Thursday, December 20, 2012

Perlukah beli diaper New Born ? Beli barut / bedung moden bayi online ?

Dah dihujung-hujung kehamilan ni mula la nak gelabah tak tentu hala kan :p Hahaha. Rasakan. Yer la, hujung-hujung baru dapat bonus katakan. So haruslah digunakan sepenuhnya bonus yang ada tu. Orang sibuk shopping baju sekolah anak, kita sibuk shopping baju anak yang bakal lahir. Tapi dah hujung-hujung ni, lagi selesa pulak shopping online kan ? Minggu ni dah order bedung bayi online. Tak sabar pulak nak tunggu parcel sampai. Dah la kat ofiz hubby.



Ni yang saya order.Love Purple. RM 35 satu. Tapi rata-rata semua jual harga sama jer.
Cuma design ni banyak yang dah habis stok.
Beli kat sini

Sekarang tengah survey-survey lagi harga yang terbaik untuk barut bayi pulak. Nak jahit sendiri tak berapa nak reti. My Ma cakap upah ajer RM 4 kat kampung saya kat terengganu tu, tak termasuk nak kena beli kain dan tali lagi tu.Bawah ni ada few website yang saya jumpa , kot-kot korang berkenan , boleh la pilih dan tinggal order ajer :) Kalu korang tahu tempat lagi murah pun bagitahu saya yer :)



Saya nak jenis kain cotton bercorak dan ada tali yang panjang.
Ni salah satu contoh dari Little Dje. Comel sangat :p


WEBSITE
UKURAN
HARGA / PCS
15.24 X 53.34

9 / 8.50

13.97 X 50.8

5 / 6
15.24 X 53.34

5
15.24 X 48.26

5/5.50



16.51 X 45.72

6.50 / 6

15.24 X 46.99

6.5 / 6

19 X 53

6

12.7 X 45.72

4
16.51 X 53.34

5.4
15.5 X 46

8















Korang dulu beli tak diaper New Born ? 

Saya dulu beli sepaket lepas tu siap tak habis sebab my Nuha membesar dengan jayanya. Masuk sebulan dah kena pakai saiz S. Saya memang setia dengan Drypers tambah-tambah skang ni pelekat dia dah diperbaharui.

Saiz New Born ni  ada  4, 14, 28, and 64 sepaket.
Saya dapat sample Ad bagi. Korang nak  sampel percuma [ klik sini ]


Saya dah beli satu pek saiz S ni yang 58 sepaket .Yang ni ada  4, 16, 32, 58 sepaket.

Ada sesiapa tahu kat mana ada sales baju baby kat area Klang / Shah Alam ? :p


Wednesday, December 19, 2012

Rezeki Durian Crepe Pagi Hari & Backlink ke Elissmie

Baru malam tadi my hubby sebut, teringin nak makan Durian Crepe lagi ! Ingat nak suh Long orderkan kat Irma sebab weekend ni diorang nak datang sini. Sekali , pagi ni kawan dari Johor, Hazami  bagi 2 ketul Durian Crepe. Ok la tu, lepas mengidam my hubby :) Terima kasih yer Mie :)

 

Gebu betul Durian Crepenya. Tapi tak tahu pulak dia beli kat mana.
Ingat weekend ni nak buat Ketayap Durian sebab baru beli Durian D24 3 paket RM15 kat Giant malam tadi ;p

 Korang dah try ke belum Durian Crepe ni ? Ker skang fenomena makanan apa pulak ?

p/s :

Tension betul dengan error butang reply dalam blogger ni. Ada sesiapa boleh fix kan? Dah berapa entry tak dapat reply komen. Sorry yer kawan-kawan.


 



p/s:


Terima kasih untuk backlink ke elissmie.com kepada blogger entry2 diatas :) 


Tuesday, December 18, 2012

Mengidam Kek Lapis Sarawak yang betul-betul dari Sarawak

Tajuk bikin suspen my hubby ni :p Nak kena order dari Sarawak lah nampaknya kalau dah isteri dia ni teringin sangat ni kan. Tak per sayang, kek lapis Sarawak yang betul-betul dari Sarawak tu dah ada betul-betul depan mata saya ni ha :) Ada staf UiTM Sarawak ( Terima kasih Farid)  yang jugak ex junior masa belajar kat UiTM Dungun dulu ada kat ofiz saya tengah kursus, so memang merasalah Kek Lapis Sarawak yang betul-betul dari Sarawak. Ikan terubuk masin pun dia angkut sama kesini. Yang tu tak order pulak :p



 Saya beli dua bekas . Satu RM15. 
Kek Lapis Cheese Ais Krim dan Kek Lapis Masam Manis. 



