Showing posts with label our baby. Show all posts
Showing posts with label our baby. Show all posts

Thursday, February 11, 2010

Ujian Ketahanan Kesabaran?

Korang pernah duduki Ujian Ketahanan Kesabaran? Atau singkatannya UKK ?Siapa yang perlu amik exam ni?Semua yang bergelar ibu bapa la.Hahahaha.Sebenarnya , aku reka jer nama ujian ni.Hakikatnya tiada pun.Tapi ini memang terjadi pada semua yang bergelar ibu bapa la aku rasa.Kalo fail ujian ni, memang boleh report teledera la aku rasa!!hehehe

My Nuha ni ada angin dia.Kadang-kadang nak jer aku tukar nama tu jadi Nuha the Tantrum!Kalo dia nak sesuatu, kalo tak dapat dia punya meraung macam kena dera[harap-harap jiran aku tak cakap aku dera anak].Dia boleh meraung-raung macam tu tanpa air mata [drama queen jugak] sampai sejam aku rasa!Aku ni pun, bila dah tak tahan sabar tu, aku buat dek jer.Hari tu berguling-guling kat Toys r Us sebab tak leh nak main kat playhouse yang diorang letak depan tu kat Su*bang Pa*rade sebab ramai kids lain.Malu jugak :P

Ni kisah malam tadi, lepas mandi, dia boleh tak nak pakai baju.Meraung tak henggat donea.Dari pukul 630 sampai kul 930 ko dia pakai diaper jer.Last-last, aku buat tak tahu.Bila aku buat tak tahu,boleh pulak dia buat-buat nak pakai baju.Bila aku nak pakaikan siap lari bagai!! Aduhai!Last2 aku pakaikan baju dengan kejam.Meraung-raung tak hengat donea la suh bukak balik baju dia!Sampai sudah tak leh pakaikan dia seluar!Sampai la dia tido, baru aku pakaikan.Hahaha.Puas hati aku!

 Saya pura-pura nak pakai baju jer..

Pura-pura nak pakai seluar pulak!!!

Aku ada terbaca artikel pasal Tantrums In Toddlers.Ni petikan  yang aku tertarik.Aku paste bawah ni ok.Korang nak baca jugak klik pada source yer untuk baca selanjutnya  :)

Tantrums in a toddler should be an annoyance, nothing more. You can't really control your child's emotions during a tantrum, but you should feel well in control of your own.

You can't make your child stop, but you should feel confident that you can keep her safe during the tantrum, and carry on with life afterward. If you find that the tantrums leave you feeling angry, ashamed, worried, or shaken, or if you fear you might "lose it" and hurt your child, by all means talk with your child's doctor, or your own. - source :here

Betul la tindakan aku mengambil keputusan untuk buat tak tahu ajer sebelum aku hilang kesabaran tu. Kang ada jer jadi mangsa dera.Hahahaha.Anak korang macam mana?Tantrum jugak ka?Apa yang korang buat?Tapi kalo dia tido, rasa sunyi pulak kan?

* Bagi yang masih single mingle, tak ada anak lagi, boleh laa dijadikan persediaan untuk menduduki Ujian Ketahanan Kesabaran.hehehehe

Tido lepas kena jab 18mths.Dah besar anak aku.Bila nak tambah?Insya Allah 2-3 tahun lagi :)[jawab siap-siap]
p/s:
Ini soklan makcik-makcik kepochi kan?


1st Makhluk Tuhan Paling Sexy Komen Semalam:

Monday, February 01, 2010

Dapatkan BleckBerry Serendah RM4 disini

Murah bukan? Teruja? Cepat!! Terhad kepada 10 pembeli pertama sahaja! Tapi malangnya, aku adalah orang yang ke 10 okies!! Korang pergi tak Karnival Handphone kat Shah Alam yang berlangsung last week kat PKNS.Kalo korang tak pergi maknanya korang terlepas la peluang keemasan ini.hahaha


Hebat bukan features kat atas?TAPI Features kat atas semua bukan BleckBerry yang kami dapat.Pelik bukan?



Sebab ni hah.BleckBerry yang kitorang beli !! RM 4 sahaja OK!
Cuma ada 4 bunyi!Ulang yang tu jer la sampai muak.
Menggunakan bateri AA 2 biji!
Skrin adalah statik.
Keypad plak sebelah jer boleh tekan.Sebelah lagi dummy jer.
View plak memang tu jer la sampai sudah.
GPS apatah lagik.Memang tak ada lah.

