Friday, December 03, 2010

Pisang Kaki, bukan sebarang pisang...

Korang dah makan pisang kaki? Pisang tapi bukan bentuk pisang. Sebab aku terliur sama Puan Azura, aku telah membelikan untuk diri sendiri 5 bijik pisang kaki kat Tesco.Sekarang ada promosi 70 ¢ sebiji tak silap aku lah.Ker dah abes promosi erk? :p Korang pergi la check sendiri yer :)


Ni hah Pisang kaki yer Puan Azniza :p


Kulit perlu dikopek, jangan ditelan.Ala-ala makan buah ciku aku rasa tapi lagi crunchy dan lebih manis berbanding ciku.Biji pun ala-ala buah ciku jugak.Tapi ada jugak yang tadak bijik :)


Apa khasiat buah pisang kaki ni ? Mari kita google yer adik kakak abang sekalian.


Pisang Kaki Turunkan Tekanan Darah Tinggi

Pisang kaki sejenis buah yang berkhasiat yang mengandungi vitamin C, glukos, sukros, fruktos dan iodin, bernilai tinggi dari segi perubatan. Ia amat berkhasiat dalam menurunkan tekanan darah tinggi, meningkat pengaliran darah dalam pembuluh darah koronori, mengatasi masalah sembelit dan meredakan sedu.

Sungguhpun buah ini disebut pisang dan berwarna kuning tetapi bentuk serta isinya tidak menyerupai pisang-pisang biasa yang lain. Buah yang berbentuk bulat, berisi ranggup dan berbiji ini berasal dari keluarga Ebenacea. . Serbuk putih yang terdapat pada permukaan buah pisang kaki yang kering juga manis rasanya dan mengandungi manitol, glukos dan vitamin C amat baik untuk paru-paru dan jantung.

credit to : source

 Korang suka tak makan pisang kaki ? Dah pernah cuba ke belum?

p/s:



*Komen terbaik untuk entry INI akan menerima iklan di sidebar elissmie.com selama 1 bulan !!Cepat komen sebelum pukul 3.00 petang ini yer :)  


My Nuha | My Hubby | Watermark For Free

 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)