Showing posts with label jom masak. Show all posts
Showing posts with label jom masak. Show all posts

Wednesday, April 10, 2013

Habbastus Sauda, Pesakit Darah Tinggi dan Menu Ekspres Untuk Dinner | Tomyam Seafood Campak

Tahniah eliss. Sudah berjaya didaftarkan sebagai Pesakit Darah Tinggi.
Hari ni tak makan ubat sebab dah habis semalam, tekanan 140/100. Syabbasss bette :p

Rawatan alternatif  - Habbatus Sauda yang dikatakan mampu merendahkan tekanan darah.
 Baru hari kedua mengambilnya tapi kesan yang cepat adalah susu badan bertambah. Siapa ada pam preloved untuk dijual murah-murah, boleh la hubungi saya elissmie [ at] gmail [dot] com

Menu ekspres untuk dinner, campak ajer semua bahan diatas kedalam periuk, tunggu menggelegak. Sedia untuk dimakan. Tomyam Seafood Campak nama dia :p


 Terima kasih en gazairi untuk ole- ole ini yang baru pulang dari mengerjakan umrah.
Ya Allah, jemputlah aku dan suamiku ke rumah mu secepat mungkin....

p/s:

Edisi Less Words di elissmie.com

My Nuha | Aku Bukan Chef

Friday, April 05, 2013

Taska atau rumah pengasuh, mana pilihan korang ?

Mula-mula memang saya nak hantar my Nayla ke taska sama dengan kakak dia, my Nuha. Senang sebab sekali harung ajer. Tapi malangnya,permohonan saya tidak diluluskan sehingga semalam pihak taska telefon balik dan ada kekosongan katanya.Saya terpaksa tolak sebab minggu ni saya dah start hantar my Nayla ke rumah pengasuh,Kak Ana dan saya nampak akak ni jaga my Nayla dengan baik. Lagipun akak ni just jaga 3 budak dan my Nayla seorang ajer baby. Yang lain umur 4 dan 6 tahun dah. 



Bila fikir-fikir balik, ada baiknya saya letak my Nayla di rumah pengasuh dulu sebab kalau lama sangat dia kat taska tu mungkin besar sket dia jadi bosan kan. Biarlah dia sebaya my Nuha dulu la baru hantar taska. Lagipun kalau ada yang sakit, ramai-ramai mungkin senang berjangkit sebab baby kan sistem imun tak berapa nak kuat. Harap akak ni akan jaga my Nayla dengan baik sampai 4 tahun ni. Lagipun senang, belakang rumah ajer. Kebarangkalian anak untuk menangis dalam kereta meraung-raung macam my Nuha dulu amatlah tipis. hahaha. Tapi sebulan jadi supir bawa dia, memang my Nayla tak banyak ragamnya. Dah la suka tidur. Tenang nak drive :)


Kak  Ana cakap my Nayla asyik meleleh air liur jer. Ada makanan masa mengandung yang tak dapat makan ker dia tanya ? Saya cakap, banyakkkkk.. hahaha. Ni lah salah satunya, Agar-agar Santan [ Resepi disini ] . Ni semalam saya buat dan my Nuha suka sangat. Hubby tak sempat try lagi ! :p Acuan ni beli kat checkers, murah jer seringgit lebih 10 bekas tak silap,saya beli bentuk bintang dan shell.


 Korang pulak , mana satu pilihan ? Taska atau rumah pengasuh ? 

 
  Derma melalui SMS. SMS PALESTIN  <jarak > 10 (RM10 / RM 5 / RM 3)  Hantar ke 39111[klik]
Nak beli tupperware dengan harga ISTIMEWA , boleh dapatkan disini [ klik laju-laju]
Basuh kereta di Tip Top Spa Auto Service, Seksyen 7, Shah Alam. [ klik laju-laju]
Pelbagai pilihan kain cotton untuk baju kurung , klik sini. [ klik laju-laju]
 

Friday, March 29, 2013

Menu Ekspres Untuk Dinner | Mee Rebus Terengganu

Ini sebenarnya, menu ulang tayang ajer di Jom Masak @ elissmie.com .Lagi 2 minggu nak mula kerja, mungkin lepas ni kena banyak fikirkan menu ekspres la untuk dinner .Biasalah, nak mengadaptasi diri setelah beranak dua ni. Sekarang ni masih tak kerja pun dah kelam kabut untuk prepare dinner, apatah lagi dah mula kerja balik 8/4/2013 nanti. 


Ni untuk dinner malam tadi. Pagi tadi ada lebihan, buat breakfast sekali :) hehehe
 
Ni penambah rasa, sambal kicap. Pengaruh Johor :p Hubby kan suka makan pedas, so kena la buat untuk dia. Saya amik hujung-hujung sudu ajer, takut pedas. hahaha

Resepi Mee Rebus Terengganu boleh rujuk [sini] 

Korang ada menu ekspres untuk dikongsikan ? 

