Showing posts with label jom masak. Show all posts
Showing posts with label jom masak. Show all posts

Monday, April 10, 2017

Apam Tepung Beras

Saya ni memang suka makan apam. Dah banyak kali percubaan buat apam tapi asyik gagal saja dan tak menepati piawai tekak. Hari tu try pulak buat apam beras. Alhamdulillah menjadi dan siap boleh bawa untuk kawan-kawan kat ofiz. Saya perap agak lama jugak dari pukul 11 malam, pukul 5 pagi baru bangun kukus. hahaha. Kali kedua buat saya peram dalam dua jam, hasilnya tak segebu yang saya perap lama. 

Resepi Apam Tepung Beras

Bahan-Bahan:

Bahan-bahan A

2 cawan nasi sejuk
2 1/2 cawan air
1 1/2 cawan gula pasir.

Bahan-bahan B

2 cawan tepung beras,
2 cawan tepung gandum,
2 sudu teh yis mauripan dan
Pewarna

Cara Penyediaan:

Blend nasi dan air sehingga hancur . Kemudian masukkan gula. Blend lagi.
Campurkan bahan B ke dalam bekas dan masukkan bahan A yang telah blend tadi. Gaul rata.
Perap adunan selama 3 jam atau lebih.
Masukkan pewarna yang digemari. Biar seketika.Sapukan sedikit minyak pada acuan kecil.
Masuk ke dalam acuan dan kukus selama 15 minit.
Boleh di makan bersama kelapa parut kukus jika suka

Jumlah kuih apam : 35 biji

Kalau nak buat separuh, kurangkan bahan jadi secawan.






 




Memasak itu mudah nak menyeronokkan bukan ? Selamat mencuba !! #jommasakelissmie

Daripada Abu Said al-Khudri RA katanya, pada suatu ketika kami sedang dalam perjalanan bersama-sama rombongan Nabi SAW, tiba-tiba datanglah seorang lelaki di atas kenderaan, maka ia menoleh pandangannya ke kanan dan ke kiri, kemudian Rasulullah SAW bersabda, “Sesiapa yang mempunyai kenderaan yang melebihi dari keperluan sendiri hendaklah bersedekah kepada orang yang tidak mempunyai kenderaan dan sesiapa yang mempunyai lebihan bekalan makanan hendaklah ia bersedekah kepada orang yang tidak mempunyai apa-apa bekalan makanan. Selanjutnya Junjungan menyebut berbagai-bagai harta benda hingga kami ketahui bahawasanya tidak ada hak bagi sesiapa daripada kami kadar yang lebih daripada keperluan.
(Riwayat Muslim) 

Monday, February 20, 2017

Resepi Ikan Celup Tepung, Abuk-abuk dan Cek Mek Oh Cek Mek

Lama dah tak main masak-masak dalam blog ni kan. Maklumlah blog macam-macam ada ni. Ikut mana sempat jer saya nak update apa. So hari ni Jom Masak @ elissmie nak share resepi yang korang boleh google ajer tapi jadi dengan tak jadi jer lah. hahaha. Yang ni saya buat confirm menjadi dan sedap kat anak tekak saya , my hubby dan anak-anak. So saya share kat sini untuk guidelines saya kalau nak buat lain kali . 

Weekend hari tu,  kalau follow IG saya [elissmie]  mesti nampak ada 2 masakan yang saya kongsikan iaitu  Ikan Celup Tepung dan Kuih  Abuk-abuk . Resepi pertama, Ikan Celup Tepung la. Tak Terengganu lah kalau resepi ikan celup tepung pun tak reti nak buat. Ok. Memang tak reti. Sebelum ni memang tak pernah buat sendiri. Terus la telefon my ma tanyakan resepi . Telefon di hujung jari. Google memang banyak tapi yang ni yang saya makan dari kecik kan. So memang sedap untuk citarasa saya. 

