggil TV3 di atas tidak mengetahui tentang punca penyakit keputihan pada orang perempuan. Bila orang perempuan berjumpa doktor untuk rawatan masalah keputihan, doktor akan memberikan berbagai ubat termasuk krim untuk disapukan dikemaluan, namun semua ini tidak membantu kerana kemaluan terus mengeluarkan keputihan. Perempuan yang sudah mengalami kegatalan disebabkan keputihan ini seterusnya akan menghadapi masalah kegatalan yang amatserius apabila mereka makan udang, ketam, sotong atau kerang. Masalah kegatalan ini menyebabkan masalah yang lebih rumit lagi iaitu seorang isteri tidak mampu atau minat untuk melayan suami dan ini pastinya mengundang rantaian masalah lain.

Masalah keputihan yang serius juga sebenarnya mengundang satu lagi masalah yang lebih rumit iaitu MIGRAIN di bahagian tertentu kepala. Masalah keputihan peringkat serius ini sebenarnya mengakibatkan kemaluan jadi amat tidak selesa dan seakan-akan berdenyut. Gigi kalau sakit, kepala juga sakit. Kalau badan demam,kepala pun sakit. Dengan kaedah yang sama ini, bila kemaluan wanita meragam ia mengakibatkan migrain.
Perempuan yang migrain ini kalau sudah berkahwin, bayangkanlah bagaimana mereka hendak melayan suami serta menguruskan rumah tangga dan anak-anak.

Satu perkara yang para isteri perlu mengetahuinya ialah keputihan ini menghilangkan nafsu suami ketika ingin bersama kerana baunya yang tidak selesa serta kesan lain yang agak memalukan untuk diceritakan disini. Cukuplah dengan perkataan bahawa suami akan loya selepas bersama isteri apabila melihat kemaluannya.
Begitu sekali parahnya akibat memakan kubis. Cara mencegah keputihan amat mudah, iaitu JANGAN MAKANKUBIS ATAU KUAH YANG MENGANDUNGI KUBIS.

Adakah keputihan menyebabkan keputihan kepada kaum wanita sahaja? Jawapannya ialah keputihan juga MENYERANG KAUM LELAKI. Kanak-kanak lelaki yang suka makan kubis apabila bersunat akan mengalami masalah BUTA pada kemaluannya. Buta kemaluan ialah satu kes di mana selaput kulit yang bakal di potong sewaktu bersunat melekat kepada bahagian kepala kemaluan lelaki dan bahan yang menjadi pelekat ini ialah keputihan.

Jikalau pada wanita, keputihan dikeluarkan pada dinding vagina, keputihan pada lelaki dikeluarkan di sekitar pangkal kepala kemaluan. Inilah antara hikmah Allah menggalakkan lelaki bersunat agar lebih mudah bagi mereka untuk membersihkan kemaluan dari keputihan. Kini orang bukan Islam juga gemar bersunat dengan alasan yang sama. Keputihan pada lelaki mengakibatkan bau amat busuk setiap kali membuka seluar dalam. Seluar dalam juga kotor di bahagian kemaluan akibat keputihan ini akan menjadi daki yang berwarna hitam.

Selain dari masalah yang telah dinyatakan di atas, keputihan juga menyebabkan kulit menjadi kering dan mengakibatkan sukar menambah berat. Ini dapat dijelaskan dengan mudah kerana sebagaimana telah dijelaskan di atas, keputihan adalah protein. Begitu juga putih telur adalah kaya protein dan warnanya jugaadalah putih. Protein yang disingkirkan melalui kemaluan ini sebenarnya amat diperlukan oleh tubuh tetapi akibat memakan kubis, protein ini dikeluarkan sebagai keputihan. Jadi walaupun seseorang banyak makan sumber berprotein, akibat mengambil kubis, protein mustahak ini dikeluarkan dari tubuh sebagaikeputihan dan alangkah membazirnya proses ini.

p/s: mulai hari ni aku tidak akan makan kobis..aku nak tengok betol ker idak..memang btol aku memang mengalami keputihan itewhhh..tapi bolehkah aku meninggalkan 'tomyam' atau 'sayur kubis masak lemak ' atau 'sayur kubis masak air' atau 'coleslaw' atau 'maggi buh kubis' atau 'kubis cicah budu' atau 'kubis goreng bodo'..ohh tidakkk...

