Wednesday, March 16, 2011

Siti Sifir's Share-Out Space

* This is sticky note entry for one day. Sila skroll kebawah untuk entry yang lebih meletop dan sexy :) Advertise here?
Hari ni, mari kita berkenalan dengan Siti Sifir's Share-Out Space . Korang dah pernah baca blog ni ? Kalau belum pernah baca, silalah klik dengan laju-laju  http://sitisifir10.blogspot.com/

Ikuti temubual eksklusif dengan pemilik belog http://sitisifir10.blogspot.com/ ..Jawapan tidak diedit dan ditokok tambah yer :) Jom kita terjah !! Macam Abang rambut ketak pulak :p



1) Bilakah anda start blogging ?

Sebenarnya saya tidak bermula dengan blog. Sebelum ada blog dulu saya menulis di forum2 dan mailing list. Tapi dengan blog sitisifir10 ni saya bermula pada Julai 2006 dan sekarang dah hampir 1000 entry saya (saya dah delete entry contest yang tidak ilmiah)

2) Perkenalkan diri dan blog anda

Saya adalah ibu beranak 5 (buat masa ni) dan masih tidak berhasrat untuk berhenti beranak :P namun saya telah menanam tekad selepas kelahiran Arwa dan Ahmadi, saya memberikan mereka dengan susu ibu sepenuhnya. Blog ini saya tulis atas dasar minat menulis dan berkongsi. Tanpa rasa ingin berkongsi seseorang tu mustahil untuk menulis blog secara terbuka. Keseluruhannya, blog ni saya letakkan topik2 yang sesuai dengan kehidupan dan bagi saya kehidupan itu sendiri adalah sifir.

3) Biasanya, apa yang anda blog kan?

Sejak akhir-akhir ini topik saya menjurus kepada topik keibuan, kekeluargaan dan perkara-perakara yang melingkari sekelilingnya.

4) Antara entry yang paling bermakna buat anda

Ada banyak tapi ni satu yang saya kira berjaya membuatkan ramai orang memberi respon dan saya rasa seronok melakukannya :
http://sitisifir10.blogspot.com/2009/11/project-mega-blogger-care-for-kakyong.html

5) Siapa yang memberi inspirasi untuk anda berblogging?

Kehidupan, suami dan anak-anak :)

6) Berapa unique visitors setiap hari blog anda.

Berdasarkan kepada Shinystat :
Daily average Visits104    (mon-fri): 116    (sat-sun): 71

Habis tinggi jumlah unik visitor yang berjaya saya capai sebulan yang lepas adalah 209 sahaja :)


7) Pendapat anda tentang blog elissmie.com

Saya paling minat dengan susunatur widget dalam elissmie.com. Saya puji betullah sebab Eliss pandai bermain dengan html dan elissmie.com sangat kemas sekali. Dari segi pengisian juga cukup baik tapi jika Eliss terima sedikit teguran ni saya akan lebih tabik lagi. Saya rasa adalah lebih mesra jika Eliss menukarkan kata ganti diri 'aku' dengan sesuatu yang lain :) Tapi itu pandangan peribadi saya sahaja :)

p/s:

Kenapa aku guna "aku" dalam penulisan di belog ini. Sebab ianya bermula sebagai diari tapi akhirnya dah caca merba pulak konsepnya :p dan ramai orang baca pulak tu :p Lagi satu kalau guna aku, rasa lebih dekat dengan pembaca..Macam kita dengan tuhan, kita bahasakan diri kita aku kan ..Eliss tak kan cakap aku dengan orang yang tak dikenali dan tak mesra...Kecuali orang tua la :p Bahasakan diri eliss :p

Apapun, terima kasih untuk teguran tersebut :)


Antara entry yang paling eliss suka untuk dikongsikan dengan korang adalah :









p/s:

Siti Sifir's Share-Out Space adalah penaja contest Pencarian Si Cilik Bergaya @ Elissmie.Com
 
KLIK SINI untuk join yer :) 
 
Mana tahu korang boleh dapat kain cotton tersebut buat baju raya terus kan :) 



Ada tak sesiapa berminat nak mengiklankan diri, blog peribadi  atau blog bisnes serendah  
RM 3/Sebulan dengan belog aku disidebar ? Terendah dipasaran. Tak dapat kat belog lain punya . Tiada Banner? Boleh aku designkan  sekali siap animation seperti contoh kat sini .


Tuesday, March 15, 2011

Kenapa tahun depan baru botol tanpa BPA FREE kena haram ?

