Thursday, October 01, 2009

Tips Untuk Rumah Terbuka

Hari ni aku nak berkongsi tips untuk mengadakan rumah terbuka (walaupun baru 2 kali aku buat rumah terbuka hari raya :P)


p/s:Tahun ni aku tak buat rumah terbuka sebab malas + budget yang sangat laa ciput :P (awal2 cakap)

1) Jemputan



kad jemputan rumah terbuka UiTM



contoh pelan lokasi..

Ni yang paling penting sekali..kalo tak nak buat kad jemputan, bagi laa email siap ngan peta lokasi sekali (esp utk kawan2 blogger @ yang tak pernah datang umah kiter..) mcm kat kad kawen tu :)

2) Hari


pic credit to :here

Pilih hari yang sesuai.make sure buat laa hari cuti..senang nak pegi kan, dan tak kelam kabut..Kalo Jamuan Raya UiTM , mesti pilih jumaat sebab lepas kul 3 tu ramai yang isi borang keluar kan, so untuk elak dorang balik awal, kul 3-5 tu baru diorang buat..so dari balik, baik pegi makan dulu :)
Aku cadangkan hari sabtu/ahad laa..tapi my hubby kalo sabtu tu leceh sket sebab dier kerja kan, biasanya aku buat hari Ahad..

3) Masa



pic credit to :here

Biasa rumah terbuka, buatlah tengah hari keatas laa kan..pagi tu leh prepare dulu apa yang patut..biasa aku beli lauk belah pagi biar fresh gitewh lauk pauk...nak2 sek 6 punya pasar tu,pagi2 fresh lagik lauk pauknya..
aku suka pegi time lunch,sebab lunch tak yah masak :)

4) Makanan



pic aku lupa cilok kat ner tadi..sorry erk empunya pic..

Aku cadangkan better masak sendiri laa kan kalo bilangan tetamu yang ingin dijemput adalah 30 orang kebawah..tapi kalo dah sebatalion, baik kamu upah saja katering..tapi pilihlah pakej yang sesuai dengan poket kamu yer :) kalo bleh, makanan berunsur hari raya la kan..aku tak puas lagi makan lemang, sate, kuah kacang, ketupat, biskut raya :) (siap request bagai)

5) Bekas Makanan



kalo rajin membasuh :)
pic credit to :here

Untuk jimatkan masa dan tenaga(air jugak) sediakan cawan atau pinggan kertas..Say no to polisterin k! UiTM dah sahut cabaran ni :P so kami tak akan jumpa lagi polisterin di dalam UiTM ni :P dan siap ada charge lagik kalo nak tapau makanan dalam bekas plastik yang digunakan...hampeh tol (ish..tersasar plak)
Sediakan plastik untuk buang sampah..senang, ikat2 terus buang dalam tong :)

6)Deko Raya



pic credit to :here
Untuk lebih feel hari raya kan,elok kalo hias dengan lampu lip lap atau tampal kad raya kat dinding atau tampal ketupat kertas ka..macam raya di perantauan gituh..hahaha:)

7) Duit Raya


pic credit to : here
Biasa kalo ada tetamu bawa anak, bagi laa duit raya..kalo tak mampu, RM1 pun ok la..kiter kan nak ikut saranan DSN , bagi singgit sudah lah...wahahahaha..

Tu jer tips untuk semua :) hehehehe..kalo ada nak tambah apa2,sila2 lah yer...




