Showing posts with label we are family. Show all posts
Showing posts with label we are family. Show all posts

Friday, July 27, 2012

Kad Raya Buat 10 Pengomen Tegar elissmie.com dan FM UiTM buat yang bertuah

Setiap tahun mesti ada kad raya yang saya hantar especially buat ma abah dan mertua. Tapi tahun ni , untuk menghargai 10 pengomen paling tegar di elissmie.com saya nak bagi kad raya. Tapi duit raya, tak der lah kan.Boleh join contest Shakiddo jika nak duit raya :) Jom kita lihat senarai pengomen tegar di elissmie.com untuk bulan ini .





3.KiD








Seterusnya, penerima FM UiTM  yang bertuah :) Saya ambil 3 yang teratas yang komen pada entry ini. Semalam baru saya berpeluang nak ke koperasi UiTM untuk beli kad raya, so saya belikan terus 3 FM . Harga dia naik pulak. Agaknya tahu kot saya nak beli :) Tak mampu nak tunaikan harapan semua sekaligus,mungkin amik masa sket yer :) Jom kita lihat siapa pemenangnya untuk kali ni :-




  
p/s:

Nampaknya ada 3 pasangan adik beradik suka komen kat blog elissmie.com ni yer dan pengomen tegar bulan ni pulak tu :) Dan ada yang bertuah dapat kad raya dengan FM sekali . 

Sila tinggalkan alamat anda di elissmie [at] gmail [dot] com yer :)
 Kepada Yatie Chomeyl, alamat jepun pun x pe :) Insya Allah, boleh pos :)

p/s:

Nama yang tidak tersenarai tu jangan bersedih yer. Lepas ni kena komen banyak-banyak yer :)


 Korang hantar kad raya tak tahun ni ?

p/s:

Memperkenalkan, Muhammad Riykael Naim. My new edition family member, lil nephew :)
Alhamdulillah dah selamat keluar dari Hospital Kluang petang semalam :)








p/s:
Saham Akhirat - Derma untuk pembinaan Surau Presint Inang, Bukit Raja
Bank Muamalat Jawatankuasa Pembinaan Surau Presint Inang - 12040002833710
Ibu tunggal ini memerlukan sumbangan anda [boleh baca kisahnya disini dan disini ]
Maybank Acc No :164034266923 
Nama : Haryani Binti Mat Hussin
Lebih lanjut : 
http://aliaharyanie.blogspot.com


Nak beli tupperware dengan harga ISTIMEWA , bole dapatkan disini [ klik laju-laju]
Basuh kereta di Tip Top Spa Auto Service, Seksyen 7, Shah Alam. [ klik laju-laju]
Baju kurung cotton, polka dot pun ada, klik sini. [ klik laju-laju]





My Nuha | Aku Bukan Chef

Friday, March 16, 2012

Dekorasi Ruang Tamu Rumah Kampung ?

Ada seorang reader blog ni tanya me dalam entry mana ntah,pasal dekorasi ruang tamu rumah kampung.Rasanya tak kisah la rumah kampung ke rumah bandar. Yang penting keselesaan kita dalam menghias ruang tamu rumah kita tu. Susun atur perabot nak kena betul, begitu jugak dengan pemilihan langsir ruang tamu tu.Mungkin gambar-gambar kat bawah ni boleh memberi inspirasi kepada sesiapa yang mempunyai rumah kampung, yang me rasa mungkin rumah kayu kekdahnya.

 Sebenarnya me nak tayang ni ruang tamu rumah me kat kampung :) Me nak tunjuk idea yang dicurahkan keatas rumah kampung me oleh my ma & Abah. Jangan tak tahu, rumah me pernah dapat rumah tercantik tau anjuran Felda kampung me tu lah :) Dan tak silap tahun 2010 dapat anugerah rumah tercantik sepanjang masa anjuran Felda jugak :) Memang dah tak boleh masuk bertanding sebabnya asyik menang kat rumah me ajer :p Dulu masa kecik-kecik tension jugak, sebab rumah kena kemas sentiasa sebab my ma & Abah akan membebel kalau rumah bersepah. Tapi skang me bagi jer my Nuha buat sepah sebab me tahu betapa seksanya me dulu.Skang my hubby pulak yang berleter kat my Nuha.hahahaha. Me ngan my Nuha, dengar ajer motor Abah dia balik, cepat-cepat kemaskan rumah sebab tak nak kena leter.

Actually ruang tamu rumah me tu ada 2 bahagian. Bahagian pertama, adalah ruang untuk kami melepak dan menonton televisyen. Me kalau balik kampung , memang tidur depan ni ajer :p


Ni meja memang ada kat situ, kalau letak fresh flower pun menarik jugak kan.



Kat sini, Abah letakkan wall of fame adik beradik kami , gambar time konvo anak-anak. Nampak simple tapi menarik kan.



Ni bahagian ruang tamu kedua. Yang ni kalau orang datang rumah, memang duduk sini la.So tak nampaklah orang tengah melepak kat dalam :)Sebenarnya ni masa kenduri kahwin my adik, so letak meja makan untuk makan beradap. Me tak jumpa pulak gambar sebelum kenduri :p Nanti kalau ada me letak balik.



