Showing posts with label jom masak. Show all posts
Showing posts with label jom masak. Show all posts

Thursday, September 10, 2015

Kek Milo 3 Minit Gebu dan Lazat

Terima kasih kepada Nadia sebab sharing resepi ni kat FB. Semalam terus rasa nak buat bila baca komen yang cakap menjadi dan ada yang guna jenis microwave yang sama dengan saya. Bahan-bahan pun dah ada. Cun sangat lah. Tapi susu pulak takder. No hal la. Belasah apa yang ada. Bab derhaka resepi biar mak yang uruskan. hahaha


Klik kat sini kalau korang kaki shopping online tu. Terus dapat RM2 bila register. Shopping pun dapat cashback pulak tu.

 

Credit to Owner.(Buzzfeed Oz) dan sesiapa yang sharing la yer :) Sharing is caring gitu.

Bahan-bahan: 

Milo ( Saya guna Milo 3 In 1 1 paket)
Gula Kastor/halus ( 4 sudu)
Tepung Gandum ( 4 sudu)
Susu Cair (saya guna fresh milk) ( 4 sudu) Saya ganti dengan 4 sudu air dan 2 susu tepung sahaja
Minyak masak ( 4 sudu)
Telur 1 biji
Baking powder 1 sudu besar
Kismis, coklat chip, kepingan badam (optional) Saya tambah coklat chip


Cara-cara:

1. Masukkan 4 sudu besar milo.
** Boleh guna mangkuk atau mug. Asalkan boleh diguna dlm Microwave . Saya guna paper cup.
2. Masukkan 4 sudu gula kastor.
3. Masukkan 4 sudu besar tepung gandum.
4. Masukkan 3 atau 4 sudu besar susu.
5. Masukkan 4 sudu besar minyak masak
6. Masukkan sebiji telur.
7. Masukkan sedikit baking powder. Kemudian masukkan bahan2 optional yg anda gemar dlm kek anda.


Adunan sebelum dimasukkan di dalam microwave . Saya tambah coklat cip sebab tu jer yang ada kat rumah ni. Yang putih2 tu susu yang tepung. Rasa tak letak pun tak per.hahaha


 Saya guna microwave panasonic ni. Set kan kepada M.High dan Set selama 3 Minit .


 Kek Milo dalam microwave.



Baru keluar panas-panas dari microvawe. Gebu sungguh ! 


Ada lebih sugar kastor tadi, saya bagi menarik sket kek milo tu macam snow 


 Gebu kan ?


 Close up sket kek tu dengan coklat cip yang meleleh-leleh gitu..Kalau letak cheese jadi coklat cheese kot.hahahaha

Tak pernah buat photobook? Sakan amik gambar selfie setiap masa?? Boleh buat photobook gambar selfie la gitu !! Klik sini cuma RM9 sahaja untuk Mini Softcover 6" x 6" Square ( 36 Pages ) photobook !!


Memasak itu mudah nak menyeronokkan bukan ? Selamat mencuba !! #jommasakelissmie

Thursday, July 09, 2015

Masak Lemak Cili Padi Telur Itik dan Sekaya Juadah Berbuka

Hari ni nak kongsi resepi untuk berbuka. Awal pagi lagi dah fikir pasal berbuka. Dah hujung-hujung ramadhan ni kadang-kadang dah tak tahu nak makan apa. Pergi pasar ramadhan pun dah tak lalu dah. Kebetulan kat ofiz ni, ofiz mate ada jual telur itik, RM7 untuk 10 biji. Terus beli sebab dah lama tak makan Masak Lemak Cili Padi Telur Itik ni. Saya biasa panggil gulai kuning. Rupa-rupanya my Nayla suka betul gulai kuning telur itik ni. My Nuha memang dah tahu dah sebab dulu pengasuh dia suka masak gulai kuning ni. Bawah ni resepi yang saya selalu guna dan sesuai dengan tekak saya.