[close up sket]

BleckBerry

Ni pemilik BleckBerry tu.BleckBerry OK bukan BlackBerry!!Hahahaha

Maaflah buat korang tertipu.Cuba sebut ramai-ramai TIPAH TERTIPU BANG!!!larikkssss.. 

p/s: Hari ni adalah pre UAT untuk sistem yang aku bangunkan dengan vendor.Pengguna sistem aku semua adalah banyak ragam(sorry to say- too fussy) !aduhai.mula aku nak pening ni,nak muntah, nak terberak, nak terkencing..nak pengsan.nak berhenti jadi programmer jam jam ini jugak! oh tuhan....selamatkanlah aku dari malapetaka kerana sedang menyumpah seranah di dalam hati...Ampuni aku!Ampuni aku!Ampuni aku!Ampuni aku!Ampuni aku!Ampuni aku!Ampuni aku!Ampuni aku!

Pengubat kedukaan...Dah selamat sampai hadiah dari Tupperware worth RM40!!Tq Tupperware!

1st Makhluk Tuhan Paling Sexy Komen Semalam:




Monday, December 21, 2009

Main Hujan Bulan Disember

Semalam, menghadiri  majlis persandingan anak sepupu my hubby, Mohd Al Hafiz Rmeli dan Nor Hidayu Yuswan.Lebih kurang 2 jam perjalanan dari Shah Alam.Tersesat barat sekejap.hikss..perkara biasa kalo mem besar tak tengok signboard betul-betul :P


Semoga bahagia dunia akhirat yer nak[tetiba dapat anak ekspres gitu]...Jaga isteri elok-elok.
"Sayangkan Isteri Tangan-tangankan, Sayangkan anak tinggal-tinggalkan" - oh pepatah, sampai skang aku tak faham maksudnya nyahhhh..
p/s: Kha*lid Jam*lus ker pengapit tu?macam bang*la jer aku nampak! ops!



Bila lihat my Nuha main hujan.Aku biarkan saja.Biar dia rasa puas main hujan.Teringat kenangan masa kecik-kecik dulu.Masa kecik-kecik dulu, ma aku memang tak bagi la aku ngan adik aku main hujan.Bila ma aku tiada kat rumah [sibuk dengan direct selling nya :P dan gossiping with neighbours-ampun mak ampun..hahaha] aku dan adik aku mengambil kesempatan main hujan.Bukan di luar rumah ok! tapi kat dalam toilet sebab masa tu toilet rumah aku memang tak berbumbung lagi.hehehe.Syok gila.Kunci pintu takut ma aku nampak.

Tapi frust sungguh kalo hujan berhenti cepat.Kalo hujan, memang lekas-lekas kena berlari ke toilet.hahaha.Memang sedih sebab tak puas main hujan macam anak orang lain[anak jiran aku laa kan].So, aku harap my Nuha puas hati sebab kecik-kecik lagi Umminya yang tolol ini bagi dier main hujan.lalalalala

Dik, aku rindu kenangan masa tu...

[gambar aku ngan adik aku bergambar disebelah telefon rumah sambil adik aku eksyen buat2 cakap di telefon] - cuma ingatan jer la sebab gambar lama -lama memang semua kat kampung.hihihihi

p/s: kira glemer laa masa tu kalo snap gambar sebelah telefon rumah.

Dik, aku rindu kamu!

Harap kamu baik-baik sahaja..


Alhamdulillah, walaupun hisap susu DUMEX jer, dan susu cap gantung paling yummeh dari Umminya, my Nuha elok tak demam :)

oh, kenapa hari ini sungguh aku malas hendak berblogging.Mungkin kerna sistem yang aku develop bersama vendor tu masih tak running nose dan aku tau pasti ada error sana sinin sinun.oh!


1st Makhluk Tuhan Paling Sexy Komen Semalam:
 

Tuesday, September 15, 2009

Cuti-cuti Malaysia dah LULUS

Assalamualaikum

Salam Sejahtera.

Permohonan cuti anda yang bermula dari 23/09/2009 hingga 25/09/2009
kerana menguruskan hal-hal peribadi telah pun saya luluskan. (ayat default ni ) patutnya kerana raya sakan ko tahun ni...

Anda boleh menyemak cuti anda.
Selamat Bercuti.          