Dah baca jangan segan-segan Like entry ini yer :) Tq

Anak Halal @ Midvalley....


p/s:-tiket wayang aku n my hubby di sponsor oleh long-

Hari sabtu yang lepas, aku pegi tengok wayang ngan my hubby, long n kak long...ingat nak tengok hari ahad tapi long ckp kot² ada perang hari ahad so terpaksa laa hari sabtu terus...long yang belanja aku tiket wayang..unfortunately, komuter dari kl sentral ke midvalley pulak sangkut 20 minit sebab jalan runtuh kat sungai buluh..carol plak janji nak jumpa kat situ tapi x sampai2....makin fenen kepala aku...atlast dier decide jumpa kat midvalley jer..dan kul 5.10 baru aku n dear hubby dapat masuk dlm tren n umat manusia sket punya laa ramai...long n kak long dah masuk dlm tgv dah..aku call long n dier kuar..terlepas la 20 menet yang mula² tapi long kan a good story teller so dier yang citer balik kat kitorang...
review sket psal citer Anak Halal ni..kalo aku filem ni 18Sg laa..ada laa adegan 'panas' si fasha tu cium farid kamilll(mamat yang penah tegur aku kat lab komputer ms degree dulu yang tanya aku mcm mana nak save register subject tu dlm disket)...uikss..kalo dulu ni aku rasa dah kena ban citer nih..muehehe..tapi action dier memang nampak real laa..segala sumpah seranah hamjadah semer ada laa dalam ini fileeeeeeeemmm...-'undang² manusia tidak pernah berakhir'-
ni review dari long- ada sedara aku menangis masa layan filem tu ( nama dirahsiakan).giler emo.
antara filem melayu yg bikin aksi dan drama emo dalam satu masa.
kesimpulan "anak halal memang filem haram jadah!"... (p/s: cis..aku kah yang emo tu?)
kuar² pukul 7, nak solat sket punya ramai orang kat surau JJ tu..ghuper² surau kat midvalley kat bawah tu dah tutup..hampeh jerkk..
belah malam kuar makan kat apa ntah nama restoren tu..aku rasa owner dier 'kelantanis'..aku order nasi goreng kampung+telur mata+air honey dew...
not bad..leh la pegi lagikk..parking lot yang disediakan pun luas even tepi jalan..lupa lak nama kedai ni..siap ada playground utk kanak² lagikk tewhhh...
Dah baca jangan segan-segan Like entry ini yer :) Tq

Friday, December 14, 2007

Tipah X sempat tertipu bang...

Ni berita yang aku terima..melaporkan dalam talian..mizz toyanz...

toyanz: aku bc blog mu
toyanz: pasal reliance aspect
MeMyself: a'a
toyanz: ko p dok?
MeMyself: nape?
MeMyself: x pegi
MeMyself: nape ko ker kawan aku tu?
toyanz: aku ade teman karul 2/3 bln yg lepas
toyanz: p co tuh
MeMyself: yer ker
toyanz: tipu jer
toyanz: hahaha
MeMyself: kenapa tipu?
MeMyself: mcm mana tipu?
toyanz: dah la ceramah dekat sejam
MeMyself: aku laki x bagi pi..abang2 aku semua ckp tipu
toyanz: aku nk terberak dah
MeMyself: hahahaa
MeMyself: kejap jer la..then?
toyanz: pastu tempat tu pelik sgt
toyanz: pc x de sebiji pun
MeMyself: uikss
toyanz: ada laptop jer
MeMyself: muehehe
toyanz: pastu ms ceramah tu dia pasang lagu kuat2
toyanz: bodo..
MeMyself: aik, apsal?
toyanz: tah la..takut ktorg wat rcoding kot
toyanz: huu
toyanz: aku sbnrnya x masuk bilik ceramah tuh
toyanz: ag n karul jer yg masuk
MeMyself: :D
toyanz: aku pun xtau dia ckp mende
MeMyself: dpt tak mender free tu?
toyanz: tp diorg ckp merepek je
MeMyself: contoh merepek?
toyanz: dia ade bg form kt karul tp kene bayar 6k
MeMyself: :-0
MeMyself: abes tu memang x dpt laa FREE?
toyanz: x de pun..
toyanz: hahah
MeMyself: ciss bedebah..
toyanz: membazir je pi..
MeMyself: nasib baik aku tak pegi..
toyanz: klu ko p opis tuh mmg nmpk sgt tpu
MeMyself: laki aku pun ckp kwn dier kena tipu
MeMyself: tp bukan kampeni ni..
MeMyself: ni aku leh letak testimonial ni dalam blog..
toyanz: ofice hour 3pm-10pm
MeMyself: a'aa
toyanz: aku dh bg komen
MeMyself: muehehehe
toyanz: mmg ade travel agency nama reliance
toyanz: tp bukan yg ni
toyanz: tu co besaq
MeMyself: yg ko pui tu jalan ipoh ker?
MeMyself: yg ko pi tu kat jalan ipoh ni ker?
toyanz: yep
toyanz: dia ade tunjuk website co tuh
toyanz: dulu x de tau
toyanz: dia tunjuk guna laptop
MeMyself: hahaha
toyanz: tp karul delete add tuh pastu dia taip semula..
toyanz: masuk ke website lain
MeMyself: hahaha
toyanz: masu tuh mmg takut giler bebe
toyanz: sbb nk naik lift tu kena pakai card
toyanz: di buatnya dia culik kt org camne..
toyanz: huhu
MeMyself: haahaha
MeMyself: dah tu carol x tanya ker mender free tu mana?
MeMyself: dier ckp kat aku beriya2
MeMyself: tak payah bawak duit kak..
MeMyself: dtg jer amik..
toyanz: dia ade bg form ape tah..
toyanz: pastu suh fax semula
toyanz: karul x wat pun
toyanz: aku pun dh x ingt..
toyanz: rasenya kene bayar pakej tah hape tu br dpt free tu kot..
MeMyself: ooo
MeMyself: sungguh cilakes sekali org itewhh
MeMyself: aku janji nak pegi tapi x pegi
MeMyself: puas dier call aku tak hangkat2
toyanz: pas byr tu la ko br menikmati percutian yg sangat murah n juga free...
MeMyself: :D
toyanz: itu pun klu x kene tipu la
toyanz: beriya2 dia ckp despatch boy pun bley p holland..
toyanz: begitu la adenye
toyanz: aku pun x berape sure..sbb dgr dr karul n ag
toyanz: aku tdo kt luar
MeMyself: hahaha
MeMyself: nasib baik ko tak kena apa2...
toyanz: tu la..
toyanz: ktorg lari2 turun kebwh
toyanz: sbb sunyi sgt..
MeMyself: ;))