Yang ni bahagian dinding tepi. Ada hiasan jugak yang my ma taruk.

Kalau kita perhatikan rumah kampung, mesti nak buat langsir kat pintu bilik kan?Yang ni adalah BIG NO dalam menghias rumah - Eric Leong cakap bukan me ok :p Tapi my Ma dia tetap nak letak jugak langsir :p Rumah me pun dia suh pasangkan langsir kat bilik tidur.hahahaha. Harap-harap Eric Leong datang nak makeover rumah my Ma.  

Kat kampung korang ada ruang tamu yang menarik ?



p/s:
 Kalau ada, emailkan kepada me elissmie[at]gmail[dot]com untuk me upkan disini :)

p/s:
 
Saham Akhirat - Derma untuk pembinaan Surau Presint Inang, Bukit Raja
Bank Muamalat Jawatankuasa Pembinaan Surau Presint Inang - 12040002833710

Nak beli tupperware dan NAK tupperware PERCUMA , bole dapatkan disini [ klik laju-laju]
Basuh kereta di Tip Top Spa Auto Service, Seksyen 7, Shah Alam. [ klik laju-laju]
Baju kurung cotton, polka dot pun ada, klik sini. [ klik laju-laju]


Monday, September 28, 2009

Ceritera Raya

Kat kampung aku sudah dapat connection celkom berukband HSDPA 3G..Gila laju...leh tengok Nur Kasih tadak sekatan langsung(Shah Alam pun tak laju macam tu) ..i miss oredi my kampung..huhuhu...tapi aku malas nak update blog..cuma jengah blog yang berupdate tanpa jejak jer..hikss..semua mesti mood RAYA blom abes lagikk kan?

Raya kali ini, tidak la meriah sebab kami satu family telah jadik S-Jibeng di Raya kedua..sakit mata maa..aku MC 3 hari ko :) Save cuti tahunan..wakakaka...memula Abah aku yang kena, pastu aku,Nuha, my hubby, ma aku, kak long aku, long aku, mak mertua aku dan ayah mertua aku..huhuhuhu..

Tapi hari Raya pertama jer laa Raya..aku langsung tak pegi beraya mana-mana..susut laa duit raya Nuha tahun ni..2% jer dari tahun lepas :P

Jom Layan gambar raya aku dengan tema purple gitewh :) Nuha time ni nak tido..so memang payah giler nak amik gambar..tapi seb baik ada photographer pro :P (Long aku) so menjadik laa juga Garden Raya Portraiture kami :) cun kan??hihihi..ada tempahan?

Baju hijau aku ngan Nuha tu Raya kedua..ni kiranya gambar Raya 1 dan ke 2 jer..




aku paling suka gambar kat celah2 tiang rumah tu :)



abaikan aku yang hover :P



nuha dapat duit raya dari Tokki :)

 

aksi Nuha..anak dara sapa laa ni :)


keluarga belah my hubby dan kawan aku, Ana :)

Tu jer laa gambar Raya yang dalam kamera aku..kamera Long aku tak letak lagik..

Friday, September 04, 2009

Memperkenalkan.........Wan Nauffal Firzan

Digital Scrapbooking at WiddlyTinks.com
Photo Tinks by WiddlyTinks.com
 

Ni anak sepupu aku yang selamat dilahirkan last week,sabtu (29 Ogos) ,  kat KPJ Seremban pada pukul 4.30 pagi...Tahniah kepada Fahmi & Hani..
X sempat arwah pak long aku tengok cucu dari anak bongsu dier...meninggal masa hani, isteri sepupu aku ni mengandung sebulan...

p/s: lepas aku dapat SMS pada pukul 5 last week,  aku bangun sahur dan tengok citer Nur Kasih..hehehe..

Friday, July 17, 2009

BIRTHDAY @ JULY


 16 July
p/s: Happy belated bday ag!
Semalam aku bz dan lupa :P slap slap slap..bad me :(
p/s : ko nak tunang erk..sesenyap jer..bila tunangnya??hikss..ke dah lepas? :P gambar pun amik koleksi peribadi aku jer yang mana ada kan :P


13 July

p/s: Juga untuk Liya my blogger frenz, yang berkongsi nama baby dengan nuha tu :) p/s: bila nuha nak jumpa nuha yer? :) nway, happy belated bday!!

Semalam jumpa sama my blogger fren, Rumiza.. :) mak nyer aimi husna nanti kiter lunch lagikk erkkk!!nice knowing you..bleh lepaskan perasaan cakap kelate...hihihi....kalo telefon mak/abah atau family jer bleh cakap kelate ni :) sampai aku pun kena panas enjin dulu baru bleh cakap btol bhs kelate :P tu dah ckp trg-kelate ngan ko tu :P

p/s: Hari ni aku ke tesco...sudah beli baju tema hijau tunang adik aku next weekk...yeeehooo!!tinggal my hubby lagik blom beli tshirt hijau :p weekend ni ler yang..hikss..nuha pun dah beli lama  :)


p/s:pic aku ngan adik aku kat belakang umah aku..tak sangka ko dik..ko dah nak tunang :P aku masih duk bayang2 ko kecik2 macam ni..hikss..jangan mare :)

Thursday, April 02, 2009

Memperkenalkan.........