Masak Lemak Cili Padi Telur Itik

Bahan-bahan :-

Bawang merah 5 biji *
Bawah putih 3 biji *
Halia 1 inchi *
Kunyit hidup 1 inchi *
Cili padi 20 biji *
Serai diketuk 2 batang
2 keping asam gelugor
1 kotak santan 200ml
1 helai daun kunyit dihiris
1 batang timun dihiris (optional) ,kalau ada belimbing buluh lagi sedap kan

Cara-cara :- 

1. Kisar semua bahan-bahan bertanda * dengan secawan air.
2. Masukkan ke dalam periuk bahan-bahan yang dikisar tadi bersama santan, sedikit gula, garam , serai, daun kunyit dan asam gelugor, Nak lebih kuah tambahkan segelas air lagi. Masak sampai menggelegak dan boleh la masukkan telur itik. Tutup tudung periuk seketika dan sedia untuk dihidangkan. 

** Pastikan telur itik pecahkan kat dalam mangkuk dulu, takut terkena telur yang rosak. Naya jer kan. 

Nampak menyelerakan bukan? Bukan..hahaha


Close up sket. Terliur tak? Terliur pergi masak hari ni untuk berbuka yer.

Ada balance lagi telur 5 biji. Ingat nak buat sekaya tapi tunggu result diabetes (MGTT) esok. Kalau negatif dan diabetes free saya nak buat sekaya ni. Bawah ni resepi untuk yang ingin mencuba . Kalau kat pasar ramadhan saya tengok , 3 ketul kecil RM2 kalau tak silap. 


Sekaya / Rodok telur

Bahan-bahan:-

Santan pekat dari satu biji kelapa / 1 kotak santan 200ml
Gula pasir (secukup rasa)
Gula Melaka / Nisan Terengganu 2 ketul
5 biji telur itik
1 sudu teh garam
Air daun pandan

Cara-cara :-

1. Masukkan semua bahan dalam blender dan tapiskan.
2. Jerang dahulu kukusan sampai menggelegak, kemudian baru masukkan loyang.
3. Kukuskan sehingga masak.
4. Sejukkan dahulu baru potong



Gambar sekaya tak ada pulak yang saya pernah buat. Tapi ni Tok Aji Serban. Sekaya tu sebenarnya, bahagian atas Tok Aji Serban tu jer . Kalau  korang nak makan Tok Aji Serban, kena la masak pulut dulu. Resepi Tok Aji Serban kat sini 

Korang selalu ke masak untuk berbuka ? Menu apa yang selalu korang masak ? Memasak itu mudah nak menyeronokkan bukan ? Selamat mencuba !! #jommasakelissmie

Tuesday, May 12, 2015

Sayur Lemak Sotong & Buah Gajus

Resepi ni memang sinonim dengan orang terengganu apabila musim mencandat sotong. Kebiasaanya, kalau musim mencandat sotong buah gajus atau ketereh( dialek kelantan) atau jambu golok (dialek terengganu) atau janggus(kedah) ni berbuah. Minggu lepas ramai la duk tayang resepi ni kat whatsapp dan facebook especially kawan-kawan kat terengganu lah. Hangen jer rasakan. Hahaha. 


Balik kampung last week, request dengan ayah mentua belikan kat pasar tapi tak der rezeki pulak. Kat rumah my ma, baru sebiji berbuah. Tengah memucuk pokoknya.Sekali kelmarin ,ayah mentua kirimkan melalui anak buah my hubby.Kebetulan nak pergi amik barang kat KL terus singgah rumah anak buah amik buah tu. Hamik satu tupperware dapat.So malam tadi terus singgah kedai beli sotong (RM21 sekilogram) dan masak.Hari ni boleh la makan kat ofiz buat lunch jap lagi. Tahan jer nafsu malam tadi tu. hahaha

RM8 sekilo buahnya kat pasar paka tapi tak tahu la ni ayah mentua beli kat mana.

Tadda... Sayur Lemak Sotong & Buah Gajus uollsss :) 

Bagi yang belum pernah cuba, boleh la cuba resepi dibawah. Mudah dan simple sangat tapi buah gajus tu jer la susah nak dapat kat sini . Yang selalu jumpa cuma pucuk jer lah. hahaha

Resepi Sayur Lemak Sotong & Buah Gajus

Bahan- bahan:-
10 ekor sotong
10 biji buah gajus masak
1 kotak santan
Air secukupnya
garam dan gula secukupnya

Bahan Tumbuk:-
2 ekor ikan selayang/ sardin direbus dan diambil isi
Bawang merah 5 ulas
Bawang putih 4 ulas
Lada hitam secukupnya