Botol Susu Bayi Polikarbonat Diharamkan Mulai 1 Mac 2012

Berkuatkuasa 1 Mac 2012, kerajaan mengharamkan penjualan botol susu bayi polikarbonat yang mengandungi Bisphenol A, BPA.

Menurut Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, pengharaman itu diputuskan jemaah menteri pada 2 Mac lalu sebagai langkah berjaga-jaga.

Menurutnya, sehingga kini tiada bukti saintifik yang kukuh menunjukkan botol susu itu adalah selamat untuk digunakan golongan berisiko tinggi terutamanya bayi dan kanak-kanak.

Kerajaan memberi tempoh satu tahun untuk memastikan tindakan pengharaman itu dilaksanakan dengan lancar secara berperingkat.

Menurut laporan, polikarbonat adalah plastik yang digunakan dalam pembuatan botol susu bayi dan 'Bisphenol A' ialah bahan kimia industri yang ditambah dalam botol susu bayi polikarbonat untuk menjadikannya keras dan lutsinar.- sumber

** Tindakan pengharaman ini akan dilaksanakan secara berperingkat dan pihak industri diberi tempoh masa satu (1) tahun untuk membuat persediaan bagi keperluan pertukaran atau pembelian mesin dan penggunaan bahan mentah yang sesuai.

PANDUAN PENGGUNAAN BOTOL SUSU BAYI POLIKARBONAT

a) Kenalpasti Botol Susu Bayi Polikarbonat

Botol susu bayi polikarbonat bersifat keras dan lutsinar di mana ianya mengandungi Bisphenol A (BPA). Botol susu ini boleh dikenalpasti melalui kod identifikasi plastik yang biasa didapati di bawah botol susu bayi seperti berikut:


Botol susu bayi yang bebas BPA biasanya dilabelkan dengan perkataan ‘BPA free’ atau bebas BPA.


p/s:

Botol yang my Nuha guna adalah dari jenama Pureen - BPA FREE .Harganya tak silap tak sampai pun RM10.

Produk lain yang BPA FREE adalah seperti berikut :-


Anakku -green together , credit : here  
NUK




Korang ada lagi jenama botol BPA Free nak ditambah disini??
 Boleh aku updatekan untuk kepentingan bersama..


b) Pengendalian Botol Susu Bayi Polikarbonat

1) Steril botol susu bayi polikarbonat mengikut arahan pengendalian yang terdapat pada label atau yang diberikan oleh pengeluar sekiranya ada. Jika tiada, pengguna perlu merendam botol susu bayi polikarbonat dalam air yang mendidih selama 5 hingga 10 minit.

2) Elakkan menggunakan air panas secara terus dalam botol susu bayi polikarbonat untuk membancuh susu.

3) Guna peralatan mencuci botol susu yang sesuai seperti span dan berus yang lembut bagi mengelakkan permukaan dalam menjadi rosak dan bercalar.

4) Sentiasa periksa permukaan dalam botol susu dan sekiranya terdapat kesan calar atau rosak, botol susu perlu diganti. Sekiranya tiada kerosakan, botol susu perlu diganti setiap 6 bulan.

Namun, pengguna juga boleh membuat pilihan awal dengan menukarkan penggunaan botol susu bayi polikarbonat kepada botol susu bayi yang bebas BPA mengikut kemampuan masing-masing. Terdapat pelbagai alternatif botol susu bayi di pasaran yang diperbuat daripada polypropylene (PP), polyethersulfone (PES), polyamides (PA), kaca dan lain-lain.


Maklumat lanjut :Sekiranya korang perlukan maklumat lanjut, hubungi Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan di talian 03-88833652/ 88833653/88833655 atau melayari laman web http://moh.gov.my/ atau http://fsq.moh.gov.my/.

p/s:

credit  :

Artikel yang aku kongsi ni yang diambil dari sini dan sini .

Monday, March 14, 2011

Minum Petang @ Zam Zam Arabic Food RM73.00 kau !!

Weekend hari tu, Long & Kak Long datang umah aku belah petang.So, kitorang keluar lah konon nak minum petang.Alas perut sebelum dinner kang.Memula, masuk Food Court Makan-makan @ Oasis Seksyen 9 tu.Terliur dah tengok stall jual Ramen Halal tu tapi Long pulak tak berkenan, so terjah lah Restoren Zam Zam Arabic Food nak pekena roti kot ada kan..

Sekali, belek-belek menu, tak faham satu apa pun makanan..Hehehe.So, kami bantai lah order apa yang menarik kan.Dah la pelayan dia tak reti cakap English sangat kot, Melayu lagi lah hancur :p Maklumlah orang Arab :p Long aku tanya dia roti, so dia tunjuk la menu roti yang ada :p

Meh la tengok apa yang kami order hari tu..Tengok bil dulu :p


The Menu

Fried Kubba @ RM15 .
Nampak macam cekodok :p Tapi dalam tu ada filing daging.


