Tuesday, February 14, 2012

Baucer Buku 1 Malaysia, boleh beli apa yer?

Korang dapat ker Baucer Buku 1 Malaysia ? Semestinya yang muda belia bergelar pelajar tu dapat lah kan. Yang tua bangka pun dapat dengan syarat sedang sedang melanjutkan pengajian di pusat matrikulasi/ tingkatan 6/ Politeknik/ institusi pengajian tinggi dalam bidang diploma, diploma lanjutan, ijazah, sarjana dan doktor falsafah pada Januari 2012. Baucar ini sah diguna pakai selama 3 bulan sahaja iaitu 1 Januari
sehingga 31 Mac 2012.

Baucer ini adalah untuk pembelian buku - buku akademik, jurnal, majalah ilmiah dan peralatan pembelajaran berdasarkan keperluan IPT masing-masing. sumber : sini




Bagi pelajar UiTM, boleh dapatkan baucer buku korang kat sini.

Terima kasih kepada Puan KancilBiru sebab memberi tempias merasa penggunaan Baucer Buku 1 Malaysia.Kitorang bukannya pergi Popular atau MPH tapi koperasi buku UiTM ajer. Kat situ boleh beli apa sahaja korang nak kecuali top up. Apa yang me beli ?



Majalah jelita kau. Kalau tak jelita lepas ni tak tahulah ;p Motif utama beli sebab nak dapat FREE Lux body wash tu. Kelakar btol. Agaknya Puan KancilBiru dah selamat bawak pergi Port Dickson semalam ;p Dia AJK konferensi, seminggu kat sana. Syok btol !


Dalam jelita ni ada 2 segmen untuk blogger rupanya. Baru me tahu. Me tak layan majalah ni sebab me rasa, majalah Jelita untuk kaum ibu, my Ma rajin baca dulu. Patutlah my Ma Jelita ajer sampai skang. Ini rahsianya ;p




Segmen Blogger Fesyen. Isu kali ni semangat vintaj dan retro. Boleh la jengil2 biji mata nak tengok blog korang ada ker tak yer.



Yang ni Cef Blogger , Isu kali ni pasal cef blogger di perantauan . Me pun baca blog SWEET V@NiLL@ tu tapi as a silent reader  :p


Korang kena tak tempias baucer buku 1 Malaysia tu ? Kalau tak nak guna, bak sini me perabiskan ;p



Monday, February 13, 2012

Rumah ada kolam renang, siapa suka?

Seronokkan kalau kita ada kolam renang sendiri kat rumah ? Bersantai di kolam renang bersama keluarga dihujung minggu. Wah macam bercuti kat Grand Lexis Port Dickson (dulu nama dia The Legend International Water Homes) lah pulak kan ada kolam persendirian gitu.



Akhirnya tercapai jugak cita-cita me, nak ada kolam renang kat rumah. Biasa kolam renang ni dikaitkan dengan perumahan elit sahaja kan ? Tapi golongan bawahan pun mampu memiliki kolam renang di rumah jugak tau. Kolam renang rumah me cuma 4 kaki sahaja. Kosnya cuma RM 9.99. 






Dah register Milkadeal? Promosi barangan sehingga potongan 90% Klik sini untuk Register PERCUMA !!! 



Inilah kolam yang dimaksudkan :) Gigihkan my hubby tengah buat preparation untuk buat kolam renang kat rumah tu sambil diperhatikan oleh my Nuha yang dah tak sabar nak terjun kolam siap swimsuit bagai :) Foot pum tu cuma RM 4.99.
Dan kos untuk memiliki kolam renang kat rumah me tu cuma  
Total =  RM 14.98. Berbaloi-baloi kan ?


Jom la layan aktiviti my Nuha dihujung minggu :) Anak seronok kita bahagia bukan  :) 








Aksi Model Baju Renang Ogival yang lain boleh lihat sini :http://elissmiejunior.blogspot.com/2012/02/nuha-bilamodel-baju-renang.html


Rumah korang ada kolam renang ker?


Friday, February 10, 2012

Korang dah ada ker duit syiling baru ?

Saja nak menjakun kan diri. Rasanya semua pun dah ada duit syiling baru kan. Masa me pergi speedmart hari tu, me tengok banyak betul syiling baru kat dalam peti cashier tu tapi bila dia pulang baki tak dibaginya yang baru tu . Yang lucunya, ada pelanggan sebelum me tu siap mintak lagi baki duit baru dari cashier tu.

