Thursday, April 04, 2013

Department apa yang korang paling suka bila ke pasaraya?

Saya paling suka department baju budak-budak dan barangan keperluan rumah especially barangan dapur. Duduk saja belek-belek tanpa arah tuju pun best. hahahaha. Dan semalam saya buat kerja gila tu sorang diri kat Giant Seksyen 13 Shah Alam.

Sempat la snap barangan dapur yang tak pernah tahu pun akan kewujudannya . Layankan ajer la , siap harga sekali. Kalau korang berminat boleh terjah giant .Eh, terduta giant pulak.hahaha.Cadanganya nak beli minyak masak ajer, tapi terbeli jugak barang lain. Biasalah kaum hawa :)


Ice tray, macam-macam warna dan macam-macam bentuk. Bila Nayla dah boleh makan, boleh beli untuk bekukan frozen food dia. Dulu masa pengasuh lama, makcik tu yang prepare makanan baby. Yang baru ni tak tahu la kan.


Ice tray bentuk love pun ada katakau .RM 3.99



Ada jugak dijual pengasing telur kuning dan putih yer. Mudah la nak buat pavlova :p RM 2.99

 Yang ni penyepit untuk angkat kuih / keropok / pisang yang digoreng . Senang, bila angkat dia toskan minyak terus.  RM 14.99


Ni kalau ada lebihan makanan dari plastik, daripada ikat-ikat boleh guna Food Vacuum Sealer ni. RM 7.99.


Yang ni siapa rajin buat bento boleh buat ni. Buat telur dadar dlm bentuk love gitu. Nak makan pun sayang.RM4.99. Kalau telur rebus bentuk love , boleh tengok entry Isabella ni :)


 Yang ni untuk simpan telur. Saya memang tak beli la sebab semua telur masuk dalam tray dalam peti ajer. Kalau murah terliur jugak :p Yang ni RM 39.67

Saya suka sangat isi rempah ratus dalam botol kaca. Terliurnya nak angkut . Tak perla, saya guna ajer botol prego atau mayonese atau jam  ajer la. Kedekut kan ? hahahaha.

 Iron board. Ni survey ajer sebab hubby cakap nak belikan yang baru. Kesian tengok isteri dia guna iron board yang uzur bebenor dah. hahahaha


Yang ni duk iklan kat tv tu.Pelapik untuk iron board yang katanya mudah untuk gosok kan. Ingat nak beli yang ni ajer letak atas iron board buruk saya tu tapi hubby cakap nak beli baru, cancel la yang ni.RM 29.99

p/s:

Sempat jugak intai department baju kanak-kanak cari rompers. Tapi tak de yang berkenan dan murah :p

Comel ajer tulisan pada rompers ni tapi RM 25. Hurm mahal nau.Yang ni gerai-gerai kat luar Giant banyak jual. Nampaknya kena gi GM Klang la nak memborong rompers macam Kak Yanmie .

 Opsss... Ini bukan barang dapur, ini adalah FM dari Thailand , gambar tut tut , kawan hubby, Sabrina yang kasi. Terima kasih dear :) Wah, 3 FM antarabangsa bulan ni saya dapat..bertuah badan !! :)


Wednesday, April 03, 2013

Naik Pangkat, Popia Homemade dan Ole-ole dari Paris....


Buat my dearest hubby, tahniah sayang ! Setelah hampir 6 tahun berkhidmat dengan cemerlang ,akhirnya dah naik pangkat kepada Senior :) You deserved it sayang ! Lepas ni janganlah makin lewat sayang balik kerja. Working hours sayang sampai pukul 4 sahaja tau bukan 9 malam yer..hahahaha

 p/s:

Bak kata Ustaz Kazim Elias, "Suami yang baik, bila suami ada kat rumah, kita rasa selamat ajer...".
Tu lah apa yang eliss rasa tau :p





Lunch untuk hari ni, Popia Homemade dari food court Giant Sek 13 Shah Alam.
Sedap dan kurang pedas sos dia. 0.80 ¢ seketul !



Ole-ole dari Paris, keychain Eiffel Tower.



