Friday, September 14, 2012

Lepas samak rumah, samak surau pulak !

Masih ingat aktiviti kami sebelum berpindah rumah tahun lepas. Samak rumah [ Boleh rujuk entry ini ]. Kali ni, my hubby pulak sekali lagi melakukan aktiviti menyamak surau bersama ahli qariah di kawasan perumahan kitorang setelah urusan pembinaan hampir selesai. 

Jom kita tengok aktiviti diorang sepanjang proses menyamak dan membersihkan surau tersebut. Saya tak ada ditempat kejadian, ni hubby ajer yang amik :) Tapi sempat jugak intai sekejap hantar breakfast untuk my hubby. Tapi surau ni tak dibuka secara rasmi lagi.


Air bercampur tanah yang digunakan untuk proses penyamakan surau. 

-x semestinya kena samak, basuh dah memadai tapi untuk menghilangkan was-was apabila ada jemaah yang bgtau penah nampak anjing main2 kat kawasan tu masa surau dalam pembinaan, maka kitorang pun samak & basuh sebelum guna... ( jawapan dari hubby )

 

 Ni surau sementara yang digunakan sementara surau siap.Bulan puasa hari tu diorang dah buat solat terawikh kat sini. Tapi jemaah lelaki jer la.

Basuh jangan tak basuh. Besar jugak suraunya. 




 
 Ni dalam proses cat, sudah selesai jugak sekarang ni.

 

Proses kerja-kerja wiring . Sekarang dah siap.

Ni wiring untuk aircond pulak.

 
Majlis tahlil pun dah buat oleh qariah kat sini.


Jika korang ada sebarang sumbangan untuk surau ini, boleh lah berbuat demikian .

Bank Muamalat Jawatankuasa Pembinaan Surau Presint Inang - 12040002833710.



" Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya." Al-Baqarah, Ayat: 261.

"Katakanlah: Sesungguhnya Tuhanku memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya di antara hamba-hamba-Nya, dan menyempitkan baginya; dan apa sahaja yang kamu dermakan maka Allah akan menggantikannya, dan Dialah jua sebaik-baik Pemberi rezeki."Al-Saba, Ayat:39


Nak beli tupperware dengan harga ISTIMEWA , bole dapatkan disini [ klik laju-laju]
Basuh kereta di Tip Top Spa Auto Service, Seksyen 7, Shah Alam. [ klik laju-laju]
Baju kurung cotton, polka dot pun ada, klik sini. [ klik laju-laju]

Thursday, September 13, 2012

Menang Booth Terbaik @ Majlis Hari Raya Ofiz

Tak habis lagi cerita pasal makan-makan jamuan raya ni. Ni nak cerita sambutan kat ofiz pulak. Kat ofiz dibahagikan mengikut jabatan. Jabatan saya adalah Jabatan Pembangunan Sistem. Deko sepatutnya adalah hari sebelumnya tapi biasa lah kitorang kan, last minute baru deko. Semua orang bertungkus- lumus deko booth, tapi team lain dah ready tinggal nak serve makanan jer. Hebat tak hebat :p Kak Kama yang banyak sumbang hiasan untuk deko. Konsep ala-ala tradisional gitu.Bak kata juri yang mengadili, Very authentic gitu :p Mau tak authentic, cuba korang tengok booth kitorang !





Gambar yang tak de watermark credit kepada Nini,
 tak amik gambar pulak lepas dah letak makanan ;p 


Ni masa belum habis deko lagi..


Cuba tengok, ada lesung batu , bakul rotan, serai , pandan , bawang , beras, semua ada :p


Sebahagian warga ofiz..

Booth tu kat celah-celah lorong kat ofiz kitorang.


Baju raya in the house, eh ofiz :p



Juadah jabatan kitorang adalah nasi himpit, kuah lodeh dan rendang ayam serta kuah kacang. Semua saya tak rasa, boleh macam tu ? hahaha. Ni jer yang saya makan hari tu, Laksam. 


Laksam Merdekaraya gitu yang saya makan tu :)


Oh, ada satu lagi, Spaggeti pun saya ada makanan ! Ni bahagian admin. Tapi side dishes semua dah habis masa saya makan tu. Hangin ;p Ada ayam bakar rupanya !