Dan untuk para mommies yang aku rasa banyak baca blog aku yang merepek meraban ni, tips ni berguna untuk kamu :) Tips Bagaimana Mengatasi Anak Meragam Di Rumah Terbuka
( credit to : here )

  1. Anda jangan panik dan cepat marah. Sebaiknya anda haruslah membawa sikecil atau anak anda ini jauh daripada orang ramai. Contohnya membawa si kecil ke bilik yang sunyi dan tidak sesak dengan orang ramai. Ini berkemungkinan dia menangis kerana kepanasan dan tidak selesa dengan orang yang berada disekelilingnya. Dengan cara ini ia akan dapat membantu meredakan tangisan anak anda.
  2. Bukan itu sahaja malahan si kecil menangis juga mungkin disebabkan kelaparan. Adalah wajar sekiranya, sebelum anda bersiap untuk keluar pergi ke rumah terbuka tersebut pastikan anak anda telah diberi makan terlebih dahulu. Jika perlu bawalah bekalan makanan kegemarannya sekali. Lazimnya hidangan yang disediakan di rumah terbuka tidak sesai dengan usia anak anda.
  3. Disamping itu juga tidur yang mencukupi turut mempengaruhi tingkah laku anak anda sewaktu majlis tersebut berlangsung. Pada amnya jika pola tidur anak anak tidak tetap seperti biasa ini akan membuatkan dia sentiasa meragam. Adalah sebaiknya anda pergi ke rumah terbuka tersebut selepas anak anda bangun dari tidurnya. Dan waktu yang paling sesuai adalah waktu pagi, ini kerana cuaca pada ketika itu tidak panas serta ia juga akan memudahkan anda untuk bergerak ke sana sini.
  4. Selain dari sudut persekitaran, pakaian juga boleh mempengaruhi mood anak anda. Elakkan memakaikan anak anda dengan pakaian yang tebal dan ketat. Ini kerana dalam suasana kemah yang memiliki kipas angin juga boleh mencetuskan keadaan persekitaran menjadi bahang. Sekali gus mewujudkan suasana yang tidak selesa kepada anak anda. Seeloknya pilihlah pakaian jenis kapas dan serap peluh. Ini akan membuatkan anak anda berasa selesa didalam majlis tersebut.
  5. Sekiranya keadaan semakin sesak, anda mintalah kebenaran kepada Tuan rumah untuk masuk ke dalam rumahnya yang mungkin mempunyai penyaman udara atau kipas angin yang sudah tersedia pasang. Selamatkanlah diri anda dan anak-anak. Dalam keadaan sebegini anda sebagai ibu bapa juga haruslah mempunyai persediaan mental yang cukup untuk mengendalikan karenah anak kecil meragam.
  6. INGATLAH janganlah terlalu lama berada di rumah terbuka. Selepas menjamu selera dan berjumpa sanak saudara atau sahabat andai, mintalah dulu untuk balik lebih awal sebelum anak anda meragam ini bagi mengelakkan perkara yang sama berulang kembali.
OK, aku dah bagi tips ni, korang jangan lupa naa, ajak aku rumah terbuka korang!! hahahaha..kalo sabtu , susah sket laa nak pegi, kecuali dekat area shah alam ni jer..laki mak kang keja sabtu :(

Wednesday, September 30, 2009

Refreshment Mata Untuk Korang

Konon refreshment bagi aku..padahal pi mengular..tadak laa..aku sebenarnya kuar tadi time lunch, teman niza booking hotel untuk mak menakan dier nak mai konvo anak dier tak bape nak lama lagi..



makan char kuey teow yang tak berapa nak char kuey teow..rindunya penang char kuey teow..auuuwww..anasfadilah, ko tolong makan utk aku :P



panas2 legakan diri anda dengan ABC lak..perhh..merecikkkkkkkkkk...menjejes...hihihi..Gina, ni ABC kat kedai peberet ko jua di Sek 2 :)


Warkah Terakhir



TQ Mommy Lyna sebab sudi bagi kad raya...semalam baru sampai kat ofiz my hubby :) balas next year, bleh ker?hiks :)rasanya ni kad raya terakhir untuk tahun ni laa kan :)