Dan yang terbest sekali semestinya, Fridge Magnet. Bertambahlah koleksi FM Antarabangsa mak noks ! Nafiraa, sila jelez...hahahahaha
 Terima kasih kak ema :) Tiap-tiap tahun pi melancong obersea . Dah bersara bulan 10 nanti, ole-ole untuk kami, mai la antar..hahaha

p/s:

Edisi Less Words @ elissmie.com


Tuesday, April 02, 2013

Tesco, sudah tiba masanya saya memboikot...

Salah satu faktornya adalah harga.Kedua, pusat khidmat pelanggannya.
Produk yang saya selalu beli di Tesco adalah susu Dugro 3-6 tahun untuk my Nuha. Harga yang saya beli sabtu lepas adalah harga runcit yang ditulis pada pek susu tersebut. Kenapa pasaraya sebesar alam ini tergamak menjual harga runcit kepada penggunanya? Saya memang tak perasan harganya sebab masa hubby amik susu ni, saya pergi mencari barangan my Nayla.Bila hubby dah siap bayar, saya biasa akan update harga susu pada buku nota saya dan memang terkejut betul dengan harga pada resit tu.


Dugro 3- 6 tahun dalam pakaging baru. 
Pek lama selalu harganya di tesco dari RM 19.90 sehingga RM 22.80 dengan harga runcit 23.50.


Harga runcit yang  disyorkan pada paket baru : RM 24.10

 

Harga pada resit : RM 24.10  ( bertanda \/ )
Takkan la pasaraya sebesar ini tak dapat untung seposen pun. Kalau rendah sepuluh sen pun saya rasa banyak lagi untung. Baik beli kat kedai runcit appu batu belah saja macam ni !!!


 Yang ni memang tiap-tiap bulan beli tapi di Speedmart. Minyak Zaitun Jenama Safi.150ml. RM6.80 sahaja tapi di Tesco RM 7.99 ( senang cerita RM 8) Beza RM1 lebih dengan speedmart !!! Sungguh tidak masuk akal .Nak untung pun congak-congak la.

 Harga pada resit RM 7.99 ( bertanda / )


 

close up harga RM 6.80

Ni baru 2 barang yang siap ada bukti . Banyak lagi barang yang harganya memang tidak masuk akal contohnya kopi super power tongkat ali, milo 3 in 1 dan dynamo. Nanti kalau beli, saya akan revealkan semuanya....hahahahaha

Lepas ni saya akan beralih arah ke Speedmart atau pun Checkers sahaja untuk barangan yang harganya tidak masuk akal tersebut !!!

p/s:

 Boikot barang, kecuali rompers yang comel2 jenama assign baby tu seperti entry semalam. hahahaha .

Ok cerita pasal pusat khidmat pelanggannya pulak. Korang yang follow blog saya mesti dah tahu saya sudah berpindah rumah pada Disember 2011. Kiranya sudah setahun lebih. Masa saya pindah rumah tu, terus saya pergi kaunter khidmat pelanggan mereka untuk updatekan alamat. Tapi sampai sekarang tak berupdate. Saya bukan buat sekali sepanjang setahun lebih ni tapi 3 kali yer kawan-kawan. Kali keempat adalah pada hari Sabtu yang lepas. Bila saya adukan masalah saya, dia kata tak payah update kat situ sebab takut tak berupdate lagi dan suruh saya update online. Bila saya masuk dalam website tesco, tak der pulak tempat nak register clubcard secara online tapi ada clubcard helpline sahaja yang mana mesti la mengenakan cas kan untuk mengadu ( ok saya memang berkira). So saya amik keputusan untuk email sahaja, dan berharap email saya dilayan.Tapi email yang dibalas secara automatik dengan ayat "Please be assured that your feedback is important to us and will be addressed accordingly. Our Helpline personnel will get back to you within 3 working days.Alternately, you may call us at 1-300-13-1313 in order for us to assist you further. We are open from Monday to Sunday, 9am to 11pm " ( Ok berkira) . Kita tunggu jer la, saya akan update kemudian.


HARAP LUAHAN HATI SAYA DIDENGARI. SETAHUN LEBIH TAK MERASA KUPON PENJIMATAN TESCO.MINIMUM BELANJA SAYA RM300 KEATAS DI TESCO TAU ! SABTU LEPAS CECAH RM500 ++. TAK LARAT DAH PERGI RUMAH LAMA!

UPDATE :

Pihak TESCO sudah hubungi saya untuk confirmkan alamat rumah baru. Katanya statement Jun nanti akan sampai kerumah saya. 