Sekarang me baru ada 2 keping, memang sayang nak guna tu. Hati-hati ajer keluarkan syiling takut terbagi syiling baru. Mau me kata tak der syiling bila syiling lama dah habis dalam purse ni.Ada Syiling 50 & 20 dalam simpanan me.

 
 Pandangan Hadapan




 Pandangan Belakang



Memang berbeza betul saiz mereka berdua dari yang lama yer :p


p/s:

Design bunga raya masih dikekalkan di bahagian depan tapi , bahagian belakang dah berbeza. Sudah tiada lagi wau dan tepak sireh kebanggan orang melayu . 


Korang dah ada ker duit syiling baru ? Bila lah pulak nak dapat wang kertas baru yer ?
p/s:

Teringin wang kertas RM20 sebab ada lambang penyu. Penyu= Terengganu ;p

p/s:
Saham Akhirat - Derma untuk pembinaan Surau Presint Inang, Bukit Raja
Bank Muamalat Jawatankuasa Pembinaan Surau Presint Inang - 12040002833710

Jam Dinding untuk wall deco ini boleh didapati di sini [ klik laju-laju]
Basuh kereta di Tip Top Spa Auto Service, Seksyen 7, Shah Alam. [ klik laju-laju]
Baju kurung cotton, polka dot pun ada, klik sini. [ klik laju-laju]


Thursday, February 09, 2012

Pentingnya melabel kotak untuk simpanan di stor

Kali ini bertemu kembali dalam episod deko di elissmie. Hari ni tak ajar mendeko tapi nak bagitahu kat korang betapa pentingnya melabel kotak untuk simpanan di stor. Biasanya tak kesemua kotak barang dari rumah lama kita bukak kan? Ada sesetengah tu memang kotak baju-baju lama,barang-barang anak yang lama atau masa bayi dulu dan segala macam la. Dan mungkin barang-barang tu akan diperlukan lagi kemudian hari.


Sebenarnya memang me melabel semua kotak semasa berpindah tempoh hari. Tapi setelah dah kemas barang-barang yang nak digunakan, me simpan balik barang-barang yang tak diperlukan ke dalam kotak yang boleh muat bawah katil tapi ada sesetengah kotak me lupa nak label kembali. Memang sengaja beli katil di bilik tetamu jenis yang ada ruang kat bawah  sebab rumah tak der stor lah katakan .

Yang menjadi kelam kabutnya, last week cikgu taska my Nuha suh bawak 2 batang bunga telur dan pakaikan dia baju kurung untuk hari ini sempena Majlis Maulidur Rasul. Dah la baju kurung tu memang me simpan dah dalam kotak dan bunga telur lebihan kenduri adik me dulu pun me simpan dalam kotak yang lupa untuk dilabelkan. Jenuhlah mencari dua benda tu. Tapi akhirnya, jumpa jugak :) Alhamdulillah.





 p/s:

My Nuha pagi tadi dengan berbaju kurung dan 2 batang bunga telur :)


 

Anjung Streamyx, Will Brings The World To You...

* This is sticky note entry. Sila skroll kebawah untuk entry yang terbaru  :) Advertise here? 

Do you have internet access at your home or at least at your office ? I think most of us, connect to the internet at least once a day. From my observation by looking at teenager nowadays , especially people around me including my niece or cousin , most probably 24/ 7 with the internet !Is it right?

 If you still don't have internet access , why don't you spend your precious time to read this post .Maybe this post is valuable for you and your family . Anjung Streamyx, Will Brings The World To You...

Anjung Streamyx, is one of Telekom Malaysia (TM) Authorized Reseller for TM product such as below. As an Authorized Reseller of TM, they can help you apply for any packages with zero hassle. All you need to do is fill up the ONLINE REGISTRATION form in the respective product pages and they will take of the rest for you.(Click on icon below for register online )

Packages for Home Users

 

Packages for Companies

 



Promotion @ Anjung Streamyx Now  !!! Don't Miss Out !



GREAT NEWS! TM is now offering free installation if you subscribe to any UNIFI package today!
SIGN UP FOR UNIFI AND SAVE RM200 WITH TM UNIFI FREE INSTALLATION PROMOTION & DEVICES Worth RM1000.