Semalam, teringat lak entry Mommy Lyna yang pasal berkawan dengan bangsa dari kaler lain..
Aku sama laa seperti dier, dibesarkan dalam kawasan yang rasanya 99.99% adalah melayu dan tak pernah bergaul dengan orang selain melayu..bila lepas SPM tu baru lah aku dikejutkan dengan orang dari kaler yang sikit jer beza dengan kaler kulit aku..tapi tadak laa terkejut sangat sebab ada antara cikgu sekolah aku dari bangsa cina, India dan sikh.hiks :) * aku penah jadik anak angkat sorang cikgu India, Sir Ravi Doraiveloo..I miss him oso...mana ntah dier mengajar skang ni..dulu tak pandai langsung omputeh, skang boleh laa kan..maklomlah banyak makan kopok :P

Hari ni aku nak bercerita tentang sorang kawan india..aku rasa tu laa satu-satunya kawan india aku..
Kalo deepavali jer mesti aku teringat kat dier..hahahaha..bercerita tanpa gambar tak syok kan..jap aku search dalam folder email my hubby :) (p/s: Sayang, eliss buka email sayang ni..hahaha)




Hah..jumpa pun :) Nama dier Saraswathy .Ni gambar kat Lipis.Kitorang ada kursus kat sana..masa tu semua PTM(dulu Pegawai Sistem Maklumat)  dan PPTM (dulu Penolong Pegawai Sistem Maklumat)...Ironinya, skang aku dah bergelar PPTM :P Saras ni memang tak kedekut ilmu..dier yang banyak tolong aku masa aku praktikal diploma kat JPN Pahang 6 tahun yang lepas..dan aku selalu laa tumpang dier pegi dan balik keja sebab dier lalu area umah aku :) kalo dak terpaksa laa aku naik bas ke bandar kuantan dan amik bas ke TC (Teluk Cempedak) plak..huhuhu..skang JPN tu dah pindah ke Bandar Indera Mahkota.bestnya duk sana sebab asal hari Jumaat jer mesti kami ke TC ..owhh..rindu gila kat kawan-kawan kat JPN tu :) Apa khabar yer korang semua?

Saras dan semua bangsa india yang ada baca blog aku(kalo ada laa kan) , selamat hari deepavali laa yer in advance :) Makanya, Oktober ni, kami dapat gaji awal laa plak..lalalalalala....latok...lalalala..latok :)


Ok, Iklan sebentar



Siapa yang ingin dapatkan KEROPOK IKAN PARANG TERENGGANU dengan harga RM 13 (DISKAUN lagikk) RM12.00  Setengah Kilo, Sila dapatkannya daripada saya..
First come first serve :) Terhad :) TQ

INSYA ALLAH , DIJAMIN SEDAP!!! dah try, pasti tak berenti :)

 Self pickup only   @ PSMB, UiTM Shah Alam  dan sekitarnya/ @ Loji Pembersihan Air Sg Langat, Hulu Langat

email me untuk tempahan : elisssmie [ at ] gmail.com

Tuesday, September 29, 2009

Free Review @ MomBloggerPlanet

Semalam, aku perasan yang blog aku telah direview oleh Kak Ros(LittleMama).TQ Kak Ros sebab review blog aku secara percuma :) Hari tu aku calonkan MBP sebagai Weblog Popular 1Malaysia kat Denaihati:) Aku ni segan jugak nak kena review2 ni sebab aku kan pemalu...(sila gelakkan aku :P)

Jom kiter tengok apa yang Kak Ros tulis pasal blog aku.Aku copy dari sini .

The owner used a template style named Sunset, edited by the owner. The blog layout is a 3-columned with two sidebars and a middle content.On the left sidebar, there are an about me space, links to her hubby’s and dear daughter’s blogs, a follower widget, some banners, label cloud and blog archive. . Whereas, on the right sidebar, there are a mini-me, happy-o-meter, a poll, a clock, recent comments, top commentators, live feed and links to favorite blogs/sites.

p/s: Tu psal laa lembab semacam blog aku sebab banyak sangat widget...hehehehe

The layout being used is soft pastel beige for the background and black text for the content. I think the choice of color is good as it is relaxing to the eye. You see, white is the best and soft pastel colors are the best alternative.







p/s: Ingat, guna warna2 yang lembut k!
Ni aku gugel chart utk soft pastel color :)source: here


Content wise, the owner seems to update her blog regularly and that is another good point in blogging. The owner writes mostly about her baby, family, cooking and anything that relates to her life. Some blog posts are accompanied by relevant pictures which is a good point for a blog.