Sekian, terima kasih
          
 Yang benar
Your Bozz :)  , big bozz :)

Dan hari ni, bila teringat kat lil monster macam mood nak raya menguncup terus..harap2 my lil monster sihat walafiat sebelum balik raya ni..aku heran la, kalo nak balik kampung jer mesti dier tak sihat..huhuhu..mebi dier kena duk shah alam jer.(meraung laa nenek2 dan atok2 dier kalo tak balik)ada jer datang Shah Alam ni..hahaha

malam tadi, memang menduga kesabaran kami laa..my nuha jaga jer dier nanges..nanges tido..nanges tido.. nanges yang tak kuar air mata tapi meraung tu tak tahan..ngan aku aku sekali menanges...kalo bleh dipindah ulcer dier tu, satu mulut tu bagi aku, aku sanggup :( any tips utk sembuhkan ulcer tak korang??

malam tadi pegi jumpa doc, pharmacist just bagi ubat makan jer..doc ckp nak bagi ubat spray..heran laa haku pharmacist ni...tak bleh tido la kami anak beranak malam tadi..ni pun kepala dah weng dah...lambatnya thari..aku lapar sungguh..semalam makan mihun kat pantry..opss... :P

Untuk adinda aku yang tak pulang beraya tahun ni kerana sibuk kumpul duit nak kawen, aku tujukan lagu ni untuk ko..Pulanglah oleh Aishah..hahaha

Sayang
Di hari yang mulia ini
Ku pohon keampunan
Hanya satu yang ku pinta
Pulanglah

Termenung ku sendiri
Memendam rindu tidak menentu
Kasih suci murni yang kita bina
Hapus hancur oleh kata fitnah

Di pagi hari raya
Hati sayu mengenang dirimu
Mudahnya kau menggantikan diriku
Seolah cintaku tak berharga

Apakah suratan
Aidilfitri satu titik akhir
Sekian lama bercinta
Kau tiada di hari mulia

Keampunan ku pohon
Sekiranya aku yang berdosa
Pulanglah ku merindui mu sayang
Ku menanti dengan hati rela ( jiwa raga )

Pulanglah kepangkuan ku oh... sayang
Ku menunggu mu di hari raya



p/s: Paksu, Pulanglah..kalo dak, berkuranglah duit raya saya tahun ni :) kata Nuha :)

               

Thursday, August 27, 2009

Tragedi 330 pagi..

Malam tadi, pegi Tesco beli barang2 dapur, dengan jumlah penjimatan voucher sebanyak RM21.50 (paling banyak setakat ni), hehehe, dan jumlah perbelanjaan sebanyak hampir 3 ratus..mak ai..barang aku nampak tadak laa banyak mana...btol la skang ni, duit mengalir macam air..

ni tragedi kat tesco..barangan nuha..yang lain x snap :P 
Benci aku sebab semalam sampai umah kul 640..tak sempat masak..dah singgah pasar ramadhan beli nasi kerabu(again?) dan paru...my hubby beli pengat pisang sampai 4 bekas, buat stok :P huhuhu..bini yang dasar pemalas ni memang malas nak buat pengat..padahal senang jer...tapi tengok laa kalo apa yang nak aku makan, siap satu loyang aku buat..oh, lupa snap pic..malam tadi aku buat puding koktel..tapi kelakar gila sebab kaler hijau. agar2 strip tu didatangkan dengan gula kaler hijau..macam sheall jer rupanya tapi yummeh :) puji jgn tak puji masakan sendirikk :) dah masuk peti ais, leh makan sampai 2 minggu..hahahaha..sejuk2..sedapnya...berbuka karang :P

malam tadi, sedang2 enak dibuai mimpi(lupa mimpi apa) , aku terdengar bunyi gedebuk macam nangka busuk jatuh gituh..automatik aku menjerit kat my hubby "Nuha Jatuhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh"...alahai..kesian my baby...my hubby cepat2 angkat dier yang jatuh tertiarap..bagi minum air dan nenenkan dier..serta baca doa syifa'. agaknya dier golek2...sebab dier suka golek2 naik atas katil sing;e yang aku letak tepi tilam tu...tersalah perhitungan laa kot..