Cara-cara :- 
1. Sotong dibersihkan dan dipotong bulat. Buang kulit luar
2. Buah gajus dipotong panjang dan perahkan sikit air pahitnya.
3. Masukkan santan ke dalam periuk bersama air dan bahan tumbuk.
4. Apabila hampir mendidih masukkan sotong dan buah gajus.
5. Masukkan gula dan garam secukup rasa. Tutup api dan sedia untuk dihidangkan dengan nasi panas-panas. Fuh..Terangkat



Korang pernah makan lauk ni ?Cubalah !  Dah cuba resepi ni nanti korang kongsikan disini yer :)

#masak itu mudah dan menyeronokkan bukan ? 
#jommasak@elissmie



Monday, March 16, 2015

Udang Lipan Bercili olahan Resepi Ketam Bercili Chef Wan

Hari Jumaat lepas, kitorang pergi pasar malam Padang Jawa sebab anak buah my hubby datang sini dengan komuter kat Padang Jawa.Alang-alang dah sampai kan. Lama dah tak pergi pasar malam ni. Lalu kat sayur, banyak dah rasa borong sayur baru RM11.3 jenis sayur baru RM5. Tak menahan tengok sayur. Semua fresh-fresh pulak tuh. Sekali lalu kat orang jual barang basah nak beli ayam, tengok ada udang lipan.Cakap kat my hubby, terus dia beli .Sekilo RM8. 


Mulalah episod mengoogle macam mana nak masak udang lipan dan potong udang lipan. Laki bini jakun, first time nak masak udang lipan ni. Hubby terliur nak masak bercili so saya teringat resepi Crab Chili yang saya tengok kat AFC oleh Chef Wan tu. So saya olah ikut suka hati saya yer :) Jom masak @ elissmie hari ni kita masak Udang Lipan Bercili olahan Resepi Ketam Bercili Chef Wan gitu yer.


Inilah rupa udang lipan sebelum dimasak. 

Ini setelah di goreng

Ini setelah siap dimasak - Udang Lipan Bercili 


UDANG LIPAN BERCILI 

BAHAN-BAHAN 

Bahan A 

3 sudu besar cili boh
6 ulas bawang putih 
1 ulas bawang merah 
1inci halia 


Bahan B 

3 sudu besar cili sos 
2 sudu besar kicap 
2 sudu besar gula 
2 sudu besar asam jawa
2 sudu besar sos tiram
Garam 


Bahan C 

air secukupnya
minyak secukupnya


1 kilogram udang lipan, dibersihkan dan digoreng sebentar .
2 biji telur 


CARA PENYEDIAAN 

1. Kisar bahan A.

2. Panaskan minyak di dalam kuali masukkan bahan A,B,C di dalam kuali. Tambah air jika nak berkuah sket. 

3. Masukkan udang lipan di dalam kuali. 

4. Tutup kuali kira-kira 5 minit, perlahankan api dan kacau hingga rata. 

5. Tambahkan telur yang telah dipukul, tutup api dan sedia dihidangkan.



Korang pernah ke masak udang lipan? Ker korang ada panggil dengan nama lain? 

p/s;

Lupa nak cerita pasal rasa dia. Tekstur dia lebih kurang ketam dan memang sedap guna resepi ni hingga menjilat pinggan. hahaha. over sangat mak noks. Dulu saya pernah makan tapi just ketuk serai jer. Tu pun sedap jugak. Selamat mencuba !

Monday, February 02, 2015

Peralatan Membuat Bento @ Mr D.I.Y

Sejak pertama kali masuk Mr D.I.Y  dulu, memang dah terjatuh cinta la nak terjah MR D.I.Y kalau ada jer benda nak cari kan. Weekend hari tu nak cari alas nak letak dalam wardrobe my Nuha yang baru pasang tu dan terpandang peralatan nak buat Bento yang boleh tahan comelnya tu tapi sabarkan dulu perasaan tu dan beli barang-barang yang memang nak beli tu.
Bentō   (弁当 atau べんとう?) atau o-bentō adalah istilah bahasa Jepun untuk makanan bekal berupa nasi dan lauk-pauk dalam bungkusan praktikal yang boleh dibawa dan dimakan di tempat lain. Seperti nasi bungkus, bentō boleh dimakan sebagai makanan tengah hari, makan malam, atau bekal perkelahan (sumber).

credit to sumber 

Dah faham maksud bento , jom kita cuci mata tengok peralatan yang ada untuk membuat bento di Mr D.I.Y @ Tesco Setia Alam.

