Monday, September 06, 2010

Kenapa nak hadiah dapur di hari jadi?

Pertama, aku suka memasak dan makan [of course lah kan]. Memasak ni buat aku rasa macam chef, tapi aku bukan chef ok. Lagi satu sebab adalah satu tungku dapur aku tu sudah tidak berfungsi dengan jayanya..Memasak dengan satu tungku sahaja adalah amat seksa ok.

Weekend lepas, Long aku dan SIL aku buat lawatan tapak kerumah aku.Memandangkan aku sahaja satu-satunya adik beradik seibu sebapa yang tinggal dekat dengan diorang, diorang datang berbuka kat rumah aku.Konsep ala-ala pot luck jugak.Kak Long aku bawak rendang ayam. Aku pulak, masak nasi minyak (percubaan kedua) dan acar timun dan sambal belacan. Semua orang gatal hidung lepas tu sebab belacan tu sungguh lah belacan ! :p

Dan aku berjaya walaupun tidak lah 100% perfect macam mak aku punya, menyediakan Tok Aji Serban [resepi disini ] seperti selera anak tekak aku dan keluarga ..Sebenarnya pulut terlebih air so lembik sket part pulut tu dan bila potong tak berapa cantik..Janji sedap !

Marilah kita menjamu mata ! Maaf, jika buat anda tergoda dengan entry hari ni dan menyebabkan perut korang berkeroncong !Aku tidak bertanggungjawab atas segala kelaparan yang ada..muahahaha


Nasi Minyak aku tanpa Qbb Ghee yang haram..






 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)