 
tengok, punya laa lasak tido, siap bleh naik tido kat katil single yang aku letak sebelah lagikk :P
motif katil single tu: sebab nak simpan barang bawah katil..hahaha

 
kat tilam tu laa Nuha jatuh malam tadi..tilam tu letak lepas Nuha dah jatuh....awal2 tido kat tilam tu, memang aku taruk comforter, tapi 1-2 minggu ni , aku tengok Nuha ok jer tak jatuh, tak letak plak..sekali jatuh plak:(
memang malang tak berbau..kes aku ni :"sediakan payung sebelum hujan tapi nampak tak hujan, tutup plak payung,sekali hujan lebat plak..."
malam tadi memang cuak gila laa...nak tido balik pun aku ngeri..tapi Nuha relax jer, lepas nenen, terus dier tido balik, siap panjat ke katil sebelah lagi tido..huhuhu..hari ni, nampak aktif balik..herannya memang tadak bengkak mana2..harap2 malaikat yang sambutkan...dan tadak laa muntah2 ker aper ker..cuak gak..sebab tilam aku ni, memang nak sama tinggi ngan katil jugak..

 
ni tragedi kul 5.20..sahur laa..segelas air suam, 2 ketul popia basah(masa ni seketul dah masuk mulut) dan 2 keping roti makan dengan butter dan jem strawberry.
p/s: mana nak carik paket jem dan butter kecil2 comel lote macam tu erk :) 
tu aku rembat kat DE*MC hari tu.. dulu masa askar datang kat kampung aku, x silap diorang pun bagi paket kecik2 comel macam ni...

Friday, August 14, 2009

Kereta nape ko x idop :(

Hari ni nyaris lagi aku bercuti..keta tak mao idop..seb baik Nuha aku dah hantar umah pengasuh..keta aku tak idop tepi umah pengasuh..seb baik Niza amik aku..terima kasih Niza..Terima kasih Ad sebab antar aku ke pomen dan belanja makan ABC+ nasi putih + ikan keli bakar +sayur lemak pucuk paku..wah marbeles..tapi biasalah dasar pelahap..mana nak sempat amik2 gambar kan..hikss
p/s: terima kasih juga kepada kepada yang tolong tolak keta aku-kalo dier baca la...

hari ni aku adalah mood beku...sakit tekak sebab aku abeskan duku yang Raa bagi hari tu..aduhai..nyesal tapi dah kenyang pun...semalam Nuha la buat perangai tak mo tido..huhuhu..
sakit kepala2 aku ni..lagi penat yer jadik suri rumah sepenuh masa ..i tabik spring laa bagi ibu2 hebat kat luar sana tu...

x sangka my nuha pandai sip melalui tumbler tuh..yang biasa dier guna jenis yang tadak straw tu...2 kali cuba terus berjaya...bila cakap pandai, dier tepuk tangan sonok :) Ummi pun tumpang seronok..siap texting my hubby sebab teruja..tengok!! kan dah pandai tu ..aku beli masa tu tengah sale..mana nak dapat rega rm6(kalo x silap) skang..brand anakku laie..aku ckp kat my hubby, standby jer, sebab murah kan..pastu bila tengok Mika minum elok jer dengan straw tu aku test la semalam (yerlaa..banyak masa lapang :P) untuk cerita lebih lanjut klik sini

Happy weekend semua!! Minggu ni ada kawan2 ku nak datang...aku buat nasi ayam jer..cheeh..siap ckp awal2..aku buat mee semua muncung..yer laa..semua perut nasi...hikss...

Monday, August 10, 2009

Nuha's 1st Birthday Celebration...

Alhamdulillah, semuanya telah selesai..tidurku kembali lena :)
p/s : Malam tadi tak leh nak transfer gambar dari my hubby punya digital camera ke pendrive aku since pendrive aku tertinggal kat ofiz...i'll blog bout it later na..

Jutaan TERIMA KASIH buat rakan-rakan dan rakan-rakan blogger yang datang..You guys make my day !!

Raa Nafi dan Anis, Wafaa dan Iman, Faidah (my boz) dan adik , Rumiza dan Aimi , Semi, Anz...

Terima kasih buat Kak Long dan Long aku :) esp Kak Long yang banyak tolong aku kat dapur bila Nuha start cranky :)

Terima kasih atas sumbangan hadiah...tq yer Ad...

Terima kasih atas ucapan buat Nuha...