I’m giving this blog 3 star rating out of 5. This blog gets an excellent for navigation while content, uniqueness, activity and appearnce scores an average.
  1. Content 0.6
  2. Uniqueness 0.6
  3. Activity 0.6
  4. Appearance 0.6
  5. Navigation 1.0
Here’s a suggestion of thing that I think the ownner could do.
  • The owner could consider placing all the anniversary tickers from under the header to the sidebars (both daisypath tickers seems small enough to fit the top of either sidebars). And, the wedding countdown ticker could be placed just before the content. Doing this could free up some spaces under the header so visitor could directly see the top navigation bars and some teaser of the content without scrolling. - Done, aku letak bawah sekali..hiks :) sebab kat tepi memang tak cukup, jadik terlebih2..
  • For the pictures use in content, I would suggest the owner to consider adding watermark/copyright stamp to discourage people from stealing/using the pictures. - Done, start semalam laa baru rajin..nanti aku nak cari coding untuk automatik watermark sebab leceh la nak edit satu2 :P


  • To improve the content and uniqueness, the owner could consider adding more useful contents beside family/personal stories. She could do more writing on subjects that she knows and would be useful for readers of her blog. - Blog ni memang personal blog aku, sekali sekala ada jugak aku taruk info, tengok kat label info k untuk tambah ilmu :) dan blog my hubby ( aku yang update jugak :P)
Ok , Kak Ros, terima kasih banyak2 sebab sudi review blog yang ntah apa2 ni....hiks :)

Apa lagi, kalo nak direview calonlah MBP sebagai Weblog Popular 1Malaysia kat Denaihati:)

Weblog Popular 1Malaysia ni tamat jam 12 tengah malam pada 30 September 2009.Capat laa weh...

Klik SINI untuk tahu lebih lanjut :)

Semalam kan, Niza telah mem'print skrin' kan blog my Nuha yang telah masuk dalam Nuffnang punya RSS..hikss..glemer gitewh anak hakak :) ummi dier pun lom pernah lagi masuk kat RSS Nuffnang ni..nape tetiba hit blog anak aku..ko buat tidak senonoh ker nak?hikss :) Gigihnya Niza ni, kul 1252 pagi ko...buat aper hah pagi2 tak titun lagi ni??



Monday, September 28, 2009

Ceritera Raya

Kat kampung aku sudah dapat connection celkom berukband HSDPA 3G..Gila laju...leh tengok Nur Kasih tadak sekatan langsung(Shah Alam pun tak laju macam tu) ..i miss oredi my kampung..huhuhu...tapi aku malas nak update blog..cuma jengah blog yang berupdate tanpa jejak jer..hikss..semua mesti mood RAYA blom abes lagikk kan?

Raya kali ini, tidak la meriah sebab kami satu family telah jadik S-Jibeng di Raya kedua..sakit mata maa..aku MC 3 hari ko :) Save cuti tahunan..wakakaka...memula Abah aku yang kena, pastu aku,Nuha, my hubby, ma aku, kak long aku, long aku, mak mertua aku dan ayah mertua aku..huhuhuhu..

Tapi hari Raya pertama jer laa Raya..aku langsung tak pegi beraya mana-mana..susut laa duit raya Nuha tahun ni..2% jer dari tahun lepas :P

Jom Layan gambar raya aku dengan tema purple gitewh :) Nuha time ni nak tido..so memang payah giler nak amik gambar..tapi seb baik ada photographer pro :P (Long aku) so menjadik laa juga Garden Raya Portraiture kami :) cun kan??hihihi..ada tempahan?