p/s: sungguh nasib baik aku ni kan..long n ngah pun marah giler bila aku nak pegi..n my hubby pun tanak pegi..a good decision..
Alhamdulillah...

Dah baca jangan segan-segan Like entry ini yer :) Tq

My First OT Claim!!

Atlast, hari ni abang lan bagi penyata OT aku..Tenkiu..huhuhu..dapat laa 60 hengget..lepas laa nak bayar tol balik kampung..muehehehehe..yehaa..yehaa...yuhuuu..kalo aku leh OT selalu, 4 kali sabtu OT dari kul 8-2, leh laa 240 hengget...muehehehe..tapi sini x leh nak mandai² buat OT..hampeh jerk..

Dah baca jangan segan-segan Like entry ini yer :) Tq

My beloved hubby, I'm Sorry :((

Ni aku jumpa artikel dalam bahasa indonesia..Ditranslate oleh aku sendirik..

Credit sket

Para suami harus tahu jika isteri yang tengah hamil akan membuat perlakuan
lain dari biasa. Yang dulunya sabar jadi cepat naik darah, yang tadinya rajin mendadak jadi malas (p/s:Ada laa sket² malas), yang semula berdikari jadi manja(p/s:aku ler tu), atau yang biasanya selalu memperhatikan suami kini malah ingin lebih
diperhatikan.

Lantaran itulah, saat mengambil keputusan untuk hamil, isteri dan suami harus
benar-benar menyiapkan fizikal dan mental. Jadi saat terjadi perubahan,jika berlaku perubahan emosi atau perlakuan, baik isteri mahupun suami tidak
terlalu takut menghadapinya. Jangan sampai perubahan ini membuatkan
hubungan suami isteri jadi tidak bahagia dan tidak selesa. Inilah saranan dari Dra. M. Louise M.M.
Psi., untuk para suami yang pening menghadapi perubahan emosi isteri yang sedang hamil.

1.CENDERUNG MALAS
Para suami perlu memahami bahwa kemalasan ini bukan timbul begitu saja,
melainkan pengaruh perubahan hormon yang sedang dialami isterinya.
"Jadi tidak ada salahnya bila suami menggantikan peranan isteri untuk
beberapa waktu. Misalnya dengan menggantikannya menyiapkan tempat
tidur, membuat kopi sendiri, atau bila tidak mempunyai pembantu rumah,suamilah
yang mencuci piring atau mencuci baju," ujar Lusi, sapaan akrabnya.
p/s: setakat hari ni aku masih seorang yg rajin tapi lambat adalah..bukan malas yer..kalo malas lama dah kebulur my hubby n x pakai baju pegi keja..ahaks..nak harap my hubby, kim salam sket..muehehehe

2:LEBIH SENSITIF
Biasanya, wanita yang hamil juga berubah jadi lebih sensitif.
Seringkali tersinggung dan marah. Saranan Lusi, apa pun perlakuan ibu
hamil yang dianggap kurang menyenangkan, hadapi saja dengan senyuman bak kata dewa 19.muehehehe
Ingatlah bahwa perubahan emosi ini nantinya bakal hilang. Bukan
apa-apa pun, bila suami membalas kembali dengan kemarahan, isteri
semakin tertekan sehingga mempengaruhi pertumbuhan janinnya.anak awak jugak


3.MINTA PERHATIAN LEBIH

Perlakuan lain yang kerap "mengganggu" adalah istri tiba-tiba lebih manja
dan selalu ingin diperhatikan. Meskipun baru pulang kerja dan sangat
letih, usahakan untuk menanyakan keadaannya saat itu. Perhatian yang
diberikan suami, walau sedikit, boleh membuatkan isteri berasa tenang dan
baik untuk pertumbuhan janin. Demikian pula ketika isteri merasakan
sengal-sengal pada tubuhnya. Isteri sering meminta suami untuk
mengusap tubuhnya. Sebaiknya lakukan sambil memberikan perhatian dengan
mengatakan bahwa hal ini memang sering dialami wanita yang sedang hamil
dan diperlukan kesabaran untuk menghadapinya.