Inilah cinta hati baru Along n Kak Long, anak buahku...
Mohd Afiq Rayqal bin Hamka


Dan Ni plak baby lama..hikss..
Lama tak buat scrap utk Nuha..ni ada orang buatkan :P


Tq Nurhayati for the scrap :D


Dan semalam aku order Muchkin Food Feeder..hari ni terus dapat!! Wah!5 stars rating untuk My BB Store Dot Com .
Punyalah terliur Mika punya...hikss..
Setelah berhempas pulas mencari disemua bb store kat Shah Alam tapi tak jumpa..hiks..akhirnya aku order online sajork..lagipun skang tengah sales kat situ...hiks..x sabar nak bagi Nuha guna..dier paling suka betik dan pisang..hikss



Info ni aku amik kat My BB Store Dot Com

Munchkin: Fresh Food Feeder
MYR 25.90 23.31
All the nutrition with none of the risk.

This award-winning product allows your baby to enjoy lots of delicious foods without the choking risk. Simply put a piece of fruit, vegetables or meat into the mesh bag and snap shut. Your baby can chew, suck and enjoy all the whole food goodness and taste, with only the tiniest, digestible pieces coming through. Your baby gets great flavor and you get great peace of mind!

- Textured handle easy to grasp
- Ideal for 6+ months

Award Winner, 2004 Winner of a Parenting Magazine “Mom Tested” Award.

Tuesday, February 10, 2009

Ber'kenny rogers', ada berani??


Safraa,Kak Long,Long,Nuha dan of coz ler aku ngan my hubby...



Konsep retro gitewh..i loike!


Makan sampai kenyang...aku belanja!!


Hari Ahad, aku pegi KL sebab dah janji ngan Long aku nak celebrate bday dier kat Kenny Rogers..tertunda dah bape minggu sebab ada hal yang tak sempat dielakkan pada minggu2 sebelum tu...

Venue:Kenny Rogers Jaya Jusco AU2..
Date:8 Feb 2009
Menu: Beef Bolognaise Spaghetti + Vanilla Muffin + Fruit Juice (Mango)=(Long)
Original Quarter Roasted chicken + Golden Corn & Carrot + Garden Pasta Salad + Macaroni & cheese + Vanilla Muffin + Hot Chocolicious Milk =(Kak Long)
Original Quarter Roasted chicken + Golden Corn & Carrot + Garden Pasta Salad + Macaroni & cheese + Vanilla Muffin + Hot Chocolicious Milk =(Kak Long) =( Safraa my cousin)
Black Pepper Quarter Roasted chicken + potato Salad + Aromatic Rice + Fresh Fruit Salad + Chocolate Muffin + Caffè Mocha Iced Blends=(My Hubby)
Original Quarter Roasted chicken + Mashed Potato & Gravy + Garden Pasta Salad+ Fresh Fruit Salad+Vanilla Muffin + Chocolate Extreme Iced Blends =(Aku )
Nuha = tissue Kenny Rogers..hikkss..:D

Nuha tak meragam langsung sepanjang kitorang makan tu..sonok duk atas kusi yang di provide oleh Kenny Rogers tu gamaknya..dah laa memula tu main ketuk2 meja kat situ..tapi bila abes makan, baru dier nanges sebab Ayah Long dier amik tisu kat tangan dier..hiks..apa punya perangai ler...lagipun, dier dah ngantuk..bed time dah..


Lepas makan, aku ke babies department, belikan Nuha 2 pasang stokin sebab aku terlupa nak bawak stokin Nuha...hikss..ampunkan Ummi Nuha...Pastu singgah B*nito beli skarf..teringat kat Kak Red bila lihat banyak red stuffs kat situh...Opss..
Then balik umah Long aku layan Movie, budak Kelantan & Kami...dua2 thumbs up!
tapi ending Budak Kelantan, aku tak berapa nak suka..bleh x buat ending lain?hikss..owh,dah lama x gi tengok wayang...huhuhuhuhu..

Friday, January 30, 2009

Balik Kampung CNY!

Hari sabtu gerak kul 3 ptg ke Terengganu..Mulakan dengan Bismillah :D


Nuha masa ni tak meragam sangat...asyik tido jer..hiks..good gal!


Memula tu tak jam..tapi bila lepas Tol Gombak, baru start jam sampai ke Tol Bentong..babik btol..


Tol Gombak..Cantik kan awan tu?


seb baik laa sebelum terowong tu, diorang buka jalan sebelah kanan satu lorong..so jam tu tak der laa lama sangat...kitorang berenti R&R Temerloh untuk tukar diaper Nuha..aku dah bawak bekal sandwic, so juz beli air jer kat sitewh..then gerak balik..



Lambang kemegahan terengganu..Kuwait Malaysia..