Baju hijau aku ngan Nuha tu Raya kedua..ni kiranya gambar Raya 1 dan ke 2 jer..




aku paling suka gambar kat celah2 tiang rumah tu :)



abaikan aku yang hover :P



nuha dapat duit raya dari Tokki :)

 

aksi Nuha..anak dara sapa laa ni :)


keluarga belah my hubby dan kawan aku, Ana :)

Tu jer laa gambar Raya yang dalam kamera aku..kamera Long aku tak letak lagik..

Sunday, September 27, 2009

Kad Raya Untuk Semua :)

** AKU STICKY POST KAN ENTRY NI KOT2 TAK UPDATE SAMPAI ABES CUTI RAYA
-Citer Terbaru Sila Scroll kebawah laa..x kan nak kena ajar jugak kan? :P

Hari ni aku buat kad Raya untuk Unit aku..memang aku buat simple dan nak cepat siap sebab aku tadak mood nak pk menda lain sebab sistem yang bersama vendor ni masih kelaut lagikk..dah laa lepas raya nak testing ni..matikk makk..ada jer aku datang ofiz hari raya ni( yer yer mustahil..) muahaha..




Kad ini ditujukan buat semua yang mengenali diriku tak kira dialam realiti atau fantasi dunia blogging :) Selamat makan sedap2 dan berhati-hati dijalan raya :)
Maaf jika ada antara tulisan aku yang bangang tak seberapa ni, mengguris hati mana-mana hati :)
0-0 lah yer pas ni..
Bagi yang beraya di Terengganu, jemputlah mai umah aku :)
p/s: kad raya yang feeling2 tadak anak gituh..muka time ni pun dipam2 sebab tengah peknen :)
nuha ada kad raya dier sendiri kat belog dier :) itupun masih template yang sama.. :P





ni dari Unit aku untuk semua staff ofiz aku :)
sama ajer sebab aku save template ni siap2..muahahaha..

ada tempahan?


p/s: hari ni aku berbuka tak puasa di Concorde you'll..update esok sebab esok aku keja lagi..balik lepas Nur Kasih gituhh ko..punya laa semangat ketibian sungguh..



aku ada baca sinopsis episod akan datang ni :P 17 kan?
Setahun kemudian, Adam kini telah membuka firma arkiteknya sendiri yang membuat
pengkhususan dalam senibina Islam. Dia terkejut bertemu dengan Nur Amina yang
sudah pulang ke Malaysia. Adam bertanya jika Nur kembali untuk selamanya. Dan sudah
temui kebahagiaan yang dicari? Nur angguk. Nur tanya kenapa Adam berhenti menulis
email pada Nur. Sangka Adam Nur tidak pernah membaca surat-suratnya, tapi Nur memberitahu yang
dia membaca setiap satu daripadanya. Adam menjemput Nur pulang ke kampung
bersamanya untuk majlis pernikahan Aidil. Aidil bersyukur Adam dan Nur bersatu. Adam
berterima kasih atas pengorbanan abangnya. Adam dan Nur kembali ke bilik mereka
menghabiskan malam pertama mereka dulu. Setelah bertahun lamanya, ini kini malam
pertama mereka dalam erti kata sebenar :)

muehehehe...opss..jangan marah... :)

Friday, September 18, 2009

Semalam saya berbuka tak puasa di Concorde

Penamat acara berbuka puasa di Shah Alam, sebab malam ni ai berbuka di KL umah Long aku..Adalah  berbuka tak puasa di Concorde Shah Alam..tapi sungguh tidak lazat jadiknya semua makanan bila nuha cranky sebab nak tido..huhuhu..selalu dapat nenen tapi semalam tak dapat..punya laa bising dier dalam hotel tu..huhuhu..bagi kopok pun tak layan, maklomlah selalu makan keropok ikan parang tapi semalam keropok ikan tamban jer yang ado :P memilih btol :P