UPDATE :

Langsung tak dapat dah nak masuk september..syabbassss tesco :p


Monday, April 01, 2013

Rompers, baju terbaik untuk baby bersaiz kecil

Dari mengandungkan my Nuha lagi saya memang berkenan dengan rompers. Mudah nak tukar diaper dia dan cuma one piece, tak perlu nak pakaikan seluar yang kadang-kadang nampak tak kemas bila seluar tu labuh dari kaki mereka yang baru lahir yang comel-comel tu :)


Bila lahirkan my Nayla, memang rasa nak menangis la bila tengok baju dia gedoboh-gedoboh sebab kebanyakan baju yang saya beli adalah saiz 6 bulan keatas. Pengalaman silam, my Nuha dulu pakai baju 6 bulan keatas sebab badan dia 3 bulan dah 6 kg lebih tu pasal saya banyak beli baju saiz 6 bulan keatas.Nayla pulak 3.3kg masa 2 bulan sama dengan my Nuha  baru lahir. Tapi memang nasib baik la kebanyakan rompers yang saya beli dan ada sket2 yang Nuha punya dulu boleh pakai kat dia. Nampak la berisi sket bila pakai rompers ni kat dia :) Kalau tidak, asyik laa nak kena gulung seluar atau lengan baju.

Antara koleksi rompers my Nayla, sebahagian ada kat ampaian :p

Kat tesco skang ada brand Assign Baby, rompers dia antara RM8 - RM14. 
Setiap kali pergi mesti beli sehelai dua.sebab tak menahan :p

 Pagi ni pergi ofiz kejap, sekali ada hadiah untuk my Nayla. Melompat bintang sebab dapat 3 helai rompers yang cute sangat dari ofizmate :) Tq Ida, Yaniey dan Day :)


Ni rompers yang paling saya suka sebab ada tulisan i love Daddy & Mummy. Masa bagitahu ayat kat baju ni pada my Nuha dulu dia merajuk sebab katanya adik tak sayang dia pun. Sayang Ummi dan Abah ajer. Saya pun tipu dia , cakap tulisan & tu adalah nama kakak. Makin mengamuk sebab dia kata tipu, takkan ejaan nama dia satu jer..hahahaha. Orang dah sekolah, dan pandai tulis nama sendiri katakan..hehehe

Tips untuk ibu yang bakal melahirkan : Belilah rompers kalau tak sure baby besar ke tidak :) 


Korang suka tak pakaikan anak korang dengan rompers?




Friday, March 29, 2013

Menu Ekspres Untuk Dinner | Mee Rebus Terengganu

Ini sebenarnya, menu ulang tayang ajer di Jom Masak @ elissmie.com .Lagi 2 minggu nak mula kerja, mungkin lepas ni kena banyak fikirkan menu ekspres la untuk dinner .Biasalah, nak mengadaptasi diri setelah beranak dua ni. Sekarang ni masih tak kerja pun dah kelam kabut untuk prepare dinner, apatah lagi dah mula kerja balik 8/4/2013 nanti. 


Ni untuk dinner malam tadi. Pagi tadi ada lebihan, buat breakfast sekali :) hehehe
 
Ni penambah rasa, sambal kicap. Pengaruh Johor :p Hubby kan suka makan pedas, so kena la buat untuk dia. Saya amik hujung-hujung sudu ajer, takut pedas. hahaha

Resepi Mee Rebus Terengganu boleh rujuk [sini] 

Korang ada menu ekspres untuk dikongsikan ? 

Boleh baca entry MommyLyna jugak : Tips Rahsia Masak Cepat Di Dapur

Derma untuk tabung wira lahad datu media prima Maybank 5142 - 7133 - 9000
 Derma melalui SMS. SMS PALESTIN  <jarak > 10 (RM10 / RM 5 / RM 3)  Hantar ke 39111[klik]
Nak beli tupperware dengan harga ISTIMEWA , boleh dapatkan disini [ klik laju-laju]
Basuh kereta di Tip Top Spa Auto Service, Seksyen 7, Shah Alam. [ klik laju-laju]
Pelbagai pilihan kain cotton untuk baju kurung , klik sini. [ klik laju-laju]



Thursday, March 28, 2013

Susahnya nak main plastisin...

