Tuesday, August 23, 2016

Tateh Mom & Baby Boutique Setia Alam

Ni entry throwback. Baby yang saya belikan barang pun dah 3 bulan umurnya tapi sampai kesudah pun tak jumpa lagi sebab masa pergi melawat tu kebetulan diorang balik berpantang di kampung. Alahai. Sampai sekarang tak pergi lagi melawat balik.Cucu pertama sepupu saya di Klang. Macam jauh sangat rumahnya tapi hujung minggu ada ajer agendanya.


Pusing-pusing jumpa kedai ni. Tateh Mom & Baby Boutique Setia Alam.


Seronok ada banyak barang bayi dan keperluan untuk ibu mengandung dan menyusu juga. 


Tengok barang bayi memang teringin lagi tapi sabar lah dulu. hahaha. 


Dah pilih yang mana berkenan, kita bayarlah pulak. 

Saya pilih set baju baby yang ini. Pink, semestinya untuk anak perempuan. hehe


Antara barangan yang ada di situ.. 


Waktu operasi 9.30 Pagi - 9.30 Malam ( Dibuka setiap hari) 



CAWANGAN SETIA ALAM

No. 25-2-1 and 25-2-2,
Jalan Setia Prima U13/A, Setia Alam seksyen U13,
40170 Shah Alam, Selangor

03-33587399

E-Mail
butiktateh@gmail.com

Facebook:
www.facebook.com/ButikTateh

Instagram:
@butiktateh

Boleh juga beli barangan secara online : http://www.tateh.com.my/

Korang pernah beli barangan bayi di Tateh Mom & Baby Boutique Setia Alam ?


Daripada Muaz RA katanya, aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda, “Firman Allah Taala (dalam Hadith Qudsi) orang-orang yang berkasih sayang kerana keagunganKu akan mendapat minbar-minbar daripada cahaya yang diinginkan oleh para nabi dan syuhada’ ”.

(Hadith Riwayat at-Tirmizi, katanya : Hadith ini Hasan lagi Sahih) 

Wednesday, August 17, 2016

Mengimbau kenangan melalui gambar - gambar lama tahun 80 - 90 an

Untuk segmen nostalgianya @ elissmie.com hari ni, suka saya kongsikan beberapa gambar yang saya amik dari koleksi peribadi album keluarga saya kat kampung. Kalau balik kampung memang saya suka belek-belek album gambar kat rumah ma abah saya tu. Lepas tu mula lah tergelak sorang-sorang. Masa tidak boleh diputar tapi kenangan tetap hidup kan. 


Mula-mula tayang dulu gambar saya dulu . Alamak tang mata saya rosak pulak. Ada cara tak agaknya boleh baiki gambar ni yer. Mungkin kena guna photoshop balik. Aksesori (rantai)  mesti ada maklumlah anak perempuan sorang. Masa ni umur dalam 2 tahun tak silap. 

Yang ni pulak umur dalam 5 tahun. Masih jugak ada aksesori iaitu rantai. Saya memang suka pakai rantai dari kecik sampai skang. hehehe



Ni kat halaman rumah . Rumah saya memang banyak pokok bunga dari dulu sampai skang. 


Inilah rumah asal kami. Rumah felda .Alhamdulillah, sekarang dah renovate dan selesa untuk ma dan abah saya diami. Dalam gambar ma abah dan abang sulong saya. Saya mestilah yang atas dukung tu. 

Mana pulak abang ngah saya. Harus bergambar dengan kereta mazda kesayangan Abah ni. hehe


Petang-petang Abah mesti bawa kami pergi Petronas kat Paka tu tengok api besar. hehehe
Sampai skang kagum lagi tengok api tu. 


Adik saya tak lahir lahir masa ni. Abang ngah tepi my ma tu. 