aku makan ni jer buleh? :P gila penipu kan..makan macam nak pecah perut dah semalam :)
yang ni jer teringat nak snap..yang lain tak sempat sebab nuha sibuk makan sekali ngan aku dalam pinggan aku..huhuhu..main course aku makan semalam-nasi beriani dengan kambing..
pastu makan kuih2, buah celup2 kat chocolate fountain, kek..dan pic atas ni yang last..eh, ada lagi..sate :)
live band yang menghiburkan :)
anak dara ai yang merosakkan majlis :P
hubby ai :)
sorang satu beg ko...yang kuning baju aku, nuha koko, bag pack tu hubby ai :)
dah siap packing..ready to balik kampung....yip yip horaaayyy!!
Terengganu waiting for me!!!!
last sekali, terima kasih buat GINA kerana bagi kad raya, aku balas dengan INI jer buleh? tak sempat maa, baru semalam dapat...hikss..TQ TQ TQ :)
NWAY, SELAMAT HARI RAYA SEKALI LAGI BUAT SEMUA..
BERHATI2 DI JALAN RAYA..
p/s: aku half day jer hari ni...balik nak basuh baju dan lipat baju kat ampaian :)

Wednesday, September 16, 2009

Tol Percuma tuk Pengguna LPT & Lebuhraya Karak 18/9 & 24/9

Malam tadi aku excited laa kan sebab aku nak balik Jumaat malam tu..Sekali, baru aku perasan, kalo aku balik Jumaat malam, kul 12.00 a.m tu dah 19 hb..tak ker babik(bukan binatang) tuh?? tak kan semua budak2 sekolah nak kena ponteng sekolah untuk ibu bapa dier dapat FREE tol balik Terengganu/Pahang/Kelantan?? Nampak sangat laa tak ikhlas nyer...walaupun aku tadak anak sekolah, tapi aku tumpang simpati laa pada emak-emak bapak-bapak semuanyaa (cheh, gelek gerudi plak disini :P) sebab rugi tak dapat tol FREE :( melainkan memaksa anak-anak ponteng sekolah..wadepak..

walaupun tak dapat tol FREE, duit RAYA untuk anak-anak buah totap ado.. :)
 
kerepek la ko RAYA pun sudah dapat..penamat untk kuih raya aku tahun ni..tak beli dah :)

sumbangan hadiah hari lahir dari PROKOM, kelab ofiz aku :)
Alhamdulillah, Nuha dah beransur sembuh..kurang dah ulcer dier..mak pengasuh dier suh bagi minum bali, dan balik2 rupanya hubby dah belikan air bali untuk Nuha..pagi ni, dier nak menyusu botol macam biasa, kalo dak asyik nak nenen jer :)
TERIMA KASIH atas doa kalian semua..malam ni aku nak packing baju ..yeeeeeeeeehaa :)over plak :P

Tuesday, September 15, 2009

Mini Me @ FREE preview

Khidmat Masyarakat Ini dibawakan kepada anda secara PERCUMA :)

Aku kira bertuah sebab aku tak sangka dapat Mini Me secara FREE bila aku buat entry INI  untuk peraduan INI dan aku tahu dari SINI
Rezeki Langit Ramadhani gituh:) TQ Jiji :)
Memang terliur bukan? Maaf yer  jiji, aku edit sket tang nama tu :) my name is Eliss jer :) mie tu nama hubby ku :) tak per erk?
p/s: Mentang2 tema RAYA aku PURPLE tahun ni kan..haruslah tempah warna PURPLE :)
Tapi kalo korang malas nak voting /buat entry , korang leh laa tempah kat Jiji :)

Nak tengok Mini Me yang pernah Jiji :) buat??

(I know you want ONE (or 2 or 3) Hee. You can get your own Mini Me for only RM 10 (One Mini Me + One 'My name is' card + One item). Next additional item is RM3 each.
Email her at rumadatme_g@yahoo.com.
Nak tahu lebih lanjut pasal art work dier, jom pakat TERJAH SINI :)
p/s: Kalo korang nak tampal kat blog korang Mini Me aku yang lawa ni kan..sila laa amik kat sebelah yer :) penat aku buat coding kau..hahaha



Cuti-cuti Malaysia dah LULUS

Assalamualaikum

Salam Sejahtera.