Resepi Ikan Celup Tepung



2 cawan tepung beras ( 7-8 ekor ikan sederhana) 
1 biji telur
1 sudu kunyit
1 sudu air kapur
2 sudu garam
Air secukupnya ( Yang ni main agak-agak . Kalau bancuhan tu melekat kat sudu, maknanya dah ok la tu, kalau tercair tambah tepung beras balik )

Cara-cara: 

Masukkan telur, kunyit dan garam di dalam tepung beras. Masukkan air. Bila dah sebati masukkan air kapur. Air kapur membuatkan adunan jadi berwarna merah. Jangan terkejut pulak.  Lepas tu celup la ikan, dah melekat elok tu kira lepas lah tu. Goreng dengan api yang sederhana. Sos kerepok lekor pulak buat cicah. [ Resepi kat entry ini

Yang kedua pulak Resepi Abuk - Abuk. Biasanya saya beli ajer kuih ni yang ada di jual kat kawasan rumah saya tapi dah lama makcik tu tak letak kuih tu. Bila saya google, tak la susah mana nak membuatnya. Kebetulan Ad pulak ada bagi daun pisang, memang sesuai sangat la kuih tu. 

 Resepi Abuk-abuk



2 cawan sagu
1 cawan kelapa
2 sudu garam
Gula melaka secukupnya
Daun pisang yang dilayurkan 

Cara-cara :-

Rendam sagu sampai kembang dan toskan airnya. Lepas tu gaul sagu tersebut dengan kelapa parut yang dicampur dengan garam. Hiriskan gula melaka. Bentukkan kon dengan daun pisang, lapisan pertama masukkan sagu yang digaul kelapa tadi , kemudian masukkan gula melaka dan tutupkan dengan sagu yang digaul kelapa tadi sekali lagi. Kemudian kukuskan lebih kurang 15 minit. 

Dan resepi terakhir, adalah Cek Mek Oh Cek Mek. Sebenarnya kat kafe ofiz ni ada jer jual kuih Cek Mek . Tapi dah berapa bulan dia tak hantar Cek Mek ni kat kafe ni. Memang sedap Cek Mek dia dan sampai beberapa kali percubaan pun masih tak dapat rasa Cek Mek yang saya nak tu. Tak tahu la kat mana silapnya. Cek Mek dia garing kat luar dan sedap ajer.Memang terasa ubinya. Rahsia garing tu yang saya tak dapat rungkaikan lagi sampai sekarang. hahaha. Kot sapa tahu, boleh la share yer. 

Resepi Cek Mek




4 biji keledek 
Tepung gandum secukupnya
Gula

Cara-cara : 

Rebus keledek sehingga empuk. Toskan airnya. Kemudian, lenyek keledek tersebut. Masukkan gandum sedikit demi sedikit . Jangan banyak sangat nanti keras pulak. Bila dah boleh uli kiranya, dah tak perlu tambah gandum lagi. Bentukkan , dan masukkan gula satu sudu. Dan tutup kembali adunan. Sedia untuk digoreng.

Memasak itu mudah nak menyeronokkan bukan ? Selamat mencuba !! #jommasakelissmie

"Jika kalian bersyukur maka akan Aku tambahkan nikmatKu untuk kalian." (Qs. Ibrahim 7)

Wednesday, June 29, 2016

Sambal Terung Ili Sulaiman Channel AFC

Assalamualaikum. Dah penghujung ramadhan dah. Paling risau minggu ni sebab server email saya akan dihujani kad-kad raya versi elektronik baik dari orang perseorangan dan jabatan yang syok sendiri siap video bagai.haha.Ampun. Maklumlah nak bercuti panjang hari raya nanti lebih kurang 10 hari.  Semoga kamu baik-baik sahaja wahai server.

Ok dah la pasal kerja. Bosan kan. Kita cerita pasal makanan berbuka puasa lagi bagus. haha. Jangan kecam saya update pasal makan. Kalau tak boleh makan, memang tak mengadap handphone atau pc kan. Saya kan memang suka tengok channel AFC ( Asian Food Channel) kat Astro tuh. Hari tu tengok lah Ili Sulaiman ni ajar masak Sambal Terung , tapi dia sebut Aubergine Sambal lah kan. Terliur sangat terus buat untuk berbuka semalam. My hubby cakap tak pedas. haha. Tu pasal lah saya 
buat. Saya bukan tahan pedas macam dia kan. Tapi dia makan jer. 

Resepi Sambal Terung 

Bahan-bahan:-

2 batang terung dipanggang sehingga kulit menjadi kehitaman. Buang kulitnya .
1 biji limau nipis
Minyak untuk menumis

Bahan-untuk ditumbuk :

2 ulas bawang putih
4 ulas bawang merah
4 biji cili padi atau lebih kalau suka peada
4 biji cili merah 

Cara-cara: 

Buang kulit terung yang dipanggang tadi tapi kalau ikut ili dia masukkan dalam mangkuk dan tutup untuk senang buang kulit. Saya rasa senang jer buang kulit dia. Lepas tu hancurkan terung tu tadi dengan garfu. 