Baqlava @ RM 4, besar duit 50¢ ajer tu dan manis sangat :p
Rasa macam kuih lidah buaya atau gertas .


My hubby pilih menu selamat :p Chicken Mandy @ RM18

Roti lupa nak snap, Roti Arab then dicicah dengan dua jenis pencicah kat bawah ni.


Hummus @ RM8 Macam youghourt gitu rasa dia :p

Baba Ghannosh @RM10 .Yang ni rasanya sayur-sayuran gitu ..entah lah :p
Nampak macam sambal belacan pun ada..hahahaha

Tea with mint -pot @RM 8 + Nescafe-cup @RM5
Untung minum tea, sebab satu pot tu, 5-6 gelas kecik tu :p


Wajah pemilik belog harus ada lah kannnn :p

My Nuha depan Oasis 9


My Nuha with her Ayah Long


Deko @ Zam Zam Arabic Food

Venue : Zam Zam Arabic Food,
1, Jalan Tengku Kompleks oasis 9,
Ampuan Zabedah G/G, Seksyen 9
Depan Area Bebe's Home tu.
p/s:

Eh, wajah yang belanja tak masuk sini :p Thank You yer Sayang :) My hubby ler.Dia cakap, Arab yang jaga cashier tu a.k.a tokey tu pandai cakap Melayu, tapi slang Arab :) Bravo !!!


Korang dah pernah ker singgah sini ? Bagi aku lah, better pilih menu nasi lah, baru berbaloi2 makan kat sini..
p/s:

Lenkali nak try Ramen Halal pulak , sebelah ajer Zam Zam Arabic Food ni :p

Friday, March 11, 2011

ChurpChurp dah RM700 lebih..Biar betol ni !!

Bukan churpchurp aku lah :p Ni churpchurp blogger tersohor ni, saudara Eyriqazz ni hah :)


Tak caya..percayalah..
Mari aku nak cuba print skrin aku punya pulak ada berapa sen...Tengok boleh kalahkan dak saudara Eyriqazz kita ni :p


Bolehlah kan dari tiada :p



p/s:
  



Mata aku memberat, terkena panahan Nasi Bukhara Kambing Syed Seksyen 3 :p , kan Niza dan Aida kan..kan kan :p Akhirnya, tercapai jugak niat mu nak makan nasi itu kan :p



Thursday, March 10, 2011

Skim Rumah Pertama, untuk sektor swasta sahaja rupanya...

Korang dah tahu ker Skim Rumah Pertama tu apa?

Skim ini untuk golongan muda (bawah 35 tahun) untukmendapat pembiayaan sehingga 100% daripada bank-bank yang terlibat untuk membeli rumah pertama mereka yang berpendapatan kasar peminjam/pelanggan perseorangan tidak lebih daripada RM3,000 sebulan


Baru nak berangan nak beli rumah guna Skim Rumah Pertama tu :p Maklumlah belum lepas beli Rumah Pertama lagi ni memandangkan kelayakan aku sekarang adalah RM205K tapi melalui Skim Rumah Pertama, kelayakan tu sampai RM220K. Banyak sket pilihan kalo kelayakan sampai banyak tu :p
Dan aku telah membuat pengiraan melalui Home Loan Calculator Maybank dengan jumlah yang paling maksimum(RM220K) dan tempoh bayaran balik maksimum jugak (30 tahun) dan hasilnya adalah begini :-




Bulanan kena bayar RM1,361 paling maksimum lah..Kalo sorang ajer yang bekerja swasta, memang tak boleh lah nak apply skim ni sehingga harga maksimum sebabnya pembayaran balik bulanan pembiayaan berkenaan tidak lebih dari 1/3 pendapatan kasar orang tu iaitu RM1000. So, kena beli rumah yang harga RM200K ajerlah. Kalo nak aply suami isteri, kena dua-dua kerja dalam sektor swasta dan pendapatan kasar pasangan adalah RM3,300.

Agak-agak cukup ke nak makan erkkk dengan kehidupan yang serba mahal kat KL & sekitarnya ni :p Kalo kat kampung boleh lagi tahan-tahan kan.Aduhai...