Terima kasih sebab makan apa yang aku masak :) harap tiada yang sakit perut..hihihi

Terima kasih kepada my hubby sebab buatkan wording ni kat wall :) dan gantung semua belon...
dan terima kasih buat Nuha, yang tak ada ragam sangat masa birthday party dier semalam...
ni gambar pagi tadi..aku suh my hubby extend dulu untuk buang wording kat wall tu..sayang :) sebab nampak chomel plak duk kat situ :) hikss..

Wednesday, August 05, 2009

BIRTHDAY @ AUGUST

Scrapbooking at WiddlyTinks.com
Photo Tinks by WiddlyTinks.com


2.8.2009
Anakanda yang dikasihi, 
Nur Nuha Humayra,
hari ni genap usia mu setahun, 
waktu pantas berlari,
berlari laa duhai anak,
berlari mencari mimpi,
mimpi yang cerah, 
yang pasti ada buat mu di luar sana..
kejarlah duhai anak,
kejarlah cita-cita mu,
apa jua cita-citamu,
ummi doakan semuanya baik-baik sahaja buat mu,
yang pasti terbaik buat kamu...
ummi mu yang satu, tiada duanya...

Digital Scrapbooking at WiddlyTinks.com
Photo Tinks by WiddlyTinks.com
 

2.8.2003- 2.8.2009
Happy dating anniversary yang ke 6 buat mu sayang...
Semoga perhubungan kiter abadi selamanya..
You're my everything!!

Monday, July 20, 2009

Kerana dia....

Malam sabtu, aku pegi Klinik A*nis coz my Nuha selsema..Siap kena pakai mask bagai..aku ler punca my Nuha selsema tu..aku sekali amik ubat....Ironinya, doktor yang bertugas malam tu adalah doktor yang sahkan aku pregnant dulu :) dier cakap, dulu you datang, you disahkan pregant, dan kali ni you datang, you bawak baby :P

 Mask Girl  Women...

My hubby yang asyik melayan nuha...hihihi

Hari sabtu Ahad...memang keja duk umah jer..melayan karenah birokrasi my Nuha....yang kelakar, lalok pun sempat lagi kacau akuarium abah dier..huhuhu..pening laa ikan-ikan tu :P makin sakit, makin aktif :)


damai jer time dier tido :)

  
kain kat kepala kejap jer dah hilang :P
  
kaki siap kangkang2 lagi..anak dara saper ler :P



aku sajer na*kedkan dier dan lap badan dier suh suhu badan dier cepat turun...Alhamdulillah, petang tu dah kurang sket demam nyer..

p/s : hr ni boz aku dah masuk bekerja...so x leh mengular banyak2...hihihi...selamat bekerja semula boz :) dah ada blog baby :) juga... klik disini ... Niza, cepat balik :) kami merinduimu...aku dan ad tak pose ni, kami sedang ditawan jepun :p

p/s: Tiara, sorry sebab tak dapat pegi majlis Ayra :( ada masa kiter jumpa erkk..

Tuesday, July 07, 2009

Bercuti tanpa rela :P

Semalam aku terpaksa bercuti sebab mak pengasuh nuha tak dapat jaga nuha coz ada urusan..
Weekend tak de yang menarik :P
Hari sabtu, lepas my hubby balik kerja, pegi melawat anak kawan kami yang baru lahir hari tu..then lepak2 jer kat umah...



Memperkenalkan, Mohd Nor Ashraf Asadi , 7 days :D


Hari Ahad, petang tu pergi Bangi sebab my hubby nak carik tempat dier kursus..biasalah my hubby dier memang takut sesat..hahaha
tu jer laa citer weekend..sekian..
alaa bosannya kan?
Tapi tak bosan bila ada budak kecik yang banyak ragam...



Nuhaaaaaaaa, main apa bawah high chair tu?




skang dah pandai jalan tapi kena pegang sofa - ke sana kemari :P


p/s:cepatnya anak ku besar..hihihi..x sabar tunggu bulan depan..my family kat kg request utk buat bday party Nuha kat trg jugak..huhuhuhu..kalo ada sponsor apa salahnya kan..hahaha

Tuesday, June 16, 2009

Nuha tidolahhh...

