Showing posts with label jom masak. Show all posts
Showing posts with label jom masak. Show all posts

Thursday, February 13, 2014

Nasi Minyak dan Gulai Ayam Terengganu Style Resepi Bonda saya

Seperti dijanjikan hari tu. Hari ni segmen Jom masak @ elissmie.com  nak ajar cara-cara menggulai ayam style Terengganu dan digandingkan bersama Nasi Minyak Oren, sambal belacan dan Acar Jelatah. Resepi Sambal Belacan ibu mertua saya lenkali saya kongsikan .hahaha 


Resepi Gulai Ayam Terengganu

Bahan-bahan yang diperlukan :-

1 ekor ayam dipotong sederhana ( Untuk jumlah ayam yang banyak , bersihkan ayam, lumur kunyit dan garam dan kukus untuk elak ayam hancur masa menggulai ) 
3 sudu besar cili boh ( ikut kepedasan) 
1 paket kecil rempah gulai ( saya guna cap ros spt kat bawah) 
1/2 paket kecil rempah masak  ( saya guna cap ros spt kat bawah) 
1 paket kerisik
air asam jawa
1 keping asam keping
ubi kentang
1 biji santan kelapa 
2 cawan air
garam secukupnya
gula secukupnya
gula melaka 1 ketul kecil
minyak masak

Bahan yang perlu dikisar:-

6 ulas bawang merah 
4 ulas bawang putih 
1 inci halia 
1/4 inci lengkuas 
1 inci kunyit hidup 
* Bahan yang dikisar perlu dimasukkan kedalam campuran rempah masak dan rempah gulai ( bahan campuran) Hasilnya seperti dalam mangkuk tu. Rempah cap Bunga Rose ni, kalau di Shah Alam, boleh didapati di Pasar Moden Seksyen 6. Kedai no berapa tak ingat tapi gerai dia paling depan yang jual bawang-bawang tu.

Bahan-bahan untuk menumis :


3 biji bawang putih dimayang
1 inci halia  dimayang kasar
1 batang kulit kayu manis
5 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
5 kelopak bunga lawang

Cara-cara :-

Panaskan minyak dan masukkan bahan penumis. 
Tumiskan hingga wangi dan masukkan cili mesin. Masukkan 3 sudu gula. Masak sampai garing . 
Kemudian masukkan bahan campuran tadi dan kerisik. 
Kacau dan masak sampai pecah minyak . 
Kemudian masukkan ayam. Masukkan air dan santan . Bila gulai mendidih masukkan asam keping, air asam jawa dan ubi kentang. 
Masukkan garam, gula dan gula melaka secukupnya mengikut citarasa. 

* Jika kukus ayam, hati-hati masukkan garam sebab ada garam dah pada ayam yang dikukus tu. 

Nasi Minyak Oren

Bahan-bahan penumis :-

2 sudu besar minyak sapi
2 sudu besar mentega
1/2 biji bawang besar dimayang
2 ulas bawang putih, dimayang halus
1 inci halia
4 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga cengkih
3 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga

Bahan-bahan :-

2 cawan susu sejat ideal
1 cawan kordial sunkist
3 cawan beras . Rendamkan terlebih dahulu sebelum memasak.
1 ikat daun pandan
1 kiub ayam knor
2 sudu besar tomato puree

Cara-cara :-

Panaskan minyak sapi dan mentega kemudian tumis bahan - bahan penumis yang lain hingga wangi. Kemudian masukkan tomato puree, kiub ayam , susu, kordial sunkist dan daun pandan.Tambahkan kacang gajus .Kemudian masukkan beras kedalam periuk dan masukkan stok kat atas ni mengikut sukatan nasi beras masing-masing.Kalau telebih air lembiklah nasinya.

