Sebagai blogger saya rasa rata-rata semua guna smartphone jer untuk amik gambar untuk blog.Tak ada masa nak angkut DSLR setakat nak masuk blog kalau blogger picisan macam saya ni.hahaha Tapi yang lecehnya, nak transfer gambar tu.Kabel tertinggal lah dan macam-macam lagi lah alasan. Nak watermark gambar pun satu hal jugak. [ Tutorial : Boleh guna Photoscape untuk watermark gambar sekaligus ]
Hari ni saya berkongsi Apps yang korang perlu download kat smartphones korang tapi Android Handphone ajer lah. Yang iPhone korang google lah sendiri. hahaha. Namanya AirDroid.
Korang taip jer AirDroid dan Install.
Dah download , register dan login kat smartphone korang, korang pergi jer dekat sini
http://web.airdroid.com/
Bila login kat sini dia akan detect smartphone kita tu.
Tadda.... Nampak tak Photos tu. Klik kat situ, dan gambar korang akan terpapar di skrin komputer atau Mac korang. Korang boleh Download kesemua gambar dengan menekan Select All dan Download.
Atau tekan satu-satu dan klik download dalam bulatan merah.
Lupa nak bagitau kat blog, dah dapat anak saudara gegirl yang pertama , adik saya yang bongsu tu :)
Chinta Inara Aisha pada 26.02. 2016 yang lalu..
Nak upload pun senang. Tarik jer gambar masuk dalam ni..Dah settle..
Lepas ni dah tak ada alasan lagi untuk korang malas update blog sebab lupa bawa cable atau tak sempat nak transfer ke pc yer..Apps ni bukan setakat boleh download atau upload gambar jer sebenarnya, whatsapp, message, dengar lagu dari handphone dan jawab call pun boleh tau. Hebat sungguh. Apsal baru sekarang saya tahu. Tu pun secara tidak sengaja sebab malas nak connect telefon ke PC.
Semoga bermanfaat. Korang pernah guna Apps ni ? Atau Apps yang lain yang lebih kurang sama?
Menyegerakan Solat Subuh
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:Segerakanlah solat subuh sebelum matahari terbit. Sebab ketika itulah para pengikut syaitan sedang keluar dari sarangnya. Ketika itu pula orang-orang kafir tengah bersujud kepada matahari.