Ini segmen nostalgianya @ elissmie. Zaman saya kanak-kanak ribena dulu, nak main plastisin hanya boleh main kat sekolah tadika. Lepas balik tadika , plastisin tu kena la pulangkan balik kat cikgu kan. Nak suruh ma abah beli rasanya banyak lagi benda berfaedah yang patut dibeli. Suatu masa dulu korang ingat tak mak mak kita, buat hiasan pokok bunga dengan bunga plastik tu, diorang akan cucuk batang bunga plastik pada platisin baru masukkan dalam pasu bunga kan.Tak pun guna gabus. Tapi my ma guna plastisin. Masa tu timbul la idea mencuri plastisin dari pasu bunga my ma dengan my adik. My Ma cuma akan perasan plastisin dia kena curi bila dia nak basuh bunga-bunga hiasan dia tu jer. Nakal tak nakal saya dengan adik time tu. hahaha

My Nuha dengan plastisinnya. Dia nak apa jer semua dapat .Tak macam kita dulu-dulu.

Korang suka tak main plastisin kecik-kecik dulu?

My Nuha skang tengah cuti sekolah so saya tak menjadi pemandu seminggu ni. Next week lak, nak cuba hantar my Nayla ke rumah babysitter kat belakang rumah saya ni jer. Sedihnya, dah nak mula kerja. 

Ni FM terbaru saya dapat dari kawan my hubby minggu ni :) Satu dari Anz, FM Sabah dan satu dari Ken, FM Bali :) Seronoknya ! hehehe


Wednesday, March 20, 2013

Koleksi Fridge Magnet dari Johor, hadiah dari hubby :)

Lama dah tak tayang koleksi Fridge Magnet ni. FM yang terbaru adalah dari my hubby yang baru balik dari outstation ke JB. Asal anak masuk dua bulan ajer pergi JB, ironinya masa my Nuha dua bulan dulu pun dia outstation ke JB. Apakah ???? hahahaha

Balik-balik dari JB bagi FM :) Sweet sangat kan.Dah tahu wife dia pengumpul FM tegar haruslah dilayankan ajer . Jom tengok FM yang hubby saya bagi :)



Yang ni FM Kuda Kepang. Sinonim dengan Johor kan ?


Yang kedua adalah Fm Keris. Pun sinonim dengan Johor jugak kan.


Yang ketiga FM kek. Yang ni dia kata dia saja beli sebab nampak sedap kek tu :)
Atau bentuk hati, mungkin tanda cinta pada isterinya..hahaha poyo :p


 Ni koleksi terkini lah. FM johor dah berada di pintu bawah fridge dah.


Korang ada FM dari Johor tak ?

 Sebelum terlupa, ada FM belum ditayangkan lagi ni dari blogger Anje atau Mama Balqis , yang mana saya menang hadiah saguhati contest Mamy Balqis with Kleenex® Share the Softness - GiveAway For Charity kat blog dia sebelum bersalin hari tu dan hadiah ni sampai malam saya bersalinkan Nayla tu :) 

FM dari Port Dickson.


 Dan hadiah dari Kleenex :) Terima kasih Anje :)

Friday, March 15, 2013

Kedai 20 Jang, hanya di Terengganu

Minggu ni macam tak cukup nafas kot. Tak sempat nak tengok blog. Asal petang jer terpaksa telan panadol sebab sakit kepala. Jom layan random pics. Gambar tidak la secun gambar di blog Dinas atau pun Daddy Ziyyad.


 
Hari-hari jadi pemandu peribadi anak dara , My Nuha la.  


Dan hari-hari pun terpaksa angkut my Nayla sebagai co-pilot. keh keh keh 

 Apam pisang kukus dalam bekas puteri ayu buatan sendiri , sedap pulak :)
Resepi kat sini. [link]


Sudah buat pengesahan tahun 1 di sekolah my Nuha pada 13-3-2013. 
Pastikan dokumen yang lengkap yer kawan-kawan dalam senarai semak tu  :)

 My Nayla sudah 67 hari. Sudah cucuk 2 bulan.Sian peha kecik tu. Berat 3.3 kg = berat my Nuha baru lahir.
Kalau di Jepun, my kazen cakap 3 bulan ke atas baru baby kena cucuk.