Memasak itu mudah nak menyeronokkan bukan ? Selamat mencuba !! #jommasakelissmie




Thursday, January 16, 2014

Buat strawberry celup coklat sendiri di rumah , tak perlu pergi Cameron Highlands

Hari tu masa birthday Nayla ingat nak buat coklat celup buah-buahan dan mashmallow tapi tak sempat pulak nak sediakan. So projek cicah coklat tu menjadi projek makan sendiri. Dah lama teringin nak pergi Cameron Highlands, entah bila wishlist satu ni nak tercapai pun tak tahu lah. Harap-harap tahun ni jadilah.Hint kat hubby ;p


Mula-mula sekali, bahan yang diperlukan adalah buah-buahan. Saya beli Strawberry ni kat Checkers RM7 untuk satu pek ni. Saya ada juga beli mashmallow,  anggur seedless dan pisang. 


Yang kedua bahan yang paling penting ni. Yang ni pulak saya kirimkan kat ofiz mate untuk belikan kat kedai bakery. Terima kasih kak Aishah. 
Milk Compound jenama Beryl's Gourment . Satu kilogram ini berharga RM14.90

Semestinya HALAL !

 Saya cuma gunakan suku dari coklat tu ajer.

Panaskan secara double boiler diatas api yang perlahan. Sebab coklat ni mudah hangus. So control api elok-elok yer. kalau takut hangus, bila agak-agak dah panas air tu tutup api jer. Kacau sampai coklat cair. Yang best tu tak perlu tambah apa-apa dah. 


Bersihkan buah-buahan dan jom kita celup dalam coklat . 

 Saya cucuk kat pisang sebelum masuk dalam freezer sebab x nak bagi coklat tu melekat. Lepas 5 minit boleh dikeluarkan dah boleh makan.


Try letak atas muffin kosong ni. Sedap pulak rasanya de:)

 Lepas coklat dah keras. Boleh lah makan. Menggiurkan tak ? lalalarikss...



Korang pernah buat strawberry celup coklat sendiri kat rumah ? 



Tuesday, January 07, 2014

Siakap Stim Halia rasmikan set pinggan baru

Masih ingat set pinggan mangkuk yang saya tayang hari tu ? http://www.elissmie.com/2013/12/set-pinggan-mangkuk-pulak-dah.html . Alhamdulillah sudah ada dalam koleksi skang ni. Hari Ahad lepas , saya teringin nak makan Ikan Siakap Stim Halia. Dah lama tak pekena sejak Shid Seafood dah tutup ni. Sedih btol. Try yang kat Shid Seafood cawangan Klang tu tak sama rasa dia dengan Padang Jawa.  So saya rasmikan salah satu pinggan makan untuk letakkan resepi istimewa saya hari tu. Besar kan pinggan nasi dia ? 

Ni saya letakkan resepi yang saya gunakan untuk Resepi Siakan Stim Halia untuk panduan saya jugak kemudian hari dalam segmen jom masak @ elissmie kali ni . 

Bahan-bahan :-

Untuk hirisan
1 bawang besar 
2 batang serai 
1 biji tomato
1 inci halia
1/2 batang lobak
3 ulas bawang putih
6-7 biji lada jarum diketuk
cendawan 

Sos ( untuk siraman selepas ikan setengah masak)
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos ikan
1/2 kiub pati ayam
1 biji limau nipis 
Tambah air untuk kuah ( kalau nak banyak kuah, tambah air lebih sket dan balancekan rasa) 

Cara-cara :-

Jerang air sampai menggelegak di dalam kukusan. Masukkan ikan yang telah dilumurkan garam bersama bahan-bahan hirisan kedalam kukusan. Bila ikan hampir masak masukkan sos dan taburkan daun bawang dan daun sop. Angkat bila dah masak dan dihidangkan bersama nasi panas-panas . 

p/s:

Tanya hubby sedap ker tak Siakap Stim Halia saya masak ? Tak cukup katanya...Sedap lah nampak gayanya . Lenkali kena repeat buat lagi nampaknya . My Nuha memang peminat Siakap Stim Halia. 

 Hari tu mengidam nak makan kerang rebus ketuk halia. Syok jugak resepi rebus merebus ni kan :) Memang mudah dan pantas 2 menu masakan yang saya kongsikan hari ni buat supermommy !Selamat mencuba ! Jom masak !