Tumiskan bahan-bahan tumbuk dan masukkan gula dan garam kemudian  angkat. Masukkan ke dalam mangkuk dan gaul bersama dengan terung yang dah dilenyek tadi. Perah asam limau. Boleh tambah lagi garam atau gula mengikut kesesuaian rasa korang . 



Ili punya version - credit http://www.asianfoodchannel.com/recipes/aubergine-sambal



Ini versi saya, tak nak kalah ..hahaha


Saya panggang terus jer atas dapur pun boleh. 

Memasak itu mudah nak menyeronokkan bukan ? Selamat mencuba !! #jommasakelissmie


Daripada Abu Hurairah RA katanya, Rasulullah SAW bersabda : “Apabila seseorang kamu berpuasa, janganlah ia bercakap perkara-perkara yang kotor dan sia-sia, dilarang juga bertengkar dan memaki hamun. Apabila ia dimaki hamun oleh seseorang atau diajak bermusuhan, maka hendak ia berkata, “Sesungguhnya aku berpuasa hari ini”.(Hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim)


Friday, June 17, 2016

Puding Raja, Kerabu Sarang dan Murtabak Raja untuk berbuka

Salam 12 Ramadhan. Dah masuk 12 hari kita berpuasa. Yer ker. hahaha #mohonterasa bagi yang tak cukup. Hari ni baru free sket so boleh lah mengupdate blog. Nak tayang juadah sepanjang berbuka yang kita suka, boleh? #jangankecamsaya ok ! 



Resepi Puding Raja

Bahan bahan:
10 biji pisang lemak manis digoreng dengan minyak 
1 cawan biji gajus - disangai
Jala emas
Buah prune dibelah dua
Buah ceri hijau

Untuk Kuah Kastard:
1 tin susu cair
2 sudu tepung kastard
1/2 tin air
1 cawan gula
Daun pandan
Esen vanilla

Resepi Jala Mas
credit : http://saduranrasa.blogspot.my/2012/01/puding-raja-royale-pudding.html
video : https://www.youtube.com/watch?v=6njP4Ab2kT4
Bahan-bahan

    30biji telur ayam – diambil kuning sahaja 
    800g gula halus
    3 helai daun pandan
    8 cawan air 
    Daun pisang untuk dibuat corong

 Cara memasak
Tapis kuning telur dan pukul sedikit.
Masak gula bersama air sehingga hancur dan mendidih. Tapis dan kemudian masak bersama daun pandan sehingga pekat sedikit. Apabila air tersebut mendidih dan berbuih halus, uraikan atau pusing keliling periuk kuning telur dengan corong daun pisang atau corong tembaga ke dalam air gula tersebut.
Angkat dan tuskan.
Kiraikan urai emas di atas pinggan dengan menggunakan dua batang satay atau garfu.
Hidangkan.

Nota
    Jika air gula menjadi terlalu pekat, tambah dengan air panas 


Cara nak makan : 

Susun pisang goreng di lapisan paling bawah.Atasnya taburkan jala emas, buah prune,ceri dan biji gajus, kemudian tuangkan sos kastard. Sedap makan sejuk-sejuk tau. Jala Emas tu adalah pemberian Ad dan Am dari Kelantan tau :) Puding raja ni memang terkenal di negeri Pahang . Kiranya makanan raja-raja pahang. OK  bai. Nak feeling raja kejap :p


Goreng jangan terlalu lama sebab nanti lembik sangat


Bahan-bahan hiasan :) Masam-masam manis bergabung dalam mulut. 


Patutlah mahal kalau membelinya . Kos hiasan pun dah mahal kan. 
Pisang saya beli dalam RM5 untuk 20 biji. 

Yang ni pulak kerabu sarang atau kerabu sare ( rumpai laut) yang my hubby beli kat Hulu Langat


Rasa kat atas tidak menepati selera, so saya modified ikut style mak saya. hehehe. Barulah sedap :) 



Yang ni pulak Murtabak Raja Zairah dari Kota Bharu beli dengan Kak Yat :) Sekali hadap jer habis. Memang sedap :)

Korang suka berbuka menu apa ?