Boleh baca entry MommyLyna jugak : Tips Rahsia Masak Cepat Di Dapur

Derma untuk tabung wira lahad datu media prima Maybank 5142 - 7133 - 9000
 Derma melalui SMS. SMS PALESTIN  <jarak > 10 (RM10 / RM 5 / RM 3)  Hantar ke 39111[klik]
Nak beli tupperware dengan harga ISTIMEWA , boleh dapatkan disini [ klik laju-laju]
Basuh kereta di Tip Top Spa Auto Service, Seksyen 7, Shah Alam. [ klik laju-laju]
Pelbagai pilihan kain cotton untuk baju kurung , klik sini. [ klik laju-laju]



Monday, October 08, 2012

Cabaran membuat Apam Pisang Kukus

Hari tu masa balik kampung, punyalah banyak my ma bagi pisang. Mula-mula ingat nak bagi jiran, tapi tengok macam dah masak sangat so tak terbagi pulak. Ada dalam 2 sikat gitu.Saya simpan jer dalam peti ais. Lama-lama kulit dia jadi hitam kan tapi bila kupas, ok lagi isi dia.


Bila tengok resepi Apam Pisang Kukus ni, macam senang jer kan tak perlu oven hanya kukus , saya cubalah. Kali pertama buat, memang lembik sket sebab terlebih pisang dan terkurang tepung tapi licin satu loyang.Sabtu lepas, buat pulak sekali lagi.Tapi kali ni memang betul-betul mencabar keimanan. 



Hasil kali pertama.Lembik sket kat dalam.Tapi tetap licin satu loyang !


Bahan-bahan yang diperlukan. 


Tiada mixer, blender pun berguna rupanya :)



Adunan yang siap sedia untuk dikukus


Masa tengah kukus apam pisang ni dalam 5 minit macam tu gas pulak padam.  Masa tu pukul 7.30 pagi. Semangat tu sebab nak breakfast dengan apam pisang kukus ni. Terus telefon pembekal gas, katanya nanti dia hantar. Tunggu punya tunggu, sekali 2 jam baru sampai gasnya. Apa sudah jadi dengan apam saya ?


Kukus dalam pengukus, 5 minit pertama.  


Lepas dah tunggu setengah jam tak sampai lagi gasnya , saya pun terfikir nak kukus apam tu dalam periuk nasi. Terus isi air panas dalam periuk nasi dan stimkan apam saya tu.


 Kukus dalam rice cooker pun boleh !







Dan hasilnya......






enak tidak terkata :p



Makan pulak masa masih panas-panas dengan ais krim coklat . Perghhhhhh.. 
Macam makan brownies pulak saya rasa :)

p/s: 
 
My Nuha cakap pandai Ummi buat kek :p Tapi serius rasa dia macam kek pisang jugak saya rasa :)


Resepi Apam pisang kukus versi elissmie [sumber asal : sini]

1 sikat pisang awak (ada biji, buang bijinya)
1 cawan minyak
1/2 cawan gula
1 1/2  cawan tepung gandum  
2 biji telur
1 sudu soda bikarbonat
1 sudu serbuk penaik
1 titik esen vanila

Cara-cara :

Blender pisang, minyak dan gula.
Dalam bekas yang lain, tuang adunan yang telah diblender dan ayakkan tepung gandum, soda bikarbonat dan serbuk penaik. Gaul mesra dan masukkan dalam loyang .

* Pastikan periuk pengukus dikukus terlebih dahulu sebelum loyang dimasukkan. Kukus sehingga masak.


Banyak tak korang rasa cabaran saya buat apam pisang kukus ni ?



Friday, May 18, 2012

Mudahnya buat Popcorn sendiri :)

Hari tu terbaca di blog Liya pasal buat popcorn sendiri . Masa pergi carrefour ternampak pulak biji jagung yang dah dipaketkan tu, terus amik la. Dari bulan tiga lagi belinya tapi baru buat minggu ni sebab hari selasa tu nuha nak popcorn yang dijual kat kedai tu :p



Biji jagung ni RM2.13 di Carrefour . Kalau di Tesco RM2.10.