So  tak boleh cari alasan untuk malas memasak buat keluarga yer :) #azamtahunbaru2014


Friday, October 11, 2013

Resepi paling mudah buat aiskrim dirumah

Masih ingat entry buat aiskrim dirumah hari tu ? {klik sini} . Ni nak cuba resepi yang pertama yang saya kongsikan hari tu. So ulang tayang resepinya yer..Tayang banyak-banyak kali lagi mudah ingat kan.


Resepi Aiskrim Mudah  (Resepi yang ni tekstur dia sama dengan aiskrim dalam bekas tu)
Susu UHT ( 500 ml)
2 Cawan coffe mate
** Kalau kurang manis pandai-pandai la kreatifkan resepi ini yer :p
Bancuh dua-dua ni masukkan dalam blender sampai halus. Lepas tu masukkan dalam peti sejuk dan chill dalam sejam gitu biar keras. Boleh la makan macam biasa.

Masa kat kedai tu cuma ada susu yang dalam kotak ni. Saya rasa kurang manis berbanding yang dalam botol. Mungkin kena tambah sedikit susu manis. Atau pun saya terlebih letak coffee mate tu. Kena try and error la.

Bila dah blender sampai halus macam ni. Korang rasa dulu samada manis ke tawar. Kena try and error sebab resepi pun kadang-kadang berbeza mengikut citarasa kita.Bila kurang manis tu, saya teringat ada milo nuggets my nuha dalam peti. Saya amik satu plastik nuggets tu hancur kan dan tabur dalam ni. 

Milo Nuggets - credit pic to nestle
 

So jadilah chocolate nuggets ice cream :p Resepi kat atas tadi boleh muat sebekas aiskrim Nestle ni.


 Masa buat aiskrim tu acuan ni ada satu tu jer sebab yang lain buat aiskrim ribena. 

Bila nak makan tu, nak pagi nampak best sket saya letak chocolate rice dan biskut belanda tu.

Close up sket

 Cawan ni hadiah hari lahir my nuha last year..Siapa ntah bagi :p Tak perasan..hehehe.
Siap ada penutup dan sudu lagi.Comel sangat. Tq pada yang berkenaan.

my happy customer :p

Korang pernah cuba resepi ini ? Nantikan kongsikan disini yer :)

 
Tupperware untuk hari raya haji dan tupperware lelong pun ada : [ klik sini]
Basuh kereta untuk pulang beraya : [klik sini]
 

Friday, July 26, 2013

Roti Jala Dalam Pemanggang Tefal

Selamat Menyambut Nuzul Al- Quran yer semua. Bagi yang tidak bercuti sila jangan jelez :) Ni kali kedua saya menjala roti jala. Kali ni tak guna kuali tefal yang non stick tu sebab yang tu kecik tapi guna pemanggang tefal . Durhaka gadget memasak nama dia. hehehe . Kali ni edisi satu hari satu gadget di dapur di elissmie nak tayang acuan untuk menjala.






Saya punya yang 5 muncung cuma RM1.50 tak silap. Beli di Tesco kot. Lupa lak.


 Saya guna resepi ini { terima kasih kak jee}  tapi telah dialter oleh saya lah sket sebab nak buat 5 keping jer utk rasa :) 


Roti Jala versi elissmie. 
Bahan-bahan :-

1 cawan tepung gandum
1/2 cawan santan kotak
1/2 cawan air
1 biji telor
secubit garam
beberapa titis pewarna egg yellow

Cara-cara:-

Masukkan semua bahan dalam blender dan kita putar . Sedia untuk menjala. Tapi saya paling suka makan dengan serawa durian. nanges :((

p/s: Adunan yang saya guna cuma untuk 5 keping ajer. 2 keping makan berbuka, 3 makan sahur. hehehe



Tak sangka menjadi you. Menjadi sekian hal, yang penting sedap.