Yang ni puncher. Biasa guna untuk punch seeweed/nori tu dengan bentuk-bentuk smiley. RM20++

Yang ni pulak rice mould. Masukkan nasi dalam acuan tu, nak jadi bentuk bear ker.Yang love dan bintang tu egg mould.Yang bentuk bear tu RM6.50 dan yang bentuk love dan bintang tu RM 2.90

Yang ni Rabbit Shape Rice Ball Rolling Mould . RM6.50


Yang ni rice mould bentuk bear dan rabbit  dan cutter set.

Yang ni Baby 3D Bear Bento Rice Mould and Seaweed Nori Cutter Set. Cute kan? RM7.50

Yang ni pulak Baby Penguin shaped Rice Mold with Nori Cutter. RM7.50

Yang ni shape cutter. Boleh guna untuk buat bentuk dari cheese. RM4.50

Yang ni pulak acuan telur puyuh.Quill Egg Mould  RM4.90


Korang dah ada ker peralatan untuk buat bento macam ni ? 

p/s: 
kalau ada peralatan kalau malas tak jadi jugak..hehehe.nasihat buat diri sendiri..

Wednesday, August 20, 2014

Simple Strawberry Smoothie dan Puding Roti Strawberry Coklat Chip Bersos Kustard Strawberry Elissmie

Hari ni jom masak @ elissmie.com nak tunjuk 2 resepi yang simple dan tak perlu nak renyah-renyah sangat lah. Yang penting kena ada blender ajer.Hari ni menu berasaskan strawberry. Resepi ini memang resepi yang tak jumpa punya kat mana-mana sebab saya buat ikut sedap rasa dan pertama kali dicuba. 



Ni strawberry yang saya beli kat Pasar Besar Klang. RM13 .Besar-besar buahnya dan manis masam. Tengok kat kotak dari Australia. Ada 13 biji semuanya so RM1 sebiji ni. Semalam tengok kat insta kak Min,Salam2Benua cuma $ 5 utk 3 bekas 250 gram tapi kena pergi Perth lah yer :p 

Bahan-bahan yang diperlukan untuk buat Strawberry Smoothie versi elissmie

125 ml susu perasa strawberry
1 bekas kecil aiskrim vanilla
6 ketul  kiub ais
Strawberry 7 biji atau lebih ikut suka
Sedikit gula jika perlu 

Masukkan semua bahan-bahan diatas ke dalam blender atau Blender Shake N Take ni kemudian putar halim :pBoleh terus diminum dengan sedikit hiasan stawberry :)

Boleh terus diminum dari blender :) Nyaman.

Resepi seterusnya , Puding Roti Strawberry. Lebih kurang sahaja resepi dengan Puding Roti biasa tapi yang ni diolah dengan sedikit sentuhan rasa strawberry dan coklat chip.

Bahan-bahan Puding Roti Strawberry Coklat Chip Bersos Strawberry versi Elissmie :-

2 cawan susu perasa strawberry
2 biji telur
sedikit coklat cip
10 keping roti di potong empat
2 sudu besar butter
4 sudu gula
1 sudu esen vanila


Untuk Sos Strawberry :-
2 sudu tepung kastard
1 cawan susu perasa strawberry
Sedikit gula jika perlu

Cara-cara :-

Rendam terlebih roti yang telah dipotong kedalam susu.
Di dalam blender masukkan telur, butter,esen vanila dan susu. Kemudian masukkan kedalam roti yang telah direndam susu tadi. Tabur dengan coklat chip dan strawberry sebelum dikukus.
Kukus sehingga masak.

Untuk sos :-
Masukkan susu, kastard dan gula. Kacau sebati kemudian panaskan api. Kacau sehingga mencapai kepekatan yang dikehendaki. Sedap dihidang sejuk. 

Ini sebenarnya Puding Roti Strawberry Coklat Chip Bersos Kustard Strawberry yang saya bawa
untuk jamuan di jabatan saya. Licin seloyang kira sedap la tu kan..hehehe.
Sos lupa pulak nak snap. 


