Showing posts with label nostalgia. Show all posts
Showing posts with label nostalgia. Show all posts

Thursday, October 09, 2014

Majlis Akikah Nur Nayla Hazeeqa

Lamanya blog ini terabai. Minggu sebelum raya haji sibuk dengan Mini Konvensyen KIK 2014 di mana ofiz saya julung-julung kali membuat penganjuran untuk Zon Selatan.Saya terlibat sebagai AJK pameran jer pun.  Siapa yang follow IG saya sorry lah terpaksa hadap muka-muka saya dengan #havockik sepanjang majlis berlangsung dan minggu ini dengan lambakan gambar-gambar throwback dengan #seventhanniversary pulak. hahaha.


Hari ni baru masuk ofiz so nak kais-kais habuk lah. Kita mulakan dengan majlis Akikah Nur Nayla Hazeeqa . Sebenarnya nak bagitau yang tak amik gambar hari raya haji pun.Kelakar sungguh lah.Alhamdulillah, selesai sudah majlis akikah untuk Nur Nayla Hazeeqa. Lepas ni kalau ada rezeki, kita buat korban pulak yer. Kali ni untuk satu bahagian RM380 . Agak murah lagi kan di kampung saya.


Ini tag saya buat untuk ditampal pada Yassin dalam goodies bag.

My Nayla dengan goodies akikah . Bunga telur beli di Kedai Bunga Cinta. Tema purple gitu match dengan baju dia :)

Ni jer gmbar raya yang ada kot. Tu pun my hubby yang snapkan. 


Majlis dimulakan dengan selawat dan cukur jambul Iskandar Dzulkarnaen oleh ahli jemaah surau. Gambar tak der sekeping pun. huhuhu .Gambar diorang makan ada lah..hahaha

Akikah boy yang kena dera dek Ayah Long..hahaha

Main course table. Yang tak kelihatan gulai daging sebab masa ni tak habis masak lagi.
Menu simple jer nasi putih gulai daging, daging goreng,kerabu sare ( sarang) ,  timun dan sambal belacan.

Dessert table. Ada puteri mandi, agar-agar keledek, tembikai, ketupat palas dan tapai 

Bukan senang nak jumpa menu kerabu sare (sarang) ni .Salah satu spesis rumpai laut . 

Geng kuat belakang tabir . My hubby menggulai hari tu. Bahan-bahan my ma dah ready kan. Cuma leburkan ajer dan hubby di guide oleh ibu mentuaku..Tukang potong daging, my abah ,my hubby, abang-abang ku tersayang dan adik ku. 

My childhood fren , kak chik. Dulu kecik jer dia kata, sekarang dua kali dia..hahahaha..huhuhu

Tambah nostalgia sket hari ni. Ni saya dan adik di pagi raya . Tak silap darjah 5. Comel kan saya ? hahahaha

Macam mana sambutan raya haji korang ? 


Meriah pulak Nuffnang ads menari-nari selepas terima cek ke 15 bulan lepas ...hihihi. Tq nuffnang..
15 CPUV on going..keep going yer :)



Wednesday, June 25, 2014

Pernah mengira guna batang aiskrim ?

Hari ni entry nostalgia @ elissmie. Korang pernah mengira dengan batang aiskrim tak ? Ingat masa sekolah rendah, siap kumpul batang aiskirm gitu untuk mengira dalam kelas. Ada jugak yang bawak lidi kan. Nostalgia sungguh kan. Even tak berapa minat matematik, tapi rasa seronok jugak dapat mengira guna batang aiskrim .



Ni pulak batang aiskrim yang saya jumpa kat Tesco Shah Alam. Dah tak perlu kumpul batang aiskrim sendiri sebab siap-siap ada jual. Menarik kan ? Ada 2 jenis. Satu kayu dan satu jenis foam. 

Harga RM8.90 untuk jenis foam tapi yang kayu tu tak tertengok pula harganya.


Hari tu, my hubby nak carikan my Nuha sempoa tapi jenis yang manik warna-warni sebab nak ajar dia mengira. My Nuha ni nampak suka jugak matematik. Harap tak tiru gen kami berdua yang tak suka matematik.hahaha.Puas my hubby cari kat kedai stationery tapi tak ada .Last-last jumpa kat kedai runcit kat area Dengkil.
Klasik sangat kan ? RM5.90 jer 


Kalau nak beli jugak, Ni hah kedai dia, my hubby cakap kat kedai india muslim tepi masjid Dengkil.