Masa ni adik saya dah lahir. Saya gap dengan adik saya 3 tahun.. Kalau adik saya setahun, maka saya dalam ni dah 4 tahun. hehe. Abaikan keseksian itu..haha. Ni kat belakang rumah. Memang hutan belakang rumah saya. Sekarang orang tengah buat perumahan dah kat sini.Dulu syok sebab ni sebenarnya kebun la macam-macam ada Abah tanam. Skang pun ada lagi tapi dah tak seluas dulu sebab dah buat rumah satu lagi kat belakang rumah untuk sewa. Belakang tu Ngah saya. 


Ni gambar dengan arwah Mak. Mak ni , mak kepada my ma. Kitorang panggil mak bukan nenek :) 

Wajah yang sering kurindui...Al Fatihah buat nenda ku...


Ni tak silap masa hari raya kat Besut rumah nenek saya. Abaikan muka ku yang putih kemain berbedak tu . haha


Ni gambar Ngah dan Long saya. hahahaha..Siap pegang bunga tak boleh belah..redha jer la.


Ni gambar makcik-makcik dan sepupu-sepupu saya. Saya tak lahir lagi. Tu cucu perempuan pertama atas riba arwah makcik saya. Lepas tu setahun kemudian, baru saya lahir :) Yang lelaki paling besar tu Pak Su saya. 

Yang ni masa darjah 3 kot. Tengah tu ngah saya dan tepi tu adik saya lah. 


Yang ni saya darjah 5 kot. 


Yang ni pulak masa tingkatan 1 tak silap sebab baju sutera kuning tu arwah dari wo saya ( mak abah saya) sempena dapat 4A UPSR. hehehe

Seronok jugak kan tengok gambar-gambar lama. Korang masih simpan gambar-gambar lama?



Daripada Abu Said al-Khudri RA katanya, seorang lelaki bertanya : wahai Rasulullah, siapakah orang yang paling utama? jawab Baginda SAW, “Iaitu orang Mukmin yang berjihad dengan dirinya sendiri di jalan Allah”. Lelaki itu bertanya lagi “Selepas itu siapakah lagi? “Baginda menjawab, “yang mengasingkan dirinya di lereng-lereng bukit untuk beribadat kepada tuhan-Nya. Dalam satu riwayat yang lain iaitu orang yang bertaqwa kepada Allah dan meninggalkan (mengasingkan diri) daripada orang yang melakukan kejahatannya.
(Hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Tuesday, August 16, 2016

MC pertama tahun 2016 , Cek Nuffnang ke 20 dan gambar ukuran passport pertama my Nayla

Alhamdulillah, masih diberi peluang menghirup udara nyaman ciptaan tuhan . 2 hari macam mayat hidup. Bangun cuma untuk makan, mandi dan solat. Selebihnya diatas katil selama 2 hari. Dapur pun tak berasap . Kesian my hubby dan anak-anak. Semoga sakit ni menjadi kafarah dosa-dosa mak yer nak. Bila pergi klinik dan buat ujian denggi , Alhamdulillah keputusannya negatif walaupun masa tu suhu badan 39.5 C. Hari Ahad, Allah bagi sedikit kekuatan untuk bangkit dan melawan mak nenek kuman dalam badan , siap mengemas dapur dan memasak lagi. Baru macam ada isteri my hubby cakap. hahaha. Sabar jer la.


MC pertama tahun 2016. Alhamdulillah, selama 8 bulan diberi kesihatan yang baik oleh Allah kepada ku dan anak-anak. Sebelum tu anak-anak yang demam dulu baru berjangkit kat mak ni. 


Cek Nuffnang yang kuterima walaupun blogging sudah ditahap suam-suam kuku. Blogger sendu . hahaha. Boleh la dari tak de. 



Jumlah terkumpul baru 2K dan 6 tahun bersama Nuffnang. Memang tak banyak. 


Hari minggu hari tu sebelum minggu demam, bawa my Nayla amik gambar passport untuk pendaftaran ke taska tahun hadapan. Alahai. Tak sangka dah nak masuk sekolah tahun depan. 