Permohonan cuti anda yang bermula dari 23/09/2009 hingga 25/09/2009
kerana menguruskan hal-hal peribadi telah pun saya luluskan. (ayat default ni ) patutnya kerana raya sakan ko tahun ni...

Anda boleh menyemak cuti anda.
Selamat Bercuti.          

Sekian, terima kasih
          
 Yang benar
Your Bozz :)  , big bozz :)

Dan hari ni, bila teringat kat lil monster macam mood nak raya menguncup terus..harap2 my lil monster sihat walafiat sebelum balik raya ni..aku heran la, kalo nak balik kampung jer mesti dier tak sihat..huhuhu..mebi dier kena duk shah alam jer.(meraung laa nenek2 dan atok2 dier kalo tak balik)ada jer datang Shah Alam ni..hahaha

malam tadi, memang menduga kesabaran kami laa..my nuha jaga jer dier nanges..nanges tido..nanges tido.. nanges yang tak kuar air mata tapi meraung tu tak tahan..ngan aku aku sekali menanges...kalo bleh dipindah ulcer dier tu, satu mulut tu bagi aku, aku sanggup :( any tips utk sembuhkan ulcer tak korang??

malam tadi pegi jumpa doc, pharmacist just bagi ubat makan jer..doc ckp nak bagi ubat spray..heran laa haku pharmacist ni...tak bleh tido la kami anak beranak malam tadi..ni pun kepala dah weng dah...lambatnya thari..aku lapar sungguh..semalam makan mihun kat pantry..opss... :P

Untuk adinda aku yang tak pulang beraya tahun ni kerana sibuk kumpul duit nak kawen, aku tujukan lagu ni untuk ko..Pulanglah oleh Aishah..hahaha

Sayang
Di hari yang mulia ini
Ku pohon keampunan
Hanya satu yang ku pinta
Pulanglah

Termenung ku sendiri
Memendam rindu tidak menentu
Kasih suci murni yang kita bina
Hapus hancur oleh kata fitnah

Di pagi hari raya
Hati sayu mengenang dirimu
Mudahnya kau menggantikan diriku
Seolah cintaku tak berharga

Apakah suratan
Aidilfitri satu titik akhir
Sekian lama bercinta
Kau tiada di hari mulia

Keampunan ku pohon
Sekiranya aku yang berdosa
Pulanglah ku merindui mu sayang
Ku menanti dengan hati rela ( jiwa raga )

Pulanglah kepangkuan ku oh... sayang
Ku menunggu mu di hari raya



p/s: Paksu, Pulanglah..kalo dak, berkuranglah duit raya saya tahun ni :) kata Nuha :)

               

Monday, September 14, 2009

aku dah tak kuasa hari ni..

Pagi ni..semangat2 nak sahur dengan roti dan jem rambutan yang nenek kak Long aku bagi, tetiba jepun datang menyerang..so tak kuasa laa aku hari ni kata Ija anak Kak Diana :) kuasa = puasa :P

tapi gambar juadah terakhir aku berbuka semalam tetap ada untuk men'cargas'kan minda semua :)

 
Sayur campur bersama Udang dan Cendawan Hitam :P pergh, nama rekaan sendiri:)
tu jer laa..yang lain aku tak snap buleh??hahaha..aku buat ikan tongkol masak sambal, sempat 'grill'  black pepper chicken kat Tesco, dan kuih muih adalah buat di Pasar Ramadhan :P semalam, first time my hubby kuar bawak nuha jer pegi Pasar Ramadhan..dier ok jer duk dalam carseat..hiks:)
ni tat nenas yang aku snap hari yang x bawak hp..hampeh btol, biskut arab yang aku gambarkan cuma plain jer...huhuhu..yang lain2,semua marbeles..lupa snap..