Hamper kemenangan ! Eh , maggie cup sapa amik ? hahahaha

Kat ofiz korang ada sambutan hari raya tak?

Wednesday, September 12, 2012

Mee Kari Ketam , KL @ Shah Alam, sedap ker ?

Dah sebulan rasanya tak up episod jalan-jalan cari makan di elissmie. Maklumlah, bulan puasa makrukh hukumnya tayang gambar sedap-sedap kan. So better avoid, baru dapat pahala ( chewah macam ustajah pilihan ) . Akhirnya sampai jugak kami kesini. Mee Kari Ketam , Kuala Lumpur.


Padahal selalu sangat dah makan kat area sini tapi selalu saya datang mesti ramai orang . Last week, hari Ahad lepas, setelah seharian berpenat lelah mengemas rumah sebab buat rumah terbuka hari sebelumnya, hubby ajak keluar minum petang. Kalau tak memang saya rasa saya nak tidur ajer sebab awal pagi dah bangun kemas apa yang patut sebab malam tu memang tak larat nak kemas :) Lokasi Mee Kari Ketam , KL adalah berdekatan dengan UNISEL dan lebih tepat lagi food court Seksyen 7, belakang bangunan Hakim lama.Bawah kedai ni ada D'Arab Cafe bagi sesiapa yang berminat nak makan nasi arab.

Sabar menunggu makanan. Masa kami sampai, just ada dua pelanggan ajer. So cepatlah dapat makan :) Servis kiranya baik lah.Hari tu lepas hujan, tu pasal tak ramai orang agaknya.

Decoration , simple and nice :) Meja kayu dan bangku kayu.

Eh, sampai tertidur pulak :p


Menu air ada kat dinding :p


Harga makanan cilok dari belog Eyriqazz :)
Mungkin ini kedai kegemaran Eyriqazz sekeluarga (atau ada share? ) sebab selalu sangat datang pekena Mee Kari Ketam KL ni.

Kaunter pembayaran dan tempat menyediakan makanan sekali.

Ni mangkuk my hubby. 
Yang kami pilih ni adalah Menu Mee Kari Ketam + Ketam Biasa ( RM 8 )

Ni saya punya . Menu sama ajer kami pilih :) Saya mintak limau untuk diperah dalam kari ni untuk lebih umpphh. Hahaha. Suka-suka hati ajer alter makanan orang. Ampunkan saya chef Mee Kari Ketam ! Nanti korang datang , mintak la limau yer, baru terangkat :p

Ni saiz ketam bila diletakkan dalam pinggan. Overall memang sedap lah, kecuali tekak saya ni memang suka masam-masam dalam kuah karinya. Harga pun berpatutan dengan ketam yang dia bagi tu dan rasa kari tu memang meresap ke dalam ketam tu.Aduhai, tulis pun bikin meleleh air liur :p


Korang dah pernah makan ke  Mee Kari Ketam , KL @ Shah Alam ni ?


Restoran Mee Ketam No. 11, Kompleks Anjung 7, Jalan Zirkon B 7/B Seksyen 7, Shah Alam,Selangor. Buka 12:30tgh - 10:00mlm (Isnin CUTI) 
Hubungi :Encik Ubai: 019-2496054 / 0192346388 / 0175653556 

Tuesday, September 11, 2012

Saman Sempena Balik Beraya , korang ada ?

Hari ni terbaca pasal entry Saman POLIS ! POL: 257 dan POL 170A kat blog Shakiddo, terus tergerak hati nak cek saman kat > MyEG Services – www.myeg.com.my .


Memang register kat situ dan pernah buat bayaran saman online kat situ.Sekali masuk JPJ, Alhamdulillah lega. Tapi bila masuk PDRM, jantung dah lain macam ni, sah-sah ada saman ni. Ha amik kau, siap dua lagi ! Macam mana email tak masuk pulak notify yang ada saman. Dah la konsep sekarang adalah "The more you delay, the more you pay".

Ada 2 saman dalam rekod dan dua-dua hubby yang bawak. Hari ni dah bayar satu saman secara online , yang satu lagi tu tunggu diskaun la :p hahaha. Bayar secara online kena caj RM2.



