Showing posts with label deco. Show all posts
Showing posts with label deco. Show all posts

Friday, March 21, 2014

Koleksi Terkini FM dari Johor dan ruang karya anak di rumah

Hari ni nak tunjuk koleksi Fridge Magnet (FM) terbaru yang saya dapat dari kawan my hubby . TQ Afiq. Bukan 1 tapi 3 FM dari Johor. Dulu hubby pergi Johor pun ada belikan saya FM seperti kat sini. Double yeay kat situ. Tapi sejak dua menjak ni banyak FM saya yang rosak gara-gara si kecil sorang tu asyik la duk cabut dan tampal FM mak kat peti tu.Inilah cabaran sebagai FM collector.  Kadang-kadang di lipat-lipatnya FM itu. Nak marah kecil lagi.Tunggu la besar sket. hehehe


Ni lah FM dari Johor tu. Bentuk love lagi tu dengan 3 tempat menarik di Johor iaitu Istana Besar Johor, Dataran Bandaraya Johor Bahru dan Masjid Sultan Abu Bakar, Johor 

Koleksi terkini setakat 21/3/2014

Inilah ruang karya my nuha. Sebelah tepi pintu fridge rumah kami tu. 


Untuk lebih menarik saya belikan FM dari Kaison ni (RM1 setiap satu ) untuk menceriakan ruang karya my nuha ni.

Pasal ruang belajar hari tu, my hubby telah belikan my nuha set kerusi dan meja tulis ni. Kedai yang sama saya beli manequin tu. RM 150. Since tak ada bilik sendiri lagi, my hubby letak jer meja belajar ni kat ruang tamu kat dinding sebelah rak tv kitorang. 


My happy princess :) Dah la tema princess, kena dengan citarasa dia. Hari tu hubby pilih yang set mickey dan minnie mouse tapi dah habis stok pulak. Dah rezeki mak (eh !) dia nak tema princess..hehehe


Korang ada ruang karya dan belajar untuk anak-anak di rumah ? #deco #koleksifridgemagnet




Nak beli tupperware dengan harga ISTIMEWA , boleh dapatkan disini [ klik laju-laju]

Basuh kereta di Tip Top Spa Auto Service, Seksyen 7, Shah Alam. [ klik laju-laju]  

Friday, February 28, 2014

10 Idea ruang belajar untuk ruang yang terhad

Salam Jumaat semua. Penghulu segala hari.Jangan lepaskan peluang berdoa hari ini kerana hari ini hari yang mustajab untuk berdoa. Rugi kalau disia-siakan especially selepas solat asar. Hari lain pun kena rajin berdoa jugak tau  #pencetusummahsangat

Hari ni kita bawakan segmen kegemaran ramai @ elissmie. Apa lagi kalau bukan deko@elissmie. Sejak my Nuha dah mula ada kerja sekolah ni, hari-hari meja makan kitorang akan menjadi meja belajar dia lah. Kalau nak makan kena tunggu dia habiskan kerja rumah dia dulu. Kadang-kadang lepas belajar, dia tinggal jer kat situ. Yerlah budak kan. So tercetuslah idea bilik belajar untuk ruang yang terhad hari ni. Bilik terhad tu sebab rumah kitorang kan terhad ruang yang ada. 

Rata-rata saya google, untuk ruang belajar aspek yang perlu dititikberatkan adalah kemudahan belajar (meja dan kerusi, ruang ) , pencahayaan dan ruang simpan bahan belajar ( drawer) . Apa lagi google lah 10 idea yang paling menarik untuk perkongsian hari ini dan idea untuk saya dekorasi ruang belajar untuk my Nuha nanti. 


 Idea 1 : Best idea ni. Satu meja besar dibahagikan dua dan letak drawer kat tengah dia. Letak kat dinding. Jimat space . Dapat dua ruang belajar . 


 Idea 2 : Purple memang menarik perhatian saya. Yang ni sekali dengan wardrobe. Shelf untuk simpan bahan belajar jenis gantung kat dinding. Menarik jugak kan? 