Malam tadi, aku buat roti sardin gulung as requested by my hubby...simple and easy..sejak dua menjak, rasa mcm kurang berminat nak makan nasi (:P padahal dah makan nasi kat ofiz waktu lunch hour)

Lama tak cerita pasal Nuha kat blog ni..Nuha plak seminggu ni asyik nak tido lewat jerkk..nak main..nak main..nak main..pastu, siap marah-marah lagi kalo orang suh tido...haip! haip! haip!bunyi dier marah aku...sweet jerk aku rasa..hahaha..malam tadi yang kelakar tu, dah tido about 5 minutes, pastu terjaga sebab perasan ada cahaya lampu dari bilik yang my hubby buat jemur baju, dier bleh bangun dan ngintai bilik tu then pegi kat bilik tu slow slow dan tolak pintu..lepas tu dier bleh main plak setengah jam lagikk sebab nampak abah dier sidai baju..aduhai anak...

Hari tu makan kertas, makan kumbang siap bunyi prakk, seb baik panjang umur lagi kumbang tu..terlanggar bucu rak tv...macam-macam karenah ada skang ni...skang ni musim yang mencabar aku rasa...geram tapi sayang..apakah perasaan itu?hahahaha tapi menghiburkan jugak...orang tak sempat nak marah, dier marah dulu sebab dier tahu dier nak kena marah especially kalo dier main surat khabar..hahaha..muka cebik2 kena marah tu tak tahan buat aku gelak...



macam ni rupa kumbang yang nuha geget hari tu :P


Hari tu, aku try buat lagi look like meter..wah..dah equal aku dan my hubby plak..hiks..btol la..muka nuha dah berubah day by day..macam pompuan sket rupanya :D nak2 bila buat pokok kelapa tu...dah nak setahun dah my baby..x sabar nak buat birthday party dier...harap2 dimurahkan rezeki leh jemput ramai sket..doa2 kan yer!!



Aku nak tepek gambar2 Nuha dari dulu sampai skang..banyak dah berubah rupa dier :D





Rasanya tak terlewat aku ucapkan Tahniah buat Ad, yang telah dapat PPTM tetap (dan akan dapat makan Free!Yeay!!) dan kepada Niza yang akan menamatkan zaman anak daranya pada sabtu depan...SERTA bakal membelanja aku dan Ad di hari lahirmu...Yeay!!

TAHNIAH!!




Kad kawen Niza :D

Thursday, June 04, 2009

Buka Puasa @ 9.30 P.M???

Semalam, punyalah susah nak handle si kecik ni..aku dah laa excited nak balik masak ikan bawal masak stim...huhuhu..sekali dier tak nak berenggang ngan aku...dekat2 kul 8 dier dah tertido,masa tu my hubby baru sampai umah, barulah aku bleh masak dengan aman..tu pun dier terjaga dua tiga kali...(tu laa jangan manja2 sangat masa mengandung, kan baby dah jadik manja :( akukah harus dipersalahkan? baby korang macam mana? ada tak ikut peel korang masa mengandung dulu...nyesal makcikkk...
so bagi yang sedang mengandung, bakal mengandung, sila laa jaga perangai korang masa mengandug tu..huhuhuhu...

malam tadi aku sudah masak kul 8 lebih cenggituh, tapi biasa kitorang makan lepas isyak kalo aku tak puasa, so aku tunggu laa makan sekali ngan my hubby..dah rasa kenyang minum susu strawberry tu :P dah tak bernafsu nak makan nasi..tetiba si kecik lak bangun,siap makan nasi sekali lak tuh..huhuhu...lupa nak tanya my hubby macam mana ikan stim aku.bagi aku tak sedap..hahaha..macam kekurangan sesuatu aku rasa.. lenkali bleh cuba lagi kater my hubby..seb baik my hubby sanggup menjadi tempat eksperimen aku...hihihi i love u sayang :* sampai bulan bintang :D (sila jangan muntah-batal kang pose :P)




Gmbar aku cilok kat sini (credit)

Cara-cara:-

Aku lumurkan ikan bawal putih dengan sos tiram , garam, bawang merah+bawang putih+serai+halia (yang diblender)
Masukkan dalam pengukus, taruk tomato, nanas kiub, daun bawang, daun sup, bunga kobis, bawang merah yang diracik, bawang putih yang diracik, halia yang diracik, serai ketuk tambah serbuk perasa dan serbuk lada putih.

My hubby cakap, tengok kuah, macam btol dah...hihihihi :P

Hari ni, nak ajak hubby tapau lauk..malas nak masak..hihihi..lagipun stok bahan basah dalam peti pun dah surut..(alasan :P) nak makan aper yer hr ni? la la la la
17 days to go lagik!!!jiayou!