Asma Cake House
No 42 Lrg 22, Taman Desa Ilmu, 
Kota Samarahan , Sarawak
H/P : 013 8066879 / 013 8401261

Korang suka  tak makan kek lapis sarawak ?

p/s: 

 Kalau korang nak beli, korang pergi beli sendiri . Hahaha. Jangan marah ! Larikss...


Monday, December 17, 2012

Minum air gula , Scan baby 32 Minggu dan susu percuma

Hari Sabtu lepas ada checkup bulanan di DEMC. Alhamdulillah, baby dah naik 1.7kg ++. Baby pun aktif sahaja. Dah 32 minggu rupanya saya membawa baby NH dalam perut ni. Tak sangka. Lebih kurang 50 hari ajer lagi untuk melihat baby NH secara live ;p Tak sabar dan takut pun ada .



Ni ukuran kepala. Normal , tak besar dan tak kecil sangat . Doktor nasihatkan saya supaya jangan makan banyak sangat :p


Sebabnya,  tengoklah berat saya , naik 3.5 kilogram dari bulan lepas .
 Maklumlah, nak bersalin normal kali ni jika tiada apa-apa risiko.



Ujian darah checkup hari tu tiada masalah, dan saya masih kekal berdarah O positif :p hahaha


Minggu ni kena buat MGTT ( Modified Glucose Tolerance Test ) senang cerita minum air gula la untuk cek samada korang ada diabetes ker tidak . Prosedur dia,puasa dari 12 malam.Then sampai-sampai kena amik darah ( 9 pagi ) then minum air gula, lepas dua jam ( 11 pagi )  , datang sekali lagi untuk amik darah balik.Tak dibenarkan makan.Nak minum boleh tapi air kosong ajer tu pun doktor cakap, kalau tak haus, tak yah minum.  Melangut dua jam di DEMC lepas minum air gula. Nasib baik air ribena bukan plain air gula . Saya suka ! Saya suka ! Ni la tempat nak kena amik darah dan minum air ribena tadi. Elok sangat, kena cucuk kiri kanan untuk amik darah.

Bacaan sebelum minum air gula  : 4 ++
Bacaan selepas minum air gula : 6 ++

Tiada diabetes ! Alhamdulillah :)


Aktiviti masa lapang ( 2 jam tu ) , baca belog . Tak berebut tablet dengan anak sebab saya bagi dia tengok cerita Boboiboy menggunakan harta DEMC. Satu skrin dia tengok sorang2 ! hahaha



Total bil kali ni : RM 323. 00

Dapat sample susu percuma untuk baby NH. Masih dilema, nak exclusive bf atau compliment bf.

[ Boleh baca kat sini untuk penjelasan lanjut ]

Korang pernah kena minum air gula atau MGTT ni ?


My Nuha | Aku Bukan Chef

Friday, December 14, 2012

Instanbul Aku Datang & Pemenang FM Bukit Merah

Korang dah tengok ker movie Instanbul Aku Datang ? Cerita ni saya rasa yang berjiwa remaja ajer boleh layan. Yang berjiwa tidak remaja adalah tidak digalakkan. Mesti korang ingat, saya nak cakap yang saya  masih berjiwa remaja la tu..hahahaha. Yerla, saya masih berjiwa remaja .Jalan cerita macam boleh agak jer. Nak santai-santai layan boleh la. Tak perlu serius sangat, nak serius mari buat coding programming untuk saya ni.



 Hari tu ada iklan pasal cetak rompak kat TV kan ? Astro tak silap. My Nuha tahu yang saya beli CD cetak rompak "Aku Terima Nikahnya" hari tu kan. Dia datang kat saya , sambil cakap "Ummi, lain kali jangan beli CD ROMPAK, nanti nuha panggil polis " hahahaha. Insaf mak noks !

Korang pernah ke beli CD Cetak Rompak ? 
Kalau download  free macam mana pulak kesnya yer? Sama jugak kan :p


Jom kita tengok senarai peserta yang join Giveaway @ Elissmie.com.

4. zanzila

Pemenangnya adalah : 




Kepada  pemenang bertuah ini , Sila emailkan nama, alamat dan no hp ke elissmie [at] gmail [dot] com. dan pilihan FM yang dikehendaki. * Yang rumah tu dah tak available. 
 