4.SENANG CEMBURU
Kebiasaanya,sifat cemburu isteri terhadap suami pun muncul tanpa alasan.
Pulang lewat sedikit saja, isteri akan menanyakan pelbagai soalan.
Mungkin, selain perubahan hormona, isteri mulai tidak percaya diri
dengan penampilan fizikalnya.Dia takut bila suaminya pergi dengan wanita
lain. Untuk menenangkannya, suami perlu menjelaskan dengan bijaksana
bahwa lewat disebabkan hal-hal yang memang sangat penting
dan bukan kerana perempuan lain. Bila perlu, ceritakan dengan terperinci
aktivit hari itu dari pergi sampai pulang.

5.AKIBAT HORMON PROGESTERON
Dr. Dwiana Ocvianti, Sp.OG., dari RSUPN Cipto
Mangunkusumo, Jakarta, menjelaskan perubahan perlakuan pada ibu hamil
merupakan perkara normal kerana penghasilan hormon progesteronnya sedang tinggi.
Hal inilah yang mempengaruhi banyak hal, termasuk emosi ibu. "Perubahan
hormon yang terjadi pada ibu hamil sebenarnya sama sekali dengan
perubahan hormon pada wanita yang sedang mengalami haid.

Memang, perubahan hormon yang terjadi tidak selamanya akan mempengaruhi
emosi ibu hamil. Ada juga yang perilakunya tidak berubah. Hal ini,
kata Ovi, disebabkan tahap emosi yang berbeza-berbeza bagi semua orang.
Daya tahan emosi ini dipengaruhi oleh keperibadian, pola asuhan sewaktu
kecil, atau kemauan ibu untuk belajar menyesuaikan diri dengan perubahan
tersebut.

Tak jauh berbeza, Lusi yang merupakan psikolog klinis di Klinik
Psikologi Parent Education Program RSAB Harapan Kita, Jakarta,
menyatakan biasanya ibu yang menerima atau bahkan sangat mengharapkan
kehamilan akan lebih mudah menyesuaikan diri dengan berbagai perubahan.
Secara fizikal dan emosi, mereka lebih siap.
Berbeza dari ibu yang tidak siap, umpamanya karena kehamilannya tidak
diinginkan, umumnya merasakan hal-hal yang lebih berat. "Begitu pula
dengan ibu yang sangat memperhatikan bentuk tubuh. Dia akan merasa
terganggu dengan perubahan fizikal yang terjadi selama kehamilan.
Seringkali ibu sangat gusar dengan perutnya yang semakin gendut, pinggul
lebih besar, payudara membesar, rambut menjadi kusam, dan sebagainya.
Tentu hal ini akan semakin membuat emosi ibu menjadi tidak stabil."
Perubahan emosi umumnya lebih terasa di trimester pertama kehamilan.
Kala itu pula, ibu masih harus menyesuaikan diri dengan berbagai
perubahan hormon yang terjadi. Lalu berangsur hilang di trimester kedua
dan ketiga karena ibu sudah bisa menyesuaikan dirinya.

NOTA BUAT SUAMIKU
sayang,
ketahuilah ni hanyalah sementara..mengada² ini akan hilang,manja² ini akan hilang,mudah menangis² ni akan hilang..tunggulah trimester kedua nanti..3 -4 bulan lagi..muehehehe..bersabarlah suamiku...

Dah baca jangan segan-segan Like entry ini yer :) Tq

Thursday, December 13, 2007

Paprik Ayam + Udang In Da House..

malam tadi my hubby balik awal coz x OT so sempat lah aku siapkan dinner sebelum pukul 7.leh la layan Spa Q sekejap..selalu aku dengar jer dari dapur..semalam aku masak sempoi jer..my hubby nak makan paprik ayam dan udang..ok kat bawah nanti aku share kan resepinya...aku pun ingat2 lupa tapi main hentam jer laa..janji sedap..credit to Yati..dier ajar dulu masa duk baiduri masa degree..orang siam kot ajar dier..muehehehe..hari tu lupa nak credit spageti..credit to ilah sebab dier yang telah memperkenalkan mcm mana nak masak spageti tu kat aku juga masa duk baiduri masa degree dulu..