Masa saya nak buat tu, langsung saya tidak ingat resepi. So saya main belasah ajer. Tapi yang saya ingat, masukkan dalam mentega yang dicairkan tu ajer. Bahan karamel saya memang belasah ajer :p

Ni bila jagung dah berhenti berbunyi pop tu :) Guna suku jer dah dapat satu kuali ni. 
Lain kali buat lagi. Ni kira try and error :p

Masa buat karamel tu, saya terletak air pulak. Baru tahu rupanya tak boleh letak air. Patutlah dia jadi liat sket :p Kiranya percubaan kali ni gagal jugak tapi masih boleh dimakan la. Dah habis pun :p

Saja tambah sirap ros untuk buat nampak merah gitu :p 
Nuha cakap tak de warna lain? Satu jer warna? hahahaha. Lain kali Ummi buat warna warni yer :)

Resepi popcorn sedap , boleh rujuk sini :)

Beli tupperware dengan harga istimewa, bole dapatkan disini [ klik laju-laju]
Basuh kereta di Tip Top Spa Auto Service, Seksyen 7, Shah Alam. [ klik laju-laju]
Baju kurung cotton, polka dot pun ada, klik sini. [ klik laju-laju]


Tuesday, May 08, 2012

Lepas ni boleh la selalu makan makanan bergrill :)

Akhirnya, lepas ini saya semakin gigih didapur dengan masakan bergrill.Hari Ahad lepas, hubby setuju untuk saya beli grill pan idaman hati. Saya tak kisah pun jenama apa janji grill pan. Sebelum tu dah  tengok dah grill pan kat Jusco. Memang teringin dah nak beli.Tapi hubby tanya, perlu ke tak ? Memikirkan hubby yang dan belanja hampir RM200 untuk beli 3 helai spek mata wanita, masa tu , saya kuburkan sahaja niat tu :p 

Tapi Ahad lepas, jembalang apa saya tak tahu la yang telah merasuk hubby saya dan mencadangkan saya beli grill pan tu. Katanya, beli jer la tak payah nak fikir-fikir dah . Masa tu ada offer pulak dengan jenama tidak melekat itu, Tefal lah apa lagi :)



Selalu RM 130 ++ tapi yang saya beli cuma RM79.
Update : Beli kat Carrefour Klang
 Sama harga dengan jenama Jusco hari tu. Seb baik tak beli hari tu :p


Lepas ni boleh laa saya memanggang dengan garisan grill pan macam dalam gambar tu :p


Welcome to mommy my new baby !  hahahaha



Dan dan google cari resepi chicken grill :p


Last-last, malam tadi me buat ayam percik. Sungguh menjilat jari kau ![Resepi disini]


First time my grill pan beraksi :) Basuh pun mudah sebab tidak melekat !


 Korang dah ada ker grill pan ?? hahahaha ..lariksss




Thursday, March 08, 2012

Pisang Abu , Pengat Pisang , Goreng Pisang dan Jiran Sebelah Rumah

Sejak duduk rumah atas tanah ni, hubungan sesama jiran nampak lebih baik sket. Sebab dulu, semua aktiviti berkisar dalam rumah ajer even jemur baju pun dalam rumah. Sekarang, boleh dikatakan keluar jugak rumah untuk melayan my nuha main kolam, naik basikal dan jemur/angkat baju. So ternampak la jiran dimana-mana sebab pagar tak tinggi kan. Maka bertegurlah sapa. My Nuha pun dah rapat dengan anak jiran sebelah rumah tapi anak dia ada hari minggu ajer. Hari-hari tanya kakak tu.Maklumlah tak der teman berkawan.

Berbalik kepada jiran sebelah rumah.Tak silap 2 minggu lepas, dia bagi pisang abu kat me 2 sikat. Punyalah banyak tu sebab dia baru balik dari kampung. So pisang yang ada mula-mula me buatlah goreng pisang. Dan beberapa hari lepas tu me buat pengat pisang pulak.



Ni kiranya first time me buat goreng pisang. Kelakar kan ? Selama ni beli ajer kat kedai. Mula-mula buat me guna tepung goreng ayam. Memang tak sedap. Nasib baik buat 2-3 keping sebab nak mencuba ajer.

 

Lepas tu baru me beli Tepung Goreng Pisang Adabi.Baru laku pisang goreng me.


Macam Pisang Goreng Panas :p Ini bukan Macam. Ini Pisang Goreng.

 Cendawan selepas hujan. Tipu. Yang ni beli kat Giant ;p


 Rangup jer cendawan goreng ni. Guna tepung goreng pisang tu jugak.


Ini hari selepasnya buat pengat pisang sebab pisang dah masak.Kalau ada sagu mata ikan lagi sedap kan atau tambah jagung manis sket :p Owh, pandan tu dari kebun mini me semalam :p 
Resepi Pingat Pisang Simple ala me , kat sini.


Jiran korang macam mana pulak ?

p/s: 

Kepada jiran sebelah kanan, sila potong rumput rumah anda yer. Dah macam duduk tepi belukar dah me rasa :p


Thursday, February 23, 2012

Pulut Mangga @ Mango Sticky Rice Dessert , korang pernah makan tak?

