Terlepas Entry Terkini ? Klik Sini

makhluk tuhan paling gojes atas muka bumi sedang gigih tulis komen. Terima kasih :)

Thursday, April 26, 2007

Jamuan Perpisahan..

Firstly,

I

Terima kasih kepada tunang aku kerana bagi aku peluang untuk menghadiri jamuan perpisahan yang dibuat sempena aku dah nak chow dr ofiz ni.

II

Terima kasih untuk makanan yang lazat rezeki Kurniaan Allah..
Sotong goreng ++ Ikan sweet sour ++ kari kambing ++ sup masam manis ++ ayam masak sweet sour ++ ayam bergajus ++ buah tembikai++fresh carrot milk..nyum nyum..

III

Terima kasih semua yang terlibat...........

Dah baca jangan segan-segan Like entry ini yer :) Tq

Kerja Di Pertabalan Agung Ke 13..

Aku tak der mood btol nak keja hari ni melihatkan rakan-rakan serumah masih asyik dan masyuknya dengan selimut yang entah dari kurun ke berapa tak berbasuh tuh..hujan renyai2 menyamankan lagi mereka untuk terus lena diulit intan..aku jadi benci..aku jadi meluat..ni semua gara-gara ng yang ikut sangat dengan rakan sekutunya tu D**log H******* tuh..aper ker pekdah pun aku ntah tahu laa..bukannya ramai org keja hari ni..entah apa yang dinanti..maka bermulalah episod bosan dalam hidup aku pagi ni..arggggggggghh..bosannya..bersabar laa duhai hati..bangun pun ala2 lewat mcm tu dan mandi dalam keaadaan hujan renyai..boleh tak korang bayangkan?sampai2 kat ofiz, aku orang yang pertama sampai..dah terpaksa jadi jaga,pekerjaan abah aku dulu(skang dah pencen)..dan skang..melangut depan pc dengan tak der satu pekdah pun..sambil mengunyah karipap(yang ni ada pekdah..pekdah kenyang..)nak jer aku layan mata aku ni-tido..tapi aku kat front desk..secretary..ops! got to go!

Dah baca jangan segan-segan Like entry ini yer :) Tq

Monday, April 23, 2007

Penolong Pegawai Teknologi Maklumat....

Alhamdulillah..
Aku panjatkan kesyukuran kehadrat Ilahi, dengan izinNya aku telah dapat kerja kat Universiti Teknologi Shah Alam sebagai Pen Pegawai SistemTeknologi Maklumat..aku tak berapa pasti tentang gaji tu coz aku pun tak tengok lagikk surat tawaran tuh..aku akan pulang pada 28hb ni jam 10 malam di Stesen Bas P***** menaiki bas U****.Nanti aku kena buat medical check up then mendaftar pada 16hb kat UITM Shah Alam..aku sebenarnya dah apply mender tu masa bulan 7 2006 tapi tak der rezeki lagik masa tu dan aku menjadi calon simpanan utk setahun.mungkin rezeki nak kawen agaknya tu laa pasal aku dpt offer ni..Alhamdulillah...
Aku teringat plak hari tu , sebelum aku pergi interview bagi position ni..esok aku scan surat tuh..hehehe..memang marah btol pakwe aku time tu(skang tunang aku) coz aku tak nak pegi iview tuh..sampai dier cakap x nak layan aku laa aper laa..akhirnya aku pegi laa..dpt 1st iview sambung plak esoknyer 2nd iview..aku degil2 pun masih dengar cakap dier tu laa psal dier sayang kat aku kot..hehehe..

Dah baca jangan segan-segan Like entry ini yer :) Tq

Tuesday, April 17, 2007

Qatar Oh Qatar......



hari ni hari yang paling sedih bagi aku..memang hari ni perasaan aku betul2 bercelaru..mungkin pasal malam tadi tunang aku ckp dier apply keja kat Qatar..terlalu tiba-tiba bagi aku..tanpa berbincang dengan aku dulu..hati mana yang tak sedih..hari ni aku memang mcm nak memulaukan dier dalam hidup aku..bukan aku tak sayang..bukan aku tak cinta..tapi bila aku teringat dier nak pegi meninggalkan aku,hati jadik sayu..airmata tiba2 turun tak terhenti..aku jadik benci..aku jadik marah..tapi bukan aku tak cinta..bukan aku tak sayang.....
tapi memikirkan ianya cuma 6 bulan..aku tak kisah..dier janji kalo cukup duit dier balik dan kawen dengan aku..lagikpun nanti gaji dier sebulan dalam USD 10K sebulan..1USD=rm3.44 skang ni kan..fuh..bleh buat banglo mcm ni..
bila aku baca-baca balik SMS dier aku merelakan dier pergi..harap2 nya dapatlah dier kerja kat sana....Amin..Kurelakan kau pergi sayangku :((
panjang umur btol tunang aku..air mata kutahan..tapi aku tahu, dier merasakan getaran pada suara aku...walauupun aku buat-buat biasa dan dier buat-buat ceria tapi dier mengetahui hakikatnya..kuatlah eliss..kuatlah...
sampai sini dulu..airmata ku tak nak berhenti.........