Daripada Abu Hurairah RA lagi bahawa Rasulullah SAW bersabda : “ Allah ‘Azza wa Jalla  berfirman dalam hadith qudsi, aku sangat mengasihi hamba-hambaku yang bersegera berbuka puasa”. (Hadith Riwayat at-Tirmizi katanya hadith ini hadith hasan)

Wednesday, May 11, 2016

Nasi Himpit, Kuah Kacang dan Sambal Ikan Kelapa Style Pantai Timur

Gara-gara ada orang share kat timeline makanan pantai timur, terus malam tadi buat menu yang bermain di fikiran tu untuk dinner. Terpaksa guna masa tambahan.Selalu pukul 7 dah settle kemas dapur tapi semalam dengan sampai rumah lewat sebab jam, buat pulak masakan renyah-renyah ni memang pukul 8 lebih baru siap. Siap berhenti solat dulu dan sambung masak balik. Dah macam nak raya dah ni juadahnya. Tinggal saya tak perap sate jer ni. Buat banyak sket untuk breakfast kat ofiz pulak hari ni. Alhamdulillah,ramai dapat merasa air tangan yang tak seberapa tu. 



Ready untuk dinner

Close up sket 



Sambal Ikan kelapa 


Kuah kacang


Nasi himpit ( segera punya ajer jenama adabi) 


Ayam goreng pengganti sate konon. hahaha

Ok saya share resepi yang saya olah sendiri la ikut suka hati saya hasil google jugak sebenarnya. Tu la, mak buat tak nak tengok . Nasib ada google di hujung jari.  

Kuah Kacang 

Bahan-bahan:-

1 cawan kacang tanah - disangai dan di blender kering
5 sudu besar cili boh
1 keping gula melaka /  nisan (orang pantai timur cakap) 
6 sudu besar gula
3 batang serai di titik
garam secukup rasa
1 kotak santan
1 keping asam keping / air asam jawa 
Minyak masak untuk menumis

Blend bahan-bahan berikut :
1 biji bawang besar 
5 ulas bawang putih 
3 ulas bawang merah 
1 inci halia 

Cara-cara:-

1. Sangai kacang tanah hingga keperangan .Kisar kering kacang tanah dengan kulit sekali pun boleh, dasar pemalas. hahaha.
2. Masukkan minyak dan tumiskan bahan blender bersama serai yang telah dititik. Tumis sehinngga wangi dan pecah minyak
3. Masukkan santan, dan kacang dan kacau seketika.
4. Masukkan gula melaka, gula, garam, dan asam keping.
5. Masak hingga pecah minyak dan sehingga kuah menjadi pekat. 

Sambal Ikan Kelapa

Bahan-bahan

1 biji  kelapa parut - di sangai hingga keperangan dan ditumbuk kasar

Bahan-bahan berikut ditumbuk : 

3 ulas bawang merah 
Sedikit lada hitam
1 ulas bawang putih 
1 inci  halia
1 batang serai di hiris halus 
3 ekor ikan selayang/ sardin  - di rebus dan di ambil isinya, kemudian di tumbuk halus

Garam
Gula 
Gula Melaka

Cara-cara:-

Campur kan kelapa dan bahan tumbuk dan digaul mesra . Masukkan gula dan garam secukup rasa. 

Memasak itu mudah nak menyeronokkan bukan ? Selamat mencuba !! #jommasakelissmie


Daripada Abu Hurairah RA bahawasanya Rasulullah SAW bersabda, “Tanda-tanda orang munafik ada tiga, iaitu apabila ia berbicara ia dusta, apabila ia berjanji tidak ditepati dan apabila diberi amanah dia khianati.”

Monday, April 25, 2016

Aiskrim Malaysia Choki Choki dan Sumi Jelly, berbaloikah 50 sen ?

Hari ni saya kongsikan kos nak buat Aiskrim Malaysia Aiskrim Malaysia Choki Choki dan Sumi Jelly yang viral hari tu kan. Siap ada resepi sihat lagi . Tapi yang saya buat versi tak berapa nak sihat lah. hahaha. Resepi semua dah tahu rasanya . Ke nak ulang jugak. Ulang lah untuk yang tak pernah buat tu. Tak semua orang ada facebook kan. 