 Idea 3 : Ni kalau ada ruang stor yang tak digunakan, boleh tiru idea ni. 
Lepas belajar simpan kerusi kedalam dan tutup pintu stor tu. 



 Idea 4 : Kalau dalam bilik still ada ruang, boleh letak ruang belajar dalam bilik tidur. 

 Idea 5 : Yang ni lagi satu contoh untuk bilik belajar dalam bilik tidur.  


 Idea 6 : Ini pun sama konsep yang ada ruang kosong kat dinding. Simple jer kan. 

 Idea 7 : Ini pun konsep yang sama macam kat atas tadi .


 Idea 8 : Idea yang ni pun best jugak, ruang belajar kat bawah, katil kat atas.


 Idea 9: Kalau korang ada ruang kosong bawah tangga, idea ni memang sangat praktikal. 


 Idea 10 : Ni lagi satu contoh ruang stor jenis yang tak der pintu tapi boleh letak langsir kat situ. 
Lepas belajar simpan kerusi kedalam dan tutup langsir . Dan mesti orang tak perasan ada ruang belajar kat situ. 


Idea mana yang korang berkenan ? Rumah korang lak dah ada ruang belajar untuk anak-anak ? Kongsikan disini #semogabermanfaat

credit ideas : 

http://thehomepicz.com/interior-designs-for-small-study-room-for-children-and-kids-ideas

http://www.merwis.com/cute-and-improbable-kids-room-design-ideas-from-dearkids/room-decor-girls-space-decorating-ideas-kids-little-boy-teen-sets-boys-rooms-lovely-and-colorful-kids-room-with-nice-small-study-table-and-beautiful-purple-fur-rug/

http://www.kidspacestuff.com/blog/2013/10/kids-small-room-design-ideas/

http://www.lampsplus.com/info-center/b/blog/archive/2011/08/04/small-space-study-area-solutions.aspx

http://www.pinterest.com/attagirl33/study-area/

http://woodenitbeamazing.com/2013/06/24/creative-ideas-to-revamp-your-under-staircase-space/

http://homedesignlover.com/home-furnitures/desk-and-chairs-for-work-areas/



Nak beli tupperware dengan harga ISTIMEWA , boleh dapatkan disini [ klik laju-laju]
Basuh kereta di Tip Top Spa Auto Service, Seksyen 7, Shah Alam. [ klik laju-laju]  



Tuesday, November 19, 2013

10 Idea Dekorasi Bilik Tidur Dua Kanak-Kanak Perempuan

Malam tadi saya tanya my Nuha, nak tak tidur dalam bilik Nuha sendiri ? Dia kata kena letak air cond dulu. Demand kanak-kanak sekarang kan. Tapi Ummi tidur la sekali dengan dia katanya. So tunggu adik besar sket boleh la diorang tidur berdua kat dalam bilik tu. Dia suh Umminya ganti dengan katil lain dulu. Sabar jer lah. Kes tengok anak jiran beli katil baru lah tu :p


Hari ni saja gatal google dekorasi untuk bilik tidur untuk dua kanak-kanak perempuan konon-konon untuk my Nuha dan my Nayla lah :) Jom kita on mode berangan jap.Mana tahu dapat rezeki terpijak ker kan. Amin.

 Yang ni guna warna hijau striking tu.Tak suka sangat warna hijau macam ni. Tapi berkenan kat katil dia. 


Katil dia lebih kurang katil atas tadi.Saya suka sebab jimat ruang. Kuning dan purple nampak cantik jugak . 


 Yang ni macam ada sentuhan english style sket kan dan dinding dengan tema pink biru gitu. 

Yang ni konsep dia moden kan dengan warna tema pink dan hijau. Katil gabung sekali dengan wardrobe diorang. Aduhai moden habis ni. 


Pink semua ni memang sesuai untuk kanak-kanak perempuan kan ? Katil yang pull out tu memang outstanding dan jimat space . Yang ni paling saya suka.