PAPRIK:-
Bahan2 : bawang merah+bawang putih+halia (blend or tumbuk) + sayur²an seperti bunga kobis, kacang buncis, carrot,putik jagung dan tomato + serai sebatang(ketuk² sket)+ 3 sudu sos tiram+ 3 sudu sos tomato+ 3 sudu sos cili+secubit garam dan pak aji+ayam+udang+cili boh 2 sudu+daun limau purut

CARA:-
tumis laa dulu bahan blend tersebut itewhh...then masukkan cili boh..kacau sampai naik bau kelangit ketujuh..masuk kan semua sos² yang ada didunia fana (seperti diatas)..buh serai...buh daun limau purut utk menambah lagi kepaprikannya.. kemudian masukkan laa ayam..buh air sket supaya tak der le pekat sangat..ada kuah sedap sket..then masukkan laa sayur²mayor yang ado kat dlm peti ais tu yang dikira sebagai sayur,then akhir sekali buh udang sebab udang cepat masak.. seterusnya try laa..tambah laa garam or pak aji utk menambahkan perisa..seperti biasa moto kiter, kalo sedap bagi kat jiran, kalo tak sedap ko makan sendirik kucing makan..sekian..sheappp..goreng telur dadar plak..puh..terangkat..makan lak ngan nasi panas2..berasap gitewhhh..memang sodap..

Dah baca jangan segan-segan Like entry ini yer :) Tq

Wednesday, December 12, 2007

beli milo..

petang ni nak pegi beli milo...stok milo dah kureng..lately my hubby kuat btol minum milo..ho ho ho..
petang ni dier tak OT, dan aku sungguh gumbira...

Dah baca jangan segan-segan Like entry ini yer :) Tq

JJ bukit tinggi with hubby n frenz..


wah, mcm banyak jer nak blog setelah beberapa hari bercuti(kemudahan internet memang tiada di rumah), semalam cuti sempena pertabalan agong..hari isnin yang hari tu pun cuti..annual leave masih berbelen 7 hari..x sempat nak abeskan dah ni..cuti raya pun aku rasa amik 3 hari jer..muehehehe..19hb sampai 25hb jerk..so 4 hari lagi laa aku rugi..cuti anyone??sungguh cilakes..
ok, back to the story, aku pegi window shopping jer kat jj bukit tinggi ni ngan kawan2 my hubby..x der beli apa jer..just bayar fee rm2 for parking..memang besar yang amat tapi still ada lagi shop lot yang tak bukak..wayang pun still tampal 'opening soon'..
hari isnin aku buat makan2 sket utk unit aku..aku buat spageti coz my hubby tak suka makan..time ni laa nak berpoya2 dengan kwn2 sambil menjamu hidangan yang dier tak suka makan..muehehe..eh, FYI aku jer cuti, my hubby pegi keja..so kitorang berparti 'liar' laa (liar-menipu :P)laa..muehehehehehe..
selama 2 hari bercuti aku tak masak utk hubby aku..hehehe..siap pegi mkn KFC lagik tuh..my hubby aku mengidam..ish dia plak lebey2..semalam pun ntak masak pasal dier gi beli makanan utk brekpest-nasi lemak, tapi lunch time baru makan coz lepas beli makanan,tido sampai lunch(sungguh tak elok diamalkan).....xtvt yg sukar dilepaskan...
konon nak belajar kereta la-chezburger btol..(baca dalam satu nafas)- postponed tahun depan laa kot nak ajar aku bawak keta tunggu aku memboyot agaknya sampai tak leh nak jalan nanti bila aku dah terberanak baru laa gelupur nak ajar silap laa wak masa tu dang2 nak antar anak pegi nursery dang2 nak ajar aku bawak keta nanti tengok laa mcm mana...huh...(my dear baby&hearts, jgn kuat berleteq yer..muehehehe)
oh, weekend hari tu aku dah start minum anmum..my fren suggest yang chocolate tapi kat tesco tak der dan coz x sabar sangat nak minum anmum, beli jer yang biasa..harga rm21.50..aku kena campur milo coz mcm x leh nak telan susu jerk..hehehe

Dah baca jangan segan-segan Like entry ini yer :) Tq

Friday, December 07, 2007

Thanks Ida 4 Da Yummy i'm lovin' it!@McD


mcm biasa aktiviti mingguan, kuar makan² jika ada salah sorang dari kami nak banjer..kali ini ida plak nak banjer unit kami coz dengan kejaayan e-internal audit system nyer yang telah mendapat pujian ramai...ok...kali ni aku just minum air soya (say no to carbonate drink)+ 'double cis' burger +french fries + dis yummilicious eskrim..

Dah baca jangan segan-segan Like entry ini yer :) Tq

Nak Percaya Ker X Ni???


semalam aku ada terima panggilan dari Reliance Aspect Sdn Bhd..Klik disini utk Info Syarikat IniDier ckp ahli keluarga aku (x tahu sape) telah pegi melancong menggunakan pakej cuti2 malaysia dan nama aku telah tersenarai dalam 10 nama family yang sedara aku kena isi..setelah buat undian, nama aku tersenarai..dier offer aku 3 H 2M ker Genting Permai & Resort, Asiana Langkawi & Mersing(lupa lak hotelnya) Hotel sajer tanpa makan minum...lebih kurang 500++ harga pakej itu katanya...

aku tanya abang2 aku semer marah aku dan ckp tu travel menipu kot..sebab senang2 nak bagi kan..
aku check laa kat internet, Suruhanjaya Syarikat Malaysia- ok..salah sebuah travel agency yang sah..