Kedai 20 Jang. Jang = Jam . Dialek terengganu . Tak tahu la apa yang 20 jam tu, mungkin waktu operasi kot. Ni kedai runcit.Kedai ni kat area Paka.Amik dari dalam kereta masa hujan renyai ;p

Derma untuk tabung wira lahad datu media prima Maybank 5142 - 7133 - 9000
 Derma melalui SMS. SMS PALESTIN  <jarak > 10 (RM10 / RM 5 / RM 3)  Hantar ke 39111[klik]
Nak beli tupperware dengan harga ISTIMEWA , boleh dapatkan disini [ klik laju-laju]
Basuh kereta di Tip Top Spa Auto Service, Seksyen 7, Shah Alam. [ klik laju-laju]
Pelbagai pilihan kain cotton untuk baju kurung , klik sini. [ klik laju-laju]


Friday, March 08, 2013

Nasi Lemak Sambal Sotong @ Warong KL

JJCM @ elissmie tak pernah lagi cover untuk breakfast kan. Memandangkan saya masih bercuti sebulan kat rumah dengan my Nayla, hari-hari lepas pergi hantar my Nuha ke tadika, mesti saya singgah beli breakfast dulu. Ni hari kedua saya cuba beli breakfast kat Warong KL ni.Warung ni terletak kat Jalan Bahagia, berhadapan dengan SK Batu Belah, Klang. Korang masuk ajer lorong tu dan cari warung ni belah kanan.


 

Sempoi habis warung ni dan nampak klasik jugak. Ruang warung tu bawah rumah ni. Ni rasanya style rumah orang jawa kan ? Teringat pergi rumah anak angkat my Abah kat Banting, gini la stylenya.
 
Ni nasi lemak hari pertama - Sambal sotong. RM 3. Sedap. Tumis dia manis dan pedas, kena selera saya.



Hari ni beli 2 bungkus :p


Satu nasi lemak biasa, cukup rasa dan bahan. Tak kedekut bilis, telur separuh.Sambal banyak.
RM 1.50


Ni bihun goreng Rm 1.50 untuk lunch nanti.



Derma untuk tabung wira lahad datu media prima Maybank 5142 - 7133 - 9000
 Derma melalui SMS. SMS PALESTIN  <jarak > 10 (RM10 / RM 5 / RM 3)  Hantar ke 39111[klik]
Nak beli tupperware dengan harga ISTIMEWA , boleh dapatkan disini [ klik laju-laju]
Basuh kereta di Tip Top Spa Auto Service, Seksyen 7, Shah Alam. [ klik laju-laju]
Pelbagai pilihan kain cotton untuk baju kurung , klik sini. [ klik laju-laju]

My Nuha | Aku Bukan Chef

Thursday, March 07, 2013

Daun sambung nyawa, pernah makan tak?

Sejak dah kena darah tinggi ni, macam -macam dah saya cuba untuk menurunkan darah tinggi. Tapi ubat hospital tetap jugak saya makan.Baru-baru ni , my ma bawak balik daun sambung nyawa. Katanya boleh mengurangkan tekanan darah dan sakit kepala.



 Ini hah daunnya. Sedap dimakan sebagai ulam. Cicah pulak dengan budu :p
Rasa dia ada iras-iras daun gajus.


Korang pernah tengok tak daun sambung nyawa ni ?


p/s: 

Sekarang pokok sambung nyawa ni ada saya tanam kat rumah ni. Harap-harap tak mati lah :p


Wednesday, March 06, 2013

Pendaftaran Tahun 1 2014-2015 sudah dibuka, korang dah daftar?

* Entry Terkini http://www.elissmie.com/2014/03/daftar-anak-tahun-satu-untuk-tahun-2016.html

Klik pautan berikut untuk mendaftar : http://apps.moe.gov.my/esppsel/
Permohonan ini akan dibuka kepada orang ramai pada 01 Mac 2013 hingga 30 April 2013

Pastikan baca terlebih dahulu maklumat berikut yer :

Pengenalan Sistem - http://apps.moe.gov.my/esppsel/pengenalan.cfm

Tatacara dan panduan permohonan - http://apps.moe.gov.my/esppsel/syarat_perMOHONan.cfm

Permohonan Online - http://apps.moe.gov.my/esppsel/MOHON1.cfm

Semakan status permohonan - http://apps.moe.gov.my/esppsel/keputusanPPT1/index.cfm

p/s :