Sampai paka, umah MIL kul 9 malam...Nuha biasalah, x kenal orang..abes dengan semua orang dier tak nak kecuali PIL aku...hiks..memilih jantina btol la...
Kul 2++ pagi, terima berita yang menyedihkan dari Abah aku yang Pak Long aku meninggal..
Kul 9 lebih esoknya,kitorang gerak balik Besut..Nuha masa ni demam plak..aduhai...cuak jugak..pakaikan dier cool fever..nampak ok sket..time kitorang sampai tu jenazah dah siap dimandi dan disembahyangkan..aku tak ikut laa pegi kubur..duk jer umah layan orang datang melawat..malam tu tidur kat umah mak cik aku,Mak Tie kat Jabi..
Layankan gambar ok!


aku harus ada...blog aku what??


Ngah aku ngan Nuha..macam tau2 jer aku nak buh dalam blog :D


abah aku ngan 2 orang cucunya..


esoknya pergi umah MIL Ngah aku kat Pasir Putih..then pegi pasar pasir putih untuk lunch..Nuha memberi komitmen yang tinggi sebab dier tido..hahahaha...orang punyalah bising kat situh..dier bleh selamba badak jer tido atas meja makan..sampai abes kitorang makan ni...hiks..



Then bergerak balik Paka..tido umah ma aku dulu malam tu then esoknya baru tido Paka..aku sempat gak pegi PasarayaKu dekat2 umah MIL tu..seyes..murah gila baju2 kat situ..hiks.baju budak RM 5-RM10 jer pun lawa2...aku rembat 3-4 helai untuk Nuha..tu pun sebab dah rambang mata...hihihi..agenda sebenar nak beli suar kecik aku terbeli Nuha nyer baju :P
Memang tak der buat aktiviti pun masa balik kampung tuh..memang penat badan sangat2..Konon nak pegi Mesra Mall laa (pasaraya baru bukak kat Kerteh), konon2 nak pegi pantai laa makan keropok tapi nan ado...angan2 semata2..khayalan dan fantasi gitewh...sedih sangat...dah laa frust tak bleh nak lepak Cherating on the way balik Terengganu tu...melilau jer mata aku masa sampai situh....

On the way balik Shah Alam, kami sempat laa singgah kuala kemaman carik kopok..Then singgah Pantai Teluk Mak Nik..D' Monica Bay tu nama omputehnya..lawak seh..Kesian Mak Nik tetiba dapat nama Monica :P my hubby rindu nak tengok pantai laa tuh..hehehe




Macam biasalah, x sah tak menggediks amik gambar ngan Nuha..



My hubby macam biasa arr..off frame :P ingat aku nak letak sangat gambar dier kat blog..hihihi..memang aku letak pun :P

Thursday, January 29, 2009

Kehilangan...


Hari ni aku tak de mood lagik nak blogging sebab tadak gambar..semua dalam kamera..my hubby bawak gi ofiz..esok laa..
Al-Fatihah Buat Ayah Long aku(dalam bulatan),pernah ada entri sebelum pasal dier sakit kat s.i.n.i yang pulang ke Rahmatullah pada Ahad lepas,26.1.2009 pada pukul 2.00 pagi kerana sesak nafas..Al Fatihah...


Meninggalkan seorang balu (Mak Long aku-tudung hijau ) dan 6 orang anak...x sempat tengok cucu dari anak bongsu..isteri sepupu aku,harni baru jer hamil sebulan...Ni gambar masa majlis persandingan sepupu aku tu di N9 tapi aku tak pergi sebab on the way balik Trg time tu..credit to Long for this 2 pics..
Ayah Long aku adalah bapa kepada Ameng Spring(baju hitam tu )..yer yer..dier sepupu aku.baju hitam kat depan tu long aku..yang belakang tu ok.. :P

Monday, January 12, 2009

IID 2009 (Invention, Innovation, Design) Competition!

Weekend hari tu, sabtu, aku dengan baik hatinya datang buat OT..sajer suka2...lagipun bosan duk rumah kan...yer laa..aku tadak keja nak buat kat rumah......hahahaha...dasar G.M! (Gila Meroyan) Jangan tanya apsal aku kena datang OT(nak kena tampaq silakan) ..ni punya pasal...IID 2009 R & D Competition...nak tau pasal aper..info di sini.
Aku nolong ajer dak niza ni buat sistem, kalo menang kira gempak laa...hehehe..ok, dah pasal kerja..x best :P


Hari Sabtu memang letih laa, sampaikan Nuha (yer dier datang ofiz aku, buat OT onar sekali)..seb baik dier tak meragam masa kat ofiz..leh aku buat kerja dengan gumbira..lalalalala..tapi biasa laa, 2 kali stop buat kerja sebab dier nak breastfeed...dah macam Taman Asuhan Kanak-Kanak dah ghuper ofiz hari aku sabtu hari tuh...huhuhu..belah malam, awal jer Nuha tido..aku lewat jugak, duk berborak ngan Long aku...dier datang sajer2 melawat kitorang dan makan kenny rogers tapi tak jadi, masa terlalu suntuk.
Hari Ahad, kitorang pegi umah kazen aku kat Klang..dier jamu kitorang nasi minyak daging masak merah, ayam gulai dan acar timun..dah macam makan kat kenduri kahwen aku rasa..hehehe...siap ada dessert lagik..Puding buih :D
Seterusnya layan gambar laa...