you, terima kasih laa sebab tak jemu2 hantar kad raya kat kiter saban tahun...tapi kiter mintak maaf tak dapat nak balas...kiter dah ber'hubby'....ai bagi kat hubby ai jer you...hikss :)

kad raya buat my hubby..ampeh tol..ingat nak bagi hari jumaat hari tu, sekali elok2 jer duk atas meja ofiz..huhuhu
Terima kasih jua kepada 2 sabahatku kat ofiz ni atas sumbangan hadiah di hari jadiku..nanti lepas raya, ai belanja you'all makan besar dengan duit raya anak ai..hahahahahaha
from ad..
from niza, terpaksa diblurkan sebab ad nanti dapat hadiah yang sama masa bday dier..hahaha
hari ni my lil monster tak berapa sihat..panas kepala..mungkin sebab gigi geraham dier yang baru muncul 2 byg tu..aku rasa nak cuti jer hari ni tapi cuti ku ada 7 hari jer :( sorry yer sayang, moga cepat sembuh..kiter nak raya ni,nak kena kutip banyak duit raya..:P
p/s: ni pic pagi tadi lepas tukar diaper dier..layu jer hari ni...:( hati ku tak keruan...

Friday, September 11, 2009

Biskut Raya fresh from oven tp bukan oven aku...

Hari ni aku lupa bawak hp..penat aku snap gambar balang tat nanas pagi tadi..hampeh..
dan penat jua aku berpossing semalam di Puncak Alam, UiTM baru bukak tu....jauh gak, 40 menet dari shah alam..aku pi sana untuk UAT (User Acceptance Test) sistem yang baru dipasang kat sana...

Semalam, berbuka adalah dengan nuha..aku beli jer kat pasar ramadhan dekat dengan rumah pengasuh nuha tu..nuha pelik jer masa aku taruk nasi biru(nasi kerabu) dalam pinggan dier..dier kuis2 jer..sejak dua menjak ni, dier memang terengganu abes..asyik nak makan keropok, mcm abah dier time makan...yang lain tak mo..tangan comel, asyik tunjuk2 kat balang keropok..satu keping keropok ikan parang yang besar lebih kurang tapak tangan orang dewasa lelaki, dier makan sampai sejam tau..hahahaha...lawak sungguh..tp abes..suka btol...

Untuk tidak menghampakan pandangan mata korang semua, aku google laa gambar kuih-kuih raya yang aku order untuk raya ni..hikss :) main tunjuk2..aku punya biskut raya tak sama macam niza sebab niza dier ada biskut raya pelik2..hihihi .dier pun tunjuk2 walhal kami bagi oven masa dier kawen ari tu..:P



Ini nama dier tat nanas (RM22/50 pcs) pic credit to : sini
Ini nama dier biskut almond london (RM20/50 pcs) - Hotel UiTM pic credit to : sini
Ini nama dier biskut gajus (RM18/50 pcs)- Hotel UiTM pic credit to : sini
Ini nama dier biskut arab/sugee(RM18/50 pcs)- Hotel UiTM pic credit to : sini
Ini nama dier biskut makmur(RM20/50 pcs)- Hotel UiTM pic credit to : sini 
Kerepek laa ko pisang (RM14/Sekilo) pic credit to : sini

 p/s: Rupa asal biskut2 ini adalah imiginasi aku sahaja sebab petang ni baru aku bersua muka dengan nak pegi amik biskut2 tu kat Hotel UiTM..hikss :)



DAN
 
hari ni aku akan menamatkan sessi persiapan raya aku dengan membeli sandal baru..nak carik kat Bata jer..comfit  punya :)
ini antara yang berkenan :) yang no 1 n no2 tu kaler jer lain aku rasa..
 
 
 
p/s: tapi rasa leceh plak kalo ada tali2 kat belakang ni..rega RM59.99 (RM60 laa senang citer)
pic source: sini

 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)