Semoga my nuha semangat nak buat kira-kira :p


Korang mengira guna apa masa kecik-kecik dulu?
#nostalgia@elissmie


Thursday, May 29, 2014

Tiket Bas Tasik Kenyir Kuala Lumpur - AMBS dan Hentian Putra , menggamit memori

Hari Ahad lepas, dengan berat hatinya hantar my Ma dan Abah ke Hentian Putra untuk balik ke Terengganu. Seminggu rasa kejap ajer. My Nuha asyik duk cakap tak best ajer bila my ma dan my Abah balik. Yer lah.. Ada orang back up kan dia kalau dia buat salah. Nak marah dia pun, saya yang kena balik. Sayangkan cucu katakan...Jom la kita menggamit nostalgia di Hentian Putra . 

Tiket bas RM28.80 seorang Kuala Lumpur - AMBS ( Al Muktafi Bilal Shah ) 

Ni tiket perjalanan ke sini hari tu... 

Tukang posing bersama tiket . John :p 

Dua beradik yang first time rasanya datang Hentian Putra.
Baju sedondon hadiah dari Mak Long dia :) terima kasih mak long..

Tengah menunggu bas sampai. Keadaan Hentian Putra masih sama masa zaman saya belajar dulu. Tahun 2004- 2005

My Ma dan Abah bersama 2 cucu perempuan mereka :) 

Abah bersama cucu perempuan kesayangan... hahaha.. Cucu lain jangan marah sebab ni dua jer cucu perempuan yang ada khennn :p hahahaha

My family with my Ma & Abah 

Sibuk jer Long ni ...Terus Nayla tak mo posing..kekeke

Kak Long pulak menyelit...

Beg yang sudah beranak pinak balik dari Langkawi...

Dah nak berlepas. Sedihnya..sob sob..

Ini lah bas yang selalu saya naik nak balik rumah dulu sebab ni saja bas yang boleh sampai terus ke hentian bas kat kawasan rumah saya. Kalu bas lain, biasanya berhenti kat Paka, then kena naik bas loncat-loncat pulak masuk ke kawasan rumah saya. Tapi bila dah ada boifren orang paka, dah tak naik dah bas ni. hahahaha .Menggamit memori sungguh. Harga tiket bas Sani Ekspres ke paka hari tu yang anak -anak buah my hubby naik , mahal sket. 

Korang pernah naik bas dari Hentian Putra ? 


Hentian Bas Putra
Address Jalan Tun Ismail, 50480 Kuala Lumpur, Malaysia
GPS Coordinates N3 10.049 E101 41.426 

Wednesday, May 21, 2014

Hadiah Hari Guru dan Hari Ibu yang terlewat...

Hari ini baru sempat nak tulis belog. Terlebih dahulu saya ucapkan Terima kasih guru-guru yang mengajar saya dari tadika, dari darjah satu hingga ke universiti dan tidak lupa guru-guru my Nuha . Dan yang paling banyak mengajarku erti hidup iaitu my Ma & my Abah. Sayang korang sepenuh jiwa. Diorang ada kat rumah saya minggu ni. Gembira tak terkata sebab dapat peluk cium my Ma & Abah sebelum pergi kerja. Teringat masa zaman sekolah.


Last week , preparekan hadiah untuk guru-guru tadika my Nuha sempena hari guru.Tahun depan dah nak Tahun 1, lagi banyak kena beli hadiah tahun depan kan :) Setahun sekali diorang diraikan untuk mengadap anak-anak kita sepanjang tahun kan. Besar sungguh jasamu guru.

Yang ni potluck untuk majlis hari guru untuk kelas my Nuha. Tak sempat nak buat pelekat tampal kat situ
macam birthday my Nayla hari tu. 

Ni kad yang saya buat untuk my Nuha warnakan ...


Isi dalam dia yang tulis..Ni untuk Cikgu Siti, siap lukis gambar cikgu lagi


Ni pulak untuk cikgu Mira..

Hadiah semestinya jenama yang saya sukai..Tupperware Brands . Terima kasih Rai bagi idea...
Boleh Like FB Tupperware Mama Murah yer :)

Hasil akhir... 

Ni pulak Kad Hari Ibu dan kek dari my hubby sempena hari Ibu yang lepas :) 
Terharu sangat sampai nak menitis air mata :) Siap lukis gambar saya, dia dan my Nayla lagi.. hihihi

Ni pulak ole-ole dari My Ma yang baru balik Langkawi hari tu. Terima kasih ma...



Bagi yang bergelar guru tu, banyak ke dapat hadiah sempena Hari Guru?


p/s;
Teringat masa jadi guru ganti dulu..sempat juga merasa anak murid bagi hadiah semopena hari guru even guru ganti pun...hehehe
Anak-anak murid saya dah masuk universiti dah sekarang...cepat masa berlalu kan..