 
 

Hari ni, kitorang kuar kejap teman Niza pi B*nk R*ky*t...Dier nak pinjam ngan Ah Long dier takut, so terpaksa laa pinjam bank..hahahaha....ampun!!!!!!!

p/s: boz, tengok ni 2 orang budak tengah mengular....dah laa tak ajak makan, jejak ditinggalkan..hahahaha...ampun....larikssssssss!

Friday, January 02, 2009

Happy Birthday My Dear Hubby!


Malam kelmarin dah sambut birthday my hubby in advance...
 Venue: Restoren aper ntah, Padang Jawa (10 minutes walk to Stesen Komuter Padang Jawa)
Menu: Nasi putih +Sweet Sour Ikan Kerapu + Kailan ikan masin + telur dadar + sambal + tembikai susu(for me) + teh tarik (for him)
Memula, baik jer Nuha duk dalam stroller...
Tapi bila dah nak sampai makanan tu, dier dah menanges laa...huhuhuhu..terpaksa laa aku makan dulu...Alhamdulillah....erkkkkk..my hubby dukung Nuha jalan2 kat restoren tuh..bila aku dah abes makan, baru aku amik..aku amik2 dier, terus tertido....hehehe
Pastu, birthday boy terpaksa laa makan sorang2..sheann...
 konon2 nak pegi Dataran Shah Alam laa lepas makan, kot2 ada bunga api kan..sekali my baby dah ngantuk abes :) kensel laa...balik umah terus :D
wajah organizer harus ada kan..lalalalala :P

Saturday, October 04, 2008

Waiting For Me Shah Alam...

Hari raya kedua, aku tak pegi mana..duk jer umah mertua sebab my hubby pegi menziarahi pakcik dier kat Kuala Berang yang uzur..Tak ikut pun ..So x jadi ler tema2 koko tu..So hari ketiga baru laa beraya dengan tema koko..Sempat pegi 3 buah rumah pastu Nuha merengek..huhuhu...
Hari ni Nuha menangis sepanjang hari..Sedih agaknya..Aku pun sedih..Siap menangis time salam ngan ma abah aku...yerlah sepanjang pantang ni, diorang laa yang jaga aku ngan Nuha..siap tido sebelah aku lagi kot2 Nuha merengek tengah2 malam dan takut aku tido mati!Oh plzz! :P
Esok nak balik Shah Alam..x sabar jugak tapi sedih jugak(tak berani sebenarnya coz takut tak leh nak manage Nuha sensorang)..Ya Allah..Kuatkan semangat ku..Amin..Skang My Hubby pegi isi minyak keta..harap cepatlah..pasni leh tido awal coz esok nak kena balik Shah Alam awal2 pagi coz kesian kat Nuha kalo lewat2..mungkn 8.30 pagi..nak singgah Gambang jap coz nak drop anak buah my hubby kat UMP..
Ok Shah Alam..waiting for me!
p/s: Congratz to Wafaa for newborn baby!Alhamdulillah!Dapat anak teruna yer kamu!

Wednesday, October 01, 2008

Hari ni hari raya

Post yang sebelum ni aku auto post.Ni aku post malam plak.Pagi tadi aku mangun agak lewat dari kebiasaan coz Nuha asyik merengek sepanjang malam siap hampir terbabas subuh
Mula2 beraya kat umah mertua(of coz laa coz aku tido umah dia kan)..then kul 10 baru aku balik jumpa parents aku lak..
Tahun ni semer orang datang umah aku bawak baby memasing!
Dan aku sungguh gembira kerana tahun ni kami sudah beraya bertiga!
tapi sedey gak coz baju sedondong kaler biru bertiga tak snap tadi coz my hubby tertinggal kamera umah mertua..x per, esok masih ada!Tema untuk esok-koko! Tunggu!

Sunday, August 31, 2008

Kelahiran putri cinta hati kami...


Hari Pertama Dilahirkan


Hari Kedua Dilahirkan


Setelah sekian lama aku menyepikan diri..baru skang aku berpeluang untuk mengupdate blog aku..Terima kasih kepada my dearest hubby yang telah menghadiahkan sebijik laptop(walaupun bukan avio seperti yang diharapkan:P) but it's compaq notebook.... Ok dah tu..Syukur Ahamdulillah dah sempena Dating Anniversarry kami yang ke-5 pada hari Nur Nuha Humayra dilahirkan.. 

Yang lambat baru aku online ni pasal cel*** berukband ni laki aku baru beli(guna duit gaji aku :P)yang ni aku hadiahkan untuk diri aku sendirikk.. tercapai jugak cecita aku untuk hadiahkan bb pada hari tuh..so aku tak bagi apa2 la kat dia..just sekeping kad dan seorang bb gal yang comel,sihat dan sempurna..terima kasih my dear bb, save budget ummi..hehehehehe..agaknya birthday aku nanti dah x bleh berharap apa..sebabnya kos untuk melahirkan Nuha dah cecah 7K.

Kompeni my hubby bagi 2K so kena bayar balik 5k..hehehe..so lepas ni terpaksa la saving lebih sket.. saat aku update blog ni,pengasuh Nuha masih lagi belum dikenal pasti..aiseh..sesiapa yang sudi mengasuh anak aku sila hubungi aku dengan kadar segera..ohhh plizzzz.... mungkin ramai yang tertanya2 kronologi kelahiran Puteri Cinta Hati kami tu..(chehss..ramai laa sangat).. k laa..