Dah baca jangan segan-segan Like entry ini yer :) Tq

Saturday, April 14, 2007

Sabtu yang boring..............


Aku boring btol kalo hari sabtu.Bukan boleh buat apa pun..Banyak masa aku dihabiskan mengadap blog atau email atau ym atau website aku.hari ni aku update sket website aku coz betapa tak der kejanya hari ni.Hari ni half day, aku ingat nak buat nasi ayam.Ni resepi nasi ayam mak aku..

Cara-cara:

Untuk Nasi:
1)Mula-mula rebus sebelah ayam dan bahan-bahan dalam ayam seperti kaki,hati dan pedal dan letakkan garam dan serbuk perasa.(stok ayam)
2)Tumiskan bawang merah, bwg putih dan rempah kasar (Bunga lawang, cengkih,kayu manis)
3)Bersihkan beras kemudian masukkan stok ayam dan bahan-bahan tumis tadi.
4)Masukkan pewarna kuning.
5)Masak nasi seperti biasa.

Untuk Ayam:
1)Ambil ayam yang sebelah dari stok tadi dan goreng.
2)Cincang ayam mengikut kehendak

Untuk Sup Ayam:
1)Tumiskan bawang putih dan rempah kasar
2)Masukkan bahan tumis kedalam stok ayam.
3)Untuk hiasan masukkan daun bawang.
4)tambah asam limau nipis dan lada mengikut kehendak sendiri

Untuk Sambal nasi ayam:
1)Lada merah 6 biji
2)Gula
3)Garam
4)Bawang putih
5)Cuka makan

Ok..dah siap..semalam aku dah beli salad ,timun batang dan tomato kat pasar malam untuk nasi ayam ni.ayam aku dah beli sebelah.untuk sop aku buat sop pedal ayam jer coz terlupa nak beli kaki ayam semalam..hehehe..nasi aku malas nak buat, buat nasi putih jer pun sedap..ok laa..tu sajer untuk menu hari ini..yum-yum....tak sabar nyer nak balik..

Dah baca jangan segan-segan Like entry ini yer :) Tq

Friday, April 13, 2007

The Brain:Female Vs Male...

Otak Lelaki Katanya....



Otak Perempuan Katanya.....



Gambar luahan sejuta rasa.........btol tak??hahahahahaha

Dah baca jangan segan-segan Like entry ini yer :) Tq

Interview Di Universiti Kuala Lumpur



Semalam tunang aku sampai kat KL btol2 kat depan umah abang aku kat Sentul jam 5 pagi..pagi tu aku iron dulu baju dier untuk dier pegi interview dengan harapan air tangan bakal isteri ni boleh buat dier bersemangat sket nak interview..Perjalanan bermula pukul 7.30 pagi dengan kereta kak long.kak long drop aku ngan tunang aku kat masjid jamek.mcm biasa tunang aku ni bfast sekejap kat tepi lrt dengan sesuatu yang berasap.adus..pening kepala aku.Mengikut peta diatas, kalo dari lrt dang wangi 5-10 minit berjalan.so kitorang amik lrt..kami terpaksa berasak2 berebut utk masuk dalam tren.nasib baik ada hero disebelah aku untuk mengelakkan dari menjadi mangsa raba..hehehe..then sampai kat stesen dang wangi, "lepas swipe card ada dua cabang amik jalan raja abdullah, lintas jambatan dan lintas jalan,dari jalan nampak UNiKL-sumber Kak Mimi" hehehe..memang btol dan jelas penerangan tuh..lepas jambatan tu kiter akan jumpa kedai makan yellow house.unik umah ni kalo decorate lagi lawa bagi aku..mungkin lagi lawa.tapi tengok jer tak sempat nak makan coz tunang aku iview pukul 9.hampir pukul 9 dah masa aku lalu..lintas jalan then kena cross trafik lite terus nampak bangunan UNiKl tu depan SME bank...check in kat pengawal UniKl amik pass then naik ke tingkat 27.lepas tu dalam sejam lebih menunggu sampai laa turn tunang terchenta..tak sampai 20 minit iview berakhir..ada 3 candidates jer..harap2 ada laa rezeki tunang aku di Kuala Lumpur...amin........

Dah baca jangan segan-segan Like entry ini yer :) Tq

 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006-2014 Disclaimer