Wednesday, August 19, 2015

SuaRaya InfoTech 2015

Kalau tahun lepas, deko hari raya berdasarkan rumah sukan tapi kali ni setelah rombakan kabinet, ops, rumah sukan telah pun ditukar menjadi kampeni. Kampeni baru saya, Delta dengan motto Delta Fly High. Hah gitu. Tahun ni terlibat jugak dalam aktiviti dekorasi kampeni. Tahun ni semua kampeni hebat-hebat belaka dekorasinya.Jom lah kita tengok disebalik persiapan dan kesudahan SuaRaya InfoTech 2015 atau majlis jamuan raya lah sebenarnya yer peringkat pejabat kitorang.Jabatan punya minggu sebelum tu.

Hari sebelumnya kitorang buat preparation dulu.Jom layan gambar-gambar sekitar persiapan kitorang.

Ukiran ni saya yang tekapkan. Jenuh jugak menekapnya. Tapi bab tebuk serah kat orang lain. hahaha

Ini yang asal..

Hasilnya...Tadda... 

Yang ni untuk gantung kat syiling. 

Yang ni untuk gantung kat syiling jugak rambu ba rambu ramba ni lekat bawah polisterin yang atas ni


Hasilnya...Tadda...


Haruslah tayang muka mak yang bersungguh deko konon ! hahaha. Gunting aku mana pah..tak dijumpai lagi ni :p


Jom kita tengok hasil dekorasi untuk jamuan raya kali ini.Ada 4 kampeni kesemuanya. Kampeni kitorang dapat tempat kedua. Ok lah dari tahun lepas rumah saya tempat keempat :p
Kampeni Bravo - Tempat Pertama


Kampeni Delta - Tempat Kedua



Kampeni Alpha - Tempat Ketiga


Kampeni Charlie - Tempat Keempat

 Semasa sesi penjurian...


Semasa sesi dekorasi..
 
Jom la layan gambar mak berposing bersama kawan-kawan kat ofiz di booth yang ada :)

 Haruslah posing solo dekat booth kampeni sendiri :)

Bersama Ad di kampeni Bravo

 Dah ada photobooth, moh la bergambar sampai lebam kan..

 Ad dengan prop misai :) Abang misai..hahaha

 Mak pun nak tumpang jugak bergambar di photobooth..bergambar sampai lebam..hahaha

 Hadiah yang dimenangi. Tak merasa lagi ni..huhuhu

Posing kat kampeni Alpha
Kak ema pun datang jugak jadi juri pertandingan booth tercantik. Terima kasih la tak bagi Delta menang..hahaha

Posing kat kampeni Alpha sekali lagi
Posisi lain di kampeni Alpha jugak 
Dengan ida pulak, kawan senegeri terengganu nanana...terengganu kiter...
Dengan bekas pesara ofiz ku :)

The Charlie's Angel UiTM  gitu katanya..Tak cukup sorang lagi !
Ops..saya dah tak der dalam gambar sebab tukang amik gambar ni..hehehe

Ok . Sampai jumpa lagi tahun depan in sya Allah :)

Sambutan raya ofiz korang happening ke tak macam ni ?


Tuesday, August 04, 2015

Sambutan Hari Lahir My Nuha ke 7 dan Dating Anniversary ke 12

Welcome August ! Hari Ahad lepas, 2 Ogos 2015 genaplah usia puteri sulong kami yang ke 7. Teman bergaduh ku siang dan malam, kuat merajuk dan suka dengki kat adik sebab cemburu Ummi asyik lebihkan adik jer. Tapi anakku, ketahuilah Ummi menyayangimu seluruh jiwa ragaku.. Kaulah nyawa, kaulah penawar suka duka..Semoga menjadi anak yang solehah yang dapat bawa kami ke Syurga Ilahi..In sya Allah.





Hadiah hari lahir tahun ni, hadiah sendiri beli. Cukup duit dia kumpul baki belanja sekolah dan duit raya nak beli tablet sebab tablet yang dulu dah rosak. Result exam hari tu menepati sasaran so boleh la dapat hadiah idaman .Belikan Asus Fonepad 7  kat Lazada, semoga cepat lah sampai . Tak sanggup nak dengar hari-hari tanya bila nak dapat tablet dia.hahaha


Terima kasih Maklong dan Ayah Long sponsor kek birthday. 

Maklong dan Ayah Long buat surprise :)

Tiba-tiba datang rumah bawak kek dan hadiah :)

Terus pakai jam hadiah dari Maklong dan Ayah long

Haruslah la Mak tumpang bergambar, gila glemer :p

My Nayla pun terselit sebelah kakak..Nasib tak berebut nak potong kek :)



Tak sangka, dah 12 tahun menyintaimu sayang and still counting ...