**** 1/8/2008***
Hari ni aku ada appointment weekly dgn doc Z kerna Doc yg biasa chek aku ada urusan lain..aiseh..Hari ni merupakan due date aku..setelah dier periksa kandungan aku, dier kate my bb growth well..dan tanya aku samada aku nak simpan lagi ke my bb..sebab dier ckp bb aku dh cukup matured dlm tuh..aku pun bersetuju laa sbb rs dh tak sbr tungu my bb kuar..so pukul 12.15 p.m dier induce aku..my hubby lak masa tu ada kat ofiz lagik..kul 1 baru my hubby sampai..lega saat tuh sebb aku teringin sgt my hubby hadir tatkala aku melahirkan bb kami..setelah 4 jam aku masih tidak merasa apa2(kononnya lps induce,4 jam dh bersalin)hampeh sajork.....sampai la malam, waktu isyak aku ngan my hubby berjalan2 dalam wad, konon2 nak memudahkan aku bersalin la..entah sape punya petua.. :P 

Tiba2 aku rasa ada aliran hangat keluar dari tutt aku tu.. aku suh hubby aku lap, dier kater darah..mak ai..dier dah cuak2 terus panggil misi(nurse)..misi plak siap nak bawak wheelchair lagik nak tolak aku turun wad bersalin..aku ngan hubby aku slumber jer nak turun tapi misi tu berdegil gak nk sorong sebab takut terjadi apa2 kan..sekali lagi alat dipasang kat perut aku untuk check cntraction.. bila misi check jalan, jalan baru terbuka 2cm...sepanjang malam aku rasa x bleh nak tido(ada 2-3 jam aku tido :P), ma abah n my hubby duk nunggu aku dlm bilik tuh yg pada mulanya nak my hubby nak antar balik umah..tapi xjadi la..rela diorang tido kat lantai..shean jugak aku nengok..mlm tu banyak kali laa pad aku tukar..banyak turun air+darah..aku rasa sakit macam sakit senggugut jer..x ler sakit sngt tapi makin lama makin sakit..sampai laa pagi menjelma..

****2/8/2008*****
pukul 9 lebih, doc Z plak check pintu rahim, dan baru terbuka 4 cm jer setelah 12 jam.. bila lagik ni nak beranak ni, jalan tak terbuka ni..dalam hati aku dah terasa tak sedap dah..ker kena caeser ni.. pukul 3 lebih, aku disorong ke bilik bersalin..pada masa ni aku dah tak rasa sakit apa2 dah..jalan pun tak terbuka.. misi tu psng alat check contraction lagi...aku ngn my hubby siap tido lagik dlm bilik bersalin mcm x der apa2 yg bakal berlaku..pukul 4 lebih, doc z check jalan lagik..dier kater baby aku x trn2, dan bila tengok kat alat tu dier kate bb distressed kat dalam..so terpaksa caeser kot2 terkena jangkitan...terus menitis air mata aku..x tahu nape ..takut kot..hehehe..

aku disorong masuk ke bilik bedah, bila aku turunkan cap mohor pada surat keizinan bedah tuh.. masa tu, aku nampak wajah sayu, ma dan abah aku..dan paling sayu wajah kesayangan hamba ler...saper lagik.. my hubby laa...(atau mungkin dier sedih sebab impian dier nak beli motor besr hancur :P) durjana punya istri.. saat aku disorong tu berapa banyak ayat yang aku ingat keluar dari mulut aku(seb baik x baca doa makan jer :D)..prosedur pertama, aku kena suntik ubat bius kat tulang belakang..mak ai sakit yang amat tapi aku cool jer..cool laa sangat..dalam hati tuhan jer yang tahu..sampai doc semua pelik tngok ke'cool'an aku siap tanya aku tak takut ker?adakah aku harus takut?siap tanya dah penah bedh ker??huhuhuhu..maknanya aku ni pandai berlakon laa kan..setelah dibius beberapa kali,aku dh mula rasa separuh badan ku hilang..tangan aku didepakan, tangan kanan di letakkan alat BP dan tangan kiri wayar nadi kot..aku pun ingat2 lupa..

 dan ada kain benteng antara aku dan perut ku..kalo dier bukak kain tu, aku rasa mau pengsan aku...hehehehe.. then aku tengok lampu..x nampak sgt..byg2 jer..doc z tengah mencukur :P, then rsa sejuk2..maybe tengah sapu antiseptik kot, then aku rasa ada orang duk membelai2 perutku..doc tu telah menekan bahagain bwh dada utk kuarkan bayi ku kerana dier x mo turun..tepat pukul 4.42 p.m, bbku berjaya dikeluarkan..Alhamdulillah..tangisan pertama nyer slow sangat, pastu bila dah dimasukan oksigen, barulah dier menangis kuat..then doc fad, menunjukkan bb ku, dan itulah saat pertama aku melihat bbku dan menciumnya..