TRANSFORM YOUR HOME WITH Streamyx BLOCKBUSTER DEALS. GET IT TODAY! ZERO ENTRY COST for All Blockbuster DEALS.
      - FREE RM75 activation fee & RM88 installation fee

BLOCKBUSTER DEALS  384 Kbps (RM60/month)
* FREE WiFi Modem

* FREE TM Wifi's id

* FLAT RATE 25sen/min to all mobile and other fixed line nationwide. 

BLOCKBUSTER DEALS 512  Kbps (RM90/month)
* FREE WiFi Modem

* FREE TM Wifi's id

* FLAT RATE 25sen/min to all mobile and other fixed line nationwide.

BLOCKBUSTER DEALS 1 Mbps
  (RM110/month)
* FREE WiFi Modem

* FREE TM Wifi's id
* FREE Cordless phone
* Free calls to TM Fixed Line nationwide
* FLAT RATE 10sen/min to all mobile and other fixed line nationwide.


BLOCKBUSTER DEALS 2 Mbps (RM130/month)
* FREE WiFi Modem
 
* FREE TM Wifi's id
* FREE Cordless phone
* Free calls to TM Fixed Line nationwide
* FLAT RATE 10sen/min to all mobile and other fixed line nationwide.
 

BLOCKBUSTER DEALS 4 Mbps (RM140/month)
* FREE WiFi Modem

* FREE TM Wifi's id
*FREE Cordless phone
* Free calls to TM Fixed Line nationwide
* FLAT RATE 10sen/min to all mobile and other fixed line nationwide.



Why you need to register online your internet with Anjung Streamyx ?

Authorised Reseller
Perlindungan Privasi
Operasi 24 jam seminggu
Perkhidmatan Seluruh Malaysia



Anjung Streamyx also provides Tutorial and blog post to give you more information about the latest technologies or internet promotion packages  . Click here to view all the tutorials provided.

The most interesting Tutorial is - How To Register Your Internet With them as below


Click for enlargement. [ Source : here]


If you have any enquiries and need more information , please do not hesitate to contact them personally :-

Blog : http://anjungstreamyx.com/hubungi-kami
Email: blogrekastudio[at]gmail.com 
YM: blogreka
Twitter: blogreka_team
Facebook: Anjung Streamyx 
Telephone No. : 012 3314215 / 019 3654538


Which Internet Service Provider you use at home ? 

 p/s:
My Nuha | Aku Bukan Chef

Wednesday, February 08, 2012

Pekena Naan Cheese @ Restoren Hakim Seksyen 7 Shah Alam

Hari ni mood kelaut. Cuti 4 hari lemau.Hari cuti banyak dihabiskan kat rumah . Ada jugak keluar sebab menemani my hubby jelajah kedai motor area Shah Alam, Klang dan Bukit Kemuning.Dah la banyak kedai tutup sebab cuti kecuali ownernya adalah berbangsa cina. Selagi tak dapat jaket dan kasut idaman. Aduhai ! Jumpa jaket akhirnya tapi masih tak berpuashati. Jelajah lagi lah kita ke Kuala Lumpur pulak yer.

JJCM di elissmie hari ni nak pekena makanan ringan-ringan ajer .Sebenarnya, sudah pekena nasi kenduri petang sebelum  tu so malam just nak makan ringan ajer lah. Jom la pekena  Naan Cheese @ Restoren Hakim Seksyen 7 Shah Alam. Kali ni kurang sket cheesenya berbanding pertama kali mencubanya . Kalau dilebihkan cheese tu memang syok habis lah. Kena pulak dengan Teh Tarik panas-panas memang terangkat :)




Korang suka ker makan roti Naan ?



Friday, February 03, 2012

Kesalahan Trafik Paling Biasa Di Musim Perayaan | Guna Lorong Kecemasan

Hari ni hari terakhir kerja minggu ni. Hari ni mungkin ramai yang balik kampung atau memang dah ada kat kampung agaknya kan ? Maklumlah lebih kurang CNY hari tu jugak panjang cutinya. [Me duduk ajer diam-diam kat rumah cuti ni ;p ] Hari tu kami sekeluarga pulang ke Terengganu hari Sabtu. Keluar masa tu dalam pukul 3 petang tak silap. Pukul 11 malam baru sampai di rumah my MIL.Gila lama duk dalam kereta.


Hampir tidak bergerak !