Hari tu nak pakai cekak rambut pergi amik gambar siap baju kurung kaftan lagi. Ayu anak mak. haha


Dah siap..Semoga dapat diterima masuk taska lah tahun depan yer nak..Janganlah ada drama tahun depan sudah la. Mak pulak yang nervous! hahaha

Daripada Abu Hurairah RA bahawasanya Rasulullah SAW bersabda, “ Sesiapa yang menempuh satu jalan untuk mencari ilmu pengetahuan, maka Allah memudahkan baginya satu jalan untuk menuju ke Syurga ”
(Hadith Riwayat Muslim)


Monday, August 08, 2016

Pembelian Buku RM2 di BookCafe.com.my | Kedai Buku Online

Saya masa kecik kecik dulu memang suka membaca terutama novel lah kan. Sekarang tak berapa nak sempat dah nak baca novel, beralih kepada baca blog pulak. Dulu selalu pergi perpustakaan desa kat area rumah saya tu kayuh basikal dalam 5 minit . Tapi tak tahu sekarang wujud tak lagi perpustakaan tu. Kebetulan masa tu , librarian yang jaga kat situ kakak kepada salah sorang kawan baik juga masa sekolah. Mana perginya kawan saya tu, rindu nak dengar suara manja dia. So dia selalu lah update kat saya kalau ada buku baru sampai. 

Sekarang saya kahwin pulak dengan si ulat buku jugak. Pantang nampak kedai buku wajib masuk. Dia suka baca buku permotoran. Hobi baca buku ni pulak dah turun kat dua-dua anak saya, my Nuha dan my Nayla.  Untuk hari lahir tahun ni, tak tahu nak bagi apa dah. Sekali tengok iklan Sale RM2 di BookCafe.com.my terus cepat-cepat klik dan buat pembayaran.  Senang betul beli buku dihujung jari ni. 


Ini lah iklan nyer hah..Cepat-cepat klik selagi masih ada stok. 



Antara buku-buku yang ada 



Menyesal pulak beli 4 buah buku jer. haha. Sengal kan. Bagus betul BookCafe.com.my ni siap guna air-bubble lagi untuk membungkus buku-buku yang kita order. 


Bersama buku-buku yang saya beli


Hasil rembatan . Menyesalnya tak beli 


Jumpa gambar lama my Nuha masa ni tak silap umur dia 4 tahun , lawatan ke Perpustakaan Raja Tun Uda, Shah Alam masa dia tadika UiTM.  Memang seronok dia cerita pergi kat situ tapi sampai sudah mak tak bawak-bawak. 


my nuha dari kecil lagi suka masuk kedai buku

Anak-anak korang ulat buku tak?

Daripada Aishah RA katanya sabda Rasulullah SAW, “Sesungguhnya Allah bersifat lemah-lembut dan berlemah-lembut dalam semua perkara.”
(Hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim)


Friday, August 05, 2016

Harga 2016 | eQurban Resources Sdn Bhd | eQurban.com | Qurban & Aqiqah

Sekarang dah musim haji kan. Musim haji ni sinonim dengan qurban atau aqiqah. Sekarang semua tempahan qurban atau aqiqah boleh dibuat di hujung jadi dengan  eQurban. eQurban Resources Sdn Bhd merupakan sebuah syarikat yang ditubuhkan untuk membantu menjana ekonomi rakyat setempat seperti di Kemboja dan Indonesia. eQurban dengan kerjasama koperasi setempat mengusahakan ladang ternakan lembu dan kambing.Semua ternakan ini dijaga untuk tempahan Qurban dan Aqiqah oleh umat islam dari seluruh dunia.

Harga untuk setiap bahagian lembu bagi tahun 2016 adalah : 

RM350 satu bahagian lembu (Kemboja)
RM550 satu bahagian lembu (Malaysia)

Manakala harga untuk seekor kambing qurban  bagi tahun 2016 adalah : 
RM580 seekor kambing (Indonesia)
RM800 seekor kambing (Malaysia)

Bagaimana untuk membuat tempahan Qurban atau Aqiqah?

