Thursday, August 12, 2010

Alasan biasa jika tak mahu puasa?

Ok, mari kita segarkan mata yer kawan-kawan di pagi-pagi hari.Tamo tamo mengantuk dan jadikan puasa sebagai alasan .Hey, baru aku kedua you'all ! Ok, aku memang segar sebab baru sudah breakfast ! lalalala. Apa lalalala? Nak menggantikannya tu hazab ok.Aku start puasa masa umur 6 tahun.Penuh ok! Tapi yang heran tu, ada orang TUA yang selamba badak ajer ponteng puasa .Kenapa yer ? Mari kita terjah !
 
1) Gastrik memanjang - Agak-agak lah weh.Bulan lain aku rasa tak nampak pulak korang gastrik.Tetiba bulan Ramadhan yang ramai syaitonnirojjim kena ikat ni, ramai pulak kena gastrik..


2) Terlupa Niat - Tidak logik jugak yang satu ni sebab bukan kah kita biasa start ajer puasa niat puasa selama sebulan gitu.Alasan tak boleh diterima..tetttt ! 


“Nawaitu souma syahri ramadhana hazihissanati kullihi lillahi taala.”
Sahaja aku berpuasa untuk sebulan pada bulan Ramadhan kerana Allah Taala.

3)Tak terkejut sahur - Hello! Ko ni macam budak kecik lah, tertinggal sahur pun nak berkira ker.Yang ko melantak tak hengat masa berbuka tu, kira aci lah sekali sebagai sahur.hahahaha. Aku dulu masa kecik-kecik, mak aku terlupa nak kejutkan aku sahur, aku tetap gigih puasa tau! :)



4)Period - Ni alasan perempuan selalu guna.Agak-agak lah weh, takkan sebulan ko period ! Pelik bin ajaib lah tu kan mengalahkan orang bersalin. :p


Bagi yang nak beralasan tu rentikanlah :p Sudah-sudah lah buat perangai jahiliyah tu...Hidup ini pinjaman sahaja.Amik lah barakah pada bulan yang mulia ni.Setahun, cuma sebulan ni ajer..Please lah..Please...Macam ustzah pulak aku hari ni kan.Korang rasa perlukah kita beralasan untuk tidak puasa?

Untuk mengakhiri repekan berbisa aku pagi ni, marilah sama-sama kita sudahi dengan melihat menu berbuka tidak puasa aku semalam...Jeng jeng jeng..hahahaha.Sila tutup [x] browser anda pada belah kanan window anda  jika tidak tahan dugaan :p


Menu Berbuka #Day 1





Keji tak??Lariksss...

AkulahBathroomBlogger | My Nuha | My Hubby | Watermark For Free

Wednesday, August 11, 2010

CNY sinonim dengan Limau Mandarin, Ramadhan?

Mestilah Kurma kan :) Semalam, ada orang bagi buah kurma kepada semua staf bahagian aku.Yeay! Rezeki awal Ramadhan nampaknya.Tak perlu beli kurma.Baru teringat nak beli kurma yang glemer dengan suara yang menggiurkan dan menyeramkan tu.Yusof Taiyoob !Taiyoob ! Taiyoob ! Sila baca dengan nada sayup-sayup :p




siap wrap lagik tu :)


Alhamdulillah.Rezeki Ramadhan datang lagi.Dan, aku jugak menang tempat pertama gitu, Pemenang My Super Kids – Memoir Delights Giveaway
 2x digitized fridge magnets from Memoire Delight . Gambar dah bagi pun untuk di fridge magnet kan.Tak sabar nak tengok hasilnya :)

Dan satu lagi rezeki datang bergolek-golek .Entry aku I Love U Contest by Little Mama dapat hadiah saguhati :) Boleh rujuk entry I LOVE U Contest – Siapa Menang?

* Photo Session Voucher from Little Kids Photography worth RM50 each - Yang ni memang nak let go, ada sesiapa berminat? 
* Shopping Voucher from Little Mama’s LOVE worth RM10 each
* Shopping Discount from Little Mama’s LOVE of 5% valid for 6 months

Ada sesiapa nak bagi hadiah kat aku lagi ? hehehe. Atau pun nak suh tulis advetorial write ups? Bosan melanda diri lah ni.Petang ni berbuka nak beli kat mana yer? Nak makan apa yer?Nasi Kerabu pun sodap kan. hahahaha. Keji...Mengalahkan orang berpuasa! opss :p


 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)