Wednesday, June 03, 2009

Gempar!!Punca Stadium Runtuh!!

Malam tadi, aku dengar berita pasal Stadium runtuh kat trg tu..serius, aku belom penah sampai lagi kat situ..Dulu aku ada sekali gi stadium tapi aku rasa bukan yang itu, tahun 2000 tak silap aku..masa tu aku ngan mekna pegi tengok bola masa tu Terengganu Vs Kelantan..X sempat aku nak pegi melawat ko runtuh laa fulak yer stadium..siapakah yang harus dipersalahkan?

Aku rasa harus persalahkan orang-orang berikut :-





Jangan marah naa, gurau-gurau hari Rabu jer..maklom laa pose, kurang energetik sket :P hahaha

Semalam.Aku amik 2 jam balik awal sebab kepala pusing yang amat..balik mandi, solat dan tido...bangun kul 4 lebih siapkan bahan-bahan untuk memasak, zas, pegi amik Nuha...balik2 masak ktung ktang ktung ktang..malam tadi menu nyer ikan bawal goreng dan tomyam seafood (over cook sebab aku tertido :P) seb baik tak kering terus tomyam aku :P elakkan bf time baring petang2 yang damai ok :D Malam ni rasa macam nak buat ikan bawal putih masak stim..lalalala...nafsu puasa jer aku rasa..macam2 nak makan ni..hahaha...lambatnya Raya :D



kejap jer masa berlalu, dah 10 bulan si kecik ni semalam...


Pagi tadi sahur makan roti coklat ngan air kosong sajork..x sempat nak bancuh air bagai...sebab tersedar kul 5.30..huh, seb baik sempat lagikkk..kalo dak sesia aku mandi tengah2 malam tadi..apakah ?? mandi tengah2 malam? :P hihihi...mandi sebab bunuh kapir kah?tetttttttttttt...

Monday, May 25, 2009

Murtabak Diraja???



Hari ni aku puasa, ni aku mulakan dengan murtabak diraja..enak dimakan untuk berbuka puasa..tapi semalam lagi dah abes..hikss...Biasa harga RM13 tapi mak mertua Ad bleh dapat RM10..memang sedap dimakan panas2..intinya kemain tebal...ni frozen punya tau..so, dimana jua boleh nikmati murtabak skang...owh, aku beli kat KB hari tu yer..baru beberapa jam puasa ni , dah fikir pasal berbuka..nak berbuka aper hari ni yer?lalalala..20 days to go!!!!



Ni murtabak aku...hikss..yang ini memang sedap di erm cium..hikss..i will miss my baby selama 5 hari bermula khamis ini...adus, siannya nak kena tinggal dier rumah pengasuh..harap2 dier leh jaga diri bebaik dan tak geget2 orang,tak pukul2 orang, tak tarik2 rambut orang...semua tu dier buat kat aku..sesekali timbul jugak geram...dan dier sudah ada gigi 4 batang!! OMG...banyaknya gigi ko nak...hahahaha...gambar gigi nanti aku publish kat blog dier jika aku dapat amik...susah btol nak tengok gigi dier ok!!4 batang hanya dibahagian depan atas :P owh baju ni aku beli di KB, rm10..lawa kan? syoknya kalo hari2 leh gi KB..hahahaha..maklumlah, hari ni gaji..mula laa tuh...seb baik hari ni Isnin bukan Jumaat yer dak?

Wednesday, April 15, 2009

Dating ketiga tanpa Nuha :D

Hari ni aku memulakan induksi di Kg gajah.. Ni aku buat entry pada malam tadi :D Sajer nak cerita hari sebelum datang sini..aku dating ngan my hubby..yer la, mengambil peluang sementara ma abah aku ada kat umah..hr tu pegi tesco hari ahad pun x bawak Nuha..balik2 Nuha dah tido :P Kitorang pegi basuh keta dan minum2 kat kedai kat area Padang Jawa :D sambil menapau ikan siakap masak masam manis :D bila duk jauh2 macam ni, rasa rindu yang menebal kat my hubby dan my baby..malam tadi,kul 10 lebey pun Nuha x tido lagik...dier nak nenen :( pastu hubby bagi susu botol, dier sebut 'me me ' panggilan yang dier biasa panggil aku :(( kul 11 baru dapat tido..tu pun kena ulit2 dulu..bertahanlah sayang...16 hr lagik :((