Resepi Aiskrim Malaysia Choki Choki dan Sumi Jelly

Bahan-bahan:- 

1 tin susu pekat
1 tin susu cair
4 tin air kosong ( guna tin susu cair )
Secubit garam
1 bungkus sumi jelly
1 bungkus choki choki

Cara-cara : -
 1. 2 tin susu dicampurkan dengan 1 tin air dan secubit garam ke dalam periuk dan didihkan.
2. Masak air sampai garam hancur
3. Masukkan baki 3 air tin kosong ke dalam periuk. Kacau rata
4. Sumijelly  yang dibelah tadi masukkan dalam plastik ais krim lepas tu tuang adunan tadi dalam plastik ais krim tersebut
5. Choki choki tadi di masukkan ke dalam plastik dan ratakan dengan batang chopstik atau belakang gunting.
** Sebelum tuang kedalam plastik pastikan adunan telah disejukkan seketika. Lepas tu boleh la disimpan didalam peti sejuk untuk dibekukan.



Hari tu ada jugak yang katanya mahal orang jual 50 sen? Betulkah mahal? Korang dah pernah buat sendiri. Jom kita tengok kos yang saya buat hari tu. 

Krimer Sejat RM 3.39 
Krimer Manis RM 3.80
Plastik aiskrim RM 2 ( Ada 50 pcs - Cuma guna 24 lebih kurang RM 1 sahaja ) 
Sumi Jelly RM 1.50 
Choki-choki RM 1.80

24 batang sahaja yang saya dapat untuk 1 plastik sumijelly( 2 pcs jelly sahaja) dan satu plastik Choki-choki (Setengah choki-choki setiap plastik) 

Kos sebatang aiskrim malaysia : RM 11.49 / 24

RM 0. 48 sen !!!  


Tadda... Saya punya saya tak jual, saya makan dengan anak-anak sahaja. Tapi sebab perisa susu, my Nuha tak berapa gemar kecuali my Nayla ajer. Banyaknya mak yang sebat...Abes diet mak. hahaha

Korang dah cuba buat Aiskrim Malaysia Sumijelly atau Choki-choki ? 

p.s:

Kalau nak untung boleh guna brand yang tak berjenama kan tapi kalau nak buat makan sendiri pun kita nak yang sedap-sedap ajer so begitulah dengan tekak pelanggan kita. So pandai pandai lah korang budget, mungkin boleh kurangkan sedikit panjang aiskrim atau cari sumijelly yang murah sedikit tapi yang sedap. 

Kelebihan Bertolak-Ansur Dalam Hal Jual Beli

Daripada Jabir RA bahawasanya Rasulullah SAW bersabda, “Allah memberi rahmat kepada orang yang bermurah hati ketika berjual beli dan ketika meminta haknya”.

(Hadith Riwayat al-Bukhari)


Tuesday, April 12, 2016

Resepi Homemade Kimchi Yang Sedap Dan Halal

Sejak join group Masak Apa Hari Ini..(MAHN)  kat fb ni, ada jer resepi yang viral saya nak cuba. Terima kasih Zira add saya masuk group tu. Kali ni saya cuba buat Kimchi dulu la. Katanya kimchi sangat kaya dengan probiotik . Saya veggie lover dan rasanya Kimchi memang kena dengan selera saya. Saya buat minggu lepas ni. Saya copy paste resepi yang saya dapat dari fb Yoona Bi Sun II . Terima kasih yer.Izin copy masuk blog pulak..Saya durhaka sket matcham biasa sebab macam tak berbaloi pulak beli sos ikan tu sebab nak guna 2 sudu jer. hahaha.

Resepi Homemade Kimchi Yang Sedap dan Halal

Bahan-bahan paste : 

2 sudu tepung beras
Cili merah 5 tangkai
Bawang putih 5 biji
Halia
Buah pear 2 biji
Sos ikan 4 sudu besar * saya ganti dengan sos tiram
Cencalok 3 sudu * saya ganti dengan 1 serbuk ikan bilis Knorr
Serbuk cili *saya ganti dengan cili boh tapi sayang cili boh saya tak pedas)

Cara-cara : 

1. Blend buah pear,halia,bawang putih,sos ikan dan cencalok. Letak sedikit sahaja air.
2. Masukkan secawan cili serbuk dan 4 sudu gula, kemudian blend.
3. Sementara itu ambil 2 sudu tepung beras campurkan dengan air panas. Gaul sampai likat
4.Masukkan tepung beras tadi dengan campuran cili paste tadi.
5. Gaul paste dengan kobis. Tambah paste lagi. Tak perlu letak garam sebab kobis dah masin.Kemudian masukkan sayuran lain .


Terlebih dahulu kobis ni dilumur garam kasar dan perap sehingga 4 - 5 jam
Saya lumur sehelai-sehelai dengan garam dan masukkan dalam bekas tertutup.