Dalam melayani trafik jam tu, me snap lah gambar kan. Nak tunjuk kat korang betapa ramainya umat manusia nak balik beraya cina :p Tapi yang tak cina ni pun tumpang sekaki lah. . Kalau deepavali 2 hari pun rasanya ramai jugak yang melayu ni sibuk sekali nak balik kampung kan? Kata 1 Malaysia. 

Ni nak tunjuk kat korang gambar-gambar pesalah trafik Paling Biasa Di Musim Perayaan iaitu dengan selamba kodoknya menggunakan Lorong Kecemasan. Kalaulah betul-betul kecemasan sedang berlaku, what say you?

Bukan 1 atau 2 malah berpuluh-puluh kenderaan . Tak kuasa me nak amik semua. Ni me amik dalam lebih kurang 15 minit jer kot. Yang berlaku depan mata me. Yang belakang mata tak tahu lah kan. Bila ada polis mulalah nak masuk balik ke laluan biasa. Tu yang buatkan makin jam teruk tu. Haishhhh !


 1) Proton Iswara

2) Toyota Camry kot

 3) Exora eh? Entah



4) Si Kancil pun, bukan Kancilbiru yer :)


5) BMW eh?

6) Proton Waja



7) Toyota Hilux


8) MPV apa ntah..


9) Toyota Camry jugak kot




10) Lori tanker pun ?


11) Proton Wira

p/s:

Tu antara 11 pelaku pesalah trafik . Yang me tak snap dan tak sempat snap pun banyak lagi tau.


Korang pernah guna ke Lorong Kecemasan untuk memotong ??


Selamat menyambut Maulidur Rasul - Mari mengimarahkan masjid kita !!

Nabi selawat 1000 kali sehari, korang ?

p/s:
Saham Akhirat - Derma untuk pembinaan Surau Presint Inang, Bukit Raja
Bank Muamalat Jkuasa Pembinaan Surau Presint Inang - 12040002833710


Jam Dinding untuk wall deco ini boleh didapati di sini [ klik laju-laju]
Basuh kereta di Tip Top Spa Auto Service, Seksyen 7, Shah Alam. [ klik laju-laju]
Baju kurung cotton, polka dot pun ada, klik sini. [ klik laju-laju]


Thursday, February 02, 2012

Menunggu Makanan Sejam Lebih @ Papa Seafood , Jeram

Episod jalan-jalan di elissmie kali ni pergi menapak lebih jauh lagi.Tapi dekat sket lah dari JJCM @ Terengganu tempoh hari. Sebenarnya JJCM kali ini adalah dorongan kuat dari entry ini. Kami pergi berlima sebab bawak Long & Kak Long. Hajat di hati memang nak merasa ikan bakar Aroma Ikan Bakar, Jeram , Kuala Selangor tapi bila dah sampai sana melihat lautan manusia memang tak sanggup nak menunggunya. Dah la kami kesana main redah ajer . GPS pulak tak der signal tetiba.Lebih kurang setengah jam dari rumah me. Mungkin kitorang patut datang tengah hari kot . Tak per, weekend ni kita redah lagi :)


Lantas, kami seterusnya mencari kedai makan lain yang kurang orang. Akhirnya terjumpa lah Papa Seafood.Terletak kat betul-betul di jalan utama. Selepas simpang masuk ke Pantai Jeram. Masuk-masuk ajer pilih ikan, sekali ikan tak banyak pilihan cuma ada ikan bawal ajer. Terkubur ajer lah nak makan ikan bakar sebab kat situ tak der buat ikan bakar. Hampeh. Geram !! Arghhhhhhhhhhh. Over maks ;p  Dah la sotong pun habis.Baik tak yah letak nama Papa Seafood.Oh mungkin , Papa = Miskin. Miskin Seafood kekdahnya.Lepas tu kami order jer lah apa yang ada tu.