Ni baju aku beli kat tesco hari tuh(masa kuar dating kali kedua ngan my hubby :D) ..aku pakaikan sebelum turun semalam ..tapi yang kelakar nya bila aku pakaikan topi tu, dier tarik sebab tak selesa..hikss. I miss my baby like crazy and hubby too :((

Kepada Long aku, semoga ko cepat sembuh dari denggi itewhh dengan soklan(syok ker duk spital tu?)...apa ker hal nyamuk Shah Alam geget orang KL ni..gila memilih daerah nyamuk ni...hahahahaha...Sila laa minum sup ketam ngan air 100 plus yer long..syedapnyer...slrrppp..

Thursday, April 02, 2009

Memperkenalkan.........


Inilah cinta hati baru Along n Kak Long, anak buahku...
Mohd Afiq Rayqal bin Hamka


Dan Ni plak baby lama..hikss..
Lama tak buat scrap utk Nuha..ni ada orang buatkan :P


Tq Nurhayati for the scrap :D


Dan semalam aku order Muchkin Food Feeder..hari ni terus dapat!! Wah!5 stars rating untuk My BB Store Dot Com .
Punyalah terliur Mika punya...hikss..
Setelah berhempas pulas mencari disemua bb store kat Shah Alam tapi tak jumpa..hiks..akhirnya aku order online sajork..lagipun skang tengah sales kat situ...hiks..x sabar nak bagi Nuha guna..dier paling suka betik dan pisang..hikss



Info ni aku amik kat My BB Store Dot Com

Munchkin: Fresh Food Feeder
MYR 25.90 23.31
All the nutrition with none of the risk.

This award-winning product allows your baby to enjoy lots of delicious foods without the choking risk. Simply put a piece of fruit, vegetables or meat into the mesh bag and snap shut. Your baby can chew, suck and enjoy all the whole food goodness and taste, with only the tiniest, digestible pieces coming through. Your baby gets great flavor and you get great peace of mind!

- Textured handle easy to grasp
- Ideal for 6+ months

Award Winner, 2004 Winner of a Parenting Magazine “Mom Tested” Award.

Monday, March 16, 2009

Weekend @ Bukit Cerakah

Setelah membaca luahan hati si isteri yang tolol disini, akhirnya, my hubby telah menghabiskan masa dengan kami secara berkualiti sekali minggu ini..hikss :P kena lebih banyak meluahkan di blog ni..berbaloi kan? :P
Thank You My dear!!Sayang abang banyak sangat :D dulu kini dan selamanya :*308 kali :D
Hari Ahad, masa aku ngan Nuha duk main2..my hubby cakap kat Nuha, jangan tido tau, nanti kiter kuar pukul 2.30..dalam hati aku sungguh berbunga2 ceria..hikss..Sebenarnya dah lama my hubby merancang nak bawak jalan2 ke Bukit Cerakah..rasanya dari masa aku pregnant lagiks..hikss..tapi asyik tertunda jer...
Dan akhirnya sampai jugak kami kesana..padahal tak sampai 10 menet dari umah aku dah sampai..hikss..Tiket masuk untuk dewasa RM3.00 seorang dan untuk masuk kerumah 4 musim plak RM3.00 seorang..budak2 RM1.00 kalo tak silap...baby free :P
Perkhidmatan bas disediakan untuk sampai ke Rumah 4 Musim tuh...
Skang Musim bunga...saper rasa-rasa macam nak perasan duk Amsterdam boleh laa kesini...ada bunga peberet aku..tulips :P Sejuk jugak ..tak silap 12° celcius..seb baik kami kebal banyak lemak...tapi kalo nak duk lama2 kena bawak sweater la..Selebihnya Layan gambar...



Depan pintu masuk ke Rumah 4 musim



Ni jer satu2 nyer gambar ngan My Hubby...tetiba2 angin bergambar dier hilang :P


Biasalah blog aku mesti banyak gambar aku :D



cantik btol rumah yang dibuat kat dalam tu


Kitorang memang pegi Rumah 4 musim jer..sebenarnya ada lagi Taman Haiwan tapi kitorang ada agenda lain plak so kitorang tak singgah memana dah laa..Nuha pun siap2 tido lagi masa on the way balik...untuk lebih lagi gambar Nuha, sila laa jenguk disini

Ok laa..sambung esok plak..hihihi :D

 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)