Daun bawang, lobak merah dan putih yang siap dipotong saiz batang mancis

Paste yang dimasukkan ke dalam kobis

Masuk Daun bawang, lobak merah dan putih yang siap dipotong

Tambah lagi paste


Gaul sebati.. Tunggu 24 jam baru makan tapi saya makan terus tak sampai 24 jam. hahaha. Tak sabar punya pasal. 

Kos buat kimchi :-

Kobis RM 5.22 ( 1KG lebih beratnya)
Daun Bawang RM 1
Lobak Putih RM 1.55
Buah Pear Packham RM 3.99 ( 2 biji) 
Cube Bilis Knorr 1.70
Lobak Merah RM 1.14
Cili boh ( dah ada kat rumah) estimate RM2
Tepung beras ( dah ada kat rumah ) estimate RM1
Bawang ( dah ada kat rumah ) estimate RM1

Total Lebih kurang RM18 


Saya baca diorang kata lagi elok kalau simpan dalam bekas kaca ni. Separuh masuk dalam ni, separuh saya masuk dalam bekas tupperware kedap udara. Semalam saya alter tambah serbuk cili Babbas pulak, hari ni baru nak rasa pedas ke tak. Tapi yang sebelum ni tak pedas la tapi sedap. Saya dah makan dengan maggie pun sedap. Korea sangat rasa.hahahaha..lariksss..

Korang dah pernah buat kimchi sendiri ? 


p/s:

Yang ada jual kimchi tu, boleh la promote kat komen bawah ni , semoga bermanfaat bagi yang tak rajin nak buat sendiri. 

Daripada Muaz bin Anas RA bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Sesiapa yang meninggalkan pakaian (yang indah, cantik) dengan tujuan merendah diri kepada Allah, sedangkan ianya mampu untuk berbuat demikian, maka Allah memanggilnya di hari kiamat di hadapan khalayak ramai, kemudian Allah menyuruhnya memilih pakaian yang dia suka daripada berbagai-bagai pakaian iman.”


(Hadith Riwayat at-Tirmizi, katanya Hadith Hasan)

Thursday, February 25, 2016

Kuih Nekbat, Kerabu Beka dan Fridge Magnet Istanbul dan Krabi

Sebenarnya stok kuih Nekbat kering ni memang ada dalam stok dari bulan puasa tapi saya frozenkan so boleh la dimakan bila ada orang teringin. My hubby demam hari tu dan terasa nak makan Nekbat. Terus isteri yang solehah (aaminn) ni sirakan untuk suami terchenta gitu kekdahnya.Nak sira mudah ajer. Bawah ni cara-caranya. Daun pandan tu saya guna yang frozen ajer , malas kekdahnya nak selalu buka pintu dapur , jadinya ambil banyak-banyak frozenkan , feeling-feeling duk oversea. Kalau tengok dalam peti sejuk beku tu, halia, lengkuas , kunyit, daun kari, daun limau purut semua ada. hahaha


Sira Nekbat

10 biji nekbat
500ml air
150gm gula pasir
2 helai daun pandan
6 kuntum bunga cengkih

Masak air dan gula hingga mendidih, masukkan daun pandan,cengkih dan nekbat.  Masak selama 6-8 minit ( saya punya stok frozen so lagi lama) , tutup periuk dengan penutup, kecilkan api dan biarkan air gula meresap ke dalam nekbat angkat dan siap di hidangkan.


Nekbat yang saya telah sira. Saya suka makan sejuk-sejuk . So letak dalam peti ais dulu. 
Kuih nekbat merupakan sejenis kuih tradisional pembasuh mulut yang diperbuat daripada tepung beras dan telur, yang popular di Malaysia, terutama di Pantai Timur iaitu di Kelantan dan Terengganu. Kuih nekbat biasanya disediakan dalam dua fasa. Pada fasa pertama, adunan tepung dibakar dan dimasak sehingga gebu seperti buahulu tetapi tawar dan lebih keras. Nekbat yang telah dimasak akan disimpan kering atau dijual kepada pelanggan yang akan menyediakannya sebelum dihidangkan. Nekbat kering ini tahan lebih lama dan boleh disimpan di dalam peti sejuk.Pada fasa penyediaan akhir, nekbat ini akan disira dalam air gula yang dimasak dengan daun pandan dan cengkih bagi memberi bau wangi, dan dibiarkan jelira sebelum dihidangkan berkuah dengan air gula tersebut. Apabila ia kembang dan bertukar kekuningan ia sedia untuk dihidangkan. Nekbat yang telah disira tidak boleh dibiarkan lama, kerana ia akan menjadi kembang dan hancur. credit : https://ms.wikipedia.org/wiki/Kuih_nekbat