Garisan grill tefal tu yang tak menahan tu..Kalau lambat sket angkat dia garing dan rapuh pulak tapi still sedap. Biasa lah ada anak kecik ni, tetiba kat ruang tamu tengok anak menangis. hehehe
Rupanya kalau nak roti jala tu lawa, lipat yang licin berkilat tu kat depan. nanti nak buat lagi la. Semalam ngam-ngam gandum cukup secawan jer.hiks


Kombinasi untuk semalam adalah gulai ayam terengganu . Saja buat pekat-pekat baru sedap mencicah.

Ni untuk sahur pulak.

Korang pandai buat roti jala tak ?


Sedeqah/ Imfak / Waqaf / Zakat / Fidyah untuk fakir miskin Kudat Sabah
Bank in kepada : Tuan Haji Md Idris Haji Abdullah  Maybank Berhad 164 098 445 317
Ustaz ni adalah Pegawai Hal Ehwal Islam UiTM. Dia kata kalau boleh derma RM100 sebab itu jumlah yang dia nak bagi setiap keluarga ( 100 keluarga semuanya) tapi kalau RM1 pun dia terima jer..
email beliau sekiranya sudah memasukkan wang dan cakap untuk tujuan apa ( Sedeqah/ Imfak / Waqaf / Zakat / Fidyah ) mewakilkan beliau. email  : idris962@salam.uitm.edu.my

Nak beli tupperware dengan harga ISTIMEWA untuk HARI RAYA nanti , boleh dapatkan disini [ klik laju-laju]
Basuh kereta di Tip Top Spa Auto Service, Seksyen 7, Shah Alam sambil-sambil tunggu waktu berbuka tu . [ klik laju-laju]

Wednesday, July 24, 2013

Eyriqazz yang mengidam, saya yang dapat makan | Mee Rebus Terengganu untuk sahur

Hari tu terbaca entry Eyriqazz yang dia rindu nak makan Mee Rebus Terengganu mak dia di kampung untuk berbuka .Saya pun jadi terliur sama. Tapi saya ni jenis berbuka dengan nasi, so saya cadang nak buat Mee Rebus Terengganu [Resepi disini] untuk bersahur. Hari yang ditunggu telah tiba. Malam tu saya prepare bahan-bahan untuk buat stok ayam dan tumis terus bahan-bahan yang ada.Cuma tak masukkan mee ajer sebab saya prepare sebelum tidur. So masa sahur just masukkan mee dan panaskan serta masukkan telur sebagai tambahan.  


 Bahan-bahan yang simple ajer.


Tadda..Siap. Jangan terliur pulak yer. Kalau terliur , buat lah menu yang ringkas ni untuk sahur.
Saya memang suka perah sedikit limau dan kalau ada cili kicap ker lada jeruk ker memang terangkat habis la. Hubby pulak suka tuang sos cili dalam mee rebus dan dipatah-patahkan keropok keping. Alamak sendiri taip sendiri terliur ni acaner ?

Macam mana anak korang ubah hidup anda. Hantar cerita dan sini dan menang hadiah RM12K  

Korang suka makan apa time bersahur ? Jangan lupa cuba mee rebus terengganu yer :)



Ni Puding Roti Karamel [resepi sini] yang saya buat minggu lepas. Saya sorang ajer makan so saya makan ulang-ulang. Tak perlu beli kat pasar ramadhan yang saya tengok slice RM2- RM2.50. Tidak berbaloi lah !

p/s:

Ini segmen Jom Masak @ elissmie.com



Wednesday, July 17, 2013

Zakat fitrah , Agar-agar santan kopi dan Kurma Amina

Tahun ni , pertama kali my hubby bayar zakat fitrah untuk 4 orang pulak. Semoga amalan kami diterima Allah sepanjang Ramadhan ni. Amin. Korang dah bayar ker?


Bagi negeri Selangor, kadar zakat fitrah RM7.00 . Kadar fidyah RM1.80



 Bagi negeri lain, boleh la rujuk sini.


Buat warga UiTM Shah Alam, boleh la membayarnya di kaunter zakat yang dibuka diatas.
Bukan setakat zakat fitrah tapi zakat harta ( zakat simpanan, zakat kwps, zakat emas, zakat perak), bayaran fidyah dan sumbangan sedekah. 