Begitulah yang aku faham melalui Skim Rumah Pertama tu(correct me if i'm wrong :p) . Untuk maklumat lanjut korang boleh layari  Info Skim Rumah Pertamaku atau http://srp.com.my/





pic credit to : here





Korang dah beli ker Rumah Pertama ?
 
p/s:
 
Selagi belum rumah ni, selagi tu ada cerita pasal rumah dalam blog aku ni kan :p
 




Wednesday, March 09, 2011

E71, Sandal Baru, Cek Nuffnang , apa kaitannya ?

Ini entry menunjuk-nunjuk lah jugak...Tunjuk barang lah..Bukan menunjuk eksyen tu :p Weekend hari tu,lepas baking kek dengan penuh kasih sayang tu , hubby ajak keluar pegi beli telefon baru kat Plaza Alam Sentral ! Yeay !!



Aim Nokia C3 ...Yang kaler pink yer...Kaler lain tak mo yer tauke ...


Tipu ajer..Yang nak beli hp tu my hubby, bukan aku pun..Aku punya masih ok.Yang my hubby ni tahap nazak tak boleh dengar dah dan tiba-tiba blank.Boleh buat stok baling ke dinding masa stress dah..hahahaha.Tengok my hubby tengah khusyuk dengar explainantion dari tauke kedai hp.



Pilihan my hubby E71 sebab ada GPS, 3G dan Wifi.RM670 tak silap kot setelah tambah casing + tukar memori 8G.


Casing ni RM10 tak silap..

Lepas dah settle beli hp, hubby nak belanja aku beli sandal sebab sandal aku pandai pulak berlubang time-time ni kan..hehehe. Jumpa satu kedai, tanpa buang masa, terus sarung sana sini dan berkenan terus kat satu sandal ni..Apa lagi, amik terus lah.Dah ada orang nak bayarkan....


RM 49.90

Cantik takkk? Macam Eric Leong pulak :p



My Nuha pun sibuk nak tayang selipar dia jugak..
Dia panggil selipar dia, kepok -kepok..Bunyi dari selipar dia tu :p

p/s:

Cek kelima sudah tiba..BE ada satu jer duk bergdiks2 dlm akaun tu..Lambat lagi la nak boleh cash out :p


Tq Nuffnang..I Lebiu :p


child abuse




Tuesday, March 08, 2011

Akhirnya, kek coklat itu aku buat sendiri :)

Ni lebih kurang entry berlagak la..Berlagak kat Niza jer pun.Hahahaha.Sebab kami sama-sama beli tepung kek hari tu. Masa hari Ahad tu, tanya my hubby, nak keluar kemana-kemana tak.Dia kata, petang baru keluar..So, aku terus menjalankan misi tertunda yang mengambil masa hampir sejam tu :)

Since aku takder mixer ke haper, aku gunalah kaedah konvensional yer :p Penjual tepung tu cakap, telur kena pukul betul-betul sampai kembang.So, aku amik blender, aku masukkan telur dalam tu.Amik ko, kembang sungguh :) Lepas menyukat susu cair, minyak dan susu pekat masuk dalam tepung kek, apalagi..Kukus lah beb !! Sejam, aku cucuk dengan pisau..Dia keluar ok, tak der kotoran :p Makanya, masaklah kek kukus coklat aku dan hasilnya.....

Tadaaa...



Aku tak tahu nape dia bertompok gitu kat atas tu :p



Siap ada daun sop kat situ, untuk efek yang lebih dramatik..
Verangan macam deko kat hotel kan :p



Topping ni aku belasah ajer ikut anak tekak aku....
Double boiler guna coklat masakan + susu ideal + susu manis+butter sket  :)
p/s:

Kepada yang tak datang semalam, tak dapat lah merasa kek buatan tangan aku...hehehehe

p/s:

hari raya nanti, boleh lah baking kek sendiri erk...hahahahaha

p/s:

masih mode berganti puasa..tinggal 5 hari lagi....huhuhuhu

p/s:

Selamat Hari Wanita buat yang bergelar wanita di seluruh dunia...Oh donea !!


Monday, March 07, 2011

Family Day 2011 buat aku hilang suara lah pulak...

Hari ni badan pun rasa letih lagi sebab cuti rasa macam tak cukup gitu.Memang rasa tak nak datang ofiz jer hari ni, tapi sebab sayang cuti, rela jugak gigih datang ofiz.Lagipun sedang berpuasa ganti, kalo duk rumah pun bosan jugak kan tak boleh buat apa..

Sekali bila datang ofiz, ramai betul yang EL hari ni termasuk boz :p Aku dah la bawak kek yang dibaking sendiri dengan penuh kasih sayang tu :p Itu entry lain..