Punyalah bercinta nak buka setiap link kat atas ni. Punyalah ramai kot orang nak akses.

p/s:

Bila baca ayat dalam pengenalan sistem -  " Ibu bapa / penjaga boleh membuat Permohonan Pendaftaran Kemasukan ke Tahun Satu  melalui komputer yang mempunyai akses internet. Ibu bapa atau penjaga juga boleh mendapatkan pertolongan pihak sekolah di pohon sekiranya tidak mempunyai kemudahan tersebut." - Terus rasa nak pergi sekolah, suh diorang daftarkan. hahahaha. Ini namanya memalukan programmer ;p

p/s:

Pemohon dinasihatkan supaya mencuba capaian permohonan atas talian eSPPSEL pada waktu yang lain jika percubaan pertama gagal atau sambungan ke sistem terputus. Ada kemungkinan berlaku kesesakan laluan capaian kepada laman web tersebut. - Memang kena sabar gila2. Dah berapa kali cuba ni, gagal lagi. Tengah2 malam ni la cuba pulak ! huhuhu

Korang ada anak masuk tahun satu 2014-2015 ??


Baru jer beberapa hari masuk tadika 5 tahun setelah 2 bulan bercuti , dah kena register tahun 1.

My Nuha | Aku Bukan Chef

Wednesday, February 27, 2013

Pernah tidur dalam kelambu tak?

Ini edisi terbaru. Nostalgianya @ elissmie.com.Hari ni cerita pasal kelambu .Teringat kat arwah Mak ( nenek sebelah my Ma ). Kalau balik kampung di Jabi, Besut dulu, masa nak tidur mesti dia pasangkan kelambu untuk saya tidur. Saya kalau balik kampung, mesti tidur dengan dia. Tapi time tu jenis kelambu yang kena gantung tu.Ikat pada penjuru bilik. Tapi sekarang kelambu pun sudah berinovasi.


Ni hah kelambu yang berbakti kepada kami 3 beranak dari digigit nyamuk sepanjang berpantang di rumah my Ma ni.
My Nuha sebut khemah ! Sabar jer la :p

Korang pernah tidur guna kelambu ?


Selamat pengantin baru kepada Azulaini & Sukri :) Semoga berbahagia selalu yang selamat diijabkabulkan 22.2.2013 yang lepas :)

Saturday, February 23, 2013

Jom pekena Ayam Percik @ Yati Ayam Percik, Shah Alam

Ni JJCM @ ELISSMIE sebelum saya bersalin.Saya masih di terengganu :) Kali ni kami cuba makan di restoren baru, Yati Ayam Percik. Kami tahu pasal kedai ni sebab kan entry food blogger yang ni. [ klik sini



Kedai ni deretan kedai belakang petronas tepi bangunan Jakel.


Jom tengok menu !


Semestinya pilihan saya, Set Nasi Kerabu Ayam Percik. Begitu jugak hubby. Nuha punya nasi goreng yati [RM 9.50] tapi lupa lak nak snap gambar pinggan dia. So-so ajer rasa dia .


Mungkin baru buka, servis agak lembab sket dan ada pelanggan yang keluar sebab lama menunggu dan tak amik-amik order. Sabar jer la....Lebih kurang 40 minit tak silap, baru dapat makan.Padahal tak ramai orang pun.



Muka dah nak bosan :p


Inilah set nasi kerabu ayam percik.RM 9.50. Agak mengecewakan sebab tidak menepati expectation saya yang dah merasa Yati Ayam Percik 2 , Kota Bharu, Kelantan.


Close up ayam percik nya.

Satar pun mengecewakan. Tak rasa ikan pun dan kelapa nya pun macam hampas kelapa ajer :p
3 ketul RM 3.30

Korang suka ke makan ayam percik ?


LOKASI - No 16 & 18 , Jalan Plumbum N7/ N Seksyen 7, 40000 Selangor, Selangor, Malaysia
Telefon :- 03-5510 3858
Email :- yatipercik.shahalam7@gmail.com
GPS COORDINATES : n 03.06995 .E 101.48927
FACEBOOK :  >>> YATI AYAM PERCIK SEKSYEN 7 SHAH ALAM <<<<

My Nuha | Aku Bukan Chef

 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)