Sebenarnya dah lama dah me mengidam nak makan . Tapi sampai sudah tak jumpa-jumpa :p Selalu terliur entry pulut mangga dalam blog Eyriqazz kerana ianya dessert kegemaran isterinya dan Alisya. Menjejes air liur me menengoknya :p

 Last week, masa ke Giant Seksyen 7, Shah Alam, me ternampak Thai Manggo. Terus teringat baki beras pulut yang satu cawan lebihan buat pulut durian hari tu ada lagi dalam almari. Rugi jugak kalau dibiarkan berbubuk macam  tu kan. 

Akhirnya, me buat Pulut Mangga @ Mango Sticky Rice Dessert untuk breakfast hari sabtu . My Nuha memang hantu pulut.Hari Sabtu hubby kerja so me makan berdua ajer lah dengan my Nuha. Percubaan pertama kiranya ni .Tanpa mengetahui resepi tapi me buat macam nak buat ketupat tu jer la.

Bahan-bahan yang mudah dan murah betul bagi menyediakan Pulut Mangga @ Mango Sticky Rice Dessert ni. Jom kita kira kosnya..

1KG - RM 5.80 Harga yang disyorkan untuk Cap Floral.


 Sedap beras pulut ni dan perlu cuci sekali sahaja.

Santan kotak ajer me guna. Me campur dalam pulut dan buat kuah sebabnya my Nuha dia suka makan pulut tu, so nak bagi lemak me kukus dengan santan.

Yang ni satu kotak RM2.70


Pulut mangga ni sedap, tapi masa beli tu masih muda sket so dia rasa masam-masam manis gitu. Sesuai dengan tekak me.

 Ni beli kat Giant, RM 2.89 untuk dua 2 biji.

Pulut yang sudah siap dimasak. Kalau rasa pulut tu nak terkeras , tambah santan lagi.
 Me guna 1 cawan santan untuk 1 cawan beras pulut.  


Hasilnya...Tadaaa... Ala-ala masterchef gitu. Sebenarnya tak der la dua ketul ajer pulut tu me sebat ;p Tu untuk tujuan penggambaran ajer..hehehehe

 Homemade Pulut Mangga @ Mango Sticky Rice Dessert, resepi disini..Versi me punya lah :)

Kosnya lebih kurang RM6 untuk dua orang makan gitu . Jimat kan.


Korang pernah ke makan Pulut Mangga @ Mango Sticky Rice Dessert ??




Friday, January 27, 2012

Jalan Jalan Cari Makan @ Terengganu

Mentang-mentang semalam baru sampai dari Terengganu .Kali ni Jalan Jalan Cari Makan di elissmie meluaskan empayar ke Terengganu lah pulak .Tempat jatuh lagi dikenang, inikan pulak tempat jatuh cinta ;p

Hari pertama dimulakan dengan minum petang di warung tepi pantai @ Pantai Paka.Sebelah ajer dengan Residence Resort Paka. Lupa plak nama warung tapi my hubby panggil kedai Kak. Ada bau-bau bacan dengan my hubby kekdahnya. Ada banyak deretan kedai kat situ.

 Our all time favourite to the max, Air Jagung ( Air Jagung + jagung manis + aiskrim + susu)


 Dan tak perlu diperkenalkan lagi. Kerepok lekor panas-panas. RM 2 .

My Nuha dan my hubby's niece @ Pantai Paka.

Hari kedua, diteruskan dengan makan tengah hari pulak tapi kat rumah my ma.  Menu yang diperap dengan kasih sayang oleh seorang ibu dan ayah gitu .



Daging Bakar yang dipanggang oleh my Abah diatas dapur arang membangkitkan rasa.



Air asam oleh my Ma yang terangkat abis bila daging bakar tu dicicah dan masuk kemulut :p


Ni ikan sungai. Apa ntah namanya. Banyak tulang tapi bila goreng garing, rangup sungguh.



Ayam percik ni my Abah panggang pada keesokan harinya pulak :p Resepi [klik]

Hari ke tiga diteruskan dengan dinner @ BD seafood, Jalan Pantai, Sura Dungun. Menu Ikan Siakap Bakar + kerabu sotong + telur dadar + Kailan Ikan Masin. RM50++ termasuk air dan 2 Nasi Goreng USA.

 Wajah pemakan sekalian :p

 Ngah my hubby dan my Nuha :p

Ikan siakap bakar
Kerabu Sotong

Kailan Ikan Masin

Telur Dadar

Hari terakhir dengan breakfast @ Rumah Mak mertua. Nasi Minyak yang dibuat dengan penuh kasih sayang tapi lupa nak snap pic daa ;p Hari pertama dinner pun lupa nak snap. Mee rebus terengganu MIL buat. Resepi [klik]


Berakhir sudah JJCM di terengganu. Moga berjumpa lagi wahai Terengganu tempat jatuh cintaku :p


 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)