Alhamdulillah..semuanya sempurna dan putih..hehehehehehehehehehehehehehhe.. (pjg gelak sbb x sangka bb ku putih..kalo ikut aku mau gelap sket).pukul 5 lebih, bb ku dihantar pdku..untuk breastfeed buat kali pertama...syg anak ummi!dh pandai dan hisapan pertamanya sungguh kuat ...anak abah la katakan!hehehehhehe
Terima kasih buat semua yg mendoakan keselamatan aku dan bb dan yg sudi melawat aku esp ofiz mate aku dr Psmb, dato',datin, tn pn, dan dif2 kehormat..hehehe dan tak dilupakan org kampung aku!

Tuesday, July 15, 2008

Ari ni aku sudah ada drebar..

Huhuhu..Sila jelez sekali lagik..dah laa semalam ma aku buatkan aku ketupat sotong..hari ni lak, abah n ma aku pegi antar aku ke ofiz..haruslah ma aku ikut sekali..kalo sesat kang, diorang berdua..huhuhu..bab²jalan ni, ma aku lagik cepat henggat dari abah aku..aku rasa semua perempuan macam ni..aku ngan my hubby pun sama..my hubby nak hafal jalan pegi seksyen 2 tuh pun aku rasa 300 kali lalu, baru dier henggat..oh durjana nyer isteri itewh...mintak ampun yang bang! :D Jalan²lain x payah kira laa..yang sekangkang anak kera jarak dari umah aku pun lama baru dier hafal..aku ni bab² menghafal jalan, aku rasa aku lagi expert laa dari my hubby..coz aku ni selalu menggunakan public transport di era bujangan dulu..abes mender aku naik..bas ker, monorail ker, lrt ker, komuter ker, taxi ker(time² kaya jer ni-contohnya bila gaji masyukk) segala mak nenek public transport laa..tu kekadang jauh laa sket dari jalan sepatutnya kalo nak ke sesuatu tempat..atau pun aku x reti ker situ kalo naik kereta..muehehehehehe..sila marahkan diri saya..saya memang penakut nak bawak moto atau keta dulu..skang baru aku menyesal..tu pun still takut lagik...kerna masalah ku adalah 'farking'...masa kat driving school dulu, aku rasa aku lah yang paling kerap strike ..chehss macam bowling lak..abes pagar yang nak belajar masuk parking tu aku cantas..sungguh cekap kan?aku x cantas pagar parking tu cuma masa hari ujian memandu jer..Alhamdulillah..aku amik sekali jer lesen keta..tapi aku berbangga, sebab aku dapat full mark OK masa ujian bertulis! bab hafal² ni memang i loike!bab praktikal ni lemah sket..kecuali praktikal di atas ______..sila sambung sendiri..aku x nak layan... Hari ni ofiz aku ada buat gotong royong..chewah..aku duk rilek² sajork..muehehehe..lagipun aku gi attend meeting..terima kasih boz kerna bagi saya alasan untuk skip gotong-royong itewh..hehehehe..
  Niza dengan uniform gotong-royong..muehehehehe...siap amik gambar sendiri..huargh huargh huargh huargh huargh huargh huargh huargh huargh huargh huargh

Sunday, July 06, 2008

Semoga Cepat Sembuh Paklong..

Paklong aku ada kat hospital lagik kat HUSM..ayah ameng spring tuh kerana mengalami masalah jantung..x leh nak operate lagik sebab kandungan garam tinggi plak dalam darah..hurm...kalu lebih 3 lubang tersumbat pada jantung kot x silap kena wat bypass.problemnya kalu wat bypas,pak long aku  kena wat chemo 3 hari secara manual,bukan mesin. tapi sampai skang x buat² lagi rasanya..nanti aku hapdate ler kembali..nak kena call orang kampung dulu..Doakan kesejahteraan Paklong aku bleh?

Monday, June 09, 2008

Marathon post....



Wah..sungguh seronoknya bercuti selama 3 hari..hehehehe..Aku citer sket laa kejadian² yang berlaku sepanjang ketiadaan aku beberapa hari ni..

Hari Khamis
Abang ipar aku n 2 anak buah aku datang umah aku..siap sesat lagik aku n my hubby nak pegi amik..bukan sesat aper, x jumpa mana diorang tunggu..diorang ckp kat Sek 20 tapi sebenarnya dorang duk tunggu kat sek 15..cilakos punya cha alif nun yaa bagi info tipu kat abang ipar aku then bawak dorang makan kat kedai mamak..pastu balik, terbungkam tido..huhuhu