Ok, nak cerita pasal family day sabtu lepas.Kami bertolak dari UiTM dengan bas lebih kurang jam 8.My hubby tak join sebab kerja.So, aku pergi berdua dengan my Nuha.Seb baik tak banyak ragam :p


Ni budak yang tak sabar-sabar naik bas...

Kul 9 lebih dah sampai di Impian Rimba Resort, Hulu banat..Eh,Hulu Langat..Disambut dengan kicauan burung dan alunan deruan sungai yang mengalir.Tipu :p Sampai-sampai, register dulu then breakfast.



Ucapan pembukaan oleh Pengarah ofiz aku lah..

My Nuha tak sabar nak mandi dah ni.Tapi ada acara sukan dulu kan, baru boleh mandi.


My Nuha aku sumbat masuk acara Lari Bawa Bola Ping Pong Dalam Sudu tapi dibantainya bawak sudu dan bola secara berasingan.Satu lagi lari kepit bola, tapi dia lari bawak bola..hehehe.Masa ni suara aku ada lagi, tapi dah start sakit tekak dah.Sekali esoknya, dah takder suara terus sampai hari ni.Gara-gara ,sokongan moral buat My Nuha.


Berbaloi, dapat hadiah jugak :p


 Ni satu-satu gambar aku dari camera aku !


Aku memang tak join apa-apa aktiviti..Malas :p Lagipun, nanti kalut pulak dengan my Nuha. Antara aktiviti sukaneka untuk dewasa ialah lari kaki tiga, isi air dalam betung dan tarik tali..


Tarikkk..Jangan tak tarik !!

 Lari jangan sampai tersungkur yer...



 Isi air dalam betung sampai lencun :)




Last sekali, aktiviti cabutan bertuah..Bertuah jugak hari tu..Itupun sebab memang semua orang dapat hadiah :p


Acara bebas adalah berendam dalam sungai lah pulak !! My nuha memang berendam tak hengat dunia siap tak nak naik tu :p Aku rasa dekat 1 jam lebih  jugak lah berendam dalam tu sampai kecut kaki tangan ..Gambar kami dalam air memang tadak, sebab tak der orang nak amik gambar.Mungkin dalam kamera orang lain :p


Bagi yang nak tidur kat situ pun boleh, ada kemudahan chalet disediakan..RM150-180 semalam. Ofiz aku sewa 2 chalet kat situ untuk kemudahan kami salin baju dan solat. Surau pun ada, luas lagi ...Memang best lah kat sini..

Overall, memang Family Day kali ni best sangat !! Rugi korang tak pergi...Dah la orang sponsor, of coz free kan.. (sepatutnya RM55 sekepala bagi dewasa dan RM33 bagi kanak-kanak (6-12tahun) Makan pun banyak kali, bfast, lunch dan siap ada BBQ gitu..


Untuk maklumat lanjut : http://impianrimba.com/main.htm


Friday, March 04, 2011

Coklat terbaik dari ladang katanya...

Ini entry tolong promote coklat sebab rasa sebiji coklat hari tu :p Patutnya kena bagi sekotak erk..hehehe Advertise here? Klik sini...

Niza, izinkan aku mencilok gambar dari entry hang no..sebab aku tak amik gambar pun :p Bagi penggemar coklat, meh beli coklat dari CTY'S CHOC , best sebab dia home made.Buatan tangan gitu kekdahnya.Siapa ada corak-corak lagi, susah nak dapat kat lain ni...




Kalo korang nak coklat yang sedap dan dijamin halal seratus percent, korang kena cubalah coklat ni...Dijamin sedap punya !!Dengan bahan-bahan berkualiti tinggi dan diadun dengan kasih sayang gitu cara-cara buat coklat ni..Seriyes aku cakap ko, sedapppp...Tak caya sudah, montot terbelah :p

Ok ini detailnya. CTYS CHOC Home Made.. Boleh dapatkannya sekarang, nak bagi kat suami ke, isteri ke, awek ke, boifren ke, kat aku ker..Silalah berhubung dengan nombor yang tertera kat bawah ni...

012-976 1271 / 010-277 5929



 
Coklat ni pun ada jual! Sesuai nak buat hantaran ker, door gift ker..sesuaiiiii sangat :)

Memang solid chocolate. Tebal betul. Puas makanlah pendek katanya. Tak rugi beli. Maklumat lanjut korang boleh terjah tuan punya belog Zilhandotcom... Dialah taukey coklatnya, mak dia buat,aku tumpang merasa sebiji...Thank you Zilhan!

 
Sedapnya...."Bak kata Kancilbiru"


Pic credit to : Kancilbiru.

 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)