credit to SSM


then aku tanya laa sorang kakak ofiz lama aku dulu...

katanya:-

kak mimi: malam tadi pong k.mimi ada terima call jugak.. kata k.mimi bertuah tersenarai dlm 50 org - dia nok beri tiket gi holiday
kak mimi: tapi kena gi ke 1 tpt kat bangsar dengar taklimat pdk kejap..
kak mimi: ooh.. mungkin gok tu eliss.. cousin eliss ada pegi..
kak mimi: cuba cek dgn cousin eliss tu.. ada x dia beri contact no eliss ke reliance..
kak mimi: eliss.. dulu2 masa stat keja k.mimi pernah dah dpt call gini - tapi time tu k.mimi dok leh nak gi. jadi, k.mimi pass kan ke kakak. kakak accept. lepas tu kakak kena dengar taklimat pendek..
kak mimi: dia kata pdk je, padahal.. laaaama yg amat.. malam pulok masa tu. sssiang ke anak buah, sapa nangih2 nok tido...
kak mimi: lepas taklimat tu, mmg kakak k.mimi terima voucher gi hiloday..
kak mimi: dia cakap je 30m elis...
kak mimi: tapi lamaa..
kak mimi: eliss buleh try gok.. mana tahu best
kak mimi: reliance tu mmg nama besor..
kak mimi: dokkang lah dia nok main2...
kak mimi: misti dia nok jaga reputasi co dia gok..


erm..mcm mana laa ni..aku dah serba salah laa plak..orang tu cakap bleh amik sampai minggu ni jer voucher ni...dan buleh guna valid 6 bulan..ermm...ada saper2 leh tolong???
nanti petang ni dier call aku lagik..aku nak tanya laa saper sedara aku tuh..
Dah baca jangan segan-segan Like entry ini yer :) Tq

Thursday, December 06, 2007

Tenkiu My Dear Hubby..

hari ni hari kedua dapat tahu, that i'm preggiey..n hari ni my hubby dah mula bawak motor slow²...yang mana lubang yang dapat dielak, dier elak, yang mana bonggol,dier slowkan motor..sayangnya pada our baby n me of coz..tenkiu my hubby for being such caring n lovely hubby for me..
malam tadi kelakar btol, my hubby tend to usap² my belly n talk to our baby♥..baby, nanti besar jadik doktor n kuat agama...hehehe..pastu tetiba dier rasa mcm ada degupan kat situ..mungkin perasaan dier agaknya,katanya..memanglah semalam adalah hari pertama our baby♥ berdegup jantungnya yang kecil itewhh..hehehe..
and we received so many sms and calls from family n friends..n mcm2 advice..n one from kngah-kalo naik motor jgn terhentak sgt, jgn makan benda tajam tajam?pisau ker?memang tak makan seperti nanas, air tebu n masam2..as well as my hubby's kak chik- jgn makan pedas sgt takut sakit hulu hati..n of coz my ma, mesti nak predict laki ker pompuan grandchild dier ni, lelaki katanya coz aku nak makan masam²..kalo manis² baru baby tu gal.. :D x leh makan sweet sangat katanya n kalo teringin sangat² nak makan masam² baru boleh makan..hehehhe..n my mother in law advice to jgn makan budu so much takut darah tinggi... so many petua huh...hehehe..for our dear baby ♥ ummie rela apa sajer...asalkan our dear baby♥ sihat walafiat
thanks to all..i love u'oll very much...
n yesterday i read this article from online paper..

Wanita lahirkan bayi paling berat di Indonesia

JAKARTA: Seorang wanita melahirkan bayi paling berat di Indonesia, bayi lelaki seberat 6.9 kilogram, kata kakitangan hospital hari ini.

Bayi itu dilahirkan di sebuah klinik bersalin swasta di luar ibu negeri Indonesia, Jakarta, kata seorang jururawat.

"Bayi itu dilahirkan kira-kira jam 4.30 petang Isnin tetapi akibat masalah pernafasan, ia dibawa ke Hospital Fatmawati beberapa jam kemudian," kata jururawat itu.

Ibu berusia 37 tahun menghidapi kencing manis akibat mengandung, menyebabkan bayi lebih berat daripada biasa.

Sebelum ini, bayi paling berat di Indonesia, mengikut laman web Muzium Rekod Indonesia, dilahirkan di Surabaya, Jawa Timur dengan berat 6.4 kilogram. - Agensi

p/s: patutla my ma ckp jgn makan manis² sangat...now i know why...

Dah baca jangan segan-segan Like entry ini yer :) Tq

Wednesday, December 05, 2007

ye..betol semalam sy tidak memasak..