2. 8. 2003 - 2.8.2015

Hadiah untuk my hubby pendrive Iron Man ni. Hadiah sampai kat ofiz dia tapi terpaksa bohong sunat cakap bukan barang sendiri, barang Ad. hahaha

Korang ada hari istimewa jatuh pada bulan Ogos ni  ? 


Wednesday, July 29, 2015

6 Peralatan Menyusu untuk Keperluan Ibu Bekerjaya

Bagi korang yang sedang mengandung yang sedang mencari-cari keperluan untuk menjayakan penyusuan susu ibu hanya secara online teruskan pembacaan anda disini.Kat bawah ini saya senaraikan 6 peralatan yang wajib ada bagi ibu menyusu bekerjaya yang ingin menjayakan penyusuan susu badan untuk si manja untuk kegunaan di pejabat.Diharap berguna dan bermanfaat untuk yang pertama kali ingin menyusu secara eksklusif !

1) Breastpump  
Medela Freestyle Breastpump with Free Gift 
RM 1599 ( 1 year Waranty)


2) Nursing cover

AUTUMNZ POSH NURSING COVER - DEW PINK - RM50.80



3) Cooler Bag


AUTUMNZ - CLASSIQUE COOLER BAG WITH*FREE GIFT*(DIVINE PINK VINE) - RM 47.90

4) Milk Storage bottle

Autumnz - B/milk Storage Bottles (10 btls) - Purple Owl - RM 35.90

5)Ice Pack

 Autumnz - Premium Contoured Ice Pack (1pc) - Berry - RM15.90

6) Breast pad

AUTUMNZ DELUXE DISPOSABLE BREASTPADS ( 30PCS ) RM15.20

Untuk dapatkan Peralatan Menyusu untuk Keperluan Ibu Bekerja yang saya nyatakan kat atas ni, korang boleh membuat pembelian di  QBABYSHOPPE . Mudah bukan? Tak perlu bawa perut yang sedang sarat dan berdepan dengan panas membahang dan lautan manusia. Duduk relaks-relaks di bawah hembusan aircond pasti menyamankan ( kebanyakan orang shopping online adalah masa bekerja , maafkan saya dengan izin :p Setuju ? ) hahaha .


Sebarang pertanyaan boleh la berhubung terus dengan pemilik QBABYSHOPPE seperti kat bawah ni :-

Address:
QBaby Shoppe
No 7, Jalan Platinum 7/45A,
Seksyen 7,
40000, Shah Alam,
Selangor
Telephone:

+60123826141




* This is sticky note entry. Sila skroll kebawah untuk entry yang terbaru  :) Advertise here? 

p/s:

Ada tak sesiapa berminat nak mengiklankan blog peribadi  atau blog bisnes serendah RM 36 setahun disidebar ? Terendah dipasaran. Tak dapat kat belog lain punya . 
Kalau beriklan  6 bulan dan keatas, korang akan dapat satu write ups yang bernilai RM50 secara PERCUMA.
Tiada Banner? Boleh saya designkan  sekali siap animation seperti contoh kat sini atau sidebar.

Tuesday, July 28, 2015

10 Kalori Makanan Yang Perlu Korang Tahu Sebelum Ke Rumah Terbuka

Korang ada banyak dapat undangan ke rumah terbuka ke? Kalau nak ajak saya dialu-alukan. Suka betul makan hari raya ni sampai 2KG naiknya. Sekarang telah kembali ke jalan yang benar dan lurus. Turun balik 1KG setelah seminggu diet balik. Maklumlah,sel-sel lemak tu memang dah banyak dalam badan kan. Bila terleka dan makan lebih dari sepatutnya mula la dia pun nak mengembang sama.Pasal sel lemak ni boleh baca kat blog susu sejat kat sini. 


Berikut adalah senarai makanan yang biasanya dihidangkan di Rumah Terbuka yang korang kena berpada-pada makan yer :)

1 . Sate ayam - 1 cucuk (16 g) - 40 kcal   - Kuah Kacang 1 sudu makan (10 g )  - 30 kcal



2. Lemang - 1 potong (30 g)  - 100 kcal 



3. Rendang Ayam - 1 senduk (50 g) - 100 kcal 



4. Ketupat nasi 5 potong 200 g  215


5. Soto 1 mangkuk 490 g - 510 kcal


6. Lontong dengan sayur lodeh 1 mangkuk 270 g - 280 kcal



7. Nasi dagang (2 genggam) - 508 kcal



8 .Mi kari 1 mangkuk 410g  - 530 kcal



9.Nasi briyani berayam (sepinggan)-  880 kcal



10.Mee bandung 1 mangkuk 450g  - 550 kcal



Makanan apa yang korang paling suka kat atas ni?
Selamat menjamu selera di rumah terbuka sambil mengira kalori makanan !!


 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)