Idea untuk entry hari ni sebenarnya dari website IKEA.Menarik jugak dekorasi ni sesuai untuk bilik yang terhad kan  


Yang ni pulak menggabungkan warna hitam dan pink. Sangat matching bersama. Yang ni pun saya suka. Tapi kalau jenis berdengki kang berebut pulak nak warna pink dua-dua.

 Yang ni konsep katil kembar. So sama jer dekorasi untuk dua-dua katil. Senang tak yah berebut kan.

Yang ni pun sama jugak konsep katil kembar dengan sentuhan ala english jugak


Tak salah rasanya lari sket dari kebiasaan biru untuk lelaki. Untuk perempuan pun boleh kan. Best idea ni dengan katil yang customized dan ada wardrobe kat situ terus. 


Design mana yang korang rasa korang berkenan ? Boleh lah diaplikasi untuk bilik anak-anak dara korang jugak atau anak-anak bujang pun boleh lah :) Semoga bermanfaat :)



credit  http://denoxa.com
http://www.goaltus.com/20-funky-of-modern-kids-rooms-designs/girl-yellow-purple-kids-room-designs/
http://www.mapsoul.com/kids-rooms-decorating-ideas-for-girls/twins-kids-rooms-decorating-ideas-for-girls/
http://www.lushome.com/kids-bedroom-ideas-two-pink-blue-color-schemes/44626
http://pbstudiopro.com/play-room-and-kids-room-decor-ideas-for-girls/modern-kids-room-decor-ideas-for-girls/
http://ezpong.com/fun-bedroom-designs-allocated-for-two-kids/colorful-bedroom-decorating-ideas-and-pictures-for-kids/

Friday, November 08, 2013

Kabinet dapur terkini dengan pintu aluminium kalis air

Segmen deko@ elissmie.com dah lama tak ada sejak dua menjak ni kan. Ok kita update pasal deko penutup minggu ni ok? Hari ni saja jalan-jalan cuci mata di Tesco Shah Alam dengan Ad selepas lunch kat food court kat situ . Sekali termasuk kedai kitchen kabinet namanya Alviva Aluminium Kitchen.Pertama kali tengok pintu kabinet dapur tu dengan aluminium. Biasa kat bahagian tepi aluminium tu pernah la tengok. Yang best ianya kalis air, tahan anai-anai dan mesra alam katanya.

 Yang ni harga dalam 6K - 7 K ++ ( 6 kaki X 6 kali )

Tapi yang paling teruja adalah kabinet ni .Yang ni  9 kaki tinggi 10 kaki lebar ni dengan 3 pintu. Memang menepati citarasa untuk buat store idaman ni.  Yang ni kos dia dalam 7K-8K ++ macam tu. Kena menabung lagi lah nampaknya.

 
Memang boleh buat storan penyimpanan ni...

 
Tengok,kalis air kan. kalis air jer..kalis air kan. hahaha

Kalau korang-korang nak usha boleh la pergi outlet diorang :

Tesco Shah Alam
Lot 21 , First Floor , No 3 Jalan Aerobik 13/43
Seksyen 13, Shah Alam
www.aliva.com.my


 p/s;
Hangen ajer makan Claypot Yee Mee tomyam seafood di food court tesco tadi. Udang seekor dan hirisan sotong 3 helai 1 inchi dan ayam ? Ayam tu seafood ker? huhuhu . Kata claypot sekali mangkuk ajer dia serve. lupa nak snap pic..
RM7.90 tak berbaloi2

Jom beli tupperware  : [ klik sini]
Basuh kereta hari minggu disini : [klik sini]
 

Tuesday, September 03, 2013

Katalog IKEA 2014 , sumber idea dekorasi menarik

Lama dah tak de segmen deko @ elissmie.com ni kan ? Dah tengok Katalog IKEA 2014 ?  Kalau belum, sila la berbuat demikian. Dapatkan  IKEA Katalog 2014 disini ( klik )  ! #makespacebetter .Jom kita tengok idea dekorasi yang menarik dalam katalog IKEA 2014 ni. Saya pilih dekorasi yang paling saya rasa praktikal dari bilik tidur sampai ke ruang dapur semestinya untuk rumah saya jenis teres setingkat. 