 Siap ada gambar bagai tu kat dalam MyEG Services.Masa ni my hubby yang bawa, sebelum sampai Bentong ni , saya bawa sampai ke Temerloh. Sabar jer la.Mentang-mentang jalan lengang waktu on the way balik KL hari tu :p Tak pasal-pasal kena saman speeding.hahahaha


Korang ada saman sempena Balik Beraya , 
cer check cer check  ? :)


Monday, September 10, 2012

Rumah Terbuka Raya cum Housewarming, maaf tak dapat jemput semua..

Minggu ni giliran saya buat rumah terbuka. Tahun ni tercapai jugak nak buat makan-makan sempena hari raya di rumah baru sebab tahun lepas masih dalam proses lagi bila bulan Syawal dan tragedi Syawal pulak time tu, memang tak buat pun jamuan raya sebab tengah berpantang. Kali ni tak celebrate birthday di hospital macam tahun lepas, tapi ajak hubby makan di Restoren pujaan hati kami sekeluarga iaitu, Shid Seafood, Padang Jawa. Terima kasih kepada adik cashier yang rajin baca belog akak yang tak seberapa ni dan bagi diskaun malam tu. Tak sangka akak :) Malu pun ada..Rasa nak sorok muka:) Akak selalu puji sebab servis memang terbaik , kalau tak akak kutuk punya ! hahahaha


Ok , berbalik pada majlis rumah terbuka rumah saya. Maaf tak dapat undang semua. Maklumlah rumah pun bersaiz mini :) Lagipun tengah mengandung ni macam tak larat sangat, nasib baik ada Kak Long saya yang banyak tolong. Kalau tak, entah dapat makan ke tidak. Malam sebelum majlis dah ready bahan-bahan , tinggal lebur ajer esoknya. Jom intai-intai menu dulu :)

Ayam Masak Merah + Nasi Putih (Tak snap :p)


Sambal Belacan Mempelam Muda


Acar mentah timun dan lobak merah

Nasi himpit ni rebus sendiri tapi sate dan kuah kacang tempah siap-siap dengan Sate kajang Samuri @ PKNS Shah Alam


Menu istimewa, Laksa Lemak Putih Terengganu

Ni beli siap-siap kat pasar seksyen 6, Shah Alam

Ulam-ulaman yang ada :) Nampak belacan yang dipotong-potong kecil tu, ada berani ?

Ni semua makanan lah kiranya... Penuh jugak satu meja :)

 My little helper, sedang susun sudu dan garfu.

 Tetamu pertama yang hadir , Aida dan suami. Terima kasih :)

 Ni kak ray dan adiknya :) tetamu kedua..

Blogger frenz yang hadir, Rumiza.

Elyani sekeluarga
 My second big boss, en husain sekeluarga tapi tak tersnap pulak satu family.

 Antara kawan my hubby yang hadir.

Lepas tu, kamera dah tak sempat nak pegang sebab tetamu datang berganti-ganti gitu. Terima kasih kepada semua yang hadir. Last tetamu yang balik adalah pukul 10.45 malam.Saya harap semua berpuas hati dengan layanan dan makanan yang disediakan. Harap-harap tak der yang sakit perut.hehehe


 My Nuha sempat jugak tiup lilin hari jadinya. Berapa kali nak sambut ntah.hehehehe

 Kek Angry Bird kini boleh didapati di King's Confectionary  tau :) Yang macam ni RM 65 sekilo tapi ada voucher jadi RM55 ajer.

Terima kasih kepada semua yang bagi hadiah hari lahir kat my Nuha. Tak tahu dah siapa yang bagi hadiahnya. Bila tanya dia , dia cakap auntie lain. Auntie biasa tu jiran sebelah rumah. Aduhai...Pening kepala den :p

Yang ni dia suka sangat , sebab buku warna princess dan siap ada sticker.  Eb ker yang bagi ni ??Eb, nanti share gambar yer :)

Ni baju yang dia suka jugak, hari ni siap pakai pergi taska,tak sempat nak basuh dah :)
Ni siapa bagi yer ? Tak perasan langsung siapa yang bagi !