 Korang pernah buat masakan berasaskan strawberry ? Cubalah !  Dah cuba resepi ni nanti korang kongsikan disini yer :)
#masak itu mudah dan menyeronokkan bukan ? 
#jommasak



Thursday, July 24, 2014

Bubur lambuk pantai timur style dan E- Kad Selamat Hari Raya Aidilfitri 2014 buat pembaca elissmie.com

Akhirnya, merasa jugak makan bubur lambuk pantai timur style ramadhan kali ni. Kalau tak tunggu balik terengganu baru dapat merasa. Hari tu masa Nuzul Quran, Long saya balik terengganu. My ma kirimkan pucuk midin dan daun-daun lain untuk buat bubur lambuk.Ulang tayang balik resepi Bubur Lambuk Pantai Timur Style.


Resepi Bubur Lambuk Pantai Timur Style. 

Bahan-bahan

Beras 2 cawan
Pucuk midin ( Paku pakis merah)
Daun kunyit sehelai
Daun halia sehelai
Daun ulat bulu
Pucuk kaduk
Kangkung
Daun kesum
Pucuk manis
Santan kelapa (sekotak)

Bahan untuk ditumbuk

4 ekor ikan sardin(orang terengganu panggil ikan selayang) direbus dan diambil isinya
6 ulas bawang merah
lada hitam (secukup rasa)

Cara-cara

Jerang beras dengan 4 cawan air (sukatan dier 1 cawan beras 2 cawan air) hingga jadik bubur..(pekat)
Masukkan pucuk2 yang ada kat atas...
Masukkan  bahan tumbuk ,garam,gula secukup rasa...
Masukkan  kelapa parut di goreng samapi kekuningan dan ditumbuk tapi bukan sampai jadi kerisik pulak Masukkan  santan dan biarkan mereneh seketika.Sedia untuk dihidangkan.

Tambahan : budu dan perahan asam limau. Tapi hari tu saya masukkan sekali budu terus dalam bubur tu macam mak mentua saya buat tapi my ma buat tak letak budu lagi. Budu masuk masa makan tu so boleh la ikut citarasa nak masin atau terlebih masin..hehehe.

Selamat mencuba !
Daun-daun kayu yang hampir layu sebab seminggu stranded kat KL ;p

Telan air liur pulak menengoknya..hahaha


Korang pernah makan bubur lambuk pantai timur style tak ? 



Sempena Syawal yang bakal tiba, saya , suami dan anak-anak mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri . Maafkan salah silap kami dan doakan perjalanan kami selamat pergi dan kembali .Hati-hati di jalan raya yer korang yang mana beraya di kampung tu.Pastikan rehat yang secukupnya sebelum memulakan perjalanan! Esok dah cuti !! Yeay!



Tuesday, July 08, 2014

Pengat Nangka Untuk Juadah berbuka

Saja nak share resepi ni. Resepi syok sendiri jer pun. First time saya buat Pengat Nangka ni. Saya pun dah lupa pernah makan ker tidak. My hubby selalu makan sebab mak mentua saya selalu buat katanya. Petang tu hubby bawak balik nangka dan suruh saya pengatkan. Dia tak tahu isteri dia ni main hentam keromo ajer resepinya. Tapi rasanya sama macam buat pengat pisang jer saya rasa. Cuma tukar jadi nangka.

Resepi Pengat Nangka ala elissmie 

500 ml santan ( 2 kotak santan)
1 1/2 cawan air 
Nangka ( lagi bagus nangka madu yang berwarna kuning sebab lebih keras) 
2 ketul gula melaka ( kecil)
1/2 cawan gula 
Secubit garam
* optional - Sagu ( Dibasuh dan direbus hingga jernih dan dituang ke dalam pengat) 






Didihkan santan bersama air dan gula melaka. Masukkan secubit garam. Bila semua dah larut, masukkan nangka dan panaskan sebentar. Kemudian masukkan sagu. Dah boleh makan :) Saya suka simpan dalam peti dan makan sejuk-sejuk :)


Jom Masak ! Memasak itu mudah dan menyeronokkan bukan ? :) 


Wednesday, April 16, 2014

Resepi Spagetti Sardin Berapi dan MC pertama 2014

Jom Masak @ elissmie hari ni adalah Resepi Spagetti Sardin Berapi . Kemain nama resepinya kan. Sebenarnya, resepi ni saya dapat dari jiran saya. First time makan terus jatuh cinta. Even makan sejuk-sejuk sebab masa jiran bagi tu malam, pagi esok baru makan lepas keluar peti ais. Eh, memang sedap ni. Habis la satu bekas makan sorang-sorang. Yerlah, kat rumah ni saya jer yang makan spagetti. 