Seterusnya resepi yang saya ingin kongsikan adalah Kerabu Beko . Beko ni nama dalam sebutan kelantan. Nama buku dia Beka. Nama saintifiknya Oroxylum indicum daripada keluarga tumbuhan bignoniaceae mempunyai pokok yang besar. Kat rumah my ma memang ada sepohon pokok beka ni dan tak lah besar mana lagi. Balik hari tu kebetulan ada sebiji ajer yang tinggal terus suruh my Ma buat kerabu. Sebelum ni memang my ma bakar dulu buahnya untuk lebih wangi sebelum buat kerabu tapi dia cuba tanpa bakar pun sedap jugak. So tak payah nak leceh sangat. Terus hiris halus-halus dan rebus untuk kurangkan rasa pahit dia. Tapi kalau tak ada beko, boleh buat kerabu tauge ke, terung ke, perut ke, jantung pisang ker dan macam-macam lagi. Teknik sama jer.

Kerabu Beko / Beka 

 Bahan-bahannya :

1 biji buah beko/beka yang sudah dihiris dan dicelur. 
3 biji cili padi
Kelapa parut
10 ekor Ikan Sardin/Selayang
Santan dari 1 biji kelapa
Lada Hitam
Bawang merah 6 biji
Gula dan garam secukup rasa 
Perahan limau nipis

Cara-caranya :

1) Kelapa parut digoreng sehingga kekuningan dan tumbuk sedikit bersama garam dan gula
2 ) Ikan sardin/selayang direbus dan diambil isi sahaja untuk ditumbuk bersama bawang merah dan lada hitam [ bahan tumbuk]
3) Masukkan  bahan tumbuk kedalam periuk dan santan serta sedikit air. Biar sampai menggelegak sekejap, terus padam api.
4) Didalam mangkuk , gaulkan kelapa parut bersama beko dan cili padi dan yang dalam periuk tadi. Tambahkan sedikit perahan limau.


Tak sempat nak plating lagi . Dari dalam kuali terus gambarnya. Tengok terliur balik. hahaha

Kalau tak pernah tengok buah beka, inilah rupa yang belum lagi di masak.Kalu tengok buah beka ni memang teringat tali pinggang orang nak pergi haji tu kan.hehehe

FM Instabul dari ofiz mate my hubby
Istanbul is located in north-western Turkey within the Marmara Region on a total area of 5,343 square kilometers (2,063 sq mi).[c] The Bosphorus, which connects the Sea of Marmara to the Black Sea, divides the city into a European, Thracian side—comprising the historic and economic centers—and an Asian, Anatolian side. The city is further divided by the Golden Horn, a natural harbor bounding the peninsula where the former Byzantium and Constantinople were founded. The confluence of the Sea of Marmara, the Bosphorus, and the Golden Horn at the heart of present-day Istanbul has deterred attacking forces for thousands of years and remains a prominent feature of the city's landscape.[59]

Yang FM Krabi ni pun dari ofizmate my hubby. Terima kasih semua :) Bila nak pergi Krabi sayang ? Tabung RM5 tu dah nak penuh dah kan. hahahaha

Krabi Town (Thai: กระบี่) is the main town in the province of Krabi (thesaban mueang) on the west coast of southern Thailand at the mouth of the Krabi River where it empties in Phang Nga Bay. As of 2010 the town had a population of 52,867. The town is the capital of Krabi Province and Krabi District. Tourism is an important industry. Krabi is 783 km south of Bangkok by road.
Memasak mudah dah menyeronokkan bukan? Jom memasak !

  Adab Ketika Masuk ke Rumah Orang Lain
Daripada Abu Musa al-Asy ‘ari RA katanya, Rasulullah SAW bersabda, “Meminta izin untuk masuk ke rumah orang lain hendaklah dilakukan sebanyak tiga kali. Jika kamu diberi keizinan maka masuklah dan jika kamu telah lakukan yang demikian, tetapi tidak ada jawapan maka hendaklah kamu balik.”
(Hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Wednesday, January 13, 2016

Churros dan Homemade Sosej Ayam

Rasanya minggu ni adalah minggu ketiga saya buat churros atas permintaan my hubby. Katanya tak jemu lagi tapi sedap. Hari ni saya nak kongsikan resepi Churros dan  Homemade Sosej Ayam yang saya dapatkan dari facebook. Alhamdulillah, resepi keduanya menjadi dan ikut selera tekak saya. 