 
Agar-agar santan kopi { Resepi disini }
Ni juadah saya buat untuk berbuka kelmarin. Semalam ada lagi balance tapi yang dalam loyang punya. 



Kurma pilihan sebelum berbuka yang my hubby beli. Kurma Amina keluaran Yusuf Taiyoob.

  p/s: 




Thursday, July 04, 2013

Ikan Bakar dalam Pemanggang Tefal

Semalam terpaksa bercuti sebab my Nuha demam pulak tiba-tiba. Mungkin sebab jatuh tersembam depan pintu hari sebelum tu. Demam terkejut agaknya. Hari ni dah ok sket. Bukan saja-saja nak EL. Kita pun tak mahu anak sakit-sakit kan.


Ni sebenarnya nak test power Rempah Ikan Bakar yang saya beli untuk buat stok ramadhan yang bakal menjelma minggu depan. Biasa bulan puasa, memang boleh dikatakan mesti beli ikan bakar buat berbuka.Hari tu Long beli rempah ni dan kami rasa memang menepati piawaian tekak kitorang. So balik terengganu hari tu terus beli 5 bekas buat stok ramadhan.

RM 5 satu bekas ni. Kat situ tulis boleh buat sambal nasi lemak kalau suka. 
Rasa dia ada iras-iras resepi rempah Ikan Bakar yang saya dapat dari tokey Ikan Bakar kat Paka

 Tempat kami beli rempah tu  . Bahulu Seri Geliga, Kuala Kemaman. No telefon ada kat situ kalau nak . Kalau biasa ke Kuala Kemaman, lepas simpang tiga kalau masuk kot Masjid Geliga tu, amik belah kiri, jalan terus sampai jumpa macam hutan ke semak gitu, kedai ni kat belah kanan :p 

Saja buat bakar ala portugis gitu, letak bendi :p  Saya tak der pemanggang ajaib :p 
Pemanggang tefal yang banyak berbudi :) 

Kalau ikan besar ni, rempah tadi tu boleh guna 3 ekor ikan.

Ok siap ! Dah boleh makan. Licin la seekor ni 3 beranak makan  :p
 Makan pulak dengan nasi panas-panas.


Korang dah ready ker nak berpuasa ?



Thursday, June 13, 2013

Buat kek coklat sendiri sempena Hari Bapa

Hari Bapa kat Malaysia ni pada Ahad ketiga bulan Jun tapi saya dan family sambut bulan kedua. Sama pulak dengan negara  Austria, Belgium dan Ecuador. hehehe. Sebenarnya my Nuha yang nak makan kek, so sekali harung la sambut hari bapa :p
Jom tengok kek coklat  yang saya buat sempena sambutan kecil-kecilan tu .

Kek coklat ni saya cuma kukus selama 50 minit atas api sederhana

Yang ni dah ditopping dengan coklat cair dan taburan chocolate rice

My Nuha dah tak sabar nak makan


 Saya guna Tepung Pracampuran Kek Coklat Segera D'Rosni untuk buat kek coklat ni. 
Aci kan ? Yang penting ikhlas dari hati..hehehehe

Dapur makeover percuma, klik sini  

Follow ajer step belakang ni. Tapi kena ada tambahan  susu manis, marjerin, chocolate rice dan telur . Topping pun disediakan. Boleh beli lenkali ni. RM 10++ tak silap saya satu pek ni.

Nuha dah get ready nak potong . Dia cakap birthday dia..hehehe..sabar jer la.

Nayla pun nak tumpang sekaki 

Gambar kami berempat :)

Dah boleh makan. Suka sangat lah tu...


Selamat Hari Bapa Sayang. Terima kasih kerana jadi abah yang baik untuk anak-anak kita. Terima kasih tolong jaga anak-anak bila eliss dah tak menang tangan .Terima kasih untuk segalanya :*


Korang ada buat sambutan hari Bapa?


Selamat Hari Bapa juga buat Abah dan Ayah Mertuaku :) 
Buat Ayah Mertuaku, Selamat Menunaikan Umrah.

 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)