Hari Jumaat
Awal² lagik aku dah mangun..konon laa awal..time aku mangun, abang ipar aku n anak² dia dah siap mandi dan solat..ish..awalnya..kul 6.15 a.m tu aku mangun..sebab my hubby laa ckp, kul 7 kiter turun..kul 6.30 a.m br dier terhegeh² nak mangun..last² kul 7.40 baru gerak ke KL..kitorang naik tren jer ke Kl..save minyak..hehehehe anak sedara aku ni kena interbiu kat pejabat MARA.Hampeh jer..dier sorang je bleh naik ke bangunan pentadbiran pejabat MARA tu..seb baik laa sebelah tu SOGO..so kitorang melepakkan diri laa sambil membeli belah..ada sales rupanya..laki aku lak rembat 2 helai seluar keja..aku x beli apa² pun..kesian kan?huhuhuhu..
lepas abes jer interbiu,kitorang pegi Masjid Jamek coz diorang nak solat jumaat..Ya Ampun..ramai seh orang kat sana..depan kaunter tiket LRT Masjid Jamek tu pun dorang duk semayang..aku x penah lak duk kat situ time solat Jumaat..ni first time la..yang aku kelakar hari tu, ada laa sorang mamat ni, ntah laa dier dengar x khutbah jumaat tu..sebab aku memang x dengar..bising giler..aku ada la duk melangut kat tepi kaunter tiket tu coz nak jalan x bleh, kwn anak buah aku tinggal beg dier yang besar gedabak kat aku..aku baru ingat nak jalan² tepi masjid jamek tu..kensel plan..ok..back to the story..mamat sorang tu, dier bukan dengar khutbah sgt aku rasa, mata dier duk melilau tengok aweks yang duk beratur beli tiket LRT..aweks tu plak sket punya seksi..pakai boots bagai, dengan suar sendat dan baju nampak peyut..seb baik x preggie..memang cun laa..x nampak macam chinese pun..aku rasa melayu..rambut curly..memang lawa..sempat dier siku kawan dier suh tengok...so 2 orang laa mamat dapat pahala tambahan sewaktu solat jumaat...huhuhu..then beli laici kat tepi tu rm5 for 1/2 kilos.manis gak..nyum nyum...then , kitorang pegi KLCC coz ada sorang anak buah aku tu lom sampai lagi KLCC..lepas gambar² then balik Shah Alam..sampai sana dalam kul 4..makan thari dulu kat Sek 7..thari ker?tengah petang laa..huhuhu..pastu balik umah aku mandi n solat asar pstu my hubby bawak dorang ke hi-way coz diorang nak balik terengganu..takut sesat plak mcm malam sebelum tuh..then,pegi Klang laa..lepak² umah kwn my hubby..malam-kuar makan beramai² kat Taman Rakyat..gmbar update kendian k..aku order Sizzling Yee Mee + ABC..kurang kick sgt mcm kat tepi Kolej Mawar tu.dah laa x der button mushrooms..huhuhu..
ABC pun x leh challenge yang Sek 2 punya..hihihi seb baik mak sedara my hubby's fren belanja malam ni..mkn free...pastu gi Tesco Klang..dan tak sudah² shopping barang baby...banyak helai gak..comel² tu x leh tahan nafsu membeli tuh..ala..tecikkknya baju..tomeinyaa...amik, masuk troli..hehehe..kul 12 baru balik umah..

Hari Sabtu
lepas Asar, aku n my hubby sekali lagi ke Komuter..mcm nak balik kampung..ma aku punya hal laa..dier bagi set comforter kat long aku dan kopok..kerana nak save minyak lagik, kitorang naik komuter jer..sampai komuter Sentul, kitorang suh long aku amik..dapat laa merasa nak Swift baru..kecik laa sket daripada Putra dier dulu..hehehe tapi senang sket ar coz ada 4 pintu...
Belah malam pekena sate yang long aku beli..ingat nak kuar makan mehun sup tapi ada sorang mummy-to-be to x larat dah nak makan..nak titun jer..huhuhuhu

Hari Ahad

Hari ni, mcm biasa lah..hari utk bertidur²an dan mangun lewat..seb baik x terbabas subuh tadi..lepas subuh sambung titun la.mcm umah sendirik..opss! bukan umah sendirikk..kul 10 dah mangun then makan roti canai..huhuhu..lepas tu thari, pegi Greenwood...then pekena nasi putih lauk gulai kawah+ikan keli bakar+sayur²an+sirap ais..nyum nyum..gambar nanti kendian aku update..pastu tu singgah lak kedai perabot coz long aku nak beli almari..sekali abes stok plak almari yang dier nak tuh..sekali my hubby ckp kat aku, nanti balik shah alam, kiter gi kedai perabot...yahooo...then long aku antar ke komuter..kul 4 sampai Shah Alam..lepas tu gi Padang Jawa basuh keta then gi kedai perabot..dah solat awal² kat komuter tadi..punyalah semangat nak gi kedai perabot..memula plan nak beli tilam utk katil bilik tetamu tuh..last² sekali, beli king size mattres pocket spring punya..


mcm ni laa pocket spring tuh..dier x sama mcm tilam spring biasa..aku teruja sebab kalo tekan belah sini, belah situ tak terjejas..huhuhu..sesuai utk badan kiter yang lenguh² la..kater orang tu laa..mcm amoi kedai tilam laa plak aku rasa diri ini..

then kitorang berkenan lak dengan L-shaped sofa tu..especially yang hitam merah tuh..hari ni aku nak call orang tu balik suh antar sofa tu sekali..huhuhu..aiseh...x bukak lagik ke..asyik masuk mesin faks jer..


mcm ni laa lebih kurang..tapi kecik sket...

ok la..aku nak buat keja lak..penat dah menaip..hari ni boz tadak..so kena keja rajin².hehehe..ahaks..

 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)