Mode redha ajer lah kan. Itu tak per lagi. Perut dah lapar ni. Kami sampai sana dalam pukul 9 tak silap. My Nuha mula bising lah cakap lambat sebab dia dah lapar. Lepas tu kitorang mintak nasi putih dan sup kosong untuk dia dulu :p Dalam sejam lebih menunggu sampai my hubby sempat solat kat surau yang disediakanlah. Seb baik la ada jugak hiburan, bebudak sekolah agama duk menasyid kat situ sambil kutip derma. Ada jugak halwa telinga.hehehe


Cakap banyak pun tak guna. Setelah sejam lebih menunggu, akhirnya , makanan yang diorder sudah tiba. Ramai yang bermuka cencurut pada malam tersebut sebab memang standard me rasa kedai ni, sejam lebih baru makanan sampai.Tapi nasib baik makanan semua sedap atau [kami yang lapar ] dan boleh lah bagi  4/5 bintang. Servis memang tidak memuaskanlah. Layak bagi 0/ 5 bintang.





Ikan Bawal Masak 3 rasa & Ikan Bawal Masak Masam Manis [Tak terambil gambar ;p]



Burung Puyuh Goreng



Lala goreng pedas


Sayur campur


Total : RM90++ untuk 5 orang makan. 


p/s: 
Me siap tanya cashier tu, macam ni ke selalu kena menunggu sampai sejam lebih.

"Kalau datang serentak lambat lah kak " jawab cashier itu tanpa menunjukkan riak rasa bersalah .

So korang semua sila jangan datang serentak..kah kah kah. Sila buat jadual yer :p

Korang pernah ke ada pengalaman macam ni ? Servis lambat dan lembab?


Awasi Suspek Ini


p/s:


Khidmat Masyarakat dibawakan oleh elissmie.com




Wednesday, February 01, 2012

Korang dah bayar Bil Perkhidmatan Pembetungan IWK ? 27 Sen sehari sahaja.

Selama me duduk kat Selangor ni, kiranya semalamlah first time me bayar Bil Perkhidmatan Pembetungan IWK sebabnya dulu duduk menyewa owner yang bayarkan. Dah duduk rumah sendiri, so kena bayar lah sendiri yer dak.



Murah ajer nak kena bayarnya cuma 27 ¢ sehari dan 2 kali ajer setahun kena bayar .Sebab bilnya datang 2 kali setahun.So semalam jumlahnya adalah RM 48. Untuk kemudahan korang, pembayaran bil pembetungan boleh dijelaskan ditempat-tempat berikut [klik sini]  Bayar online pun boleh . Me bayar di pejabat pos sahaja sebab bawah ofiz me ni ajer.

p/s:

Kenapa yer ramai orang liat nak membayar bil ni. Padahal kalau bil lain berdesup ajer membayarnya. hurmm..Tak kasi buang air besar baru tahu seksa ;p


pic credit to : here

p/s:

Me tak tukar lagi nama pada bil IWK ni. Kena faks  S& P kat diorang ajer tapi malas nak membuatnya . Padahal caj percuma ajer. Bil -bil lain pun tak tukar jugak ni kecuali Celcom Broadband dan Astro.


Korang dah bayar ker Bil Pembetungan IWK ? Jangan kena tindakan mahkamah sudahlah yer :)

p/s:

Selamat Hari Wilayah bagi yang sakan bercuti tu :p 


Tuesday, January 31, 2012

Photobook Pertama Dari Phototalkz , kualiti macam mana?

Masih ingatkan tentang Photobook yang me gembar gemburkan dalam entry ini. Akhirnya setelah menunggu sekian lama, sebab email yang me hantar ke pihak Phototalkz masuk dalam spam ;p Selepas seminggu menunggu hasilnya, semalam ianya selamat tiba di meja me :) Alhamdulillah. 

 Jom la tengok hasil karya photobook me tu yang me design seratus peratus tapi sayang jugak sebab gambar bukannya dari DSLR kan so kualiti gambar tidak berapa memuaskan lah. Itu salah me bukan Phototalkz ok, sebab software dari Phototalkz dah warning siap-siap kalo gambar yang kita masukkan tu kurang berkualiti dan mintak kita tukar tapi me tak der banyak pilihan.



Muka hadapan (Hard cover)




Muka belakang (Hard cover )



Ni yang kat tengah-tengah.


Ada lagi 37 pages yang me tak tayang kat sini . Takkan nak tayang semua kot. hahaha. Tapi memang hasilnya amat memuaskan hati me lah. Lenkali kalo ada promosi mesti me rembat lagi. Kalo harga asal tu macam tak mampu me miliki lah [kedekut :p]

Berminat ker ? So, kalau tak nak ketinggalan offer yang menarik, cepat-cepat Register MilkAdeal percuma disini. [klik laju-laju]




 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)