:D kerana terlalu gembira dengan ketibaan dan anugerah Ilahi, terlupa cerita pasal semalam..semalam my hubby sampai dekat² pukul 7..kul 6.45 aku dah tercongok depan pond tu sambil melihat langit..Subhanallah..
singgah pasar malam, beli 'grocs' utk stok seminggu..seminggu ker?jumaat pegi lagik aku rasa..n beli nasi kerabu yang ida ckp sedap..maaflah ida, x sedap..ida rekomen ni..abang aku teruja sebab nasi lemak peberet dier tak dijual hari semalam..hahaha..nasi lemak,thumbs down..hehehe.aku siap kena tmbh budu sendirik tuhh.
hari ni terima lagi satu berita yang sedikit menyenakkan akalku..email dari abang ngah aku..


************************************************************************************
From: ngah
Sent: Wednesday, December 05, 2007 12:19 PM
To: aku n long
Subject: RE: Future ummie on board!!!

ari ahad ni danish masuk ward kul 2 petang kot..pastu isnin buat operation bubuh tiub
kat dada..ada dua wayar la nanti kat dada dia..urat dia dah tak de kat lengan ngan kaki..
jadi kene buat benda alah tu la..dia panggil CVL. sume orang buat dan insyaallah selamat..
kalau nak masuk darah ngan ubat chemo melalui tiub tu la..bukan lagi kat tangan..tapi
penjagaan tu lebih lagi la..kene flushing ngan dressing 2 kali seminggu..
ari selasa masuk chemo pulak..so minggu depan aku duk hospital seminggu lagi la..

*************************************************************************************

sedihnya tak terkira dengan berita nih..harap ngah n kak ngah tabah..begitu jugak buat my dear danish♥...sedihnya..dan email dibawah buat aku tergelak sendirik..lucu sungguh danish...even sakit..


**********************************************************************************
From: ngah
Sent: Wednesday, December 05, 2007 2:17 PM
To: long n aku
Subject: RE: Future ummie on board!!!

sampai dia abis chemo rasa aku..tak pun sampai dua tahun..cm gitu la..nanati aku confirm balik..
aku dah cakap dah.,..nanti doc nak letak wayar kat dada danish..danish jangan tarik2 tau..dia
jawab ape..sakit la buh wayar..aku cakap tak sakit..dia cakap sakit la pa, bodo..pah aku nak jawab ape??
cuba jawab utk aku?!..


****************************************************************************

From: ngah
Sent: Wednesday, December 05, 2007 2:26:13 PM
To: aku n long

satu lagi kalau dia nak marah..apo peranga ni...bodo..tu yg biase la..
pastu 'tak guna'..tu ayat ultraman la..kalau pakai ayat ni kene gaduh la..best sungguh
kalau gaduh..macam makan nasi la...aku ngan nor dah jadi lauk dia la skang ni..
cepat2 la dpt sepupu biar fire sepupu dia pulak..kah..kah..

********************************************************************************

p/s:dalam kesedihan ada kegembiraan..Insya Allah..opss..haa yer..yer..dier OT..awak pedulik haper.. faham² yer --> bila tajuk aku ada sy tu maknanya nak marah laa tu or tulis entry sambil marah..notes:ibu mengandung memang kuat marah n mood swing:X

Dah baca jangan segan-segan Like entry ini yer :) Tq

Alhamdulillah...My Positive Pregnancy Test..

Malam tadi aku n my hubby kuar rumah kul 10 nak pegi beli pregnancy kit tu..sekali sampai PKNS, guardian situ dah tutup laa plak..teringat satu farmasi kat PAS, tapi hampa jugak..Apple Green Pharmacy tu pun dah tutup..sunguh2 bandar mati laa shah alam ini.. terengganu pun x mcm ni..even kat kampung aku, farmasi dier pun 24 jam..hampeh jerk..pastu aku teringat laa one of panel clinic uitm kat sek 2..ingat nak beli jer pregnancy kit tu tapi kena jumpa doktor katanya..dr singh yang on duty..aku dah cuak plak time dier suh pi check urine..my hubby ckp tangan aku sejuk btol..hehehe..then bila masuk tu..jeng jeng jeng

nampak tak diatas tu???aku ingatkan aku tak pregnant coz yang sebelah tu pudar jer kaler dier..dier ckp aku, ini 2 gelang..hah yer ker..terus aku ckp, sy pregnant..blom sempat dier abes ckp.."awak tahu?"dr tu tanya aku..dah aku ckp..dlm hati aku(ler..general knowledge kan?hehehe..)
tapi aku still confused sebenarnya aku mengandung berapa hari..coz aku tersilap ckp last period aku..1/11 padahal 24/10...ada sapa2 bleh kirakan utk aku??

Oh terima kasih mr calculator..dier kira semua utk aku..due date aku 30/7/2008..aku dah dalam minggu kelima nak masuk 6 dah sebenarnya...mesti dr tu kira 1/12 malam tadi..