Anda hanya perlu mengikut 3 langkah mudah ini

✓ Klik dan pergi ke halaman http://equrban.com


✓ Pilih bahagian Qurban atau Aqiqah
✓ Kemudian buat pemilihan sama ada Lembu atau Kambing
✓ Isi borang tempahan dan buat bayaran seperti yang dinyatakan
✓ Hantar tempahan.

Semua tempahan akan disahkan oleh pihak admin dalam tempoh 24-48 jam, selepas pengesahan dibuat, anda boleh melihat dalam ruangan arkib tempahan untuk senarai tempahan aktif.

Tempahan aqiqah akan diselesaikan dalam tempoh 60 hari manakala tempahan qurban akan diselesaikan semasa musim raya haji.


Kenapa menempah Qurban dan Aqiqah bersama eQurban?

Tempahan kambing atau lembu yang dibuat bersama kami akan kami sembelih di lokasi seperti Kemboja, Indonesia atau Mekah (terhad semasa hari raya Aidiladha).

Tujuan utama kenapa ianya disembelih di sana adalah disebabkan keadaan ekonomi yang tidak mengizinkan mereka menikmati hidangan daging seperti kita semua di Malaysia.

Daripada Abu Hurairah RA katanya, Rasulullah bersabda, “Bercakap dengan perkataan yang baik merupakan sedekah.”

My Nuha & Nayla | Aku Bukan Chef

Thursday, August 04, 2016

Sambutan Kejutan Hari Lahir ke 8 dan Dating Anniversary ke 13

Welcome August ! Hari Selasa lepas, 2 Ogos 2016 genaplah usia puteri kesayangan kami yang ke 8. Masa birthday hubby yang lepas dia yang bagi idea untuk buat kejutan kat Abah dia. Masa hari Selasa tu memang tak buat kejutan lah sebab bawak pergi makan kat KFC lagipun hadiah hari lahir dia tak sampai lagi. Semalam my hubby cakap, hadiah hari lahir dah sampai dan petang tu saya singgah Secret Recipe belikan 4 slices kek.


Setup untuk surprise birthday my nuha . Masa ni dia pergi mengaji . Cepat-cepat mak mulakan operasi . 


Seronok dapat tiup lilin 

Adik kat tepi pun nak jugak tiup 


Turn adik pulak.. hehehe. Tumpang birthday kakak 


Beli 2 jenis kek, Chocolate Indulgance dan Macadamia Cheese cake . Dah la mak tengah elakkan makan manis-manis ni beli banyak kang naik pulak bacaan gula mak. 


Selfie dengan anak dara 

Gambar bertiga pulak. Adik terselit kat tepi

Tak pernah tak sayang kakak

Abah pulak masuk frame

Mak pun nak tumpang masuk frame :) 

Birthday girl dengan hadiah hari lahir 

Happy birthday sayangku Nur Nuha Humayra semoga sentiasa menjadi penyejuk hati dan mata Ummi dan Abah dan menjadi contoh terbaik buat adik . 


Muka bersinar-sinar dapat buku tapi mak suruh jangan baca lagi. Boleh baca hari minggu nanti. Adik berebut buku dengan kakak. Tengok-tengok dia pergi sorok dalam almari. hahaha


Sambutan hari lahir di KFC, Setia Alam pada 2. 8. 2016 

Birthday pack yang saya sediakan untuk kawan-kawan sekolah agama my nuha. Seronok pulak buat kerja-kerja macam ni. 


Untuk cinta hati, Semoga kita kekal bercinta dan berbahagia sampai syurga kerana Allah...
Tak sangka sudah 13 tahun menyintaimu and still countings...


Daripada Ka‘ab bin ‘Iyadh RA katanya, aku mendengar Rasulullah SAW bersabda, “Sesungguhnya bagi setiap umatku ada ujian. Ujian ke atas umatku ialah harta benda”.

 (Hadith Riwayat at-Tirmizi, katanya : Hadith ini Hasan lagi Sahih)


 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)