Resepi Churros

Bahan-bahan:-

1 sudu mentega
1 cawan gandum
1 sudu gula
1 sudu esen vanila
1 biji telur dipukul sekejap dengan garfu
1cawan gula( dikisar halus untuk topping)


Cara-cara :-

1. Panaskan air di dalam kuali dan masukkan mentega dan gula.Apabila kedua bahan tersebut telah cair , tutupkan kuali.

2. Masukkan tepung gandum, esen vanila . Kacau hingga sebati dan masukkan telur yang telah dipukul kedalam adunan tadi. Kemudian bolehlah dimasukkan kedalam piping bag dengan nozzle bintang. Pipe atas dulang atau terus ke dalam kuali untuk digoreng. 

3. Goreng hingga keemasan. Taburkan gula atau cicahkan dengan coklat jika suka. 


Saya  beli Cream Squeezer ni kat Daiso RM5.30 
Tapi yang tak syoknya sebab bekas dia kecil dan saya terpaksa ulang banyak kali. Lepas ni kena beli jugak la piping bag tu. 


Tak pro macam saya,  pipe atas pinggan jer dulu baru masukkan ke dalam kuali untuk digoreng
Gambar tengah goreng tak der pulak.

Ni hah plastik  Cream Squeezer Daiso tu untuk rujukan


Churros yang siap digoreng

Close up sket churros nya

Lagi garing rupanya lagi sedap..Rangup jer. Tabur gula pun dah sedap kalau coklat tak payah cakap la kan. Sebab stok coklat dah habis, tabur gula pun dah sedap 


Ok seterusnya,  resepi Homemade Sosej Ayam. Resepi ni memang sesuai sangat lah untuk saya dan keluarga sebab jenis tak makan isi ayam. Semua berebut peha , thigh atau kepak jer la. 

Resepi Homemade Sosej Ayam

Bahan-bahan:-

3 keping isi ayam 
2 biji telur
1 sudu garam
1 genggam daun sop dan daun bawang
Bahan perasa yang disukai - Saya guna 1 sudu lada hitam,1 sudu lada sulah dan 1 sudu serbuk paprika

( Yang ni saya buat dapat dalam 15 batang sosej) 

Cara-cara :-

1. Masukkan kesemua bahan diatas kedalam blender. Kalau boleh telur bersaiz besar nanti blender tak jalan pulak. 

Adunan yang dah siap untuk dibentukkan sosej. Kalau nak goreng terus macam cucur pun boleh sebenarnya . 

Bahan perasa yang saya gunakan

Ceduk lebih kurang 1 sudu besar adunan tadi ke atas cling wrap


Gulungkan sampai tertutup adunan tersebut 

Kemudian simpulkan sedikit 

Sedia untuk dikukus

Sekejap sahaja dalam 10 minit sosej dah sedia untuk diangkat

Dah sedia untuk digoreng, kalau makan macam tu pun sedap jugak tapi warna tak cantik la putih jer

Boleh jugak disimpan kedalam freezer. Katanya tahan untuk 1 bulan. Tapi rasanya tak dan satu bulan dah habis. My Nuha still tak suka sangat sebab masih terasa isi ayam tu dan my Nayla yang paling suka. hurmm..lain anak lain selera


Ok tu jer la perkongsian 2 resepi untuk korang cuba buat dirumah. Lagi jimat dan dijamin bersih.



Memasak itu mudah nak menyeronokkan bukan ? Selamat mencuba !! #jommasakelissmie

Daripada Wahsyi bin Harbi RA, Sesungguhnya para sahabat Rasulullah SAW berkata, “Wahai Rasulullah sesungguhnya kami makan tetapi tidak kenyang”. Lalu Baginda bersabda, “Mungkin kamu semua makan berselerak”. Mereka semua menjawab, “Ia benar” Baginda bersabda lagi, “Oleh itu hendaklah kamu semua berkumpul semasa makan dan bacalah Bismillah semoga diberkati Allah.”

(Hadith Riwayat Abu Daud dan at-Tirmizi, katanya Hadith Hasan Sahih)

 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)