Klik disini untuk membuat pengiraan due date anda


Klik disini untuk membuat pengiraan due date anda



Klik disini untuk membuat pengiraan due date anda


Alhamdulillah..kupanjat syukur padamu Ilahi atas kurnian ini...
p/s:my hubby ckp dier punya muka dah tak leh adjust dah..nak senyum manjang..hehehe..lawak tol..n tenkiu so much to my charming hubby coz dah tak merokok since petang semalam depan aku..tapi beriya2 suh aku pi mandi..rupanya nak merokok time aku mandi..aiseh..
erm..tiba2 aku teringat kat arwah ustazah aku..awak ni subur ni...masa form 3 time dier pegang tangan aku dlm kelas coz masa tu pagi n tangan aku panas..hehehe..Alhamdulillah, berkat kata-kata ustazah..x sampai 2 bulan nikah, dah pregnant..Al-Fatihah...
Dah baca jangan segan-segan Like entry ini yer :) Tq

Tuesday, December 04, 2007

ye..ye..jantung saya rasa sakit lagikk...

my hubby OT lagik..biarlah dier puas2 OT biar muak gituh...tempias nyer kena kat haku..tu laa x ajar2 lagik haku bawak keta..x ker menyusahkan ..balik nanti mesti aku kena masak, tapi hari ni kebarangkalian utk tidak memasak adalah amat besar, besar yang amat coz ada pasar malam hari ni..harap dier berserah kepada nasi lemak peberet dier hari ni..isteri awak ni dah sengal agaknya..tiap kali awak OT asyik jer muncung..padahal duit dapat kat isteri awak yang 'lovely' Ampunilah dosa hambamu yang perasan iniini jugak...kesian..
sayang,
apapun...................
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

we?hopefuly...

Dah baca jangan segan-segan Like entry ini yer :) Tq

Pregnancy test..


Hari ni my hubby promise to buy me preggiey test kit coz his 'lovely' wife perasan nak mampos dah tak sabar nak check herself whether preggiey or not..
ni ada laah 2-3 website yang aku buat test dan mengatakan aku pregnant tu...

Klik disini untuk mencuba


Klik disini untuk mencuba

tapi tu semua bukannya konfem lagi kan..nanti laa petang ni aku nak pi beli mender kat bawah ni n hope good news will coming soon...
Dah baca jangan segan-segan Like entry ini yer :) Tq

Monday, December 03, 2007

strawberry cokelat


last 2 week aku makan strawberry cokelat..tenkiu to semi pokdek..hehehe..mak ai kecur air liur aku...hari ni aku teringin lak nak cari resepi dier..ni aku paste kat bawah ni..
Bahan-bahan:-

* 10 biji strawberry
* 100 gram coklat masakan
* 1 sudu teh shortening
* Sedikit coklat putih sebagai hiasan

Cara-cara

1. Bersihkan strawberry dan lap kering... Hiris halus coklat masakan , campurkan shortening dan masak secara double boiler dengan api perlahan..
2.Masukkan coklat cair ke dlm mangkuk dan biarkan ia sejuk..kemudian celupkan strawbery.
3. Balut pinggan dengan cling wrap dan letakkan strawberry tadi.(utk memudahkan strawbery dikeluarkan ) Dinginkan dlm peti ais...
4. masakkan pula coklat putih dan masukkan ke dlm piping beg..pipe kan ke atas strawberry tadi..
5. Boleh juga dihiaskan dengan coklat rice dll..dinginkan semula dan sedia untuk dihidangkan..

haa..dah siap pun..
p/s:teringin nak memetik strawberry di cameron..bila laa leh pegi ni..kalo dah ada baby kena laa honeymoon ngan baby plak..hehehe..

Dah baca jangan segan-segan Like entry ini yer :) Tq

My sad weekend :(


Gelang nikah aku patah..setelah 1 bulan 2 minggu 4 hari aku nikah:(kenapa laa aku cuai sangat..eliss,memang ko selalu cuai pun, jgn x henggat..My Name Is 'Terbolah' semalam, aku tengah bersiap2 nak gi kenduri Kak Ray, nak laa pakai gelang tu sebab aku memang jarang laa pakai gelang tu(sayang laa sangat)..tetiba time aku nak pakai tu, terlucut plak dari tangan aku..terus patah permata dier yang paling kiri tu..dan sebelah dier satu lagi retak..maka muncung laa aku..x pasal2 my hubby kena tempias moody aku yang tiba2 tu...aku dah cuak dah kot2 x leh baiki..aku call ma aku, nasib baik x kena marah..sebab aku dah jadik isteri orang kot.hehehe..dier cakap leh baiki..ooo nasib baik....x jadi moody..hehehehe..
hari sabtu hari tu my hubby ajak laa pegi tasik..sebab dah lama tak gi tasik..sejak jadi husband n wife ni ,harammmmmmmmm sekali pun x penah pegi..gi laa The Store dulu coz nak carik hadiah kenduri Kak Ray tu..sekali dekat pukul 7 baru siap membeli belah..terus balik umah..kensel pegi tasik..hampeh jerkk...

Dah baca jangan segan-segan Like entry ini yer :) Tq

 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006-2014 Disclaimer