Monday, May 12, 2014

Mangga Harumanis Perlis, pernah cuba ?

Sebelum tu, Selamat Hari Ibu buat My Ma & My Mak. Kalian ibu hebat dan buat semua yang bergelar ibu dan bakal jadi ibu. Hari ni Hari Nurse Sedunia kan. Selamat hari nurse juga la kepada seluruh misi yang pernah menjaga dan merawatku especially nurse yang menyambut kelahiranku di Hospital Jerteh dan menyambut kelahiran anak-anakku di Darul Ehsan Medical Centre, DEMC .


Ok, berbalik cerita pasal Harummanis. Hari tu beli dengan kawan yang balik ke Utara. Terima kasih yer Naim. Harga sekilo RM24. Yang kat bawah ni dah bagi sebiji kat Ad. Harga RM26 untuk 4 biji lah kiranya. Dulu pernah makan tak silap Ayah Kak Long yang belikan. Ni kiranya pertama kali beli sendiri harumanis. 

Harumanis merupakan sejenis buah yang popular dan hanya terdapat di negeri Perlis. Buahnya yang berbau harum dan isinya yangtebal kekuningan serta rasanya yangenakpasti menawan hati sesiapa saja yang mencubanya.Musim Harumanis adalah sekitar hujung bulan April / awal Mei hingga awal Jun. Biasanya hasil buah sudah habis sebelum sempat memasuki bulan Jun.
3 biji harumanis yang sedia untuk dimakan . Memang manis meleting orang terengganu kata. Bau pun harum jer sesuai dengan nama dia. Manis meleting = manis sangat lah. 

Setelah dikupas, letak sekejap dalam peti..Sekali hadap jer...hihihi
Tak sempat nak buat pulut mangga...


Bagi yang mengidam tu, magga harumanis ni korang boleh beli online tau seperti kat bawah ni tapi harga dah naik la sekarang yer..Pastikan yang ori yer sebab ada yang jual tepi jalan tak ori...



Jadual harga musim 2014:
1 Mac hingga 31 Mac = RM23 / kg (pra tempahan)
1 April hingga 2 Mei = RM25 / kg
3 Mei hingga 15 Mei  = RM28 / kg
15 Mei ke atas + RM35 / kg

Pihak kami akan mengikut harga pasaran semasa.
Sila buat tempahan sebelum kenaikan harga pasaran.
Mulai musim 2014, tempahan minimum adalah 4kg



Nak cerita juga nostalgia pasal mangga tapi bukan harumanis la. Biasa mempelam siam. Teringat masa kecik-kecik dulu, abah dan ma ajar makan mangga dengan sudu. Korang pernah try tak ? Belah mangga jangan bagi kena bahagian biji belakang dan depan. Nak makan, amik sudu jer korek isi. Nostalgia sungguh kan. Lagi satu part biji tu, semua nak berebut padahal tak der isi sangat pun kat situ kan..hehehe


credit http://ww2.mango.org.in/


Korang suka makan Mangga tak ? 

p/s:

Watch this if you're having a bad hair day. 

Wednesday, April 09, 2014

Cinta hati terbaru my hubby

Tak sangka , saya dimadukan lagi oleh my hubby...
Nak tengok madu terbaru ?
Jeng jeng jeng...
skrol kebawah yer :)






































































































































































































Ni hah...Cinta hati terbaru dia...LC 135 merangkap hadiah hari lahir tahun depan yer sayang...hehehe
 Plate BMP . Boleh Madu Pulak my hubby cakap. Saya bagi  Bercinta Merindu Pasti :p Ada cadangan lain ? CBR ( Cinta Bersulam Rindu ) dan BLM (Bercinta Lantas Merindu) yang dah ada. Telah Aku Bercinta dah bagi kat ayah  mertua yang courier SkyNet hari tu. 


Lama dah tak bawa motosikal. Saya ada lesen tapi dah berapa tahun tak bawa rasa macam dah tak reti kot. Teringat dulu masa belajar bawa motosikal dengan Abah saya kat padang sekolah rendah saya dulu. Sampai nak langgar pasu kat rumah guru kat situ..hehehe. Saya zaman sekolah tak reti naik motosikal. Selalu tumpang kawan-kawan jer. Lepas SPM baru belajar naik motosikal sebab nak amik lesen motor dan kereta. Lepas pass lesen setelah 2 kali amik, saya memang cuak nak bawak. Sekali kawan saya , Ana yang paksa saya. Dia stop tengah2 jalan dan paksa saya bawa. Lepas tu baru berani saya bawa motor. Tapi kat Shah Alam sekali saya bawa memang tak berani dah la pastu sebab tak reti nak cilok..huhuhu . Nostalgianya...