Ini cover katalog IKEA 2014. Kalau ada sesiapa nak amikkan untuk saya, email la saya :p

 Idea dekorasi untuk bilik air yang sempit. Tak sangka,idea frame gambar yang post sebelum ini tu boleh cantikkan dan naikkan ruang bilik air dan tak rasa macam berada dalam bilik air pulak yer.



Bila dah ada dua anak perempuan, tak sabar nak tunggu dua-dua besar dan buatkan make over untuk bilik mereka. Idea ni pun menarik sangat. 


 Ini pulak dekorasi untuk ruang dapur yang terhad.  Semua dalam satu, makan kat situ dan boleh duduk-duduk disofa sementara menunggu ikan habis digoreng. Eh, berangan pulak :p


Ni ini pulak untuk ruangan stor atau tempat sidai baju. Nampak kemas pulak macam ni kan.



Saya suka la konsep bilik tidur ikea yang ni. One shelf two room konsep dia. Praktikal untuk rumah yang jenis open dan tak der partition bilik langsung macam rumah studio.


Rasa nak transform ruang tamu macam ni lah. Syok habis sebab dah tak der sofa dan sesuai betul untuk my Nayla bergolek-golek. Ala-ala konsep arabian jugak ni kan?

Yang mana korang rasa idea dekorasi yang paling menarik ? 

p/s:


Ok, kalau nak tengok lebih lagi. Korang tengok la sendiri yer. Dapatkan  IKEA Katalog 2014 disini ( klik ajer sini)  ! #makespacebetter .

Wednesday, June 05, 2013

Bilik terhad nak buat store , boleh guna idea ni :)

Lama dah tak ada segmen deko @ elissmie.com kan . Sebenarnya, saya dan hubby nak convert bilik tetamu kami yang kat belakang tu sebagai bilik stor tapi bukan nak guna keseluruhan bilik lah kan. Katil tu masih maintain la kat situ. Tetamu datang bukan guna almari bagai kan. Memadai lah ada ruangan untuk sidai pakaian dan ada cermin nak bersiap.Penyelesaiannya, kami nak buat built in Floor to Ceiling Shelving .Jom tengok deko yang menarik untuk idea ni.


 Yang ni design yang paling saya suka  dan kalau boleh nak susun-susun bakul atau kotak macam kat bawah ni kat ruanganrak-rak ni.

Kena carik bakul-bakul atau kotak storage yang comel gini kan baru nampak menarik.

Boleh ker bercakap dengan TV ?Boleh, klik sini 

 Yang ni memang cun jugak tapi ruangan rak dia kecik-kecik. Saya ada banyak barang nak di storekan ni :p


 Yang ni pun menarik. Slot dia ada yang besar dan kecik. Praktikal jugak.

Yang ni pun menarik. Rak tu dia ada macam sliding macam wardrobe bilik tidur utama saya.

Kalau memang nak buat rak buku ajer memang boleh buat rak tu dengan slot-slot kecik macam ni.

Yang ni simple tapi ruang tak digunakan sepenuhnya. Rugi space tu. hehehe

Korang rasa yang mana paling menarik ?


pic credit to  

http://holzmaninteriors.com/2012/10/22/maximize-bedroom-storage/ 
http://pinterest.com/meghankhan/ideas-for-girls-room/
http://wovenhome.blogspot.com/2012/04/design-shuffle_278.html
http://blog.custommade.com/2011/02/built-in-wall-units-ideas-for-a-more-organized-home/
http://www.sensusushi.com/category/teen-room-designs/