So misi bermula hari Jumaat lepas. Jumaat lepas saya MC. MC pertama tahun ni. Tapi hilang pula MC tu. Nak kena pergi DEMC balik amik salinan sebab HR nak yang original. Sabar jer lah.huhuhu


Ok lah. Berbalik pada resepi Spagetti Sardin Berapi . Ini lah bahan-bahan yang diperlukan. Mudah jer kan.
Spagetti , 1 tin Sos Prego Traditional, 1 tin Button Mushroom  dan 1 tin SARDIN. 

Bahan untuk tumis,1/2  bawang holland , bawang putih, cili padi ( lebih banyak lebih kick) . Saya tambah Carrot . Resepi asal tambah capsicum ( skip)

Tumis sampai keperangan 

Tambahkan 1 tin sardin dan hancur-hancur dalam periuk 

Tambah kuah spagetti mushrooms, dan carrot. Tambah air kalau nampak pekat sangat . Tambah bahan perasa secukup rasa. Dah menggelegak tu siap lah tu. 

Jemput jamu mata...hehehe.Spagetti Sardin Berapi . 

p/s : 

Saya makan dengan my Nayla. Ada jugak anak yang suka makan spagetti..hehehe


Dah cuba resepi ni nanti korang kongsikan disini yer :)
#masak itu mudah dan menyeronokkan bukan ? 
#jommasak

Tuesday, March 11, 2014

Resepi Tauhu Sumbat Ikan Celup Telur dan Homemade Sos Pencicah

Hari ni Jom masak @ elissmie.com nak share pasal resepi Tauhu sumbat ikan celup telur . Kemain panjang nama dia. Actually resepi ni adalah sumbangan auntie my hubby gara-gara sorang kazen my hubby mengidam nak makan. Dah tayang pulak kat WhatsApp gambar-gambar yang menggiurkan haruslah ambil resepi dan cuba sendiri kan.Sebab dah berkongsi status ni fb, makanya ada yang bertanyakan resepinya. Khas buat Niza , The Kancil Biru sekarang Inspira Putih dengan ucapan bila nak update belog..hihihi..lariksss

Resepi Tauhu Sumbat Ikan Celup Telur dan Sos Pencicah 

Jom ikuti langkah-langkah bergambar kali yer :)

 1. Potong dua tauhu dan goreng. Kemudian korek isi tauhu tersebut.  

 2. Rebus ikan dan ambil isinya. Gunakan ikan sardin(selayang)  tapi ikan selar pun boleh la kalau tiada pilihan. Kemudian gaulkan isi ikan dengan isi tauhu yang dikorek tadi. Hiris nipis-nipis bawang besar, cili , daun bawang dan daun sop. Tambahkan bahan perasa seperti gula,garam dan lada hitam secukup rasa.

3. Masukkan inti tadi kedalam tauhu yang telah dikorek. Tekan-tekan dan padatkan ke dalam tauhu tersebut. 


4. Untuk menggoreng. Pukul 1 biji telur macam nak buat telur dadar tu. Kemudian, celupkan tauhu ke dalam telur tersebut dan goreng dalam minyak yang panas. Pastikan goreng permukaan tauhu yang ada inti tu dahulu baru balikkan keatas.


5. Apa lagi boleh la dihidang untuk minum petang bersama sos cili atau sos pencicah keropok. 

Selalu ada jer sos pencicah ni kat rumah tapi time nak makan hari tu habis pulak sos ni, tu yang buat sendiri :) Resepi my bonda.  


Resepi sos pencicah keropok :-

1. Tumiskan  bawang putih. 
2. Masukkan cili boh .
3. Masukkan sedikit cuka.
4. Masukkan gula melaka dan gula secukupnya.


Close up sket. Terliur tak ? 

p/s:

My hubby yang tak suka tauhu pun suka makan tauhu sumbat ikan celup telur ni tau  !

Dah cuba resepi ni nanti korang kongsikan disini yer :)
#masak itu mudah dan menyeronokkan bukan ? 
#jommasak


 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)