Nak beli tupperware dengan harga ISTIMEWA , boleh dapatkan disini [ klik laju-laju]
Basuh kereta di Tip Top Spa Auto Service, Seksyen 7, Shah Alam. [ klik laju-laju]
Pelbagai pilihan kain cotton untuk baju kurung , klik sini. [ klik laju-laju]

Thursday, December 13, 2012

Dr Robiah K.Hamzah & Sehari di Bukit Merah Waterpark

Ni entry last la pasal Bukit Merah ni. Aktiviti malam hari pertama ada ceramah dari Dr Robiah K.Hamzah, pakar perunding motivasi kekeluargaan, bertajuk "Bring Your Heart Home". Ceramah berkisar pasal hidup rumahtangga masa kini dan pancaroba yang terjadi dalam rumahtangga yang banyak dipengaruhi dengan kemudahan teknologi masa kini serta media sosial yang berleluasa gitu la.Part paling menyentuh hati bila masing-masing kena peluk pasangan masing-masing dan cakap I LOVE YOU .Yang tak bawak pasangan, peluk la kawan kat sebelah. hahaha. Tapi semua orang pun sporting habis termasuk big boz kitorang :p



Sempat bergambar dengan Dr Robiah yang happy go lucky !


Banner program

 Anak-anak bawah 1 tahun ajer yang dibenarkan masuk ceramah Dr Robiah.So malam tu my Nuha kena tinggal untuk program lain untuk anak-anak iaitu A night To remember for kids.

 Mula-mula meraung jugak masa nak tinggalkan. Lepas Ad pergi hantar dan diorang dah dibagi mainan dan gula-gula, ok la kena tinggal kat situ :p

 Nasib baik ada kawan.Atia dan Adam.

Banner program

Hari seterusnya, adalah sukaneka @ Bukit Merah Waterpark. Aktiviti bermula jam 9 pagi. Lepas dah siap breakfast, balik bilik tukar baju semua then kitorang terus pergi sana.


Berjalan seiringan :) Nampak besar pulak my Nuha ada adik-adik ekspres macam ni.


Sebelum masuk haruslah pakai tag dulu.

Dah sampai pintu masuk .


Posing dulu :)

Kalau nak datang sini, bawa la siap-siap pelampung dan mainan so tak perlulah nak beli barangan tu kat sini. Sebab pelampung RM30 satu dalam ni macam Atia naik tu.
 Nuha punya yang beli kat PD dulu :) Save budget :p

My Nuha kena masuk sukaneka berkumpulan. Kumpulan dia menang jugak 3 acara menangis-menangis pun takut orang tinggalkan dia . Acara pertama kutip guli dalam air, menang no 1.

Yang ni game pass span untuk isi dalam botol sampai penuh. Menang no 2.

 Yang ni pass belon then pecahkan , menang no 1.


My hubby pun join jugak sukaneka.

 Mula-mula kena naik pelampung then tolak ke air, then balik ke darat balik.


Menang no 3, ok la tu :p

Lepas abes sukaneka baru la ceria my Nuha ni dapat main air. Misi utama kesini gitu :p

Adam buat peace versi dia :)

elissmie.com :p

Biasanya kat mana korang selalu bawak anak-anak main air ?


Waterpark Combo Package@ Bukit Merah Waterpark

Includes the following:
Waterpark, Eco Park, Orang Utan Island, Chairlift or Skycycle. (Valid for 3 days with one entry per park)
Ticket Prices Normal Rate
Adult
Child *
Child (below 90cm)
RM68.00
RM57.00
Free

Waterpark



Days Of Operation Hours of Operation
Mon - Fri
Sat - Sun
School & Public Holidays
12:00noon-7:00pm
10:00am-7:00pm
10:00am-7:00pm
CLOSED on Tuesday -EXCEPT during public & school holidays.
Waterpark will be closed 30 minutes before published closing time.



Ticket Prices Normal Rate
Adult
Child *
Child (below 90cm)
Senior Citizen & Disabled Person (Malaysian only)
RM29.00
RM25.00
Free
RM10.00

* Children admission rates are based on 90cm in height or until 12 years old.



Giveaway @ elissmie.com masih dibuka !!!
Korang nak tak FM dari Bukit Merah ?Mr Random akan pilih seorang peserta bertuah ! 

Cuma perlu komen entry ini atau entry ini[Pernah ke tengok orang utan ? | Orang Utan Island @ Bukit Merah ] [ dikira 2 cabutan ] dan masukkan sekali saya nak Fridge Magnet dari Bukit Merah Lake Town Resort !
Tarikh Tutup : 13 Disember 2012 sebelum jam 12.00 malam


 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)