Wednesday, July 18, 2012

Kedai Hiasan Dalaman Rumah Murah @Kaison, KL Festival City

Ahad lepas, kitorang jalan-jalan cuci mata di KL Festival City, selepas makan tengah hari.  Long saya rekomenkan satu kedai hiasan dalaman yang menjual barangan murah macam bunga dan tumbuhan tiruan, bakul, kaca dan pasu porselin, pemegang lilin, jam, bingkai gambar, lukisan minyak, hiasan rumah, bantal dan kusyen,cadar, tirai , permaidani, kertas dinding, mainan, souvenier pun ada. Boleh kata macam-macam ada !Kat situ my Long beli bidai RM19 sahaja. Saya pun nak rembat satu lepas ni nak letak kat grill pintu dapur.Hari tu tak beli sebab tak ingat ukuran.


 
Inilah kedainya.Alamat :
S20 & S21, 2nd Floor, KL Festival City,
Danau Kota, Jalan Genting Klang, 53300, Kuala Lumpur

 Cuba tengok lukisan kat dinding tu. Dah siap frame macam tu RM30 sahaja.


 Sebenarnya saya pun rembat satu, tak menahan tengok buah oren dan limau tu.RM30.
Hubby tak sempat lagi gantungkan kat sebelah meja makan tu :) My Nuha beli puzzle cuma 90¢


Bunga-bunga plastik dia memang menarik tapi huby tak gemar pulak bunga-bunga plastik ni.Lain kali nak beli pasu bunga pulak, boleh letak fresh roses ;p berangan ! hehehe


Korang dah pernah ke masuk kedai ni ? Beli apa?

p/s:

Sandal untuk hari raya boleh dapat kat sini.


Wednesday, May 23, 2012

Design Walk In Closet/ Wardrobe yang menarik

Hari tu masa tengok program Seia Sekata Schawal, Awal ada tunjuk dia punya walk in closet. Penuh dengan barang dia sampaikan terpaksa buang separuh baju dia untuk isteri terchenta, Scha gitu kan.Dua-dua stylo, rasanya tak cukup la nanti walk in closet dia :) Tapi terpaksa korbankan satu bilik tu yang tak bestnya .Kalau rumah saya tak boleh la, sebab bilik pun cuma ada 3 sahaja. So tak praktikal rasanya.


Hari ni deko di elissmie, pasal walk in closet/ wardrobe. Jom kita tengok design walk in closet yang menarik untuk dikongsikan.Kita budget retis lah kan .Tak kena bayar pun kalau berangan kan ;p


Yang warna purpleni,buka-buka pintu terus nampak walk in closet gitu kekdahnya..
Yang ni praktikal untuk suami dan isteri lah sebab ada banyak bahagian.

Yang ni contoh yang lain yang sesuai untuk suami isteri. Besar, tak perlu berebut partition :p

 Yang ni pintu kaca sliding door gitu kan. See thru lagi :)


 Bilik yang sempit pun boleh buat jugak walk in closet ni kalau kena caranya kan .


Yang ni nampak simple ajer dan sesuai untuk lelaki . 

Yang ni memang menarik perhatian wanita. Siap ada bench untuk duduk atau cuba kasut . Design ni kira complete la untuk wanita sebab ada compartment baju, kasut, beg dan aksesori. Kalau lah dapat kat saya, saya memang tak tahu nak letak apa kat bahagian kasut tu.Ada satu jer kasut pun, sport shoe :p

Yang ni macam ruang tersembunyi kan sebab ada pintu ala-ala pintu masuk padahal kat dalam tu adalah walk in closet

Yang ni paling praktikal saya rasa sebab walk in closet dia dalam bilik tidur, tak perlu ke bilik lain nak cari baju dan sama macam bilik saya :p Saya punya kecik la sket , 6 X 6  ajer sebab bilik tak cukup luas katakan. Padahal set yang saya beli sebenarnya 8 X 8 .Seb baik boleh tukar di saat akhir ukurannya.


Rumah korang ada walk in closet / wardrobe tak ? Macam mana designnya ?Kongsi lah idea :)


 pic credit to here and  here



 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)