Korang pandai naik motosikal ? 

p/s :

Berkongsi cinta dengan besi saya rela , tak pun dengan Tiz Zaqyah..hahaha


Thursday, March 13, 2014

Gula-gula getah nostalgia


Korang pernah makan gula-gula getah macam ni ? Ingatkan dah takde, hari tu ada di jual di kedai runcit berhampiran rumah saya. 1 biji 20 sen tak silap saya.

Tapi saya tak suka kalau orang makan gula-gula getah dan buang merata-rata. Paling tension kalau kita terpijak gula-gula getah tu. Punya lah susah nak tanggalkan kalau terkena kat kasut sekolah. Setuju kan ? 

Satu lagi mesti tak berani nak telan gula-gula getah tu sebab nanti tak boleh nak buang air besar.

Gara-gara gula-gula getah ni jugak ada kes rambut kena potong sebab belon tu meletup atas kepala kan ? Siapa pernah kena ? hihihi 

Nostalgianya kan gula-gula getah ni? 



Monday, February 10, 2014

Kos pos motosikal Honda EX5 Shah Alam - Kerteh SkyNet dan Cek Nuffnang ke 14

Sabtu lepas, my hubby cuti sebab nak settlekan urusan pengeposan motosikal kesayangan dia yang dah tak berapa nak boleh berkhidmat jalan jauh tu ke Terengganu. Mula-mula pergi Nationwide tapi hubby cakap tak der sorang pun kat pejabat . Lepas tu dia bawa motor ke SkyNet di Dataran Otomobil Sekyen 15. Nationwide lak seberang jalan tu jer. Kos penghantaran motosikal adalah RM210.Tapi hubby tak sure dia ikut apa harga pos tu sebab ada pelanggan sebelum tu pos ke Kemaman RM210 jugak. Punyalah mahal. 

Dulu masa pos motor ni dari Terengganu ke Shah Alam tak sampai RM200 pun tapi tu dah 6 tahun lepas kan.Yang tu guna Nationwide. Semua dah naik harga agaknya skang ni. Ingat lagi saya yang kena pergi amik dengan Ad. Kan Ad. @Nostalgianya . Masa tu tunang saya( hubby skang) masih di terengganu. Motor sampai dulu. Tuan tak sampai lagi.Tapi kecewa jugak dengan servis mereka,  side mirror patah, minyak kering dan no plate pun patah.  


Motor ini akan dibalut sebelum dihantar. Terima kasih kerana banyak berjasa kat kitorang. 
Tuan ko dah mula rindu kat ko. Jelez mak !
Nanti tuan ko nak beli motor baru, mungkin kurang sket rasa rindu tu ;p

Cermin dan no plate pun diorang akan cabut kemudian. 

Semoga selamat tiba ke Kerteh. Tempat collect yang paling dekat dengan rumah my FIL. 


Korang pernah pos motosikal ? Servis apa yang digunakan ? Berapa kosnya?

SkyNet Shah Alam
Address: 45-G Ground Floor, Blok 16,
Jalan Pahat K 15/K, Seksyen 15,
40200 Shah Alam .
Phone: +603-5524 3366
Fax: +603-55243322
Alhamdulillah. Rezeki tengah bulan ..Cek Nuffnang ke 14. Boleh la dari tak der kan :)

Monday, December 30, 2013

Harga Tiket Bas Sani Ekspres Klang Sentral - Kuala Dungun

Malam Sabtu lepas hantar anak-anah buah my hubby balik ke Terengganu. Dah lama betul tak naik bas ekspres ni. Tiket pun dah berbeza harganya masa zaman saya belajar di UiTM Shah Alam dulu. Seingat saya dalam lingkungan RM30 lebih.Nostalgianya.Korang rasa berapa harga tiket bas ekspres sekarang ? Nak tahu sekarang harga tiket bas ialah RM42.90 untuk tiket Bas Sani Ekspres perjalanan dari Klang Sentral - Kuala Dungun. Tapi anak-anak buah saya turun di Paka. 




Bagus kalau naik bas Sani Ekspres ni sebab ada hentiannya sendiri di Klang Sentral iaitu berdepan dengan 99 Speedmart Klang Sentral dan tidak perlu bersesak-sesak dengan bas-bas lain. Lagi satu memang tepat waktu perjalanannya. 8.30 malam tepat bas ini bergerak dan sampai di Paka dalam pukul 3 lebih. 


Korang pernah naik bas ekspres ? 


Teaser :)


 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)