 Tahun ni korang buat tak rumah terbuka raya ?





Thursday, September 06, 2012

Scan 17 Minggu,Pedih Hulu Hati dan 30 Tahun Hari ni

Masuk minggu ni jer, saya dah start-start sakit hulu hati. Rasanya masa mengandungkan nuha dulu, hujung-hujung baru kena. Bila checkup hari Selasa lepas, terus tanya doktor then doktor cakap setiap kehamilan memang berbeza.So, kira normal la kalau kena awal ker lewat ker. Ada terbaca jugak pasal pedih hulu hati sebelum jumpa doktor.Pedih Ulu Hati Semasa Hamil. Banyak rupanya kena pantang makan .Masam-masam manis-manis tak boleh.Pedas tak boleh, berempah tak boleh, panas tak boleh. Habis apa nya yang boleh? Rebus-rebus jer laa nampaknya yer :p Banyak betul dugaan mengandung kali ni.


 Jom la tengok gambar scan. Masa ni baby tidur. Kenapa la asyik tidur jer dik ;p Tapi ada jugak gerak manja-manja gitu. Masih tak rasa pergerakan kat perut.Kecik lagi doktor kata.baru 197 gram.

Baby Alhamdulillah memang mengikut usianya (17 wks)  tapi berat saya tidak berganjak. Magis sungguh ! Mungkin penangan muntah semasa berpuasa hari tu dan tak boleh nak telan banyak makanan masa berbuka Berat saya maintain 71.5 KG.

Gaviscon adalah selamat untuk ibu hamil. Alhamdulillah, sejak ada ahli bomba dalam tekak (iklan gaviscon)  , dah tak pedih hulu hati even hari ni makan nasi himpit, kuah lodeh dan kuah kacang yang super pedas.


 Punya besar vitamin yang saya dapat kali ni . Yang ni doktor cakap sekali dengan fish oil. Nak termuntah makan sebab besar sangat saiznya ;p

Bil kali ni RM463.04. Menangis kalau kena bayar sendiri ! 
Kali ni mahal sket dari biasa sebab kena buat ujian darah !

Hari ni adalah birthday saya yang ke 30 tahun. Wow dah masuk 3 series. Terima kasih Dato' Prof Ir Dr Sahol Hamid Abu Bakar sebab antara yang paling awal wish birthday saya sebelum my hubby  ( tapi saya tak ingat pun sebab mamai :p ). Tapi Dato' saya tak kecik hati sebab saya tahu, hanya agent dari sistem yang dibangunkan oleh Puan Niza kancilbiru yang hantar bukan Dato'. hahahaha


Siapa birthday sama dengan saya hari ni angkat tangan ?Ada cadangan hadiah menarik untuk saya tak ? 

p/s:

Saya cuma minta hadiah romantic dinner di fraser hill ajer dari hubby, entah jadi kenyataan atau khayalan :p



Wednesday, September 05, 2012

Air mineral botol yang paling mahal pernah beli?

Semalam ada rutin bulanan di DEMC macam biasa. Tu cerita esok la. Hari ni malas nak cerita panjang-panjang just nak tayang air mineral yang saya beli di myNews.com @ DEMC semalam. Sebab dahaga sangat, masuk-masuk terus cari air mineral. Amik satu botol letak kat kaunter.



 Ni la rupa air mineral tu. Air mineral jenama evian (500ml). Dari pergunungan Alps gitu katanya. (ada tulis kat botol ;p) Cuba teka berapa harganya ?? Skroll down :)




-














-

















-
















-














-




-


















-
















-
















-














-













-

RM5.70 tau ! hahahaha

Korang pernah beli air mineral jenama ni dengan harga lagi mahal atau jenama lain yang mahal lagi ?

p/s:

Sebenarnya cashier tu dah cakap, "Kak,  air mineral ni mahal, RM 5.70 "  tapi segan pulak nak letak balik kan dah ambil.hahahaha . Lagipun satu tu jer jenama air mineral yang ada kat situ ! Pandai yer korang !

p/s: 

Edisi Less Words di elissmie.com :p




 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)